The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SISTEM & APLIKASI BAHASA 2021 ( FINAL ) MODUL 2 EDIT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-84278983, 2021-07-12 08:16:28

SISTEM & APLIKASI BAHASA 2021 ( FINAL ) MODUL 2 EDIT

SISTEM & APLIKASI BAHASA 2021 ( FINAL ) MODUL 2 EDIT

NOTA RINGKAS
1. Kertas 2 Bahasa Melayu SPM mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,

Bahagian dan Bahagian C.

2. Soalan tentang Sistem & Aplikasi Bahasa terdapat dalam Bahagian A, Kertas 2 Bahasa

Melayu SPM.

3. Masa yang diperuntukkan untuk Bahagian A Kertas 2 ialah 40 minit.
4. Markah yang diperuntukkan untuk Bahagian A Kertas 2 ialah sebanyak 35 markah.
5. Lima soalan dikemukakan dalam Bahagian A Kertas 2 iaitu:

a) Morfologi
b) Sintaksis
c) Penyuntingan
d) Ayat Bahasa Standard
e) Peribahasa

1

LATIHAN MORFOLOGI

Latihan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayatanda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Derma darah merupakan amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri,
tetapi paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita, amalan ini
kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari kepentingan amalan itu,
Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan
bekalan di Bank Darah sentiasa mencukupi. Tarikh 14 Jun diisyitiharkan sebagai Hari Derma Darah
Sedunia.

[ 8 markah ]
Latihan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja transitif berapitan meN-…-
kan dan dua kata kerja transitif berapitan meN-…-i. Kemudian anda dikehendaki membina satu
ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kebanyakan kawasan hutan tanah tinggi di negara ini menjadi sumber bekalan air bersih.
Hujan menyebabkan hutan tanah tinggi ini menyerapkan sejumlah besar air melalui akar
pokok. Air yang terperangkap di bawah tanah akan memasuki anak sungai dan membentuk
kawasan bekalan air yang sedia digunakan pada musim kemarau. Hutan tanah tinggi juga
bertindak sebagai penapis semula jadi bagi air hujan. Hutan ini dapat mencegah hujan daripada
terus menimpa tanah dengan terlalu kuat sekali gus dapat mencegahi kerosakan bahagian
lapisan atas tanah.

2 [ 8 markah ]

Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Berfikiran terbuka merupakan ciri seorang guru besar yang boleh dijadikan contoh. Guru besar
yang mempunyai sikap ini akan sentiasa mendengar pandangan daripada pihak lain seperti guru, ibu
bapa mahupun murid. Dalam pada itu, guru besar mestilah tabah dan memikul tanggungjawab
dengan sempurna terutama sekali ketika menghadapi masalah atau cabaran. Blumberg dan
Greenfield (1986) pula berpendapat bahawa ciri penting yang perlu ada pada diri seorang pengetua
adalah bijak dan pintar dalam bertindak serta mempunyai daya usaha yang tinggi.

[ 6 markah ]
Latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata nama terbitan.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih
untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.

Menurut data yang dikeluarkan pihak kerajaan, secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang
dua kilogram sampah-sarap sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa
makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah
daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh
sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli bungkusan makanan mengikut nafsu, bukan
mengikut keperluan.

[ 8 markah ]

3

LATIHAN SINTAKSIS

Latihan 1
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga
ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek :
Predikat :

Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luntur kebelakangan ini.
Kehidupan masyarakat yang mewah telah melupakan kita akan pentingnya sesuatu perpaduan
itu. Masyarakat terutama remaja kurang bercampur dengan kaum lain. Ini menyebabkan kita
sukar untuk melihat kewujudan pelbagai kaum dalam sesuatu persahabatan tersebut.

[ 6 markah ]
Latihan 2
Berdasarkan petikan di bawah dengan telitinya. Tulis pola ayat sama ada Frasa Nama + Frasa
Nama ( FN + FN ), Frasa Nama + Frasa Kerja ( FN + FK ), Frasa Nama + Frasa Adjektif ( FN
+ FA ) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS ) bagi setiap ayat yangbergaris.
Peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah remaja ialah anak-anak perlu diberikan didikan
agama. Agama merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala
anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan
agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat “melentur
buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak mereka. Ibu bapa sememangnya perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan
mereka kerana segala perlakuan mereka kerana anak-anak sentiasa memerhatikan mereka.
Segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka.

[ 6 markah ]

4

Latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan

untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Pembangunan sosial ekonomi

yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya

rasuah. Projek pembangunan yang bertambah meningkatkan pengaliran wang. Golongan yang

terlibat mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya. Perlumbaan

moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan tender. Rasuah

diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran,

melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

[ 6 markah ]

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa
mengubah maksud asalnya.

Aktiviti senaman amat penting untuk kesihatan tubuh badan kita.Kita mesti memahami faedah
bersenam untuk kekal sihat. Kita dapat mencergaskan tubuh badan dengan bersenam. Kita
akan berasa lebih cergas dan sihat jika kita bersenam. Kita juga boleh mengeluarkan peluh
apabila kita berjoging atau berjalan kaki. Bersenam juga dapat melawan penyakit-penyakit
yang berbahaya seperti obesiti dan sakit jantung.

[ 6 markah ]

Latihan 5
Baca petikan di bawah. Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan di bawah kepada enam
ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

Selain pertalian keluarga, hubungan persahabatan yang baik berupaya memperbaiki semua
aspek dalamckehidupan kita. Hal ini bukan sahaja memberikan kegembiraan malah
memperbaiki tahap kesihatan kita. Kajian saintifik mendapati menjalani hidup sendirian dan
enggan membina hubungan dengan individu lain akan melemahkanimunisasi tubuh.

[ 6 markah ]

5

Latihan 6
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata
tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang
berhuruf condong.
Pemerdagangan manusia membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar terhadap
wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut laporan
Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan. Usaha
kerajaan memerangi aktiviti permerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran
kerana isu ini merupakan jenayah rentas sempadan. Orang yang diperdagangkan direkrut oleh
agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun secara paksa. Perkembangan ekonomi dan
kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai warga asing dari seluruh dunia
berhijrah ke negara kita. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan
terutama untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kerjasama masyarakat dunia merupakan jalan
terbaik bagi membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada masyarakat.

[ 6 markah ]

6

LATIHAN PENYUNTINGAN

Latihan 1

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan
2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Isu menaikkan harga barang di negara kita yang hangat diperkatakan kini menjadi mimpi ngeri,

selain menghantui masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Peningkatan harga

barang menolak kehidupan masyarakat kerana mereka dipaksa membeli barang keperluan

harian dengan harga yang lebih mahal dari biasa. Sehubungan itu dengan, sebahagian besar

daripada pengguna menyusun strategi perbelanjaan harian semula termasuk dapur belanja yang

diharapkan oleh mereka dapat meredakan tekanan kewangan akibat kenaikan harga barang.

[ 6 markah ]

Petikan 2

Athalia : Suresh, mana ada orang yang membaca lalu menunggu bas?

Suresh : Betul kata kamu Athalia. Kata cikgu, kalau di Jepun keadaannya
berbeza.Membaca telah menjadi budaya mereka. Sementara menunggu bas,
mereka membaca, tidak hanya berbual kosong.

Athalia : Sepatutnya masyarakat kita telah sedar bahawa membaca akan dapat
menambah ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat melahirkan
masyarakat yang pintar.

Suresh : Tidaklah seperti katak di bawah tempurung. Selain itu, demi membaca, kita dapat
memenuhi masa terluang.

Athalia: Betul kata kamu. Penguasaan bahasa juga dapat meningkatkan.

Suresh: Oh, bas dah sampai, mari kita naik! [ 5 markah ]
7

Latihan 2
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan
2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dapat diwujudkan sekiranya rakyat bergaul dan

memupuk persefahaman antara kaum. Masyarakat setempat juga sewajarnya menganjurkan

pelbagai aktiviti- aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum. Selain itu, ibu bapa

perlulah menerbitkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak lagi kecil. Mereka seharusnya

menjadi suri teladan kepada anak- anak demi dapat menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia

yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik.

[ 6 markah ]

Petikan 2

Azman : Tahniah, Mei Mei kerana kamu berjaya menjadi johan dalam
pertandingan syarahan itu.

Mei Mei : Terima kasih. Saya berharap untuk kejayaan ini akan menaikkan semangat
pelajar-pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan bersungguh-
sungguh.

Azman : Saya kagumi melihat kamu bersyarah pada hari ini. Setiap perkataan yang
awak ucapkan jelas dan lancar.
Bagaimanakah cara kamu mempelajari Bahasa Melayu ?

Mei Mei : Keluarga saya menggalakkan saya membaca buku-buku Bahasa Melayu yang
bermutu. Saya selalu berlatih diri saya untuk menggunakan baku bahasa apabila
membaca atau bercakap.

Azman : Selama ini saya menganggap Bahasa Melayu akan bahasa yang
mudah. Rupa-rupanya saya silap.

Mei Mei : Sama-samalah kita belajar menguasai bahasa kebangsaan negara kita.
[ 5 markah ]

8

Latihan 3
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Istilah alam siber digunakan secara membesar untuk menggambarkan sesuatu yang
mengaitkan dengan komputer, teknologi maklumat dan pelbagai budaya. Setiap-tiap individu
di alam siber mempunyai kuasa menyendiri dengan bersembunyi dengan sebalik nama
samaran. Keadaan ini menunjukkan pengguna kepada jenayah di alam siber.

Oleh itu, terdapat beberapa panduan garis yang perlu patuhi pengguna, antaranya
penggunaan program antivirus yang menyediakan perlindungan secukupnya akan komputer
peribadi. Dalam dunia Internet, terdapat segelintir golongan yang menceroboh sistem
komputer yang dikenali agar penggodam. Bagi mengelakkan penggodaman menjadi, kata
laluan mestilah sentiasa dilindungi supaya lebih paling selamat dan sukar diakses oleh lain
orang.

[ 13 markah ]

9

Latihan 4
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan
2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang
dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Sejak ini kebelakangan, kes pembuangan bayi di Malaysia semakin hari makin serius.
Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama kes ini. Pergaulan bebas ke antara remaja lelaki
dan remaja perempuan yang melampau batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak
ke dalam kancah maksiat dan impak si gadis hamil anak nikah luar. Remaja mudah terperdaya
untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa untuk pahala.

[ 6 markah ]

Petikan 2
Aishah : Mengapa muka kamu bermuram, Azim ? Kamu ada masalah ?

Azim : Duit saya sebanyak sepuluh ringgit telah hilang Aishah.

Aishah : Macam mana boleh hilang ?

Azim : Saya letakkan dalam beg. Balik daripada kantin sahaja duit dah tak ada. Saya
syak Imran yang mencuri, sebab waktu rehat dia tak keluar.

Aishah : Bukankah cikgu selalu menasihatkan agar duit jangan ditinggalkan dalam beg.
Sekarang sudah hilang, mengapa pula menuduh tanpa periksa usul ? Baik
kita jumpa Cikgu Zaidi. Guru disiplin itu boleh membantu kita.

Azim : Betul juga kata kamu, Aishah. Saya berasa bangga mendapati kawan macam kamu.
[ 5 markah ]

10

Latihan 5
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan
yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa saja menerbitkan bahan kepada
masyarakat dunia di kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan semua kerajaan-
kerajaan di seluruh dunia cuba menghentikan media baru ini.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang
diharamkan di setengah negara. Rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang
mungkin bukan diterima sebagai media lain kerana iklan itu melanggar etika kod pengiklanan
seperti mengeksploitasikan wanita dan menarik cita rasa kanak- kanak.

Kebebasan penyebaran maklumat ini menyebabkan Internet selalu kali digunakan untuk
membesarkan fitnah dan khabar angin untuk kerajaan atau organisasi tertentu. Kebimbangan
terhadap Internet turut menumpukan terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam
transaksi terus talian.

[ 13 markah ]

11

NOTA BAHASA MELAYU STANDARD

1. Dalam bahagian ini, pelajar diminta menukarkan petikan bahasa Melayu Klasik

kepada bahasa Melayu Standard.

2. Pelajar tidak seharusnya menggugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks dalam petikan
3. Pelajar hanya dibenarkan untuk menggantikan sesetengah kata asalkan tidak mengubah maksud

asal kata tersebut.

4. Perkataan yang tidak digunakan dalam bahasa Melayu moden boleh digugurkan. Antaranya:
• syahadan
• sebermula
• kalakian
• arakian
• alkisah
• hatta

5. Kata ganti nama diri ( Cth: ayahanda, ibunda, bonda ) dan kosa kata daripada bahasa
istana ( Cth : berangkat, beradu, gering, bersemayam) hendaklah dikekalkan.

12

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD

Latihan 1
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian;
syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. Maka sembah
Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.”

Maka titah raja. “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Latihan 2

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan. Maka
Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit, maka Laksamana
pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang
lain masuk mencuri. Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja;
apabila habislah harta raja itu maka ia pun masuk hendak membakar serta mengamuk. “Adapun
bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia

[6 markah]

13

Latihan 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja mengadukan
halnya kecuriaan semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai
Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”

Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Latihan 4

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah diketahuinya, Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Karma Wijaya. Tatkala
itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi mengadap sama dengan
Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-samaitu
dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana ; maka ia pun
fikir dalam hatinya, “ Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu.
Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia perajurit besar lagi
kepetangan.”

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia

[6 markah]

14

Latihan 5
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana.
Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya
syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya. Setelah hari hampir siang maka orang
pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada
raja, sembahnya, "Yatuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu."

Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian

Pendidikan Malaysia
[6 markah]

15

LATIHAN PERIBAHASA

Latihan 1
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Siti: Mengapa awak tidak berjumpa dengan adik awak semasa waktu rehat?

Amelia: Kami bergaduh semalam. Dia selalu meninggikan suara apabila bercakap
dengan ibu.

Siti: Oh, begitu! Mungkin awak boleh nasihatkan adik awak sebelum nasi menjadi bubur.

Amelia: Saya telah menasihatinya banyak kali bahawa perbuatannya itu salah, namun
nasihat saya bagai mencurah air ke daun keladi. Saya sangat kesal dengan
sikapnya.

Siti: Saya berharap kamu berdua akan kembali rapat seperti dulu, maklumlah carik-carik
bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

[4 markah]

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

“Sebagai jiran, kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura,”
kata Mak Limah kepada jirannya Aishah. “Sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama
jiran,” sambung Mak Limah.

Aishah bersetuju dengan pendapat Mak Limah lalu berkata, “Betul cakap Mak Limah, kita
bukan sahaja perlu bersikap jujur sesama jiran malahan kita hendaklah sentiasa menghulurkan
bantuan kewangan kepada jiran-jiran yang susah”. “Kita seharusnya mengelakkan diri daripada
melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan
yang kita lakukan itu,” ujar Mak Limah.

[6 markah]

16

Latihan 3
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.

Ibu : Aiman, berhati-hati di rantau orang. Sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka.
Ikutlah nasihat orang tua-tua, iaitu di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Aiman : Baik, ibu. Saya akan sematkan nasihat ibu itu dalam hati saya.

Ibu : Ibu berharap dan berdoa Aiman akan belajar bersungguh-sungguh di sana agar berjaya
kelak, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Aiman : Saya tidak lupa akan nasihat ibu itu. Saya berharap dapat berbakti kepada
negara kita suatu hari nanti.

Ibu : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak
banyaknya kerana jauh berjalan luas pemandangan.

[4 markah]

Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.

“Rakyat Malaysia kini suka menggunakan

bahasa rojak semasa berkomunikasi,” kata Alif. Sofea bersetuju dengannya dengan berkata,

“Yalah , bukan itu sahaja! Kebanyakan ibu bapa juga kurang memberi perhatian kepada

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak”. “Ibu bapa sepatutnya mendidik dan

membimbing anak-anak untuk menguasai bahasa Inggeris sejak kecil lagi”, ujar Alif.

Sofea menyatakan pendapatnya iaitu “Media massa perlulah memainkan peranan dalam

usaha memperkasakan bahasa Inggeris tanpa perlu berdolak-dalik”. Alif bersetuju dengan

Sofea lalu berkata “Ya, saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat

menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan”.

[6 markah]

17

Latihan 5
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.
Raju: Pihak Rukun Tetangga kampung kita merancang untuk mengadakan program

gotong-royong pada hari Sabtu ini.
Chee Yong: Sabtu minggu ini? Adakah semua penduduk akan menyertainya?
Raju: Saya kurang pasti. Sebagai penduduk kampung ini, kita perlu bekerjasama antara

satu sama lain untuk menjayakan
program-program yang dianjurkan oleh pihak Rukun Tetangga kampung kita
kerana bersatu teguh,bercerai roboh.
Chee Yong: Ye, saya faham. Program tersebut juga dapat memupuk semangat perpaduan

dalam kalangan penduduk kampung kita bak kata pepatah bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Raju: Janganlah kita bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Saya berharap semua penduduk akan menyertai program gotong-royong tersebut.

[4 markah]

18


Click to View FlipBook Version