sheikh tahir
jalaluddin
DISEDIAKAN OLEH:
HUSNA BINTI MAT DERIS (20111006)
NUR SYAZNI MARDHIYYAH BINTI AMRAN (20110997)
FATIN NAJWA BINTI ROSLAN (20110993)
SITI SARAH AZZAHRA BINTI AHMAD AZLI (20111018)
SUBJEK:
TAMADUN ISLAM
KDI2333
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH SHAHNUN BINTI HAJI MUSA
ISI KANDUNGAN
1.ISI KANDUNGAN 1
2. PENGENALAN 2
3. BIODATA
4.LATAR BELAKANG KEHIDUPAN 4
5.SUMBANGAN DAKWAH 8
6.SUMBANGAN PENULISAN 13
7. PENUTUP
8. RUJUKAN 17
20
22
1
pengenalan
2
Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan ulama terkenal di nusantara. Tokoh intelektual Melayu
pada pertengahan pertama abad ke-20.
Menurut salasilah keturunannya, beliau berasal daripada keturunan para ulama dan pahlawan
Islam di Minangkabau.
Beliau adalah antara cendiakawan Islam yang berperanan besar dalam usaha membangkitkan
kesedaran umat Islam bagi menerima pembaharuan di Tanah Melayu.
Menguasai 4 bahasa, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Arab & Belanda. Ini adalah satu inisiatif
beliau untuk lebih dekat dengan musuh supaya mengetahui apa yang dirancang oleh pihak
musuh.
Beliau suka merantau bagi menimba pelbagai ilmu dan dapat menyebarkannya dengan lebih
berkesan.
(Sohaimi Abdul Aziz, 2003)
3
biodata
4
Nama penuh:
Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad
TARIKH Lahir:
7 Disember 1869 M / 4 Ramadhan 1286 H (Selasa)
TEMPAT Lahir:
Kota Tua Empat Angkat, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia
Nama Bapa:
Sheikh Muhammad Jalaluddin. (Seorang Melayu Minangkabau, lebih
terkenal dengan nama Tuanku Muhammad / Tuanku Changkin
seorang guru agama).
Nama Ibu:
Gandun Urai
tarikh meninggal:
26 Oktober 1956 pada usia 87 tahun di Kuala Kangsar, Perak
(Ismail Che Daud, 2012), (Sohaimi Abdul Aziz, 2003), (Syahirah Syadiyah binti Muhammad Sidek, 2017) 5
latar belakang
(Ismail Che Daud, 2012)
Merupakan anak sulong daripada 4 Beliau merupakan dari keturunan
orang adik beradik Melayu Minangkabau
Lalu beliau pun tinggal bersama ibu saudara Semasa Sheikh Tahir berusia 2 tahun, ayahnya
sebelah ibunya iaitu Limbak Urai dan suaminya, meninggal dunia. Kemudian ketika usianya 8
Abdul Latif tahun, ibunya pula meninggal dunia
Seawal 12 tahun Sheikh Tahir telah merantau ke Setelah itu beliau kembali ke Tanah Melayu
luar negara untuk menuntut ilmu. Beliau juga dan memilih untuk terus menetap di Tanah
pernah mengajar di Mekah selama 2 tahun
Melayu
6
Beliau telah berkahwin sebanyak 6 kali, akan Isterinya yang ke-6 iaitu Aisyah binti Haji
tetapi 5 daripada perkahwinan tersebut tidak Mustafa Datuk Menteri, merupakan anak
mampu bertahan sehingga ke akhir hayat kepada seorang peniaga kain yang
berketurunan Rawa dari Kuala Kangsar
Mereka berkahwin pada tanggal 28 Hasil daripada perkahwinan itu dikurniakan 6
September 1901 orang cahaya mata iaitu 4 lelaki dan 2
perempuan ( Rahmah, Muhammad al-Johari,
Ahmad, Azizah, Hamid dan Hamdan)
Di antara anak beliau, Tun Hamdan adalah yang peling berjaya; beliau pernah 7
menjawat jawatan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) pada
tahun 1976-1982. Tun Hamdan juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua
Negeri Pulau Pinang pada 1989-2000
(Syahirah Syadiyah binti Muhammad Sidek, 2017)
LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN
8
Pada tahun 1880 iaitu ketika Sheikh Tahir berumur 12 tahun,
beliau telah berhijrah ke Mekah untuk menuntut ilmu dan
tinggal bersama sepupunya iaitu Sheikh Ahmad Khatib
(Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, 2016)
Sebenarnya, Sheikh Tahir telah pun menuntut ilmu sejak 6 tahun lagi bermula
dari kampungnya yang terletak di Kota Tua ke Pelabuhan Teluk Bayur di
Padang untuk mempelajari al-Quran. Kemudian ketika beliau berumur 12
tahun barulah beliau berlayar ke Jeddah dengan menaiki kapal laut (Nazrul
Ikhwan & Khazri Osman, 2022)
Ketika di Mekah, beliau bertalaqqi al-quran dengan Sheikh 'Abd al-Haq di
Madrasah al-Shaikh Rahmatullah serta mempelajari kitab dengan Sheikh 'Umar
Shata, Sheikh Muhammad al-Khaiyath dan juga Sheikh Ahmad Khatib (Jabatan
Mufti Negeri Pulau Pinang, 2016)
9
Selain daripada ilmu al-Quran, beliau juga berkesempatan mempelajari
berbagai-bagai ilmu antaranya Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Nahu,
Sorof, Mantiq, Usul Fiqh, Bayan, Arudh, Ma'ani, Matematik, Handasah,
falak dan lain-lain (Nazrul Ikhwan & Khazri Osman, 2022)
Sheikh Tahir juga mendapat kesedaran untuk mempelajari Bahasa Inggeris
dan Bahasa Belanda ketika melihat semenanjung Kepulauan Melayu dijajah
oleh Belanda (Nazrul Ikhwan & Khazri Osman, 2022)
Pada tahun 1893, Sheikh Tahir melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar di
Kaherah, Mesir dalam bidang matematik, Bahasa Arab dan juga ilmu falak
sehingga beliau berjaya memperoleh ijazah 'Alimiyyah (Ismail Che Daud,2012)
10
Mendapat gelaran "al-Falaki" sempena dengan kemahiran
beliau dalam ilmu falak (Ismail Che Daud, 2012)
Setelah tamat pengajian beliau di Mesir, Sheikh Tahir
kembali ke Mekah untuk mengajarkan ilmu agama selama
2 tahun (Tajuddin Saman, 1993)
Sheikh Tahir juga banyak menghabiskan masanya dengan menjelajah
Tanah Melayu, Riau, Lingga, Sumatera dan Timur Tengah sebagai guru
agama
11
Sebenarnya Sheikh Khatib banyak mempengaruhi Sheikh Tahir tidak kira dari
segi idea pemikiran, pemahaman agama, ilmu-ilmunya yang begitu mantap dan
semangat dalam menuntut ilmu sendiri (Mohammad Redzuan Othman, 2005)
Antara guru Sheikh Tahir yang lain ialah Sheikh Ahmad al-
Fatani (Wan Mohd Soghir Abdullah, 2005)
Antara faktor utama yang mendorong Sheikh Tahir meminati bidang ilmu adalah
kerana beliau telah dilahirkan dalam keluarga yang sangat mementingkan ilmu
pengetahuan dan keluarga yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang
disegani oleh masyarakat (Bachtiar Djamily, 1994)
12
sudmabkawnaghan
13
Belayar ke Kepulauan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah
Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar.
Sepanjang lawatannya itu beliau telah menyebarkan buah
fikirannya mengenai ilmu agama ditempat-tempat yang di
lawatinya (Amin,Ridzuan,Azli, 2011)
Beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar
Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor.
Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku
Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-lain
pengadil bangsa Melayu (Sarim,2016)
Menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama
Johor (Nazir) (Syahirah,2017)
14
Tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan seperjuangan Syed
Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-
Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang
rakannya Syeikh Abdullah Maghribi (Syahirah,2017)
Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan
pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan cara menggunakan
Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan hari raya
(Sarim,2016)
Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan
ataupun bila berlakunya gerhana matahari, seringkali disiarkan
diakhbar-akhbar tempatan (Sarim,2016)
15
Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk
menjadi pemeriksa kiblat diseluruh negeri Perak (Syahirah.2017)
Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati
Kiraan pada menentukan waktu solat dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di
Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951
diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah
dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafie) (Sarim,2016)
Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau
menjalankan penyiasatan letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga
pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak
penting digembar-gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap kekiri atau
kanan kiblat (Sarim,2016)
16
supemnbualnisgaann
17
Sheikh Tahir bersama dengan sahabatnya iaitu Syeikh Muhammad al-
Khalil, Sayid Syeikh bin Ahmad al-Hadi dan Haji Abbas bin Muhammad
Taha telah menerbitkan sebuah majalah bulanan di Singapura pada
tahun 1906 yang dikenali sebagai al-Imam (Ismail Mat 1992:26)
Pernah menulis rencana di dalam majalah Saudara yang
dipimpin oleh Syed al-Hadi dan juga majalah Pengasuh
yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan
(Ismail Che Daud 2012:519)
Di antara buku yang beliau pernah karang ialah Ithaf al-Ahkam
al-Tajwid, Natijat al-Umur, Tatimmat al-Irsyad fi Ilm al-Faraid
dan juga Risalah Penebas atas Bid'ah di kepala Batas (Farid Mat
Zain 2011)
18
Beliau bukan saja dapat menghasilkan fiqh Pati Kiraan
khilafiyyah tetapi juga karya fiqh yang berkaitan
dengan ilmu falak. Contohnya kitab beliau yang Natijat al-Umur
bertajuk Al-Qiblat fi Nusus ‘Ulama’ al-Shafi‘iyyah
fima Yata‘allaq Bi Istiqbal al-Qiblat al-Shar ‘iyyat
Manqulat min Ummahat Kutub al-Mazhab (1951)
banyak memaparkan aplikasi unsur-unsur falak
yang berkaitan dengan kajian ilmu falak seperti
penentu arah kiblat (Ridzuan 2013)
Penulisan kitab ini agak ringkas dan banyak memaparkan pendapat-pendapat imam
Syafi'e yang berkaitan dengan konsep menghadap kiblat (Ibnov Azli Ibrahim 2013)
19
PENUTUP
20
Syeikh Tahir Jalaluddin merupakan diantara tokoh yang muncul di
Nusantara yang banyak menyumbang pembaharuan kepada dunia dan
menyuluh kebenaran kepada umat Islam. (Syahirah Syadiyah binti Muhammad
Sidek, 2017).
Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu semula setelah sekian lama menuntut
ilmu pembelajaran di bumi Makkah dan Universiti al-Azhar dengan pelbagai
bidang seperti bidang ilmu al-Quran, usul fiqh, al-Falak, handasah, matematik
dan sebagainya, sekaligus membawa fahaman pembaharuannya ke dunia Islam.
(Ismail Che Daud, 2012).
Kepakaran bidang akidah Islam dan khususnya astronomi Islam diiktiraf
secara universal oleh umat Islam di Tanah Melayu. (Sohaimi Abdul Aziz, 2003).
Karya-karya penulisan beliau telah membuka minda masyarakat pada ketika ini. (Khazri
Osman, 2022).
Kesimpulannya, kehebatan ilmunya diiktiraf dan dihormat, sumbangannya terhadap
agama dan umat ini amat dihargai, memperbaiki umat Islam yang tersasar jauh dari ajaran
Islam kepada ajaran berlandaskan Quran dan Sunnah. 21
RUJUKAN
22
Ahmad Faisal Abdul Hamid,Mohd Puaad (2017),Analisis Penulisan Syeikh Tahir Jalaluddin, Universiti Malaya.
Ismail Che Daud (2012), Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan. Cetakan Pertama (Edisi Keempat).
Khazri Osman (2022), Peranan Dakwah Syeikh Tahir Jalaluddin Ke Atas Penjajah. ResearchGate.
Mohamad Amin Abu Bakar Mohd Ridzuan dan Ibnov Azli Ibrahim (2013), Sumbangan Syeikh Tahir Jalaluddin
(186-1965M) terhadap Perkembangan Fiqh di Nusantara, UKM Bangi Selangor
Mohd Sarim bin Haji Mustajab (2016), Sheikh Tahir Jalaluddin al-Falaki,Universiti Malaysia Sabah
Sohaimi Abdul Aziz (2003), Syeikh Tahir Jalaluddin : Pemikir Islam (Siri Kefahaman Budaya Cendikia Melayu di
Pulau Pinang ; 3). Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2003.
Syahirah Sya (2017), Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Bin Syeikh Muhammad Al-Falaqqi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Syahirah Syadiyah Binti Muhammad Sidek (2017), Syeik Muhammad Tair Jalaluddin Bin Syeikh Muhammad
Al-Falaki, ResearchGate.
Wan Ameerul Arsyad (2015), Syeikh Tahir Jalaluddin, Kolej Vokasionl Wakaf Tembesu.
Bachtiar Djamily (1994), Riwayat Hidup dan Perjuangan Sheikh Tahir Jalaluddin al-Falaki al-Azhari, Asmah
Publisher, Kuala Lumpur.
Ismail Che Daud (2012), Tokoh- Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1), Pustaka Aman Sdn. Bhd, Kelantan.
Laman Sesawang Jabatan Mufti Pulau Pinang (2016), Mengenai Sheikh Tahir Jalaluddin al-Falakki, Jabatan
Mufti Pulau Pinang, https://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-31-47/mengenai-sheikh-tahir 23