hamka
"PERMATA NUSANTARA"
DISEDIAKAN OLEH:
HUSNA BINTI MAT DERIS (20111006)
NUR SYAZNI MARDHIYYAH BINTI AMRAN (20110997)
FATIN NAJWA BINTI ROSLAN (20110993)
SITI SARAH AZZAHRA BINTI AHMAD AZLI (20111018)
SUBJEK:
TAMADUN ISLAM
KDI2333
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH SHAHNUN BINTI HAJI MUSA
ISI KANDUNGAN
1.ISI KANDUNGAN 1
2. BIODATA 2
3. SUMBANGAN POLITIK 6
4. SUMBANGAN DAKWAH 9
5.SUMBANGAN PENULISAN 12
6. PENUTUP 16
7. RUJUKAN 18
1
biodata
2
Nama penuh:
Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amrullah (HAMKA).
Tempat Lahir:
Sungai Batang Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia
Tarikh Lahir:
17 Februari 1908 / 14 Muharram 1326H
Nama Bapa:
Dr Abdul Karim Amrullah (Dikenali sebagai Haji Rasul)
Nama Ibu:
Safiah
tarikh meninggal:
24 Julai 1981 / 22 Ramadhan 1401H di Jakarta,
pada usia 73 tahun
3
latar belakang
Menerima pendidikan daripada ayahnya sendiri sejak kecil lagi
Mengikuti pembelajaran di sekolah desa, Sekolah Dasar Maninjau hingga kelas dua.
Belajar di Sumatera Thawalib iaitu sekolah agama yang diuruskan oleh ayahnya ketika
beliau berumur 10 tahun.
Beliau mempelajari agama Islam di surau, masjid dan berguru dengan ulama terkenal seperti
Sheikh Ibrahim Musa, Sheikh Ahmad Rasyid Sultan Mansur, R.M Surjopranoto dan Ki Bagus
Hadikusumo.
Berkahwin dengan Siti Raham pada tahun 1929 iaitu usianya 21 tahun dan isterinya 15 tahun.
Perkahwinan mereka bertahan sehingga 43 tahun sebelum isterinya meninggal dunia pada
tahun 1972 dan memiliki 10 orang anak.
Kemudian, Hamka telah berkahwin dengan Hajjah Siti Khadijah dan hanya sempat bersama
beliau selama 8 tahun (sehingga Hamka meninggal dunia).
4
latar belakang
Anugerah yang pernah diterima: Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti al-Azhar Mesir
tahun 1959M, Anugerah Guru Besar (Profesor) oleh Universiti Moestopo, Jakarta pada tahun
1960M, Anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1947M.
Sifat Keperibadian: Gigih dan kuat berusaha, petah dan mahir berpidato dan juga ceramah,
mempunyai pemikiran yang luas meliputi bidang kesusasteraan, falsafah, sejarah, sosiologi
dan lain-lain lagi.
5
sumpobalintigkan
6
Penglibatan beliau dalam bidang politik bermula pada tahun 1925M.
Beliau sudah terlibat dengan perjuangan menentang Belanda sejak beliau berumur 16
tahun.
Pada tahun 1945, Hamka turut serta membantu bagi menentang penjajahan Belanda
melalui pidatonya bagi menyedarkan dan memberi semangat kepada masyarakat umum.
Pada tahun 1947, Hamka dilantik sebagai ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.
Beliau menyertai Konstituate Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihanraya
Umum tahun 1965.
Namun penglibatannya yang begitu aktif dalam bidang politik berlaku salah faham dan
telah dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia pada tahun
1964 hingga tahun 1966 (H.Rushdi Hamka: 2008).
7
Bagaimanapun beliau kembali memegang beberapa jawatan setelah keluar daripada
penjara, antaranya ialah ahli Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia,
anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan juga anggota Lembaga Kebudayaan
Nasional Indonesia.
Hamka juga merupakan ketua Majlis Ulama Indonesia pada tahun 1975-1981.
Hamka merupakan seorang idealis negara kerana beliau mampu menyuarakan haluan
dan dasar negara.
8
sudmabkawnaghan
9
1.Dakwah melalui penulisan agama dan Ilmiah
Hamka telah banyak menghasilkan karya-karya Ilmiah yang dapat memberi manfaat serta mudah
difahami tidak kira peringkat umur.
Karya-karyanya juga bukan sahaja terkenal di Indonesia sahaja, malah terkenal juga di serata dunia.
Antara buku agama yang telah dikarang oleh Hamka ialah buku tafsir iaitu Tafsir al-Azhar.
Bukan sekadar buku agama sahaja, Hamka juga menerbitkan majalah, novel sastera, sejarah dan
lain-lain lagi.
Seperti: Di bawah Lindungan Kaabah, Sejarah Umat Islam, Panji Masyarakat, Falsafah Ketuhanan.
10
2. Dakwah melalui Kerjaya
Hamka pernah berkhidmat sebagai guru agama pada tahun 1927 di sebuah sekolah di
Perkebunan Tebing Tinggi Medan dan juga di Padang Panjang Indonesia pada tahun 1929.
Beliau juga telah dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti
Muhammadiyah Padang Panjang bermula tahun 1957 hingga tahun 1958.
Pada tahun 1951, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Indonesia
dan telah berkhidmat selama 9 tahun.
Beliau juga telah mengasaskan Pertubuhan Hindia Timur pada tahun 1927 di Mekah,
tujuannya penubuhan tersebut adalah untuk mengajar jemaah haji Indonesia untuk
mengerjakan dengan betul.
Beliau juga telah menubuhkan sebuah kolej atau kuliah yang dikenali sebagai Kuliah al-
Muballigh pada tahun 1935. Kuliah ini bertujuan untuk melatih dan melahirkan pelapis baru
dalam gerakan Islam untuk menjadi seorang pendakwah.
Hamka juga aktif dalam gerakan Islam seperti pertubuhan Muhammadiyah sejak tahun 1930
dan merupakan penggerak utama gerakan tersebut di Sumatera Barat dan Sumatera Tengah.
11
supemnbualnisgaann
12
1. Penulisan Ilmiah
Bersifat akademik dengan menggunakan laras bahasa formal.
Kandungan buku yang memuatkan fakta-fakta penting terhadap perkara yang dibincangkan.
Cenderung kepada pandangan beliau terhadap sesuatu perkara seperti soal kehidupan, cara manusia
berfikir.
contoh buku: Falsafah Hidup, Pandangan Hidup Muslim, Lembaga Budi, Kenang-kenangkuku di
Malaysia, Kenangan-kenangan Hidup, Revolusi Fikiran, Urat Tunggang Pancasila dan Dari
Penbendaharaan Lama.
13
2. Penulisan Agama
Kitab Tafsir al-Azhar
Menghimpunkan syarah 30 juzu' yang dimulakan dengan syarah Surah al-Fatihah.
Ditulis semasa Hamka berada di dalam penjara, iaitu pada 27 Januari 1964 hingga 21
Januari 1967.
Penulisan Tafsir al-Azhar adalah sebagai rujukan mengukuhkan hujah para
muballigh dan mendukung gerakan dakwah.
Guru-guru dan ulama' yang membantu beliau menghasilkan Tafsir al-Azhar ini, iaitu
ulama' dari Aceh, Sumatera Timur, Palembang, Mesir, al-Azhar, Makassar,
Banjarmasin, Jawa Timur dan ramai lagi.
Ditulis berdasarkan pandangan dan kerangka manhaj yang jelas dengan merujuk
pada kaedah bahasa Arab, tafsiran salaf, asbab al-nuzul, nasakh mansukh, ilmu
hadis, fiqh dan sebagainya.
Tafsir ini juga turut memuatkan ijtihad dalam membandingkan dan menganalisis
permikiran mazhab.
14
3. Penulisan Sastera Kreatif
Terbahagi kepada dua genre, iaitu novel dan cerpen.
Beberapa buah karyanya turut diangkat menjadi filem seperti Di Bawah Lindungan Kaabah dan
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Beliau telah menghasilkan enam buah novel yang bermutu dan mendapat sambutan ramai, iaitu
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1938), Tuan Direktur (1939), Di Bawah Lindungan Kaabah
(1938), Terusir Kerana Fitnah (1938), Keadilan Ilahi (1941) dan 4 Bulan di Amerika (1952).
Tiga buah antalogi cerpen, iaitu Di Dalam Lembah Kehidupan (1941), Menunggu Bedok Berbunyi
(1950) dan Cermin Penghidupan (1962).
15
PENUTUP
16
Secara keseluruhannya, tajuk ini telah membincangkan mengenai sebuah
sisi kehidupan seorang tokoh dan ulama' tersohor yang diberi nama HAMKA.
Melalui kajian ini, dapat kita lihat bahawa terdapat pelbagai nilai keistimewaan
dan keunikan yang ditampilkan oleh tokoh ini. Terdapat pelbagai sumbangan
yang beliau berikan kepada masyarakat, antaranya ialah sumbangan melalui
politik, dakwah dan juga penuisan. Melalui sumbangan politiknya, ia telah
memberi kesan yang besar terhadap kelangsungan dan juga pembangunan
umat Islam. Terutamanya apabila beliau sendiri yang berkecimpung dan
menganggotai parti tersebut.
Seterusnya ialah sumbangan HAMKA dalam metode dakwah. Kepelbagaian metode
dakwah yang digunakan oleh HAMKA telah menarik perhatian para pendakwah lain dan
dalam masa yang sama, ia telah menjadi antara rujukan utama dalam dunia dakwah.
Akhir sekali ialah sumbangan beliau dalam penulisan. Beliau telah mengahasilkan
pelbagai jenis genre penulisan yang terbahagi kepada tiga iaitu penulisan ilmiah,
penulisan agama dan juga penulisan sastera kreatif. Sebahagian besar buku beliau telah
dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek kehidupan.
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai pengajaran, ilmu dan juga semangat yang
dapat kita contohi daripada tokoh ini. Wallahu a'lam.
17
RUJUKAN
18
1. https://www.academia.edu/10804893/KAJIAN_FALSAFAH_DAN_KETOKOHAN_HAMKA
2. https://www.scribd.com/presentation/358470482/Sumbangan-Hamka-Dalam-Pendidikan
3. http://conference.kuis.edu.my/pantumn/images/eprosiding/052-
PANTUMM2019_yusaiman.pdf
4. https://www.researchgate.net/publication/362133333_PENDEKATAN_DAKWAH_HAMKA_
DALAM_KARYA_FALSAFAH_KETUHANAN
5. https://www.academia.edu/11928306/HAMKA_Haji_Abdul_Malik_bin_Abdul_Karim_Amru
llah_
6. https://www.scribd.com/document/332011093/Biodata-Dan-Biografi-Prof-Dr-Hamka
7. https://nanopdf.com/download/dr-hamka-galeri-cemerlang_pdf#
8. https://dokumen.tips/documents/sumbangan-hamka.html
9. https://nanopdf.com/download/dr-hamka-galeri-cemerlang_pdf
10. https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN_2%281%29-
%5B10%5D.pdf
11. https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/download/547/369/
12. http://malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-pemikir-alam-melayu/hamka
19
20