ISI KANDUNGAN SECALIT TINTA SEULAS BICARA LAPORAN BULAN MEI KENALI GURU ANDA LAPORAN BULAN JUN LAPORAN BULAN OGOS LAPORAN BULAN MAC LAPORAN BULAN JULAI LAPORAN BULAN APRIL KATA ALU- ALUAN KETUA PENGARAH PEND MALAYSIA & PENGETUA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera Salam perkenalan e-Buletin Sepantas Edisi Pertama (Mac-Ogos) 2023/2024 buat semua warga Sepantas. Setengah penggal sudah sekolah dibuka tetapi masih tidak berkesempatan untuk menerbitkan Buletin bagi tahun ini. Namun, dengan usaha dan kegigihan akhirnya kelahiran sulung e-Buletin Sepantas dapat juga direalisasikan dengan jayanya. Semoga kesetiaan warga Sepantas terhadap sedikit perkongsian ini terus berkekalan. Diharapkan juga agar warga sekolah terus bersemangat dan bermotivasi dalam menjalani kehidupan seharian. Kepada para guru, teruskan usaha anda dalam meningkatkan prestasi mendidik anak bangsa pewaris kepimpinan negara. Kepada anak didik, teruskan usaha menuntut ilmu dalam segala bidang, selagi peluang bersama kalian. Setiap yang telah berlaku, jadikanlah ia sebagai pengalaman yang lebih mendewasakan. Jadikan perkara yang akan berlaku sebagai satu matlamat yang perlu dicapai. Namun, jika keinginan tidak dapat dipenuhi, bukanlah bermakna anda perlu berhenti. Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya. Akhir kalam, teruskan usaha dalam mencapai kejayaan yang diimpikan. Sekian. SECALIT TINTA SEULAS BICARA E-BULETIN 01
E-BULETIN 02 Kata AluAluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI
E-BULETIN 03
KATA ALU-ALUAN PENGETUA Alhamdulillah berkat usaha gigih dan kerjasama daripada semua pihak, SMK Palong Timur telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke semasa. Cikgu Abd Aziz bin Othman Pengetua, SMK Palong Timur E-BULETIN 04
E-BULETIN 05 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Kepada warga PIBG SMK Palong Timur, Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya, e-Buletin Sepantas Edisi Pertama bagi tahun 2023/2024 dapat diterbitkan. Penerbitan ini adalah atas inisiatif dan komitmen guru-guru dan murid serta sokongan padu daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), segala hasrat murni untuk merakamkan peristiwa-peristiwa bermakna sepanjang tahun 2023 dalam sebuah makalah menjadi realiti. Alhamdulillah berkat usaha gigih dan kerjasama daripada semua pihak, SMK Palong Timur telah banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke semasa. Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, murid-murid perlu berusaha lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu, permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan kejayaan anak-anak. Oleh itu, murid-murid perlu sentiasa aktif dari segi akademik dan kokurikulum untuk menjadi murid yang berpengetahuan dan berkeperibadian mulia demi menyahut cabaran dan wawasan negara. Dikesempatan ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sidang redaksi e-Buletin dan terima kasih kepada semua pihak khususnya PIBG yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga buletin ini menjadi realiti. Kini e-buletin yang berjaya diterbitkan ini dapat diedarkan kepada semua warga sekolah yang bukan sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang kemajuan SMK Palong Timur yang autentik dan rasmi. Akhir kata, saya mengharapkan semua warga SMK Palong Timur terus melipatgandakan lagi usaha untuk meraih kejayaan dalam semua bidang. Sekian, terima kasih. “SELAMAT MAJU JAYA”.
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Abd Aziz bin Othman Jawatan : Pengetua Opsyen : Bahasa Melayu Nama : Cikgu Abd Hadi bin Adman Jawatan : GPK 1 Opsyen : KHB Nama : Cikgu Norrizah binti Mohd Sharif Jawatan : GPK HEM Opsyen : Matematik/ Fizik Nama : Cikgu Nor Zilla binti Md Idris Jawatan : GPK Kokurikulum Opsyen : Kimia/ Sains Nama : Cikgu Mohd Sarhan Ahzam bin Abd Aziz Jawatan : GPK Tingkatan 6 Opsyen : Ekonomi/ Geografi E-BULETIN 06
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Mohd Saiful Zafri bin Azmi Jawatan : GKMP Sains Sosial & Kemanusiaan Opsyen : Pengajian Islam/ Bahasa Arab Nama : Cikgu Ahmad Rifaie bin Abdul Hasan Jawatan : GKMP Teknik & Vokasional Opsyen : KHB/ RBT Nama : Cikgu Azni bin Adnan Jawatan : GKMP Bahasa Opsyen : Sains Sukan/ PJK Nama : Cikgu Mazwiyana binti Mashur Jawatan : GKMP Sains & Matematik Opsyen : Sains/ Rekacipta (MPV) Nama : Cikgu Norlizawati binti Tulimin Jawatan : Penyelaras Pendidikan Khas Opsyen : Tek Maklumat/ Perdagangan Nama : Cikgu Zetinorani binti Madon Jawatan : Kaunselor Opsyen : Bimbingan & Kaunseling Nama : Cikgu Zakaria Chek bin Ab. Kadir Jawatan : Penyelaras Bestari Opsyen : Tek Maklumat E-BULETIN 07
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Siti Safura binti Isahak Jawatan : Guru Data Opsyen : Matematik/ Kimia Nama : Cikgu Muhammad Radhi bin Ismail Jawatan : Guru Tingkatan 6 Opsyen : Peng Perniagaan/ Ekonomi Nama : Cikgu Faizul bin Ab Rahim Jawatan : Guru Tingkatan 6 Opsyen : Pengajian Am Nama : Cikgu Farah Nadia binti Jumali Jawatan :Guru Tingkatan 6 Opsyen : TESL/ MUET Nama : Cikgu Siti Nur Maizuhah binti Mamat Jawatan : Guru Tingkatan 6 Opsyen : Bahasa Melayu/ Geografi Nama : Cikgu Norfarizan binti Mohamad Sukri Jawatan : Guru Pendidikan Khas Integrasi Opsyen : Pend Khas/ Kimia Nama : Cikgu Fauziah binti Md Sapian Jawatan : SU SPM/ Guru BI Opsyen : Bahasa Inggeris/ Sejarah E-BULETIN 08
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Komathi a/p Veerapan Jawatan : SU PBD/ Guru Sains & Biologi Opsyen : Sains Nama : Cikgu Margaret Chin Kah Mun Jawatan : SU PBD/ Guru Sejarah Opsyen : Pengajian Malaysia Nama : Cikgu Muhammad Firdaus bin Mohd Fauzai Jawatan : SU Aset/ Guru Matematik Opsyen : Matematik Nama : Cikgu Nor Akemalbinti Mamat Jawatan : SU Peperiksaan/ Guru Perdagangan Opsyen : Perdagangan/ Ekonomi Nama : Cikgu Fatin Nabila binti Suhadi Jawatan : SU HEM/ Guru Matematik Tambahan Opsyen : Matematik / RBT Nama : Cikgu Muhamad Mukhlis bin Ahmad Fadzil Jawatan : Ketua Olahraga/ Guru PI Opsyen : Pendidikan Moral Nama : Cikgu Noraziyantie binti Md Ali Jawatan : SU SPBT/ Guru BI Opsyen : TESL E-BULETIN 09
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Baharudin bin Moh Jawatan : Bendahari PIBG/ Guru RBT Opsyen : Kemahiran Hidup/ Matematik Nama : Cikgu Lily binti Abdullah Jawatan : SU Koperasi/ Guru Sains & Fizik Opsyen : Sains Nama : Cikgu Ruzianah binti Misman Jawatan : SU PSS/ Guru Sejarah Opsyen : Pengajian Am Nama : Cikgu Nor Syafira Zuhaika binti Wahid Jawatan : SU Kurikulum/ Guru Kimia & Sejarah Opsyen : Sains/ Komputer Nama : Cikgu Iqbal bin Abdul Latif Jawatan : Ketua Guru Disiplin/ Guru PJK Opsyen : Sains Sukan/ Kesihatan Nama : Cikgu Ungku Nur Munira binti Ungku Tauhid Jawatan : KP Bahasa Melayu/ Guru BM Opsyen : Sains/ Sejarah Nama : Cikgu Salimah Nor Syahidah binti Salimi Jawatan : SU Kokurikulum/ Guru Matematik Opsyen : Biologi/ Matematik E-BULETIN 10
GURU-GURU SMK PALONG TIMUR Nama : Cikgu Zakaria bin Mohamed Jawatan : Guru Pend Seni, BM Opsyen : Multimedia Kreatif/ Pend seni Nama : Cikgu Balqis Fatanah binti Fahami Jawatan : Guru Matematik, RBT, Geografi Opsyen : Matematik/ Tek Maklumat Nama : Cikgu Mohamad Ikhwan bin Zulkifli Jawatan : Gyry PA, BM Opsyen : Sejarah/ Pengajian Perniagaan E-BULETIN 11
E-BULETIN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) SMK PALONG TIMUR Nama : En Zainal bin Abas Jawatan : Pembantu Tadbir N19 12 Nama :Pn Mazuin binti Mupit Jawatan : Pembantu Makmal C22 (KUP) Nama : En Norazlan bin Pandi Jawatan : Pembantu Makmal C19 Nama :Pn Norazlina binti Mohamad Jawatan : Pembantu Makmal 22 (KUP) Nama : En Ruzaidei bin Razak Jawatan : Pembantu Makmal C22 (KUP) Nama :Pn Nor Siah binti Mahfor Jawatan : Pembantu Makmal C22 (KUP) Nama : Pn Hamimah binti Abdul Hamid Jawatan : Pembantu Pengurusan Murid N22 (KUP) Nama :Pn Faeezah binti Abu Bakar Jawatan : Pembantu Operasi N11
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 Kegagalan yang utama ialah gagal mengambil tindakan yang pertama Warga baru bagi SMK Palong Timur telah mendaftarkan diri pada 16 Mac 2023. Murid yang mendaftar adalah terdiri daripada berbagai sekolah rendah yang kebanyakannya dari sekitar kawasan Palong Timur. Pelajar ini akan mengalami banyak perubahan suasana dan budaya baru yang bakal mereka tempuhi apabila menjejakkan kaki di sekolah menengah. Pendedahan dan persediaan diri amat diperlukan supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam suasana dan persekitaran sekolah menengah. E-BULETIN 13
MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA, NEGARA SEJAHTERA Minggu pertama persekolahan beri ruang, murid beramah mesra Pendekatan tiada kelas pada minggu sesi persekolahan 2023/2024 mampu beri ruang kepada guru untuk beramah mesra dengan murid dan ibu bapa menerusi pelbagai program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. E-BULETIN 14
ORIENTASI MURID BAHARU A n ak ya n g baik se n t iasa h ormat g u r u A n ak ya n g baik se n t iasa pat u h i perat u ra n sekola h . A n ak ya n g baik se n t iasa h adi r awal ke sekola h . A n ak ya n g baik s u ka ba n t u ora n g lai n . A n ak ya n g baik aka n ber t u t u r de n ga n sopa n . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . -Cikg u Zet i - Perjalanan beribu batu dimulakan dengan langkah yang pertama E-BULETIN 15
Setelah menabur bakti hampir 15 tahun di SMK Palong Timur, permohonan untuk kembali ke negeri kelahiran beliau telah diluluskan. Kini beliau bertugas di SMK Bandar Chiku, Gua Musang, Kelantan. Harapan kami agar beliau akan terus maju jaya dan terus menabur bakti kepada anak-anak pendidikan khas di sana. Sampai jumpa lagi Cikgu Diana... MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NORDIANA Jasamu akan tetap kami kenang... Semoga ukhwah tetap berkekalan E-BULETIN 16
MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 22 Mac 2023 : Ihya’ Ramadhan merupakan salah satu dari program yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam SEPANTAS pada setiap tahun. Program ini dijalankan sepanjang Bulan Ramadhan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini yang melibatkan semua warga sekolah. Program ini juga dirancang sabagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat. . E-BULETIN 17 أههالال و سسههالال يياا رممضضاان
MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM KELAB & PERSATUAN SUKAN & PERMAINAN Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut: a. Kehadiran b. Jawatan disandang c. Penglibatan d. Pencapaian E-BULETIN 18 Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik
IFTAR JAMAIE 2023 Majlis berbuka puasa adalah merupakan salah satu aktiviti dalam Program Ihya' Ramadhan.Justeru itu, majlis ini dirancang dan disusun bagi menyahut seruan Rasulullah mengenai keutamaan memberi makan orang yang sedang berpuasa untuk berbuka dan beramal sedekah bagi mereka yang ingin berbuat demikian Ramadhan itu ibarat hujan yang menyuburkan benihbenih kebaikan Ramadhan itu ibarat hujan yang menyuburkan benihbenih kebaikan E-BULETIN 19 Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: َّنُه اَل َيْنُقُص َأ ْج ِرِه، َغْيَر ُه ِمثُل َأ َّنُه اَل َيْنُق َمن َف ُص َفَّط َر َصاِئًما َكاَن َل َأ ْج ِرِه، َغْيَر ُه ِمثُل َأ َمن َفَّط َر َصاِئًما َكاَن َل الَّصاِئِم َشيًئا ْج ِر َأ الَّصاِئِم َشيًئ ِمن َأ ا ْج ِر ِمن َأ Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan alBaihaqi)
MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN SMK PALONG TIMUR BAGI TAHUN 2023/2024 Majlis Watikah Pelantikan ini diwujudkan bertujuan membentuk peribadi unggul murid-murid yang terpilih seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membantu guru dalam pembentukan modal insan murid-murid di SMK Palong Timur. Murid-murid yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi dipilih untuk melaksanakan amanah ini. E-BULETIN 20 16 APRIL 2023
MAJLIS PERSARAAN USTAZ RASHID Sulaman Kasih Junjungan Budi E-BULETIN 21 Tiba jua di persimpangan ini, Barulah kita tahu besarnya erti budi, Makna jalinan kasih yang abadi, Semarak mesra yang mercup dalam manis bicara, Dan nilai setia semua yang ada, Mengadun citra seanggun permata, Terukir dalam jiwa bahagia. Ustaz Mohamad Rashid Bin Hashim telah menamatkan tugas beliau sebagai seorang penddik pada 7 Mei 2023. Beliau telah berkhidmat dan menabur bakti di SMK Palong Timur selama 7 tahun.
MESYUARAT AGUNG KOPERASI Manfaat penubuhan koperasi sekolah adalah melahirkan pelajar yang celik perniagaan dan perusahaan. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, penglibatan pelajar dalam koperasi sekolah secara tidak langsung ianya adalah satu proses pembelajaran di luar bilik darjah. E-BULETIN 22
SAMBUTAN HARI RAYA سسالالممتتههااريرايععييدداللففططرري E-BULETIN 23 Biar hati sejernih air, Jangan pula dipenuhi lumpur, Kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur. Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia, Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. 11 MEI 2023 Majlis
Program ini dijalankan bagi menarik minat para pelajar untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dan bahasa inggeris. Aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan bahasa berfokuskan kepada penguasaan kemahiran asas seperti tatabahasa, penulisan, sebutan dan pertuturan Bahasa Inggeris khususnya. PELANCARAN BULAN BAHASA E-BULETIN 24
SAMBUTAN HARI GURU " Guru Insani Pemangkin Generasi Madani" telah dipilih sebagai tema hari guru 2023. Sambutan hari guru juga bukan hanya sebagai tanda bagi memperingati pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa, malah menghargai pengorbanan mereka yang tidak ternilai harganya. E-BULETIN 25 1 6 M E I 2 0 2 3 1 6 M E I 2 0 2 3 TERIMA KASIH CIKGU
BUDI DISANJUNG, BAKTI DIJUNJUNG E-BULETIN 26 Ayam rintik di pinggir hutan, Nampak dari tepi telaga, Nama yang baik jadi ingatan, Seribu tahun terkenang juga. Bila memandang ke muka laut, Nampak sampan mudik ke hulu, Bila terkenang mulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu. M 25 MEI 2023 Majlis Cikgu Supiei bin Othman Cikgu Hj Norashikin bin Mohamad Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpahat di dalam hati. Perigi puan semak siratan, Ukur tali nampak serupa, Pergi tuan semarak ingatan, Luhur budi tidak dilupa.
MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2022 8 JUN : Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Penyerahan Slip Keputusan SPM 2022 yang bertempat di Dewan Tertutup SMK Palong Timur. Nas Atiqah binti Maulad Zailan telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2022 dengan memperoleh 8A. Keputusan SPM 2022 juga telah mencatat sejarah yang tersendiri kerana keputusan keseluruhan SPM 2022 telah menaikkan gred purata keseluruhan kepada 4.80, dimana 98.08% pelajar layak mendapat sijil. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan, jangan berputus asa, kerana banyak lagi ruang dan peluang yang cerah boleh mereka pilih demi masa hadapan yang lebih baik. "Perlahan-lahan daki kejayaan kerana semua perkara bermula dengan kesusahan" E-BULETIN 27
E-BULETIN 28 20 23 LARIAN SEPANTAS 14 JUN : SMK Palong Timur telah mengadakan Larian Sepantas dengan matlamat utama untuk memilih peserta yang layak mewakili sekolah bagi Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah. Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar agar mereka dapat menunjukkan bakat serta kebolehan dan secara tidak langsung, aktiviti ini memberi manfaat membina kecergasan fizikal dan mental. Aktiviti seperti ini juga memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dari pelbagai lapisan untuk sama-sama menjayakannya. Selain itu juga, melalui aktiviti ini maka wujud semangat juang dan saling bekerjasama antara ahi rumah sukan bagi mendapat mata tertinggi rumah sukan masing-masing. Program Larian Sepantas 2023 ini berakhir dengan Rumah Sukan Omega mendapat tempat pertama, Alpha berada di tangga ke-2, Gamma berada di kedudukan ke-3 dan Beta berada pada kedudukan yang terakhir. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan turut sama menjayakan Larian Sepantas 2023.
KEPIMPINAN MURID SIRI 1 KURSUS E-BULETIN 29 Kursus Kepimpinan ini dilaksanakan khas kepada semua barisan pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong setiap tingkatan. 15 JUN 2023
21 JUN, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 diadakan bagi membincangkan segala isu dan permasalahan. Pada tahun ini juga, lantikan baru Jawatankuasa dilaksanakan setelah jawatankuasa lama dibubarkan. Bersekali dengan mesyuarat ini, pihak PIBG dan pihak sekolah mengambil peluang untuk mengiktiraf kejayaan anakanak SPM 2022 dan guru-guru melalui majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan. Anugerah kecemerlangan ini telah disampaiakan oleh Pn Marina binti Mohammad, Penolong Pengarah Kanan (Cawangan Pembangunan Komuniti dan Generasi) Felda Wilayah Segamat. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27 & PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN E-BULETIN 30
SUKANTARA E-BULETIN 31 " Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah 25 JUN, semua pelajar mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam Sukantara bagi mewakili rumah sukan masing-masing. Acara berlangsung selama 3 hari dan pelajar bersaing mengumpul mata untuk rumah sukan. Guru-guru rumah sukan juga mengambil peluang untuk mengesan pelajar-pelajar yang layak untuk mewakili rumah sukan bagi acara Kejohanan Olahraga.
KEJOHANAN E-BULETIN 32 4-6 JULAI 2023 Pra-
PERASMIAN BULAN SAINS & MATEMATIK E-BULETIN 33 9 JULAI 2023 Merupakan satu program Panitia Sains & Matematik bertujuan untuk menarik minat dan membuka ruang kepada semua murid untuk menghayati dan memahami mata pelajaran sains dan matematik.
KEJOHANAN BOLA BALING MSSD SEGAMAT TAHUN 2023 12 & 13 julai 2023 : Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Pasukan Bola Baling, Jurulatih dan semua yang telah terlibat kerana pasukan bola baling kategori P18 dan L18 SEPANTAS telah berjaya menjuarai Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Segamat bagi Tahun 2023. E-BULETIN 34
ANAK BAIK LAGI CERDIK PROGRAM E-BULETIN 35 “Anak Yang Baik lagi Cerdik” merupakan sebuah slogan yang sering diungkapkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato Hj Pkharuddin Hj Ghazali.Ianya memfokuskan kepada kaedah untuk melahirkan pelajar yang cerdik semata-mata, tetapi mempunyai sahsiah diri yng baik. 20 JULAI 2023 “ ADAB DULU,BARU ILMU “
Southern Volunteers merupakan badan sukarelawan yang ditubuhkan khusus untuk anak jati negeri Johor. Pelaksanaan program itu bertujuan membentuk nilai murni dalam diri pelajar agar menjadi belia beridentitikan ‘Belia Bangsa Johor’ yang mampu menyumbang bakti kepada masyarakat.Matlamat utama Southern Volunteers ini adalah untuk melibatkan golongan belia di dalam bidang kesukarelawanan. MAJLIS PERASMIAN SKUAD MUDA SOUTHERN VOLUNTEERS E-BULETIN 36
BULAN SAINS & MATEMATIK E-BULETIN 37 JULAI 2023 Aktiviti " Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar"
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1445H 27 JULAI 2023 : Maal Hijrah merupakan salah satu hari kebesaran/ perayaan yang disambut oleh umat islam setiap tahun. Ia bagi mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad dari Mekkah ke Madinah. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani” E-BULETIN 38
kejohanan olahraga SEPANTAS E-BULETIN 39 20 23 3 Ogos 2023 : Kejohanan Olahraga Sepantas Kali Ke-26 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya. “A trophy carries dust. Memories last forever.
19 OGOS 2023 PESTA KESENIAN PUTERI DAERAH SEGAMAT 2023 E-BULETIN 40 " Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpimimpi itu Keputusan Pesta Kesenian Puteri Daerah Segamat 2023 Zapin - Johan Jrobik - Johan Khat - Johan Berzanji - Ketiga Catan - Kelima
DISEDIAKAN OLEH : TEAM E-BULETIN SEPANTAS 2023/2024