The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norizah Ezzah, 2020-07-11 07:09:33

TATACARA PEMBUKAAN SEKOLAH SKKDIM

TATACARA PEMBUKAAN SEKOLAH SKKDIM

SEKOLAH KEBANGSAAN KG.DATO’IBRAHIM
MAJID

PROSEDUR OPERASI STANDARD SEKOLAH

UNTUK SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA ANAK-ANAK
SKKDIM

OLEH:PN.ROHANI BT.MD.DEAN
GURU BESAR

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG DATO’IBRAHIM MAJID
86200 SIMPANG RENGAM KLUANG JOHOR.
TEL:07-7550595

KEPADA Ruj.Kami: JBA2038 100-5/4/2(35)
Ibu Bapa,Penjaga Murid Tarikh : 12/7/2020
SK.Kg.Dato’Ibrahim Majid
Simpang Rengam 86200 Kluang Johor

Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN PASCA COVID-19

Dengan segala hormatnya,perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula seperti butiran berikut:
2.1 15 Julai 2020 (Rabu) - Tahun 5 dan 6 sahaja
2.2 22 Julai 2020 (Rabu) - Tahun 1,2,3 dan 4

3. Sehubungan itu,tuan/puan digalakkan untuk memastikan anak-anak jagaan tuan puan hadir ke sekolah dengan mematuhi garis
panduan persekolahan Norma Baharu yang ditaklimat sebelum ini.

Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah’

ROHANI BTE.MD.DEAN

PROSEDUR OPERASI STANDARD SEKOLAH
NORMAL BAHARU

A) PENGUMUMAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH OLEH MENTERI KANAN PENDIDIKAN(SR)
● 01 JULAI 2020 -PRASEKOLAH
● 15 JULAI 2020- TAHUN 5 & 6
● 22 JULAI 2020- TAHUN 1,2,3 & 4

A) PENGOPERASIAN SEKOLAH MODEL PERTAMA (SATU SESI-PAGI SAHAJA)

A) TATACARA

1. SEBELUM KE SEKOLAH
1.1. Memastikan anak-anak dalam keadaan sihat,menjaga kebersihan diri dan tidak menunjukkan gejala
Awal Covid-19.
1.2 .Memberikan motivasi kepada anak-anak jagaan untuk terus belajar dan mematuhi SOP Norma
Baharu sekolah.
1.3. Galakkan anak-anak membawa bekalan dan bersarapan terlebih dahulu.
1.4. Digalakkan memakai pelitup muka,membawa hand sanitiser,tisu basah,sudu dan garpu sendiri.

PROSEDUR OPERASI STANDARD SEKOLAH
NORMA BAHARU

2. PERJALANAN KE SEKOLAH

2.1. Ibu bapa /penjaga digalakkan menghantar anak sendiri ke sekolah.
2.2. Sekiranya menaiki kenderaan awam,bas/van sekolah dan lain-lain sila pastikan anak-anak jagaan

memakai pelitup muka sepanjang berada dalam kenderaan.

3. SEMASA DI SEKOLAH

3.1. Ibu bapa/penjaga menurunkan anak-anak secara pandu lalu sahaja.
3.2. Digalakkn memakai pelitup muka serta diwajibkan pemakaian jika bergejala atau berimuniti

rendah.
3.3. Murid disaring suhu badan dan dikehendaki membasuh tangan di tempat mencuci tangan yang

disediakan.
3.4. Paparan video tatacara saringan dan perekodan suhu disertakan.

VIDEO TATACARA SARINGAN SUHU DAN PEREKODAN

https://www.youtube.com/watch?v=nGA1KV6GWVA&feature=youtu.be

@
Video tatacara saringan suhu dan perekodan SKKDIM

PROSEDUR OPERASI STANDARD SEKOLAH
NORMA BAHARU

3.5. Peka dan patuhi SOP seperti:

3.5.1. Sentiasa menjaga jarak 1 meter dari orang lain.
3.5.2. Tidak sembang rapat
3.5.3. Amal etika batuk dan bersin yang betul.
3.5.4. Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri.
3.5.5. Tidak berkongsi makanan dan barangan peribadi dengan rakan.
3.5.6. Kekal di tempat duduk masing-masing kecuali urusan dengan kebenaran guru seperti ke
Tandas.

4. TAMAT SEKOLAH

4.1. Ibu bapa/penjaga digalakkan mengambil anal-anak jagaan tepat pada masanya.
4.2. Terus pulang atau bersedia untuk bersekolah agama tanpa menyinggah ke mana-mana tempat lain.

PROSEDUR OPERASI STANDARD
SEKOLAH NORMA BAHARU

C). MAKLUMAT TAMBAHAN

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

Tahap 1 : Ahad-Khamis 7.10 pagi-1.10 tengahari
Tahap 2 : Ahad-Khamis 7.10 pagi-1.10 tengahari

1. KEHADIRAN MURID

2.1. Mulai 15 Julai semua murid hanya melalui pintu pagar hadapan sekolah.Pintu pagar
belakang hanya untuk kehadiran murid pra sekolah.

2.2. Hanya kenderaan guru,staf sokongan,pekerja pembersihan,pengawal keselamatan dan
pengusaha kantin sahaja dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

PROSEDUR STANDARD OPERASI SEKOLAH
NORMA BAHARU

3. SARINGAN SUHU

3.1. Saringan suhu akan dilakukan di dalam pintu pagar sekolah bermula 7.10 pagi oleh guru bertugas
dan kemudian murid akan scan code di kaunter yang disediakan di dewan terbuka oleh guru kelas.

3.2. Bagi muri yang mempunyai catatan suhu melebihi 37.5 dan ke atas,mereka diasingkan dan diambil
catatan suhu untuk kali kedua.

3.3 Catatan suhu demam dan bergejala,murid akan diarahkan pulang/di bawa ke Bilik Isolasi sementara
Menunggu kehadiran ibu bapa.

4. WAKTU REHAT : 9.40 hingga 10.10 pagi
Waktu rehat : 2 sesi : 10.10 hingga 10.40 pagi
Tahap 1 (1,2 dan 3)
Tahap 2 ( 4,5 dan 6)

PROSEDUR STANDARD OPERASI SEKOLAH
NORMA BAHARU

5. KANTIN

5.1 Pengusaha kantin telah bersetuju untuk membuat jualan secara Kombo(Set)
5.2 Murid boleh membuat tempahan melalui guru kelas dalam Whatssap kelas SEHARI sebelum.
5.3 Tempahan makanan bermula pada pukul 11.00 tengahari hingga 1 petang.
5.4 Makanan diambil oleh wakil murid yang bertugas bagi tahap 2,dan dihantar oleh pekerja

kantin/guru bagi tahap 1 (mengikut kesesuaian).
5.5 Murid akan makan di dalam kelas dengan pantauan guru yang berada di dalam kelas.
5.6 Murid digalakkan membawa air sendiri,sudu,garpu,tisu dan bekalan makanan dari rumah.
5.7 Murid akan selalu diingatkan menjaga kebersihan dan tidak berkongsi makanan dan minuman

KETETAPAN MENU

HARI/MINGGU MINGGU 1,3 & 5 MINGGU 2 & 4

AHAD NASI PUTIH & AYAM KICAP NASI PUTIH & AYAM TEPUNG
NASI PUTIH & AYAM UNGKEP
ISNIN NASI PUTIH & AYAM PAPRIK NASI PUTI & AYAM KICAP
NASI PUTIH & AYAM PAPRIK
SELASA NASI PUTIH & AYAM MASAK MERAH NASI LEMAK AYAM

RABU NASI PUTIH & AYAM KARI

KHAMIS NASI AYAM

HARGA MAKANAN RM 2.50 SETIAP UNIT TIDAK
TERMASUK AIR

PROSEDUR STANDARD OPERASI SEKOLAH
NORMA BAHARU

6. TANDAS

6.1 Murid tidak digalakkan kerap ke tandas sekiranya tidak berkeperluan dengan kawalan guru
( ingatkan anak-anak agar tidak kerap ke tandas tanpa tujuan atau mengikut kawan)

6.2 Tandas akan dibersihkan setiap 2 jam oleh pekerja pembersihan.

7. TANDA PENJARAKKAN

7.1 Setiap laluan di sekitar sekolah telah di sediakan laluan terarah untuk memandu pergerakkan murid.
7.2 Murid hendaklah mematuhi tanda arah yang telah ditetapkan.
7.3 Susun atur perabut di kelas,disusun dengan penjarakkan yang ditetapkan.

8. AKTIVITI SEKOLAH

Sebarang kelas tambahan,Kelas Mengaji,Kelab & Persatuan,Kelab Unit Beruniform serta Sukan dan
Permainan ditangguhkan sehingga mendapat arahan pelaksanaan

SEKIAN
TERIMA KASIH

#ALLAHJAGAKITA
#NORMA BAHARU

#KITAJAGAKITA


Click to View FlipBook Version
Previous Book
SOPSKC1
Next Book
TATACARA PEMBUKAAN SEKOLAH SKKDIM 1