The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitimariamharun1605, 2021-12-31 05:14:33

CABARAN INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

CABARAN DALAM
MENGINTERGRASIKAN
TEKNOLOGI DALAM
PENDIDIKAN

SITI MARIAM BINTI HARUN

PENGENALAN

Teknologi pendidikan merupakan proses yang
kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia,
idea, peralatan, dan organisasi untuk menganalisis
masalah- masalah serta bentuk, menilai dan mengurus
penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan
dimana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat
terkawal. Ini bermakna teknologi pendidikan
melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran atau
alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan,
tersusun mencapai objektif pembelajaran. malah,
pembelajaran menjadi lebih mudah dan dapat diakses
oleh murid serta menjadikan pembelajaran
menyeronokkan.

INFRASTRUKTUR
TEKNOLOGI

MASALAH JARINGAN
INTERNET

- jaringan internet secara menyeluruh di semua tempat tidak sediakan. hal ini kerana
kemudahan yang disediakan tidak mencukupi contohnya di kawasan pedalaman dan luar
bandar.
- Terdapat tempat yang mana sambungan akses internet yang tidak stabil dan
juga tidak mempunyai sambungan langsung.
- Masyarakat setempat terpaksa keluar ke kawasan lain bagi mendapatkan sambungan
internet yang lebih baik. Hal ini telah menimbulkan gangguan dan kesukaran bagi mereka
dalam menyiapkan sesuatu tugasan kerana masalah capaian internet.
- Walaupun usaha telah dilaksanakan bagi mengurangkan masalah capaian internet
seperti Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia, Pusat Internet Komuniti namun tidak secara
menyeluruh usaha ini dijalankan.
-Kurang berkesan dalam merapatkan jurang digital terutamanya di antara kawasan
bandar dan luar bandar.

MASALAH PERANTI

- 1.7 juta pelajar hadapi 'miskin digital' di Malaysia. hal ini kerana ramai pelajar berasal
dari keluarga yang miskin dan mempunyai masalah kewangan yang turut terjejas
kerana PKP dan pandemik yang melanda negara kita.
- murid tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti
yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian.
- Ketiadaan peranti khusus untuk pembelajaran. murid yang berasal dari keluarga B40
terpaksa berkongsi peranti dengan adik beradik lain dan ada juga berkongsi dengan
ibu bapa dan menyebabkan kesukaran menghadiri kelas dalam talian jika jadual waktu
kelas yang sama dan ibu bapa yang bekerja.
- Terdapat sekolah tiada/terhad kemudahan asas teknologi seperti projektor, internet.
hal ini khusus kepada sekolah yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version