ASPISI ALUMNI UITM CAWANGAN SAffiWAK
ISI #NDUNGAN Pengenalan Kata Aluan XXXXX XXXXXXXX XXXXX Tokoh xxxxx xxx xxxx xxx x xxxxxxxx xxxxx xxx xx
PENGENALAN
Secangkir Madu - PROFESOR DATO’ DR. JAMIL BIN HAJI HAMALI
Lorem ipsum Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala rahmat dan izin-Nya, kita dapat menerbitkan buku WHO’S WHO UiTM SARAWAK ini. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Profesor Dr. Abang Zainoren Abang Abdurahman selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) kerana menjadi pencetus utama dalam projek ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi buku ini atas komitmen terbaik mereka dalam merealisasikan penghasilan buku ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga dan alumni UiTM Cawangan Sarawak atas kerjasama yang diberikan dalam menyempurnakan projek ini. Syabas ditujukan kepada pihak Tunas Mekar yang diterajui oleh Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Jati Kasuma Ali usaha mereka dalam mengeratkan jalinan hubungan baik antara UiTM Cawangan Sarawak dan alumninya. Dengan terhasilnya buku ini, masyarakat luar bukan sahaja dapat mengenali graduan hebat dari UiTM Cawangan Sarawak malah dapat memberi inspirasi kepada para pelajar dalam menggapai impian dan cita-cita masing-masing. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung khususnya dalam menerbitkan buku ini. Sekian, terima kasih. PROFESOR DATO DR. JAMIL BIN HAJI HAMALI Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak BIODATA PENULIS
Lorem ipsum SECANGKIR KOPI - PROFESOR DR. ABG ZAINOREN ABG ABDUHMAN Alhamdulillah, segala syukur ke hadrat Illahi atas penghasilan buku Who’s Who. Buku ini memahat kenangan serta kisah para alumni UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) yang berjaya mengukir nama dan menyumbang jasa dalam profesion masing-masing, baik dalam sektor kerajaan, swasta mahupun perniagaan. Saya terharu serta berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripada alumni yang namanya tersemat dalam penulisan buku yang pertama kali seumpamanya dihasilkan. UiTMCS senantiasa menjadi wadah perjuangan pencarian ilmu saya semenjak bergelar seorang pelajar institusi pengajian tinggi sehinggalah karier kepimpinan akademik yang saya naungi kini. Universiti berterusan mencari ruang dan peluang dalam berinovasi bagi kelansungan kejayaan para staf dan pelajar. Bermulanya kewujudan UiTMCS di lokasi Batu Lintang, Semenggok, serta Semariang dan lokasi terkini adalah di Samarahan dan Mukah dengan keluasan keseluruhan 1740 ekar adalah aspirasi berterusan universiti untuk memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa serta perkhidmatan terbaik bagi menjana pelajar bumiputera yang berakhlak serta mampan sesuai cogan kata UiTM iaitu “Usaha, Taqwa, Mulia”. Saya berharap buku ini menjadi pencetus rasa kasih dan inspirasi buat para alumni serta pelajar sedia ada agar mempunyai semangat juang serta keyakinan tinggi dalam mengejar impian masing-masing bagi mengharumkan agama, negara dan universiti tercinta ini. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak terlibat yang memastikan buku ini berjaya dihasilkan serta diterbitkan pada tahun di mana UiTMCS meriah dengan sambutan jubli emas universiti ini. PROFESOR DR. ABANG ZAINOREN BIN ABANG ABDURAHMAN Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T atas segala rahmat dan izin-Nya, kita dapat menerbitkan buku WHO’S WHO UiTM SARAWAK ini. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Profesor Dr. Abang Zainoren Abang Abdurahman selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) kerana menjadi pencetus utama dalam projek ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada sidang redaksi buku ini atas komitmen terbaik mereka dalam merealisasikan penghasilan buku ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga dan alumni UiTM Cawangan Sarawak atas kerjasama yang diberikan dalam menyempurnakan projek ini. Syabas ditujukan kepada pihak Tunas Mekar yang diterajui oleh Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Jati Kasuma Ali usaha mereka dalam mengeratkan jalinan hubungan baik antara UiTM Cawangan Sarawak dan alumninya. Dengan terhasilnya buku ini, masyarakat luar bukan sahaja dapat mengenali graduan hebat dari UiTM Cawangan Sarawak malah dapat memberi inspirasi kepada para pelajar dalam menggapai impian dan cita-cita masing-masing. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung khususnya dalam menerbitkan buku ini. Sekian, terima kasih. PROFESOR DATO DR. JAMIL BIN HAJI HAMALI Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Dr. Azlina Bujang Lorem ipsum XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXX XXXXXXXXXXX XXXXXXXXX SECANGKIR SENYUMAN - PROF. MADYA DR. JATI ¹SUMA B. ALI
Alumni UiTM Cawangan Sarawak
PROFESOR DATO’ DR HAJI JAMIL BIN HAJI HAMALI
Lorem ipsum .Kini, beliau menjawat jawatan selaku Rektor UiTM Cawangan Sarawak. Sebelum menyandang jawatan ini, beliau adalah Dekan Fakulti Pengajian Perniagaan, UiTM Shah Alam. Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Sarawak. Selain memegang jawatan pentadbiran, beliau banyak terlibat dalam mengendalikan pelbagai seminar dan latihan pengkhususan dalam bidang TQM, pemasaran, perancangan strategik, motivasi, komunikasi, keusahawanan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan.
Lorem ipsum Profesor Dato Dr.Jamil Hamali berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan merupakan alumni dari Institut Teknologi, MARA Shah Alam pada tahun 1984 dan Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (pengkhususan Pemasaran Industri) dari Michigan Barat, Amerika Syarikat pada tahun 1986.Beliau memperolehi MBA dengan kepujian dari United State International University San Diego, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Memulakan kerjaya di UiTM sebagai Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik) Universiti Teknologi MARA, Kuching (UiTM) sebelum berlepas ke UK untuk pengajian diperingkat PhD. Profesor Dato Dr., telah menamatkan PhD dalam Total Quality Management (TQM) dari Universiti Salford, Manchester dalam masa kurang tiga tahun.
.Kini, beliau menjawat jawatan selaku Rektor UiTM Cawangan Sarawak. Sebelum menyandang jawatan ini, beliau adalah Dekan Fakulti Pengajian Perniagaan, UiTM Shah Alam. Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Sarawak. Selain memegang jawatan pentadbiran, beliau banyak terlibat dalam mengendalikan pelbagai seminar dan latihan pengkhususan dalam bidang TQM, pemasaran, perancangan strategik, motivasi, komunikasi, keusahawanan, kepimpinan, dan penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan. Lorem ipsum Pada tahun 1995 dan 2004 Dr.Jamil Hamali telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) atas pencapaian dan sumbangan beliau.Beliau adalah ahli aktif institut Pengurusan Sarawak(MASA), Kesatuan Kaunseling Sarawak (KASARA) dan Persatuan Reka Cipta & Reka Bentuk Sarawak(lDEAS). Sehingga kini beliau merupakan Presiden lDEAS. Profesor Dato Dr.Jamil Hamaii juga terlibat secara aktif dalam pelbagai jawatankuasa dan persatuan. Di peringkat Antarabangsa, beliau mengekalkan jalinan strategik dengan High Performance Organization (HPO) Research Group daripada Universiti Salford, Manchester, United Kingdom. Pada tahun 2002, bagi mengiktiraf sumbangan beliau terhadap pembangunan belia dan masyarakat di negeri ini dan prestasi yang patut dicontohi sebagai pegawai kerajaan, Kerajaan Negeri Sarawak telah menganugerahkan beliau dengan Anugerah Pegawai Bintang Kenyalang. Beliau juga telah menerima Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1414H (Anugerah Kepimpinan Organisasi Peringkat Negeri Sarawak. Beliau telah dianugerahkan Pingat Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S) pada tahun 2011 yang mem bawa gelaran Dato.
ABANG ZAINOREN BIN ABANG ABDU HMAN “The Best Institution in Transforming People” Profesor Dato Dr.Jamil Hamali berkelulusan Diploma Pengajian Perniagaan merupakan alumni dari Institut Teknologi, MARA Shah Alam pada tahun 1984 dan Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan (pengkhususan Pemasaran Industri) dari Michigan Barat, Amerika Syarikat pada tahun 1986.Beliau memperolehi MBA dengan kepujian dari United State International University San Diego, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Memulakan kerjaya di UiTM sebagai Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik) Universiti Teknologi MARA, Kuching (UiTM) sebelum berlepas ke UK untuk pengajian diperingkat PhD. Profesor Dato Dr., telah menamatkan PhD dalam Total Quality Management (TQM) dari Universiti Salford, Manchester dalam masa kurang tiga tahun.
Insan bernama Abang Zainoren bin Abang Abdurahman dilihat mempunyai karakter beliau tegas, namun terselit keramahan di sebalik senyuman ia. Pengiktirafan dunia kesarjanaan dan akademik yang membawa gelaran hormat Profesor Dr. Abang Zainoren bin Abang Abdurahman tidak pernah beilau anggap sebagai pemisahan status dalam bersosial, baik dalam bermasyarakat di kejiranan mahupun di dalam dunia kepimpinan akademik. Insan yang dilahirkan pada 1hb November 1963 ini merendah hati apabila dijuluki sebagai antara alumni Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) yang berjaya di dalam kepimpinan akademik di universiti. Anak kelahiran Wilayah Sarawak ini sentiasa positif dalam mengamati kehidupan mencabar pada masa kini. Lorem ipsum Penyandang jawatan Timbalan Rektor (TREK) di Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTMCS ini sentiasa berpegang kepada prinsip “The Best Institution in Transforming People”. Prinsip in memastikan rasa cinta beliau kepada UiTMCS adalah malar segar dalam tekad menyumbang bakti kepada anak bangsa. Meniti hari-hari persaraan, beliau terlihat bahagia apabila menjadi Penerima Anugerah Khas bagi Penyelidik Terbaik (Sains Sosial & Kemanusiaan), Anugerah Akademik Universiti (AAU) bagi tahun 2022. Anugerah ini dianggap sebagai perencah pada kenangan manis terakhir beliau di UiTMCS.
“S ‘zero’ to ‘hero ’.” “Semoga maju jaya dan sentiasa cemerlang dalam mengubah ‘zero’ to ‘hero’.”
ABDUL MALEK BIN ABDULLAH
Abdul Malek dilahirkan pada 22 November 1962 merupakan antara graduan Diploma Perbankan yang mendapat Pendidikan diploma nya di kampus ITM Cawangan Batu Lintang dalam 1984. Bapa kepada tiga orang anak ini pernah menjawat jawatan tertinggi sebagai Pengarah Wilayah Malaysia Timur, Bank Islam Malaysia, Sarawak dan bersara dalam tahun 2022. Menurut beliau kenangan yang paling manis semasa pengajian beliau di ITM Kampus Batu Lintang ialah semasa Minggu Suai Kenal Siswa. Sebagai alumni yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam sektor swasta, menasihat graduan baru kini perlu membuat pekerjaan mereka dengan tekun, amanah dan jangan mudah berputus asa. Beliau percaya berkat usaha dan keyakinan yang tinggi, insyallah kejayaan itu akan datang juga kepada kita. “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang”
DIANA TALIT DIANA TALIT
Diana Talit merupakan alumni ITM Sarawak yang berkelulusan Advance Diploma In Business Studies(Marketing), Shah Alam 1992-1993 dan sebelumnya pernah mendapatkan Diploma in Business Studies, Semariang 1987- 1989. Kehidupannya di ITM Kampus Samariang merupakan kenangan manis beliau kerana dari situ beliau berpeluang untuk berkenalan dan belajar bersama rakan-rakan dari pelbagai kaum dan latar belakang dan ada yang menjadi rakan rapat dan sejati sehingga kini. Menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan, Paris 2009 -2014 dan Pesuruhjaya Perdagangan, New York 2018 sehingga sekarang di Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) menjadi beliau seorang alumni ITM Sarawak yang berjaya dalam kerjayanya. Justeru, beliau tidak pernah melupakan UiTM, malah beliau sangat berterima kasih kepada UiTMCS dan semua warga pendidiknya atas tunjuk ajar dan ilmu yang telah dikongsikan sehingga menjadikan kami insan seperti hari ini.
DATU DR. MUHAMMAD ABDULLAH BIN ZAIDEL L
Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Zaidel dilahirkan pada 2 Januari 1969. Beliau sudah berkahwin dan kini mempunyai 4 orang anak. Pada tahun 2004, beliau berjaya menamatkan pengajian dalam Executive Masters in Business Administration dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian hingga berjaya menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD). Menyoroti pencapaiannya dalam bidang akademik, beliau yakin bahawa para pelajar mampu melakar kejayaan kerana UiTM is not for the fainthearted. Beliau kini memikul tugas sebagai Pengarah di Economic Planning Unit Sarawak. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau dianugerahi Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S). Dalam menggapai kecemerlangan, beliau berpegang pada kata-kata
“If the mountain won’t go to Muhammed, then Muhammed must come to the mountain”.
DR. MALVERN ABDULLAH
Dr. Malvern Abdullah dilahirkan pada 17 Mei 1975. Beliau sudah berkahwin dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Pada tahun 2011, beliau berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan. Itulah kenangan paling manis dalam hidupnya dalam bidang akademik. Bagai sirih pulang ke gagang. Itulah peribahasa yang boleh kita tujukan kepada insan hebat ini kerana beliau kini merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak. Setiap kejayaan pasti diiringi dengan semangat dan keringat kerana beliau percaya “Jika kita letakkan sepenuh hati dan usaha terhadap sesuatu, kejayaan pasti menanti”.
WAN IDRIS BIN WAN IBnHIM
Encik Wan Idris semasa Majlis Penyampaian Tablet daripada pihak MITSA kepada Pelajar B40 UiTM Cawangan Sarawak. Ikon Alumni seterusnya ialah Encik Wan Idris Bin Wan Ibrahim iaitu Timbalan Presiden Persatuan Persatuan Alumni UiTM Sarawak - MITSA. Beliau dillahirkan pada 3 Oktober 1968. Berkelayakkan dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan UITM Cawangan Sarawak. Sebelum ini beliau merupakan bekas alumni ITM di Shah Alam. Kenangan manis beliau adalah apabila berjumpa dengan rakan- rakan lama yang suatu Ketika dulu mengambil jurusan yang sama. Beliau berpendapat bahawa UiTM telah banyak membantu dalam mencorak keperibadian profesionalisma diri seorang pelajar. Bagi beliau UiTM Cawangan Sarawak pula telah menyediakan tenaga pengajar serta pembelajaran yang kondusif serta suasana yang sesuai untuk pembangunan ilmu. Mempunyai syarikat yang dinamakan Idris Ibrahim & Co sebagai Managing Partner beliau juga telah dilantik sebagai Rakan Kongsi Urusan bagi mengendali 11 cawangan operasi firma pengauditan sekitar tahun 2008 hingga 2012. Mutiara kata daripada beliau, Kejayaan hanya datang dengan usaha berterusan kita. Perancangan bagi kejayaan perlu bagi kita mencipta sejarah di setiap takuk masa yang kita lalui.
DIANA TALIT rRTINI BINTI SARWI
Pengasas dan Pengarah urusan Sixteen Twentynine Sdn Bhd, Puan Kartini Sharkawi merupakan antara alumni usahawan graduan ITM Sarawak, Kampus Samariang, Kuching. Lulusan bidang Diploma Pengajian telah bergraduan dalam tahun 1992 kini telah aktif menceburi bidang perniagaan pemprosesan makanan dengan sepenuh masa sejak 8 tahun yang lalu. Sebelum ini Puan Kartini pernah bekerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat Minyak dan Gas Asli di Miri, Sarawak selama 22 tahun. Pengalaman yang tidak pernah dilupakan semasa pengajiannya ialah dia antara batch yang pertama berpindah ke Kampus Samariang, Petra Jaya daripada Kampus Semenggok (Pre-Comm). Manis nya bila berpindah kerana kemudahan masa itu serba serbi baru dan keselesaan kampus yang luar biasa berbanding dengan Kampus Semenggok. Dia juga bergiat aktif dalam aktiviti Kesatria, keenakan makanan di kantin masih tetap menjadi ingatan. Bagi nya tidak ada kenangan pahit semasa pengajiannya di ITM. Malah ‘I really appreciate every moment of it and learning day by day living as student in a best campus’ ujarnya semasa di temuramah. “Don't you ever let a soul in the world tell you that you can't be exactly who you are”
YB DATO' SRI HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
YB Dato' Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri merupakan merupakan alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak melalui Program Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan ITM - Universiti Ohio bertempat dikampus Batu Lintang, Kuching. Dilahirkan pada 8 Mei 1961, anak kesepuluh daripada sebelas adik-beradik ini beketurunan Melayu dan Melanau di sebelah bapanya manakala ibunya berdarah Scotland, Iban dan Cina. Beliau dikurniakan tiga orang anak.” You craft Your own Destiny”merupakan prinsip diri beliau. Beliau merupakan salah seorang Ikon Wanita yang berasal daripada bumi kenyalang dimana beliau pada Ketika ini memegang portfolio Menteri Kabinet di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau sebelum ini menjawat jawatan Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada tahun 2020-2022. Sumbangan besar beliau adalah Menerajui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pelancongan Negara Malaysia 2020-2030, pelan strategik 10 tahun untuk memperkukuh industri pelancongan dan ekonomi Malaysia melangkaui wabak serta memperkasakan semua pemegang taruh pada setiap peringkat. Beliau juga telah menerajui Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DAKEN 2021) yang akan menjadi panduan dalam merancang pembangunan sektor seni, budaya dan warisan negara, berdasarkan 7 prinsip teras.
DIANA TALIT NORIZAN BIN JILI
Norizan bin Jili merupakan alumni universiti teknologi mara (UiTM) cawangan sarawak melalui Program Diploma Pentadbiran Awam bertempat di Kampus Semariang, Kuching pada tahun 1996. Manakala beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dari UiTM Shah Alam pada tahun 2000. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan semasa pengajian bersama rakan-rakan seperjuangan di UiTM adalah menyediakan tugasan sebelum tarikh akhir. Dilahirkan pada 16 September 1975 dan dikurniakan tiga orang anak. ” Agi Idup Agi Ngelaban. Be Positive, Stay Positive and those around you will be positive” merupakan prinsip diri beliau. Beliau pernah menerima anugerah Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Pegawai Bintang Sarawak (PBS) pada 16 Disember 2021. Kini beliau merupakan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak
TUAN HAJI MOHD SAPAWI BIN HAJI JAMAIN “Perjuangan itu bukannya mudah, namun jika menyerah, padah rasanya”.
Lorem ipsum Tuan Haji Mohd Sapawi Bin Haji Jamain dilahirkan pada 26 Sep - tember 1957. Ikon Alumni ini dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPB) pada tahun 2003 di Kampus Universiti Teknologi MARA Kota Samarahan. Di antara kenangan manis beliau ialah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah sarja - na di sepanjang Sembilan tahun setengah tahun pengajian walaupun terpaksa mengorbankan masa beliau bersama kelu - arga pada setiap hujung minggu disepanjang sessi kuliah. Namun yang demikian apa yang dilalui ini tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.
Lorem ipsum Nukilan beliau buat Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak “.....Terima kasih jasamu tetap dikenang. Perananmu, langkah memartabat bangsa dan agama.....” Memulakan kerjaya sebagai Pegawai eksekutif di UiTM Cawangan Sarawak bertempat di Hal Ehwal Pelajar (HEP) beliau seterusnya mengorak langkah untuk portfolio Pensyarah Kanan sebaik sahaja menamatkan pengajian dipringkat sarjana. Antara anugerah yang beliau terima ialah Ahli Bintang Kenyalang (ABK) dan Anugerah Khidmat Cemerlang UiTM Cawangan Sarawak.
CHRISTOPHER DANAN ANAK BINJIE Tuan Haji Mohd Sapawi Bin Haji Jamain dilahirkan pada 26 September 1957. Ikon Alumni ini dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPB) pada tahun 2003 di Kampus Universiti Teknologi MARA Kota Samarahan. Di antara kenangan manis beliau ialah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah sarjana di sepanjang Sembilan tahun setengah tahun pengajian walaupun terpaksa mengorbankan masa beliau bersama keluarga pada setiap hujung minggu disepanjang sessi kuliah. Namun yang demikian apa yang dilalui ini tidak pernah mematahkan semangat beliau untuk menamatkan pengajian dengan jayanya.
Encik Christopher Danan Anak Binjie dilahirkan pada 9 Oktober 1968 di Sarawak. Beliau sudah berkahwin dan kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Perakaunan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh pengajian, beliau akui banyak kenangan indah telah melakar di kanvas memorinya. Berikutan itu, sebagai alumni, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada UiTM Cawangan Sarawak kerana telah berjaya melahirkan ramai graduan hebat khususnya dalam kalangan bumiputera. Beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Akaun Negeri di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah dianugerahi Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) 2011. Selain itu, beliau juga mendapat pengiktirafan sebagai Pegawai Contoh Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Negeri 2018. Turut membanggakan, beliau juga turut dianugerahi Pingat Bintang Kenyalang (PBK) 2022. Kejayaan Encik Christopher ini menjadi inspirasi khususnya buat anak-anak Sarawak. Dalam hidup ini, beliau yakin “Seseorang yang tidak pernah melakukan kesilapan adalah seseorang yang tidak pernah mencuba sesuatu yang baru”.
DATO SRI HAJAH ROHANI ABDUL RIM
Lorem ipsum dolor sit
CASSIDY ANAK MORRIS “Sentiasa tingkatkan kompetensi, Tiada kejayaan tanpa pengorbanan” Lorem ipsum dolor sit
Lorem ipsum dolor sit Saya telah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan Sarawak sejak 25 tahun yang lalu. Memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan pada tahun 1998. Menimba pengalaman permulaan selama 10 tahun, seterusnya pada tahun 2008 telah diamanahkan sebagai Jurutera Daerah Saratok. 3 tahun kemudian, dilantik sebagai Jurutera Bahagian Sri Aman pada tahun 2011 selama 6 tahun. Cabaran seterusnya menggalas tugas sebagai Pengurus Wilayah Pejabat Wilayah Tengah JKR Sarawak pada tahun 2017. Setelah 3 tahun, dilantik sebagai Ketua Projek JKR Sarawak pada tahun 2020. Kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarah (Infrastruktur) Gred VU7 JKR Sarawak sejak 6 Julai, 2022. Sepanjang perkhidmatan saya telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) selama tiga kali iaitu pada tahun 2004, 2013 dan 2018 Seorang Jurutera Awam bertaraf professional (Ir.), memperolehi pengiktirafan sebagai Asean Chartered Professional Engineer (ACPE) serta memperolehi pengiktirafan sebagai Teknolojis Professional (Ts) pada thn 2022. Kini telah memperoleh Doktor Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2023.
Lorem ipsum dolor sit THOMAS ANAK BILUN
Lorem ipsum Thomas anak Paul Bilun tidak pernah menjangka langkah beliau ke Institut Teknologi MARA Cawangan Sarawak (ITMCS) menjadi lorong yang membentuk arah tuju kerjaya beliau sehingga ke hari ini. Beliau yang merupakan Timbalan Pengarah Audit Negeri Sarawak di Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak merupakan seorang yang teliti dan sangat menjaga profesionalisme kerja bagi menjamin kualiti audit yang telus. Anak kepada Paul Bilun yang dilahirkan pada 12 Ogos 1970 ini melayakkan diri menyambung pengajian diploma di ITM dalam bidang perakaunan di School of Accountancy, seterusnya bergraduat dengan jayanya pada tahun 1992. Pengalaman sebagai seorang pelajar di Kampus Semariang, Petra Jaya dizahirkan melalui kenangan manis semasa Minggu Sesi Suai Kenal dan juga aktiviti kokurikulum unit KESATRIA (merujuk unit kokurikulum pertama diwujudkan di ITM dan latihannya bersifat ala ketenteraan). Menelusuri kehidupan peribadinya, Thomas merupakan seorang ayah kepada tiga orang cahaya mata dan mempunyai seorang isteri yang sentiasa menjadi pendamping dan penyejuk hati beliau. Pendidikan adalah merupakan suatu kepentingan pada diri Thomas dan ini yang selalu diterapkan dalam mendidik anak-anak beliau. Ingatan pada pendidik ITM tidak pernah beliau lupakan dalam membimbing beliau dan rakan-rakan, hanya titipan terima kasih tidak terhingga buat para pensyarah yang mampu beliau zahirkan.
HALIM BOWENG ABDUL :RIM
ABG SHIBILI ABDUL MRIM
Terima kasih kerana diberi kepercayaan bagi merealisasikan buku Who is Who Alumni UiTM Cawangan Sarawak ......
BIODATA PENULIS Profesor Madya Dr. Jati Kasuma b. Ali Prof. Madya Dr. Jati Kasuma Ali, merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Periniagaan,UiTM Sarawak. Lulusan PhD dalam bidang Pemasaran di Universite de Toulouse, Perancis. Beliau juga mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sarawak dan Ijazah Sarjana (Sains Pengurusan) di Universiti Utara Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah bidang Keusahawanan, Gelagat Pengguna, Keusahawanan Sosial dan Pengurusan. Aiza Johari Aiza Johari, salah seorang pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA, Kampus Cawangan Sarawak memperolehi ijazah sarjana TESOL dari Universiti Teknologi MARA dan ijazah sarjana muda TESOL (Kepujian) dari University College of Chichester, United Kingdom dan Maktab Perguruan Ilmu Khas (program berkembar. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang Bahasa Inggeris, yang berfokus kepada sosiolinguistik dan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Suriani Jack Suriani binti Jack adalah seorang pensyarah kanan yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Komputer, Informatik dan Matematik, Kampus Cawangan Sarawak, Universiti Teknologi MARA. Beliau juga berkhidmat sebagai Koordinator Jaringan Alumni di bawah pengurusan Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN). Beliau merupakan alumni UiTM, memperolehi Ijazah Sarjana di dalam Pengurusan Maklumat di UiTM Shah Alam. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang graduan dari Universiti Islam Antarabangsa (Ijazah Sarjana Muda) di dalam Psychology. Beliau telah berkhidmat dengan UiTM selama 22 tahun. Memulakan perkhidmatan di UiTM Shah Alam bermula pada tahun 2001 hingga 2003 dan diterbangkan ke Sarawak ”tanah air tanah tumpah darahku”, dan berkhidmat di UiTM Sarawak hingga ke hari ini . Dr. Azlina Bujang Dr. Azlina Bujang adalah seorang pensyarah kanan yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Komputer, Informatik dan Matematik, Kampus Cawangan Sarawak, Universiti Teknologi MARA. Beliau juga berkhidmat sebagai Koordinator Jaringan Komuniti di bawah pengurusan Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN). Beliau memperoleh gelaran Doktor Falsafah dari Universiti Malaysia Sabah. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (ijazah sarjana) dan Universiti Utara Malaysia (ijazah sarjana muda).
BIODATA PENULIS Farhana binti Ghazuddin Dr. Hjh Safrina Muhammad Azmi Khaulah Binti Abu Bakar Sheela Faizura Binti Nik Fauzi Dr. Hjh Safrina Muhammad Azmi merupakan seorang pensyarah kanan dari Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), UiTM Cawangan Sarawak. Lulusan PhD dalam bidang komunikasi visual di Universiti Teknologi MARA Shah Alam.Kepakaran bidang beliau adalah senireka komunikasi, penjenamaan, identiti korporat dan senireka pembungkusan. Sheela Faizura Nik Fauzi memulakan perjalanan pendidikan di Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Pendidikan dari UiTM Shah Alam, Pencarian pengetahuan Sheela telah mendorongnya untuk melanjutkan pelajaran "Blended Diploma in Advanced Applied Linguistics” dari SEAMEO di Singapura.