The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pkrpauh, 2021-04-26 21:41:33

KERTAS CADANGAN BBQ JPRC 2018 Final

KERTAS CADANGAN
HIMPUNAN JENTERA BRIGED WANITA PERMATANG PAUH



1. PENGENALAN

Briged Wanita Parlimen Permatang Pauh merupakan tunjang kiri Keadilan yang
merangkumi 3 DUN iaitu Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan Dun
Penanti.Organisasi ini ditubuhkan untuk membantu Parti dalam apa jua aktiviti di
Peringkat Parlimen Permatang Pauh. Justeru itu Pengarah JPRC Permatang Pauh
mencadangkan supaya di himpunkan kesemua Ahli Briged Wanita dalam Parlimen
Permatang Pauh ini untuk diadakan Jamuan BBQ bersama Pimpinan Parti sebagai
tanda menghargai pengorbanan mereka untuk Parti dalam menghadapi Pilihanraya
akan datang.

2. MATLAMAT

Pengajuran Majlis ini bukan sahaja untuk meraikan Briged Wanita semata-mata malah
ianya berpaksikan peranannya sebagai satu badan sukarelawan yang sah bagi
menggalas misi Keadilan. Peranan mereka dalam Jentera Pilihan Raya adalah amat
tinggi dan tidak di nafikan lagi. Justeru itu JPRC mengambil langkah untuk membuat
satu himpunan Ahli Briged Wanita bagi merealisasikan penghargaan buat mereka Ahli
Briged Wanita di atas sokongan dan sumbangan yang di curahkan.

3. NAMA PROGRAM

HIMPUNAN JENTERA BRIGED WANITA PERMATANG PAUH

4. ANJURAN

Jentera Pilihan Raya Cabang (JPRC) Permatang Pauh

5. TARIKH CADANGAN PERLAKSANAAN

5.1 Tarikh : 31 Mac 2018
5.2 Hari : Sabtu
5.3 Masa : 8.00 Malam hingga 11.00 Malam
5.4 Tempat : Restoran Pak Chop Conner, Sembilang Seberang Jaya
Berdekatan Pasaraya TESCO Extra Seberang Jaya
5.5 Sasaran : 300 orang Ahli Briged Wanita Permatang Pauh







1 |JPRC Permatang Pauh

6. JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : YB Nurul Izzah Anwar Ibrahim
Pengerusi : Sdr. Mohd Shamsul Bin Ghazali
Setiausaha : Sdr. Ahmad Rizal Bin Abd Hamid
Bendahari : Tuan Hj. Afindi Bin Ali
Ahli Jawatankuasa : Sdr. Muhamad Rodzi Bin Abdul Hamid
: Puan Maskarah Binti Ismail
: Puan Roshannisa Che Kassim
: Puan Norliza Bt Abu Bakar
: Sdr. Alias Bin Said
: Sdr. Mohd Shukri Bin A.Hamid
: Sdr. Sabarudin Bin Darus
: Sdr. Baidrulhisam Abd. Hamid
: Sdr. Shahrulnizam
: Sdr. Saiful Reza
: Sdr. Talib Bin Ibrahim


7. TENTATIF PROGRAM

Bil. Masa Perkara

1. 8.00 Malam Ketibaan Ahli Briged Wanita & Tetamu Jemputan
Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
Bacaan Doa Keberkatan Majlis
Ucapan Pengarah JPRC Permatang Pauh
Ucapan Wakil Briged Wanita Permatang Pauh
Ucapan YB Dato’ Seri Wan Azaizah Wan Ismail
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Atau YB Nurul Izzah Anwar Ibrahim
Naib Presiden Keadilan Pusat

2. 9.00 Malam Jamuan Makan Santai BBQ bersama Pimpinan Keadilan

3. 11.00 Malam Majlis Tamat / Bersurai











2 |JPRC Permatang Pauh

8. PERBELANJAAN

Bil. Perkara Perbelanjaan Bilangan Jumlah RM
Seunit Lansum
1. Tempahan Makanan RM 50
perkepala 300 org RM 15,000.00
Menu :
1. Ayam
2. Udang
3. Sosej
4. Kerang Bakar
5. Sotong Bakar
6. Puyuh
7. Ketam
8. Otak-otak
9. Bihun Goreng
10. Nasi Goreng
11. Satay
12. Menu Utama Kambing
Golek 2 ekor
13. Buah-buahan
14. Minuman Panas/Sejuk

2. Khemah 3 buah / kerusi / meja Lansum
Lampu & P.A Sistem
Jumlah RM RM 15,000.00

[Ringgit Malaysia : LIMA BELAS RIBU SAHAJA]

9. PENUTUP

Majlis ini tidak akan berjaya diimplementasikan tanpa mendapat kerjasama dan
komitmen daripada semua pihak. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar semua
pihak yang terlibat dalam perlaksanaan majlis ini dapat memberi sokongan dan
komitmen yang persis lagi jitu demi memastikan kelancaran dan keberkesanan program
ini.


Di sediakan oleh :


……………………………………..
Alias Bin Said
Timbalan Pengarah
JPRC Permatang Pauh





3 |JPRC Permatang Pauh


Click to View FlipBook Version