JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BUKU PANDUAN DAN REKOD PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDU AIN (P A F A) PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) NAMA: Tahun: Tingkatan DIKEMASKINI OLEH: MOHD SHUKRI BIN ADINAN
KANDUNGAN Profil Murid i Perkara Asas fardhu Ain ii Tujuan Penilaian ii Peraturan Penilaian iii Agihan Kod PAFA iv Soalan dan Jawapan Penilaian PAFA 1-34 Borang Pencapaian Individu untuk PT3 35 Borang Pencapaian Individu untuk SPM 36
PROFIL MURID NAMA : SEKOLAH : NO. PENDAFTARAN SEKOLAH : JANTINA: L P BANGSA: Hari Bulan Tahun TARIKH LAHIR: NO. SIJIL LAHIR/ KAD PENGENALAN: NAMA IBU/BAPA: PENJAGA WARGANEGARA: ALAMAT RUMAH: NO TELEFON : E-MAIL: TANDA TANGAN IBU BAPA/PENJAGA: GAMBAR
PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA) Beberapa perkara asas Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang ingin dipastikan benar-benar diketahui, difahami, diamalkan dan dihayati oleh setiap muri dengan betul dan sempurna sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. TUJUAN PENILAIAN PAFA 1. Mengenal pasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkannya dengan betul dan sempurna. 2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%. 3. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayatinya dalam amalan kehidupan harian. 4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan
PERATURAN PENILAIAN PAFA 1. Penilaian PAFA diwajibkan kepada semua murid beragama Islam. 2. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 5. 3. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. 4. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang berbentuk formatif dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Apabila murid telah menguasai kod-kod yang ditetapkan, dia boleh dinilai dengan kodkod tahun seterusnya. Bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan. 6. Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Apabila ujian dibuat secara formal , murid hendaklah diberitahu lebih awal. 7. Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga murid dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna. 8. Pencapaian murid dikemaskinikan dari semasa ke semasa dalam Borang Pencapaian Individu. Catatan tersebut merupakan rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid. 9. Tanda (/) dibuat apabila murid menguasai sesuatu kod atau tajuk, manakala dalam hal ibadah, dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak. 10. Murid diperakukan lulus dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan. 11. Borang Pencapaian Individu hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan murid ke sekolah.
AGIHAN KOD PAFA ( PT3 DAN SPM ) TINGKATAN KOD DINILAI TAJUK PT3 01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah 02 Rukun Islam 03 Rukun Iman 04 Beristinjak 05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada Najis 06 Cara Berwuduk 07 Cara Bertayamum 08 Cara Mandi Wajib 09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamah 10 Solat Fardhu 11 Solat Jenazah 12 Puasa 13 Adab terhadap Ibu Bapa 15 Ihsan 16 Kewajipan Menutup Aurat 17 Batas Pergaulan Dalam Islam SPM 01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah 02 Rukun Islam 03 Rukun Iman 04 Beristinjak 05 Membersihkan Diri, Pakaian dan Tempat Daripada Najis 06 Cara Berwuduk 07 Cara Bertayamum 08 Cara Mandi Wajib 09 Azan, Iqamah, Jawapannya dan Doa Selepas Azan dan Iqamah 5 10 Solat Fardhu 11 Solat Jenazah 12 Puasa 13 Adab terhadap Ibu Bapa 14 Perkahwinan 15 Ihsan 16 Kewajipan Menutup Aurat 17 Batas Pergaulan Dalam Islam 1 3 2 4 5
Ƃ KOD : 01 ƃ SOALAN L1.1 Sebutkan lafaz Dua Kalimah Syahadat dengan sempurna. ُول ِ اه JAWAPAN ُ َس مًدا ر ċ َ ُح ن م َ ُد أَ ċ ْشه أَ َ و ِاċ اهُ إ َ لَه ِ إ َ ُد أَ ْن اċ ْشه أَ SOALAN L1.2 Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadat. JAWAPAN Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
Ƃ KOD : 02 ƃ SOALAN L2.1 Sebutkan Rukun Islam satu persatu JAWAPAN Rukun Islam ada lima perkara: 1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. 2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam. 3) Mengeluarkan Zakat. 4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan. 5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan. SOALAN L2.2 Huraikan Rukun Islam: 1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. 2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam. 3) Mengeluarkan Zakat. 4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan. 5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan JAWAPAN Huraian: 1) Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaan-Nya dan suatu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. 2) Menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. 3) Mengeluarkan Zakat. Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu diberi kepada golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta. RUKUN ISLAM
4) Berpuasa dalam bulan Ramadhan. Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan 5) Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan. Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup kepada orang yang mampu, dengan syarat tertentu pada waktu yang tertentu. SOALAN L2.3 Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim JAWAPAN Kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim ialah: 1) Merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan 2) Menjadikan seseorang sebagai muslim yang sejati. 3) Menjadi penghubung antara manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.
Ƃ KOD : 03 ƃ SOALAN L3.1 Sebutkan Rukun Iman satu persatu: JAWAPAN Rukun Iman ada enam perkara: 1) Beriman kepada Allah 2) Beriman kepada Malaikat 3) Beriman kepada Kitab 4) Beriman kepada Rasul 5) Beriman kepada Hari Akhirat 6) Beriman kepada Qadak dan Qadar. [ قدر دان قضاء [ SOALAN L3.2 Bagaimanakah anda beriman kepada Allah s.w.t ? JAWAPAN Mengaku bahawa Allah s.w.t ada dan melaksanakan perintah-Nya dengan sempurna. SOALAN L3.3 Bagaimanakah anda beriman kepada: 1) Malaikat. 2) Kitab. 3) Rasul. 4) Hari Akhirat. 5) Qadak dan Qadar. JAWAPAN Beriman kepada: 1) Malaikat: Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah s.w.t. 2) Kitab: Meyakini bahawa Allah s.w.t telah menurunkan kitab-kitab kepada para rasul-Nya yang tertentu. Semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar. RUKUN IMAN
3) Rasul: Meyakini bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lelaki yang mendapat wahyu daripada Allah s.w.t untuk memimpin manusia ke arah kebenaran. 4) Hari Akhirat: Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang ingkar akan diperintahkan oleh Allah ditempatkan di neraka seketika. 5) Qadak dan Qadar: Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah s.w.t. SOALAN L3.4 Apakah perkara-perkara yang boleh merosakkan iman? JAWAPAN Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah: 1) Syirik. 2) Kufur. 3) Murtad. 4) Khurafat. 5) Maksiat.
Ƃ KOD : 04 ƃ SOALAN L4.1 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan air. JAWAPAN Membasuh qubul dan dubur ( دبر دان قبل ( dengan menggunakan air mutlak sehingga diyakini bersih. SOALAN L4.2 Sebutkan benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air. JAWAPAN Benda-benda yang boleh digunakan untuk beristinjak selain air ialah: 1) Batu. 2) Benda kesat. SOALAN L4.3 Terangkan cara beristinjak dengan menggunakan batu atau benda kesat. JAWAPAN Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau benda yang kesat sehingga diyakini bersih. BERISTINJAK
Ƃ KOD : 05 ƃ SOALAN L5.1 Kain ini terkena najis Mukhaffafah ( فةَفċخُ َ .( م Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya. JAWAPAN Cara menyucikan najis Mukhaffafah ialah dengan memercikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis SOALAN L5.2 Kaki anda terkena najis Mutawassitah ( ةَسط ِ َ َو ت ُ ( م Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya. JAWAPAN Cara menyucikan najis Mutawassitah ialah: 1) Buangkan najis. 2) Basuh bahagian yang terkena najis dengan menggunakan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. SOALAN L5.3 Di lantai ini terdapat najis Mughallazah ( ةَظċلَ غ ُ .( م Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya. JAWAPAN Cara menyucikan najis Mughallazah ialah: 1) Buangkan najis. 2) Basuh dengan air mutlak yang bercampur tanah ( satu kali ). 3) Basuh dengan air mutlak ( enam kali ) sehingga diyakini bersih. MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN, PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS
Ƃ KOD : 06 ƃ SOALAN L6.1 Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Cara berwuduk dengan betul ialah: 1) Membaca : يمِ ِن ċ الرحِ َ ْم ِم ِ اه ċ الرح ْ ِس ب 2) Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan ( tiga kali ). 3) Berkumur (tiga kali ) . 4) Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya ( tiga kali ) . 5) Menyebut lafaz niat wuduk: ىَال َ َع ِ ت ِله ل َ ء ْ ُ ُضو ْ ُت الو ي َ َو ن 6) Membasuh muka ( tiga kali ). * Basuhan pertama disertakan dengan niat. * Niat wuduk ialah: ͞ “ahaja aku berwuduk keraŶa Allah Taala ͟. 7) Membasuh tangan kanan hingga ke siku ( tiga kali ) kemudian tangan kiri hingga ke siku ( tiga kali ). 8) Menyapu sebahagian kepala dengan air ( tiga kali ). 9) Menyapu kedua-dua telinga dengan air ( tiga kali ). 10) Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali ( tiga kali ). Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali ( tiga kali ). 11) Membaca doa wuduk : ُ ْ َ لَه اَ َ ش ِري ُ ْ َد َح و ُ ِاċ اه إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن اċ إ ْشه أَ , ُ ولُه ُ َس ر َ و ُ ْ ُد ب َ ċمًدا َ ُح َ ُد أَ ċن م ْشه أَ َ ċم ُ و , اللċه َ ْن ي ِ ċواب ċ الت َ ن ِ ِي م ْلن َ ع ْ اج , َ هِرين َطَِ ت ُ الم َ ن ِ ِي م ْلن َ ع ْ اج َ و , َ ْن ِ ِحي َ ċ اللال ادِ َ ب ِ ْ ن ِ ِي م لن َ ع ْ اج َ و . Maksudnya: Saya naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Tuhan Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan saya naik saksi bahawa Nabi Muhammad ialah hamba dan Pesuruh-Nya. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami daripada kalangan yang bertaubat, suci bersih dan jadikanlah kami daripada kalangan hamba-Mu yang soleh. CARA BERWUDUK Catatan: Kawasan mula ialah: Dari gigi rambut hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga ke anak telinga kiri.
Ƃ KOD : 07 ƃ SOALAN L7.1 Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna JAWAPAN Cara bertayamum ialah: 1) Sediakan debu yang suci 2) Menghadap kiblat 3) Membaca : يمِ ِن ċ الرحِ َ ْم ِم ِ اه ċ الرح ْ ِس ب 4) Menyebut lafaz niat tayamum seperti: الَى َ َع ِ ت ِله ِ ل ِض ċ اللاَة ْ َ ف ر ِ ة َ اح َ ب ِ اِ ست َ مم Č َ ي َ يت الت ُ َ َو ن 5) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka saŵbil berŶiat. ͞ Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat fardu kerana Allah Taala͟ daŶ ŵeŶgekalkaŶ Ŷiat sehiŶgga menyapu muka. 6) Menipiskan / mengurangkan debu dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu. 7) Menyapu debu ke muka. 8) Membuangkan debu yang telah digunakan / Mustakmal [ لَ ْم ع َ ت ْ ُس yang ] م masih melekat di tapak tangan. 9) Menepuk debu dengan dua tapak tangan secara perlahan dan jari terbuka untuk kali kedua di tempat yang lain kemudian menipiskannya dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan. 10) Menyapu tangan kanan dengan cara: 10.1 Melekatkan jari tangan kiri di bawah jari tangan kanan kecuali ibu jari. 10.2 Lurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan. 10.3 Genggaman sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku. 10.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku. 10.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat. 11) Menyapu tangan kiri dengan cara : 11.1 Meletakkan jari tangan kanan di bawah jari tangan kiri kecuali ibu jari. 11.2 Lurutkan jari tangan kanan hingga ke pergelangan tangan kiri. CARA BERTAYAMUM Catatan: Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
11.3 Genggamkan sedikit jari kemudian melurutkannya hingga ke siku. 11.4 Pusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku. 11.5 Lurutkan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari terangkat. 11.6 Lurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri. 12) Menyelati jari kanan dan kiri.
Ƃ KOD : 08 ƃ SOALAN L8.1 Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi. JAWAPAN Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah: 1) Keluar mani 2) Haid [ ضْ ي َ [ ح 3) Jimak [ اع َ م [ جِ 4) Wiladah [ ة َ [ ِوَاد 5) Nifas [ نفاس [ 6) Mati selain dari mati syahid SOALAN L8.2 Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna JAWAPAN Cara mandi wajib adalah seperti yang berikut: 1) Bersihkan badan daripada segala kekotoran. 2) Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke anggota badan. 3) Disunatkan berwuduk. 4) Sebutlah lafaz niat, seperti : الَى َ َع ِ ت ِله ِر ل َ َ َد ِث اأَكب الح َ فْع َ يت ر ُ َ َو ن 5) Jiruskan air ke kepala berserta niat. Niatnya ialah: ͞ “ahaja aku ŵeŶgaŶgkat hadas besar keraŶa Allah Taala͟ 5.1 Jiruskan air ke kepala ( tiga kali ). 5.2 Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan ( tiga kali ). 5.3 Jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri ( tiga kali ). 6) Ratakan air ke seluruh anggota badan dengan cara. 6.1 Selati rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. 6.2 Ratakan juga air ke pelipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Peringatan : Wuduk terlaksana sekiranya sepanjang mandi tidak menyentuh qubul dan dubur dan perkara-perkara lain yang membatalkan wuduk. CARA MANDI WAJIB ( MENGANGKAT HADAS BESAR )
Ƃ KOD : 09 ƃ SOALAN L9.1 Soalan kepada murid lelaki. Anda dikehendaki melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna . Soalan kepada pelajar perempuan. Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan Azan dengan betul dan sempurna JAWAPAN 1) Berwuduk, makruh Azan tanpa wuduk 2) Berdiri dan menghadap Kiblat . 3) Meletakkan jari telunjuk di telinga 4) Melaungkan Azan Lafaz Azan ُ َ َ ْ َ ُ ا ُ َ َ ْ َ ُ ا ُ َ َ ْ َ ُ ا ُ َ َ ْ َ ُ ا ُ ِا ا َ َ ِ ْ ا َ ُ َ ْ َ ُ ِا ا َ َ ِ ْ ا َ ُ َ ْ َ ُ اِ ْ ُ َ ً َ ا َ ا ُ ُ َ ْ َ ُ اِ ْ ُ َ ً َ ا َ ا ُ ُ َ ْ َ ِ َ ا لا َ ا َ ِ َ ا لا َ ا َ ِ َ َ َ ل َ ا َ ِ َ َ َ ل َ ا َ ُ ِ ا ا َ َ ِ َ ُ َ َ ْ َ ُ ا ُ َ َ ْ َ ُ ا PERINGATAN: a) Sunat Tarji’ [ يع ْجِ َ َت ,[ iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah ُ ِا ا َ َ ِ ْ ا َ ُ َ ْ َ ُ ِا ا َ َ ِ ْ ا َ ُ َ ْ َ ُ اِ ْ ُ َ ً َ ا َ ا ُ ُ َ ْ َ ُ اِ ْ ُ َ ً َ ا َ ا ُ ُ َ ْ َ Sebelum melafazkannya dengan kuat AZAN, IQAMAT, JAWAPANNYA DAN DOA SELEPAS AZAN DAN IQAMAH
b) Azan Subuh hendaklah ditambah kalimah: ِ ْ ا لَ َ ِ ُ ْ يَ َ ُ ا ل َ ِ ْ ا لَ َ ِ ُ ْ يَ َ ُ ا ل َ Selepas melaungkan kalimah : ِ َ َ َ ل َ ا َ ِ َ َ َ ل َ ا َ SOALAN L9.2 Dengar Azan dan jawab dengan betul dan sempurna JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab Azan secara perlahan satu persatu hingga akhir. Jawapan Azan adalah sama seperti lafaz dilaungkan oleh Muazzin [ نċذَ ؤ ُ [ م kecuali pada lafaz yang berikut: Jawab Azan Lafaz Azan ِ ْ ي ِ َ ل ِ ِ َ ِ اِ ل ا ِ َ ُا َ َ َ َ ْ َ َ ِ َ ا لا َ ا َ ِ ْ ي ِ َ ل ِ ِ َ ِ اِ ل ا ِ َ ُا َ َ َ َ ْ َ َ ِ َ َ َ ل َ ا َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ َ ِ ْ لَا َ ِ ُ ْ يَ َ ُ ا ل َ SOALAN L9.3 Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul dan sempurna. JAWAPAN 1) Berdiri menghadap Kiblat. 2) Menyebut lafaz Iqamah: Lafaz Iqamah ُ ر َ أَ ْكب اهُ ُ ر َ أَ ْكب اهُ ُل ِ اه ْ و ُ َس مًدا ر ċ َ ُح ن م َ ُد أَ ċ ْشه أَ ا اهُ ċِ إ َ لَه ِ ا إ ċ َ ُد أَ ْن ْشه أَ لَ َ ى الفَا ِ َ ى ċ َ ح ِ لَ ċ ى اللّاة َ ى ċ َ ح ِت ċ اللاَةُ َ ِت ċ اللاَةُ قَ ْد قَام َ قَ ْد قَام ِاċ اهُ إ َ لَه ِ َا إ ُ ر َ أَ ْكب اهُ ُ ر َ أَ ْكب اهُ
SOALAN L9.4 Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna JAWAPAN Murid dikehendaki menjawab secara perlahan satu persatu hingga akhir. Jawab Iqamah Lafaz Iqamah ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ِċا اه إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن ċ ا إ ْشه أَ ُ ِċا اه إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن ċ ا إ ْشه أَ ُل ِ اه ْ و ُ َس ċمًدا ر َ ُح َ ُد أَ ċن م ْشه ُل ِ اه أَ ْ و ُ َس ċمًدا ر َ ُح َ ُد أَ ċن م ْشه أَ ِم ْ ي َظِ ى الع ِ ِ ل َ ِ ِ اه الع ِاċ ب ċوةَ إ َاَ ُ ق َل و ْ و َ َا ح ِ لَ ċ ى اللّاة َ َ ċى ح ِم ْ ي َظِ ى الع ِ ِ ل َ ِ ِ اه الع ِاċ ب ċوةَ إ َاَ ُ ق َل و ْ و َ لَ َ ى الفَا ِ َا ح َ َ ċى ح رض ُ ااَ َ ِ ات و َ و َ ِت ċ السم َ ام َ ا د َ ا م َ ه َ ام َ أَد َ و ُ ا اه َ ه َ أَقَام ا َ ه ِ ل ْ ِ ِحي أَه صال َ ْ ن ِ ِي م لن َ ع ْ اج َ و ِت ċ اللاَةُ َ قَ ْد قَام ِت ċ اللاَةُ َ قَ ْد قَام ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ر َ أَ ْكب ُ اه ُ ِاċ اه إ َ لَه ِ َا إ ُ ِاċ اه إ َ لَه ِ َا إ SOALAN L9.5 Anda dikehendaki membaca doa selepas Azan dan Iqamah. JAWAPAN Doa Azan dan Iqamah: Maksudnya: Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji. ة َ م ِ َ الْقائ ِ ċ الْلاَة َ ِ و ِ الْتċ ċامة ة َ ċ الْد ْ و ِ َذِ ċب ه َ ُ ċم ر لَةَ الل , ċه ْ ِضي َ الْف َ لَةَ و ْ ي َسِ ċمًدا الْو َ ُح ا م َ َدن ِ ي َ ِ آت س , ُ َه َ ْدت َ و ْ ċذِي ا ال ً ود ُ ْحم ċ ا م ً َقام َ م ُ ْه ث َ ع ْ اب َ و , ادِ َ ُ الْمِيع ِ ُ ْخل َ َ ا ت نċ إ . ِ
Ƃ KOD : 10 ƃ SOALAN L10.1 Anda dikehendaki memperdengarkan ( Tasŵi’ ) bacaan – bacaan berikut: 1) Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar , Maghrib dan Isyak. 2) Takbiratul Ihram. 3) Doa Iftitah. 4) Surah al-Fatihah. 5) Dua Surah ( Pilihan murid ) 6) Bacaan Rukuk. 7) Bacaan Iktidal. 8) Bacaan Sujud. 9) Bacaan duduk antara dua Sujud. 10) Bacaan Tahiyat. 11) Salam. 12) Bacaan Qunut. JAWAPAN Bacaan –bacaan tersebut ialah: 1) Niat Solat: a. Solat Subuh b. Solat Zuhur c. Solat Asar َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ِن أَد ْ ي َ ت َ ْكع َ ِ ر ْ الْلب ْ َض ُ َى ف ر ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Subuh Dua rakaat tunai kerana Allah Taala َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ٍ ات أَد َ ْكع َ ر َ َع ب ْ ِر أَر ْ ْ َض الْظُه َى ف ر ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Zohor Empat rakaat tunai kerana Allah Taala. َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ٍ ات أَد َ ْكع َ ر َ َع ب ْ َ ْلِر أَر ْ َض الْع َى ف ر ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Asar Empat rakaat tunai kerana Allah Taala. SOLAT FARDU
d. Solat Maghrib e. Solat Isyak 2) Takbiratul Ihram : ر َ َه أَ ْكب ا 3) Doa Iftitah [ فتت : [ ْ ُد َم الح َ ا و ً ْر ِي َر كب َ َه أَ ْكب ا ْاً ِصي أَ َ ةً و َ ْكر ُ َ ان اه ب َ ْح ب ُ َس ا و ً ْر ي ِ َ كث ِ ه ċ ل ِ ْ ُت ل . جه ċ َ ي و ِ ن ِ إ ْن ي ْشِركِ ُ الم َ ن ِ ا م َ ا أَن َ م َ ا و ً م ِ ل ْ ُس ْ ًفا م ي ِ ن َ ْ َض ح اأَر َ ِ ات و َ و َ ċ السم َ فَطَر ْ ذِي ċ ل ِ ل َ ِهي ْ َج و . َ ِ َذل ِ ب َ و ُ ْ َ لَه ْن اَ َ ش ِري ي الَمِ َ ب الع ِ َ ِ ر ه ċ ل ِ ِي ل ات َ م َ م َ و َ اي َ َ ْحي م َ و ْ ي ُكِ ُس ن َ ِي و ت صاَ َ ن ċ ِ إ ًن ي مِ ِ ل ْ ُس الم َ ن ِ ا م َ أَن َ ْ ُت و ر ِ أُم Maksudnya: Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu Baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam. َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ٍ ات أَد َ ْكع َ َاَ َث ر ِر ِب غْ َ ْ َض الْم َى ف ر ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Maghrib Tiga rakaat tunai kerana Allah Taala. َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ٍ ات أَد َ ْكع َ ر َ َع ب ْ ِ أَر َشاء ِ ْ َض الْع َى ف ر ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja Aku Solat Fardhu Isya’ Eŵpat rakaat tuŶai kerana Allah Taala.
4) Surah al-Fatihah Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (4). (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orangorang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7). 5) Dua Surah : ( Surah al-Kafirun dan Surah al-Ikhlas ) ِ ِ َ ٱ̤ل ِ ٰ ۡ َ ٱ̤ل ِ ٱ ِ ۡ ِ ُ ون ٰفِل ۡڪ ـ ̤ ٱ ُہ ا ي َ ٓأ ٰ ـ ُد ون قُ ̣ۡ ي ) (Ț ُ ۡعب ُد ما ت ُ ۡعب ـِبُد ون َٓ َ ۡ ) (ț عٰ نُُ َ َٓ و ُد ُ ۡعب َ ٓ دُ ما ) (Ȝۡ ُ ما عب َ َ۟ ع ِاب د۬ َ َٓ ُ و ) (ȝُ د ۡعب ِبُد ون مآ َ ٰ عـ ۡ نُُ َ َٓ و ِ د (Ȟ ِ (ي ِِ ُ ُۡ و ُن ُ ُۡ ِ دي (ȟ) ̤ ِ َ ٱ̤ل ِ ٰ ۡ َ ٱ̤ل ِ ٱ ِ ۡ ِ ح د َ ََُ ٱ قُ ̣ۡ ُ هو ) (Țُ د َ ̤صم ٱ ََُ ٱ وَ ) (țۡ ُ ي ۡ ̤ ِِۡ و ي ۡ Ȝ) ( ̤ ُ̢ ي ۡ ̤ و ح د َ ا ً َُ ُ ۥ ڪُفو َ (ȝ)
6) Bacaan Rukuk : 7) Bacaan Iktidal: 8) Bacaan Sujud: 9) Bacaan Duduk antara Dua Sujud: 10) Bacaan Tahiyat : Bacaan Tahiyat Awal; ِ اه ةُ َ ْم َح ر َ ي و Č ِ ا النċب َ ه Č ْ َ أَي لَي َ ُ ات ِ ِ ه ċ ، الساَم ُ َ ب ِ ي ات الطċ ُ َ ات ċ الللَو َك ُ َ ار َ ب ُ ات الْم ُ ِحيċ التċ َ ْن ِ ِحي ادِ ِ اه ċ اللال َ ب ِ لَى َ َ ا و َ ن ْ لَي َ ُ ُ ċ الساَم ُه ت َ كا َ ر َ ب َ ُد أَ ċن َ و . ْشه أَ َ ِاċ اه و إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن اَ إ ْشه أَ ُل اه ْ و ُ َس ċمًدا ر َ ُح م . ċمد َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ص ِل َ ُ ċم الل . ċه ِ ْدِ َم ِح ب َ ِم و ْ ي َظِ الْع َ ي ِ ب َ َ ان ر َ ْح ب ُ س Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia َد مِ َ ح ْ َن م ِ ل ُ اه َ ع مِ َ س Maksudnya: Allah Maha Mendengar akan orang-orang Yang Memujinya. ْ ُد َم َ الح ا لَ َ ب ċن َ ر Maksudnya: Tuhan kamilah bagi kami Memuji ِ ْدِ َم ِح ب َ ْ لَى و ْأَ ا َ ي ِ ب َ َ ان ر َ ْح ب ُ س Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi Dengan sifat Kepujiannya. ي ِ ن َ ا ُ ْ َ و ْ ِني ف ِ ا َ َ و ْ ي ِ ن ْدِ اه َ و ْ ي ِ قْن ُ ز ْ ار َ و ْ ي ِ ن ْ ر ُ ب ْ اج َ و ْ ي ِ ن ْ َف ع ْ ار َ و ْ ي ِ ن ْ م َ ْح ار َ ِي و ِ ل ْ ر ِ ْغف ِ ِب ّ ا َ ر Maksudnya: Tuhanku, Ampunilah aku dan Rahmatilah aku, dan Cukupkanlah aku dan angkatlah darjatku, berilah aku rezeki dan berilah aku Petunjuk, sihatkan aku dan maafkan aku.
Bacaan Tahiyat Akhir; ِ اه ةُ َ ْم َح ر َ ي و Č ِ ا النċب َ ه Č ْ َ أَي لَي َ ُ ات ِ ِ ه ċ ، الساَم ُ َ ب ِ ي ات الطċ ُ َ ات ċ الللَو َك ُ َ ار َ ب ُ ات الْم ُ ِحيċ التċ َ ْن ِ ِحي ادِ ِ اه ċ اللال َ ب ِ لَى َ َ ا و َ ن ْ لَي َ ُ ُ ċ الساَم ُه ت َ كا َ ر َ ب َ ُد َ و . ْشه أَ َ ِاċ اه و إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن اَ إ ْشه أَ ُل اه ْ و ُ َس ċمًدا ر َ ُح أَ ċن م . ا َ ċم َد كم َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ ċم ِ د و لى آل س َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ص ِل َ ُ ċم اللċه َص ْيċل ċمدٍ َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ِارْ َ ب َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ لَى س َ َت َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ْك َت َ ار َ ا ب َ َ كم ċمدٍ َ ُح ا م َ َدن ِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ و ْد ِجي َ ْ ٌد م ي مِ َ َ ح نċ ِ إ َ ْن ي الَمِ َ الْع ْ ي ِ ف . Maksudnya: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang Soleh. Aku Naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan Kami, Selawatkanlah keatas Nabi Muhammad. Ya Tuhan Kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dank e atas keluarganya, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas keluarga Ibrahim, Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya, sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam ala mini, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. 11) Bacaan Salam : 12) Bacaan Doa Qunut: ِارْ َ ب َ ْ َت ، و ي ċ ل َ َو ت ْ َن ْم ي ِ ف ْ ي ِ ن ċ ل َ َو ت َ ْ َت ، و َ َاف ي ْ َن ْم ي ِ ِي ف ن ِ ْف ا َ َ ْ َت ، و َ َدي ه ْ َن ْم ي ِ ِي ف ن ْدِ ُ ċم اه اللċه اَ ُ نċه ِ ْ َ ، فَإ لَي َ َضىع ْق ُ َاَ ي و ْ ِضي َْق َ ت نċ ِ ْ َت ، فَإ َضي ا قَ َ َ ي شċر م ِ ن ِ ق َ ْ َت ، و ْ طَي ا أَ َ ْم ي ِ ِي ف ل ْ َت الَي َ تع َ َ و بċنا َ ْك َت ر َ ار َ ب َ ْ َت ت ي َ اد َ ْ َن ز م Č ِ ع َ َاَ ي ْ َت ، و الَي َ و ْ َن ل م َذِ Č َ ي , لَ َ ْ ُد و َم َ الْح َف لَ ْ َت َضي ا قَ َ لَى م َ ُ ْ َ Č الش ْكر , لَي ِ ْ ُب إ ُو ت َ ن َ َ و ُ ر ِ غْف َ ت ْ َس َف ن , ċمدٍ َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ُ َ َصلċى اه و لċم َ َس ِ و ه ِ َ َص ْحب ِ و ه ِ لَى آل َ َ و ةُ اه َ ْم َح ر َ و ْ ُكم ْ لَي َ ُ َ ċ لساَم ا Maksudnya: Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.
Maksudnya: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orangorang yang telah Engkau Sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya SOALAN L10.2 Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betuldan sempurna ( Soalan ini hanya layak dikemukakan apabila calon telah berjaya menjawab soalan L10.1 di atas ) JAWAPAN Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti yang dinyatakan di bawah. Contoh solat Zuhur: 1) Berwuduk. 2) Menutup aurat. 3) Menghadap Kiblat. 4) Berdiri bagi yang berkuasa. Rakaat yang Pertama 5) Menyebut lafaz niat: َ الى َ َع ِ ِ ه ت ً اء َ ٍ ات أَد َ ْكع َ ر َ َع ب ْ ِر أَر ْ ْ َض الْظُه َى ف ر ِ َصل أُ 6) Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan menghadap kiblat, berserta deŶgaŶ Ŷiat : ͞ “ahaja aku solat fardhu Zuhur eŵpat rakaat tunai keraŶa Allah Taala͟. 7) Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan. 8) Membaca doa [ افتتا.[ 9) Membaca Surah al-Fatihah. 10) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.
11) Takbir Intiqal [ انتقال [ dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti No.6 di atas dan Rukuk serta Tamakninah [ طمأنينة [ sambil membaca bacaan rukuk tiga kali. 12) Iktidal [ اعتدال [ serta Tamakninah dengan membaca bacaan Iktidal. 13) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah dengan membaca Bacaan Sujud. 14) Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud secara iftirasy [ افتراش [ serta Tamakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua Sujud, 15) Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamaniknah seperti No.3 di atas. 16) Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar sekadar Tamakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan. Rakaat yang Kedua 17) Membaca Surah al-Fatihah. 18) Membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran. 19) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua seperti rakaat pertama. 20) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara iftirasy seperti No.4 di atas, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan : ِاċ اه إ َ لَه ِ َ ُد أَ ْن اَ إ ْشه أَ Jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit. Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat Sujud. Iktidal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah. Sujud ialah perbuatan menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.
21) Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan. Rakaat yang Ketiga 22) Membaca Surah al-Fatihah. 23) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Ketiga seperti rakaat yang Kedua. Rakaat yang Keempat 24) Membaca Surah al-Fatihah. 25) Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Keempat seperti rakaat yang Ketiga. 26) Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawaruk [ تور [ dan membaca Bacaan Tahiyat Akhir. 27) Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucapkan Salam Kedua sambil memalingkan muka ke kiri. 28) Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa: ُ ْم ي ċ الرحِ ُ َن ْم ُ ċ الرح ُ ْر غَي َ لَه ِ ċذِي اَ إ ِم ِ اه ال ْ ِس َن ب . َ ز َ الْح َ َ ċم و ِي اله ن َ ْ ِ ُ ċم أَ ْذه َللċه ا Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut
Ƃ KOD : 11 ƃ SOALAN L11.1 Bagaimanakah kedudukan jenazah lelaki dan perempuan ketika hendak disolatkan? JAWAPAN 1) Jenazah lelaki : kepalanya disebelah kiri imam. 2) Jenazah perempuan : kepalanya disebelah kanan imam. SOALAN L11.2 Dimanakah kedudukan imam ketika hendak menunaikan solat jenazah lelaki dan perempuan? JAWAPAN 1) Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah. 2) Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah. SOALAN L11.3 Tunjukkan cara Solat Jenazah dengan betul dan sempurna. JAWAPAN Sebelum pelajar menunjukkan cara Solat Jenazah, mereka hendaklah terlebih dahulu dapat membaca bacaan-bacaan berikut: 1) Lafaz niat Solat Jenazah: a. Lafaz niat solat Jenazah lelaki َ الى َ َع ِ ا ِ ه ت ً م ْ و ُ ْم َ ِ م ة َ َفاي ْ َض الكِ ٍ ات َ ف ر َ ِير َ ْكب ت َ َع ب ْ ِت أَر ِ ي َ َذا الم َ لَى ه َ ى ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (lelaki), empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala. b. Lafaz niat solat Jenazah perempuan َ الى َ َع ِ ا ِ ه ت ً م ْ و ُ ْم َ ِ م ة َ َفاي ْ َض الكِ ٍ ات َ ف ر َ ِير َ ْكب ت َ َع ب ْ ِ أَر ة َ ت ِ ي َ ِ الم َذِ لَى ه َ ى ِ َصل أُ Maksudnya: Sahaja aku solat ke atas mayat ini (perempuan), empat takbir fardu kifayah mengikut imam kerana Allah Taala. SOLAT JENAZAH
2) Membaca Surah al-Fatihah (takbir pertama). 3) Selawat selepas (takbir kedua): ا ص ċل َ َ م َد كم ċ َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ م ِ د و لى آل س ċ َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ص ِل َ م ċ ُ ه ċ الل ْ ا َ دن ِ ِ َ ي ي لَى س َ َت ا َ َدن ِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ مدٍ و ċ َ ُح ا م َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ِارْ َ ب َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب إ َ ْن ي الَمِ َ الْع ْ ي ِ ف َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ ِ ى آل س لَ َ َ و َ ْم ي ِ اه َ ْر ِب ا إ َ ن ِدِ ي َ لَى س َ ْك َت َ ار َ ا ب َ َ كم مدٍ ċ َ ُح م ْد ِجي َ ْ ٌد م ي مِ َ َ ح ċ ن ِ إ 4) Doa bagi mayat selepas (takbir ketiga): ُ ْ اغ ِسْله َ ، و ُ َ ْد َخلَه م ْ سع ِ َ و َ ، و ُ لَه ُ ُز ن ْ أَ ْك ِرم َ ، و ُ ْه ن َ ا ُ ْ َ ِ و ه ِ اف َ َ و ُ ه ْ م َ ْح ار َ و ُ لَه ْ ر ِ م ْ اغف ċ ُ ه ċ الل َ ن ِ َ ُض م ي ْ ْ َب اأَب ق ċ ى الث و ċ َ ن ُ ا ي َ َ ا كم َ َخطَاي الْ َ ن ِ ِ م قه ِ َ ن َ دِ، و َ ر َ الْب َ ċ الث ْل ِج و َ ِ و اء َ ِالْم ب ْ ن ِ ا م ً ْر ا خي َ ً ْج َو ز َ ِ، و ه ِ ل ْ أَه ْ ن ِ ا م ً ْر خي ْاً َ أَه َ ِ، و ِ ار َ د ْ ن ِ ا م ً ْر ا خي َ ً ار َ د ُ لْه ْدِ أَب َ ِس، و َ ċ الدن َ َذ ِ اب ِ النċار ْ ن ِ م َ ِر و ْ َقب اب الْ َ َ َذ ْ ن ِ م ُ ْذ أَ ِ َ نċةَ، و َ الْج ُ ْله ْخِ أد َ ِ، و ِجه ْ َو ز Maksudnya: Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
5) Doa selepas takbir ( keempat ): ا َ ن ِ ان َ ِِِ ْخو َ ا و َ لَن ْ ر ِ م ْ اغف ċ ُ ه ċ لنا وله الل ْ ر ِ ْ واغف ُ ْ َد ع َ ِنċا ب َ ْفت َا ت َ و ُ َ ْر ا أَج َ ن ْ َ ْحِرم م َ ا ت ċ ُ ه ċ الل َ ċ ن ِ ا إ َ ب ن ċ َ ُوا ر ن َ َ آم َ ذِين ċ ل ِ čا ل ا غِ َ ن ِ ُي ق لُوب ِ ف ْ َل َ ْجع َا ت َ انِ و َ ْاِِيم ِ ا ب َ ُقون َ ب َ س َ ذِين ċ ال ٌ يم َحِ ٌوو ر ُ ء َ ر Maksudnya: Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara se-Islam kami yang telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Peringatan Sesuaikan ganti nama / dhomir [ ضمير [ a- Lelaki [ هُ ] b- Perempuan [ ا َ [ ه Calon yang menguasai bacaan di atas, dikehendaki melakukan tunjuk cara Solat Jenazah mengikut susunan yang berikut: 1) Menyebut lafaz niat Solat Jenazah. 2) Takbiratul Ihram. 3) Membaca Surah al-Fatihah. 4) Takbir (kedua). 5) Membaca selawat. 6) Takbir (ketiga). 7) Membaca doa bagi mayat. 8) Takbir (keempat). 9) Membaca doa. 10) Salam.
Ƃ KOD : 12 ƃ SOALAN L12.1 Sebutkan lafaz niat Puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya. JAWAPAN Lafaz niat puasa Ramadhan. الَى َ َع ِ ت ِله ِ ل َة ċ السن ِ َذِ َ َض َ ان ه م َ ِر ر ْ ْ َض َ شه َ ف ر ِ اء َ أَد ْ َن غَدٍ َ م ْ صو ْ ُت َ ي َ َو ن Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardhu Ramadhan tahuŶ iŶi keraŶa Allah taala ͟ SOALAN L12.2 Sebutkan perkara-perkara yang membatalkan puasa: JAWAPAN Perkara-perkara yang membatalkan puasa: 1) Makan atau minum pada siang hari dengan sengaja. 2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja. 3) Muntah dengan sengaja. 4) Melakukan persetubuhan pada siang hari. 5) Mengeluarkan mani dengan sengaja. 6) Keluar darah haid dan nifas. 7) Gila. 8) Mabuk atau pengsan sepanjang hari. 9) Berbuka puasa sebelum masuk waktunya. 10) Murtad ( مرتد .( SOALAN L12.3 Nyatakan hikmah puasa. JAWAPAN Antara hikmah puasa: 1) Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah s.w.t. 2) Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak. 3) Dapat menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan. 4) Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbang rasa dan bersyukur. PUASA
Ƃ KOD : 13 ƃ SOALAN L13.1 Terangkan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang anak JAWAPAN Jasa dan pengorbanan ibu bapa yang mesti dikenang oleh seseorang anak ialah: 1) Mengandungkan anak. 2) Melahirkan anak. 3) Menyusukan anak. 4) Mengasuh anak. 5) Mendidik anak. 6) Memberi nafkah kepada anak. 7) Mengasihi anak. SOALAN L13.2 Apakah perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu bapa? JAWAPAN Perasaan mulia yang mesti ada pada seseorang anak terhadap ibu bapa ialah kasih sayang. SOALAN L13.3 Bagaimanakah cara menghormati ibu bapa? JAWAPAN Cara menghormati ibu bapa: 1) Beradab sopan seperti bercakap baik, berlemah lembut, bergaul mesra dan sentiasa menjaga perasaan mereka. 2) Mendoakan mereka. 3) Menziarahi mereka, sekiranya anak tinggal di tempat yang berasingan. 4) Menghormati sahabat-sahabat mereka. SOALAN L13.4 Bagaimanakah cara mentaati ibu bapa ? JAWAPAN Cara mentaati ibu bapa ialah: 1) Mematuhi setiap arahan ibu bapa yang tidak bertentangan dengan Islam. 2) Tidak membantah dan kasar tutur kata terhadap ibu bapa. ADAB TERHADAP IBU BAPA
Ƃ KOD : 14 ƃ SOALAN L14.1 Nyatakan Rukun dan Syarat Akad Nikah. JAWAPAN 1) Rukun Nikah: a) Suami. b) Isteri. .[ َولِى ] Wali) c d) Dua Orang Saksi ( lelaki yang adil ). e) Akad ( Ijab dan kabul ). 2) Syarat Akad [ قدَع :[ َ a) Ijab dan kabul berlaku dalam satu majlis. b) Ucapan Kabul tidak menyalahi Ijab. c) Bahasan yang digunakan jelas maksudnya dan difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi. d) Antara Ijab dan Kabul tidak diselangi dengan kata-kata yang lain. SOALAN L14.2 Terangkan hikmah perkahwinan dalam Islam. JAWAPAN Antara hikmah perkahwinan ialah: 1) Mengikut sunah rasulullah s.a.w. 2) Menikmati kasih sayang dan ketenteraman jiwa. 3) Mendapat zuriat yang bersih dan membina keluarga bahagia. 4) Memelihara kehormatan dan mengelakkan perbuatan maksiat. 5) Membina masyarakat berakhlak dan bertanggungjawab. PERKAHWINAN
SOALAN L14.3 Nyatakan tanggungjawab suami dan isteri. JAWAPAN 1) Tanggungjawab suami ialah: a) Memberikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri seperti makanan, pakaian , tempat tinggal dan rawatan perubatan. b) Memberikan layanan yang baik, seperti memberikan kasih sayang dengan ikhlas, baik tutur kata dan perbuatan, menjaga maruahnya, bertindak dengan bijaksana tanpa emosi dan membantu isteri. c) Memberikan didikan supaya isteri menjadi wanita yang baik, taat beribadat dan menghayati ajaran Islam. 2) Tanggungjawab isteri ialah: a) Taat kepada suami dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah s.w.t, menjaga maruah diri dan maruah suami. b) Memberikan layanan yang baik dan ikhlas kepada suami, seperti bergaul mesra, pandai menyesuaikan diri dengan keadaan suami dan tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak disenangi oleh suami. c) Menjaga serta mengurus harta suami dengan penuh tanggungjawab, amanah dan berhemah. 3) Tanggungjawab bersama antara suami isteri ialah: a) Mengekalkan kerukunan rumah tangga dan mewujudkan persefahaman, kesabaran, bertolak ansur, bermesyuarat dan menggunakan pertimbangan akal yang sebaik-baiknya. b) Memelihara dan mendidik anak-anak dengan pendidikan yang sempurna dan penuh kasih sayang, terutama dalam pendidikan agama dan berlaku adil kepada anak-anak. c) Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak dengan jalinan hubungan silaturahim yang erat. SOALAN L14.4 Bagaimana Talak berlaku? JAWAPAN Talak akan berlaku: 1) Melalui lafaz sorih ( ريِصَ ) : iaitu suami mengatakan kepada isterinya ͞engkau tertalak ͟ atau ͞ aku ceraikan engkau ͟. 2) Melalui lafaz kinayah ( ة َ ي َ ناِك : ( iaitu suami mengatakan kepada isterinya ͞ engkau bebas͟ berserta deŶgaŶ Ŷiat. Catatan: Talak yang boleh dirujuk semua hanya talak satu dan talak dua sahaja.
SOALAN L14.5 Nyatakan kesan buruk talak: JAWAPAN Antara kesan buruk talak ialah: 1) Keruntuhan institusi rumah tangga. 2) Anak-anak berada dalam keadaan kucar-kacir, menjejaskan kasih sayang dan penghormatan terhadap ibu bapa. 3) Menyebabkan anak terbiar yang akan membawa kepada masalah sosial dan kesan negatif. SOALAN L14.6 Bagaimanakah penjagaan anak/ hadanah ( ةَ َ َضان ح ( mengikut perundangan Islam : JAWAPAN Penjagaan anak mengikut perundangan Islam: 1) Apabila berlaku perceraian, ibu lebih berhak dalam penjagaan anak sehingga anak tersebut mumaiyiz ( ز ِ ي َ م ُ م ( iaitu berumur tujuh tahun. 2) Selepas tempoh tersebut, anak itu diberi pilihan sama ada dia mahu dipelihara oleh ibunya atau bapanya dengan mematuhi syarat penjagaan anak. 3) Pendidikan dan nafkah terhadap anak tetap wajib ditanggung oleh bapanya.
Ƃ KOD : 15 ƃ SOALAN L15.1 Apakah yang dimaksudkan dengan Ihsan? JAWAPAN Melakukan ibadat kepada Allah dengan sebaik-baiknya seolah-olah kamu melihat Allah atau sesungguhnya Allah melihat kamu. Dengan perkataan lain bahawa: Allah melihat apa yang kamu lakukan. Allah mendengar apa yang kamu perkatakan. Allah mengetahui apa yang kamu fikirkan. SOALAN L15.2 Sebutkan sifat utama dalam Ihsan. JAWAPAN Sifat utama ihsan ialah sentiasa ikhlas semata-mata kerana Allah. SOALAN L15.3 Apakah kebaikan yang diperoleh oleh orang yang berbuat Ihsan? JAWAPAN Kebaikan yang diperolehnya ialah: 1) Allah sentiasa mengasihinya. 2) Allah melimpahkan rahmat kepadanya. 3) Allah mengampuni dosanya. 4) Allah memberikan pertolongan kepadanya . 5) Allah memberikan ganjaran pahala. 6) Allah menjanjikan masuk syurga. SOALAN L15.4 Apakah konsep Ihsan JAWAPAN Konsep Ihsan ialah: Melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan kefahaman yang betul dengan cara yang terbaik mengikut peraturan serta ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Ihsan mencetuskan sikap dan akhlak yang mulia, menjadikan kehidupan bersih, selesa, aman dan harmoni. [ إحسان ] IHSAN
SOALAN L15.5 Nyatakan maksud Ihsan : 1) Dalam Ibadat. 2) Dalam pekerjaan. 3) Terhadap diri sendiri. 4) Terhadap sesama insan 5) Terhadap binatang 6) Terhadap alam sekitar JAWAPAN 1) Ihsan dalam Ibadat ialah Bersungguh-sungguh dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat seperti bangun pada tengah malam untuk melakukan Solat Tahajjud. 2) Ihsan dalam pekerjaan ialah: Melakukan setiap pekerjaan dengan bersungguh-sungguh , tekun, cekal dan cermat supaya menghasilkan sesuatu yang sempurna, bermanfaat dan berkualiti. 3) Ihsan terhadap diri sendiri ialah: Menyempurnakan hak diri yang boleh membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dengan iman, ilmu, harta benda dan keluarga yang soleh. Tidak menzalimi diri sendiri dengan melakukan segala punca dan bentuk kebinasaan seperti minum arak, mengambil dadah, berjudi, berzina, liwat, membunuh diri, syirik dan murtad. 4) Ihsan terhadap sesama insan ialah: Melakukan kebaikan, memberikan khidmat bakti, memberikan pertolongan, bersikap adil, belas kasihan dan berperikemanusiaan. 5) Ihsan terhadap binatang ialah: Memelihara dengan baik atau melepaskannya hidup bebas. Jika melakukan sembelihan hendaklah dengan cara yang paling baik seperti menggunakan pisau yang tajam. 7) Ihsan terhadap alam sekitar ialah: Memelihara dan memulihara alam sekitar supaya bersih daripada segala bentuk kekotoran, pencemaran dan kerosakan. Menjadikan alam sekitar tempat yang aman, sejahtera, selesa dan indah untuk dinikmati dan didiami.
Ƃ KOD : 16 ƃ SOALAN L16.1 Apakah hukum menutup aurat? JAWAPAN Wajib kepada setiap individu muslim yang mukalaf ( مكل( SOALAN L16.2 Apakah had aurat bagi lelaki dan perempuan? JAWAPAN Had aurat : 1) Lelaki : dari pusat hingga ke lutut 2) Perempuan : seluruh anggota badan kecuali muka dan dua pergelangan tangan SOALAN L16.3 Mengapa diwajibkan menutup aurat? JAWAPAN 1) Untuk mentaati perintah Allah s.w.t. 2) Untuk menjaga maruah diri, agama dan umat Islam. 3) Untuk mengelakkan fitnah, maksiat dan gejala sosial. 4) Meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t KEWAJIPAN MENUTUP AURAT
Ƃ KOD : 17 ƃ SOALAN L17.1 Apakah yang dimaksudkan dengan mahram ( محرم ( dan berikan contoh ? JAWAPAN Mahram ialah golongan yang haram dikahwini Contohnya: Adik beradik, bapa saudara dan emak saudara. SOALAN L17.2 Apakah yang dimaksudkan dengan ajnabi ( أجنبي ( dan berikan contoh JAWAPAN Orang yang boleh dikahwini dan batal wuduk apabila bersentuh dengannya. Contohnya: Sepupu dan ipar duai. SOALAN L17.3 Terangkan kesan buruk akibat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi . JAWAPAN 1) Mendapat kemurkaan Allah s.w.t. 2) Mendorong kepada perlakuan sumbang seperti maksiat dan zina. 3) Mencemarkan maruah diri, keluarga dan agama. BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM
NAMA:.................................................................................................................. TAHAP NO.KOD TAJUK PENCAPAIAN TARIKH T.T GURU T I N G K A T A N 1 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH L1.1 L1.2 02 RUKUN ISLAM L2.1 L2.2 L2.3 03 RUKUN IMAN L3.1 L3.2 L3.3 L3.4 04 BERISTINJAK L4.1 L4.2 L4.3 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS L5.1 L5.2 L5.3 T I N G K A T A N 2 06 CARA BERWUDUK L6.1 07 TAYAMUM L7.1 08 CARA MANDI WAJIB L8.1 L8.2 09 AZAN DAN IQAMAT L9.1 L9.2 L9.3 L9.4 L9.5 10 AMALI SOLAT FARDHU L10.1.1 L10.1.2 L10.1.3 L10.1.4 L10.1.5 L10.1.6 L10.1.7 L10.1.8 L10.1.9 L10.1.10 L10.1.11 L10.1.12 L10.2 L10.1. T I N G K A T A N 3 11 SOLAT JENAZAH L11.1 L11.2 L11.3 12 PUASA L12.1 L12.2 L12.3 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA L13.1 L13.2 L13.3 L13.4 15 IHSAN L15.1 L15.2 L15.3 L15.4 L15.5 16 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT L16.1 L16.2 L16.3 17 BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM L17.1 L17.2 L17.3 BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU PT3
NAMA:.................................................................................................................. TAHAP NO.KOD TAJUK PENCAPAIAN TARIKH T.T GURU T I N G K A T A N 4 01 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH L1.1 L1.2 02 RUKUN ISLAM L2.1 L2.2 L2.3 03 RUKUN IMAN L3.1 L3.2 L3.3 L3.4 04 BERISTINJAK L4.1 L4.2 L4.3 05 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN,PAKAIAN DAN TEMPAT DARIPADA NAJIS L5.1 L5.2 L5.3 06 CARA BERWUDUK L6.1 07 TAYAMUM L7.1 08 CARA MANDI WAJIB L8.1 L8.2 09 AZAN DAN IQAMAT L9.1 L9.2 L9.3 L9.4 L9.5 T I N G K A T A N 5 10 AMALI SOLAT FARDHU L10.1.1 L10.1.2 L10.1.3 L10.1.4 L10.1.5 L10.1.6 L10.1.7 L10.1.8 L10.1.9 L10.1.10 L10.1.11 L10.1.12 L10.2 11 SOLAT JENAZAH L11.1 L11.2 L11.3 12 PUASA L12.1 L12.2 L12.3 13 ADAB TERHADAP IBU BAPA L13.1 L13.2 L13.3 L13.4 14 PERKAHWINAN L14.1 L14.2 L14.3 L14.4 L14.5 L14.6 15 IHSAN L15.1 L15.2 L15.3 L15.4 L15.5 16 KEWAJIPAN MENUTUP AURAT L16.1 L16.2 L16.3 17 BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM L17.1 L17.2 L17.3 BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU SPM