Alam disekeliling kita menyajikan warna yang
sangat kaya, lebih kaya dari sekadar warna
pelangi. Psikologi warna mengajar kita
mengenai persepsi manusia tentang warna
yang ada dalam kehidupan seharian.
Setiap warna mempunyai makna yang
tersendiri dan dipercayai boleh mempengaruhi
tindak tanduk seseorang itu. Dengan warna
kita boleh menciptakan suasana nyaman dan
damai. Dengan warna juga dapat menciptakan
kebengisan dan kekacauan.
Warna mempunyai hubungan dan karakter
yang rapat dengan manusia. Warna
memainkan peranan yang amat besar dalam
kehidupan seseorang.
Warna Merah
Merah adalah warna api, sinaran matahari dan warna darah. Warna
ini memberi kesan kehangatan, kebahagiaan, keberanian,
semangat, kekuatan, keghairahan dan juga merupakan tanda
peringatan. Dalam psikologi warna merah merupakan simbol dari
tenaga, tindakan, kekuatan dan kegembiraan. Negatifnya warna
merah dicanangkan dengan kekerasan dan kecemasan. Pengemar
warna merah juga dikatakan seorang yang pendendam, tamak dan
mudah tersinggung. Untuk menjaga keseimbangannya warna merah
baik jika dipadukan dengan warna biru muda.
Warna oren
Oren juga melambangkan keceriaan, kehangatan, bersemangat,
penuh dengan rasa sosial dalam persahabatan, dan optimisme.
Kelemahan warna oren adalah sukan mendesak dan tidak suka
dibantah. Warna ini memiliki daya tarikan yang kuat, kerana mampu
merangsang pandangan mata. Walaubagaimanapun warna oren akan
memberi kesan murah sekiranya ia digunakan terlalu dominan.
Warna ini sesuai dipadankan dengan warna ungu atau biru untuk
memberikan kesan unik dan mempunyai kelas yang tersendiri.
Warna biru
Biru adalah warna langit dan laut. Ia memberikan gambaran yang
luas pada ruang, warna yang damai, sejuk dan dapat menenangkan
fikiran. Umumnya biru memberi kesan menenangkan dan dipercayai
warna biru mampu mengatasi insomnia, tekanan darah tinggi dan
migraine. Warna biru juga dikataka warna korporat kerana memberi
kesan professional dan kepercayaan. Selain daripada itu, warna biru
juga dikatakan dapat merangsang individu berkomunikasi.
Berdasarkan cara pandang ilmu psikologi warna biru tua mampu
merangsang pemikiran yang positif dan biru muda dapat membantu
menenangkan fikiran disamping meningkatkan konsentrasi.
Warna kuning
Memberi kesan kegembiraan, ketenangan dan keceriaan. Dengan kata
lain warna ini juga mengandung makna optimis, semangat dan ceria.
Dari sisi psikologi warna kuning dapat merangsang aktiviti fikiran dan
mental. Warna kuning sangat baik digunakan untuk membantu
penalaran secara logik dan analisa sehingga individu yang menyukai
warna kuning cenderung lebih bijaksana dan cerdas dari sisi akademik,
mereka lebih kreatif dan pandai meciptakan idea yang original.
Disamping itu warna kuning juga membawa erti sinaran dan ketegasan.
Namun negatifnya mereka juga orang yang mudah cemas, gelisah dan
sering dikuasai ketakutan, mereka terlebih dalam menghadapi orang lain
yang juga sedang merasa tertekan ataupun stress. Mereka juga
cenderung menjadi terlalu kritis dan menghakimi orang lain.
Warna hijau
Membawa maksud warna identi alam. Ia melambangkan
kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai. Mengikut
pandangan psikologi warna hijau sangat membantu seseorang yang
berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan
memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna
hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan. Warna hijau
dikatakan memiliki nilai tersendiri keranana dapat memberi kesan
kesegaran dan akan lebih cantik bila dikombinasikan dengan warna
coklat gelap. Kelemahan warna hijau adalah terlalu mudah
mempercayai dan agak kolot.
Warna putih
Salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk
membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar. Ini kerana warna
putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna
putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi
lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi. Dikatakan
individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros
berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak
menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan
bersih.
Warna coklat
Warna coklat adalah salah satu warna yang mengandung unsur bumi.
Dominasi warna ini akan memberi kesan hangat, nyaman dan aman.
Kelebihan lainnya adalah warna coklat dapat menimbulkan kesan
moden, canggih dan mahal kerana warnanya yang hampir dengan
warna emas.
Warna hitam
Kebanyakkan orang akan takut dengan warna hitam. Ramai yang percaya
warna hitam mengundang bala, suram dan ketakutan. Walaupun begitu,
warna hitam ditakrifkan sebagai warna yang misteri, independen,
dramatis dan kesunyian. Warna hitam juga digolongkan dalam warna
tegas, solid dan kuat. Namun warna hitam adalah warna yang elegan dan
bila dikombinasikan akan menyerlahkan hasil yang menarik.
Warna dianggap sebagai bahasa global atau universal.
Selain daripada itu, warna juga seringkali dijadikan simbol penyatuan kaum ataupun ideologi.
Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik.
Ini dikenali sebagai warna aura.
Melalui warna, kita dapat membongkar kecenderungan, kekuatan dan kelemahan diri.
Khas daripada
Unit Bimbingan dan Kaunseling
SKTND