KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI 2 0 2 EDISI PERTAMA 4 KEROPOK LEKOR
KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI KEROPOK LEKOR Penerbit Akademi Pengajian Melayu Kuala Lumpur . 2024 https://apm.um.edu.my
KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI KEROPOK LEKOR Siti Fatimah Az-zahra Abu Hanifah Nur Irdina Moktar Siti Ainazwa Awang Ain Nur Radhiah Mohd Radzi Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 2024
2 0 2 4 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Penerbit Universiti Malaya, Peti Surat 10903, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan. dalam-Penerbitan Kamus Istilah Berilustrasi : Keropok Lekor ISBN 983-87-0105-6 Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 2024 i © Copyright Cetakan Pertama 2024 Akademi Pengajian Melayu Diterbitkan di Malaysia oleh Akademi Pengajian Melayu 50603 Kuala Lumpur, Malaysia https://apm.um.edu.my/ email : [email protected]
KANDUNGAN Senarai Rajah iii Senarai Sidang Editor iv Prakata Penggubal v Halaman Pengenalan vi Halaman Penghargaan vii Pedoman Penggunaan Kamus Istilah : Keropok Lekor viii - iix Istilah Keropok Lekor 1 - 32 Indeks 33 - 34 ii
SENARAI RAJAH Peta konsep asas keropok lekor 1 Peta konsep alat keropok lekor 2 Peta konsep bahan keropok lekor 6 Peta konsep proses keropok lekor 11 Peta konsep hasil keropok lekor 23 iii
SIDANG EDITOR Nur Irdina Binti Moktar Ketua Editor Siti Fatimah Az-zahra Binti Abu Hanifah Timbalan Ketua Editor Ketua Penyusun Halimah Binti Said Zalina Pakar Rujuk Siti Fatimah Az-zahra Binti Abu Hanifah Editor Siti Ainazwa Binti Awang Ain Nur Radhiah Binti Mohd Radzi Penyusun Nur Irdina Binti Moktar Siti Ainazwa Binti Awang Ain Nur Radhiah Binti Mohd Radzi iv
PRAKATA PENGGUBAL Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi keizinan kepada para penggubal untuk menghasilkan Kamus Ilstilah Berilustrasi Keropok Lekor pada kali ini. Setinggi-tinggi rasa syukur yang dirakamkan oleh para penggubal kerana berjaya menghasilkan satu kamus istilah ini meskipun pelbagai proses yang perlu dilalui serta melalui banyak tapisan agar kamus ini dapat diterbitkan. Para penggubal merasakan bahawa kamus ini dapat memberi manfaat kepada golongan masyarakat tentang penghasilan keropok lekor serta penggunaan kosa kata yang sering digunakan oleh masyarakat setempat. Penggubalan kamus berilustrasi ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dihasilkan. Para penggubal telah melalui beberapa proses yang dirasakan agak mencabar ekoran penerbitan sesuatu ilmu haruslah selaras dengan piawaian pendidikan sejagat. Proses pertama penghasilan kamus berkaitan keropok lekor memerlukan para penggubal pengumpulan istilah dan kosa kata seterusnya menyenaraikan beberapa entri berdasarkan kosa kata masyarakat setempat. Penyenaraian entri dilakukan berdasarkan peta konsep penghasilan keropok lekor yang berdasarkan penyusunan kamus oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Segala ilustrasi berkaitan keropok lekor juga disusun mengikut istilah dan kosa kata yang bersesuaian. Nur Irdina Binti Moktar Program Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu v
PENGENALAN Kamus istilah berilustrasi adalah kamus yang mempunyai daftar kata-kata atau frasa yang digunakan dalam suatu bidang atau disiplin ilmu tertentu, lengkap dengan penjelasan atau definisi dari setiap istilah tersebut. Kamus istilah berilustrasi biasanya digunakan oleh para ahli atau pelajar yang terlibat dalam bidang atau disiplin ilmu tersebut untuk memahami dan menggunakan istilahistilah yang spesifik dalam konteks yang tepat. Penggunaan istilah dalam keropok lekor merujuk kepada istilah atau istilah yang biasa digunakan dalam penghasilan, penyediaan dan penggunaan keropok lekor sebagai makanan ringan ikan tradisional Melayu. Kepentingan penggunaan kamus istilah berilustrasi dalam pembuatan keropok lekor adalah untuk memastikan pemahaman yang tepat terhadap istilah-istilah yang digunakan dalam proses pembuatan keropok lekor. Dengan menggunakan kamus istilah, pembuat keropok lekor dapat menghindari kekeliruan dan mengelakkan kesilapan dalam penyebutan dan penggunaan istilah-istilah tersebut, sehingga dapat meningkatkan kualiti dan konsistensi produk keropok lekor tersebut. Penggunaan istilah dalam keropok lekor merujuk kepada istilah yang digunakan dalam pengeluaran, pemasaran, dan penggunaan keropok lekor, makanan ringan ikan tradisional Melayu yang diperbuat daripada perasa ikan dan tepung sagu. Dengan itu, kamus istilah berilustrasi ini dapat menjadi alat yang berguna kepada semua pihak yang terlibat dalam industri keropok lekor untuk berkomunikasi secara berkesan dan memastikan kualiti dan konsistensi produk yang dihasilkan. Ain Nur Radhiah Binti Mohd Radzi Program Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu vi
PENGHARGAAN Kami sangat berbangga kerana kini Penerbit Universiti Malaya telah berjaya menerbitkan kamus istilah berilustrasi keropok lekor. Penerbitan kamus ini merupakan satu pencapaian yang signifikan dalam usaha meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai keropok lekor kepada semua lapisan masyarakat. Penerbitan kamus istilah berilustrasi ini amat penting dalam usaha memajukan bahasa Melayu menjadi bahasa moden dan ilmiah yang setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Ini merupakan sumbangan besar daripada Penerbit Universiti Malaya dalam memperkembangkan istilah-istilah yang berkaitan dengan keropok lekor. Kami mengakui bahawa penyusunan kamus ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kecekalan, kesabaran, ketelusan dan ketelitian yang tinggi daripada semua pihak yang terlibat. Oleh itu, kami ingin mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada individu yang terlibat, dari pengkaji utama hingga kepada seluruh pasukan penyusun kamus yang telah menjalankan tugas ini dengan penuh dedikasi. Kami yakin kamus istilah berilustrasi ini akan memberi manfaat kepada masyarakat untuk memahami dengan lebih baik mengenai istilah-istilah yang berkaitan dengan keropok lekor. Siti Fatimah Az-zahra Binti Abu Hanifah Program Bahasa Melayu Akademi Pengajian Melayu vii
PEDOMAN PENGGUNAAN KAMUS ISTILAH: KEROPOK LEKOR 1.Penyenaraian Entri. Penyenaraian entri yang telah dikumpul, disusun mengikut susunan berdasarkan peta konsep yang merangkumi empat perkara dalam penghasilan keropok lekor bermula dari bahan, mesin pembuatan, proses dan hasil. Entrientri terkumpul dalam bahasa Melayu baku dan dialek negeri Terengganu bagi beberapa istilah terpakai kepada masyarakat setempat. 2. Penghuraian istilah. Setiap istilah dalam kamus ini disusun dan dihuraikan mengikut empat bahagian dalam penghasilan keropok lekor. Entri beserta definisinya akan dimasukkan bahagian tertentu mengikut abjad bermula dari huruf A hingga Z. Berikut merupakan contoh bagi istilah yang dijelaskan : 3. Ejaan Ejaan dalam Kamus Berilustrasi ini menggunakan tulisan rumi sepenuhnya yang merangkumi bahasa Melayu, Inggeris dan dialek negeri Terengganu. Entri Takrif sagu Tepung yang digunakan sebagai bahan pengental untuk memberikan tekstur yang lembut dan kenyal kepada keropok lekor gentel Membentuk adunan kepada pelbagai bentuk sama ada bulat, memanjang dan leper dengan menggunakan tangan. viii IST24 IST23
4. Ilustrasi. Penyusunan ilustrasi ataupun gambar diletakkan di bahagian tengah dan akhir huraian makna entri ataupun istilah. Tujuan ilustrasi diletakkan adalah untuk menunjukkan fungsi dan gambaran kepada data entri dan istilah. 5. Jenis Bentuk Huruf. i. Tulisan Condong (Italic) Tulisan condong ataupun italic pada bahagian kata entri dan istilah pada kamus ini digunakan untuk menunjukkan peminjaman istilah bahasa Inggeris dan bahasa lain yang telah diserap masuk ke dalam dialek Melayu, sebagai contoh ; ii. Tulisan Tebal (Bold) dan Condong (Italic). Entri Takrif Crispy original Keropok segera yang tidak diletakkan sebarang perisa atau bahan tambahan. Entri mesin uli doh Merujuk kepada mesin yang digunakan bagi menguli tepung untuk hasilkan keropok lekor. Tepung Serbuk halus yang digunakan sebanyak 10kg bagi setiap adunan untuk membantu dalam menghasilkan kekenyalan dan kemanisan tertentu yang diingini dalam hasil pembuatan keropok lekor Keropok yang tidak tebal serta mempunyai kerangupan dan kegaringan daripada keropok yang biasa apabila digoreng. iix IST16 IST13 IST79 IST62
Kamus Istilah Berilustrasi: Keropok Lekor Bahasa Melayu - Takrif - Ilustrasi
Konsep Asas Keropok Lekor keropok kekor Sejenis keropok tradisional yang diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran tepung sagu. alat Sesuatu objek yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu makanan. bahan Barang-barang yang dijadikan asas untuk menjadikan satu campuran adunan keropok lekor. proses Aktiviti atau kegiatan manusia dalam mencapai sesuatu tujuan atau hasil. hasil Perolehan daripada sesuatu perkara. 1 IST1 IST2 IST3 IST4 IST5
Alat Penghasilan Keropok Lekor 2
mesin Mesin ialah perkakas yang mempunyai bahagian yang boleh bergerak dan boleh melakukan atau membantu melakukan kerja. sudip pengetus Alat seperti sudu yang digunakan untuk menyeduk atau mengambil sesuatu barang atau bahan. Alat Penghasilan Keropok Lekor Penimbang Penimbang ialah alat yang digunakan untuk mengukur berat atau jisim. Ini juga dikenali sebagai penimbang jisim, penimbang berat, penimbang jisim, dan penimbang berat. Skala tradisional terdiri daripada dua pinggan atau mangkuk yang digantung pada jarak yang sama dari titik tumpu. 3 IST6 IST7 IST8
mesin membulat Mesin ini bertujuan membulatkan doh keropok lekor. pisau Pisau adalah satu alatan yang penting yang perlu ada dirumah. Ia akan digunakan untuk memotong, mengupas dan menghiris. periuk Periuk digunakan untuk memasak adunan keropok lekor. 4 IST9 IST10 IST11
mesin memotong Mesin ini bertujuan memotong doh keropok lekor. mesin uli doh Mesin ini dunakan untuk menguli doh keropok lekor. 5 IST12 IST13
Bahan Penghasilan Keropok Lekor 6
Bahan Penghasilan Keropok Lekor ikan Daging ikan yang sudah siap diproses untuk membuat keropok lekor. minyak masak Cairan yang digunakan semasa membentuk adunan dan menggoreng keropok lekor. tepung Serbuk halus yang digunakan sebanyak 10kg bagi setiap adunan untuk kekenyalan dan kemanisan keropok lekor. 7 IST14 IST15 IST16
gula Serbuk halus yang digunakan bagi setiap 5kg untuk memberikan keseimbangan rasa dalam adunan. garam Butiran kasar yang digunakan untuk memberikan rasa masin dalam adunan keropok lekor. ikan tamban Ikan berwarna perak kebiruan yang digunakan dalam pembuatan keropok lekor. 8 IST17 IST18 IST19
ikan selayang Ikan air tawar bersaiz kecil yang digunakan untuk menghasilkan keropok lekor yang lembut, manis dan kenyal. ikan parang Ikan berbadan panjang dan berbentuk silinder, berwarna perak atau kebiruan. gandum Sejenis tepung halus yang digunakan sebagai bahan dasar untuk membuat adunan keropok lekor yang fleksible dan kenyal. 9 IST20 IST21 IST22
sagu Sejenis tepung yang mempunyai sifat pengental untuk menjadikan adunan lebih lembut dan kenyal. kanji Sejenis tepung yang digunakan sebagai bahan umum dalam pelbagai hidangan untuk menghasilkan kelembutan dan tekstur yang baik kepada keropok lekor. 10 IST23 IST24
Proses Penghasilan Keropok Lekor 11
pengadunan Proses mencampurkan bahan-bahan untuk mengimbangkan rasa dalam makanan. pengasingan Proses mengasingkan atau memisahkan sesuatu bahagian daripada bahagian lain untuk kegunaan tertentu. Proses Penghasilan Keropok Lekor 12 IST25 IST26
masakan Teknik menukarkan bahan-bahan mentah kepada pemakanan lain. pembungkusan Proses penyediaan perlindungan makanan segera dan mentah untuk mengekalkan tekstur makanan. uli Meramas adunan menggunakan tangan ataupun mesin untuk menyebatikan adunan keropok lekor. 13 IST27 IST28 IST29
mengayak Menapis bahan-bahan halus dengan menggunakan penapis untuk mengasingkan bahan-bahan bersaiz besar. gentel Membentuk adunan kepada pelbagai bentuk sama ada bulat atau memanjang dengan menggunakan tangan. siang Membersihkan isi perut ikan atau daging sebelum dimasak menggunakan pisau, tangan, gunting dan sebagainya. 14 IST30 IST31 IST32
kisar Proses memisahkan bahan-bahan yang pejal kepada tekstur yang lebih halus dan lembut. potong Memutuskan sesuatu dengan benda tajam dengan pelbagai cara untuk mengasingkan sesuatu bahagian dengan bahagian lain. rebus Proses masakan yang menggunakan air yang banyak dengan suhu persekitaran yang tinggi. 15 IST33 IST34 IST35
goreng Proses masakan dengan menggunakan minyak dengan suhu persekitaran yang tinggi. Proses ini menjadikan keropok lekor lebih garing, rangup dan gebu. kering Mengeringkan adunan keropok lekor yang nipis dengan menggunakan dua kaedah iaitu secara kering di bawah matahari dan oven pada suhu tertentu. vakum Menggunakan mesin yang tertentu bagi menyedut udara dalam plastik untuk membungkus keropok lekor dengan kedap. 16 IST36 IST37 IST38
plastik Bahan yang sering digunakan oleh peniaga bagi membungkus makanan yang dibeli oleh pembeli secara langsung. kotak Bahan keras yang bersaiz besar yang digunakan oleh penjual untuk membungkus makanan yang dibeli oleh pembeli secara borong. memanjang Mengikut bentuk yang semakin panjang. 17 IST39 IST40 IST41
membulat Membentuk bentuk yang semakin bulat. adunan Merupakan satu bancuhan campuran adunan gabungan tepung bersama bahan cecair, seperti air, garam, gula, minyak dan sebagainya haba Digunakan untuk memperihalkan pengaliran tenaga. 18 IST42 IST43 IST44
insang Merupakan alat pernafasan yang penting bagi ikan. isi perut Merupakan rongga perut ikan serta terkandung kotoran dan najis di dalamnya. sisik Merupakan lapisan luar nipis yang berkeping-keping yang terdapat pada ikan dan berfungsi sebagai perlindungan. 19 IST45 IST46 IST47
panjang Potongan secara memanjang antara beberapa bahagian untuk mendapatkan saiz yang sama. rata Potongan pada bahagian kepala dan ekor secara rata untuk seimbangkan saiz keropok lekor. serong Potongan secara serong iaitu sebanyak 45 darjah antara satu bahagian dengan bahagian yang lain pada bahagian kepala dan ekor keropok lekor. 20 IST48 IST49 IST50
hiris Potongan secara nipis dan halus untuk mendapatkan tekstur dan saiz yang mudah untuk dimakan. minyak penuh Minyak yang banyak dan menyelaputi seluruh makanan dalam kuali. 21 IST51 IST52
minyak tohor Kuantiti minyak yang sedikit untuk meliputi setengah paras makanan. oven Alat dapur untuk memasak, membakar, memanggang, mengering dan sebagainya secara tertutup dengan suhu boleh laras. matahari -Bintang yang menjadi jasad pusat sistem suria yang mengeluarkan cahaya dan haba yang dikelilingi oleh planet-planet lain. -Proses penjemuran yang menggunakan matahari untuk mengeringkan keropok lekor. 22 IST53 IST54 IST55
Hasil Penghasilan Keropok Lekor 23
nipis sejenis keropok yang saiznya nipsis berbanding keropok yang lain. keping Sejenis makanan ringan tradisional yang dihasilkan daripada campuran ikan dan disatukan dengan sagu atau tepung kanji lalu dikeringkan. petak Benda atau sesuatu yang berbentuk segi empat sama. Hasil Penghasilan Keropok Lekor 24 IST56 IST57 IST58
bulat Benda atau sesuatu yang berbentuk bulat. tebal Sejenis keropok yang tidak nipis dan padat dengan isi adunan. selipar Sejenis keropok yang tidak tebal serta dipotong panjang seakan berbentuk selipar. 25 IST59 IST60 IST61
crispy Keropok yang tidak tebal serta mempunyai kerangupan dan kegaringan daripada keropok yang biasa apabila digoreng. segera Sejenis keropok yang telah siap digoreng dan boleh terus dimakan. mentah Sejenis keropok yang belum digoreng dan perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimakan. 26 IST62 IST63 IST64
jejari Keropok yang dipotong secara memanjang serta menyerupai seakan bentuk jejari tangan. dadu Keropok yang dipotong pendek serta menyerupai seakan bentuk segi empat. bebola Keropok yang berbentuk bulat seakan-akan berbentuk bola dan di dalamnya mempunyai keju ataupun tidak mempunyai keju. 27 IST65 IST66 IST67
keropok batang/lekor Keropok rebus yang masih berlingkar atau keropok yang masih panjang serta padat dengan isi ikan dan sebagainya. keropok losong Gelaran kepada keropok lekor yang diambil daripada nama tempat keropok lekor tersebut dibuat iaitu losong. berperisa Keropok yang mempunyai perisa tambahan sama ada dalam bentuk serbuk mahupun cecair. 28 IST68 IST69 IST70
tidak berperisa Keropok yang tidak mempunyai apa-apa perisa tambahan di dalamnya. cheese Keropok lekor berbentuk bulat yang didalamnya mempunyai cheese. biasa Keropok lekor berbentuk bulat yang tidak mempunyai cheese atau keju di dalamnya 29 IST71 IST72 IST73
sejuk beku Keropok lekor yang telah dibungkus dengan plastik kedap udara dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. bawang putih Keropok keping yang telah digoreng serta mempunyai serbuk perisa tambahan bawang putih. keju Keropok keping yang telah digoreng serta mempunyai serbuk perisa keju tambahan. 30 IST74 IST75 IST76
sira Keropok keping yang disiram dengan cecair cili supaya mempunyai rasa sedikit pedas. BBQ Keropok keping yang telah digoreng serta mempunyai serbuk perisa tambah bbq atau lada hitam. original Keropok segera yang tidak meletakkan apa-apa perisa atau bahan tambahan. 31 IST77 IST78 IST79
keropok baby Keropok segera yang bersaiz kecil serta tidak mempunyai apa-apa perisa atau bahan tambahan. mozarella Keropok lekor yang berbentuk bulat yang didalamnya mempunyai sejenis cheese yang bernama mozarella. IST80 IST81 32
INDEKS A adunan , 18 alat , 1 B bahan , 1 bawang putih , 30 BBQ , 31 bebola , 27 berperisa , 28 biasa , 29 bulat , 25 C chesee , 29 crispy , 26 D dadu , 27 G gandum , 9 garam , 8 gentel , 14 goreng , 16 gula , 8 H haba , 18 hasil , 1 hiris , 21 I ikan , 7 ikan parang , 9 ikan selayang , 9 ikan tamban , 8 insang , 19 isi perut , 19 j jejari , 27 K kanji , 10 kering , 16 keping , 24 keropok baby , 32 keropok batang/lekor , 28 keropok lekor , 1 keropok losong , 28 keju , 30 kisar , 15 kotak , 17 M masakan , 13 matahari , 22 memanjang , 17 membulat , 18 mengayak , 14 mentah , 26 mesin , 3 mesin membulat , 4 mesin memotong , 5 mesin uli doh , 5 minyak masak , 7 minyak penuh , 21 minyak tohor , 22 mozarella , 32 N nipis , 24 O original , 31 oven , 22 IST43 IST2 IST3 IST75 IST78 IST67 IST70 IST73 IST59 IST72 IST62 IST22 IST18 IST31 IST36 IST17 IST44 IST5 IST51 IST14 IST21 IST20 IST19 IST45 IST46 IST65 IST24 IST37 IST57 IST80 IST68 IST1 IST69 IST76 IST33 IST40 IST27 IST55 IST41 IST42 IST30 IST64 IST8 IST11 IST12 IST13 IST15 IST52 IST53 IST81 IST56 IST79 IST54 33 IST66
INDEKS P panjang , 20 pembungkusan , 13 pengandunan , 12 pengasingan , 12 penimbang , 3 periuk , 4 petak , 24 pisau , 4 plastik , 17 potong , 15 proses , 1 R rata , 20 rebus , 15 S sagu , 10 segera , 26 sejuk beku , 30 selipar , 25 serong , 20 siang , 14 sira , 31 sisik , 19 sudip pengetus , 3 T tebal , 25 tepung , 7 tidak berperisa , 29 U uli , 13 V vakum , 16 IST48 IST28 IST25 IST26 IST6 IST10 IST58 IST9 IST39 IST34 IST4 IST49 IST23 IST35 IST63 IST74 IST61 IST50 IST77 IST32 IST47 IST7 IST60 IST16 IST71 IST29 IST38 34
KEROPOK LEKOR KAMUS ISTILAH BERILUSTRASI 2024 EDISI PERTAMA SM/SS: RM56.90 Kamus Peristilahan Berilustrasi Keropok Lekor Edisi Pertama merupakan kamus yang mengandungi istilahistilah yang terdapat dalam proses penghasilan keropok lekor. Kamus ini telah diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaya sebanyak 81 entri yang merangkumi alat, bahan, proses dan hasil yang terdapat dalam penghasilan keropok lekor. Penerbit Akademi Pengajian Melayu https://apm.um.edu.my/