The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by [email protected], 2019-09-18 09:31:43

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3 2019

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-3 2019

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TINGKAT KIKIK 8
TAMAN INDERAWASIH
13600 PERAI

TEL/FAX: 04-3973561/04-3902662
______________________________________________________________________________

Rujukan : SMKTI(PENT)100-2/5(41)

MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA TAHUN 2019

Tarikh : 07 MEI 2019 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKTI

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2/2019
3. Perkara Berbangkit
4. Taklimat Pengurusan
5. Hal-hal lain

Kehadiran
Semua guru hadir kecuali ;

Tidak Hadir Bersebab

1. Hafizah Binti Raslan
2. Intan Baiduri Binti Husin
3. Mardhati Binti Zuber
4. Nasirah Binti Mat Isa
5. Nur Azatul Azwa Binti Aziz
6. Nura Binti Ahmad
7. Panner Selvam a/l M. Perumal
8. Rahmas Binti mohamad Sharoin
9. Siti Noorseriwani Binti Adris
10. Siti Sarah Illyani Binti Basiran
11. Zainon Binti Yazid

1

Agenda:

1.0 Ucapan alu-aluan pengerusi

Tuan pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dalam mesyuarat guru kali ketiga bagi tahun

2019. Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Pn. Rosnah Binti Othman mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan Pn. Jamilah Binti Mohamad

Noor menyokong. Makluman

3.0 Perkara Berbangkit

Agenda 4.1.7 Ketua Panitia boleh mula bebelanja mengikut peruntukkan yang telah ditetapkan

mengikut anggaran perbelanjaan kewangan panitia dan berpandukan kepada prosedur dan tatacara

kewangan. Tindakan : Ketua Panitia

4.0 Taklimat Pengurusan Sekolah

4.1 Taklimat Pengetua
4.11 Sumbangan PIBG
Tuan Pengerusi memaklumkan surat kelulusan sudah diperolehi dari JPNPP pada bulan April. Pengerusi
meminta bendahari PIBG menyerahkan buku resit rasmi kutipan kepada guru tingkatan dengan segera .
Kutipan sumbangan sebanyak RM 50.00 sudah boleh dibuat dan resit rasmi perlu dikeluarkan dan
diserahkan kepada pelajar pada hari yang sama kutipan dibuat. Kutipan keseluruhan perlu diserahkan
kepada bendahari PIBG untuk dibankkan juga pada hari yang sama.

Tindakan : Bendahari dan guru tingkatan
4.12 Permohonan Cuti Rehat Khas
Pengerusi memaklumkan guru-guru perlu mengisi borang cuti rehat khas yang berwarna merah jambu
untuk kes kecemasan dalam tempoh kurang dari 3 hari. Bagi yang bukan kes kecemasan pengisian
borang cuti rehat perlu dibuat dalam tempoh 3 hari dan keatas menggunakan borang cuti rehat khas
yang berwarna putih.

Makluman
4.13 LDP Bil. 4/2019
Semua guru wajib hadir pada 11 Mei 2019 (Sabtu). Tajuk LDP adalah pengurusan asset dan perolehan.
Guru yang tidak dapar hadir perlu kemukakan surat penjelasan seleawat-lewatnya tiga hari sebelum dan
disokong dengan eviden.

Makluman

4.14 Penggunaan mesin fotostat/riso terhad kepada Pegawai Operasi(En. Abu Bakar dan En. Afandi)
yang dilantik sahaja. Guru perlu merancang keperluan penggunaan bahan fotokopi sebaik mungkin dan
bukan saat-saat terakhir. Dapatan menunjukkan penggunaanya tidak direkodkan. Semua guru perlu
menggunakan buku log yang disediakan daripada Pembantu Tadbir(Pn. Nor Rizan) dan mengisi
maklumat serta perlu mendapat kelulusan pentadbir sebelum cetakan dilakukan.

Tindakan : Semua guru

4.15 Penggunaan toner/ink pencetak untuk semua mesin cetak milik sekolah(bukan individu)di bilik
guru/UBK/pejabat perlu direkodkan.Guru-guru perlu menggunakan buku log yang disediakan.

Tindakan : Semua guru

2

4.16 Pengerusi memaklumkan Guru Bertugas Mingguan perlu mematuhi jadual bertugas yang
disediakan khususnya yang bertugas pada pintu utama. Guru perlu mencatat dalam buku kehadiran
bertugas.

Makluman

4.17 Pengerusi menjelaskan semua peruntukan PCG perlu dibelanjakan mengikut prosedur dan tatacara
kewangan. Semua permohonan dan nota minta disediakan dan diserahkan kepada pentadbir untuk
kelulusan sebelum sesuatu program dilaksanakan. Guru perlu menyemak baki peruntukan dengan pt
kewangan. Ketua Panitia boleh bebelanja mengikut peruntukkan yang telah ditetapkan mengikut
anggaran perbelanjaan kewangan panitia

Tindakan : Ketua Panitia

4.18 Keberadaan guru di sekolah.
Semua guru perlu mencatat di punch card jika guru bertugas di luar dan disahkan oleh pentadbir
walaupun surat rasmi sudah diminitkan.

Tindakan : Semua guru
4.19 Pengurusan Aktiviti Pelajar
Semua guru wajib memaklumkan kepada waris melalui surat makluman dengan no.rujukan yang tepat
dan ditandatangani oleh pengetua atau wakilnya. Guru-guru tidak boleh membenarkan sama sekali
pelajar yang tidak mempunyai surat kebenaran menyertai sebarang aktiviti.. Semua program yang
dianjurkan tidak boleh melibatkan aktiviti di air.

Tindakan : Semua guru

4.20 Kelas pengukuhan PT3 dan SPM bermula pada 27-30 Mei 2019. Jadual dalam proses
disempurnakan oleh Ketua Bidang. Semua guru mata pelajaran yang terlibat diminta untuk
menghadirkan diri. . Buku log kehadiran guru bertugas akan disediakan untuk tindakan.

Makluman

5.0 Taklimat Unit Kurikulum

5.1 Penolong Kanan Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah

menghantar soalan Peperiksaan Pertengahan tahun untuk dicetak. Makluman

5.2 Tarikh hantar markah adalah pada 16 Jun 2019 dan Jaya Waris akan diadakan selepas cuti
pertengahan tahun.

Makluman
5.3 Dialog Prestasi PT3 dan SPM akan dijalankan selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Makluman

5.4 Penolong Kanan Pentadbiran mengingatkan semua guru menjelang Mei semua guru harus mencapai

lebih daripada 3 hari LDP dan boleh disemak dengan SU SPLKPM. Makluman

5.5 Semakan E-Operasi- Semua guru perlu menyemak maklumat perkhidmatan dalam E-Operasi.
Tindakan : Semua guru

5.6 PBPPP- Semua guru perlu menyerahkan borang keberhasilan untuk dimasukkan markah.
Tindakan : Semua guru

3

5.7 Sekolah dalam proses baik pulih tandas bawah di Blok B sebagai tandas OKU. Makluman
6.0 Taklimat Unit Hal Ehwal Murid

6.1 Penolong kanan HEM meminta semua guru tingkatan supaya menghantar surat amaran kepada
pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat sakit atau surat pemberitahuan dari ibu bapa sekiranya
telah melebihi tempoh.

Tindakan : Guru Tingkatan
6.2 Semua guru tingkatan perlu memastikan kebersihan kelas masing-masing dipertingkatkan.

Makluman
6.3 Biasiswa Kecil Persekutuan – hanya 30 sahaja yang memohon daripada 140 orang yang layak
memohon dan hanya 8 orang sahaja yang mendapat biasiswa.

7.0 Taklimat Unit Kokurikulum

7.1 Penolong Kanan Kokurikulum memaklumkan bahawa satu program LDP perkhemahan akan
diadakan dan Hari Kokurikulum akan berlangsung pada 12 Oktober.

Makluman
7.2 Semua guru penasihat perlu menghantar laporan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
dengan segera untuk dimasukkan ke dalam PAJSK.

Tindakan : Guru penasihat

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Papan kenyataan unit sukan akan ditukar kepada Kelab Persatuan kerana berada di Terowong

Pengguna. Makluman

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.40 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………….. ………………………………………
(RAHMAH BINTI ABDULLAH) (RAMLI BIN AHMAD)
Penolong Setiausaha Mesyuarat Guru, Pengetua,
SMK Taman Inderawasih. SMK Taman Inderawasih.

4


Click to View FlipBook Version