MPU 23052
Pengklonan Manusia
sesi 2 20
21/2022
AHLI KUMPULAN
NURUL MAJDINA BINTI MAHAZER 03DEP20F1022
NUR MAISARAH BINTI AZMI 03DEP20F1028
NUR HABIBAH BINTI ABDUL MANAF 03DEP20F1027
NURUL HAFNI BINTI MOHD KAMARULZAMAN 03DEP20F1020
NAMA PENSYARAH
USTAZAH MARDZIAH BINTI ABDULLAH PAKRI
Ahli Kumpulan
MAJDINA MAISARAH HABIBAH HAFNI
Isi Kandungan :
DEFINISI (1)
PENGENALAN (2)
JENIS PENGKLONAN (3)
PANDANGAN SAINTIS (4)
HUKUM (5)
SURAH AL-HUJURAT AYAT 13 (6)
PANDANGAN ISLAM (7)
PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (8-13)
PELAKSANAAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (14-20)
KESIMPULAN (21)
RUJUKAN (22)
LAMPIRAN (23)
Definisi
Perkataan 'klon' berasal dari perkataan Greek yang
bermaksud 'ranting'. Di dalam bahasa arab pula kaedah
ini dikenali sebagai “at-tansil” oleh sebahagiannya
atau “al-istinsaq” oleh sebahagian yang lain.
Klon ialah proses menghasil dan menyalin sesuatu
makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama
dengannya melalui proses pengembangan sel-sel
tertentu melalui kaedah-kaedah tertentu.
Ianya melibatkan sama ada manusia, haiwan atau
tumbuhan.
Pengenalan
Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma)
dengan sel betina (ovum). Sebaliknya apa yang diperlukan ialah sel matang mengandungi kod genetik,
iaitu asid deoksiribonukleik (DNA), yang dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang
dikeluarkan nukleusnya.
DNA yang digunakan ini boleh jadi daripada lelaki mahupun wanita. Ovum yang dimasukkan DNA tadi
akan dirangsangkan untuk menggalakkan percantuman dan seterusnya pembahagian sel. Ia kemudian
akan dimasukkan ke dalam rahim wanita.
Proses kehamilan dan kelahiran yang dilalui adalah sama seperti proses kehamilan dan kelahiran bagi
manusia biasa.
Jika dilihat proses untuk menghasilkan manusia klon ini, kita dapati bahawa ia tidak memerlukan
kehadiran sel sperma. Sebaliknya, yang diperlukan hanya sel ovum dan DNA daripada sel lain.
Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan
manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel ovum.
Bayi yang akan dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik, iaitu gabungan ciri
genetik dari ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang
unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya. Dalam kata lain, bayi
klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu.
Jenis Pengklonan NUKPLETEMRUAISNND(SNAFEUHRCALNEAR
TECHNOLOGY)
P(EENMAGTBAKRULYOOENMCALNBORNJIAOINNIGN)
Pandangan Saintis
Menurut para saintis pengklonan janin amat penting kerana
beberapa sebab. Antaranya, ia dapat membantu
meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel
kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti penyakit
'Parkinson' dan 'cystic fibrosis', yang membahagi pada
kadar yang serupa dengan pembiakan sel-sel janin. Dengan
adanya kaedah pembiakan sel-sel janin. Dengan adanya
kaedah pengklonan janin ini, saintis tidak lagi perlu
bergantung kepada janin-janin yang diambil dari klinik-
klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat
mengurangkan penggunaan janin-janin asal.Namun perkara
ini jelas bertentangan dengan pelaksanaan syariah Islamiah
iaitu matlamat tidak menghalalkan cara .
Hukum
Hukum pengklonan pembiakan manusia dalam Islam adalah HARAM
kerana pengklonan untuk pembiakan manusia ianya bertentangan
dengan fitrah kejadian manusia. Ini kerana ianya menjadi penghalang
kepada keharmonian dan kasih sayang di kalangan manusia dengan
hukum pembiakan secara berpasangan yang mana Allah jadikannya
sebagai petunjuk di dalam ayat al-Quran bahkan pengklonan ini juga
bercanggah dari tabiat semulajadi manusia.
Namun bagi haiwan dan tumbuhan, pengklonan diHARUSkan dengan
syarat ianya mendatangkan keburukan dan mendatangkan kebaikan
kepada manusia seluruhnya . Ini adalah bertepatan dengan peranan
syariah Islamiah dalam memelihara agama , nyawa dan maruah .
]49:13[ سورة الحجر
ات
Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13 :
يأيها الناس إنا خلقنكم من ذكر وأنثى وجعلنكم شعوبا وقبائل: قال تعالى
لتعارفوا
Maksudnya : Wahai umat manusia sesungguhnya sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa agar kamu berkenal-kenalan.
Pandangan Islam
Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan
membawa kepada masalah penetuan nasab.
Hanya Allah yang mempunyai kuasa untuk mencipta
manusia bukan manusia itu sendiri.
Perbuatan pengklonan ini akan membuat manusia berasa
dirinya mempunyai kuasa dan mampu mencipta serta
menentukan kejadian manusia lain menurut kehendaknya
sendiri.
Teknologi pengklonan manusia juga boleh meruntuhkan
institusi keluarga kerana peranan yang dimainkan lelaki
tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak
berkahwin juga boleh memiliki anak.
Pandangan ini adalah sememangnya berpandukan dab
berteraskan peranan syariah Islamiah iaitu akidah
diutamakan syariat didahulukan .
Peranan Syariah Islamiah dalam
Sains Teknologi dan Kejuruteraan
Memelihara Agama
•Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama
serta pelaksanaannya. Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian
agama akan dicegah sebelum berlaku.
•Andaikata sudah berlaku maka hukuman yang sewajarnya bagi tujuan
siksaan dan didikan akan dilaksanakan
•Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan
mengambil kira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama
•Syariat Islam menetapkan sebarang kajian, ciptaan dan hasil sains
teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada
memelihara agama
•Untuk menyelamatkan agama maka hukum keluar daripada Islam adalah
termasuk jenayah hudud
Memelihara Maruah
•Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah dan harga
diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia
•Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan
kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah
umat
•Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang
kerosakan dan kemusnahan yang besar
•Oleh itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang
serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan
menghancurkan maruah seseorang
Memelihara Nyawa
•Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia
menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan
tanggungjawab khalifah
•Nyawa merupakan kedudukan kedua selepas agama
•Islam melarang keatas umat Islam membunuh diri kecuali
membunuh musuh dalam peperangan
•Islam telah menetapkan hukum qisas(hukuman balas) kepada
kesalahan membunuh dan mencederakan orang lain dengan
sengaja
Memelihara Harta
•Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala
bentuk perbuatan yang boleh memudaratkan harta
seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri
,menyorok,membazir dan menspekulasi pasaran modal
•Hukuman hudud seperti potong tangan bagi yang
mencuri dan ta’zir menunjukkan syariat Islam
memandang serius jenayah ini
•Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta
sehingga membawa kepada kematian dianggap mati
syahid akhirat.
Memelihara Keturunan
Keturunan adalah suatu penghormatan dan amat dihargai .
Segala perbuatan yang boleh menjatuhkan kehormatan dan
keturunan .
Contohnya mengumpat, menuduh ,berzina dan sebagainya adalah
dilarang keras . Hukuman khusus terhadap perbuatan zina(sebat
dan rejam) disyariatkan bagi tujuan tersebut .Malah Islam juga
melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan .
Perlaksanaan Syariah Islamiah
dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan
Utamakan yang utama
•Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam
melaksanakan sesuatu perkara
•Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat
•Para saintis dan teknorat dan jurutera seharusnya meletakkan
keutamaan memakmurkan alam daripada menacari keuntungan dan
kemahsyuran
•Pelaksanaan sesuatu perkara hendaklah merujuk kepada
mengutamakan agama,nyawa,akal,keturunan,maruah dan harta
Matlamat tidak menghalalkan cara
•Islam mengakui keperluan untuk membuat kajian tentang
alam. Manusia dibenarkan untuk menerokai daratan,lautan
dan ruang untuk tujuan pengimarahan alam
•Ciptaan dan penemuan inovasi yang melibatkan teknologi
dan kejuruteraan adalah bukti kehebatan akal manusia
untuk keperluan dan kemaslahatan hidup manusia
•Namun begitu, syariat menegaskan setiap operasi untuk
menghasilkan ciptaan dan rekaan hendaklah menghormati
peraturan dan etika Islam
Akidah diutamakan Syariat didahulukan
•Aqidah yang merupakan tunjang bagi terbangunnya insan terbaik
di sisi Allah swt tidak dipandang rendah dalam apa jua
pelaksanaan hidup manusia
•Syariat adalah peraturan Allah swt untuk dijadikan panduan
hidup bagi mengundang rahmat berkat
•Pelaksanaan aktiviti sains teknologi dan kejuruteraan haruslah
mendahulukan keperluan akidah sebagai teras pengurusan
penyelidikan
•Dalam waktu yang sama, syariat menjadi keutamaan bagi
seluruh perancangan ,program dan hasil kajian menepati
kehendak syariat
Rabbaniah ( keturunan )
•Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta
dan disusun oleh Allah SWT
•Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah, ibadat dan
muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia. Alam yang
terbentang luas debgab segala khazanah di dalamnya boleh diterokai
dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
•Seluruh ciptaan alam adalah milikNya. Setiap kajian dan ciptaan
hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan
menginsafi keagunganNya. Para sainstis, teknorat dan jurutera
tertakluk kepada prinsip ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran
sarwajagat.
Wasatiah ( kesederhanaan )
•Prinsip yang pertama ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta
dan disusun oleh Allah SWT.
•Segala kandungannya yang meliputi aspek aqidah , ibadat dan
muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia. Alam yang
terbentang luad dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai
dengan mematuhi peraturan Allah SWT.
•Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Maka kita sebagai
khalifah tertakluk kepada peraturan alam MilikNya. Setiap kajian dan
ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT
dan menginsafi keagunganNya.
•Para sainstis, teknorat dan jurutera tertakluk kepada prinsip
ketuhanan dan bermatlamatkan kemakmuran sarjawagat
Tetap dan Anjal ( mutlak dan murunah )
•Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum
hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat.
•Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti
pengharaman arak. Namun begitu, pengaharamannya boleh
dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan syar'i
untuk menggunakannya. Contohnya, arak terpaksa digunakan
untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku
seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang
merbahaya.
Kesimpulan
Teknologi pengklonan terhadap manusia dan haiwan sememangnya
HARAM kerana ianya lebih mendatangkan keburukan dan hidup mati
makhluk adalah ketentuan Allah.
Pengklonan sel manusia untuk mendapatkan organ penting akan dapat
mendatangkan manfaat tetapi tidak jika digunakan untuk mencipta
manusia baru.
Kemusykilan membabitan akidah harus segera diperbetulkan menerusi
perbincangan saintis dan ulama'.
Kesimpulannya , untuk menjadi mukmin yang berjaya , kita wajiblah
mengamalkan kehidupan dengan berpandukan syariah Islamiah
Rujukan
http://inovasitekno.blogspot.com/2011/07/pengklonan-dari-sudut-
syarak.html
https://www.google.com/url?
sa=i&url=http%3A%2F%2Fgosipdeee.blogspot.com%2F2018%2F03
%2Fpengklonan-neraca-islam-dan-
sains_97.html&psig=AOvVaw1qoNl3YuWzeo4ImcDROuc_&ust=166972
5189156000&source=images&cd=vfe&ved=2ahUKEwjjnbmX8dD7Ah
VMjtgFHSpbD84Qr4kDegUIARCjAQ
Nota Pensyarah
Lampiran
شكرًا جزيًال
semoga beroleh manfaat
© 2022 Kumpulan 2 DEP 5A