The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mamirullah2015, 2021-09-01 21:57:14

matematik Pengguna Insurance

matematik Pengguna Insurance

MATEMATIK PENGGUNA :

INSURANCE

Disampaikan oleh: CKG SALEHUDIN

3.1 Risiko dan perlindungan Insurans

Risk and insurance coverage

Risiko / risk :

Risiko secara umumnya ialah kemungkinan
berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan
seperti kerugian, bahaya dan lain-lain.
Murid juga berdepan kemungkinan berhadapan
dengan risiko seperti kemalangan, kecederaan
semasa bermain atau terjatuh di tangga sekolah.
Dengan wujudnya insurans kita akan diberikan satu perlindungan
kewangan jika kejadian yang tidak di ingini berlaku kepada kita.

Insurans / insurance

Syarikat Insurans 01 Pemegang polisi 02

Syarikat yang menyediakan dan Pihak yang membayar premium dan yang
menjual insurans. akan membuat tuntutan serta menerima
pampasan bagi kerugian yang di alami.

Kontrak insurans 03 Premium 04
Bayaran kepada syarikat insurans
Polisi atau perjanjian antara syarikat oleh pemegang polisi.
insurans dan pemegang polisi.

Prinsip indemnity 05
Syarikat insurans akan membayar ganti rugi pada

amaun yang tidak melebihi kerugian dialami.

Jenis Insurans / type of insurance

01
INSURANS HAYAT.

Tujuan insurans hayat adalah untuk menyediakan perlindungan kewangan
kepada ahli keluarga yang bergantung kepada pemegang polisi meninggal
dunia. Namun sekiranya masih hidup tetapi mengalami hilang upaya
menyeluruh dan kekal, pemegang polisi boleh menerima pampasan
berdasarkan syarat yang ditetapkan dalam polisi insuran hayatnya.

Risiko yang dilindungi oleh insurans hayat:
(a)Kematian
(b)Hilang upaya
(c)Penyakit kritikal.

Jenis Insurans / type of insurance

02
INSURANS AM.

Tujuan am memberikan perlindungan daripada sebarang
kerugian atau kerosakan harta benda yang ditanggung
selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat.

Jenis Insurans Am :

(a)Insurans motor (d) Insurans kemalangan diri

(b)Insurans kebakaran (e) Insurans perjalanan

(c)Insurans perubatan dan kesihatan

Jenis Insurans Perlindungan Insurans

Insurans motor 01 Kecederaan anggota badan, kecacatan, hilang
upaya ataupun meninggal dunia secara
Insurans kebakaran langsung daripada kemalangan.
02 Kerugian atau kerosakan kenderaan berenjen.

Insurans perubatan Kerugian dalam perjalanan seperti kematian
dan kesihatan 03 dan kecacatan kekal, hilang bagasi, passport
Insurans dan lain-lain.
Kerugian akibat kebakaran, kilat dan letupan
kemalangan diri 04 pada rumah kediaman dan bangunan
Insurans perjalanan perniagaan.
Perbelanjaan perubatan seperti kos
05 kemasukan ke hospital dan pembedahan..

(i) Insurans Motor

Insurans motor merupakan insurans yang wajib dimiliki oleh setiap pemilik

kenderaan di Malaysia di bawah akta pengangkutan jalan.

Polisi Akta Pihak Pihak ketiga, komprehensif
ketiga kebakaran &
Perlindungan kecurian

Liabiliti kepada pihak ketiga akibat Ya Ya Ya Ya
kecederaan dan kematian

Dalam insurans motor: Kerugian terhadap harta benda Tidak Ya Ya Ya
• Pertama yang dialami pihak ketiga
- Pemandu( pemegang
Kerugian terhadap kenderaan Tidak Ya Ya
polisi) Tidak Tidak Ya
sendiri akibat kebakaran yang tidak Tidak
• Kedua
- Syarikat insurans disengajakan atau kecurian

• Ketiga Kerugian dan kerosakan terhadap Tidak
- mana-mana individu kenderaan sendiri akibat
yang terlibat dalam kemalangan.
kemalangan, tdk
termasuk penumpang.

(ii) Insurans (iii) Insurans perubatan
dan kesihatan
kebakaran
Antara polisi yang terdapat
Insurans kebakaran memberi dalam insurans ini ialah :
perlindungan terhadap
kerugian akibat kebakaran, 24
kilat dan letupan yang berlaku
pada rumah kediaman ataupun  Insurans hospital dan
bangunan perniagaan. pembedahan

Pampasan akan dibayar  Insurans penyakit
oleh syarikat insurans kritikal
untuk memulihkan
kedudukan kewangan  Insurans pendapatan
pemegang polisi tertakluk akibat hilang upaya
kepada jumlah yang di
insuranskan.  Insurans pendapatan
hospital

(iv)Insurans kemalangan diri

Insurans kemalangan diri memberikan
perlindungan sekiranya pemegang polisi
mengalami kecederaan anggota badan,
kecacatan, hilang upaya ataupun meninggal
dunia berpunca secara langsung daripada
kemalangan. Insurans ini adalah berbeza
daripada insurans hayat dan insurans
perubatan dan kesihatan.

(v)Insurans perjalanan

Insurans perjalanan melindungi pemegang polisi
terhadap kerugian dalam perjalanan sama ada
melalui darat, udara atau laut seperti kematian
dan kecacatan kekal, kehilangan bagasi, passport
dan duit, belanja perubatan dan lain-lain.

Tempoh perlindungan bagi kebanyakan polisi insurans am ialah satu tahun
ataupun kurang dari tempoh satu tahun. Premium dibayar pula adalah pada

satu-satu masa apabila anda memerlukan perlindungan polisi tersebut.

Insurans Berkelompok

Insurans berkelompok secara asasnya
memberikanperlindungan kepada sekumpulan individu,

biasanya pekerja syarikat atau murid sekolah.

Insurans berkelompok kepada organisasi:
Perlindungan kewangan disediakan pekerja seperti kematian,
hilang upaya, kemasukan hospital dan pembedahan. Dengan
adanya insurans ini, pekerja syarikat akan menikmati
perlindungan sewajarnya daripada majikan mereka.

Insurans berkelompok kepada pelajar:
Perlindungan kewangan disediakan kepada murid seperti kematian, lumpuh,
kecacatan dan elaun kerusi roda dengan polisi dan had perlindungan
tertentu. Kementerian pendidikan Malaysia telah melaksanakan Skim
Perlindungan kepada murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bawah
skim Takaful pelajar Sekolah Malaysia.

Secara umumnya, tujuan mendapatkan insurans
adalah seperti berikut :

Sebagai bantuan kewangan kepada keluarga sekiranya anda hilang
upaya, menghidapi penyakit kritikal atau meninggal dunia 01
Mengurus perbelanjaan hidup, hutang dan komitmen sekiranya
anda tidak mampu berkerja 02
Bayaran perbelanjaan perubatan rawatan yang tinggi 03

Sebagai pampasan terhadap kerugian yang dialami. 04

Deduktibel.

Deduktibel ialah suatu jumlah yang perlu

ditanggung oleh pemegang polisi sebelum layak
membuat tuntutan daripada syarikat insurans.
Kebiasaannya deduktibel terdapat dlam kontrak
insurans harta, insurans perubatan dan kesihatan
dan insurans motor. Peruntukan ini tidak terdapat
dalam insurans hayat dan insurans liability diri.

CLOSING

INSURANCE

Pulsecolor


Click to View FlipBook Version