The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perkongsian Nota My #QuranTime Juz 4 ini adalah daripada catatan dan kefahaman Sharifah Mastura Syed Mohamad dan disemak oleh R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Semoga menjadi rujukan ilmu yang dapat dimanfaatkan dan diredhai Allah SWT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sharifah Mastura Syed Mohamad, 2020-10-12 23:43:51

Nota My #QuranTime Juz 4

Perkongsian Nota My #QuranTime Juz 4 ini adalah daripada catatan dan kefahaman Sharifah Mastura Syed Mohamad dan disemak oleh R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Semoga menjadi rujukan ilmu yang dapat dimanfaatkan dan diredhai Allah SWT.

Keywords: al-Quran,Juz 4,Tadabbur,Fazrul Ismail

MQT Daily Sheet

Nama Tarikh Nota telah disemak oleh:
Sharifah Mastura Syed Mohamad 3 Sept 2020 R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (8 Sept 2020)

MQT087 Halaman 63 Perkataan hari ini
Ali-'Imran, 3:101-108 ‫ َﻋ َﺼ َﻢ‬Terpelihara, melindungi

Formula untuk bangkit dan berjaya 13 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS

1. Perintah agar kaum mukminin menjaga identiti dan berpegang teguh pada al-Quran dan ajaran Islam [3:101-103]

2. Amar ma'ruf nahi mungkar dan penegasan tentang larangan berpecah belah [3:104-108]

CATATAN (BACA-FAHAM-AMAL) Tuan Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali

Doa:

‫ ُﻢ‬w‫ﻟ َﺤ ِﻜ‬h ‫ ُﻢ ا‬w‫ﻟ َﻌ ِﻠ‬h ‫أﻧ َﺖ ا‬j ‫ﻠ ْﻤ َﺘ َﻨﺎ ۖ ِإ ﱠﻧ َﻚ‬o ‫ﻟ َﻨﺎ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َﻋ‬j ‫ﻠ َﻢ‬h ‫ُﺳ ْ_ َﺤﺎ َﻧ َﻚ َﻻ ِﻋ‬

2:32 "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

‫ﻠ ًﻤﺎ‬h ‫ ِﻋ‬Öá Ü ِ‫ز ْد‬É ‫ﱠر ﱢب‬

20:114 "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Mukaddimah

Kita bersyukur dapat bersama lagi untuk Baca, Faham dan Amal al-Quran. Hari ini kita akan menelusuri Surah ali-
'Imran untuk mempelajari bagaimana kita dapat bangkit sebagai satu ummah, atau insan yang Allah inginkan berjaya
di dunia sampai ke akhirat. Setelah kepimpinan Islam jatuh pada tahun 1924, kita tertanya-tanya apakah halatuju
umat Islam yang terperuk atau porak-peranda negaranya, dengan orang-orang Islam yang tidak keruan. Pada halaman
ini kita akan dalami formula untuk umat Islam bangkit dan berjaya semula.

Bacaan al-Fatihah ini adalah untuk mengingatkan kita berulang kali supaya jangan bosan dengan membaca surah ini
kerana ia membuka potensi kita untuk menjadi orang yang berjaya dan mendapat nikmat. Ia merupakan sinopsis
kepada keseluruhan al-Quran. Kita memohon hidayah, jalan yang lurus, jalan orang yang diredhai Allah, bukan jalan
orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

Ayat [3:101] ‫ ٍﻢ‬w‫ ٍط ﱡﻣ ْﺴ َﺘ ِﻘ‬ßٰ َ ِ ¶ٰ j ‫ َﻓ َﻘ ْﺪ ُﻫ ِﺪ َى ِإ‬ôِ o ‫ ْﻌ َﺘ ِﺼﻢ ِ†ﭑ‬óَ ‫ﻟ ُﻪۥ َو َﻣﻦ‬ï‫ ْﻢ َر ُﺳﻮ‬õï w‫ َو ِﻓ‬ôِ o ‫ ُﺖ ٱ‬óَٰ ‫ ْﻢ َءا‬îï wْ ‫ﻠ‬j ‫ َﻋ‬íٰ j ‫أﻧ ُﺘ ْﻢ ُﺗ ْﺘ‬j‫ ُﻔ ُﺮو َن َو‬éh ‫ َﻒ َﺗ‬wْ ãj ‫َو‬

"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam
kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka
sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)"

Mesej:

1. Allah mengingatkan dua perkara, iaitu kita ada al-Quran dan ada rasul untuk menjadi petunjuk ke jalan yang lurus.
Walupun rasul sudah wafat, tetapi hadisnya masih ada untuk kita ikuti. Allah beri 'inaayah' (bantuan) kepada kita

2. Iasgtailrahkit‫ﻢ‬a‫ﺼ‬bِ ‫َﺘ‬e‫ ْﻌ‬róَ peagdaangkakeitpaanddaesnugnannah‘isNmabaihs.(am.wel.indungi daripada bahaya). Umpama kapal ada sauh untuk kita

MQT087 (Halaman 63, 3:100-108) Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri (SMSM) 1

























MQT Daily Sheet

Nama Tarikh Nota telah disemak oleh:
Sharifah Mastura Syed Mohamad 8 Sept 2020 R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (12 Sept 2020)

MQT092 Halaman 66 Pe‫ﻞ‬rَ k‫ﺸ‬aَ t‫ َﻓ‬aaHnilhaanrgi ini
Ali-'Imran, 3:122-132 semangat

Prop: 4 kali disebut di dalam al-Quran

SINOPSIS

1. Perang Uhud: Susunan pasukan Islam dan mengingatkan kembali kepada kemenangan Perang Badar [3:120-129]

2. Jauhi riba dan takut neraka [3:130-132]

CATATAN (BACA-FAHAM-AMAL) Tuan Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Doa:

‫ ُﻢ‬y‫ﻟ َﺤ ِﻜ‬i ‫ ُﻢ ا‬y‫ﻟ َﻌ ِﻠ‬i ‫أﻧ َﺖ ا‬l ‫ﻠ ْﻤ َﺘ َﻨﺎ ۖ ِإ ﱠﻧ َﻚ‬q ‫ﻟ َﻨﺎ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َﻋ‬l ‫ﻠ َﻢ‬i ‫ُﺳ ْ_ َﺤﺎ َﻧ َﻚ َﻻ ِﻋ‬

2:32 "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

‫ﻠ ًﻤﺎ‬i ‫ ِﻋ‬àä â ِ‫ز ْد‬Ü ‫ﱠر ﱢب‬

20:114 "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Mukaddimah

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memberi peluang pada hari ini untuk bersama My #QuranTime. Kita
terus senyum ceria untuk mendapat hidayah Allah. Teruslah memberikan masa untuk al-Quran. Semoga Allah
memberikan ganjaran yang besar kepada kita semua.
Ayat 4 dalam surah al-Fatihah ‫ﻦ‬Ü ‫' َﻣﺎِﻟ ِﻚ َﻳ ْﻮِم اﻟ ﱢﺪﻳ‬Raja kepada hari agama' mengingatkan kita bahawa yang paling berharga
di akhirat nanti ialah agama. Segala perbuatan kita di dunia akan di audit oleh Allah yang menguasai hari akhirat. Jika
apa yang kita buat bercanggah dengan agama, pasti akan mencabar di akhirat nanti. Oleh itu hendaklah kita jadikan
hari akhirat sebagai matlamat kehidupan. Buat yang terbaik di dunia dengan potensi yang Allah berikan kepada kita
agar mendapat kebaikan yang berlipat ganda di akhirat.

Surah al-Baqarah ada bercerita tentang infaq dan riba. Halaman ini menceritakan tentang Perang Uhud yang diakhiri
dengan larangan tentang riba. Dalam ayat 121 Nabi SAW telah meletakkan tentera di tempat-tempat yang strategik
untuk berperang.

Ayat [3:122] ‫ﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ُﻨﻮ َن‬i ‫ ِﻞ ٱ‬ßq ‫ﻠ َﻴ َﺘ َﻮ‬i ‫ َﻓ‬¢ِ q ‫¶ ٱ‬l ‫ َوِﻟ ﱡﻴ ُﻬ َﻤﺎ َو َﻋ‬¢ُ q ‫أن َﺗ ْﻔ َﺸ َﻼ َوٱ‬l ‫ ْﻢ‬úù ‫ﺎ ِﺋ َﻔ َﺘﺎ ِن ِﻣﻨ‬ò ‫ِإ ْذ َﻫ ﱠﻤﺖ ﱠﻃ‬

"(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan
perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah
sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal."

Mesej:

1. Allah ceritakan tentang dua puak dalam tentera Islam yang ingin berundur kerana lemah semangat menghadapi
musuh yang ramai (3000 orang). Daripada 1000 orang tentera Islam, 300 orang munafik (Bani Salamah dari suku

MQT092 (Halaman 66, 3:122-132) Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri (SMSM) 1









MQT Daily Sheet

Nama Tarikh Nota telah disemak oleh:
Sharifah Mastura Syed Mohamad 9 Sept 2020 R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (12 Sept 2020)

MQT093 Halaman 67 Per‫َع‬kPaR tَ aBaenrhsaergieinria
Ali-'Imran, 3:133-140 23 kali disebut dalam al-Quran
Prop:

SINOPSIS

1. Segera ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran dan balasannya [3:133-136]

2. Nasib orang yang mendustakan rasul dan nasib orang-orang bertakwa [3:137-140]

CATATAN (BACA-FAHAM-AMAL) Tuan Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Doa:

‫ ُﻢ‬y‫ﻟ َﺤ ِﻜ‬i ‫ ُﻢ ا‬y‫ﻟ َﻌ ِﻠ‬i ‫أﻧ َﺖ ا‬l ‫ﻠ ْﻤ َﺘ َﻨﺎ ۖ ِإ ﱠﻧ َﻚ‬q ‫ﻟ َﻨﺎ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َﻋ‬l ‫ﻠ َﻢ‬i ‫ُﺳ ْ_ َﺤﺎ َﻧ َﻚ َﻻ ِﻋ‬

2:32 "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

‫ﻠ ًﻤﺎ‬i ‫ ِﻋ‬áâ à ِ‫ز ْد‬R ‫ﱠر ﱢب‬

20:114 "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Mukaddimah

Alhamdulillah kita hampir sampai ke penghujung surah ali-'Imran. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk
terus mencintai al-Quran dan rasul. Semoga Allah juga mencintai kita. Halaman ini memberi semangat dan harapan
untuk terus berjuang walau apa pun telah berlaku. Walaupun kita banyak kesilapan dan kekurangan, Allah tetap
sayang kepada kita. Walaupun kita luka, dilukai dan terlukai, jangan putus asa, Allah bersama dengan kita.

Kalau kita rasa kita sudah penat, janganlah sampai berputus harapan. Bersyukurlah dengan apa sahaja yang Allah
berikan kepada kita.

Ayat [3:133] •َà ¶ ‫ﻠ ُﻤ ﱠﺘ ِﻘ‬i ‫أ ِﻋ ﱠﺪ ْت ِﻟ‬ô ‫ ْﻢ َو َﺟ ﱠﻨ ٍﺔ َﻋ ْﺮ ُﺿ َﻬﺎ ٱﻟ ﱠﺴ َٰﻤ َ ٰﻮ ُت َوٱ ْ َﻷ ْر ُض‬òô ó‫ َﻣ ْﻐ ِﻔ َﺮٍة ﱢﻣﻦ ﱠ ﱢر‬èٰ l ‫ا ِإ‬é‫ر ُﻋ ٓﻮ‬R ‫َو َﺳﺎ‬

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan
(mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;"

Mesej:

1. Mesti segera hapuskan riba! Bina sistem infak dan wakaf yang sistematik. Ayat ini hadir setelah datang ayat
tentang riba, iaitu salah satu peringatan Allah. Riba mengganggu kepada kejayaan. Jadi kita hendaklah semak
rumah tangga, organisasi dan negara agar dapat laksanakan kosong riba.

2. Bila kita membenarkan riba, ini akan mengundang kekalahan round kedua seperti dalam Perang Uhud.
Sebenarnya Allah sudah beritahu bahawa infak dan wakaf dapat menyelesaikan isu riba. Pemimpin hendaklah
ambil serious perkara ini. Jangan hanya ikut arus semasa yang banyak dipengaruhi oleh Yahudi. Ada pihak
sekarang menggunakan masa untuk menzalimi orang. Contohnya, jika tidak dapat membayar dalam masa
tertentu, dikenakan bayaran tambahan.

MQT093 (Halaman 67, 3:133-140) Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri (SMSM) 1









MQT Daily Sheet

Nama Tarikh Nota telah disemak oleh:
Sharifah Mastura Syed Mohamad 10 Sept 2020 R&D Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (20 Sept 2020)

MQT094 Halaman 68 Perkataan hari ini
Ali-'Imran, 3:141-148 ‫ َﻣ َﺤ َﺺ‬Membersihkan

Prop: Rantai emas 2 kali disebut di dalam al-Quran.

SINOPSIS

1. Allah membersihkan orang beriman dan menghancurkan orang kafir [3:141]

2. Teguran terhadap sebahagian pasukan Perang Uhud akan kesucian jihad dan keharusan teguh dalam memegang
prinsip dan mengingatkan bahawa kematian terjadi adalah atas izin Allah SWT [3:141-148]

CATATAN (BACA-FAHAM-AMAL) Tuan Fazrul Ismail, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Doa:

‫ ُﻢ‬x‫ﻟ َﺤ ِﻜ‬i ‫ ُﻢ ا‬x‫ﻟ َﻌ ِﻠ‬i ‫أﻧ َﺖ ا‬l ‫ﻠ ْﻤ َﺘ َﻨﺎ ۖ ِإ ﱠﻧ َﻚ‬p ‫ﻟ َﻨﺎ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َﻋ‬l ‫ﻠ َﻢ‬i ‫ُﺳ ْ` َﺤﺎ َﻧ َﻚ َﻻ ِﻋ‬

2:32 "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada
kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

‫ﻠ ًﻤﺎ‬i ‫ ِﻋ‬Üà á ِ‫ز ْد‬Ñ ‫ﱠر ﱢب‬

20:114 "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku"

Mukaddimah

Alhamdulillah hari ini kita akan menyambung perbincangan bagaimana tentera Islam mendepani tentera musuh dan
mereka mengalami kekalahan pada pusingan kedua Uhud.

Dengan membaca al-Fatihah kita memohon jalan yang lurus. Untuk menjadi baik, ada cabaran, ada dugaan, ada luka,
dan ada sakit di dalam perjuangan hidup ini. Itu adalah lumrah. Kalau kita rasa terluka, orang dahulu pun terluka.
Alang-alang luka, biar sampai ke syurga. Kita tidak mahu disakiti sampai ke akhirat. Semoga dengan memahami ayat-
ayat dalam halaman ini kita akan terus bersemangat sebagaimana tentera Uhud yang bangkit dan berjaya selepas
mendapat suntikan motivasi daripada Allah SWT.

Cabaran paling tinggi ialah cabaran maut. Di mana-mana dan bila-bila, walau atas katil atau medan perang kita boleh
pergi. Alang-alang pergi, biarlah pergi di atas jalan ilahi.

Ayat [3:141] ‫ َﻦ‬ïöÑ ‫ ِﻔ‬óَٰ ‫ﻟ‬i ‫ ْﻤ َﺤ َﻖ ٱ‬ïَ‫ا َو‬î‫ﻟ ِﺬﻳ َﻦ َءا َﻣ ُﻨﻮ‬p ‫ ٱ‬éُ p ‫ َﻤ ﱢﺤ َﺺ ٱ‬xُ ‫َوِﻟ‬

"Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-
orang yang kafir."

Mesej:

1. Allah menggilirkan menang dan kalah untuk menguji siapakah yang beriman dan juga yang menjadi syahid.
2. Allah tidak suka orang-orang yang zalim yang tidak melihat ujian itu untuk dekat kepada Allah SWT.

MQT094 (Halaman 68, 3:141-148) Perkongsian nota adalah daripada catatan dan kefahaman penulis sendiri (SMSM) 1










































Click to View FlipBook Version