KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Analisis Kurikukulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017
: NUR HASYA ZAINA BINTI AHMAD AFANDI :041021-12-0126 : 2022302310066 : JUN 2022 : PPSIMP : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : PAKK1094,PENGENALAN KURIKULUM PAKK : PUAN NUR ARIBAH BEEVI BINTI ABDUL AZIZ NAMA NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN AMBILAN PROGRAM UNIT KURSUS NAMA PENSYARAH
Kurikulum merupakan sebuah rancangan pendidikan yang didasari oleh falsafah serta matlamat pendidikan negara bagi menetapkan arah haluan dan sumber inspirasi kepada usaha serta rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya (Mohd Asnawi et al., 2010). Kurikulum ini akan sering mengalami perubahan bagi memenuhi keperluan semasa. PENGENALAN
Pendidikan di prasekolah merupakan salah satu pengalaman penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak (Rosmah & Mariani, n.d.). Melalui pengalaman ini, mereka dapat dibekalkan dengan kemahiran, sikap positif serta keyakinan diri bagi mempersiapkan diri untuk memasuki alam persekolahan yang formal. Oleh itu, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telapun diwujudkan bagi membentuk sebuah sistem pendidikan yang berkesan dan bermakna dalam usaha membentuk murid yang berdaya taha dan bercita-cita tinggi. KSPK ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan telah disemak semula untuk memastikan tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dapat dipenuhi. Melalui penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang merangkumi Standard Kandungan, Pembelajaran dan Prestasi, kurikulum yang berasaskan standard amalan antarabangsa telahpun dirangkumi dalam KSPK bagi memudahkan pentaksiran murid secara berterusan dan memberi kemudahan kepada guru untuk membuat tindakan susulan bagi membantu perkembangan murid. KURIKULUM SEMASA PRASEKOLAH
OBJEKTIF KSPK Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut : 1.Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam. 3.Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. 4.Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia. 5.Menyayangi dan menghargai alam sekitar. 6.Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. 7.Mempraktikkan amalan kesihatan, membina kecergasan badan dan menjaga keselamatan diri. 8. Mengembangkan daya kreatif dan estetika. 9.Mengaplikasikan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikut pembelajaran seterusnya. MATLAMAT KSPK
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, secara ringkasnya matlamat dan objektif KSPK adalah untuk memastikan potensi murid dapat berkembang secara menyeluruh menerusi persekitaran pembelajaran yang responsif dan dapat membentuk murid yang mempunyai nilai agama dan moral yang tinggi seperti baik hati dan amanah. Matlamat dan objektif KSPK juga adalah untuk memastikan perkembangan kanakkanak berlaku secara menyeluruh menerusi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan seterusnya dapat membentuk murid yang berkualiti. ANALISIS MATLAMAT DAN OBJEKTIF KSPK
Sesuai dengan keperluan semasa zaman kini, pendidikan perlulah ditambah baik dari semasa ke semasa bagi menghasilkan suatu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan masa kini. Oleh itu pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) telahpun diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 di mana pembelajaran yang dilaksanakan adalah berpusat kepada murid. PAK-21 ini menerapkan elemen seperti komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti dan aplikasi nilai murni dan etika. Antara contoh aktiviti yang melibatkan PAK21 adalah Rally Robin di mana melalui aktiviti ini, murid akan duduk secara berpasangan dan berbincang mengenai suatu topik yang diberikan dan memberi respons mengenai topik tersebut secara lisan. Melalui PAK21 ini, ia dapat melatih murid untuk berdikari menyelesaikan masalah tanpa bergantung secara sepenuhnya terhadap bantuan guru. Seterusnya ia dapat melahirkan murid yang berdikari serta berfikiran kreatif dan kritis. Selain daripada PAK-21, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang berfokus kepada empat tahap pemikiran iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta turut dinyatakan dalam kurikulum bagi membentuk sebuah sistem pendidikan yang bertaraf global. Kemahiran berfikir kritis, kreatif, menaakul dan strategi berfikir merupakan elemen yang terkandung di dalam KBAT. Melalui KBAT ini, ia dapat melatih murid untuk menerapkan cara berfikir di luar kotak bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, murid mampu mengaplikasikan pengetahuan yang ia perolehi dalam melaksanakan tugasan ataupun menciptakan sesuatu berdasarkan idea yang diperoleh secara kreatif. Pelaksanaan KBAT ini boleh dilakukan di dalam bilik darjah melalui kaedah menaakul di mana guru boleh mengarahkan murid untuk membuat peta minda bagi menggalakakkan murid untuk berfikir. KANDUNGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KURIKULUM
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mengandungi enam tunjang utama dan kesemua tunjang ini adalah domain utama yang menyokong dan kesemua tunjang ini penting bagi menanam nilaikeagamaan, berpengetahuan dan berketerampilan dalam diri murid. TUNJANG KOMUNIKASI Tunjang komunikasi berfokuskan kepada kemahiran berbahasa semasa berkomunikasi sama ada secara lisan dan bukan lisan. Melalui tunjang komunikasi ini murid akan didedahkan terhadap kemahiran berbahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Sebagai contoh, guru melakukan aktiviti seperti bercerita di mana murid akan mendengar dan mampu memberikan respons terhadap cerita tersebut. Selain itu, murid juga akan diberikan pendedahan mengenai aktiviti prabaca dan pratulis bagi membolehkan kanak-kanak mengetahui cara membaca dan menulis yang betul seperti cara memegang buku dan pensil. Melalui tunjang ini, ia dapat membentuk murid yang mahir dalam berkomunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan seterusnya mereka mampu mengutarakan pendapat dan meluahkan perasaan dengan baik. MODEL KONSEPTUAL BERKAITAN KURIKULUM PRASEKOLAH
TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai adalah tunjang yang menekankan mengenai asas Al-Quran, akidah, ibadah, sirah, akhlak dan jawi bagi subjek pendidikan Islam manakala bagi pendidikan Moral pula memfokuskan kepada 14 nilai universal yang mampu membentuk individu berakhlak mulia termasuklah kepercayaan kepada Tuhan. Antara contoh pelaksanaan aktiviti yang melibatkan tunjang ini adalah Kem Bestari Solat di mana kanak-kanak akan mendapat pendedahan mengenai cara berwudhu, bacaan serta pergerakan dalam solat. Tunjang ini penting bagi memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak mengenai agama dan pentingnya untuk mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. TUNJANG KETERAMPILAN DIRI Tunjang yang seterusnya iaitu yang ketiga adalah Keterampilan Diri iaitu murid dapat belajar cara untuk mengurus emosi serta membina kemahiran sosial dengan baik. Guru boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan di mana melalui aktiviti ini murid dapat belajar untuk bekerjasama, bersosial dan saling berkongsi. Tunjang ini penting kerana apabila murid dapat mengenal personaliti masing-masing dan mampu mengawal emosi ia dapat menghindarkan murid tersebut daripada mengalami kecelaruan identiti di masa hadapannya.
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika penting bagi memastikan murid dapat melakukan pergerakan yang melibatkan motor halus dan kasar serta memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin. Sukaneka merupakan antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan kerana murid dapat melakukan pergerakan seperti berlari, melompat, membaling dan menarik melalui aktiviti ini selari dengan standard pembelajaran dalam tunjang ini. Selain itu, guru perlu mendedahkan mengenai penjagaan kebersihan termasuklah kebersihan tubuh badan dan kawasan persekitaran bagi mempraktikkan nilai menjaga kebersihan dalam diri murid. Kreativiti dan Estetika adalah merangkumi Muzik, Drama dan Seni Visual. Antara contoh aktiviti yang berkait dengan tunjang ini adalah aktiviti menyanyi sambil menari menggunakan sebutan dan pic suara yang betul serta berlakon secara mudah sama ada menggunakan imaginasi ataupun berdasarkan cerita. Melalui aktiviti ini ia dapat membentuk murid yang kreatif dan berseni.Tunjang ini penting membolehkan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan berkaitan seni dalam kehidupan seharian melalui karya seni yang dihasilkan secara kreatif menggunakan teknik dan bahan yang pelbagai.
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi sains awal dan matematik awal di mana kedua-dua subjek ini berkait rapat dalam kehidupan seharian. Sains awal ini berfokuskan pembentukan sikap dan penguasaan terhadap kemahiran proses sains manakala matematik awal pula menekankan pengalaman matematik awal seperti pranombor dan konsep masa dan waktu. Tunjang ini penting kerana dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid untuk menyelesaikan masalah dan kemahiran saintifik dapat dikuasai dengan baik melalui interaksi murid dengan dunia di sekeliling mereka. TUNJANG KEMANUSIAAN Tunjang kemanusiaan adalah tunjang yang menggalakkan murid untuk mengenali dan menghargai diri sendiri dan orang sekeliling,komuniti,negara dan global. Tunjang ini penting untuk melahirkan murid yang prihatin dan mempunyai sifat empati yang tinggi dalam diri serta peka terhadap perkembangan dunia sekeliling. Antara aktiviti yang melibatkan tunjang kemanusiaan ini adalah guru boleh mengarahkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai diri sendiri, keluarga dan jiran. Selain itu, guru juga boleh mendedahkan murid terhadap alam sekitar seperti kepentingan menjaga alam sekitar bagi memberikan pengetahuan dan kesedaran awal buat mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Elemen Merentas Kurikulum (EMK) merupakan suatu unsur nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi menguatkan lagi kemahiran dan keterampilan dalam diri kanakkanak. Antara contoh EMK yang telahpun diperkenalkan adalah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) PEERS dilaksanakan melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum subjek lain seperti bahasa,Pendidikan Islam dan Moral. PEERS ini termasuk dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika di mana melalui PEERS ini kanak-kanak akan didedahkan kepada jenis-jenis jenayah sosial dan langkah mengatasinya bagi menangani isu penganiayaan sosial dalam kelompok kanak-kanak. Antara contoh aktiviti PEERS adalah guru melakukan sesi soal jawab dengan murid mengenai anggota badan seksual dan kepentingan menutup anggota tersebut. Selain itu, guru boleh menerangkan perkara berkaitan sentuhan menggunakan buku cerita agar kanak-kanak dapat melihat gambaran yang jelas dan dapat memahaminya dengan baik. PEERS ini adalah sangat penting kerana ia dapat meningkatkan pengetahuan kepada kanak-kanak seterusnya dapat menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah seksual.
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) PKJR ini mulai dilaksanakan di peringkat prasekolah pada tahun 2021 bagi menyebarkan pengetahuan berkaitan keselamatan jalan raya agar dapat meningkatkan kadar pengguna jalan raya yang berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan jalan raya. PKJR di prasekolah dilaksanakan ketika sesi Pembelajaran Bersepadu iaitu ketika Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh aktiviti guru boleh membuat tayangan video yang berkaitan tentang keselamatan jalan raya, memperkenalkan makna papan-papan tanda yang terdapat di jalan raya dan boleh membuat demonstrasi di dalam kelas bagi memberi kesedaran kepada kanakkanak terhadap pentingnya keselamatan jalan raya. Guru juga boleh membuat sesi soal jawab untuk menilai kefahaman mereka berkaitan keselamatan ini.
Bagi mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang bertaraf antarabangsa yang mampu bersaing di peringkat global, pihak berkuasa bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan suatu sistem pendidikan yang berkualiti dan antara salah satunya dengan mewujudkan kurikulum yang mempunyai tunjang-tunjang tertentu sebagai panduan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Melalui kurikulum ini, sudah tentu ia dapat melahirkan banyak generasi yang bijak pandai, berkemahiran, berpengetahuan, berakhlak dan berkeyakinan untuk menjadi pemacu negara di masa hadapan kelak. RUMUSAN
Dollah, R. (2015, February 6). Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1). https://www.slideshare.net/RazahDollah/peers-dalam-kurikulum-pendidikankesihatan-1 Isnen, M. S. (2020, October 24). 47 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). CIKGU SUHAIMIN. http://www.cikgusuhaimin.com/2017/10/47-aktiviti-pembelajaran-abad-ke-21- pak.html Jesh, J. (2015, April 18). APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM. BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PAKAR-PAKAR TENTANG KURIKULUM. Dsm-academy. https://www.academia.edu/12007072/APAKAH_YANG_DIMAKSUDKAN_DENGAN_KU RIKULUM_BINCANGKAN_PENDAPAT_DAN_PANDANGAN_PAKAR_PAKAR_TENTANG_ KURIKULUM MODUL PKJR PRASEKOLAH. (n.d.). https://online.fliphtml5.com/wqyzw/gtnm/#p=6 N. (2011, October 28). Akta 308 dan_550 (1). https://www.slideshare.net/norafika90/akta-308-dan550-1 P. (2020b, September 9). Pelaksanaan PKJR di Prasekolah Bermula 2021 - Pendidik2u. Pendidik2u. https://www.pendidik2u.my/pelaksanaan-pkjr-diprasekolah/ SUMBER RUJUKAN