The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulfaezahishak, 2021-05-23 11:35:30

PERPADUAN DI MALAYSIA

PERPADUAN DI MALAYSIA

PERPADUAN

MALDAIYSIA

NURUL FAEZAH BINTI HUSNINA HAZRAINY MAISARAH BINTI
MOHD ISHAK BINTI MOHD OMAR

15DUB20F2013 HAZRUN HAFIZAN 15DUB20F2027

15DUB20F2025

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1
2
PENGENALAN 3
4
KEPENTINGAN 5-6
PERPADUAN KAUM
7
KAUM MELAYU
ADAT RESAM & 8-9
BUDAYA KAUM 10
MELAYU
11-12
KAUM CINA 13
14
ADAT RESAM &
BUDAYA KAUM
CINA

KAUM INDIA

ADAT RESAM &
BUDAYA KAUM
INDIA
KESIMPULAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﻴﻢ‬
Dengan penuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah
kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja
kursus ini dengan penuhnya jayanya. Kami mengucapkan
sepenuh penghargaan kepada Puan Nurul Ain Binti
Othman kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada
kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Jutaan terima kasih juga kami ucapkan
kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberikan
sokongan moral dan galakan sepanjang proses
menyiapkan kerja kusus ini. Tidak lupa juga, ucapan
penghargaan ini kami tujukan kepada rakan-rakan yang
turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara.
Mereka membantu dengan menjawab setiap kemusykilan
umum yang saya utarakan. Akhir kata, kami
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang
pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit.
Kami amat menghargainya. Sesungguhnya, pengalaman
dan pengetahuan yang kami perolehi amatlah bermakna.

Sekian, Terima Kasih.

1

PENGENALAN

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan dalam kalangan mereka.

Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang penting
dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh
beberapa kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa
kepada wujudnya jurang perpisahan .

Malaysia ialah negara yang namanya harum di persada dunia
kerana kehebatan rakyatnya dalam mengekalkan perpaduan
kaum yang berbilang-bilang bangsa.

Pada zaman dahulu, penjajah British telah membawa masuk kaum
Cina dan India untuk kepentingan mereka sendiri dalam usaha
mengeksploitasi ekonomi yang mewujudkan jurang sosial dan
ekonomi yang amat besar antara ketiga-tiga kaum terbesar di
Tanah Melayu.

Namun kini, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati persis
peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan
dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif
lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini .

Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan

kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha

mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh

pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa

diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek

perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang. 2

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar
kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini
adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak
diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku
di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa
ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang
sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat
mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini
dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki
semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu
mengukuhkan ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan bahawa
antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di
sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan
perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana
mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara
akan rugi akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara.
Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing dari
Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Baru-baru ini, pelabur
dari China membawa modal sebanyak RM1.5 bilion untuk
dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di
Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguh-
sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju
berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal
yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara
sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak
lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran
daripada masyarakat yang hidup bersatu padu tanpa sebarang
perbalahan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan
kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.

3

KAUM MELAYU

Di Malaysia, penduduk pribumi dari keturunan
Minang, Jawa, Aceh, Bugis, dan lain-lain yang bertutur
dalam Bahasa Melayu, beragama Islam dan mengikuti
adat istiadat Melayu, semuanya dianggap sebagai
orang Melayu. Bahkan orang bukan pribumi yang
berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama
Islam juga diterima sebagai orang Melayu.

Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina
dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu
adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa
Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum
Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam
arena politik di Malaysia.

Masyarakat Melayu di Malaysia mewakili jumlah
penduduknya yang tertinggi, kemudian diikuti kaum
Cina, India, dan lain-lain. Justeru, kita akan lihat
dengan lebih mendalam mengenai adat budaya hidup
masyarakat kaum Melayu .

4

ADAT RESAM &
BUDAYA KAUM

MELAYU

Masyarakat Melayu memang kaya dengan
adat resam dan pantang larangnya yang

tersendiri. Adat resam merupakan adat yang
diwarisi oleh sesuatu masyarakat secara turun

temurun oleh nenek moyang mereka bagi
mengekalkan tradisi kaum mereka. Ia juga
merupakan undang-undang atau hak yang tak

tertulis dalam sesebuah masyarakat.

5

- Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-
dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan
diiqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut
akan melakukan upacara ini.
- Bersunat/berkhatan bagi bayi perempuan lazimnya
dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa
hari selepas dilahirkan. Bagi kanak-kanak lelaki,
mereka akan menjalani adat bersunat atau juga
dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam
lingkungan 8 hingga 12 tahun.

- Merisik atau juga dipanggil meninjau atau melihat
gadis yang dihajati. Tujuannya adalah untuk

menyelidik latar belakang si gadis berkaitan
kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku,
paras rupa serta pengetahuan agamanya.
- Meminang setelah diketahui bahawa gadis tersebut
belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan
menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan
peminangan.

- Jenazah dikapankan iaitu dengan cara membalut
badan mayat dengan kain putih. Bagi jenazah lelaki,
mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala
jenazah wanita pula sebanyak lima lapis beserta
telekung.

6

KAUM CINA

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua
besar di negara ini. Malaysia dan China telah
mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak
berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka,
China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka
daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke
Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti
Manchu (1644 – 1911) kerana Manchu merupakan
kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak
puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina
ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad
ke-19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan
memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling
hampir dengan Asia Tenggara.

Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga
merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan
orang Cina. Kebanyakan orang Cina datang sebagai
buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri
tanpa keluarga kerana berharap untuk memperolehi
gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China
atau membawa ahli keluarga datang ke Tanah
Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga
secara tidak langsung membawa masuk budaya,
agama dan bahasa mereka.

7

ADAT RESAM &

BUDAYA KAUM

CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung

kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang
tilik mempunyai peranan yang besar sebagai

pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-
beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam

masyarakat Cina, namun apa yang
diterangkan seperti berikut merangkumi adat

resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.

8

- Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami
kecatatan.
- Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai
dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama
segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara.
Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri
sendiri.

- Perkahwinan Sivil dimana bakal pengantin itu perlu
berdaftar dahulu sebagai suami isteri yang sah dari segi
undang-undang.
- Upacara minum teh. Ia merupakan satu budaya
tradisional Cina dimana pengantin baru memberi teh
kepada ahli-ahli keluarga yang lebih tua untuk minum
sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.

- Pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang 9
berwarna-warni. Sebaik-baiknya pelawat itu memakai
pakaian berwarna muram seperti hitam atau kelabu
sahaja.
- Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, dia
hendaklah membawa sepasang lilin putih “duit kertas”
dan lain-lain alat sembahyang untuk diberikan kepada
keluarga si mati. Atau menghantar kalungan bunga kepada
si mati.

KAUM INDIA

Masyarakat India merupakan etnik

ketiga terbesar di Malaysia, dan

juga salah satu kaum yang telah

menyumbang ke arah

pembentukan sesebuah

masyarakat majmuk di negara kita.

Seperti masyarakat lain,

masyarakat India juga kaya dengan

ciri-ciri kebudayaan mereka dan

masih mengekalkan kebudayaan

tersebut sehingga kini.

10

ADAT RESAM &
BUDAYA KAUM

INDIA

Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat
India mempunyai banyak persamaan dengan

kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas
terlihat dalam aspek kelahiran dan

perkahwinan. Seperti juga masyarakat
lain,masyarakat India juga terdiri daripada
pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat
berikut memaparkan adat resam masyarakat

India secara umum.

11

- Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga sembilan bulan - dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru, Suulkaappu - Suul – kandungan ibu.
- Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu bagi menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi.

- Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika
kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga sembilan bulan - dipakaikan sebentuk gelang tangan
baru, Suulkaappu - Suul – kandungan ibu.
- Waktu kelahiran dicatat dengan tepat bagi menentukan
bintang bayi mengikut almanak Hindu bagi menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi.

- Ahli keluarga/waris mendapatkan Sijil Kematian dan
permit untuk melangsungkan upacara pembakaran mayat.
- Anak lelaki atau saudara lelaki terdekat dengan si mati
akan melangsungkan adat (persediaan sebelum upacara).
- Dibakar oleh anak lelaki atau waris
- Kaum wanita akan membersihkan rumah dan alatan yang
digunakan untuk upacara kematian dibuang.
- Esoknya ahli keluarga lelaki kumpul abu & tulang (buang
ke sungai).

12

KESIMPULAN

Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan
apabila amalan perpaduan kaum telah meresap
ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti
yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum,
keamanan tidak dapat diwujudkan kerana
rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara
yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang
berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-
peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah
perpaduan kaum itu penting untuk
meningkatkan keamanan negara.

Kesimpulannya, semua pihak harus berganding
bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan
semata-mata dalam mewujudkan perpaduan
kaum. Janganlah kita bersikap evasive mahupun
"bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing" kerana perpaduan kaum itu
hanya akan wujud apabila semua kaum
menjalankan obligasi masing-masing dengan
sempurna dan bersikap tolak ansur.

13

RUJUKAN

28 JANUARI 2014
NASRULLAH ANAS B CHE RAZALI
ISMAIL B MORAD
SYAMSUL NEEZAD B SULAIMAN
RIBUT TAUFAN, EDU BUDAYA DAN ADAT
RESAM
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/GGIIDO
O/BUDAYA-DAN-ADAT-RESAM-ORANG-
MELAYU
9 OKTOBER 2014
DILA TEEN
EDU-BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/DILA_M
IDEY/ADAT-KAUM-CINA
28 OKTOBER 2014
CIK NURUL AFIQAH
HTTPS://WWW.SLIDESHARE.NET/FIQASAI
LA/BUDAYA-ADAT-RESAM-KAUM-INDIA

14

TAMAT


Click to View FlipBook Version