The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

VRT 3023
REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zty, 2021-04-12 08:25:39

PENGGUNAAN PERALATAN BENGKEL PERABOT

VRT 3023
REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT

VRT 3023
REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT

E-BOOK
PENGGUNAAN PERALATAN BENGKEL PERABOT

NAMA PELAJAR NO. MATRIK
MUADZATUL ATHIRAH BINTI MAZLAN D20192091871
D20192091682
AZZAH BINTI JAMIEL @ JAMAIL D20192091885
IZAURA NUR IZZATY BINTI AHMAD D20192091695
NOR AZIATUL SHARIN BINTI DONNY ALOYSIUS D20192091876
MUHAMMAD THAQIF MUZAKKIR BIN MAHADHIR D20192091878
MUHAMMAD AIDIL ANIQ BIN SABRI

PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. MOHAMED NOR AZHARI BIN AZMAN

ISI KANDUNGAN

PERKARA Muka
Surat
PERALATAN TEKNOLOGI TERKINI
UNIT 1 : Mesin Gergaji Jig 1
1.1 Pengenalan Mesin Gergaji Jig 1
1.2 Bahagian Dan Kegunaan Mesin Gergaji Jig 2
1.3 Jenis-jenis Mata Pemotong 3
1.4 Perbezaan Antara Gergaji Jig Dengan Gergaji Bulat 4
1.5 Cara Penggunaan Mesin Gergaji Jig 5
1.6 Faktor Keselamatan Semasa Menggunakan Mesin Gergaji Jig 6
1.7 Cara Penyimpanan Mesin Gergaji Jig

UNIT 2 : Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja 8
2.1 Pengenalan Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja 8
2.2 Bahagian Dan Fungsi Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja 9
2.3 Jenis-jenis Gerudi 12
2.4 Cara Penggunaan Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja 15
2.5 Faktor Keselamatan Semasa Menggunakan Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja 15
2.6 Cara Penyimpanan Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja

PERALATAN BENGKEL YANG ADA DI RUMAH 16
UNIT 3 : Mesin Gerudi Mudah Alih 16
3.1 Pengenalan Mesin Gerudi Mudah Alih 16
3.2 Jenis-jenis Mesin Gerudi Mudah Alih 28
3.3 Cara Penggunaan Mesin Gerudi Mudah Alih 29
3.4 Faktor Keselamatan Semasa Penggunaan Mesin Gerudi Mudah Alih 31
3.5 Cara Penyimpanan Mesin Gerudi Mudah Alih
3.6 Perbezaan Mesin Gerudi Tekan Jenis Meja Dan Mesin Gerudi Mudah Alih

UNIT 4 : Sesiku L 33
4.1 Pengenalan Sesiku L 34
4.2 Kegunaan Sesiku L 35
4.3 Cara Penggunaan Sesiku L Bagi Menghasilkan Sudut 45 dan 90 Darjah 36
4.4 Faktor Keselamatan Semasa Menggunakan Sesiku L 36
4.5 Cara Penyimpanan Sesiku L

UNIT 5 : Kertas Pasir 37
5.1 Jenis-jenis Kertas Pasir 38
5.2 Cara Penggunaan Kertas Pasir 41
5.2 Faktor Keselamatan Semasa Menggunakan Kertas Pasir 41
5.3 Cara Penyimpanan Kertas Pasir

UNIT 6 : Tukul Warrington 42
6.1 Pengenalan Tukul Warrington 42
6.2 Cara Penggunaan Tukul Warrington 43
6.2 Faktor Keselamatan Semasa Menggunakan Tukul Warrington 43
6.3 Cara Penyimpanan Tukul Warrington
44
LATIHAN PENGUKUHAN MELALUI QUIZIZZ 47
RUJUKAN

1

1.0 MESIN GERGAJI JIG
1.1 PENGENALAN MESIN GERGAJI JIG

 Mesin gergaji jig mudah alih (Jig Saw) digunakan sebagai alatan untuk memotong
garisan lurus & bentuk lengkung pada bahan seperti papan, kayu nipis, papan nipis,
Jubin dan kepingan logam nipis.

 Mesin ini juga menggunakan kuasa elektrik
 Mata pemotong boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian bahan yng hendak

dipotong.

1.2 BAHAGIAN DAN KEGUNAAN PADA MESIN GERGAJI JIG

1.3 BAHAGIAN KEGUNAAN

Suis Menghidupkan motor mesin semasa proses kerja

dijalankan.

Pemegang Menetapkan pegangan semasa proses menggergaji

Kabel Menyambung dan menyalurkan arus elektrik

Pelindung mata Melindung mata pemotong

Mata pemotong Memotong bahan yang ingin dipotong

Tapak Menetapkan kedudukan gergaji pada benda kerja

yang dipotong.
JENIS – JENIS MATA PEMOTONG MESIN GERGAJI JIG

2

1.4 PERBEZAAN ANTARA GERGAJI JIG (JIGSAW) DENGAN GERGAJI

HIGH SPEED STEEL FOR WOOD AND HCS BASIC FOR WOOD

METAL Fungsi

Fungsi  Memotong kayu

 mata pemotong besi atau aluminium  Mata pemotong kayu mempunyai

 digunakan untuk memotong besi bilah mata yang banyak dan rapat

 Boleh juga digunakan bagi  Tidak boleh memotong besi atau

memotong kayu kayu yang keras

BIM PROGRESSOR / MATA HCS SPEED FOR WOOD
PEMOTONG BESI DAN KAYU
Fungsi : Fungsi :
 Boleh memotong besi dan kayu  Memotong kayu dengan lebih cepat
 Mempunyai bilah yang agak keras  Boleh membuat lubang ditengah
kayu
 Mempunyai jarak mata bilah yang
jarang

HCS CLEAN FOR WOOD
Fungsi :

 Memotong kayu dengan lebih kemas dan bersih
 Boleh digunakan untuk memotong pada lengkung
 Kerja – kerja membentuk

BULAT (CIRCULAR SAW)

3

GERGAJI JIG GERGAJI BULAT

 Pergerakkan bilah mata gergaji  Pergerakkan bilah mata gergaji
secara turun naik secara berputar.

 Mempunyai mata gergaji yang tipis  Mata gergaji bulat ini lebih tebal dan
serta lurus dan sesuai untuk melingkar sesuai untuk memotong
memotong kayu yang tidak terlalu kayu yang tebal.
tebal.
 Digunakan untuk melakukan
 Mesin gergaji jig ini lebih ringan pemotongan lurus dan Panjang.
 Digunakan unutk melakukan
 Mesin ini lebih berat
pemotongan yang melingkar,  Mata gergajinya lebih tangan lama
melengkung, berkelok – kelok atau
zig – zag mengikut kesesuaian kerana perawatam dan pengasahan
bentuk. yang lebih baik dan tepat.
 Harganya yang lebih murah  Harganya agak mahal dari gergaji
berbanding yang lain. jig.

1.5 CARA PENGGUNAAN MESIN GERGAJI JIG

4

LANGKAH PENERANGAN
1
 Pasang mata gergaji pada mesin gergaji jig
 Pastikan plug jigsaw tidak disambungkan ke penyambung untuk

menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

 Ketatkan mata menggunakan kunci L yang sudah disediakan

2

 Tekan suiz untuk menghidupkan mesin gergaji jig.
 Memutar dan menekan butang kelajuan sekiranya ingin

mendapatkan kelajuan yang diingini.
3

5

 Pastikan bahan kerja seperti kayu diapit dengan selamat dan tidak
tersangkut.

4

AMARAN: Jangan sesekali membiarkan mesin beroperasi tanpa pengawasan.

1.6 FAKTOR KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN MESIN GERGAJI
JIG

SEMASA MENGENDALIKAN KERJA PEMOTONGAN
 Memakai pakaian atau alat pelindungan yang sesuai
 Guru peka dengan tahap kemahiran murid semasa mengendalikan mesin.
 Menggantikan mata gergaji yang sudah retak dengan mata gergaji yang baru.
 Jika peralatan mesin longgar, jangan cuba unutk menghentikannya dengan

memegang dengan tangan anda.
 Jangan sesekali mengumpulkan alat dan bahan – bahan di atas meja mesin gergaji

jig.
 Sentiasa mengapit kerja dengan selamat

6

 Tahu bagaimana cara mengendalikan mesin gergaji jig dengan teknik yang betul.
 Pastikan tiada serpihan bahan kerja semasa mesin dipasang.
 Jangan melakukan pembersihan serpihan bahan kerja menggunakan tangan.

PERSEKITARAN BENGKEL

 Mempunyai cahaya yang mencukupi dan sistem pengudaraan yang baik agar tidak
berlakunya kemalangan dan masalah.

 Bengkel haruslah sentiasa dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sisa kerja
seperti serpihan kayu bagi mengelakkan kemalangan.

 Keadaan bengkel haruslah dalam keadaan yang baik dari segi susun atur meja
operasi bagi membolehkan kerja-kerja operasi dapat dijalankan dengan baik,
selamat dan lancar.

1.7 CARA PENYIMPANAN MESIN GERGAJI JIG YANG BETUL
 Pastikan mesin gergaji jig dileraikan setelah selesai digunakan.
 Menanggalkan plug, mengeluarkan bilah dan menyimpan mesin ditempat yang
betul
 Pastikan semua peralatan dan bahan diletakkan di kawasan yang sesuai yang telah
disediakan di dalam bekas mesin gergaji jig.
 Membersihkan dan sapu kawasan atau tapak kerja.
 Pastikan kawasan atau tapak dalam keadaan yang selamat dan bersih selepas
digunakan.

4 KAEDAH PENYIMPAN MESIN GERGAJI JIG

7

 Menggunakan ruang simpanan secara ekonomik.
 Menyusun dengan cara yang teratur.
 Menyusun agar tidak memerlukan kerja-kerja pemunggahan.
 Menyusun untuk penggunaan pengeluaran mengikut sistem.

LANGKAH PENJAGAAN PERALATAN MESIN GERGAJI JIG
 Sentiasa memastikan mesin selepas digunakan.
 Mencabut alat pisau pemotongan atau mata gergaji jig.
 Menyimpan mesin ditempat yang sesuai, selamat, kemas dan bersih.
 Mengemas dan mengamalkan proses 5S.

2.0 MESIN GERUDI TEKAN JENIS MEJ A

8

2.1 PENGENALAN MESIN GERUDI TEKAN JENIS MEJA
Fungsi mesin gerudi yang utama adalah untuk menggerudi lubang. Selain itu, mesin
gerudi tekan jenis meja digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam,
melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.

2.2 BAHAGIAN DAN FUNGSI MESIN GERUDI

2.3 JENIS-JENIS GERUDI
1. Gerudi Pintal

9

- Digunakan untuk kerja-kerja am.
- Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut

pemotongan dan sudut kelegaan.
- Ia mempuyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis

pusatnya.

2. Gerudi Benam
- Mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia berbentuk

kon.
- Sudut matanya ialah 900 hingga 1200.
- Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru benam

atau lubang rivet boleh dipasang.
- Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

3. Gerudi Pusat
- Mata gerudi terdapat dikedua-dua hujungnya.

10

- Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng
mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 dikedua-dua hujungnya.

- Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas.
- Ia berfungsi untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin

gerudi.

4. Gerudi Rata
- Gerudi rata berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai.
- Sudut pemotongannya dicanai 900 dan sudut kelegaan pula antara 50 hingga 120

bergantung pada jenis logam yang digerudi.
- Gerudi rata semakin kurang digunakan kerana ia menghasilkan lubang yang tidak

berapa bulat dan saiz tidak tepat.

5. Gerudi Melubang Senggat

11

- Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan kepala
skru Allen.

- Ia juga digunakan untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan tempat
kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

2.4 CARA PENGGUNAAN MESIN GERUDI TEKAN JENIS MEJA

12

LANGKAH PENERANGAN

Memastikan apakah jenis bahan yang hendak digerudi, berapakah ketebalan
bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.

1

Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita hendaklah
menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus menggerudi bahan
tersebut. Ini adalah untuk memastikan proses penggerudian akan menjadi lebih
kemas dan lebih selamat.

2

13

Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil perlu ditebuk
ke bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan supaya bahan tersebut
tidak lari ketika proses penggerudian dijalankan.
3

Kemudian, mata gerudi yang bersesuaian perlu ditentukan supaya ia dapat
digunakan dengan bahan yang hendak digerudi itu. Contohnya, saiz diameter
mata gerudi tersebut dan sudut kandung yang bersesuaian.
4

14

Pasangkan mata gerudi ke spindle dengan kukuh supaya ianya tidak tercabut
ketika penggerudian dijalankan.
5

Laraskan kelajuan mesin sebelum dan selepas menggunakannya mengikut
ketebalan bahan yang digerudi.
6

15

Gunakan coolants semasa aktiviti penggerudian sedang berlangsung untuk
meneutralkan suhu mata gerudi.
7

16

2.5 FAKTOR KESELAMATANSEMASA PENGGUNAAN MESIN GERUDI
TEKAN JENIS MEJA

 Memakai google setiap masa.
 Mengetahui cara untuk menghentikan mesin secara serta-merta sekiranya berlaku

kecelakaan.
 Jika peralatan mesin longgar, jangan cuba untuk menghentikannya dengan tangan

anda.
 Jangan sekali-kali membenarkan alat dan bahan-bahan untuk terkumpul diatas meja

gerudi.
 Sentiasa mengapit kerja dengan selamat.
 Mengetahui cara yang betul untuk mengendalikan mesin gerudi.
 Memastikan tiada serpihan kerja diatas meja semasa menggunakan mesin gerudi.
 Jika pengumpulan berlaku, hentikan kerja dan bersihkan pengumpulan lalu sambung

proses penggerudian.
 Jangan sekali-kali membersihkan serpihan bahan kerja dengan jari, gunakan playar

atau cangkuk cip.
 Pastikan jari jauh dari slot utama drift.
 Pastikan lantai dan semua bidang kerja bersih.
 Memastikan pakaian yang longgar jauh dari mesin yang berputar.
 Pastikan rambut kemas dan jauh dari mesin yang berputar.
 Jangan memakai cincin jari atau barangan kemas.

2.6 CARA PENYIMPANAN MESIN GERUDI TEKAN JENIS MEJA

 Mata gerudi hendaklah disimpan didalam kotak penyimpanan mata gerudi setiap
kali selepas ia digunakan.

 Sentiasa meletakkan minyak pada mata gerudi supaya ianya tidak mudah haus.
 Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada chuck dan jangan sekali-kali

mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah kerana ini akan menyebabkannya
mudah patah.
 Bersihkan setiap mesin selepas menggunakannya.
 Bersihkan T-Slot, alur dan kotoran dari tali pinggang dan takal.

17

3.0 MESIN GERUDI MUDAH ALIH
3.1 PENGENALAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH

3.2 JENIS-JENIS MESIN GERUDI MUDAH ALIH
i. Mesin gerudi mudah alih jenis pistol
 Sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan kerana mesin mudah alih jenis pistol
adalah ringan dan boleh dipegang sebelah tangan.
ii. Mesin gerudi mudah alih jenis kerja berat
 Sesuai digunakan untuk kerja-kerja berat kerana mesin gerudi mudah alih ini lebih
berat daripada jenis pistol dan perlu dipegang dengan kedua belah tangan.

3.3 CARA PENGGUNAAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH
 SEBELUM MENGGERUDI LUBANG

1) Letakkan bahan seperti kayu pada ragum meja untuk diapit agar kayu tidak
bergerak semasa proses menggerudi.

18

2) Ukur panjang bahan atau kayu menggunakan pembaris sesiku L agar mendapat
ukuran tepat bagi titik pusat yang ingin digerudi.

3) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk jika ada atau menggunakan pen
atau alat tanda yang lain.

4) Menghidupkan mesin gerudi mudah alih.
5) Memasang mata gerudi untuk menggerudi lubang pada kayu.

i. Pilih jenis dan saiz mata gerudi yang sesuai dengan kegunaan dan ketebalan bahan
atau kayu. Contohnya mata gerudi pintal (twist drill) sesuai untuk menggerudi
lubang pada permukaan kayu.

19

ii. Meletakkan mata gerudi ke bahagian kepala gerudi.

iii. Menekan butang merah disebelah kanan mesin gerudi mudah alih dengan tangan
kanan dan tangan kiri memegang kepala gerudi dan mengetatkannya mengikut
arah jam untuk memasang mata gerudi.

iv. Memastikan mata gerudi dipasang dengan baik dan ketat.

6) Memeriksa keadaan tetapan mesin gerudi mudah alih seperti bateri yang cukup dicas
dan tentukan kelajuan yang sesuai sekiranya mesin gerudi mudah alih mempunyai
tetapan kelajuan dan jika mesin gerudi mudah alih berwayar perlu pastikan wayar
disambung ke soket (plug) dan suis dihidupkan.

 SEMASA MENGGERUDI LUBANG

20

1) Pastikan posisi kedudukan betul dan selesa. Contohnya, berdiri tegak dan
memegang mesin gerudi mudah alih menggunakan kedua belah tangan dengan
kemas.

2) Mulakan aktiviti menggerudi lubang pada bahan seperti kayu sehingga mencapai
kedalaman yang diinginkan.

 SELEPAS MENGGERUDI LUBANG

21

1) Keluarkan mesin gerudi mudah alih daripada bahan tersebut.
2) Tekan butang merah pada bahagian kiri mesin gerudi mudah alih untuk membuka

dan mengeluarkan mata gerudi daripada kepala gerudi yang dipusing mengikut
arah lawan jam.
3) Mematikan mesin gerudi mudah alih atau menutup suis bagi mesin gerudi mudah
alih berwayar.

4) Kemudian,
membersihkan mata gerudi, mesin gerudi mudah alih dan bahan seperti kayu
menggunakan kain kering hingga bersih daripada habuk atau serpihan bahan
tersebut.

22

5) Memeriksa kedalaman lubang yang telah digerudi pada bahan.

6) Menyimpan mata gerudi seperti gerudi pintal ke dalam bekas yang sesuai kecuali
mesin gerudi mudah alih kerana akan digunakan untuk menggerudi skru pada
bahan nanti.

 SEBELUM MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN

23

1) Letakkan bahan seperti kayu pada ragum meja untuk diapit agar kayu tidak bergerak
semasa proses menggerudi.

2) Menghidupkan mesin gerudi mudah alih.
3) Memasang mata gerudi untuk menggerudi lubang pada kayu.

i. Pilih jenis dan saiz mata gerudi yang sesuai dengan skru untuk digerudi pada
bahan atau kayu seperti gerudi pipih (flat drill).

24

ii. Meletakkan mata gerudi ke bahagian kepala gerudi.
iii. Menekan butang merah disebelah kanan mesin gerudi mudah alih dengan tangan

kanan dan tangan kiri memegang kepala gerudi dan mengetatkannya mengikut
arah jam untuk memasang mata gerudi.
iv. Memastikan mata gerudi dipasang dengan baik dan ketat.
3) Memeriksa keadaan tetapan mesin gerudi mudah alih seperti bateri yang cukup dicas
dan tentukan kelajuan yang sesuai sekiranya mesin gerudi mudah alih mempunyai
tetapan kelajuan dan jika mesin gerudi mudah alih berwayar perlu pastikan wayar
disambung ke soket (plug) dan suis dihidupkan.

4) Memeriksa kedalaman lubang yang telah digerudi sebelum menggerudi skru ke dalam
bahan atau kayu tersebut.

25

 SEMASA MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN

1) Pastikan posisi kedudukan betul dan selesa. Contohnya, berdiri tegak dan
memegang mesin gerudi mudah alih menggunakan kedua belah tangan dengan
kemas.

2) Memasukkan skru ke dalam lubang bahan atau kayu.
3) Mulakan aktiviti menggerudi skru pada bahan seperti kayu sehingga skru ketat

pada bahan atau kayu tersebut.

26

4) Menggerudi skru sehingga kepala skru rapat dan rata atau selari dengan
permukaan bahan atau kayu.

 SELEPAS MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN
1) Angkat mesin gerudi mudah alih daripada skru yang telah terbenam ke dalam

bahan tersebut.

2) Tekan butang merah pada bahagian kiri mesin gerudi mudah alih untuk membuka
dan mengeluarkan mata gerudi daripada kepala gerudi yang dipusing mengikut
arah lawan jam.

3) Mematikan mesin gerudi mudah alih atau menutup suis bagi mesin gerudi mudah
alih berwayar.

27

4) Kemudian, membersihkan mata gerudi, mesin gerudi mudah alih dan bahan
seperti kayu menggunakan kain kering hingga bersih daripada habuk atau
serpihan bahan tersebut.

5) Memeriksa keadaan bahan yang telah diskru untuk memastikan ketat.

7) Menyimpan peralatan iaitu mesin gerudi tangan/mudah alih dan mata gerudi
seperti gerudi pipih ke dalam bekas yang sesuai.

3.4 FAKTOR KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN MESIN GERUDI
MUDAH ALIH

28

1) Membaca, memahami dan mempraktikkan cara-cara penggunaan yang betul
mengikut buku manual daripada pengilang agar mesin gerudi mudah alih tidak
disalahgunakan yang dapat mengundang bahaya atau rosak.

2) Gunakan kelajuan yang sesuai dan betul mengikut jenis-jenis bahan seperti
logam, kayu, aluminium dan lain-lain.

3) Mesin gerudi mudah alih perlu dikendalikan dengan berhati-hati seperti posisi

kedudukan yang betul dan kedua belah tangan memegang mesin gerudi mudah alih

agar terhindar daripada sebarang kemalangan semasa proses menggerudi

dilakukan.

4) Memastikan pakaian tidak terlalu rapat dengan mesin gerudi mudah alih agar tidak
termasuk di dalam mesin tersebut dan berputar sehingga menyebabkan kemalangan.

5) Memakai kasut bot keselamatan yang sesuai agar tidak mudah tergelincir dan
dapat mengelakkan kecederaan yang parah jika mesin gerudi mudah alih
terjatuh pada bahagian kaki.

6) Dilarang memberhentikan mesin gerudi mudah alih dengan tangan ketika
mesin tersebut masih berputar atau sedang menggerudi.

7) Menggunakan mata gerudi yang sesuai dengan jenis, kegunaan atau fungsi dan
ketebalan bahan yang hendak digerudi.

8) Perlu dielakkan menggerudi bahan atau kepingan kecil hanya memegang
dengan tangan kerana berisiko untuk berlaku kecederaan.

3.5 CARA PENYIMPANAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH

29

1) Mesin gerudi mudah alih perlu dibersihkan seperti lap dengan kain kering untuk
membersihkan kotoran atau habuk sebelum disimpan di dalam bekas atau kotak
penyimpanan.

2) Mata gerudi dan mesin gerudi mudah alih perlu disimpan ke dalam bekas yang
sesuai setiap kali selepas penggunaan agar peralatan tidak hilang dan terhindar
daripada risiko kerosakan.

3) Mata gerudi disusun di dalam bekas mengikut ruang yang disediakan bagi setiap
saiz dan jenis.

30

4) Bagi mesin gerudi mudah alih berwayar, perlu digulungkan wayar dan diikat rapi
agar kemas dan dapat disimpan di dalam ruangan khas yang disediakan pada
bekas penyimpanan.

5) Selepas kesemua peralatan lengkap di simpan di tempat asalnya, bekas
penyimpanan perlu ditutup rapat.

6) Bekas penyimpanan tidak boleh ditindih dengan barangan yang lebih berat
daripada bekas tersebut kerana berisiko mesin gerudi mudah alih retak, pecah,
rosak dan sebagainya.

3.5 PERBEZAAN MESIN GERUDI TEKAN JENIS MEJA DAN MESIN GERUDI
MUDAH ALIH

31

MESIN GERUDI TEKAN MESIN GERUDI
JENIS MEJA MUDAH ALIH

1. Sukar dialihkan. Tempat penggunaan 1. Mudah dibawa dan
senang diubah tempat.
2. Terikat kepada tempat
yang mempunyai 2. Bersifat fleksibel iaitu
permukaan mendatar boleh digunakan di
dan kukuh seperti atas meja, digunakan
meja. secara langsung di
dindin dan tempat
3. Tidak bersifat lain.
fleksibel yang boleh
berubah tempat 3. Tiada tempat
kegunaan seperti penggunaan yang
menggunakan di spesifik atau khas
dinding. kerana boleh diguna di
mana-mana sahaja.
4. Kebiasaannya
digunakan di bengkel
kayu atau perabot

1. Boleh menggerudi Kegunaan 1. Menggerudi lubang
bahan yang tebal iaitu kecil dan
melebihi 13mm. menggunakan kuasa
atau tenaga elektrik.
2. Sesuai untuk kerja-
kerja am. 2. Boleh digunakan
untuk kerja-kerja
ringan dan kerja-kerja
berat.

1. Mahal Kos 1. Murah dan berpatutan

32

1. Dilekatkan di meja. Tempat penyimpanan 1. Di dalam bekas
2. Tidak dialihkan untuk penyimpanan

disimpan. 2. Jimat ruang
3. Makan ruang

1. Lebih berat Berat 1. Lebih ringan daripada
berbanding mesin mesin gerudi tekan
gerudi mudah alih. jenis meja.

33

4.0 SESIKU L
4.1 PENGENALAN SESIKU L

 Panjang bilah sesiku L terdapat dalam pelbagai saiz.

 Kepelbagaian saiz tersebut digunakan untuk membuat garisan lurus yang tepat pada
ukuran yang berlainan
 Sesiku L juga dapat menguji kepersegian kayu
 Menguji kerataan permukaan kayu.

34

4.2 KEGUNAAN SESIKU L

Membuat garisan bersudut tepat

Menguji kepersegian kayu

Menentukan ketepatan sudut 90 darjah

Menguji kerataan kayu

35

4.3 CARA PENGGUNAAN SESIKU L BAGI MENGHASILKAN SUDUT 45 DAN
90 DARJAH

LANGKAH PENERANGAN

- Sudut 45 darjah digunakan pada sisi tengah sesikul L yang berada
di antara badan dan bilah atau pembarisnya.

- Selitkan badan sesiku L di hujung atau tepi kayu manakala
bahagian pembarisnya diletakkan atas permukaan kayu.

- Bina garisan sudut 45 darjah.

SUDUT 45
DARJAH

SUDUT 90 - Letakkan sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
DARJAH - Kemudian, rapatkan bahagian badan atau tonggak sesiku L ke

bahagian sisi benda kerja
- Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilengkapkan bagi

mendapatkan sudut tepat 90 darjah.
- Akhir sekali, gariskan menggunakan pensil untuk mendapatkan

garisan yang tepat.

36

4.4 FAKTOR KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN SESIKU L
1. Tidak membawa sesiku L atau peralatan bengkel yang lain secara berlari mahupun
bergurau senda bersama rakan-rakan.
2. Pastikan semasa menggunakan sesiku L, bilah hendaklah sentiasa menghala ke
hadapan dan pastikan tiada orang.

4.5 CARA PENYIMPANAN SESIKU L
1. Pastikan sesiku L disimpan secara tersusun bagi memudahkan pengambilan peralatan
dan dapat mengelakkan kemalangan (sekiranya dibiarkan berselerak).
2. Kembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

37

5.0 KERTAS PASIR

5.1 JENIS-JENIS KERTAS PASIR
1. Gunakan kertas pasir yang sesuai untuk projek yang hendak dilakukan. Kertas pasir
terdapat dalam pelbagai bahan. Setiap bahan berfungsi dengan baik mengikut
kesesuaian tertentu. Antara jenis kertas pasir adalah :
 Garnet – Garnet adalah kertas pasir semula jadi yang digunakan untuk meratakan
semua jenis kayu kosong. Garnet serba boleh, tetapi ia menjadi lebih pantas
berbanding dengan kertas pasir yang lain.
 Silicone Carbide – Silicone Carbide paling baik digunakan untuk menghaluskan
gabungan sendi (campuran tebal yang digunakan untuk melekatkan jahitan di
drywall) dan mengeluarkan bintik-bintik debu yang terperangkap di bawah
kemasan kayu anda.
 Aluminium Oxide – Aluminium Oxide dapat digunakan untuk mengasah kayu,
logam dan cat. Lebih kusam daripada silicone carbide tetapi tahan lebih lama.
 Seramik – Sebilangan besar digunakan untuk meratakan kuasa, seramik adalah
salah satu kertas pasir yang paling tahan lama dan mahal
 Alumina Zirkonia – Meratakan yang keras dan tahan lama. Gunakan alumina
zirconia jika anda menggunakan mesin dengan cakera atau tali pinggang.

38

2. Dapatkan kertas pasir dalam tiga gred yang berbeza. Kertas pasir terdapat dalam
tiga gred : kasar, sederhana dan halus. Gred kertas pasir diukur dalam ‘grit’.
Semakin tinggi kepingan kertas pasir, lebih halus akan menjadikan permukaan
yang digunakan.

 Kertas pasir gred kasar mempunyai grit 40 hingga 80. Kertas pasir 80 grit ini
cukup kasar melainkan jika mempunyai kecacatan ketara di permukaan yang
hendak diratakan.

 Kertas pasir gred sederhana mempunyai parut 100 hingga 150
 Kertas pasir kelas halus mempunyai grit 180 hingga 220. Kertas pasir 220 grit

mestilah cukup baik untuk sesuatu projek, tetapi terdapat pasir yang lebih tinggi
jika inginkan kemasan yang lebih halus.

39

5.2 CARA PENGGUNAAN KERTAS PASIR

LANGKAH PENERANGAN

Gunakan blok pengamplasan untuk hasil yang lebih baik dan cepat. Blok
pengamplasan ini adalah blok yang membungkus kertas pasir anda. Blok
pengamplasan boleh menjadi apa sahaja yang ada seperti bongkah kayu kecil
atau gabus. Lipat kertas pasir di sekitar blok pengamplasan tersebut, dengan
sisi kasar yang menghadap ke luar dan pasangkan atau lekatkan ke
tempatnya.

1

Mulakan dengan kertas pasir kasar untuk menghilangkan ketidaksempurnaan
yang jelas. Jangan gunakan kertas pasir yang sangat rendah di permukaan
kerja melainkan jika perlu.

 Contohnya, permukaan dengan kecacatan minimum tidak
memerlukan kertas pasir dengan 40 grit (sangat kasar) untuk
meratakan permukaan. Dalam situasi ini, boleh menggunakan kertas
pasir dengan 80 grit untuk memulakan. Simpan kertas pasir paling
kasar untuk permukaan dengan lekukan dan lebam yang besar.

2

40

Pegang kertas pasir anda di permukaan yang mahu diratakan. Beri tekanan
pada kepingan kertas pasir atau blok pengamplasan dengan tangan. Sekiranya
dilakukan secara berdiri, letakkan berat badan ke tangan dengan memegang
kertas pasir. Gunakan kedua-dua tangan untuk tekanan yang lebih banyak.

3

Jalankan kertas pasir di seluruh permukaan. Ketika meratakan permukaan
kayu, pastikan ratakan dengan dan bukan melawan biji-bijian. Biji kayu
adalah garis dan corak yang melaluinya.

 Contohnya jika meratakan permukaan meja kayu dan biji-bijian
mengalir dari bahagian depan meja ke sisi menghadap ke belakang,
pindahkan kertas pasir dar bahagian depan meja ke belakang dan
sebaliknya.

 Menggosok pada biji-bijian atau menggosok dengan gerakan bulat
akan menyebabkan calar yang tidak perlu di kayu tersebut.

4

41

Gerakkan kertas pasir ulang-alik dalam gerakan lurus. Beri tekanan pada
kertas pasir dengan tangan dan jangan angkat kertas pasir kecuali
memerlukan rehat. Secara beransur-ansur berjalan di seluruh permukaan
yang terbentang. Perhatikan timbunan habuk yang terkumpul.

 Jangan lupa bahagian tepi kayu. Apabila sampai di tepi permukaan,
berhenti dan luangkan sedikit masa untuk mengasah tepi dan sudut
kayu.

5

Kosongkan habuk terkumpul apabila selesai kerja. Jangan bimbang jika
6 masih ada goresan atau cacat pada permukaan yang digosok. Haluskan

bahagian tersebut dengan kertas pasir mengikut kelas yang kemudian.
Beralih ke kertas pasir kelas sederhana yang dipilih. Pasang pada blok kayu
untuk menggunakannya. Ulang langkah 4 hingga 6. Pastikan gosok pada
semua permukaan yang dikerjakan, termasuk bahagian tepi.

7

Selesaikan proses ini dengan kertas pasir kelas terbaik. Permukaan perlulah
licin, tanpa calar dan lekuk. Mulakan prosesnya semula. Mulakan dengan
8 kertas pasir kasar, jika masih ada calar atau tidak berpuas hati dengan
permukaan kayu tersebut.

5.3 FAKTOR KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN KERTAS PASIR

42

3. Memakai cermin mata keselamatan dan pelindung habuk jika bahan kerja
menghasilkan banyak habuk.

4. Menggosok kertas pasir kasar dalam 1 arah
5. Topeng muka harus dipakai untuk mengelakkan dari tersedut habuk

5.4 CARA PENYIMPANAN KERTAS PASIR
3. Memastikan kepingan kertas pasir rata, bebas lipatan dan teratur.
4. Menyimpan kertas pasir dalam folder fail, label dan gantung atau letak di kawasan
yang selamat.

6.0 TUKUL WARRINGTON

43

6.1 PENGENALAN TUKUL WARRINGTON

 Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
 Saiz tukul ditentukan oleh berat kepala tukul mengikut nombor. Contohnya 00 ke

12, saiz 2/3 dan beratnya 0.4kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.
 Bahagian kepala tukul dibuat daripada keluli keras manakala hulu diperbuat

daripada kayu liat.
 Ketukan ringan dan mengetuk paku kecil.

6.2 CARA PENGGUNAAN TUKUL WARRINGTON

 Rajah diatas menunjukkan cara penggunaan tukul warrington dengan betul.
 Pegangkan paku kecil pada bahagian hujung jari iaitu antara ibu jari dengan jari

telunjuk.
 Pegang 2/3 daripada kepala tukul untuk membantu memberikan kekuatan.
 Pin atau bahagian tirus tukul diketuk pada paku kecil, kemudian menggunakan muka

tukul untuk mengetuk paku.
 Jangan ketuk sampai habis paku kerana akan meninggalkan kesan ketukan tukul.
 Gunakan pembenam kpaku untuk memudahkan kepala paku masuk ke dalam

permukaan kayu.

44

6.3 FAKTOR KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN TUKUL
WARRINGTON
 Pastikan kepala tukul dan batang pemegang ketat sebelum melakukan kerja.
 Ketika proses mengetuk, pastikan tiada tindakan pada tangan atau pergelangan tangan.
Biarkan berat tukul yang melakukan kerja ketukan bagi mengelakkan pergelangan
tangan lenguh atau terseliuh.
 Mata perlu sentiasa fokus pada arah hayunan tukul dan kepala paku.
 Berhati-hati Ketika mengetuk untuk mengelakkan terkrtuk pada jari, meja kerja atau
permukaan produk.

6.4 CARA PENYIMPANAN TUKUL WARRINGTON
 Tukul perlu dibersihkan selepas menggunakannya.
 Tukul hendaklah disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur.
 Elakkan dari terkena air supaya tidak berkarat.

45

7.0 LATIHAN PENGUKUHAN MELALUI QUIZIZZ

46

47


Click to View FlipBook Version