The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan Pekerja ini adalah hak milik Nilai Jaya Education Sdn Bhd dan tertakluk kepada semua pekerja di bawah seliaannya.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NILAI JAYA EDUCATION SDN BHD, 2022-07-18 23:27:39

BUKU PANDUAN PEKERJA NILAI JAYA EDUCATION SDN BHD

Buku Panduan Pekerja ini adalah hak milik Nilai Jaya Education Sdn Bhd dan tertakluk kepada semua pekerja di bawah seliaannya.

BUKU PANDUAN PEKERJA

POLISI SYARIKAT

NILAI JAYA EDUCATION SDN BHD (1231242-U)
NO 7A, JALAN DAHLIA 6/1, NILAI IMPIAN, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
014-321 4999 (NILAI IMPIAN) | 018-910 4020 (SABAK BERNAM & SUNGAI BESAR)

E-mail: [email protected]

1

1. PENGENALAN
1.1 Penggunaan dan Tarikh Kuat Kuasa
1.2 Definisi
1.3 Apa itu Polisi Syarikat
1.4 Visi, Misi dan Objektif
1.5 Kategori Pekerja
1.6 Gred Pekerja

2. SURAT TAWARAN

3. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN JAWATAN

4. TAWARAN / PROMOSI

5. PEMBERHENTIAN PEKERJA

6. UMUR PERSARAAN

7. HARI KERJA DAN TEMPOH JAM BEKERJA
7.1 Operasi / Bukan Operasi
7.2 Lewat Hadir ke Pejabat
7.3 Elaun Insentif Kedatangan
7.4 Waktu Masuk dan Waktu Keluar

8. CUTI AM YANG DIWARTAKAN

9. CUTI
10.1 Cuti Tahunan
10.2 Cuti Sakit (MC)
10.3 Cuti Sakit Yang Berpanjangan
10.4 Cuti Bersalin
10.5 Cuti Bersalin Bapa
10.6 Cuti Ehsan
10.7 Cuti Kahwin
10.8 Cuti Tanpa Gaji
10.9 Cuti Separuh Hari
10.10 Cuti Ganti
10.11 Cuti Haji
10.12 Cuti Istimewa
10.13 Cuti Tidak Hadir Kerja (Ponteng Kerja)

10. PAMPASAN DAN FAEDAH

2

12.1 Gaji
12.2 Gaji Imbuhan
12.3 Gaji Pendahuluan (Salary Advanced)
12.4 Bonus
12.5 Sumbangan KWSP, PERKESO Dan SIP (Sistem Insurans Pekerja)
12.6 Cukai Pendapatan (Income tax)

11. TUNTUTAN PEKERJA, PEMBAYARAN BALIK DAN ELAUN
13.1 Mileage Pembayaran Balik (Reimbursement)
13.2 Lain-Lain Pengangkutan
13.3 Penginapan
13.4 Pemindaan / Elaun Dipinjamkan
13.5 Tuntutan Lain Untuk Outstation Atau Perjalanan Luar Negara
13.6 Elaun Tetap
13.7 Lain-Lain Tuntutan
13.8 Tuntutan Perbelanjaan
13.9 Pendahuluan Tunai Dan Pembayaran Balik

12. KELAKUAN, DISIPLIN DAN KECEKAPAN
17.1 Kod Etika
17.2 Etika Penampilan & Pemakaian
17.3 Hadiah
17.4 Lain-Lain Bagi Pekerja Sepenuh Masa
17.5 Rekod Sulit Dan Maklumat
17.6 Lokasi Dan Persekitaran Syarikat
17.7 Pemilikan & Copyright
17.8 Komunikasi Dengan Surat Khabar, Radio, Televisyen Atau Lain Media Massa
17.9 Ketidakcekapan Dalam Melaksanakan Tugas
17.10 Tambahan Polisi

13. TATACARA / TATATERTIB
18.1 Siasatan Permulaan
18.2 Surat Tunjuk Sebab
18.3 Kehadiran Pekerja Yang Tertuduh
18.4 Penggantungan Perkhidmatan
18.5 Hak Rayuan
18.6 Rujukan Kepada Pengarah
18.7 Keputusan Pengarah

14. KAJIAN SEMULA TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN

3

1. PENGENALAN

1.1 Penggunaan & Tarikh Kuat Kuasa

Buku Panduan Pekerja ini menetapkan syarat-syarat pekerjaan yang berkuat kuasa ke atas
pekerja Nilai Jaya Education Sdn Bhd yang bertempat di No 7A, Jalan Dahlia 6/1, Nilai Impian,
71800 Nilai, Negeri Sembilan dan anak-anak syarikat yang lain.

1.1.1. Nilai Jaya Education Sdn Bhd boleh menambah, memotong atau meminda mana-
mana syarat yang terkandung di dalam ini apabila dan dimana ia dianggap perlu
untuk mengikut kelaziman.

1.1.2. Buku Panduan Pekerja ini adalah hak milik Nilai Jaya Education Sdn Bhd dan
berkuat kuasa ke atas semua pekerja di Nilai Jaya Education Sdn Bhd dan di pejabat-
pejabat serantaunya.

1.1.3. Tarikh Buku Panduan Pekerja ini berkuat kuasa ialah pada 1hb Feb 2019 dan telah
dipinda untuk kali pertama pada Jun 2022, ia hendaklah kekal berkuat kuasa
sehingga disemak.

1.1.4. Buku Panduan Pekerja hendaklah ditadbir oleh Jabatan Sumber Manusia,
menerusi rundingan / rujukan dengan Jabatan Sumber Manusia dan pengurusan
tertinggi terdiri daripada Pengarah Urusan, Pengarah Kewangan, Pengarah Eksekutif
Operasi dan Pengarah Sumber Manusia.

1.1.5. Syarikat boleh meminda syarat-syarat yang terkandung di dalam Buku Panduan
Pekerja ini hanya selepas mendapat kelulusan daripada Pengarah Urusan.

1.1.6. Mana-mana perkara yang tidak diliputi oleh Buku Panduan Pekerja ini hendaklah
dikemukakan kepada Pengarah Sumber Manusia.

1.2 Definisi

1.2.1. Syarikat merujuk kepada Nilai Jaya Education Sdn Bhd secara bersama dan
syarikat-syarikat bersekutu.

1.2.2. Gaji merujuk kepada gaji atau upah pokok bulanan pekerja dan tidak termasuk
sebarang elaun, bayaran atau bonus.

1.2.3. Tahun atau Bulan merujuk kepada tahun kalendar atau bulan kalendar.

1.2.4. Pasangan merujuk kepada suami atau isteri pertama pekerja Nilai Jaya Education
Sdn Bhd yang sah di sisi undang-undang.

4

1.2.5. Ahli keluarga terdekat merujuk kepada pasangan, ibu, bapa, datuk atau nenek,
anak, cucu, adik-beradik.

1.2.6. Perkataan Jantina yang merujuk kepada lelaki juga termasuk perempuan.

1.2.7. Perkataan Penyelia dan Pegawai Atasan boleh ditukar ganti.

1.3 Apa itu Polisi Syarikat?

1.3.1. Polisi Syarikat adalah gambaran keseluruhan sesebuah syarikat merangkumi
polisi, faedah dan peraturan. Ianya bertujuan untuk membiasakan anda dengan
maklumat penting tentang syarikat serta menyediakan garis panduan untuk
pekerjaan anda di sesebuah syarikat dalam usaha memupuk kesedaran dari segi
keselamatan dan kesihatan dalam persekitaran di tempat kerja. Sila fahami dan
menjadikan ia sebagai satu rujukan anda sepanjang anda bekerja kerana ia
merupakan sebuah dokumen undang-undang syarikat sebelum anda
menandatangani kontrak setuju terima jawatan di syarikat ini.

1.3.2. Syarikat berusaha untuk menyediakan persekitaran individu pekerja yang harmoni
berorientasikan perkembangan syarikat yang berkembang maju untuk mencapai
matlamat lebih mencabar, bertujuan untuk memupuk pemikiran yang dinamik
dimana pekerja dan syarikat sama dapat berkembang seiring dengan perkembangan
teknologi yang berubah-ubah.

1.3.3. Nilai Jaya Education Sdn Bhd sentiasa berusaha untuk memupuk budaya tidak
pilih kasih dalam syarikat berasaskan sikap bertanggungjawab, kecemerlangan dan
saling hormat menghormati. Adalah menjadi dasar Nilai Jaya Education Sdn Bhd
untuk memberikan layanan adil dan tanpa prasangka kepada semua pekerja atau
kepada bakal pekerja.

1.3.4. Ia adalah garis panduan pada setiap situasi yang akan timbul di tempat kerja atau
untuk memberi maklumat dengan menjawab setiap soalan yang timbul berkaitan
prosedur di tempat kerja. Selain itu, dasar, amalan, dan manfaat yang dinyatakan
dalam Polisi Syarikat ini akan berubah dari semasa ke semasa kerana syarikat
mempunyai hak untuk mengubah suai, menambah, membatalkan, atau menyemak
semula mana-mana peruntukan yang ada dalam Polisi Syarikat ini sebagaimana yang
difikirkannya perlu atau yang sesuai dengannya tanpa perlu mengeluarkan notis
kepada anda.

5

Semua pekerja hendaklah mendapatkan penjelasan atau penerangan mengenai isi kandungan
dalam Buku Panduan Pekerja (Polisi Syarikat) ini daripada Jabatan Sumber Manusia.
Disahkan oleh,
(UMMUL HAFIZAH BINTI MOHAMAD FAUDZI)
Pengarah Urusan
Nilai Jaya Education Sdn Bhd

6

1.4 Visi Dan Misi

1.4.1 Visi

➢ Visi Anje
➢ Membentuk generasi pemimpin yang berwatakkan akhlak Al-Quran serta
mencintai Allah dan Rasulullah.
➢ Peneraju Pendidikan Al-Quran yang berinovatif dan menjadi pilihan utama ibu
bapa di Malaysia.

➢ Visi Pekerja
➢ Kami merupakan hamba Allah yang masuk ke syurga tanpa hisab. Kami gembira
bertemu Allah kerana kami telah menyambung dakwah Rasulullah dengan
kenalkan Allah dan Rasulullah kepada anak didik kami.

1.4.2 Misi

➢ Mendidik dengan menggunakan pendekatan fitrah iaitu mendidik dengan kasih sayang.
➢ Menerapkan Pendidikan Al-Quran di usia awal kanak-kanak.
➢ Menyediakan program yang berimpak tinggi dan sentiasa up to date dan mengikut

perkembangan atau keperluan semasa ibu bapa.
➢ Menyediakan sistem pengurusan yang tersusun dan sentiasa memantau perkembangan

pelajar.
➢ Menyediakan tempat pembelajaran yang selamat, cantik dan teratur.
➢ Berkolaborasi dengan tenaga kepakaran di luar supaya dapat menghasilkan pengurusan

yang cekap dan idea-idea yang segar.

1.4.3 Nilai Bersama

Nilai & Pembudayaan Sosial Nilai Jaya Education Sdn Bhd

1. Sentiasa membina hubungan yang terbuka dan jujur dalam komunikasi tanpa wujud
sebarang prasangka (Ask, Not Assume).

2. Sentiasa berfikiran kreatif, inovatif dan berbeza daripada biasa untuk sebarang aktiviti
atau majlis yang dirancangkan (Always Be Different, Creative, Innovative In Any Event).

3. Sentiasa belajar untuk perbaiki kekurangan diri setiap hari dan belajar daripada kesilapan
yang lepas melalui maklum balas atau respon yang diterima (Improve Ourselves Everyday,
Get Feedback).

4. Sentiasa saling menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain tanpa mengira
umur dan jawatan (Respect And Love Others, Lillahitaala).

5. Sentiasa menanamkan niat di dalam diri untuk mengajar dan bekerja kerana Allah (Work
For Allah, Only For The Sake of Allah).

7

1.5 Kategori Pekerja

1.5.1 Pelajar Latihan Industri (Internship) dan Latihan Semasa Bekerja (On Job Training)

1.5.1.1. Tempoh masa bagi Pelajar Latihan Industri (Internship) adalah bergantung
kepada tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak institusi.

1.5.1.2. Tempoh masa bagi Latihan Semasa Bekerja (On Job Training) adalah
bergantung kepada tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak institusi /
syarikat yang menghantar pelatih tersebut

1.5.1.3. Tawaran pekerjaan akan dikeluarkan sekiranya pelajar atau pelatih
memenuhi kriteria bagi jawatan yang ditawarkan di dalam syarikat.

1.5.1.4. Tempoh latihan akan berakhir mengikut tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh pihak institusi / syarikat.

1.5.2 Separuh Masa (Part Time)

Pekerja separuh masa bekerja apabila diperlukan oleh syarikat untuk kemahiran yang tertentu
atau pengalaman industri yang luas di dalam memperkembangkan industri atau mencapai
objektif syarikat.

1.5.3 Kontrak

Seorang pekerja yang diberi kontrak dengan tempoh yang dikehendaki oleh Syarikat, dimana
kontrak akan disemak semula untuk memberi peluang penerusan perkhidmatan, penamatan
atau tempoh tetap berdasarkan prestasi pekerja kontrak.

1.5.4 Percubaan

1.5.4.1. Semua pekerja dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama tiga (3)
bulan untuk penilaian dan penentuan prestasi pekerja.

1.5.4.2. Tempoh percubaan boleh dilanjutkan atau disingkatkan bergantung
kepada prestasi pekerja, penilaian yang dibuat oleh Penyelia dan disahkan oleh
pihak pengurusan syarikat.

1.5.4.3. Semua pekerja dalam tempoh percubaan atau lanjutan tempoh percubaan
akan dinilai menerusi proses penilaian prestasi yang akan dijalankan oleh
Penyelia.

1.5.4.4. Penyelia perlu menjelaskan serta dimaklumkan secara bertulis kepada

8

pekerja yang dilanjutkan tempoh percubaan tentang perkara serta kelemahan
pekerja yang perlu diperbaiki. Disamping itu, pekerja mesti memperbaiki diri
dalam perkara-perkara yang dinyatakan dalam tempoh masa tertentu.
Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pekerja diberhentikan kerja.

1.5.4.5. Selepas berjaya menjalani tempoh percubaan, surat pengesahan
pekerjaan akan dikeluarkan kepada pekerja oleh Jabatan Sumber Manusia.

1.5.5 Sepenuh Masa (Full Time)

Pekerja sepenuh masa adalah seorang pekerja yang diberikan tempoh bekerja sepenuh masa
oleh Syarikat dengan gaji kasar yang ditawarkan mengikut kriteria dan jawatan yang ditetapkan
oleh Syarikat.

1.6 Gred Pekerja

Gred yang ditetapkan bagi pekerja merangkumi dasar dan tatacara yang diterangkan dalam Buku

Panduan Pekerja ini.

- Pengerusi (Chairman)

Tahap 1 - Pengarah (Director)
- Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer)

- Pengurus Besar (General Manager)

Tahap 2 - Pengurus (Manager)
- Ketua Jabatan (Head Of Department)

Tahap 3 - Eksekutif (Executive)

Tahap 4 - Bukan Eksekutif (Non Executive)
Tahap 5
Tahap 6 - Percubaan (Probation)
- Kontrak

- Pelajar Latihan Industri / Latihan Semasa Bekerja

9

2. SURAT TAWARAN

Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan surat tawaran yang ditandatangani oleh Pegawai
(yang diberi kuasa) untuk pelantikan dalam jawatan.

Pekerja boleh diberhentikan secara serta-merta pada bila-bila masa selepas pelantikan jika
didapati memberikan kenyataan yang palsu atau pengisytiharan yang tidak benar di dalam
borang permohonan.

3. TEMPOH PERCUBAAN DAN PENGESAHAN JAWATAN

Semua pekerja baru yang dipilih untuk pekerjaan tetap hendaklah menjalani tempoh percubaan
selama tiga (3) bulan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipilih.
Tempoh percubaan hendaklah dikurangkan atau dilanjutkan atas budi bicara Syarikat bergantung
kepada prestasi dan tingkah laku pekerja. Tempoh lanjutan / kurang itu hendaklah dimaklumkan
kepada pekerja secara bertulis.

Selepas berjaya menamatkan tempoh percubaan dan pihak Syarikat berpuas hati dengan
prestasi yang ditunjuk dan menjalankan dengan baik tugas yang disandang. Pekerja itu
hendaklah disahkan dalam pekerjaan tetap. Pihak Syarikat akan memberi "Surat Pengesahan
Jawatan."
Setelah disahkan oleh pengurusan syarikat, jawatan seorang pekerja dalam syarikat akan berkuat
kuasa bermula dari tarikh pelantikan.

4. TAWARAN / PROMOSI

Dalam polisi syarikat, pekerja yang layak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat apabila
ada kekosongan atau wujud jawatan baru dicipta. Promosi pekerja adalah berdasarkan prestasi
kerja yang sesuai dengan deskripsi kerja masing-masing.

Pekerja yang dipilih oleh pengurusan untuk kenaikan pangkat adalah muktamad dan pekerja
akan diberitahu secara bertulis iaitu tawaran jawatan. Seorang pekerja yang dinaikkan pangkat
ke gred yang lebih tinggi akan melalui tempoh percubaan sehingga tiga (3) bulan.

Tempoh percubaan akan dilanjutkan / dikurangkan / ditolak mengikut budi bicara pengurusan.
Perubahan gaji, terma dan syarat perkhidmatan ke gred yang lebih tinggi berkuat kuasa dari
tarikh pekerja itu bermula pada promosi yang ditawarkan. Sekiranya pengurusan mendapati
pekerja tersebut tidak sesuai di gred yang lebih tinggi dalam tempoh percubaan, pekerja tersebut

10

akan kembali kepada bekas gred/jawatan lama dan menerima gaji/elaun pada gred jawatan
lamanya.

Dilampirkan tempoh percubaan kenaikan pangkat:-

Jawatan Tempoh Pecubaan Kenaikan Pangkat

Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif 3 bulan

Ketua Jabatan / Pengurus 2 bulan

Pegawai / Eksekutif 1 bulan

*Tempoh percubaan untuk setiap kenaikan pangkat adalah tertakluk kepada jabatan/ bahagian
masing-masing.

5. PEMBERHENTIAN PEKERJA

Seorang pekerja yang masih dalam tempoh kontrak/ percubaan, pihak pengurusan berhak
menamatkan kontrak percubaan tersebut pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis,
tempoh notis seperti yang ditetapkan oleh syarikat iaitu satu minggu atau bayar gaji seminggu
sebagai ganti notis tanpa memberi sebarang alasan.

Sekiranya seorang pekerja yang telah disahkan ke jawatan tetap, pihak pengurusan berhak
menamatkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis, tempoh notis
seperti yang ditetapkan oleh syarikat iaitu satu bulan atau bayar gaji sebulan sebagai ganti notis
tanpa memberi sebarang alasan.

5.1 Seorang pekerja akan ditamatkan pekerjaannya dalam keadaan seperti berikut:

5.1.1 Jika seseorang pekerja telah didapati oleh syarikat bersalah atas sebab berkhalwat, salah
laku atau kecuaian dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

5.1.2 Sekiranya seorang pekerja telah didapati melakukan apa-apa pelanggaran serius dalam
akta kontrak dibawah pelantikan beliau.

5.1.3 Jika seseorang pekerja telah membuat keuntungan kewangan atau menerima apa-apa
rasuah/ganjaran (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) daripada mana-mana
pihak diluar / dalam syarikat.

5.1.4 Jika seseorang pekerja itu didapati bertindak mencederakan pelanggan, pelajar atau
pekerja lain sama ada dari segi emosi atau fizikal.

11

5.1.5 Jika seseorang pekerja itu didapati terlibat dalam jenayah seperti mengedar dadah,
kecurian, pelacuran dan rompakan.

5.1.6 Jika seseorang pekerja itu mencuri, menipu atau ketidakjujuran secara berseorangan atau
pun secara berkumpulan

5.1.7 Jika seseorang pekerja sengaja merosakkan barangan atau harta benda milik syarikat atau
mencederakan pelanggan syarikat.

5.1.8 Jika seseorang pekerja memalsukan sijil pengesahan sakit yang dikeluarkan oleh doktor.

5.1.9 Jika seseorang pekerja mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menentang atau
membelakangkan syarikat.

5.1.10 Jika seseorang pekerja meluahkan ketidakpuasan hati di media sosial, memburukkan
syarikat atau ketua dengan niat.

5.1.11 Jika seseorang pekerja membuat posting di media sosial yang boleh menimbulkan syak
wasangka orang lain atau pelanggan terhadap syarikat dan ketua.

5.1.12 Jika pekerja telah melebihi 3 kali gagal hadir ke program utama syarikat tanpa surat atau
alasan kukuh yang dibenarkan.

5.1.13 Pekerja membuat perjumpaan rahsia atau kumpulan rahsia bersama pekerja lain/ bekas
pekerja/ pelangggan/ bekas pelanggan/ orang luar atas dasar niat yang mencurigakan
dan boleh mencetuskan fitnah kepada syarikat.

5.2 Seseorang pekerja yang berhasrat untuk berhenti atau menamatkan perkhidmatan
hendaklah mengemukakan notis "Surat Perletakan Jawatan" kepada Sumber Manusia (HR)
dengan pengesahan dari penyelia masing-masing bagi tempoh seperti dibawah:

Jawatan Tempoh Permohonan Perletakan Jawatan
Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif 3 bulan (atas budi bicara)
Ketua Jabatan / Pengurus 2 bulan (atas budi bicara)
Pekerja 1 bulan
Pekerja (belum diserapkan / disahkan) 1 minggu / 2 minggu (untuk pengurus)

12

5.3 Sekiranya pekerja meletakkan notis berhenti/ perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam
kepada Penyelia atau Jabatan Sumber Manusia, serta gagal mematuhi tempoh notis yang
telah ditetapkan oleh pihak syarikat, maka gaji pada bulan tersebut tidak akan dibayar.

5.4 Pekerja itu hendaklah memulangkan semua harta yang diberikan oleh Syarikat kepada beliau
pada hari terakhir pekerja, pihak Syarikat mempunyai hak untuk meminta pekerja untuk
mengganti atau membayar balik kos apa-apa harta yang hilang atau rosak. Ketua Jabatan dan
penyelia dikehendaki untuk memastikan bahawa kakitangan yang meletakkan jawatan/
ditamatkan jawatannya haruslah menyerahkan fail yang mengandungi huraian kerja, kunci
pejabat, kad pekerja, maklumat peribadi syarikat dan lain-lain dokumen yang berkaitan
kepada Ketua Jabatan Sumber Manusia.

5.5 Seseorang pekerja hendaklah disifatkan telah ditamatkan pekerjaannya dalam Syarikat jika
dia telah berterusan tidak hadir kerja selama/ lebih daripada dua (2) hari berturut-turut
tanpa alasan yang munasabah kerana tidak hadir atau tidak memaklumkan atau tidak
memberitahu Jabatan Sumber Manusia atau Penyelia akan ketidakhadiran beliau.

6. UMUR PERSARAAN

Umur persaraan bagi pekerja lelaki ialah enam puluh (60) tahun dan pekerja wanita enam puluh
(60) tahun. Penyambungan kontrak kerja bagi seorang pekerja selepas umur persaraannya
adalah pada budi bicara Syarikat. Terma-terma dan syarat-syarat penyambungan itu akan
ditentukan berdasarkan kepada prestasi dan hal keadaan jika perlu.

7. HARI KERJA DAN TEMPOH JAM BEKERJA

Waktu kerja rasmi Nilai Jaya Education Sdn Bhd adalah :-

7.1 Pekerja Operasi / Bukan Operasi

Isnin – Jumaat (Operasi) : 7:00 am – 6.30 pm
8:00 am – 5.30 pm
Isnin – Jumaat (Bukan Operasi) : 8.00 am – 12.00 pm
2.00 pm – 3.30 pm
Sabtu (Sekiranya perlu) : 1.00 pm – 2.00 pm

Waktu rehat (Operasi) :

Waktu rehat (Bukan Operasi) :

Pada petang Jumaat, kakitangan Muslim lelaki dibenarkan untuk pergi untuk Solat Jumaat pada
pukul 12.30 tengahari dan kembali bekerja pada pukul 2.15 petang. Pengurusan perlu
mengelakkan operasi perniagaan berlaku pada waktu ini.

13

7.2 Lewat Hadir ke Pejabat
Satu (1) minit dikira lewat. Datang awal adalah digalakkan, pulang lewat adalah pilihan (tidak
digalakkan jika tiada kerja yang perlu disiapkan). Penalti akan dikenakan sekiranya hadir lewat ke
pejabat:

KIRAAN LEWAT POTONGAN GAJI*
1 minit = RM0.50

*Tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan.
7.3 Waktu Masuk / Waktu Keluar
Semua kakitangan dikehendaki Clock-in setiap kali mereka datang di dalam group whatsapp
(Staff Attendance). Seorang pekerja dianggap tidak hadir kerja jika dia tidak berbuat demikian.
Pekerja yang gagal clock-in pada waktu yang telah ditetapkan iaitu waktu 7.00 pagi /8.00 pagi,
penalti akan dikenakan dan dikumpul untuk tempoh sebulan tersebut.
Setengah hari cuti tahunan akan ditolak daripada rekod cuti jika seorang pekerja gagal untuk
clock-in pada hari bekerja tersebut. Sekiranya seorang pekerja telah habis cuti tahunannya, maka
gaji separuh hari akan ditolak daripada gaji bulanan pada bulan tersebut bagi menggantikan cuti
yang sepatutnya ditolak.
*Tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan.

14

8. CUTI AM YANG DIWARTAKAN

Syarikat mematuhi semua Cuti Umum diluluskan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan
Kerajaan-kerajaan. Syarikat mempunyai hak untuk mengisytiharkan cuti tambahan bertepatan
dengan mana-mana persetujuan ramai cuti dan cuti tambahan itu boleh ditolak daripada cuti
tahunan pekerja. Dalam kes di mana pekerja itu masih tidak memperoleh cuti tahunan atau telah
menghabiskan kesemua cutinya cuti yang diperolehi ia akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.
Cuti am yang dipilih oleh syarikat adalah sebanyak 14 hari cuti iaitu termasuk lima (5) hari yang
wajib:-

8.1 Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri

8.2 Hari Malaysia

8.3 Hari Merdeka Cuti Wajib

8.4 Hari Pekerja

8.5 Hari Keputeraan Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

8.6 Hari Raya Puasa (2 hari)

8.7 Tahun Baru Cina

8.8 Hari Raya Aidiladha (2 hari)

8.9 Israk Mikraj Cuti Pilihan

8.10 Awal Muharam (Maal Hijrah)

8.11 Maulidur Rasul

8.12 Hari Krismas

9. CUTI

9.1 Cuti tahunan

Pekerja berhak mendapat cuti tahunan sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pelantikan
jawatan. Sekiranya tidak dinyatakan dalam Surat Pelantikan jawatan, kelayakan adalah seperti
berikut:

Bil. CUTI TAHUNAN
JAWATAN
1-2 TAHUN 2- 5 TAHUN LEBIH 5 TAHUN

1 Pengerusi / Pengarah / Ketua Pegawai 14 Hari 16 Hari 18 Hari

Eksekutif / Pengurus Besar

2 Ketua Jabatan / Pengurus 10 Hari 14 Hari 16 Hari

3 Eksekutif / Bukan Eksekutif 8 Hari 12 Hari 14 Hari

4 Percubaan / Pelajar Latihan Industri / - - -

Latihan Semasa Bekerja

15

9.1.1 Kakitangan kontrak layak mendapat minimum lapan (8) hari cuti tahunan bagi setiap
tahun kontrak.

9.1.2 Semua permohonan cuti tahunan perlu dikemukakan 1 minggu sebelum memohon cuti.
Kegagalan untuk merancang lebih awal dan memohon untuk mendapatkan kebenaran
dalam masa yang singkat akan menyebabkan permohonan cuti ditolak. Kebenaran
memohon cuti kecemasan mesti diluluskan oleh pengurusan sebelum mengambil cuti.

Setiap kakitangan yang mengambil cuti kecemasan perlu terlebih dahulu memaklumkan
kepada Pengurus di jabatan masing-masing atau kepada Sumber Manusia. Semua cuti
kecemasan akan ditolak dari cuti tahunan tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan
syarikat.

9.1.3 Kakitangan, jika boleh, elakkan memohon cuti semasa waktu yang sibuk yang
memerlukan semua kakitangan terlibat. Jika cuti tersebut benar-benar perlu dipohon,
kakitangan perlu memastikan bahawa tugas anda digantikan dengan kakitangan yang
sesuai dan diluluskan oleh Pengurus Jabatan / Sumber Manusia.

9.1.4 Kelayakan cuti tahunan perlu diambil semasa dalam tahun kelayakan. Walau
bagaimanapun, jika cuti tahunan tidak dapat dihabiskan dalam tahun kelayakan, baki cuti
itu boleh dibawa ke tahun berikutnya (maksimum 3 hari) tertakluk secara bertulis
permohonan oleh pekerja dengan kelulusan Pengurus/ Jabatan Sumber Manusia.

9.1.5 Baki cuti tahunan anda boleh dibawa ke hadapan hanya akan sah sehingga suku pertama
tahun berikutnya (Januari - Mac). Bayaran sebagai ganti cuti tidak akan dilayan sekiranya
anda tidak berjaya menghabiskan baki cuti tersebut.

9.1.6 Seseorang pekerja yang meletakkan jawatan dari Syarikat berhak untuk menolak cuti
tahunan dikira atas dasar pro-rata yang hendaklah digunakan dalam ganti notis, tertakluk
kepada kelulusan Syarikat.

9.1.7 Hari Sabtu dianggap sebagai hari bekerja biasa untuk tujuan menghitung cuti tahunan.

9.1.8 Cuti tahunan adalah hak syarikat dan syarikat berhak untuk menarik balik pekerja dari
kebenaran atau membatalkan permohonan cuti mereka, jika perkhidmatan mereka
diperlukan segera.

9.1.9 Kakitangan yang belum disahkan perkhidmatan, hanya dibenarkan untuk menuntut cuti
tahunan selepas dua (2) bulan perkhidmatan.

16

9.2 Cuti Sakit (MC)

9.2.1 Cuti sakit yang diberikan kebenaran dari doktor yang diiktiraf.
Jumlah cuti sakit yang dibayar mengikut tempoh sepanjang perkhidmatan seperti dilampiran.

Tempoh Perkhidmatan Maksimum cuti sakit yang berbayar (Gaji)

Bawah 2 tahun 14
2-5 tahun 18
5 Tahun ke atas 22

9.2.2 Cuti apabila dimasukkan ke hospital. Maksimum enam puluh (60) hari bekerja termasuk
cuti sakit yang tidak dimasukkan ke hospital.

9.2.3 Dengan syarat bahawa jika seseorang pekerja itu disahkan oleh doktor yang diiktiraf /
berdaftar atau pegawai perubatan kerajaan jika pekerja yang sakit ke hospital tetapi tidak
dimasukkan ke mana-mana wad atas sebab kekurangan kemudahan hospital walau apa
pun pekerja itu hendaklah disifatkan untuk dimasukkan ke hospital.

9.2.4 Cuti sakit yang melebihi dari kelayakan mengikut tempoh perkhidmatan dikira tidak
berbayar (cuti tanpa gaji). Cuti sakit yang tidak digunakan dalam tahun kelayakan tidak
boleh dikumpul.

9.2.5 Seorang pekerja dikehendaki mengemukakan borang permohonan cuti dan menyertakan
bersama surat cuti sakit yang asli pada hari bekerja berikutnya. Kegagalan mengemukakan
akan menyebabkan cuti sakit tersebut dianggap sebagai cuti tanpa gaji/ tidak hadir dan
tindakan tatatertib boleh diambil.

9.2.6 Seseorang pekerja yang tidak hadir kerja kerana cuti sakit dan tidak memaklumkan
kepada Syarikat dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari tarikh keluar sijil cuti sakit
disifatkan tidak hadir kerja tanpa kebenaran Syarikat dan tanpa alasan yang munasabah
untuk hari-hari dimana dia tidak hadir bekerja dan akan dikenakan tindakan disiplin.

9.2.7 Sebarang cuti sakit selama 3 hari berturut-turut hendaklah dikeluarkan dari klinik
kerajaan / hospital sahaja dan bukan dari klinik swasta.

9.2.8 Sebarang cuti sakit yang diambil dari klinik luar 20km dari kawasan tempat tinggal/

17

kawasan tempat kerja, tidak akan diterima.

9.3 Cuti Sakit Yang Berpanjangan

9.3.1 Dalam kes-kes ini dimana apabila doktor berdaftar atau pihak berkuasa hospital atau
pengamal perubatan yang dilantik oleh syarikat mengesahkan bahawa seorang pekerja
didapati untuk bercuti akibat sakit berpanjangan yang disebabkan oleh penyakit batuk
kering, kanser, leukemia atau mana-mana penyakit lain/ penyakit semula jadi yang
berpanjangan atau akibat kemalangan dalam perjalanan kerja (pergi dan balik dari
tempat kerja), Syarikat hendaklah, pada budi bicara mutlaknya memberikan faedah
sepatutnya kepada pekerja yang tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang
berterusan dengan Syarikat yang sama, berikut adalah faedah yang akan diterima:

Tempoh Cuti Faedah
3 (bulan) pertama Bayar Penuh
6 (bulan) kemudian dan berturut-turut Bayar Separuh
12 (bulan) kemudian dan berturut-turut Tanpa Bayaran

9.3.2 Faedah atas tidak terpakai bagi pekerja yang layak untuk pampasan atau faedah daripada
mana-mana badan berkanun yang diiktiraf semasa cuti panjang (contohnya PERKESO dan
lain-lain).

Walau bagaimanapun, Syarikat akan mendahulukan wang kepada pekerja-pekerja yang
terlibat semasa menunggu tempoh bagi pampasan daripada badan-badan tersebut.
Pendahuluan wang akan dibayar balik kepada Syarikat apabila pekerja mendapat
manfaat/pampasan daripada badan-badan yang berkaitan.

9.3.3 Pekerja berkenaan akan diberikan surat/sijil yang bersesuaian daripada doktor yang
merawat yang berdaftar/dilantik oleh syarikat atau hospital kerajaan sebelum dia
dibenarkan untuk kembali bekerja.

9.3.4 Syarikat tidak akan mengambil kira perubatan perjalanan keluar/masuk pekerja selepas
bulan ke-9 tempoh cuti sakit yang berpanjangan sekiranya pekerja itu diisytiharkan "tidak
layak untuk bertugas" oleh panel doktor yang dilantik oleh syarikat pada masa itu.

9.4 Cuti Bersalin

9.4.1 Seorang kakitangan wanita berhak mendapat cuti bersalin bergaji penuh selama enam
puluh (60) hari yang akan bermula pada tarikh seperti yang disyorkan oleh doktor
perubatan atau pihak berkuasa kerajaan.

18

9.4.2 Seorang pekerja wanita tidak berhak mendapat cuti bersalin bergaji jika pada masa
bersalin; dia mempunyai lima (5) atau lebih bilangan anak yang masih hidup (kanak-
kanak).

9.4.3 Cuti bersalin tidak akan bermula lebih awal daripada satu (1) bulan sebelum tarikh
jangkaan bersalin atau lewat daripada satu hari selepas kelahiran kanak- kanak itu.

9.4.4 Pekerja yang mendapat manfaat cuti bersalin ini perlu berkhidmat sekurang-kurangnya
18 bulan dari tarikh mendapat pengesahan jawatan.

9.4.5 Jika ahli kakitangan wanita menghadapi sebarang keguguran, abortive atau kelahiran pra
matang semasa bulan pertama dua puluh lapan minggu kehamilan, ia tidak akan
dianggap sebagai cuti bersalin tetapi seperti biasa cuti sakit atau cuti hospital.

9.4.6 Wanita yang mengalami keguguran sebelum minggu ke-28 kehamilan tidak akan
dianggap sebagai bersalin tetapi sebagai sakit biasa.

9.4.7 Kakitangan wanita yang ingin memohon early leave bersalin hendaklah mengemukan kan
surat dari doktor perubatan maternity, tempoh maksima early leave adalah 14 hari
beserta surat sokongan doktor perubatan maternity, jika gagal melampirkan, kakitangan
wanita tersebut dikira cuti tanpa gaji.

9.4.8 Sekiranya kakitangan wanita yang telah mengambil cuti bersalin berhasrat untuk berhenti
meletakkan notis 24 jam pada hari terakhir tempoh cuti bersalin, disebabkan oleh faktor
keluarga dan lain-lain faktor, bayaran gaji untuk bulan tersebut berhak untuk ditarik
semula atau tidak akan dibayar.

9.5 Cuti Bersalin Bapa

9.5.1 Bagi seorang kakitangan lelaki, syarikat akan memberi cuti isteri bersalin berbayar selama
tiga (3) hari dari tarikh kelahiran anak itu sehingga tanggungan anak ke-5 yang masih
hidup.

9.5.2 Bukti dokumen bagi menyokong kebenaran itu hendaklah dikemukakan tidak lewat
daripada 5 hari bekerja setelah kembali bertugas.

9.6 Cuti Ehsan

Selain cuti tahunan, pekerja hendaklah diberi cuti bergaji tidak melebihi tiga (2) hari bekerja di
mana-mana dalam tahun kalendar.

9.6.1 Jika berlaku kematian ahli keluarga terdekat (yakni suami atau isteri, anak dan ibu bapa,
ibu bapa mertua, adik-beradik sahaja).

19

9.6.2 Jika berlaku bencana alam yang memberi kesan kepada pekerja atau ahli-ahli
keluarganya, atau hartanya.

9.6.3 Kakitangan perlu memberitahu melalui telefon untuk memaklumkan kepada Penyelia
atau Jabatan Sumber Manusia dalam tempoh dua puluh empat (24) jam bermulanya
kejadian itu, jika tidak, dia akan dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.

9.6.4 Jika permohonan cuti ehsan tidak diluluskan, cuti hendaklah ditolak daripada kelayakan
cuti tahunan pekerja/baki cuti umum, jika tempoh cuti kelayakan cuti tahunan pekerja
telah habis digunakan, cuti itu akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.

9.6.5 Kakitangan yang terdiri dari Pegawai Pemasaran yang dikehendaki untuk pergi ke luar
negara atas sebab urusan kerja, cuti ehsan akan dipertimbangkan oleh Pengarah Syarikat.

9.6.6 Setelah kembali bertugas pekerja tersebut hendaklah mengemukakan dokumen sebagai
bukti seperti sijil cuti sakit, dokumen dari hospital atau polis atau lain- lain dokumen yang
bersesuaian sebagai bukti sokongan permohonan kepada Jabatan Sumber Manusia.

9.7 Cuti Kahwin
9.7.1 Seorang kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan boleh diberikan dua (2) hari cuti

berbayar bagi majlis perkahwinan yang pertama.
9.7.2 Cuti mesti dipohon satu (1) minggu sebelum tarikh perkahwinan dan hanya pekerja tetap

sahaja layak memohon.

9.8 Cuti Tanpa Gaji

9.8.1 Bukanlah menjadi dasar Syarikat untuk memberi cuti tanpa gaji kepada pekerja
melainkan jika ia tidak dapat dielakkan.

9.8.2 Pekerja tidak digalakkan untuk memohon cuti tanpa gaji oleh kerana syarikat telah
menyediakan cuti yang berbayar, walau bagaimanapun ia boleh digunakan atas sebab hal
peribadi atau setelah kehabisan cuti tahunan.

9.8.3 Hanya kakitangan yang disahkan ke dalam jawatan berhak dipertimbangkan untuk cuti
tanpa gaji.

20

9.9 Cuti Separuh Hari

Anda dibenarkan untuk memohon cuti separuh hari tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

masing-masing. Masa untuk masuk/ masa untuk keluar untuk setengah hari cuti adalah seperti

berikut:

Waktu Kadar

Cuti Pagi (am) Masa masuk pukul 1.00pm

Cuti Petang (pm) Masa keluar pukul 1.00pm

9.10 Cuti Ganti

Tiada cuti gantian untuk kakitangan yang menghadiri latihan/seminar yang berbayar sekiranya
jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, ia tertakluk atas budi bicara pihak syarikat.

9.11 Cuti Haji

Seorang pekerja Muslim yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun dengan
Syarikat akan diberikan maksimum tiga puluh (30) hari berturut-turut cuti berbayar menunaikan
Haji, tertakluk kepada kelulusan Pengarah. Tetapi mereka tidak akan layak untuk mendapat
kelayakan cuti tahunan biasa bagi tahun itu. Cuti Haji boleh diberikan hanya sekali dalam
perkhidmatan pekerja dengan Syarikat.

9.12 Cuti Istimewa

Kebenaran khas, mengikut budi bicara Pengarah, hendaklah diberikan pada malam mana-mana
perayaan-perayaan agama / Cuti Umum berikut:

 Malam sebelum Hari Raya Puasa
 Malam sebelum Ramadhan
 Malam sebelum Raya Haji (AidilAdha)

9.13 Cuti Tidak Hadir Kerja (Ponteng Kerja)

Syarikat memandang serius terhadap pekerja yang tidak hadir tanpa terlebih dahulu
mendapatkan kelulusan cuti. Pekerja akan bertanggungjawab ke atas tindakan disiplin serta-
merta jika mereka tidak hadir tanpa kebenaran terlebih dahulu dan tidak memberitahu atau
cuba memberitahu Syarikat akan ketiadaan mereka.

21

10. PEMINDAHAN / PERTUKARAN
Pemindahan / pertukaran kakitangan dalam Syarikat boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat
peluang pekerjaan yang sesuai. Permintaan seorang pekerja untuk pemindahan akan tertakluk
kepada kelulusan pihak pengurusan Syarikat. Walau apapun, Syarikat hendaklah dalam budi
bicaranya, menyerahkan tugasnya kepada pekerja kedua ke bahagiannya bagi menggantikan
jawatannya serta mengambil tugas-tugas tambahan yang lain.
11. PAMPASAN DAN FAEDAH
11.1 Gaji
Maklumat tangga gaji dikawal, Terdapat pelbagai tangga gaji bagi kakitangan untuk setiap
peringkat bagi mencerminkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan bidang pengkhususan.
Julat gaji akan dikaji semula setiap tahun untuk menggambarkan perubahan keadaan ekonomi,
faktor-faktor pasaran, keuntungan dan lain-lain keadaan. Gaji akan dibayar terus ke dalam akaun
bank anda antara 1-7 hari bulan.
11.2 Gaji Imbuhan
Selepas pengesahan kedalam jawatan kakitangan tidak mendapat kenaikan gaji, kenaikan gaji
akan dikaji semula pada setiap tahun mengikut bulan bermula anda menyertai Syarikat. Penilaian
ini berdasarkan kepada prestasi kakitangan dan pencapaian, keputusan syarikat, ekonomi dan
keadaan keuntungan syarikat. Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang tertentu Syarikat akan
mewajarkan kenaikan gaji yang lebih tinggi untuk pekerja yang telah menunjukkan prestasi yang
amat baik. Keputusan ini adalah di atas budi bicara pengurusan Syarikat. Semua keputusan
berkaitan dengan kenaikan gaji adalah muktamad dan tidak boleh dirunding.

22

11.3 Gaji Pendahuluan (Salary Advanced)
11.3.1 Gaji Pendahuluan untuk Perayaan Utama

Jika perayaan utama jatuh sebelum 1 hari bulan, tidak ada gaji akan dibayar lebih awal daripada
hari gaji biasa.

11.3.2 Gaji Pendahuluan atas Belas Kasihan

Ia bukan satu amalan biasa untuk ahli kakitangan untuk meminta terlebih dahulu gaji. Walau
bagaimanapun, bagi keluarga atau sebab-sebab perubatan, seseorang pekerja dibenarkan
memohon pendahuluan gaji yang akan dibayar balik melalui potongan gaji bulanan. Semua
permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan keputusan terletak pada pengurusan Syarikat
untuk pertimbangan dan kelulusan.
Permohonan gaji pendahuluan tidak boleh lebih 50% daripada amaun gaji pokok yang telah
ditetapkan untuk satu-satu masa.

11.4 Bonus

Bonus tahunan dibayar kepada setiap pekerja adalah berdasarkan kepada keuntungan / Prestasi
syarikat dalam tahun itu dan pada budi bicara mutlak Pengarah Urusan.

11.5 Sumbangan KWSP dan PERKESO

11.5.1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Syarikat dan pekerja hendaklah membuat caruman
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut kadar semasa yang telah ditetapkan
oleh jabatan buruh seperti berikut:-

Majikan - 13% daripada gaji
Pekerja - 11% daripada gaji

11.5.2 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Di bawah Akta Keselamatan Sosial 1965, pekerja berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan dan
pekerja yang berpendapatan lebih daripada RM2,000 hendaklah mencarum kepada PERKESO.

11.5.3 Sistem Insuran Pekerja ( SIP)

23

Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah daripada 0.2% syer majikan dan 0.2%
syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan
2017. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.
(Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan mereka yang bekerja sendiri).

11.6 Cukai Pendapatan (Income tax)

Potongan bulanan daripada gaji akan dibuat mengikut undang-undang garis panduan daripada
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Butiran boleh diperolehi dari Unit Gaji Jabatan Sumber
Manusia. Tertakluk kepada pekerja yang layak untuk mengisytiharkan cukai tahunan mereka
kepada LHDN.

12. TUNTUTAN PEKERJA, PEMBAYARAN BALIK DAN ELAUN

12.1 Mileage Pembayaran Balik (Reimbursement)

Pekerja yang diberi kuasa untuk melakukan perjalanan dengan kenderaan mereka sendiri pada
urusan rasmi syarikat akan menuntut kadar km seperti berikut:

Kereta : RM0.30 per km

Motosikal : RM0.15 per km

(Tol dan parking boleh dituntut)

Hanya perjalanan melebihi kadar 40km/ hari sahaja boleh menuntut kadar tersebut seperti di
atas. Jika kurang, pekerja tidak layak untuk membuat tuntutan. Tuntutan juga boleh dibuat untuk
sekali perjalanan sahaja.

12.2 Lain-lain Pengangkutan

Pekerja yang menggunakan dengan cara pengangkutan lain selain menggunakan kenderaan
sendiri atas urusan rasmi syarikat layak menuntut bayaran balik untuk perkara berikut:

12.2.1 Semua perjalanan udara mesti berada di kelas ekonomi.

12.2.2 Semua perjalanan kereta api harus berada di kelas 2.

12.2.3 Lain – lain Pengangkutan Awam (teksi, bas, LRT dan lain-lain). Tuntutan Kos Penuh
(munasabah) akan dibayar balik.

24

12.3 Elaun Tetap

Elaun tetap diperuntukkan bagi jawatan tertentu di dalam Syarikat. Elaun ini walau
bagaimanapun, tidak diberikan secara tetap kerana atas budi bicara pengurusan Syarikat untuk
menentukan elaun tetap yang layak diberi kepada pekerja yang tertentu.

Berikut adalah elaun tetap bagi jawatan-jawatan tertentu dalam Syarikat:

Jawatan Elaun
Pengerusi / Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif Sulit & Persendirian
Pengurus Syarikat
Ketua Jabatan / Pengurus

Elaun ini akan dibayar sebagai elaun tambahan kepada gaji pekerja dan tidak termasuk dalam
gaji tetap bulanan. Pengurusan mempunyai hak untuk membuat perubahan / perubahan kepada
elaun yang diberikan pada bila-bila masa. Keputusan ini adalah atas budi bicara Pengurus.

12.4 Lain-Lain Tuntutan

12.4.1 Denda untuk semua kesalahan berkaitan trafik dan kemalangan perlu ditanggung oleh
pekerja sendiri, sekiranya kesalahan dilakukan oleh pekerja (tertakluk atas budi bicara
syarikat).

12.4.2 Pembayaran balik untuk perbelanjaan kos iklan lain (contohnya hiburan, fotografi, dan
lain-lain) akan dilakukan pada setiap bulan dengan syarat kos yang diluluskan oleh
Ketua Jabatan masing-masing dan Pengurus.

Tiada perbelanjaan akan dibayar balik jika seseorang pekerja membuat hal hiburan peribadi
bersama kakitangan lain tanpa kebenaran terlebih dahulu dari pihak pengurusan Syarikat.

12.5 Tuntutan perbelanjaan

Dalam sesetengah keadaan, anda dikehendaki melaksanakan tugas lebih dan di luar pada kerja
'normal' waktu bekerja. Atas kelulusan ketua jabatan. Semua tuntutan perbelanjaan hendaklah
dikemukakan kepada unit akaun pada setiap 15 hari bulan dan semua tuntutan perbelanjaan
perlu disahkan oleh Penyelia masing / Ketua Jabatan.

12.6 Pendahuluan Tunai dan Pembayaran Balik

12.6.1 Pekerja yang diperlukan untuk perjalanan luar kawasan atau di luar negara pada urusan
syarikat rasmi atau menghadiri kursus latihan rasmi hendaklah memohon secara bertulis
bagi pendahuluan tunai berdasarkan tempoh anggaran perjalanan dan sara hidup kadar
bayaran balik yang berkaitan atas budi bicara Syarikat. Permintaan pendahuluan tunai

25

hendaklah dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh berlepas.

12.6.2 Perbelanjaan guna duit sendiri akan dibayar sepenuhnya oleh pihak pengurusan dalam
tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pekerja itu kembali kepada bekerja, setiap
pekerja dikehendaki menyediakan tuntutannya sebaik sahaja dia kembali bekerja.

12.6.3 Setiap pekerja tidak boleh melebihi 2 wang pendahuluan diberikan kepadanya pada satu-
satu masa.

12.6.4 Semua lain-lain tuntutan pembayaran balik yang diluluskan juga hendaklah dikemukakan
kepada unit kewangan pada tiap 7 hari bulan yang berikutnya selepas bulan perbelanjaan
yang ditanggung.

13. KELAKUAN, DISIPLIN DAN KECEKAPAN

13.1 Kod Etika

Syarikat mengkehendaki semua pekerja untuk mendisplinkan diri mereka dengan cara
memberikan pencapaian yang akan dinilai oleh Syarikat pada setiap masa seperti menepati masa
dan kehadiran, melakukan kerja harian yang konsisten, mematuhi arahan dari ketua jabatan,
bekerja dalam suasana harmoni dengan rakan-rakan sejawat dan sentiasa prihatin terhadap
keselamatan diri sendiri dan keselamatan pekerja lain. Mengekalkan standard yang tinggi kualiti
dalam prestasi kerja dan diri untuk mencapai produktiviti yang disasarkan.

13.1.1 Sebagai pekerja

➢ Anda hendaklah pada setiap masa menjadi tim yang memberikan kesetiaan yang tidak
berbelah bahagi dan komitmen yang tinggi kepada Syarikat.

➢ Anda tidak boleh membawa masalah luar atau masalah peribadi ke tempat kerja yang
mungkin akan menjejaskan tugas rasmi anda.

➢ Anda tidak boleh membabitkan Syarikat ke dalam pertikaian masalah peribadi anda.

➢ Anda tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara yang semunasabahnya boleh
ditafsirkan sebagai kekurangan kecekapan.

➢ Anda hendaklah jujur dan tidak berkelakuan mencurigakan atau tidak jujur terhadap
Syarikat.

➢ Anda tidak boleh berkelakuan dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

26

➢ Anda tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai satu
tindakan ketidakpatuhan.

➢ Anda hendaklah menyimpan rahsia semua transaksi, akaun, maklumat berurusan, urusan
perniagaan yang melibatkan Syarikat dan/ atau mana-mana syarikat lain bahawa Syarikat
akan berurusan dengannya.

➢ Anda hendaklah berpakaian dengan cara yang rapi/ sopan dan formal agar tidak
menjejaskan imej Syarikat atau mempengaruhi pekerja lain.

➢ Sebarang pelanggaran Peraturan melebihi 3 kali berturut-turut ini boleh menyebabkan
pekerja berisiko dikenakan Pemecatan serta-merta.

13.2 Etika Penampilan & Pemakaian

Syarikat menetapkan semua kakitangan hendaklah berpakaian formal ke pejabat iaitu pakaian
formal dan kemas kecuali apabila diberitahu oleh pihak pengurusan untuk berpakaian kasual.

13.3 Lain-Lain Bagi Pekerja Sepenuh Masa

Tiada pekerja boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat, menjalankan pekerjaan dengan
syarikat lain. Pekerja tidak dibenarkan untuk berkhidmat sebagai Pengarah atau pekerja yang
dibayar oleh Syarikat lain. Peraturan ini terpakai pada setiap masa, walaupun seorang pekerja
sedang bercuti tahunan. Kebenaran juga diperlukan sebelum pekerja mengambil kerja luar tanpa
gaji secara sukarela yang melibatkan individu dalam mana-mana tugas pada waktu pejabat.

13.4 Rekod Sulit dan Maklumat

Kakitangan tidak boleh berbincang, mendedahkan atau membuka, pada bila-bila masa semasa
anda berkhidmat dengan Syarikat atau tidak berkhidmat lagi iaitu apa-apa rahsia perdagangan,
urus niaga atau maklumat atau berkaitan dengan perdagangan Syarikat yang anda ketahui atau
milikan dalam simpanan anda semasa mengikuti latihan pekerja yang dianjur syarikat (seperti
bahan kuliah, bahan-bahan kursus dan lain-lain) adalah hak cipta oleh Syarikat dan tidak boleh
diterbitkan atau disalin dalam apa-apa cara sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada Pengurus Syarikat.

13.5 Lokasi dan Persekitaran Syarikat

Kakitangan yang tidak berkhidmat lagi dengan Syarikat tidak dibenarkan menghampiri lokasi
syarikat dan atau menghampiri kakitangan Syarikat yang masih berkhidmat selama 3 bulan
berturut-turut iaitu jarak sehingga 500m dari lokasi Syarikat. Sekiranya pihak atasan Syarikat
mendapati kakitangan yang masih berkhidmat dengan Syarikat berjumpa, berbual dan atau

27

membawa ke pejabat kakitangan yang tidak berkhidmat lagi, pihak atasan Syarikat berhak
mengambil tindakan undang-undang dan atau memberhentikan serta-merta.

13.6 Pemilikan & Copyright

Semua bahan-bahan dalam bentuk berikut; nota kursus, buku, slaid, perisian, karya seni, reka
bentuk, sistem, dan lain-lain di mana sebagai bahan tidak lengkap yang dihasilkan semasa
menjalankan tugas sama ada berasal dari tugasan kerja hakiki atau tugasan syarikat khas akan
kekal sebagai hak syarikat dan disimpan dengan sulit, dan pekerja perlu menyerahkan semua
bahan selepas meninggalkan organisasi.

13.7 Ketidakcekapan Dalam Melaksanakan Tugas

Sekiranya Syarikat menganggap pekerja gagal untuk melaksanakan tugas rutinnya dengan cekap,
surat amaran akan diberi selepas siasatan wajar dijalankan kepadanya. Selepas tiga amaran
bertulis telah dikeluarkan pada tempoh tidak kurang daripada tiga bulan/dalam tempoh tidak
lebih daripada dua tahun, Syarikat berhak untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja
atau alternatif untuk menahan mana-mana kenaikan yang pekerja tersebut layak.

13.8 Tambahan Polisi

Dilarang melakukan perkongsian di media sosial (posting) yang boleh mendatangkan kesan
negatif kepada syarikat.

14. TATACARA/ TATATERTIB

14.1 Siasatan Permulaan

Sekiranya seorang pekerja didapati melakukan pelanggaran disiplin atau ketidaksopanan atau
salah laku dalam menjalankan tugas rasminya atau menerima rasuah atau menerima hadiah
(melebihi had yang dibenarkan oleh Syarikat) atau berkelakuan menghina syarikat di khalayak,
maka suatu siasatan permulaan hendaklah diadakan oleh Pengurus syarikat, atau mana-mana
pegawai lain yang diwakilkan oleh syarikat, yang akan mengeluarkan suatu rekod bertulis atas
tindakan tersebut.

14.2 Surat Tunjuk Sebab

Sekiranya seorang pekerja didapati bersalah melanggar peraturan seperti kesalahan yang
dinyatakan sebelum ini, surat tunjuk sebab akan diberikan. Pekerja yang telah menerima surat
tunjuk sebab hendaklah memberi penjelasan kepada majikan dengan memberikan alasan yang
munasabah bagi mengelakkan dikenakan tindakan sekanjutnya.

28

14.3 Kehadiran Pekerja Yang Tertuduh

Pekerja tertuduh akan hadir selepas siasatan didapati dan atas budi bicara pengurus atau mana
mana pegawai yang dilantik tertuduh dibenarkan untuk memberi penjelasan membela dirinya
boleh disertakan bersama saksi. Dan pihak pengurusan syarikat akan membuat secara bertulis
untuk mendakwa pertuduhan terhadapnya, masa, tarikh dan lokasi dimana siasatan dijalankan,
dalam setiap apa-apa kes pihak syarikat akan memaklumkan kepada pekerja secara bertulis yang
rasmi.

14.4 Penggantungan Perkhidmatan

Pengurus atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa olehnya hendaklah menggantung
pekerja sebelum atau selepas siasatan telah dijalankan dan didapati bersalah, pekerja tersebut
hendaklah diberitahu mengenai penggantungannya.

Bagi tujuan siasatan, Syarikat akan menggantung pekerja bagi tempoh tidak melebihi dua minggu
di mana dia akan dibayar separuh daripada gaji sahaja.

Dengan syarat bahawa jika siasatan itu tidak mendedahkan apa-apa salah laku pada Pekerja yang
dituduh Syarikat akan mengembalikan gaji pokok penuh semasa dalam pergantungan itu.

Seseorang pekerja yang telah digantung daripada tugas rutinnya hendaklah mengembalikan apa-
apa harta syarikat yang ada dalam simpanannya semasa tempoh penggantungan.

14.5 Hak Rayuan

Seorang pekerja yang menghadapi apa-apa tindakan tatatertib yang telah diperuntukkan di
dalam peraturan polisi pekerja, dia mempunyai hak untuk merayu kepada pengarah syarikat
sebelum memberi keputusan akhir.

14.6 Rujukan Kepada Pengarah

Pada pengakhiran apa-apa siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa, mereka hendaklah
mengemukakan rekod siasatan dan bukti penemuan kepada pengarahsyarikat untuk keputusan.

14.7 Keputusan Pengarah

Bergantung kepada jenis ketidakcekapan itu, seperti salah laku disiplin, kecuaian, kelalaian, dan
sebagainya, Syarikat akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerja yang berkenaan
seperti berikut:-

14.7.1 Memberinya amaran secara lisan atau bertulis.

29

14.7.2 Menggantung daripada kerja rutinnya tanpa gaji untuk tempoh yang akan ditetapkan
oleh Pengarah.

14.7.3 Menahan kenaikan gaji bagi tempoh yang akan ditetapkan oleh Pengarah.
14.7.4 Menghentikan pembayaran bonus yang diisytiharkan seperti bonus tahunan, bonus

keuntungan syarikat.
14.7.5 Memecat pekerja itu dengan satu bulan notis atau membayar sebagai ganti notis.
14.7.6 Menempatkan dia pada gaji yang lebih rendah atau menurunkan pangkatnya atau secara

terus memecatnya sekiranya berlaku pecah amanah atau lain-lain kesalahan yang serius.
15. KAJIAN SEMULA TERMA DAN SYARAT PEKERJAAN
Terma dan Syarat yang terkandung di dalam polisi pekerja ini akan dipinda dari semasa ke
semasa oleh pengarah dan pihak pengurusan tertinggi.

30

SURAT AKU JANJI

Saya, ______________________________________No. KadPengenalan,
dengan sesungguhnya, berjanji bahawa saya akan mematuhi polisi syarikat yang telah
diperjelaskan dalam buku panduan pekerja ini, dan menjaga akta kerahsiaan yang mana segala
maklumat yang terkandung dalam buku ini adalah sulit dan persendirian selagi mana status saya
sebagai kakitangan yang berkhidmat dalam syarikat ini. Maka dengan ini, saya:
i. Memahami segala kandungan yang telah dinyatakan dalam buku panduan ini.
ii. Mematuhi segala polisi yang terkandung dalam buku panduan ini.
Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kesalahan kerana telah melanggar POLISI
yang termaktub dalam buku panduan pekerja ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib
mengikut peraturan yang telah dipersetujui berdasarkan budi bicara dan keputusan pihak
pengurusan Syarikat Nilai Jaya Education Sdn Bhd.

Tandatangan Pekerja,
____________________
Nama :
K/P :
Tarikh :

Pengesahan Pengarah,

(UMMUL HAFIZAH BINTI MOHAMAD FAUDZI)
Pengarah Urusan
Nilai Jaya Education Sdn Bhd

31


Click to View FlipBook Version