E-FOLIO
MPU23042: NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
SAINS DAN TEKNOLOGI:-
Cabaran, Kesan Terhadap Remaja Dan Cara Mengatasinya
NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK
YU ZHONG HAN 25 DEE 19 F 1048
25 DEE 19 F 1056
KHOGULAN A/L THANABALAN 25 DET 19 F 1098
MICHEALISTER MORRIS JAMES 25 DEE 19 F 1046
NYAN SIMON PETER
SESI : JUN 2020
NAMA PENSYARAH: ASMAH BINTI AWANG
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. PENGENALAN 1-3
2. PENGHARGAAN 4-5
3. DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI 6
4. OBJEKTIF 7
5. KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI 8-9
6. CABARAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN GADGET 10-12
7. KEBAIKAN PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI 13-14
8. KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI 15-18
9. KESAN BURUK SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA 19-22
REMAJA
10. KAEDAH MEMBENDUNG PERMASALAHAN DARI 23-25
PENGARUH SAINS DAN TEKNOLOGI
11. KESIMPULAN 26
12. LAMPIRAN 27
13. RUJUKAN 28
1. PENGENALAN
Pada era globalisasi ini, kita sedar bahawa semakin lama dunia
semakin moden, bukan seperti zaman dahulu dimana kita melakukan
kerja kita lebih susah berbanding sekarang. Contohnya, dahulu sebelum
zaman teknologi, nenek moyang kita selalu berurusan secara surat
mengurat, dan pada zaman kini, kitab oleh menggunakan e-mel, aplikasi
whtsapp dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, jika dibandingkan zaman dahulu dan zaman
sekarang, zaman dahulu iaitu zaman nenek moyang kita, kemudahan dan
teknologi tidaklah canggih seperti sekarang, dimana pengaruh sosial
tidaklah seperti zaman sekarang, kerana dahulu sebelum teknologi seperti
telefon pintar dan alat-alat canggih yang lain dicipta, semua kerja-kerja
dilakukan secara sendiri tanpa mengharapkan sebarang bantuan daripada
teknologi mahupun telefon pintar, oleh sebab itu jika kita perhatikan
nenek moyang kita yang berumur 50 dan keatas mereka masih melakukan
beberapa kerja menggunakan cara lama, dan mereka sangat rajin
terutamanya membersihkan rumah dan berkebun.
Seperti yang kita sedia maklum, manusia zaman sekarang tidaklah
seperti orang-orang di zaman dahulu, dimana orang zaman kini banyak
bergantung kepada teknologi kini kerana teknologi dapat memudahkan
kehidupan seharian kita, banyak perkara yang pada zaman dahulu susah
dan kini berkali janda lebih senang. Bukan itu sahaja, dengan adanya
teknologi canggih seperti telefon pintar, kita dapat menikmati sosial
media mana sahaja kita berada.
1
Walaubagaimanapun, setiap pembaharuan dan kenaikkan tarap
kemudahan di dunia, pasti ada baik dan buruk. Seperti yang kita sudah
sedia maklum bahawa kemodenan dunia telah menyebabkan manusia
lebih senang untuk meneroka serta mengetahui dan mempelajari banyak
benda dari sosial media pada usia yang muda. Seterusnya, memang kita
setuju dengan kewujudan teknologi yang memodenkan kehidupan kita,
tetapi keburukan juga ada, antaranya kanak-kanak lebih cepat mengetahui
dan meneroka tentang gejala yang negative di sosial media. Antaranya
adalah, filem porno yang meroksakkan fikiran akal manusia, apabila
kanak-kanak terdedah dengan perkara seperti ini, otak mereka akan
tercemar dengan perkara negative dan mungkin akan mencuba perkara
tersebut.
Bukan itu sahaja, dengan kemodenan sosial media yang sangat
berkuasa ini, ia boleh mempengaruhi remaja, kanak-kanak juga orang
dewasa neagara kita untuk mengikuti tren-tren di negara barat, walaupun
kita sudah merdeka , tetapi kita masih dijajah dari segi sosial media yang
mempengaruhi hidup kita dengan mengikuti tren orang barat.
Akhir sekali, sosial media mempunyai kebaikkan seperti tempat untuk
kita mempromosikan produk-produk yang kita jual, ramai peniaga telah
berjaya menaikkatkan perniagaan mereka kerana adanya kemudahan
sosial media. Justeru, melalui sosial media juga kita dapat mengetahui
tentang perkara yang berlaku di seluruh dunia, contohnya pendamik yang
sedang menyerang dunia kita ini, kita dapat mengetahui cara untuk
menegelakkan dijangkiti dan mengetahui simptom-simptom virus
tersebut agar kita boleh melakukan tindakan yang segera apabila terkena
virus ini.
2
Oleh itu, kita dapat mengetahui bahawa sosial media adalah sangat
penting dan mempunyai banyak kebaikkan juga keburukan, semua itu
terpulang kepada diri sendiri bagaimana kita hendak menggunakan sosial
media. Kesimpulannya, kita patutlah bersyukur kerana dengan adanya
sosial media, kita lebih berfikiran terbuka dan senang untuk mencari serta
menambah ilmu penyetahuan kita.
3
2. PENGHARGAAN
Saya dan ahli kumpulan saya sangat bersyukur, terutamanya kepada
tuhan keran dengan izin tuhan kami dapat menyiapkan tugasan e-folio
yang telah diberikan oleh pensyarah kami, tanpa izin hutan kami mungkin
akan mengalami banyak halangan dan boleh menyebabkan kerja ini
tertangguh.
Selain itu, saya dan kumpulan saya juga amat bersyukur dan
berterima kasih atas bantuan dan bimbingan yang diberikan oleh
pensyarah kami iaitu yang dihormati Puan Asmah yang teleh
membimbing kami dengan baik selama ini, juga telah menerangkan cara
untuk membuat e-folio yang terbaik, tanpa adanya bantuan dan
bimbingan daripada beliau, kerja kami tidak akan siap dan kemungkinan
besar akan salah menggunakan format.
Seterusnya, kami juga berterima kasih kepada ibu bapa kami yang
telah banyak memberi dorongan dan semangat sepanjang pengajian kami
yang berbentuk alam maya, tanpa adanya dorongan dan semangat yang
diberikan oleh ibu bapa, kerja e-folio ini tidak berjaya disiapkan dalam
masa yang lama. Bukan itu sahaja, kami juga berterima kasih kepada
rakan yang banyak membantu kami, walaupun tidak berada di kumpulan
yang sama, mereka tetap memberi kerjasama dan bantuan dari segi cara
membuat e-folio ini dan memberi idea yang diperlukan, bagi mendapat
lebih banyak ini untuk tugasan tersebut.
Akhir sekali, saya juga amat berterima kasih dan bersyukur kepada
rakan sekumpulan saya yang telah memberi kerjasama yang banyak
sehingga menggadaikan masa tidur mereka untuk mencari maklumat
tentang e-folio ini, tanpa kerjasama, perasaan tidak puas hati akan muncul
4
kerana tidak mempunyai kerjasama yang baik, serta dapat menjajaskan
tugasan ini.
5
3. DEFINISI SAINS DAN TEKNOLOGI
Sains yang asalnya dari bahasa latin, iaitu scio, scire, dan scientia
membawa maksud pengetahuan.
Dikaitkan dengan kefahaman atau fenomena baharu yang boleh
diguna pakai dalam pengajian atau kehidupan manusia seharian.
Sains dilihat sebagai satu ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui
kajian, pengalaman atau ilham yang boleh dibuktikan kesahihannya
mengenai apa jua perkara yang hidup atau tidak di seluruh alam
semesta ini.
Dilihat sebagai pengaplikasian ilmu sains atau apa jua ilmu secara
sistematik yang dapat membawa perubahan atau kemudahan kepada
alam sejagat.
Didefinisikan sebagai suatu aspek penghasilan sains yang sifatnya
memudahkan sesuatu dan sekiranya perkara itu dilakukan dengan niat
yang baik serta digunakan dengan betul maka kesejahteraan hidup
manusia akan terbina (Baba, 2006).
6
4. OBJEKTIF
Untuk mengetahui kebaikkn dan keburukan sain dan teknologi
Untuk mengetahui sumbangan sains dan teknologi kepada dunia kita
zaman ini
Untuk memahami carbaran dan cara mengatasi masalah penyalah
gunaan sain dan teknonolgi
Saya dan rakan sekumpulan saya telah memilih tajuk 6 iaitu sains dan
teknologi cabaran, kesan terhadap remaja dan cara mentagasinya. Kami
telag melakukan beberapa pencarian melalui laman sesawang,
bagi ,emcari isi untuk diletakkan ke dalam e-folio kami agar, e-folio kami
mempunyai isi yang diperlukan bagi tugasan dan tajuk yang kami pilih.
Selain itu, dengan bantuan lamann sesawng kami dapat mengenal pasti
cabaran dan kesan terhadap rema serta cara mengatasinya apabila
menggunakan sains dan teknologi dengan salah.
7
5. KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Manusia mempunyai naluri dan keinginan untuk mempertingkatkan
taraf hidup. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah
membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi, pelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk
memudahkan kerja manusia. Kerja-kerja harian seperti membasuh
pakaian dan ketuhar gelombang mikro. Peralatan ini juga dapat
menjimatkan masa kerana proses yang dilakukan lebih cepat.
Selain itu, tahap kesihatan manusia juga dapat dipertingkatkan. Hal
ini demikian kerana, kemajuan sains dan teknologi membolehkan
pakar-pakar perubatan dapat menghasilkkan ubat-ubatan yang lebih
berkesan. Sebagai contoh, pada tahun ini di negara luar pihak perbadanan
kesihatan yang bertanggungjawab telah menghasilkan satu vaksin bagi
mencegah jangkitan virus berbahaya iaitu Corona Virus(Covid-19).
Seterusnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah
mencipta alatan canggih yang sedang diguna pakai oleh seluruh hospital
di Malaysia. Contoh alatan tersebut seperti mesin untuk merawat pesakit,
mesin bedah, mesin oksigen dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, malah KKM juga telah mencipta alat penyembur
pelbagai penyakit yang berbahaya pada masa kini seperti menyembur
racun nyamuk Aedes yang membawa penyakit demam denggi dan alat
penyembur vaksin pencegah Covid-19 yang telah melanda dunia pada
tahun ini. Bukan itu sahaja, perkembangan sains dan teknologi juga telah
membantu meningkatkan hasil produktiviti sekitar perindustrian dan
perdagangan. Penciptaan jentera canggih dan robot-robot dapat
menggantikan tenaga manusia, hal ini demikian kerana, jentera, robot
8
mahupun mesin yang diciptakan terbukti melakukan kerja dengan lebih
pantas dan mempunyai kos biayaan yang rendah. Hal ini sekaligus boleh
meningkatkan ekonomi dan pendapatan individu mahupun negara.
Seterusnya, kemajuan dalam bidang sains dan teknologi juga
memudahkan urusan penyimpanan data. Komputer digunakan meluas
dalam sektor perbankan untuk memudahkan urusan penyimpanan dan
pengeluaran wang. Kemudahan mesin juruwang automatik yang
disediakan oleh pihak bank pula memudahkan pelangan berurusan
selepas waktu pejabat.
Bak kata peribahasa “sudah terang lagi bersuluh”, jelaslah bahawa
sains dan teknologi banyak memberikan sumbangan untuk memudahkan
urusan harian manusia, di samping meningkatkan taraf hidup manusia.
Justeru, boleh meningkatkan kemajuan, ekonomi dan pendapatan negara.
9
6. CABARAN REMAJA DALAM PENGGUNAAN GADGET
Di dalam era masyarakat yang sentiasa mengejar pembangunan untuk
merealisasikan impian ke arah kehidupan lebih moden, Internet telah
mencetuskan gelombang perubahan dalam proses sosialisasi dan
kehidupan masyarakat. Perubahan ini termasuklah perubahan terhadap
gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat yang
secara tidak langsung turut memberi kesan dan menjadi cabaran terhadap
pemikiran, ideologi dan budaya tanpa batasan sempadan serta kawalan.
Selain itu, cabaran remaja dalam penggunaan gadget yang pertama
ialah ketagihan seks siber. Golongan belia khususnya gemar dan telah
menjadi hamba seks siber sehingga amalan melayari laman-laman web
yang berunsur negatif telah menjadi satu tabiat yang negatif. Hal ini
memberikan cabaran yang amat besar terutama sekali pihak kerajaan
kerana golongan belia merupakan golongan yang akan mewarisi dan
mengambil alih pembangunan negara. Pelayaran web negatif ini akan
merencatkan perkembangan minda dan fizikal belia. Menurut responden
yang ditemu bual, golongan belia sering terjebak dan dipengaruhi rakan
sebaya mereka untuk menonton video-video atau gambar lucah yang
banyak tersebar di laman web.
Apabila menonton atau melihat web yang berunsur negatif ini,
golongan belia akan terpengaruh dan secara tidak langsung akan
mengadaptasikannya ke alam realiti. Oleh itu, gejala sosial seperti
merogol, meragut, permainan dan perjudian online semakin giat berlaku.
Tambahan lagi, ketaksuban terhadap laman web negatif ini akan
menyebabkan kejatuhan akhlak, keruntuhan maruah, nilai keprihatinan
dan lebih terdorong kepada jenayah seksualiti. Laman web negatif ini
10
mudah diakses oleh semua orang terutama golongan remaja dan belia ini
memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup belia.
Dengan itu, hal ini menjadikan cabaran buat Malaysia dalam
mewujudkan kesedaran sosial terhadap golongan belia.
Bukan itu sahaja, cabaran remaja dalam penggunaan gadget yang
kedua ialah medium penyebaran dakyah jahat. Media sosial juga telah
dijadikan sebagai medium penyebaran dakyah jahat sehingga
menyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat, memberi
maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu dan mewujudkan satu
sentimen perkauman bagi masyarakat berbilang kaum, memburukan imej
negara serta pemimpin dan cubaan untuk meruntuhkan sesebuah kerajaan.
Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom
seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'.
Di samping itu, cabaran remaja dalam penggunaan gadget yang ketiga
ialah aktiviti perjudian. Aktiviti perjudian ini sangat mudah untuk
mempengaruhi golongan belia. Berdasarkan temu bual, golongan belia
gemar mengunjungi pusat-pusat Internet yang menyediakan pelbagai
perkhidmatan penggunaan Internet. Namun begitu, ada antara pusat
Internet yang menyalahgunakan premis mereka dengan menawarkan
pusat perjudian kepada pengunjung. Permainan video yang berasaskan
judi banyak disediakan dan perkara ini menarik minat remaja dan belia
untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Perkara ini sedikit sebanyak
memberi cabaran kepada golongan belia kerana sudah terang-terangan
lagi judi adalah suatu perbuatan yang salah dan haram. Perkara ini
memberikan cabaran kepada pemimpin negara dalam mentadbir negara
serta membanteras gejala judi dalam kalangan belia.
11
Akhir sekali, cabaran remaja dalam penggunaan gadget yang keempat
ialah masalah kesihatan. Pengguna tegar internet juga lebih cenderung
untuk menjadi obesiti akibat ketagihan layari laman web sosial dan
permainan komputer. Hal ini disebabkan kerana pengguna tidak lagi suka
bergerak atau bersenam sebaliknya sanggup makan di depan komputer.
Lebih memburukkan keadaan, waktu makan juga tidak diendahkan.
12
7. KEBAIKAN PERKEMBANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Perkembangan sains dan teknologi yang maju akan memberi
kemudahan dan kehidupan yang maju kepada manusia. Menurut laman
web
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-blog/contoh-karangan-keb
aikan-perkembangan-sains-dan-teknologi-kepada-manusia,
perkembangan sains dan teknologi merujuk perubahan dalam penghasilan
alat-alat yang memudahkan kehidupan manusia. Produk seperti kereta,
komputer, televisyen, dan telefon bimbit menjadi bukti perkembangan
sains dan teknologi tersebut. Sesungguhnya, kemajuan dalam bidang ini
mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia.
Faedah yang paling ketara terhasil menerusi sains dan teknologi
adalah memudahkan urusan manusia di pejabat. Pengenalan sistem online
memudahkan jabatan kerajaan dan swasta berkomunikasi di antara satu
sama lain. Impaknya, teknologi ini menjimatkan penggunaan kertas
kerana urusan surat-menurat diganti dengan komunikasi menerusi sistem
online tersebut. Selain itu, sains dan teknologi turut memudahkan
komunikasi atau perhubungan sesama manusia. Penggunaan internet
membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di pelosok dunis ini
menerusi satu sentuhan jari sahaja. Perkara ini boleh merapatkan
hubungan di antara ahli keluarga, sahabta, dan kenalan kerana kosnya
yang begitu murah.
13
Tambahan pula, sektor pendidikan turut menerima tempias
pengenalan sains dan teknologi tersebut. Penggunaan komputer
menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih menarik
serta efisien. Lantaran itu, para pelajara akan lebih mudah dan cepat
memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru mereka. Seterusnya, sains
dan teknologi turut membantu kehidupan suri rumah menjadi lebih
mudah dan teratur. Penciptaan pelbagai jenis mesin dapat menggantikan
tenaga wanita dalam menguruskan rumah tangga mereka. Sebagai contoh,
penggunaan mesin basuh, periuk elektrik, dan pengisar makanan. Maka,
bebanan yang dipikul sebagai suri rumah akan berkurangan dan
kehidupan seharian mereka menjadi lebih menarik.
Kesimpulannya, sains dan teknologi membawa seribu satu kesan
positif kepada manusia. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang
melihat teknologi dan sains sebagai suatu perkara yang menjadikan
manusia semakin malas. Bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai
berubah yang menyaksikan kehidupan manusia bakal ditentukan oleh
penghasilan sains dan teknologi yang sentiasa berubah. Oleh itu, setiap
lapisan masyarakat hendaklah menggunakan kemajuan sains dan
teknologi yang ada dengan sebaiknya.
14
8. KEBURUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah
dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan
kehidupan. Kemajuan sains dan teknologi tidak boleh dinafikan. Terdapat
juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai
kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang
kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan
mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains
dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan
masyarakat sejagat. Walau bagaimana pun sains dan teknologi
mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam
sekitar mahupun sosial.
Selepas itu, sebagai contoh keburukan teknologi dan media masa
terhadap individu yang pertama ialah Membantutkan Perkembangan
Sosial. Pemasalahan ini boleh terjadi apa bila kanak-kanak didedahkan
dengan permainan digital tanpa pengawasan dan kawalan. Kanak-kanak
ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan
tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk
mengetahui apakah penghujung permainan tersebut. Mereka boleh
ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan
kanak-kanak yang sepatutnya dicapai.
Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka
hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan
mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri
sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negative ini tidak sewajarnya ada
15
dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer
juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak
dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan
masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi
impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan
dewasa kelak.
Selain itu, sebagai contoh keburukan teknologi dan media masa
terhadap individu yang kedua ialah jenayah. Perkembangan teknologi
juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti
kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam ,
pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat
berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan
teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi
mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi
juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah.
Contohnya, penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan
juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan
oleh penjenayah.
Bukan itu sahaja, sebagai contoh keburukan teknologi dan media
masa terhadap individu yang ketiga ialah kurang pergaulan. Pelbagai
jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya
pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya
berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh mengurangkan
kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul
dengan masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif
kepada individu tersebut. Perkembangan teknologi juga boleh
16
melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi
apabila masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing
tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat
masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu
selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat
komukasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.
Di samping itu, sebagai contoh keburukan teknologi dan media masa
terhadap individu yang ketiga ialah menjejaskan kesihatan. Pada masa
kini terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan.
Pernahkah kita terfikir, adakah makanan dalam tin selamat untuk
dimakan? Apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan
lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi
makanan seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh
menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas.
Akhir sekali, sebagai contoh keburukan teknologi dan media masa
terhadap individu yang ketiga ialah pornografi. Pornografi boleh
didefinisikan sebagai penggambaran atau pengisahan sesuatuperlakuian
dengan cara yang mengghairahkan yang bertujuan untuk membangkitkan
nafsu seks secara lucah. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan
tersebut adalah melalui teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar,
majalah, pita video atau cakera padat. Tetapi kini, dengan kepesatan
teknologi menyebabkan perkara seperti ini mudah tersebar dengan cepat
dan bermahajalela di laman sosial, lagi-lagi semua benda hanya berada di
hujung jari sahaja. Laman-laman web yang menyajikan pornografi ini
boleh diakses oleh siapa sahaja termasuklah golongan belia, remaja,
17
mahupun kanak-kanak kerana ia percuma. Kesan perkembangan
teknologi maklumat kinin telah menyebabkan ramai remaja yang
terdedah dengan laman web yang mengandungi unsur yang tidak
bermoral ini yang memberi kesan negatif dalam perkembangan minda
dan fizikal manusia.
Kesimpulannya, teknologi sememangnya membantu manusia
melakukan sesuatu diluar batas kemampuan diri akan tetapi
kebergantungan yang melampau akan memberi kesan yang kuat pada
kehidupan seseorang individu. Penggunaan teknologi adalah bagi
memudahkan kita, bukanlah bertujuan kita mengambil mudah perkara
yang nyata disekililing kita. Penggunaan teknologi itu penting bagi
pembentukan tamadun dan budaya kerja yang positif samada di universiti
mahupun umum, namun penggunaan yang mendadak membuatkan kita
kurang bersosial lalu kekok untuk bergaul. Teknologi sepatutnya
menghubungkan kita. Janganlah kita semakin terpisah/tidak berhubung
kerananya.
18
9. KESAN BURUK SAINS DAN TEKNOLOGI KEPADA REMAJA
Sekiranya kami tidak menggunakan sains dan teknologi dengan baik,
itu bukan sahaja akan menyakiti diri sendiri, tetapi juga menyakiti orang
lain dan menyebabkan akibat yang tidak dapat dibayangkan. Menurut
laman web
https://www.sinarharian.com.my/article/29098/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/
kesan-buruk-gajet., media sosial dan teknologi mengubah cara manusia
berinteraksi. Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk
kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan
interaksi sosial maya membolehkan anda kekal terhubung dengan orang
lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga mengubah
persekitaran perkembangan anak anda. Berbeza dengan generasi
terdahulu yang hanya mengenal gajet dan teknologi di usia dewasa, anak
anda mungkin terdedah kepada penggunaan gajet seperti telefon pintar,
tablet dan komputer daripada usia bayi lagi. Oleh itu, adalah penting
untuk anda sebagai ibu bapa mengetahui kesan penggunaan gajet kepada
perkembangan mental anak anda.
Kaitan langsung antara penggunaan gajet dan kemerosotan kesihatan
mental remaja masih diperdebatkan antara saintis. Masalah seperti
kemurungan dan keresahan adalah masalah kesihatan yang rumit. Genetik,
persekitaran, trauma masa lalu dan masalah buli boleh memainkan
peranan. Namun, satu perkara yang pasti, statistik menunjukkan terdapat
peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan
peningkatan penggunaan telefon pintar. Telefon pintar mungkin bukan
satu-satunya faktor penyumbang kepada masalah ini, tetapi boleh
meningkatkan risikonya.
19
Selain itu, kesan buruk sains dan teknologi kepada remaja yang
pertama ialah masalah kekurangan tidur. Berdasarkan kajian, hampir 80
peratus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan
menggunakannya sebagai jam loceng. Secara purata, mereka menghantar
34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur. Sesetengah pakar
tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu
dengan lampu daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai
tidur nyenyak. Memandangkan rima sirkadian atau kitaran tidur/ jaga
tidak dapat membezakan cahaya matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut
boleh mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur. Penggunaan gajet
menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan
jam yang mereka perlukan.
Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja
termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah
yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka. Risiko
diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan
juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.
Bukan itu sahaja, kesan buruk sains dan teknologi kepada remaja
yang kedua ialah kemurungan Facebook. Kemurungan Facebook merujuk
kepada fenomena akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada
laman media sosial. Dalam remaja yang sihat bersosial, penggunaan
media sosial dikaitkan dengan peningkatan hubungan sosial tetapi
sebaliknya dalam remaja yang berisiko mengalami kemurungan. Namun,
remaja dan orang dewasa yang normal pun berisiko mengalami masalah
mood dan kepuasan hidup jika menghabiskan terlalu banyak masa di
media sosial. Lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang mempunyai
masalah keyakinan diri. Ini disebabkan ilusi kesempurnaan hidup yang
20
dipamerkan menyebabkan masing-masing berasa tidak memenuhi
jangkaan hidup mereka.
Selepas itu, kesan buruk sains dan teknologi kepada remaja yang
ketiga ialah sindrom swafoto gadget. Dalam sebuah kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan
gambar mereka di sosial media. Kaji selidik tentang imej diri oleh
AOL.com dan TODAY Show mendapati 65 peratus remaja perempuan
berasa selfie atau swafoto menambah keyakinan diri mereka. Namun 53
peratus merasakan foto mereka yang dimuat naik oleh orang lain
membuatkan mereka berasa buruk. Disebabkan itu remaja terus berusaha
mempamerkan imej diri mereka yang terbaik melalui swafoto,
menambahkan lagi masalah narsisisme. Narsisisme mencerminkan imej
diri yang diperbesarkan yang sebenarnya menyembunyikan masalah tidak
yakin diri.
Di samping keinginan untuk swafoto ‘sempurna’, remaja juga boleh
terjebak dalam menghantar swafoto bogel atau secara seksual kepada
seseorang atau menerima foto seksual daripada seseorang. Ini
mendedahkan mereka kepada pemangsa seperti pedofilia.
Di samping itu, kesan buruk sains dan teknologi kepada remaja yang
keempat ialah komunikasi dan tumpuan. Penyelidik dalam neurobiologi
menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin
dapat melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan
maklumat baru yang berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan
ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat, serta
meningkatkan tekanan perasaan. Antara risiko lain yang turut meningkat
adalah kesusahan sesetengah remaja memahami nuansa komunikasi dan
21
emosi dalam interaksi sebenar. Disebabkan mereka banyak menghabiskan
masa dengan telefon pintar, mereka lebih menggemari komunikasi
dengan respon laju dan pantas.
Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit
tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Apa yang perlu
dirisaukan adalah kemungkinan generasi remaja masa kini akan belajar
bukan secara mendalam seperti generasi sebelumnya kerana
ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara mendalam
disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar.
Akhir sekali, kesan buruk sains dan teknologi kepada remaja yang
kelima ialah peranan ibu bapa kawalan dan didikan. Sesetengah pakar
melihat cabaran utama dalam dunia keibubapaan masa kini bukanlah
teknologi itu sendiri, sebaliknya lebih tentang bagaimana remaja
menggunakan teknologi. Menetapkan had penggunaan teknologi adalah
penting untuk keseluruhan keluarga-bukan hanya untuk anak-anak.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara
bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa
mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet mereka sendiri sebagai contoh
ikutan yang sihat kepada anak-anak.
Berikan galakkan kepada anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar
dan aktiviti keluarga. Tetapkan had kepada anak anda seperti penetapan
menutup telefon pada waktu tidur, atau mengecas telefon semalaman di
bilik lain. Ibu bapa juga wajar mendidik anak mereka bahawa tentang
penggunaan telefon pintar secara sihat.
22
10. KAEDAH MEMBENDUNG PERMASALAHAN DARI
PENGARUH SAINS DAN TEKNOLOGI
Peranan semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mengawasi
penggunaan peranti teknologi oleh kanak-kanak amatlah wajar.
Keterlibatan ibu bapa dalam hal ini merupakan faktor penting bagi
perkembangan anak-anak. Dengan adanya pengawasan dari ibu bapa,
anak-anak dapat dibimbing ke arah yang lebih positif. Jadual 2 di bawah
menyenaraikan peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu
iaitu ibu bapa, pendidik dan pakar pediatrik dalam usaha untuk
membendung gejala buruk yang mungkin timbul hasil daripada
penggunaan peranti teknologi.
Peranan Pihak Terbabit Membendung Kesan Buruk Penggunaan Peranti
Teknologi adalah pihak berperanan penting dengan cadangannya: -
Ibu bapa
Ibu bapa perlu mengenakan had umur sehingga usia 3 tahun serta
mewujudkan zon penampan bagi mengelakkan kanak-kanak daripada
terdedah kepada skrin monitor.
Tv, komputer dan peranti skrin yang lain tidak boleh diletakkan di
dalam bilik tidur anak-anak. Peralatan ini hendaklah diletakkan di
ruangan umum supaya pemantauan dapat dilakukan secara terus.
Ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal anak-anak pada setiap
masa supaya mereka dapat mengurangkan masa bermain peranti
teknologi.
23
Golongan ibu perlu dijelaskan mengenai bahaya peranti teknologi
kepada bayi dan ini boleh dilakukan dengan memasukkan risalah ke
dalam pek kelahiran. Ibu bapa perlu menjelaskan mengenai
keganasan yang digambarkan di tv dan memberitahu anak-anak
bahawa perkara tersebut adalah tidak benar selain melarang mereka
dari terus menontonnya.
Pendidik
Pendidik atau guru hendaklah memilih, mengguna, mengintegrasi dan
menilai diberikan kepada kesesuaian serta kualiti kandungan yang
digunakan.
Pendidik juga perlu memberi penekanan dengan menunjukkan kepada
ibu bapa dan anak-anak akan kepentingan media interaktif, yang
mampu menjadi peralatan yang berkuasa sekiranya digunakan secara
betul dan hendaklah menonjolkan sudut positif sesuatu teknologi.
Pendidik harus melarang penggunaan pasif tv, video, dvd dan
lain-lain teknologi tidak interaktif semasa program pembelajaran awal
kanak-kanak.
Pakar Pediatrik
Pakar pediatrik hendaklah menasihatkan ibu bapa untuk berinteraksi
dengan anak-anak tentang penggunaan internet dan bahaya laman
sosiaL.
Pakar pediatrik juga perlu menasihatkan ibu bapa supaya
membiasakan diri dan meningkatkan kemahiran berkaitan teknologi
24
baru supaya dapat seiring dengan anak-anak untuk menjelaskan kesan
negatif peranti teknologi.
25
11. KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita tahu bahawa sains dan teknologi telah banyak
membantu kita dalam memodenkan kehidupan kita, dalam pelbagai bidang,
seperti, komunikasi, ubat-ubatan untuk penyakit serta virus yang menyrang
manusia, komunikasi dan sebagainya. Bukan itu sahaja, sains teknologi juga
sering digunak pakai untuk kepentingan diri sendiri, oleh itu kita patutlah
mencari cara untuk mengatasinya agr perkara sedemikian tidak berlaku di
kalangan pengguna teknologi sains. Selain itu, saya dan ahli kumpulan saya
juga berharap agar sekolah, ibu bapa, dan pihak berkuasa akan melakukan
tjndakan yang sepatutnya, contohnya pihak-pihak tersebut patutlah mengajar
murid-murid di sekolah agar mereka sedar tentang keburukan penyalah gunaan
teknologi dan sains, kerana siapa lagi yang akan memerintah dan memodenkan
negara kita kalua byka generasi yang akan datang.
26
LAMPIRAN
Kanak-kanak bermain game dengan
gadget bersama-sama
Remaja-remaja membuat projek
dengan menggunakan laptop dan
telefon bimbit bersama-sama
Perkembangan sains dan teknologi
dalam masa depan
27
RUJUKAN
https://www.researchgate.net/publication/306256070_PENGARUH_PERA
NTI_TEKNOLOGI_KEPADA_PERKEMBANGAN_SOSIAL_DAN_PER
MASALAHAN_KESIHATAN_KANAK-KANAK
https://halimatonhassanshazalli.site123.me/my-blog/contoh-karangan-kebai
kan-perkembangan-sains-dan-teknologi-kepada-manusia
https://images.app.goo.gl/LZHvBu9QujmovKga8
http://eprints.utm.my/id/eprint/78455/1/1%20MuhamadIzzatIbrahim2018_Is
lamsertaPembentukanSains&Teknologi.1-12.1.pdf
https://www.google.com/search?q=SAINS+DAN+TEKNOLOGI+TERHA
DAP+REMAJA&rlz=1C1CHBF_enMY915MY915&sxsrf=ALeKk03EkQ6
ys_EWfjNF2W5Avzs5rNDAkQ:1604942295159&source=lnms&tbm=isch
&sa=X&ved=2ahUKEwiq9Yz7-_XsAhUKxzgGHYwADqAQ_AUoAXoE
CAsQAw&biw=1280&bih=578
28