The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorizwani96, 2023-02-27 20:58:58

TAJUK 1-MEDIA DAN PENGAJARAN

MEDIA DAN PENGAJARAN EDUP 2112

Keywords: MEDIA DAN PENGAJARAN

Topik 1: Teknologi & Media Pengajaran EDUP3053 TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Presented by: Ismail bin Husin (PhD)


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran KONSEP TEKNOLOGI MAKSUD Teknologi boleh diterangkan sebagai aplikasi pengetahuan sains dalam mereka cipta alat-alat yang dapat meningkatkan keupayaan manusia.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran KONSEP Teknologi daripada perkataan latin; «Teknos» - Teknik / cara/ kaedah «Logos» - Kaji / belajar / ‘Study’ ‘Mengkaji/Mempelajari teknik / cara’ atau Teknologi bermaksud kaedah, cara, idea untuk menghasilkan sesuatu dengan mudah dan berkesan.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran . Bahasa Yunani «techne» - kemahiran TEKNOLOGI


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran KONSEP Menurut Galbraith (1967): «…kemahiran menggunakan pengetahuan saintifik secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.» Menurut Seels dan Richey (1994),teknologi pendidikan merujuk kepada aplikasi prosesproses berkaitan teknologi dan peralatan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran Menurut Evans dan Nation (2000): «Technology is not a tool – it is an art or science of how to usea tool for a purpose.»


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran 1.Aplikasi Pengetahuan Sains 2.Satu proses yang kompleks dan bersepadu. 3.Alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran 4.Menurut (AECT) 2008: Suatu proses yang kompleks dan bersepadu. 5.Menurut Cutshall (2002): Penelitian dan aplikasi ilmu perilaku dan teori belajar dengan menggunakan pendekatan sistem.


Peranan TEKNOLOGI PENDIDIKAN Meningkatkan keberkesanan Pengajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pembelajaran Kendiri Membuka peluang belajar kepada semua pembelajaran TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


Menurut Alvin Toffler (2016), seorang penulis Amerika yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan, “The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak boleh membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). - Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh tsunami teknologi.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran TEKNOLOGI PENDIDIKAN PIAWAIAN ( International Society for Technology in Education Sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berfungsi untuk pendidik yang berminat dalam menggunakan teknologi dalam Pendidikan yang lebih baik. ISTE berkhidmat kepada lebih 100,000 pemegang seluruh dunia melalui keahlian dan sokongan perkhidmatan individu dan organisasi.


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran TEKNOLOGI PENDIDIKAN PIAWAIAN ( International Society for Technology in Education ISTE menyediakan sumber teknologi Pendidikan untuk menyokong pembelajaran profesional untuk para pendidik dan pemimpin pendidikan, termasuk persidangan ISTE & Expo – peristiwa teknologi Pendidikan menyeluruh di seluruh dunia.


$ Merancang dan mereka bentuk persekitaran pembelajaran yang disokong oleh teknologi dengan efektif. Piawaian TEKNOLOGI PENDIDIKAN Memahami operasi dan konsep ICT teknologi. Berkebolehan melaksanakan pelan perancangan yang melibatkan kaedah penggunaan teknologi. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


Berkebolehan menggunakan teknologi untuk memudahkan penilaian. Memahami isu yang berkaitan dengan sosial, etika, undang-undang dan manusia terhadap penggunaan teknologi. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


PIAWAIAN ISTE Piawaian ISTE dahulunya dikenali dengan “Standard Kebangsaan Pendidikan Teknologi, NETS” adalah merupakan rangka kerja untuk melaksanakan strategi digital dalam pendidikan yang memberi impak positif dalam PdP. Ia menawarkan maklumat dan sumbersumber yang menyokong kefahaman dan pelaksanaan piawaian di pelbagai peringkat. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


PIAWAIAN ISTE Pada tahun 2008, standard teknologi intruksional untuk pentadbir sekolah telah dikaji semula untuk mengintegrasikan teknologi dalam semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Melalui piawaian ISTE 2008, telah digariskan 5 kategori utama yang berkaitan dengan kompetensi ICT yang perlu dikuasai oleh guru secara umum. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


PIAWAIAN ISTE(2008) Berkebolehan memudahkan murid dan membangkitkan kreativiti murid. Berkebolehan menggalakan serta memodelkan ciri-ciri tanggungjawab sebagai rakyat era digital. Melibatkan diri dalam peningkatan professional dan kepimpinan Berkebolehan mereka bentuk pengalaman pembelajaran dan membangunkan penilaian berdasarkan era zaman digital. Berkebolehan mengamalkan modul kerja dan pembelajaran era digital. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP 2112 TEKNOLOGI & MEDIA PENGAJARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERKEMBANGAN ▪ Perkembangan Teknologi maklumat dalam bidang Pendidikan bermula dengan pelaksanaan Sekolah Bestari sehingga wujudnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). ▪ Perisian utama dalam penyampaian teknologi maklumat memerlukan kepada aplikasi pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan, pangakalan data dan Internet serta manfaat sesuatu aplikasi kepada guru dan pelajar. ▪ Anjakan baru dalam Teknik pedagogi guru. ▪ Perkembangan Teknologi Pendidikan dilihat melalui 2 aspek: 1) Global 2) Malaysia


GLOBAL Sejak kebelakangan ini, ketergantungan dunia pendidikan terhadap keperluan teknologi internet dalam pendidikan sangatlah besar, hal ini dapat dilihat banyaknya aplikasi-aplikasi yang diterapkankan dalam pembelajaran. Bahkan aplikasi-aplikasi yang digunakan orang secara bias juga dijadikan media dalam pembelajaran, dan hal ini tentu sahaja tidak lepas dari peran teknologi pendidikan itu sendiri (Husni Idris, 2008). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


GLOBAL Teknologi telah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. (A. Razak Ahmad 2011). Kata global merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan dunia secara keseluruhan termasuk di dalamnya isi dunia (Husni Idris, 2008). Berbagai pilihan teknologi mulai dari yang sederhana ke yang canggih dan mutakhir iaitu Teknologi Audio, Teknologi Audio dan Data, Teknologi Video, Computer Based Training, Computer Coonferencing, serta Pendidikan dan Pelatihan di Internet. (Husni Idris, 2008). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


MALAYSIA • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006– 2010. • Bertujuan untuk merealisasikan satu sistem Pendidikan yang holistic, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. • Dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16Januari 2007. • Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. • Guru perlu menyahut cabaran dan melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat agar inisiatif KPM ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


MALAYSIA ❑ Wujudnya projek-projek baru seperti 1BestarNet, Penyelesaian Bersepadu, FrogVLE, Pembestarian Sekolah, EduWebTV, dan Program NILAM (KPM 2019). ❑ SYNCHRONOUS (SERENTAK) iaitu masa yang sama tempat yang berbeza. ASYNCHRONOUS (TIDAK SERENTAK) masa yang berbeza tempat yang berbeza (PDPR dalam KPM 2020). ❑ Terdapat penggunaan berkesan teknologi dalam PDPC yang dikenali sebagai SAMR iaitu singkatan daripada Subtitution, Augmentation, Modification, dan Redefinition. Diperkenalkan oleh Dr. Ruben R.Puentedura(2020). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


MALAYSIA Penggunaan Komputer di sekolah. Guru memainkan peranan yang penting sebagai agen perubahan kepada inovasi di alam Pendidikan. Guru juga perlu meningkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka dari semasa ke semasa. Mula diperkenalkan pada tahun 1992 melalui program komputer dalam Pendidikan. Pelaksanaan Sekolah Bestari telah menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang celik teknologi maklumat. TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


MALAYSIA Semenjak 27Mac 2020,Bagi memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan selamat, KPM telah mengeluarkan kenyataan berhubung pelaksanaan PdP berikutan perlanjutan PKP. Antara pembaharuan dalam sistem pengajaran, pelantar Pembelajaran Digital KPM ini membantu guru-guru dengan menyediakan pautan kepada Google Classroom dan Microsoft Teams untuk tujuan PdP, Buku Teks Digital, Video PdP (EduWebTV/CikgooTube) dan pautan aplikasi yang membantu PdP seperti Edpuzzle (aplikasi pengajaran menggunakan video secara interaktif), Quizizz (kuiz berbentuk permainan) dan Kahoot (pembelajaran berasaskan permainan).(Portal DELIMa KPM 2020). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


MALAYSIA Apakah itu FrogVLE? Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru- guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. (KPM 2020). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


Kenapa perlu guna Frog? FrogVLE merupakan sebuah platform pembelajaran maya yang memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Ia juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian FrogVLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi- organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah- baik sekolah secara keseluruhannya. (KPM 2020). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


DELIMa KPM Platform pembelajaran yang baru diwujudkan menggantikan Frog VLE iaitu DELIMa merupakan platform yang lebih advanced dan mudah diakses oleh KPM untuk disemak. DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar, di mana ia boleh diakses menggunakan akaun Google sedia ada. DELIMa masih menggunakan platform yang sama iaitu halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya ini. (Portal DELIMa KPM 2021). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


KESIMPULAN • Teknologi dalam Pendidikan ialah suatu usaha meningkatkan keberkesanan dan kualiti terhadap ilmu pengetahuan. • Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. • Teknologi dalam pengajaran juga membuka peluang belajar kepada sesiapa sahaja (peluang belajar untuk semua). TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


RUJUKAN ▪ https://www.academia.edu/15992543/PERKEMBAN GAN_CABARAN_DAN_APLIKASI_TEKNOLOGI_M AKLUMAT_DALAM_PENGAJARAN_DAN_PEMBEL AJARAN_DI_MALAYSIA ▪ http://mudahmengajar.blogspot.com/2020/05/peng gunaan-berkesan-teknologi-dalam- pdpc.html?m=1 ▪ https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazimmenu/soalan-lazim-perkhidmatan/bteknologipendidikan ▪ https://asyiqinharis.wordpress.com/services/ TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


RUJUKAN ▪ https://www.neliti.com/publications/273946/aplik asi-teknologi-pendidikan-di-era-global ▪ http://journal.iainmanado.ac.id/index.php/JII/article/download/5 55/459 ▪ https://www.scholae.co/web/read/2695/landasa n.teknologi.pendidikan.dan.pembelajaran ▪ https://jurnalkwangsan.kemdikbud.go.id/index .php/jurnalkwangsan/article/download/6/5 ▪ https://www.kaji.my/pengenalan-kepadateknologi-pendidikan/ TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


RUJUKAN ▪ http://ejournal.fiaiunisi.ac.id/index.php/alafkar/article/download/220/175 ▪ http://loveiman.weebly.com/bab-1 ▪ https://www.academia.edu/8741409/EDU_3105_Tekn ologi_Dalam_Pengajaran_dan_Pembelajaran ▪ http://arcmit01.uncw.edu/hpl0346/definition.HTM ▪ https://www.researchgate.net/publication/3156443 90_Cadangan_satu_Standard_Teknologi_Pendidi kan_Kebangsaan_STPK_Malaysia TEKNOLOGI PENDIDIKAN EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran & Pembelajaran


S E K I A N & T E R I MA K A S I H


Click to View FlipBook Version