The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Zulkefli Mujahid, 2022-06-16 07:11:32

ETIKA 4 kumpulan 3 (1)

ETIKA 4 kumpulan 3 (1)

JABATAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK

MPU 21032:
PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN

PENSYARAH :RUSLINAWATI
BINTI ABD GHANI

TAJUK PROJEK :
3.Berkaitan Mengulas Sesuatau

Plot Cerita Dari Filem Paskal The
Movie Yang Berkaitan Dengan

Penggerak Kesepaduan Nasional

DISEDIAKAN OLEH :

ABDUL AZIZ BIN DANISH IQBAR BIN
ABD RASA SULONG

03DEE21F1047 03DEE21F1044

FAIQ AJMAL BIN
ADNAN

03DEE21F1064

MUHAMMAD HAKIM MUHAMMAD
BIN MANSOR ZULKEFLI MUJAHID
03DEE21F1112
BIN SHAHMIZAN
03DEE21F1014

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan
limpah berkatnya yang diberikan kepada saya
dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami sekumpulan ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah kami,Puan Rulinawati Binti Abd Ghani
kerana telah banyak membantu dalam memberi
sokongan dan panduan yang diberikan untuk
kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses
sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala
kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan
jelas sekali.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan seperjuangan saya yang
tidak pernah lesu memberi kerjasama sepanjang
proses penghasilan tugasan ini. Walaupun kami
terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak
mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan.
Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang
lain atas segala pertolongan yang diberikan
semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran.
Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk
diperkongsikan kepada kami.

Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh
jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang
terlibat dalam proses membuat tugasan ini
secara langsung dan secara tidak langsung.

PENDAHULUAN

Pengenalan Kebudayaan Penggerak Kesepaduan
Nasional

• Terhasil daripada kerjasama rakyat dan
kerajaan Malaysia untuk menangani
rusuhan kaum yang menyebabkan
perpecahan kaum dan boleh
menyebabkan kejatuhan ekonomi.

• Kesepaduan nasional dapat dilakukan
kerana mempunyai undang-undang yang
telah ditetapkan oleh Mahkamah
terhadap orang yang menyebabkan
pergaduhan antara pelbagai kaum

• Dapat dilaksanakan sekiranya rakyat di
Malaysia mempunyai keinginan dalam
meneroka budaya kaum yang lain

• Dengan ini filem PASKAL THE MOVIE

menunjukkan kesepaduan rakyat
berbilang kaum kerana dapat berganding
bahu untuk memastikan keamanan
negara dapat dikekalkan.

KEPENTINGAN KESEPADUAN
NASIONAL

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak
negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian
dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi
pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa
terhadap Malaysia. Selain itu, kepelbagaian agama di
Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan
kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan
semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam
sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu,
masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan
memahami kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.
Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam
mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan
semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun
Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula
ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa
taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk
mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang
perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut
kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat,
sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi
negara. Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan
antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian
masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita
berpecah atau bertelingkah antara satu sama
lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi
mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan
ekonomi yang menjejaskan pembangunan
negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak
utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara
kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status
negara maju.



PENGENALAN

• Filem ini merupakan kisah Pasukan Kas atau
namasingkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari
Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit inijuga yang diperkatakan
sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup
GerakKhas, Pasukan Khas Laut, Pasukan Khas Udara)
kerana terkenal dengan sistempersenjataan, taktikal dan
kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah
AngkatanTentera Malaysia in memulakan operasinya pada 1
Oktober 1980 dikawasan perairanMalaysia dan menjalankan
3 cabang operasi meliputi darat, laut dan
udara.Perkembangan industri perfileman Negara semakin
mencanak tinggi sehinggakadangkala kredibiliti pengarahan
sesebuah filem menjadi dalang pertikaian deklambakan filem
yang terlalu deras. Ideologi pengarah dalam penerbitan filem
pelbagaigenre menjadikan film Negara ini kelihatan gah pada
mulanya, tapi akhirnyamempunyai idea berbentuk pemikiran
yang sama. Cara pengolahan sesebuah filemmenampakkan
kreativiti pengarah yang mampu mengisi rang pada hasilnya
sendiri. Initerbukti apabila file bergenre aksi yang diselitkan
dengan unsur-unsur patriotismemenjadi pilihan buat
pengarah juga penerbit filem yang mampu mengkaji latar
belakangdan membuat analisis tentang tema yang ingin
dipertengahkan.Sebagaimana yang kita ketahui bukan
mudah untuk melakar sebuah cerita atau aspeknaratif dalam
sebuah film terutama film pecah panggung seperti filem
yang dikajiiaitu Paskal. Terlalu sukar untuk kita memupuk
semangatpatriotisme dalam diri masyarakat melalui media
file mini, dalam hal ini pengarahmemainkan peranan yang
penting dalam mencorak jalan cerita atau naratif
dalamsebuah filem yang mampu membuai perasaan
penonton. Pada era ini, masyarakat kitasudah mampu
memilih, memuji, dan mengagung karya kreatif seorang
pengarah yangsentiasa melahirkan pelbagai fahaman dan
pemikiran dalam hasil seni mereka iaitu sebuah film box-
office

SINOPSIS

PASKAL THE MOVIE mengisahkan tentang
Leftenan Komander Arman Anwar, seorang
anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu
pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia.
Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya
kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL
yang telah terkorban semasa menjalankan
tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban
dan seorang lagi diberhentikan, Arman
membuat keputusan untuk berhenti. Namun,
dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu
diselesaikan.Watak Laksamana Komander
Arman Anwar yang dipegang oleh Hairul
Azreen telah diinspirasi daripada watak
Panglima PASKAL, Laksamana Pertama Anuar
Bin Alias. Selain daripada itu, watak-watak lain
adalah hanya rekaan sahaja.Uniknya, filem ini
bakal membuka minda penonton kepada
tanggungjawab, kredibiliti serta pengorbanan
anggota PASKAL yang terpaksa dipikul demi
keselamatan negara tercinta.Sementara itu,
pengarah fotografi, Yong Choon Lin juga
memberi kehebatan sinematografi dari
pembukaan hingga penamat filem, antaranya
banyak menyaksikan pemandangan indah di
Semporna, Labuan, Kota Kinabalu dan
Turki.Setiap adegan juga diperkuatkan dengan
susunan muzik skor yang kemas bagi
membangkitkan perasaan penonton

TEMA

(SILA IMBAS QR KOD DI
TEPI UNTUK MELIHAT
VIDEO TEMA FILEM INI.)
Antara tema yang terdapat dalam filem PASKAL THE
MOVIE ialah semangat sepasukan,semangat
sepasukan,persahabatan,semangat perpaduan dan
kekeluargaan.Filem ini juga memberi peringatan
terhadap pepatah genggam bara biar sampai jadi abu
kerana kesungguhan tentera mempertahankan
negara yang tercinta.

OBJEKTIF

1. Objektif yang pertama dalam filem ini adalah
untuk merampas semula Kapal DagangMt Bunga
Laurel.Kapal tersebut telah dirampas ketika
serangan lanun somalia yang berlaku di
TelukAden pada tahun 2011.

2. Objektif kedua adalah kerjasama anggota Paskal
dalam mengtubuhkan pertubuhan bangsa-
bangsa bersatu pada masa itu.Anggota Paskal
yang terlibat di dalam misi pengaman
pertubuhan bangsa-bangsa bersatu atau
singkatannya PBB di Angola pada tahun 1998
sebelum merekamenyelesaikan misi pencarian
kapal yang telah dirampas.

3.Objektif yang ketiga adalah Arman seharusnya
membuat pilihan yang tetap untuknegara atau
ibunya.Arman terpaksa memilih antara khidmat
untuk negaranya dan menjaga ibunya yangsakit ini
kerana setelah arman kehilangan bapanya yang
tercinta kerana terkorbansemasa berjuang untuk
negara, ibu Arman mulai gusar terhadap pilihan
anaklelakinya jika memilih untuk berkhidmat untuk
negara.
4. Objektif yang keempat adalah berkoraban untuk
sahabat dimana Lily menghadapi ancaman daripada
Jeb dan Arman memutuskan untuk meninggalkan
penerbanganya untuk membantu Lily.Siasatan
Arman terbukti agak terlambat kerana dia tidak lama
lagi mendapat ibahawa Jeb menyasarkan untuk
merampas pelantar minyak, di mana Lily
bekerja.Arman membuat panggilan untuk
berkumpul semula rakan sepasukannya
danmengetepikan pesawat penerbangan C130,
bersiap sedia untuk melompat haloseumur hidup,
menghadapi masa lalu dan akhirnya memahami apa
yangdimaksudkan sebagai Pengoperasian Paskal.

ULASAN

Pertama sekali, tahniah PASKAL berjaya dapat rating
tertinggi di IMDb sebanyak 9.2mengalahkan The
Avengers: Infinity Wars. Inisiatif team PASKAL untuk
filem ini sebabPASKAL boleh pergi jauh sebab dah jadi
penanda aras untuk filem tempatan.

PASKAL mengisahkan tentang team PASKAL (Pasukan
Khas Laut) memerangi lanun dikawasan perairan
Malaysia. Separuh masa pertama kamu semua boleh
tengok team PASKALada misi di Kapal Tangki Minyak
Laurel 11 dan separuh masa kedua misi di pelantar
minyakdi KK, Sabah.

Kapten Arman Rahmat mengetuai pasukan Alpha yang
dianggotai UstaZ, Gagak, Yan danMisi di bawah
pengawasan Leftenan Komander Maznan. Hebat
macam mana pun Jerungdalam PASKAL, di mata mak
dia, Arman cuma buang masa selamatkan negara tapi
tak mampujaga mak yang tengah sakit. Disebabkan
kesihatan mak dia makin teruk, Arman pilih
untukbersara dari PASKAL.

Tapi sebelum bersara dia ditugaskan untuk misi
menangkap Rudy Rusli Parjo di KK tapisayangnya misi
dia gagal bila bekas ahli Alpha, Jeb yang bantu Rudy
naik di dunia gelap.Imbas kembali ke zaman training
diorang untuk jadi PASKAL, Arman, Joshua/Girang ja.
Sakithati dengan sistem PASKAL, dia ubah haluan jadi
jahat dan hidup mewah

Bukan calang orang dapat lepas pemilihan pelakon dalam
movie ini sebab barisan Alpha memang dah ada seni
mempertahankan diri terutamanya Hairul yang memang
pelakon lagakngeri sebelum ni. Misi pun dah 7kali menang
Karate Kebangsaan sebab tu adegan dia bergaduh lanun itu
memng cantik dan sharp. Sesi menembak itu C pasti berlatih
berapa lama yangpastinya Gambit curi perhatian sebagai
sniper.

Sejak Adrian Teh sebelum ini jadi pengarah cerita komedi,
adegan komedi dalam filem inimemang menjadi nak pula bila
ada Yan. Visual movie PASKAL pun terbaik walaupun CGI dia
masih lagi belum di tahap terbaik tapi boleh tutup mata,
sebab tak ketara sangat. Gambar terbaik yang paling suka
dalam filem ini adalah bila Ustat dan Jerung sembang pasal
pilihanterbaik dalam hidup bila diorang membelakangkan
slogan *Sentiasa Yang Terbaik"

Acungkan jempol kepada Adrian Teh yang memang
buat kajian tentang PASKAL dan dibawah tunjuk ajar
ahli TDM, movie ni nampak real dengan guna semua
alatan, senjata,pengangkutan dan setiap butiran
dalam unit pertahanan kawasan perairan negara.
Memang"wow" tengok adegan diorang imbas bom
dan lanun dari luar bilik. Malah gaya percakapan
danbagi arahan pun memang sama.

Yang pasti akan emosi layan filem PASKAL nak pula
bila adegan Lily terima baju Joshuadan dia menangis
itu teringat masa arwah ayah kena hantar ke Somalia
terduduk menangismasa dapat panggilan telefon.
Scene keluarga datang jumpa bila dah balik dari misi
besaradalah sat yang paling menggembirakan.

CADANGAN

Filem paskal telah menyajikan kepada kita tentang
ertinya cabaran dan tugas sebagaiseorang tentera
khas untuk negara.Filem in juga dapat meransang
ataupun lebih tepat lagisebagai pemangkin
semangat untuk anak muda di Malaysia supaya lebih
berani untukmenceburi bidang ketenteraan. Ini
dapat dibuktikan dengan beberapa babak di mana
beberapalatihan asas untuk menjadi tentera, imej
keberanian seseorang tentera untuk menyelesaikan
misimereka,karisma yang dipaparkan dalam diri
mereka yang telah ditunjukkan dalam filem
tentumampu untuk mencetus adrenaline anak muda
untuk menjadi seorang daripada
tenteramalaysia.Filem ini juga mampu menjadi
pemangkin anak muda untuk menyertai
bidangketenteraan dan menceburi bidang
pertahanan negara.Filem ini memberi kesedaran
kepadasegenap lapisan masyarkat untuk menghargai
jasa dan pengorbanan pejuang negara.Justeru,watak
utama filem tersebut, Hairul Azreen pula berharap
seluruh anak muda di Malaysia menjadikan filem ini
sebagai pemangkin semangat untuk menyertai
bidang kententeraan danpertahanan negara.

TEMA YANG DIPILIH

TEMA 1: SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA
semangat canta akan negera adalah sikap yang berani,
pantang menyerah dan rela berkorban demi bangsa dan
negara. Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa
Malaysia dan mengkukuhkan ketahanan nasional. Nilai
patriotisme merupakan sebahagian daripada nilai murni yang
perlu dijiwai dan diamalkan sebaik. terhadap. Kepentingan
semangat patriotisme ialah membina nilai-nilai
persefahaman dan penyatuan antara kaum yang menjadi
penggerak ke arah kemakmuran dan pembangunan negara.

TEMA 2: SEMANGAT SEPASUKAN

Semangat sepasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja
dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan
menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai
matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada
gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi
yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti
dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama.

TEMA 3: PERSAHABATAN

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan
tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara
dua atau lebih orang. la berlaku antara orang-orang yang
mempunyai kesamaan intelektual danemosi.

TEMA 4: SEMANGAT PERPADUAN
Semangat perpaduan satu proses yang menyatupadu

kan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melaluì
ideology negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
satu perasaan kebangsaan bersama dikalangan
mereka,Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian
yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu, adalah
mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri
masyarakat majmuk dinegara kita.
TEMA 5: KEKELUARGAAN

Keluarga adalah unit asas komuniti. Setiap anggota
keluarga mestilah berusaha untuk mengekalkan
kehidupan berkeluarga dengan menjaga kebajikan
anggota keluarga. Keluarga adalah sekumpulan orang
dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang
bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya,
dan meningkatkan perkembangan fisik, mental,
emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga.
Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam
satu rumah tangga kerana adanya hubungan darah,
perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu
dengan yang lain, mempunyai peranan masing-masing
dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya.
Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang
terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang
berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap
dalam keadaan saling.

Selain itu,dalam filem ini juga memaparkan semangat setia
kawan yang amat tinggi di manasudah menjadi simbolik bagi
tentera untuk beroperasi sebagai satu unit dan bukannya
seorangdiri demi kepentingan sendiri.Di samping itu,filem ini
dapat memupuk semangat setia dan cintakepada negara di
dalam diri setiap yang menontonnya.Sebagai contoh, watak
di dalam ceritaini yang bernama Leftenan Komander Arman
Anwar ataupun digelar "Jerung" masih setia dantat kepada
tugasnya sebagai tentera untuk melindungi negara meskipun
mendapat tawaranuntuk belot kepada negara dan bidang
tentera jugalah telah mengorbankan ayah serta
rakannyatetapi beliau mash tetap dengan tanggungjawab
yang diberi kepada beliau serta berpegangteguh kepada
cogan kata "SENTIASA TERBAIK" yang di mana merupakan
cogan kata untukPasukan Khas Laut Malaysia (PASKAL).

Akhir sekali,filem ini memberi kita kefahaman yang sebenar
akan kehidupan seorang tentera dan mengubah padangan
serong sesetengah daripada kita terhadap tentera yang hanya
menganggap mereka memakan gaji buta sekiranya tiada
peperangan berlaku dan hanya"Latihan Tentera" sahaja
sebagai ukuran kerja mereka.Filem ini menunjukkan tentera
bukanhanya perlu fizikal yang kuat tetapi memerlukan emosi
dan mental yang kental kerana mereka perlu mengorbankan
keseronokkan,masa,kehidupan sebagai orang awam hanya
untuk tugasmereka sebagai anggota barisan hadapan kepada
negara. Lebih teruk lagi mereka perlu meletakkan keluarga
kepada pilihan kedua dan meletakkan tugas mereka sebagai
pilihan utama,

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara nilai yang terdapat didalam filem paskal
ialah patriotisme. Contohnya, Armanmenunjukkan
semangat patriotisme apabila bertekad untuk
membebaskan pelantar minyakyang diserang oleh
lanun walaupun terpaksa menentang rakannya
sendiri.

Selain itu terdapat juga nilai kasih sayang.
Contohya, Arman sangat menyayangi ibunya dandia
memfailkan perletakan jawatannya sebagai
pembantu lapangan untuk tugs kerja yanglebih stabil
di dalam TLDM supaya dapat menjaga Ibunya yang
sakit.

Disamping itu, terdapat nilai persahabatan.
Contohnya Arman menyayangi anak sahabatyang
terkorban ketika misi di Angola dan sentiasa
melawat anak sahabatnya dan membantu janda
sahabatnya membesarkan anaknya.

Terdapat banyak pengajaran yang dapat kite
jadikan ikhtibar dari filem ini.Antaranya ialah kita
hendaklah Amanah dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugs yang diberikan .Contohnya,
Arman yang sentiasa melaksanakan tugasnya sebagai
seorang pegawai Pasukan Khas Laut Tentera Laut
Diraja Malaysia dengan penh dedikasi walaupun
dirinya masih rasa bersalah atas kematian
sahabatnya Joshua.

Selain itu, kita mestilah berani mempertahankan
tanah air.Contohnya, Arman, Joshua danJeb berani
menentang pengganas Ketika misi mereka di Angola
walaupun Ketika itu merekatidak mempunyai
sebarang senjata.Arman juga berani menentang
lanun lanun yang menyerangplantar minyak untuk
menyelamatkan tahanan yang ditahan oleh lanun
lanun.

Tambahan pula, kita haruslah gigih dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. ContohnyaArman,
Joshua dan Jeb yang gigih menjalani latihan mereka
untuk menyertai Paskal sehingga akhirnya mereka
lulus dan dinobatkan sebagai tiga perserta terbaik.

PENUTUP

Dalam KIta menikmati waktu dan memorI
bersama orang tersayang, ada wira anak bangsayang
sedang berjuang demi kesejahteraan negara tercinta.
Kita harus rasa berbangga kerananmemiliki angkatan
yang sangat tinggi mutu disiplin, berwibawa dan
diiktiraf, sama ada diperingkat negara mahupun
peringkat antarabangsa.

Filem ini sendiri dapat memberikan kesedaran
kepada segenap lapisan masyarakat
untukmenghargai jasa dan pengorbanan para
pejuang negara Malaysia yang mempertaruhkan
nyawanya demi negara, agama dan bangsa. Selain
itu, filem ini juga dapat memupuk semangatpatriotik
atau patriotisme dalam diri anak muda kita yang
segelintir dari mereka terlalu leka dengan dunia luar
tapa menghiraukan perkara-perkara yang berlaku di
dalam negara

Seterusnya, semangat kerjasama dalam
berkumpulan dapat diterapkan melalui filem iniyang
menunjukkan kerjasama itu amatlah penting dalam
sesebuah kumpulan. Hal ini kerana,bag menjayakan
sesuatu rancangan, semangat kerjasama amatlah
penting supaya perancangan tersebut dapat
dijayakan dengan teratur dan sistematik.

Akhir sekali, sikap bertanggungjaw ab juga amatlah
penting bagi sesebuah masyarakat tidakkira agama
tau bangsa. Tanggungjawab in bukanlah
tanggungjawab terhadap ibu bapa sahajamalah
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
juga adalah amanah yang harus kita jalankan
bersama- sama supaya negara kita kekal aman dan
harmoni dalam pelbagai kaum dan budaya

KRITIKAN FILEM

• pengarah tidak gilap lagi bakat lakonan masing-
masing sebab lakonan Hairul Nampak kaku tambah
bila ada adegan emosi dengan emak dia sedangkan
watak Leftenan KomanderArman Rahmat Anuar
diadaptasi watak sebenar. Separuh masa pertama
mungkin terlindungdengan adegan aksi tapi Separuh
masa kedua nampak ketara sangat. Malah emak dia
pun takberapa membantu. Sekurang-kurangnya kalau
pelakon utama tidak bagus dari lakonan,
pelakonpembantu akan menyerlah tapi tak dalam
movie ni. Cuma mengharapkan Lily dan Panglima
TLDM. Malah Amirul Afendi pun nampak tersia dalam
PASKAL

• Loghat utara yang dituturkan oleh HafizulKamal yang
memegang watak Yan sedikit merimaskan. Walaupun
tidak terlalu teruk tetapikelihatan sedikit janggal.
Kalau watak ini dijadikan watak yang bercakap
dengan loghatbiasa sahaja seperti watak Ustaz
lakonan Taufig Hanafi pasti akan lebih menarik.

• Ada beberapa kesan khas CGI atau letupanyang
kelihatan sedikit lemah tetapi tidak lah buruk seperti
beberapa filem tempatan sebelum ni yang cuba
membawa genre patriotik tetapi gagal teruk di
pasaran. Namun kesan khas CGI didalam filem ini
mash boleh dibanggakan.

REFLEKSI

1: DANISH IQBAR BIN SULONG

Melalui projek ini,saya telah dapat mempelajari cara
mengedit dengan menggunakan "capcut" dan menyusun
maklumat, Saya juga dapat mendisiplindiri saya dan ahli
kumpulan dalam melakukan tugasan ini untuk selesai
pada masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah,Saya
juga dapat meningkatkan kemahiran dalam menggunakan
powerpoint semasa menyiapkan projek ini.Begitu juga
dalam filem ini saya dapat mengenal pasti bahawa
semangat patriotik dan cinta akan negara amat penting
bagi keamanan negara supaya tiada anasir luar yang akan
menjatuhkan imej negara kita.

2: MUHAMMAD HAKIM BIN MANSOR

Melalui projek ini, semasa saya membuat tugasan ini, saya
diberi tugasan mencari bahan maklumat dan bahan
gambar untuk tajuk paskal the movie dengan ini saya
dapat mempelajari bagaimana mencari sesuatu maklumat
melalui internet bukan setakat itu sahaja saya juga
membantu ahli kumpulan untuk membuat ayat seperti
pengajaran. saya mencari, membuat tugasan ini dengan
menggunakan telefon bimbit. Seterusnya,dari movie yang
saya buat ini terdapat nilai dan pengajaran yang baik yang
boleh diteladani.Akhir sekali, di dalam tugasan ini
terdapat kerjasama yang baik dan pertukaran idea
dikalangan saya dan ahli kumpulan.

3: ABDUL AZIZ BIN ABD RASA

Semasa menyiapkan tugasan ini saya telah belajar untuk
bekerjasama dalam kumpulan . Seterusnya, tugasan ini
telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata antara
mencari bahan,menyusun serta menyisih bahan serta
mengedit bahan . Komitmen atau rasa tanggungjawab
ahli kumpulan kami sangatdiperlukan semasa
melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu
tidak akan berjaya disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.Menerusi projek ini juga saya dapat
mempelajari erti sebuah negara yang aman .Begitu juga
sifat-sifat murni seperti berkerjasama, bertolak
ansurdan kasih sayang.

4: MUHAMMAD ZULKEFLI MUHAJID BIN
SHAHMIZAN

Melalui projek ini, saya bersama ahli kumpulan
berusaha untuk memahami sebuah paskal the movie
kemudian saya mencari bahan bahan yang diperlukan
dengan menggunakan internet , saya memperoleh
banyak maklumat untuk melengkapkan projek ini .
Kami berbincang untuk memilih bahan yang diperlukan
bag imenyiapkan projek ini Saya juga berterima kasih
kepada ahli kumpulan saya vang bertungkus lumus
untuk menyiapkan projek ini. Pengajaran yang saya
dapat dalam filem ini adalah, kita mestilah sanggup
berkorban nyawa untuk tanah air tercinta.

5: FAIQ AJMAL ZAHIN BIN ADNAN

Berdasarkan projek ini, saya telah mempelajari pelbagai
perkara antaranya ialah bekerjasama antara pasukan
untuk menyelesalkan tugasan ini bersama-sama
sepanjang tempoh yang diberikan oleh pensyarah kami.
Sepanjang tempoh ini saya dan ahli kumpulan
membahagi tugas untuk mencari maklumat,kami saling
bertungkus lumus untuk mengumpul data berdasarkan
tugasan yang diberikan. Saya banyak menggunakan
laman sesawang bagi mencari semua yang diperlukan.
Selain itu, menerusi paskal the movie ini saya dapat
mengetahui tentang pengorbanan ahli prajurit kita
yang telah bertungkus lumus sehingga titisan darah
yang terakhir bagi mempertahankan negara dari musuh
luar. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu
menghargai dan tidak melupakan jasa mereka. Kita juga
hendaklah menjaga keselamatan dan perpaduan
negara kita untuk kekal aman dan damai dari ancaman
musuh luar.

KESIMPULAN

• Berdasarkan filem PASKAL, ia memberi kesedaran
kepada segenap lapisan masyarakat untuk
menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang
negara. Selain itu, filem PASKAL juga menjadi
pemangkin semangat kepada anak muda untuk
men yertai bidang ketenteraan dan pertahanan
negara. Selain itu, kita juga perlu sadar apa sahaja
pekerjaan kita hari ini adalah untuk negara dan
keluarga, kita mungkin berada di luar rumah,jauh
dari keluarga ,jarang bersua muka ataupun setiap
hari menjaga keluarga.Tugas setiap pekerjaan
adalah berlainan tetapi tujuan kita semua adalah
sama.Seterusnya, dalam kita menikmati waktu dan
momen bersama orang tersayang,kita perlu
mengetahui ada wira anak bangsa yang sedang
berjuang demi kesejahteraan negara tercinta.Kita
harus berbangga kerana memiliki angkatan yang
sangat tinggi mutu disiplin, berwibawa dan diktiraf
sama ada diperingkat negara mahupun pada
peringkat antarabangsa.

RUJUKAN

Munirah Mustaffa et.all.2020.
Penghayatan Etika dan Peradaban.

Kuching:Politeknik Kuching

Siti Zaharah Setapa et.all.2022
Penghayatan Etika dan Peradaban.
Subang Jaya: Penerbit Ehsan (M) Sdn.Bhd

https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/rev
iew-filem-paskal-movie.htm

lhttps://fiksyenshasha.com/blog/sinopsis-dan-
pelakon-filem-paskal-the-movie-2018/

http://buasirotak.blogspot.com/2018/10/review-
filem-paskal-movie.html

LAMPIRAN/GAMBAR PASKAL THE MOVIE

LAMPIRAN-GERAKAN KERJA

THANK YOU


Click to View FlipBook Version