E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SESI:2021/2022
PROGRAM:JABATAN KEJUTERAAN ELEKTRIK
TAJUK:SUKAN DAN PERPADUAN
NAMA PENSYARAH:PUAN RUSLINAWATI BINTI
ABD.GHANI
AHLI KUMPULAN 3
DANISH IQBAR BIN SULONG FAIQ AJMAL BIN ADNAN ABDUL AZIZ BIN ABD RASA
03DEE21F1044 03DEE21F1011 03DEE21F1047
MUHAMMAD ZULKEFLI MUHAMMAD HAKIM
MUJAHID BIN SHAHMIZAN BIN MANSOR
03DEE21F1014 03DEE21F1112
ISI KANDUNGAN M/S
4
BIL KANDUNGAN 5
6-8
1. PENGHARGAAN 36
2. OBJEKTIF 37-39
40-44
3. PENGENALAN
45-46
4. KANDUNGAN : 1.1 ISU MEMUPUK PERPADUAN 47-49
1.2 HALANGAN DAN KESUKARAN DALAM MEMUPUK
50
PERPADUAN 51
1.3 KAEDAH DAN LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH
PIHAK
KERAJAAN DALAM MENYUBURKAN INTERGRASI
PERPADUAN
DI MALAYSIA
1.4 USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DIPERINGKAT
MASYARAKAT SETEMPAT
1.5 KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
DIPERINGKAT SEKOLAH
5. KESIMPULAN
6. SENARAI RUJUKAN
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan
rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
kami,Puan Ruslinawati kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang
diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya
menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak
pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan efolio ini. Walaupun kami terdiri
daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa
juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa
dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada
kami.
Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat
dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.
BIL OBJEKTIF M/S
1. Mengetahui definisi sukan. 9
10
2. Mengetahui definisi perpaduan. 11-12
13
3. Membincangkan kepentingan perpaduan kaum. 14
15-18
4. Menyenaraikan peranan sukan dari segi perpaduan
19-23
5. Menyatakan contoh-contoh sukan
24-31
6. Membincangkan peranan sukan dalam menyatupadukan 32-33
perpaduan kaum
34-35
7. Mengenal pasti faktor yang menyumbang pengukuhan kepada
perpaduan kaum.
8. Membincangkan peranan ikon sukan dalam memupuk perpaduan
9. Menyenaraikan usaha-usaha kerajaan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan pelajar.
10. Membincangkan faedah-faedah bersukan dalam perpaduan.
PENGENALAN
Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk
perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan
bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang
tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya
bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi
fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.
Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau
Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama,
kalah pun samasama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen
perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada
masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.
Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara
kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam
mempertahankan kedaulatan negara.
“Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep
1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan
agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa
mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang
seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang
bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh
yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat
penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik
serta bersatu padu,” jelasnya.
Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang
merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar
yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat
membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan
mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti
yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan
hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama
menyahut cabaran sebagai satu pasukan.
1.DEFINISI SUKAN
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan
inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di
hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau
laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
2.DEFINISI PERPADUAN
Definisi Perpaduan Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenransi yang
diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai
matlamat bersama secara jujur dan ikhlas.Dalam kata lain perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan negara.
Intregrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum , daerah dan wilayah
tempat tinggal , budaya , adat resam , cara hidup , latar belakang , kepercayaan dan pegangan
agama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni
masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.
3.KEPENTINGAN PERPADUAN
KAUM
Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah
dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang
kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal ini adalah untuk mengelakkan
berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei
1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita
dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa
berdarah ini. Oleh itu, perpaduan penting agar kejadian yang sama tidak
akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan
kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh
semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan
patriotik yang tinggi.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk
melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup
berkorban untuk negara kita. Perpaduan dalam kalangan
etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi
keselamatan negara daripada ancaman luar dan dalam
negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme
akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara
ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya
memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan
kemerdekaan negara ini seterusnya.
Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah
masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain
disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir
dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan
khianat akan terlebur begitu sahaja jika semua anggota
masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk
sejak kita kecil lagi.
4.PERANAN SUKAN DARI SEGI
PERPADUAN
Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan kaum.
Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling
memahami antara kaum.
Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain
5.Contoh-contoh Sukan
(Bola sepak) (Badminton) (Basikal)
(Squasy)` (Bola keranjang) (Hoki)
6.Peranan Sukan Dalam Menyatupadukan
Perpaduan kaum
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti
tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V
Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V
Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan
juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku
dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan
akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun
mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.
Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan
perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang
boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan
struktur tadbir urus berbeza.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga
berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah
Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar
dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'.
Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat
emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang
pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.
Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala
Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti
sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak
menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat
perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan
kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan
nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana
Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di
peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang
terlibat.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan
stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi
dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan
antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan
prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas
kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah
tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan
sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu
negara, satu matlamat’.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja
dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai
masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian
dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah
'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1 Malaysia.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat
Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk
Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif,
strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi
dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan
sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian
kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan
Prestasi Tinggi. Penggubalannya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan,
penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat
pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang
sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang
berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat
yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar
terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.
7
FAKTOR YANG
MENYUMBANG KEPADA
PENGUKUHAN PERPADUAN
KAUM
Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini
demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi
rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan
dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum
boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan
terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran
untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang
menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama
kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan
pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.
( Contoh peristiwa 13 Mei 1969 )
Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu
pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan
antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri
Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan
membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969
bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi
masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja
sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian
Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk
masyarakat yang berbilang kaum
( Contoh MAGERAN 17 Mei 1969 )
Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila
kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh
Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya
bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila
Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang
merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang
politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan.
Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini
kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin keadaan
negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara
satu sama lain.
( Contoh logo Parti Perikatan UMNO,MCA,MIC )
Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran
yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan
Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan
antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat
Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa
pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan
sebagainya.
Peranan ikon sukan bukan sahaja terhad untuk mengharumkan nama Negara,
peranan ikon sukan boleh juga dilihat dari perspektif lain. antaranya dari
perspektif perpaduan kaum. Lihat sahaja setiap kali adanya perlawanan penting
yang melibatkan ikon sukan Negara sudah pastinya stadium akan dipenuhi
dengan peminat tempatan. mereka ini terdiri dari masyarakat yang berbilang
kaum, bangsa dan agama yang berkongsi minat yang sama. Setiap kali
perlawanan berlangsung kita dapat melihat mereka ini bersorak dan meraikan
apa jua keputusan perlawanan.
Dan ini bukan sahaja berlaku dikawasan stadium ataupun gelanggang, ada juga
yang bersorak dan berarak dijalanan dengan berkongsi solidoriti diantara
mereka. tidak kurang juga ada yang berkongsi pendapat tentang ikon sukan
Negara dilaman sosial juga diantara bebilang kaum, bangsa dan agama. Bukan
itu sahaja ada juga yang memakai baju sukan ikon Negara kegemaran mereka
bersama-sama. Lihat sahaja contoh ketika perlawanan bola sepak yang
melibatkan pasukan harimau Malaya. Hampir separuh keseluruhan stadium
dipenuhi dengan peminat-peminat tempatan yang memakai jersi harimau
Malaya. Tidak ada rasa kekok langsung diantara mereka walaupun datang dari
berbilang bangsa, kaum dan agama.
Perpaduan dalm Negara yang rencam menjadi indikator penting
agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat
penghubung keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan
harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan
termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Maka, perpaduan
bukan sekadar dalam masyarakat, tetapi juga segenap lapisan
stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak
dikrompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme
penting dalam melentur semangat “kekitaan”.
( Contoh Semangat Kekitaan )
Dalam membangunkan pretasi sukan, Ia sekali gus juga dapat memaparkan
usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari
masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh
sesuatu etnik terutama dengan penampilan ‘kemajmukan’ bukan sahaja dari segi
penyertaan tetapi lebih daripada itu, menghargai dan mencipta ‘semangat satu
Negara, satu matlamat’. Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan
generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan
mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan
terus utuh juga mampu menjadi sebahagiaan dari proses meraikan kepelbagaian
kelompok etnik yang ada di Negara ini. Sukan adalah penjana dalam
mempertahankan keharmonian. Kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Negara ini dibawah prinsip satu Malaysia.
( Contoh rakyat Bersatu dalam menyokong pasukan Malaysia )
Sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan.
Disitulah mereka tinggal, makan, berehat dan berlatih bersama-sama. Pergaulan dan
interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat.
Ketika pertandingan atau permainan berlangsung, mereka akan bersatu hati, saling
membantu untuk menjayakan misi Negara. Rakyat jelata sebagai penyokong dan
peminat sukan, juga membantu perpaduan Negara. Misalnya, para penyokong pasukan
Negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum
mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka
berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM
sepenuhnya.
Sukan juga dapat mengangkat martabat Negara ke mercu yang lebih tinggi.
Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia
terukir dalam sukan antarabangsa. Contoh yang paling ketara ialah apabila
Malaysia Berjaya merampas piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25
tahun kehilangannya. Pasukan badminton piala Thomas telah menjadikan nama
Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.
• BIODATA
Nama Penuh : Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang
Tarikh Lahir : 5 January 1988
Tempat Lahir : Dungun District, TERENGGANU
Kerjaya : Pemain basikal perseorangan lelaki
Pernah memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia
pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan
Trek Asia pada April 2008. Beliau telah menduduki Ranking Pertama di Dunia
bagi acara Keirin. Pencapaian terbesar beliau ialah pernah memenangi pingat
emas dalam Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 dan pingat gangsa di
Sukan Olimpik 2016 di Brazil dalam acara keirin. Beliau juga telah memenangi
pingat perak pada Kejohanan Dunia 2009 bagi kategori pecut dan pingat
perak pada Kejohanan Dunia 2010. Beliau digelar Sportsman Malaysia Tahun
pada tahun 2009 dan 2010.
Sukan sebagai alat perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum. Untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang
pelbagai itu, sukan merupakan salah satu wadahnya. Sukan juga dapat
mengikis rasa buruk sangka dalam kalangan pemain. Pada peringkat
antarabangsa, sukan dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan perbezaan
ideologi politik. Keamanan dunia dapat dicapai jika setiap Negara
mengutamakan sukan. Sukan dapat mengukuhkan perpaduan umat dan
mengikis perasaan perkauman.
9.USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT
PERPADUAN DALAM KALANGAN
PELAJAR
1. Penubuhan sekolah sukan bukit jalil untuk menempatkan
murid yang mempunyai potensi dalam bidang sukan.
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah diwujudkan mulai tahun
2011
3. Setiap tahun , kejohanan majlis sukan sekolah - sekolah
malaysia (MSSM) dianjurkan untuk mengembangkan
bakat murid dalam bidang sukan.
4. Pengenalan rancangan integrasi murid untuk
perpaduan (rimup) sejak tahun 1986.
( MSSM ) ( RIMUP )
10.FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN
DALAM PERPADUAN
Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan
sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap
kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang
secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan
kemahiran pergerakan asas dan kompleks.
Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap
kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat
kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.
Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan
jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya
saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara.
Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi
yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja
kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan,
media dan lain-lain pihak yang berkaitan.
1.1. MASALAH PERPADUAN DAN
INTEGRASI NASIONAL
Perpaduan rakyat manjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan
Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari Sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi “Mewujudkan bangsa Malaysia
bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi
bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan
persamaan hak keadilan”.
Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi “Mewujudkan
masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masingmasing dan
pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara”. Cabaran ini
berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk “Mewujudkan masyarakat
berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu system social yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada
individu tertentu sahaja.
1.2.Halangan dan Kesukaran Untuk Perpaduan dan
Integrasi.
Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses
pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah:
AGAMA DAN KEBUDAYAAN : Setiap kumpulan etnik mempunyai
agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat
resam, Bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-
masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap
mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka
yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.
DASAR PENJAJAH BRITISH : Penjajah British mengamalkan dasar
pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi
kepentingan dan keselamatan mereka sendiri. Penjajah sengaja
menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu.
Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka
negative yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.
SISTEM PENDIDIKAN, PERSEKOLAHAN DAN BAHASA YANG
BERLAINAN : Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem
Pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar
menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang
berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa
pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan,
menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman
dan perhubungan sesama rakyat disamping mewujudkan keperibadian dan
perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara
yang beridentitikan satu negara.
AMALAN EKONOMI YANG BERLAINAN : Setiap etnik menjalankan
aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan.
Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan
jenis dan rasa serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.
PERBEZAAN POLITIK MENGIKUT BANGSA, KAUM DAN ETNIK :
Kewujudan persatuan politik, social dan ekonomi berdasarkan bangsa,
kaum dan etnik tertentu telah memperkuatkan identity sesuatu kumpulan
dan menimbulkan perasaaan syak wasangka kerana setiap kumpulan
hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja.
Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan
pelbagai isu sensitive seperti Bahasa, budaya, ekonomi dan hak
keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.
PENDUDUK JEPUN : Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu
menambahkan jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina.
Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina,
sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun
untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjejaskan persefahaman
dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan
Cina.
1.3. Kaedah dan Langkah Yang Telah Diambil Oleh Pihak Kerajaan Dalam
Menyuburkan Integrasi dan Perpaduan Di Malaysia.
Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 (L1)
Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi
menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan
wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya.
Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu
sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majority parti Perikatan dalam
pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan
penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang
kaum. Kemuncak menifestasi ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Kerajaan bertindak pantas
dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN). Majlis ini dipertanggngjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-
undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan
suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.
Peristiwa ini menunjukan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat
jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan social
antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara
(MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara
serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah
Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebngasaan
negara adalah bertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum
dapat dipersatukan secara permuafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-
isu sensitif yang boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara. (L2)
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan
pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara
dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bahawa “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Secara tidak langsung dasar ini dapat
melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan
dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan
bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-
aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.
Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah,
keperibadian dan perwatakan murid yang diingininbagi memupuk perpaduan. Kurikulum
ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan
Al-Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang
bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah. (L3)
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka.Yang
Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi selaku timbalan perdana menteri
pada ketika itu , telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang,beliau
menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip
Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus
berkekalan.Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan
Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah ,maka pengetahuan,pemahaman,penghayatan
warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara kearah
menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan.
1.4. Usaha Yang Boleh Dijalankan Diperingkat Masyarakat Setempat
Program Permuafakatan Masyarakat
Program permuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui programprogram ilmiah
seperti ceramah motivasi,aktiviti keagamaan,makan beradab,gotong royong,majlis perkahwinan dan
sebagainya.
Hari Keluarga dan Sukan Rakyat
Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan.pelbagai acara dijalankan mnelibatkan
semua peserta.selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebana tugas, program ini dapat
membina persefahaman,keteguhan ,perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga
masyarakat.
Acara Kebudayaan dan Kesenian
Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan
tradisi,boria,dikir barat,persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai
oleh anggota masyarakat.selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi
peraturan yang digariskan.
Majlis Sambutan Hari Raya,Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Setiap kali menjelang hari perayaan,masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau
NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat.Beraneka jenis makanan yang
dihidang dinikmati bersama.Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada
mereka yang kurang berkemampuan.Ucapan selamat yang diberikan disambut dengan penuh
kemesraan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam
komuniti tempatan.
Aktiviti Riadah
Seterusnya,kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai
program yang dianjur oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan,Majlis Belia
Malaysia,Jabatan Agama Islam,Rakan Muda,INMIND dan sebagainya.Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah senamrobik,mencari harta karun,perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al
hijrah,larian Merdeka dan sebagainya.setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari
pelbagai kaum dan lapis masyarakat.Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan
dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.
1.5. Kaedah Dan Langkah Yang Boleh Di Ambil Di Peringkat Sekolah
Sekolah Penyayang - (L!)
satu program yang dilaksanakan disekolah dengan menekankan konsep "Sekolahku Syurgaku" dan
"Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi" dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui
Persatuan ibubapa dan Guru.Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada
sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain,berbudi pekerti
mulia,serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan
ibubapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan(RIMUP) -(L2)
sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar melayu,namun
mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program
RIMUP secara berkelompok turut diadakan dimana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan
program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang
kaum.Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai.Kesan
penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik,ia membolehkan mereka
berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan
integrasi rakyat yang lebih. erat.
Penyertaan Dalam Kokurikulum -(L3)
Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,permainan dan unit
beruniform.Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam
perkhemahan,persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada
situasi yang berlainan dan beragam.Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti
programprogram yang dijalankan.Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan
bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi.Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta
mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan.Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti
yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina
kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin,berharmoni,bersatu padu dan
berintegrasi.
Sambutan Bulan Patriotisme dan kemerdekaan -(L4)
setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun
kemerdekaan Negara.Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab
Rukun Negara, Unit Bimbingan dan Kaunseling,Kelab Guru dan Kakitangan,Persatuan Sejarah dan
Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG,alumni tokoh-tokoh dan
sejarawan ,Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan.Acara yang
dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,tayangan gambar berbentuk patriotik,pembacaan
sajak,sketsa,pentomen,kibaran "Jalur Gemilang",hiasan bilik darjah dan asrama,pidato,forum,penulisan
esei,derma darah,pameran melukis tokoh Negara,perbarisan dan perarakan serta sambutan detik
kemerdekaan.Pelajar juga terlibat dalam program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat
daerah,negeri dan kebangsaan.Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina
keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan
bertanggungjawab,bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatu padu dan kestabilan
negara.
Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah-(L5)
sekolah menggalakkan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat
bersejarah,perlimen,Putrajaya,Bandaraya Melaka,Memorial,Tugu Negara,Muzium Negara,Rumah-rumah
kebajikan,asrama anak-anak yatim dan miskin,penjara,Rumah perlindungan kanak-kanak,asrama orang kurang
upaya,sekolah,Universiti dan sebagainya.Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan
seperti perbincangan,gotong-royong,persembahan kesenian dan kebudayaan,pertukaran maklumat dan
sebagainya.kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar
pentingnya berbudi bahasa,mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan
keturunan.
Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah-(L6)
Program ini meliban semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah.Kerjasama
diperolehi dari pelbagai pihak seperti ceramah matkotivasi,pembinaan jati diri,kerohanian,kembara ikhtiar
hidup,kewarganegaraan dan riadah.Suasana perkhemahan yang dijalankan diluar kawasan sekolah sangat
menyeronokkan para pelajar.Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru,mereka dapat merasai
keindahan alam Malaysia,nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
KESIMPULAN:
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan ,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara
kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Disamping itu, sukan dapat membantu
meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat
memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan,
berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan
sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Hal ini menyebabkan Malaysia
dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.
Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk
membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di
peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan
berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan
masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada
peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan,
penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan
jalinan kerjasama antarabangsa.