The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA SANSKRIT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 812-9-aishah, 2023-03-11 03:43:58

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA SANSKRIT

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA SANSKRIT

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN BAHASA SANSKRIT


Perkataan panca indera yang digunakan dalam sosial media 'Twitter' ini dieja dengan salah. Hal ini kerana panca indera perlu dieja rapat menjadi pancaindera. Panca dalam bahasa Sanskrit bermaksud lima. Oleh itu, pancaindera bermaksud lima deria. https://twitter.com/flash_poem/status/ 1631842341593153537?s=20 RUJUKAN:


Kesalahan imbuhan yang digunakan dalam ayat ini ialah seni wati. Imbuhan wati seharusnya dieja rapat dengan kata dasar. Oleh hal yang demikian, ejaan yang betul ialah seniwati iaitu membawa maksud bintang filem. RUJUKAN: https://twitter.com/didik_tepus/statu s/1231039051639160832?s=20


Kesalahan imbuhan yang digunakan pada rajah sebelah ialah pra sekolah. Ejaan yang betul bagi pra sekolah ialah prasekolah iaitu dengan merapatkan imbuhan pra dengan kata dasar sekolah. Prasekolah membawa erti tadika atau tabika. RUJUKAN: https://twitter.com/FadhlinaSiddiq/sta tus/1603595171702050816?s=20


Penggunaan perkataan dwi bahasa perlu dieja rapat menjadi dwibahasa. Dwi dalam bahasa sanskrit bermaksud dua. Oleh itu, dwibahasa bermaksud sifat seseorang individu yang boleh bertutur dua bahasa dengan baik. RUJUKAN: https://twitter.com/nouwhee/status/163 3408924727775234?s=20


Rajah di sebelah mempunyai kesalahan penggunaan imbuhan. Ejaan perkataan tata cara adalah salah kerana ia tidak dirapatkan. Tatacara bermaksud langkah atau prosedur untuk melakukan sesuatu perkara. RUJUKAN: https://twitter.com/HeniHertiyanti/stat us/1631508847000174592?s=20


Kesalahan imbuhan pada rajah tersebut ialah pasca merdeka. Mengikut hukum imbuhan bahasa Sanskrit, imbuhan awalan pasca perlu dieja rapat dengan kata dasar dibelakangnya. Oleh hal yang demikian, ejaan yang betul bagi pasca merdeka ialah pascamerdeka. Maksud pascamerdeka ialah era selepas berlakunya peristiwa merdeka. RUJUKAN: https://twitter.com/ShazwanZdainal/status/1418552 786208264192?s=20


Terdapat kesalahan imbuhan pada rajah tersebut. Imbuhan maha seharusnya dieja jarak dengan mulia kerana mulia merupakan kata adjektif. Hal ini berbeza dengan penggunaan imbuhan maha diikuti dengan kata nama. Contohnya, mahakarya perlu dieja rapat. RUJUKAN: https://twitter.com/TheHolyQuran247/status/16 33085760814587905?s=20


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version