INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2)
BMMB 1144
KESANTUNAN BERBAHASA
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NUR AISHAH BINTI RASID
NO. KAD PENGENALAN 030807-03-0348
ANGKA GILIRAN 2021192310143
KUMPULAN
PPISMP H6 AMBILAN 2021
TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK
NAMA PENSYARAH ZANARIAH BINTI HAMID
TARIKH HANTAR 3 APRIL 2021
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
Sahabat Pemburu dan Harimau
Di sebuah kawasan perkampungan, tinggal seorang pemuda yang bernama
Arif. Kerjanya hari-hari memburu binatang di dalam hutan sebagai pencarian
rezekinya. Arif amatlah bekerja keras sehinggakan dia kebiasaannya masuk ke
hutan pada waktu pagi dan pulang pada petang hari. Jika nasibnya untung, maka
pulanglah Arif ke rumah dengan membawa hasil seperti ayam hutan, arnab
mahupun kancil. Pada suatu hari, Arif pergi ke hutan pada awal waktu berbeza
daripada hari sebelumnya ini. Dia membawa alatan untuk memburu berserta dengan
sedikit bekalan makanan untuk dibuat alas perut ketika di dalam hutan nanti.
Setelah hampir tiga jam berlalu, dia masih tidak dapat menangkap apa-apa.
Setelah penat merayau di dalam hutan, Arif kemudiannya membuat keputusan untuk
berhenti beristirahat sebentar.Arif mencari tempat yang sesuai untuk dia berehat
namun alangkah terkejutnya dia apabila melihat seekor harimau yang terperangkap
di bawah serawan jaring. Harimau itu kelihatan lemah dan tidak berdaya. Terkejut
dengan apa yang dilihatnya, Arif cuba melarikan diri, namun kakinya tidak mampu
digerakkan.
Sedar akan kewujudan manusia di sekitarnya, harimau itu mula berkata,
"Wahai manusia, aku tahu hati kau mulia. Maka bukakanlah jaring ini dari badanku".
Mendengar harimau itu bercakap, membuatkan Arif dalam ketakutan. Hampir sahaja
dia pengsan di situ, sebelum Sang Harimau itu menyambung lagi katanya, "Aku tahu
kau takut melihat aku namun, masihkah kau berfikir aku akan membaham kau
dengan keadaan yang tidak berdaya ini?”
Melihat Arif yang masih lagi terkaku, tidak bergerak, Sang Harimau
menyambung lagi, "Beginilah, sekiranya kau melepaskanku, aku berjanji akan
membantu kau. Ungkap saja apa yang kau mahu, akan aku tunaikan”. Setelah diam
beberapa seketika, Arif akhirnya membuka mulutnya. "Baiklah, aku akan membuka
jaring ini.Tetapi dengan satu syarat, kau perlu menemani aku setiap kali pergi
memburu", ujar Arif.
Sang Harimau kemudiannya bersetuju dan mengarahkan Arif segera
membuka jaring berkenaan sebelum pemburu tiba. Selesai membuka jaring
tersebut, Arif dan Sang Harimau segera melarikan diri dari tempat berkenaan.
Setelah berlari agak jauh, mereka pun berhenti. Dalam keadaan ketakutan dan ragu-
ragu, Arif menanyakan soalan kepada Sang Harimau itu. “Bolehkah aku bertanyakan
sesuatu? Ujar Arif. Sang Harimau menoleh kepalanya sambil berkata, “ya, apakah
yang kau mahu tanyakan kepadaku?” “Bolehkah aku percaya dan berpegang
kepada janji kau?” tanya Arif. Sang Harimau dengan tersenyumnya mengangguk
tanda boleh.
Sejak hari itu, Arif memburu bersama-sama Sang Harimau. Setiap pagi, dia
akan masuk ke hutan untuk memburu bersama Pak Belang itu dan hasil buruan itu
dibahagikan sama rata antara mereka. Aktiviti pemburuan mereka bertambah
seronok kerana hasil tangkapan mereka semakin meningkat.
"Wah tidak pernah aku sangka, bahawa memburu dengan seokor harimau
akan membawa tuah kepadaku. Hasil tangkapan buruanku semakin meningkat dari
hari ke hari. Terima kasih wahai harimau", ucap Arif setelah berjaya menangkap dua
ekor kancil pada satu hari yang sama. "Sama-sama. Tetapi aku juga harus
mengucapkan terima kasih kepadamu kerana telah menolong melepaskanku
tempoh hari dan juga kerana sudi mempelawa aku memburu bersamamu", balas
Sang Harimau. "Jikalau begitu, mahukah kau bersahabat denganku? Dengan cara
ini, kita akan saling berjanji untuk menjaga antara satu sama lain", ujar Arif. "Iya,
sudah tentu! Semestinya aku mahu. Inilah kali pertama aku bersahabat dengan
manusia, dan siapa sangka kau telah banyak membantuku", kata Sang Harimau
teruja. Bermula dari saat itu, Arif dan Sang Harimau bersahabat baik sehinggakan di
mana sahaja Arif pergi, pasti Sang Harimau akan menemaninya.
Arif dan sahabat harimaunya itu setiap hari akan berjumpa di tepi tasik
sebelum pergi memburu pada setiap pagi. Di situlah tempat biasa mereka
bersarapan dan berehat. Arif selalunya akan membawa sedikit bekalan makanan
kepada Sang Harimau. Arif berasa seperti satu tanggungjawab baginya untuk
memberi Sang Harimau makan setiap hari. Kadang kala Arif sanggup memberi
semua hasil tangkapan buruan mereka bersama kepada Sang Harimau. Kasih
sayang Arif terhadap sahabatnya amatlah besar sehingga Arif menganggap Sang
Harimau sebagai ahli keluarganya sendiri.
Pada satu hari, Arif tidak begitu sihat untuk memburu di hutan. Walaupun
demikian, Sang Harimau tidak tahu akan berita tersebut. Sang Harimau setia
menunggu Arif selama beberapa hari di tepi tasik. Setelah seminggu hari tiada
khabar berita dari sahabatnya itu, Sang Harimau membuat keputusan untuk mencari
Arif. Maka berjalanlah Sang Harimau sehingga tiba di sebuah kawasan
perkampungan. Ketibaan Sang Harimau di kampung itu disambut dengan jeritan
orang kampung. Suasana kampung bertukar kalut setelah orang kampung melihat
Pak Belang. Ada yang berlari untuk menyelamatkan diri dan ada yang mencari
senjata untuk melawan Sang Harimau. Sang Harimau yang keliru dan turut terkejut
dengan situasi itu cuba melarikan diri, namun malangnya badannya tertusuk lembing
yang dilempar oleh orang kampung. Sang Harimau yang tidak berdaya, rebah ke
tanah.
Suasana bising di luar menarik perhatian Arif untuk menjengah jendela
rumahnya. Alangkah terkejutnya Arif apabila mendengar khabar seekor harimau
telah dibunuh orang kampung. Arif yang masih dalam keadaan lemah berlari ke arah
tempat kejadian. Ternyata apa yang disangkanya memang benar terjadi. Sang
Harimau, sahabatnya, kelihatan lesu tidak bermaya ditikam oleh penduduk
kampung. Arif terus memeluk Sang Harimau dan menangis. Arif meminta maaf
kepada Sang Harimau kerana telah memungkiri janji mereka, iaitu untuk saling
menjaga antara satu sama lain. Orang kampung yang melihat keadaan itu terkejut
dan cuba melarang Arif, namun dia tidak mempedulikan orang di sekelilingnya dan
terus menangis di samping sahabat hutannya itu.
Kini, tiada lagi teman Arif untuk memburu. Walaupun Arif redha dengan
ketentuan Tuhan kerana dia percaya akan setiap pertemuan pasti akan ada
perpisahan namun, Arif juga sentiasa dihurung rasa bersalah terhadap Sang
Harimau. Begitulah berakhirnya persahabatan antara dua makhluk Tuhan yang
berbeza. Situasi ini bersesuaian dengan pepatah Melayu yang mengatakan burung
pipit sama enggang, mana boleh sama terbang yang bermaksud perhubungan atau
perjodohan yang tidak sama padan, manakan boleh selamat.
Pergi ke kebun mencari delima,
Elok dipetik di pohon redup,
Suka duka dilewati bersama,
Menjadi kenangan pada yang hidup.
Jenis Kesantunan yang terdaapt dalam cerita
Kesantunan verbal Kesantunan non-verbal
1) Penggunaan bahasa halus 1) Sang Harimau bertoleh kepala
Contoh: apabila berbicara dengan Arif
• Terima kasih
2) Kata ganti nama
Contoh:
• Aku
• Kau
Kesantunan lisan:
• Arif meminta izin dahulu sebelum bertanyakan soalan kepada Sang Harimau.