The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 812-9-aishah, 2021-11-15 10:58:51

e portfolio tugasan 2

e portfolio tugasan 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)

BMMB1074
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NUR AISHAH BINTI RASID
NO. KAD PENGENALAN 030807-03-0348
ANGKA GILIRAN 2021192310143
KUMPULAN
PPISMP AMBILAN JUN 2021

TAJUK TUGASAN E PORTFOLIO TUGASAN 2

NAMA PENSYARAH BADRUL HISHAM GHAZALI
TARIKH HANTAR 15 NOVEMBER 2021
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS

1

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan……………………………………………………………………………3
2.0 Perkembangan sistem ejaan rumi mengikut kronologi……………………….3
2.1 Ejaan yang tidak bersistem…………………………………………………………3
2.2 Ejaan yang bersistem………………………………………………………………..6
3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan
sistem ejaan rumi…………………………………………………………………………8
4.0 Cabaran sistem ejaan rumi pada masa kini…………………………………….8
5.0 Penutup………………………………………………………………………………..9

Rujukan………………………………………………………………………………..11

2

1.0 PENGENALAN

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu mengalami banyak rintangan dan memerlukan usaha
ramai pihak sebelum wujudnya sistem ejaan yang digunakan kita pada hari ini. Tulisan Kawi,
Batak, Lampung dan Rencong telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Kepulauan
Nusantara sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara.Namun begitu,sistem
ejaan rumi mempunyai lebih banyak kajian kerana penggunaan tulisan-tulisannya yang
melibatkan ramai masyarakat pada hari ini.

2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI

Seorang kapten tentera Portugis (TM 1516) iaitu David Barbosa mencatatkan kekata bahasa
Melayu sudah dituliskan dalam bentuk Latin (rumi).Ejaan Portugis juga dikatakan
mempunyai bunyi kekata yang sama dengan kekata Melayu yang terjadi secara
kebetulan.Beberapa perkataan Melayu yang dikumpul oleh David Barbosa mempunyai
kepentingannya sendiri seperti mengembangkan agama Kristian, pemerintahan,ketenteraan
dan untuk memerangi agama Islam.Sejarah tulisan Melayu sebenarnya sudah terkesan
sekitar seribu tiga ratus tahun yang lalu.

Antara bukti wujudnya penggunaan lambang-lambang dalam bahasa Melayu dengan
terjumpanya batu-batu bersurat:

A) di Kedukan·Bukit, Palembang (TM 683),

B) di Talang Tuwo, dekat Palembang (TM 684),

C) di Kota Kapur, Pulau Bangka (TM 686), dan

D) di Karang Brahi, Meringin, Ulu Jambi (TM 686).

Perkembangan sistem ejaan rumi boleh dibahagikan kepada dua iaitu ejaan yang tidak
bersistem dan ejaan yang bersistem.

2.1 EJAAN YANG TIDAK BERSISTEM

1) KAEDAH ANTONIO PIGAFETTA (TM 1521)

Antonio Pigafetta merupakan seorang perantau yang berbangsa Itali yang mengikut
Magellan.Beliau merantau seluruh dunia dari tahun 1519 sehingga 1522. Sebanyak 426
(termasuk 54 kata bilangan) kekata Melayu yang dikumpul Pigafetta mengikut kaedah
sebutan Itali dan tertulis dalam aksara rumi. Menurut Harun Aminurrashid (1966), kekata
Melayu atau kamus Melayu pertama yang konkrit merupakan bukti penyusun daftar kekata
Pigafetta.Walau bagaimanapun, terdapat juga sumber yang mengatakan senarai kata-kata

3

Melayu-Cina yang dikumpulkan antara TM 1403 hingga 1511 merupakan daftar kata tertua
(Nik Safiah Abdul Karim & Zahrah Buang, 1970).
Terdapat banyak contoh kumpulan kekata yang berbeza dengan kumpulan kekata bahasa
Melayu pada masa sekarang.Huruf seperti R,S,J,K,H,E,NG,NY DAN HI mempunyai
beberapa huruf lain yang menggambarkan huruf berikut.
2) KAEDAH CORNILES DE HOUTMAN (TM 1598)
Cornelius de Houtman merupakan seorang angkatan Belanda yang membuat hubungan
perniagaan dengan raja-raja Melayu.Raja Bentan pernah mempenjarakan Houtman
disebabkan oleh tingkah lakunya.Apabila Houtman pulang ke Belanda, Houtman medapat
idea untuk menyusun kamus Melayu.Daftar kata Melayu Houtman banyak mempunyai
bahasa kasar yang pada dasarnya mungkin menggambarkan sifat Houtman yang
sebenar.Contoh perkataan yang digunakan Houtman ialah baccalays (berkelahi), dusta
(dusta), arac (arak), baccar (bakar) dan lain-lain lagi.
3) KAEDAH THOMAS BOWERY (TM 1701)
A Dictionary English and Malayo dan Malayo and English merupakan kamus Melayu-
Inggeris dan lnggeris-Melayu yang pertama dikeluarkan oleh Thomas Bowery.Selama 19
tahun Bowery menggembara alam Melayu.Antara beberapa kumpulan perkataan yang
diterbitkan oleh Bowery ialah seperti berikut:
Bunyi Y digantikan dengan huruf E:
Eang - Yang
Poonea - Punya
Nea - Nya
Bunyi U digantikan dengan 00:
keroot - karut
googoor – gugur
etoo – itu
Bunyi E (pepet) digantikan dengan A:
salang - selang
karoot - kerut

4

sasat – sesat

4) KAEDAH W. MARSDEN (TM 1812)

A Grammar of The Malayan language pada tahun 1812 merupakan buku yang ditulis oleh
sarjana Inggeris iaitu W.Marsden yang dipercayai buku yang pertama membincangkan soal
ejaan bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1980). Hikayat Abdullah, karya Abdullah Munsyi
adanya tercatat hasil tulisan Marsden.Penggunaan vokal 00 bagi menggantikan vokal U
antara kekata yang menarik diperkatakan tentang cara pengejaan Marsden.Contoh:

Kamoo - kamu

Booloo - bulu

goo goo - gugur

5) KAEDAH L'ABBE P. FAVRE (TM 1876)

Mengikut kajian, seorang bangsa Perancis iaitu Favre telah menghasilkan buku tatabahasa
Melayu yang bertajuk Grammaire de Ia Langue Malaise pada tahun 1876.Favre mengatakan
bahawa bahasa Afrikaan terutama di Malagasi juga menggunakan kekata Melayu kerana
dipercayai terdapat keturunan Melayu yang telah berhijrah ke situ sejak beberapa abad yang
lalu. Ejaan rumi Belanda terbukti telah digunakan oleh bahasa Afrikaan kerana terdapat
persamaan seperti bunyi C dilambangkan dengan TJ dan bunyi U dilambangkan dengan
OE.

Selain itu, Favre juga mencatat bahawa bahasa-bahasa di Eropah dan Afrikaan
banyak diserap oleh perkataan Melayu contoh seperti camphor (kapur), proa (perahu),
paddy (padi) dan lain-lain lagi.Daripada apa yang dilihat dengan penulisan Favre,Favre
gemar menggunakan lambang-lambang sebagai penggantian huruf.

6) KAEDAH H VON DE WALL DAN H N VANDER TUUK (TM 1877)

Kamus Melayu- Belanda yang dikeluarkan di antara tahun 1877 - 1888 dipercayai disusun
oleh H von de Wall dan H N van der Tuuk.Kamus ini ditulis di Batavia.Kedua-dua penulis ini
menggunakan OE untuk bunyi U,TJ untuk bunyi C dan WA untuk bunyi A (yang bukan awal
kata).

7) KAEDAH D J PIJNAPPEL (1833)

Pada tahun 1833, kamus bernama Malay-Dutch Dictionary telah disusun oleh D J
Pijnappel.Contoh perkataan yang ditulis dalam kamus Pijnappel ialah kerris ejaan sebenar
keris dan makka ejaan sebenar maka.

5

8) KAEDAH C KLINKERT (1855)

Seorang lagi bangsa Eropah, Klinkert juga menyusun kamus Melayu-Belanda.Klinkert
membawa kelainan dalam kaedah ejaannya kerana penggunaan sempang pada
pertengahan perkataan.Antara contohnya ialah sa-malam yang digantikan semalam, sa-
kalian yang digantikan sekalian dan sa-gala yang digantikan segala.

9) KAEDAH W G SHELLABEAR (1899)

Salah satunya penulis yang bekerja sebagai paderi ialah W G Shellabear.Kamus setebal
600 halaman telah disusun oleh Shellabear pada tahun 1899.Sebuah buku tatabahasa juga
berjaya disusun oleh Shellabear yang berjudul 'A Practical Malay Grammar'. Penyusunan
buku 'Malay-English Vocabulary’ pada tahun 1902 merupakan sumbangan terbesar
Shellabear dalam memperkembangkan bahasa Melayu.Sebanyak 7000 patah perkataan
terkandung dalam buku tersebut hasil daripada golongan kata makanan, masakan, pakaian
dan sebagainya.

2.2 EJAAN YANG BERSISTEM

Pada awal kurun ke-20, pengenalan sistem ejaan lama di Indonesia sehingga yang baru
telah diperkenalkan oleh CH. van Ophuysen.Pada tahun 1972, Malaysia dan Indonesia
bersetuju untuk mengambil sistem ejaan baru Ophuysen.Ejaan yang bersistem dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Sistem Ejaan sebelum Perang Dunia kedua.

Sistem Ejaan selepas Perang Dunia Kedua.

EJAAN RUMI SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA (1900 - 1942)

Sistem ejaan sebelum perang dunia kedua sekitar tahun 1900 hingga 1942 mempunyai
empat sistem ejaan.Pertama ialah sistem ejaan CH, Van Ophusyen (1900).Ophusyen telah
diminta oleh pemerintah Indonesia untuk menyusun ejaan Melayu menggunakan aksara
Latin.Hal ini kerana, penulisan rumi Melayu di Indonesia tidak selaras bagi kegunaan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Hindia Belanda (Indonesia).Ophusyen
berjaya menyusun buku berjudul Kitab Loghat Melajoe' dengan bantuan Engku Nawawi
(Soetan Ma'moer) dan Moehammad Taib Soetan Ibrahim pada tahun 1901.Pada tahun
1926, sistem ejaan Ophusyen mendapat bentuk yang tetap setelah mengharungi
pembetulan dan pembaikian yang banyak.

Sistem ejaan yang seterusnya ialah sistem ejaan R J Wilkinson pada tahun 1902
yang pada masa itu Wilkinson merupakan pegawai pemerintah lnggeris.Kejayaan Wilkinson

6

dalam menyusun sebuah kamus berjudul 'Malay-English Dictionary' setebal 1300 halaman
merupakan kejayaan terbesarnya.Pemerintah pada tahun 1902 memberi arahan kepada
Wilkinson untuk memperkenalkan sistem ejaannya kepada persekolahan Melayu di negeri-
negeri Melayu Bersekutu. R 0 Winstedt (1914), pernah menulis dalam bukunya iaitu 'Malay
Grammar', pengejaan 'tuan', bukannya 'tuwan' dan 'ia', bukannya 'iya' telah dipertahankan
oleh Wilkinson.Menurut Wilkinson, fungsi huruf alif memberi makna berbeza dalam ejaan
tuwan dan iya.

Seterusnya, sistem ejaan Za,ba (1933) yang dikenali sebagai sistem ejaan
Sekolah.Sistem ejaan Wilkinson diperbaiki oleh Za’ba. Huruf-huruf saksi seperti i a, e, i, o
dan u terkandung dalam sistem ejaan Za’ba yang sebelum ini digunakan oleh Wilkinson.

Ejaan yang bersistem terakhir bagi zaman sebelum perang dunia kedua ialah sistem
ejaan Fajar Asia yang diperkenalkan pada tahun 1943.Sistem ini diberi nama sedemikian
kerana pemerintah tentera Jepun memperkenalkan sistem ejaan Fajar Asia dalam majalah
Fajar Asia.Sistem ejaan ini menggunakan semua vokal Ophuysen selain daripada oe
digantikan dengan u.

EJAAN RUMI SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA

Terdapat empat sistem ejaan rumi selepas perang dunia kedua.Pertama ialah sistem ejaan
Soewandi pada tahun 1947.Sistem ejaan ini dikuatkuasakan pada 19 Mac 1947 dan dikenali
sebagai sistem ejaan Republik. Kongres Bahasa Indonesia (1938) berhasrat bahasa
Indonesia lebih banyak dikenali diseluruh negara dengan adanya sistem ejaan Soewandi
ini.Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), ejaan Soewandi ini sebenarnya hampir sama
dengan ejaan Ophnysen.

Kedua ialah sistem ejaan Kongres yang diperkenal pada tahun 1957. Angkatan
Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya membentangkan
dua kertas kerja sebelum tercapainya sistem Ejaan Kongres.Satu kajian yang panjang telah
diadakan oleh Kongres II sebelum menjadikan ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi bahasa
Melayu.Selepas itu, berlaku pula Kongres III iaitu bertujuan untuk menyeragamkan ejaan.

Seterusnya sistem ejaan Melindo yang diwujudkan atas desakan pengguna bahasa
yang ingin menyelaraskan dan menghalusi sistem ejaan Kongres.Pada 7 Disember 1957,
hasrat tersebut tercapai selepas sidang pertama antara jawatankuasa Ejaan Rumi Baru
Persekutuan dengan Jawatankuasa/Panitia Ejaan (Indonesia) dilakukan.Ejaan Kongres
yang sebenarnya belum dilahirkan lagi atas sebab-sebab tertentu.Jika ejaan Kongres
diterbitkan, semua risalah ejaan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1958)

7

perlu dilihat semula beserta dengan report sementara Jawatankuasa Ejaan Rumi Baharu
Persekutuan Tanah Melayu 1959.

Akhir sekali ialah sistem ejaan Baru pada tahun 1972.Sistem ejaan Baru merupakan
sambungan kepada sistem ejaan Melindo yang tidak dapat dilakukan kerana konfrantasi
antara Malaysia dan Indonesia.Selepas rundingan dilakukan beberapa kali, sistem ejaan
Baru yang berada di Malaysia dan sistem ejaan yang disempurnakan di Indonesia telah
rasmi digunakan pada 16 Ogos 1972.

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI

Dewan Bahasa dan Pustaka membawa peranan besar dalam membakukan ejaan
dan sebutan rumi.Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan dasar bahasa yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan
peringkat institusi pengajian tinggi.DBP berjaya menubuhkan banyak Jawatankuasa Istilah
(JKI) untuk kepentingan tertentu seperti mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah
bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan.Kejayaan ini dibantu juga oleh
institusi pengajian tinggi awam.

Seterusnya, DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.Kita
semua tahu bahawa masyarakat kita pada masa kini banyak menggunakan bahasa atau
perkataan Melayu yang tidak betul sama ada dalam penulisan atau percakapan.Hujah ini
dapat diperkuatkan lagi apabila risalah-risalah ataupun poster-poster promosi yang
diedarkan di kompleks beli-belah juga mempunyai penggunaan bahasa Melayu yang tidak
betul.Dengan adanya DBP, penggunaan bahasa seperti ini dapat dibendung sedikit demi
sedikit disamping dapat mengekalkan keaslian bahasa kebangsaan kita.

Di samping itu, sebagai penggalak bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang
cekap dan berkesan dalam semua bidang.Sebelum ini, terdapat masyarakat yang berfikiran
bahawa hanya bahasa Inggeris yang bersifat maju dan saintifik.Segelintir masyarakat lupa
bahawa bahasa Melayu dan sistem ejaannya pernah menjadi lingua franca pada zaman
dahulu.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan, bahasa untuk golongan
agama dan bahasa untuk golongan pemerintah.DBP berperanan dalam memajukan dan
memperingatkan semula masyarakat tentang kejayaan bahasa Melayu pada zaman dahulu.

4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI

4.1 Bahasa Inggeris sebagai persaingan besar

8

Negara Malaysia pada masa kini tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyak
terpengaruh dengan bahasa Inggeris yang datangnya dari televisyen, sosial media dan
sebagainya.Dalam erti kata lain, sistem ejaan rumi kita terpaksa bersaing dengan kehadiran
sistem ejaan bahasa Inggeris.Perkara ini sebenarnya sukar untuk diatasi kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa Internasional dan sering digunakan di serata tempat.Perkataan
dalam bahasa Inggeris telah banyak diserap masuk dalam sistem ejaan bahasa Melayu
seperti message (mesej), activity (aktiviti) dan catalog (catalog).

4.2 Tanggapan negatif masyarakat terhadap bahasa Melayu

Masyarakat kita pada masa kini sudah hilang kepercayaan kepada kejayaan sistem
ejaan rumi.Mereka menggangap bahawa sistem ejaan bahasa Inggeris lebih bagus daripada
sistem ejaan rumi.Masalah ini telah mempengaruhi minda para pelajar yang menganggap
bahasa Melayu hanya perlu dipelajari atas dasar peperiksaan sahaja. Apabila dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
dilaksanakan pada tahun 2003, pemikiran negatif masyarakat terhadap sistem ejaan rumi
makin meningkat.

4.3 Penggunaan bahasa SMS

Seperti yang kita tahu, dunia mengalami perkembangan yang amat pesat jika
dibandingkan dengan zaman dahulu.Oleh itu juga, pengaruh teknologi semasa seperti
penggunaan bahasa singkatan dalam sistem mesej singkat (SMS) telah mencemar ejaan
rumi kita.Antara contoh bahasa SMS yang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini
ialah “yg” (yang), “dr” (dari), “mkn” (makan) dan sebagainya.Masalah ini perlu kita atasi
kerana keindahan bahasa Melayu kita hilang apabila adanya penggunaan bahasa SMS
ini.Pelajar sekolah juga sering menggunakan bahasa SMS ini secara sengaja atau tidak
sengaja dalam penulisan mereka yang secara tidak langsung dapat mempengaruhi markah
akademik mereka.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa sistem ejaan rumi kita yang gunakan pada masa
sekarang mengalami banyak cabaran sebelum boleh kita gunakan.Sejarah perkembangan
sistem ejaan rumi hendaklah kita ketahui supaya sikap yang lebih bersyukur dan saying
akan bahasa dapat kita semai dalam diri.Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu
dalam menyemarakkan semula sistem ejaan rumi dan bahasa Melayu kita agar dapat
berkembang ke serata dunia.Tanpa usaha masyarakat, tidak terjadinya juga hasrat negara
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Internasional.Apa gunanya jika kita saling

9

menyuruh orang lain dan tidak bergerak dalam pakatan kerana ini sama sekali tidak
memberi keuntungan kepada kita.

10

RUJUKAN

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu. The Malay Language
Council. 8(2), 23-51. https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18302/1/Sekata-8-

2- 23.pdf

Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. The
Malay Language Council. 9(1): 28-48.

https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf

Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin. (2018). Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam

Memartabatkan Bahasa Melayu.

https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan- dewan-bahasa-dan-pustaka.html

Noor Izzati Abdul Hanid. (2021). Isu dan Cabaran Bahasa Melayu Masa Kini.
https://www.scribd.com/embeds/246113389/content?start_page=1&view_mode=scro

ll&ac cess_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

11

12


Click to View FlipBook Version
Previous Book
PQS TINGKATAN 4 PELAJARAN 18 MEMANFAATKAN NIKMAT SIHAT DAN MASA LAPANG
Next Book
Social Policy in Africa Conference