Umar Dan Kasut Bolanya
Senarai watak Umar Ibu Umar Encik Yusuf
1 Di sebuah rumah yang usang, Umar tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Umar seorang yang sangat jujur.
2 Hobi Umar adalah bermain bola sepak bersama rakannya pada waktu petang.
3 Umar selalu berasa sedih kerana dia tidak memiliki kasut bola seperti rakan- rakannya.
4 Namun Umar tidak pernah meminta ibunya membelikan kasut bola buatnya.
5 Umar faham bahawa ibunya tidak mempunyai wang. Oleh itu, Umar selalu menabung wang sakunya untuk membeli kasut bola.
6 Suatu hari, Umar mengira wang yang ditabungnya. Wang tersebut sudah cukup untuk membeli kasut bola.
7 Umar mengajak ibunya ke kedai untuk membeli kasut bola tetapi ibunya demam.
8 Umar ingin memasak bubur untuk ibunya tetapi beras mereka sudah habis.
9 Umar membeli ubat dan beras menggunakan wang simpanannya itu.
Kedai Kasut 10 Umar sempat singgah di kedai kasut bola sebelum pulang ke rumah. Pemilik kedai iaitu Encik Yusuf memerhatikan gelagat Umar.
11 Dalam perjalanan pulang, Umar menjumpai sebuah dompet di tepi jalan.
12 Umar mengambil dompet tersebut dan mendapati ia milik Encik Yusuf.
13 Umar mengembalikan dompet tersebut kepada Encik Yusuf. "Terima kasih Umar!" , kata Encik Yusuf kepada Umar. Terima kasih Umar !
14 Oleh kerana sikapnya yang jujur, Encik Yusuf menghadiahkannya sepasang kasut bola.
15 Umar berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada Encik Yusuf. Terima kasih Encik Yusuf! Saya sangat suka kasut ini.
Bertanggungjawab Baik hati Berterima kasih Nilai utama : Kejujuran Kita mestilah bersikap jujur dengan tidak mengambil hak orang lain. Kita mestilah mengucapkan terima kasih jika diberi sesuatu. Nilai Pengajaran
Di sebuah rumah yang usang, Umar tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Umar suka bermain bola sepak bersama rakannya. Umar menabung wang sakunya untuk membeli kasut bola. Namun wang tersebut terpaksa digunakan untuk membeli barang lain. Adakah Umar berjaya mendapatkan kasut bola yang diinginkan? Sinopsis