The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizanhafizan40, 2022-06-11 12:15:32

tragedi 13 mei:punca dan pengajaran

E-FOLIO [ KUMPULAN 1] (2)

MPU 21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN

TRAGEDI 13 MEI : PUNCA DAN PENGAJARAN

MUHAMMAD HAFIZAN HAIRUL ZAMRI (02DEE21F1002)

NURUL NATASYA NABYLA BINTI ABDUL RAZAK (02DEE21F1030)

NATASYA SURAYYA BINTI MD ALI (02DEE21F1038)

AHMAD AL-AMIN BIN ZULHILMI (02DEE21F1058)

MUHHAMMAD HAZIQ FAHMI BIN MOHD ZAINUDDIN (02DEE21F1066)

ISI KANDUNAGAN

PENGENALAN 1-2
LATAR BELAKANG 3-5
KRONOLOGI TRAGEDI 13 MEI 6-12
PUNCA PUNCA TRAGEDI 13 MEI 13-15
PENGAJARAN 16-17
RUMUSAN 18-19
RUJUKAN 20

PENGENALAN

Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu
tragedi berdarah yang banyak meninggalkan
kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku
secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang
spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan
kepada sebabsebab atau peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya.Kesan pendudukan Jepun di
Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang
turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei .
Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris
juga boleh dilihat sebagai punca kepada
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh
Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan
lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak
meninggalkan kesan yang negetif terrhadap
masyarakat Melayu khasnya dan golongan
bumiputera amnya.Ekonomi adalah bukti yang
jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan
suatu kesan yang nyata selepas penjajahan
British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan
oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha
bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan
ekonomi dan hubungan antara kaum di
Malaysia.Kesimpulannya, kejadian ini telah
menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan
kerajaan telah mengambil tindakan untuk
meningkatkan ekonomi terhadap kaum melayu.

LATAR BELAKANG

Semasa kempen Pilihan Raya 1969,calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan
parti pembangkang,telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu) ,kedudukan istimewa orang melayu sebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu . Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang
ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969,Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO ,MCA, dan MIC gagal
memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka.
Jumlah kerusi yang dimenangi oleh Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun
daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif
Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11
MEI 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk
menimbulkan isu perkauman. Namun, terdapat segelintir pengikut
perarakan telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan
isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan raya sekitar
bandaraya Kuala Lumpur. Perarakan berturut-turut dijalankan pada 12
MEI 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu , melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak
pembangkang yanag sebahagian besar dari kaum Cina dari Parti Tindakan
Demokratik dan Gerakan yang menang ,mendapatkan permit polis bagi
perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapakn di Kuala Lumpur .
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui Kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.

Sesetengah penunjuk perasaan membawa
penyapu,kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur,
sementara yang lain meneriak slogan mengenai
tenggelamnya kapal Perikatan dan logo perikatan. Ia
berlarutan hingga 13 MEI 1969 sebelum Parti Gerakan
mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 MEI
1969 di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar
Selangor, Dato’ Harun Idris telah mengumumkan
bahawa perarakan balas raikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 MEI 1969.

KRONOLOGI

Perarakan kematian seorang cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya turut
berlaku. Di Jinjang, Kepong,kematian seorang Cina akibat sakit tua
diarak sepanjang jalan dgn kebenaran polis. Namun perarakan
kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya
dengan menghina orang Melayu. Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye
selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahlinya
melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tetapi permohonan maaf sudah terlambat

Rumah Menteri Besar Selangor dan rusuhan pertama

Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan
Gerakan. Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan
bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak
polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Baru iaitu kampung
terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana
terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ.
Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan
ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti
"Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri
bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu". Orang Cina juga
dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk
menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur.

Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya
datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk
mengadakan perarakan balas dimana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang
majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang pegawai
polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak
telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada
serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan
segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas,
maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam
pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan
peristiwa 13 Mei ini telah pun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu. Peristiwa ini
dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau
Cina terhadap perjuangan komunis.

Rejimen Renjer Askar Melayu

Pasukan FRU dikeluarkan dari Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan
Kampung Baru dan askar dari digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya bangunan rumah kedai di sekitar Kampung
pasukan ini terdiri dari orang Melayu, Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain- terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar
lain turut menembak orang Melayu dan ini Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut
menyebabkan kemarahan orang Melayu masuk ke kedai emas Cina dan mengambil harta
semakin meluap-luap. Menurut laporan, benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut
ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh
berbangsa Cina. PemudaMelayu yang dan dicampakkan ke dalam lombong bijih
mempertahankan Kampung Baru mengamuk timah.Konon ada rakaman televisyen, beberapa
kerana merasakan diri merekaterkepung pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi
antara orang Cina dengan askar Rejimen lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga
Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke sekarang, tiada bukti yang sahih mengenai
arah rumah Menteri Besar Selangor. rakaman ini

Panggung Odeon

Pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku
Abdul Rahman. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh
penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina
tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton
yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut
mati dalam keadaan yang sangat mengerikan ini termasuklah 2 orang Askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu
dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan.
Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di
Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM . Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini
sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan bukanya perkauman. Pergaduhan tidak berlaku
di negeri lain seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, sudah
tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri
tersebut seperti di selatan Thai .Kesimpulanya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman,
kerana ia hanya terjadi selepas pilihan raya dan hanya melibatkan orang Melayu dan Cina di
Kuala Lumpur sahaja.

Angka Korban Di manakah Tunku Abdul Rahman?

Polis dan tentera sedang Ketika peristiwa 13 Mei 1969,
mengawal Panggung Odeon Tunku Abdul Rahman baru
yang menjadi sasaran pulang dari Alor Star
rusuhan. Angka rasmi meraikan kemenangan beliau di
menunjukkan 196 mati, 439 sana. Pada pukul 6.45 petang
cedera, 39 hilang dan 9,143 Encik Mansor selaku Ketua
ditahan. 211 kenderaan Polis Trafik Kuala Lumpur
musnah. Tapi ramai telah memaklumkan kejadian
menganggar ramai lagi pembunuhan kepada Tunku
yang dibunuh Abdul Rahman. Darurat
diisytiharkan pada jam 7.00
malam 13 Mei 1969.

Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Darurat diisytiharkan pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan MAGERAN telah dibentuk di bawah pentadbiran
Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh
orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum
Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca
kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan
majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis
berpaksikan negara komunis China. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku “Dilema Melayu”
(”The Malay Dilemma”) oleh Tun. Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan gandingan Tun. Dr Mahathir dan Anwar
Ibrahim memburukkan Tunku Abdul Rahman. Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil
bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan. Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura
dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama
orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri. Tahun 1969, pilihan raya diadakan semula dan
memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap
berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih
bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan ekonomi(hak-hak
keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula

PUNCA PUNCA 2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

1. Layanan Berat Sebelah Oleh ➢ Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan
Tentera Jepun konsep pecah dan perintah merupakan satu
tindakan yang berkesan dan telah menjadi
➢ Pada zaman pendudukan Jepun, punca wujudnya jurang antara kaum sama ada
masyarakat Tanah Melayu telah dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
dilayan secara berbeza-beza. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di
Masyarakat Cina umpamanya telah bandar-bandar menjalankan perniagaan
dilayan secara berbeza-beza.
Masyarakat Cina umpamanya telah ➢ Orang-orang Melayu tinggal di luar bandar
dilayan dengan begitu teruk oleh sebagai petani atau nelayan kecil.
tentera Jepun berbanding dengan
orang-orang Melayu. ➢ Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang .
➢ Keadaan ini berikutan Jepun yang
pernah berperang dengan China ➢ Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
sebelum ini menyebabkan perasaan masyarakat bumiputera khususnya Melayu
saling mendendami antara satu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak
sama lain masih segar dalam penglibatan ekonomi antara kaum dalam
ingatan. Layanan berat sebelah ini kegiatan ekonomi yang berbeza telah
telah menyemai perasaan menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka
permusuhan antara orang melayu tidak seimbang
dan cina.

3. Pertelingkahan Parti Politik 4. Latar belakang pendidikan
yang berbeza
➢ Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat
(Petir) atau PAP Singapura telah turut serta ➢ Latar belakang pendidikan
dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada yang berbeza juga telah
persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew dikaitkan sebagai punca yang
sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai membawa kepada meletusnya
pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan peristiwa 13 Mei.
raya itu .Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai ➢ Hal ini berlaku apabila sistem
sembilan orang . pendidikan yang wujud di
Tanah Melyu sebelum merdeka
➢ Bagaimanapun setelah Tunku membuat terbahagi kepada empat aliran
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan mengikut kaum iaitu sekolah
keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang Melayu, Cina, India dan
gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar Inggeris.
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan
orang-orang Melayu .

➢ Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf
bumiputera orang-orang Melayu turut
dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu

4. Perasaan tidak puas hati 6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
terhadap hak istimewa orang melayu
➢ Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya
➢ PAP telah secara lantang dalam menyumbangkan faktor kepada
menyuarakan rasa tidak puashati peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan
terhadap apa yang disebut kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah
sebagai hak istimewa orang perlembagaan Persekutuan telah dibentuk
Melayu dalam perlembagaan . yang antara lainnya menyatakan dengan
Mereka mendakwa hak kaum-kaum jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
lain telah diketepikan kononnya bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi
mereka telah tersisih daripada negara.
keadilan
➢ Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan
➢ Namun hakikat sebenarnya mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
kedudukan taraf ekonomi orang Inggeris dengan tujuan untuk
Melayu adalah terkebawah mengugurkannya daripada status bahasa
berbanding dengan kaum Cina rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang
diiktiraf sebagai bahasa rasmi

PENGAJARAN 2. Terima Kekalahan atau Kemenangan
Dengan Bersederhana
1. Jangan Keterlaluan dan Terlalu Emosi
Semua pihak seharusnya menerima
Tidak perlu bersikap yang keterlaluan kemenangan/kekalahan dengan cara
dalam memperjuangkan ideologi masing- yang bersederhana. Tindakan
masing sehingga mengikut emosi dan provokasi daripada satu pihak yang
amarah. Otak kita dikurniakan dengan lain hanya akan boleh mengundang
akal yang bijak untuk memikirkan kesan pelbagai lagi tindakan yang tidak
dan akibat daripada perbuatan kita. diingini. Oleh itu, tak kira sama ada
Berfikir lah sedalamnya jika berada kita kalah/ menang, konsep
dalam kawalan amarah, sebelum kita kesederhanaan perlulah dititik
bertindak. Sikap sebegini hanya beratkan. Jika difikir dengan otak
merugikan diri sendiri, malah lebih yang waras, tentu ada lebih banyak
teruk jika melibatkan orang lain juga. lagi cara untuk menyelesaikan
permasalahan dengan lebih bijaksana!

3. Perbaiki Hubungan Antara Kaum 4. Betapa Pentingnya Kesatuan

Tragedi ini juga membuka ruang muhasabah Satu perkara yang tak dapat nak
diri untuk semua pihak supaya memikirkan dinafikan adalah kepentingan untuk
sejauh mana hubungan antara kita sesama kita kita semua bersatu. Nampak benar
sebelum ini dan selepas ini. Seperti yang telah sekarang ini kita dah berpecah kepada
dikatakan, semua pihak harus hormat banyak kelompok yang hanya memikirkan
menghormati antara satu sama lain dan juga kepentingan peribadi sahaja. Kesatuan
seterusnya saling percaya mempercayai antara dikemudiankan. Mungkin kita dah lupa
satu sama lain. Tak mustahil ada pihak yang pada kisah seorang anak yang diajar
akan ambil kesempatan atas kelemahan kita, oleh bapanya tentang pentingnya
hingga "yang dikejar tak dapat, yang bersatu, dengan hanya menggunakan
dikendong berciciran". lidi. Ingat, jangan sampai dah tanah
tergadai, baru nak bersilat berpencak.

RUMUSAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai
sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan -
sempadan yang harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini
turut mencetuskan satu detik hitam dalam lipatan sejarah
negara kerana pertelingkahan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian
harta benda.
Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah
tersebut agar generasi akan datang tidak pernah tahu apa
yang berlaku pada 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur tetapi
msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan sejarah
tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita
seakan mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum
pula saling tuduh menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah
wujud riak-riak perbalahan melibatkan kaum. Cuma riak itu
belum menjadi gelombang.

Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei
dengan satu acara yang membolehkan seluruh rakyat negara
ini mengingatinya dengan harapan mereka tidak melakukan
perkara-perkara yang boleh berulangnya peristiwa hitam itu.
13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak
dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. Kita
seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan
semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa
muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk
mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolak
bandingnya.

Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya
upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami antara satu sama
lain dengan semangat persefahaman, hormat-menghormati agar
kita terus memelihara keharmonian dan keamanan negara.

RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
http://peristiwa13meipengajianmalaysia.blogspot.com/?m=1

http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1125.pdf


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Modul PPNK JUNI 2022
Next Book
Kajian 8 Buah Novel Tingkatan 4 dan 5