SK TANJONG BATU, TAWAU
MODUL PDPR
SEJARAH
TAHUN 4
DISEDIAKAN OLEH PANITIA SEJARAH
Objektif Pembelajaran
1. Menyatakan struktur masyarakat pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Standard Kandungan
5.1 Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka.
Standard Kandungan
5.1.1 Menyatakan struktur masyarakat Zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Masa
60 minit
Nota
Struktur masyarakat Kesultanan Melayu Melaka dapt dibahagikan kepada dua
golongan iaitu:
1. Golongan pemerintah
Sultan (Pemerintah tertinggi dalam negeri dan simbol perpaduan rakyat)
Pembesar (Dilantik oleh sultan untuk membantu pentadbiran negeri)
2. Golongan diperintah
Rakyat (Penduduk Melaka atau pengikut setia kepada sultan dan
pembesar)
Hamba (Orang suruhan sultan dan pembesar. Bilangan hamba
melambangkan ketinggian status dan kekayaan pemiliknya)
Setiap golongan mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Golongan pemerintah dan golongan diperintah memberikan sumbangan yang
sangat bermakna kepada pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Aktiviti 1
1. Murid melengkapkan dan melabelkan struktur masyarakat pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
Aktiviti 2
1. Murid membuka laman web youtube http://youtu.be/oqaiY_hJ2MM
2. Murid menjawab soalan kuiz di aplikasi google form http://gg.gg/KuizSejUnit8
Penilaian
SENARAI SEMAK PENILAIAN HASIL TUGAS MURID
Bil Nama 5.1 Tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka
5.1.1 5.1.2 5.1.3 K5.1.4 K5.1.5 K5.1.6