KENALI 5 FAKTA
HAIWAN DALAM
PERISTIWA HIJRAH
NABI.MUHAMMAD SAW
Cari 5 haiwan tersebut dan ‘klik’ untuk keterangan lanjut
Allah telah memerintahkan
labah-labah membuat
sarang sutera di pintu
masuk Gua Thur dimana
tempat Nabi SAW dan Abu
Bakar bersembunyi.
Bertujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin
Quraisy kerana dari segi logik akal tidak logik ada
orang di dalam gua jika sarang laba-labah tidak
rosak.
Allah memerintahkan dua ekor
burung merpati betina supaya
bertelur dan diam
mengeramkan telurnya di
hadapan pintu gua bagi
mengelirukan lagi kaum
musyrikin.
100 ekor unta telah ditawarkan oleh pemimpin
musyrikin Mekah kepada sesiapa yang berjaya
menjejaki Nabi Muhammad SAW.
Antara yang mengejar tawaran 100 ekor
unta ialah seorang lelaki bernama
Suraqah yang berjaya menjejaki Nabi
Muhammad SAW. Namun Allah menjadikan
kaki kuda Suraqah terbenam di dalam
pasir sehingga tidak dapat melepaskan
diri.
Suraqah berjanji melepaskan Nabi
SAW lalu nabi mendoakan dia dan
kudanya dilepaskan daripada
benaman pasir.
Mukjizat Nabi Muhammad SAW kepada
Kambing uzur kepunyaan Ummu Ma’bad yang
sudah pun uzur dan sakit tiba-tiba mampu
mengeluarkan susu kambing yang sangat
banyak.
Ummu Ma’bad ialah seorang wanita
budiman yang biasa memberi
makan dan minum kepada para
pedagang yang melalui khemahnya
di daerah Qadid.