The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN KUMPULAN ( BSS3173 PROSA MELAYU)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BSS3173 PROSA MELAYU, 2022-06-02 11:57:15

HIKAYAT HANG TUAH (Bab VII)

TUGASAN KUMPULAN ( BSS3173 PROSA MELAYU)

BSS3173
PROSA MELAYU

HIKAYAT

HANG TUAH

(BAB VII)

PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NORAZIMAH BINTI ZAKARIA

1. AHLI 4.

KUMPULAN;

3.

NURAISYA HUMAIRA NURUL NUR SYAZWANI
(D20201093377)
BINTI CHE ROSLI
5.
D20201093284

2.


ADDWEY JARATIN
(D20201094302)

JIDA MINSES NURUL IZURA
(D20201093421)
(D20201093337)

Maka Seri Betara pun bersiap-sedia untuk
menyambut Majlis Perkahwinan Raden Galuh Emas
Ayu dan Raja Melaka. Semua raja-raja dan adipati
bersama isteri dan anak-anak mereka datang. Maka
Patih Gajah Mada pun menghadap Sultan “Ya
Tuanku Paduka Betara, akan sekarang ini segala
raja-raja dan adipati yang takluk di bawah duli
Tuanku itu telah datanglah dengan segala isteri dan
persembahnya. Maka setelah mendengar sembah itu,
Seri Betara bertitah “Jika demikian, berlengkaplah
Patih Gajah Mada, kita hendak memulai pekerjaan
akan berjaga-jaga. Patih Gajah Mada pun
mengerahkan segala raja-raja dan adipati yang
datang untuk berhimpun dengan bunyian daripada
gendang, serunai, medali, nafiri, samping, sekati dan
ceracap.

Semua raja-raja yang berhimpun mendengar
titah yang diberikan oleh Seri Betara melalui
Patih Gajah Mada. Maka setelah itu raja-raja
pun berlengkaplah persembahan emas belanja
akan Seri Betara iaitu emas tujuh bahara, kain
tujuh peti, perempuan dayang-dayang tujuh
puluh yang sangat cantik dan baik rupanya,
kain bersuji, tepi tujuh helai dan pelbagai lagi
barang yang dipersembahkan dari pihak Raja
Melaka. Rombongan tersebut telah diketuai
oleh Tun Utama, Patih Kerma Wijaya, Tun Bija
Sura dan Tun Ratna Diraja dengan diiringi oleh
perarakan orang yang sangat ramai.

Persembahan itu pun sampailah ke dalam istana
sewaktu Seri Betara sedang dihadap oleh ramai raja-
raja dan adipati. Keempat-empat pegawai tersebut
mengiringi persembahan yang diberikan oleh Sultan
Melaka kepada Paduka Bentara. Setelah Seri Bentara
melihat persembah Raja Melaka tersebut maka baginda
bertitah, “Hai Patih Kerma Wijaya dan Tun Utama,
menerima kasihlah kepada anak k cbb ita Ratu Melaka
itu. Bersusah-susah anak kita memberi belanja ini
kerana segala yang ada pada kita ini pun kita berikan
kepadanya. Bukan anak kita dua tiga, hanyalah Ratu
Melaka.”

Maka mendengar titah tersebut, Patih Kerma Wijaya kembali
bertitah, “Daulat Tuanku Paduka Betara, patik mohonkan ampun
dan kurnia, adapun adat Melayu demikianlah; jika bunga sekuntum
pun dipersembahkan juga akan Paduka Betara akan tanda hamba
ke bawah Duli Paduka Betara; maka sukalah hati paduka
anakanda”. Setelah itu, Patih Kerma Wijaya, Tun Utama, Tun Ratna
Diraja dan semua ahli rombongan diberikan persalinan dan
dianugerahi makan dan minuman.

Hatta maka Patih Gajah Mada pun datanglah menghadap Raja Melaka
dan menyembah baginda “Ya Tuanku, apatah sebabnya maka tuanku
tidak mahu berjaga jaga? Apa yang tiada kepada Tuanku?” mendengar
tersebut Raja Melaka pun bertitah, “Ya Paman Patih, hendak kita pun
berjaga-jaga, belum lagi kita mendengar titah Paduka Betara. Kita ini
dagang; salahkan atau benarkah? Jikalau dengan titah Seri Betara
beranilah kita bermain-main.

Namun begitu, Patih Gajah Mada bertitah bahawa Paduka
Ayahanda Raja Melaka menyuruh agar berjaga-jaga. Maka
titah Raja Melaka, “Ya Paman Patih, katakan sembah kita
ke bawah Duli Paduka Betara. Adapaun Paman Patih
sendirilah tahu akan hal kita; jika di negeri kita tahulah
berkata-kata; akan sekarang ini kita di Majapahit, mana
titah Seri Betara kita junjung

Setelah itu, Raja Melaka telah dipersembahkan dengan
persalinan pakaian yang baharu dan juga dijamu dengan
makanan yang mewah bersama Seri Betara. Segala raja dan
ceteria turut sama turun dari peseban itu untuk menyembah
raja. Pelbagai bunyian dan sorakan yang mengiringi semasa
hidangan diperhidangkan. Setelah mereka makan dan minum,
maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itu pun
diperedarkan oranglah.

Maka ada seorang penjurit yang terlalu tahu
bermain tombak dan bertikam-tikaman. Jikalau
empat lima orang menikam dia tiada kena. Maka
perajurit itu pun dipesan oleh Patih Gajah Mada.
Katanya, “Hai perajurit adapun tatkala orang
bermain itu, katamu daripada hadapan Ratu
Melaka itu; manatah hulubalang Melayu yang tahu
bermain tombak dan senjata dan keris panjang
dan tahu bermain lembing dan perisai, marilah
berhadapan dengan aku, empat pun baik lima pun
baik, tiada kuendahkan,”.

Apabila datang seorang Melayu, Tun Tuah namanya demikian sifatnya,
maka ia akan berhadapan dengan engkau, bunuh olehmu beri mati-mati”.
Maka kata perajurit itu, “Baiklah, jangan seorang Melayu itu, jikalau seratus
atau dua ratus sekalipun tiadakan dapat lepas daripada tanganku,”.
Setelah sudah Patih Gajah Mada berpesan pada penjurit itu, ia pun berlalu
naik duduk di paseban bersama-sama sekalian raja untuk makan, minum,
bermain tombak, dadap, tandak dan pelbagai lagi. Namun begitu setelah
penjurit tersebut mengambil tombaknya lalu turun bermain, segala priayi
yang ada di situ berhenti bermain kerana mereka tahu kehebatan penjurit
itu bermain tombak

Maka penjurit itu bermain seperti tiada berjijak di bumi
lakunya. Maka ia pun memekik, “Cih! Manatah penjurit
bernama Taming Sari itu? Marilah berhadapan dengan aku

supaya aku penggal lehernya! Syahadan manatah
hulubalang Melayu yang bernama Kiai Tuah itu? Marilah
berhadapan dengan aku, empat baik, lima pun baik, tiada

kuendahkan. Dengan kayu juga kutikam tiada akan
bertahan". Hatta mendengar itu, Tun Tuah pun tertawa lalu
berkata “Siapa dipanggil itu dan siapa yang hendak diberinya
empat lima itu?”. Maka penjurit itu memekik kembali berkata
“Cih! Manatah hulubalang Melayu yang bernama Kiai Tuah
itu. Marilah turun bermain di hadapan Seri Betara dan segala

raja-raja.”

Setelah Tun Tuah mendengar kata penjurit itu, maka
iapun menyembah Seri Betara dan raja Melaka lalu
turun dari peseban dengan menyinsing lengan
bajunya. Melihat itu, penjurit pun memekik “Siapa
namamu? Aku memanggil Hang Tuah! Engkau datang
hendak matikah engkau?”. Hang Tuah pun menyahut
“Hei perlenteh pencuri! Akulah yang bernama Tun
Tuah, hulubalang Raja Melaka; dan aku dititahkan Seri
Betara kerana engkau sangat pencuri di dalam negeri
Majapahit ini”. Mendengar itu, dengan perasaan penuh
amarah seperti api bernyala-nyala muka lalu keris
panjangnya pun dihunus ke dada Tun Tuah. Tun Tuah
membalas tikaman tersebut dengan diparangnya mata
tombak itu sehingga pututs.

Penjurit tersebut lalu segera menghunus kerisnya lalu
ditikam pada dadanya Tun Tuah. Maka Tun Tuah segera
melompat menyalahkan tikam penjurit itu sambil
menyarungkan kembali keris panjangnya. Maka Tun Tuah
berkata “Sayangnya aku tatkala pekerjaan tuanku ini
belum selesai; jika tiada sekarang juga engkau kububuh”.
Penjurit itu yang berasa marah dan tercabar meronta-
ronta ketika dipegang oleh Patih Gajah Mada. Hang jebat
yang melihat kelakuan tersebut menyuruh Patih Gajah
Mada dengan berkata “lepaskan juga, tuanku kerana ia
sangat hendak bertikam” Seri Betara yang sangat malu
pun bertitah dengan amarah “Hai Patih Gajah Mada,
lepaskan penjurit itu! Jika tiada kau lepaskan, engkau kena
murka”. Maka Patih Gajah Mada pun melepaskan penjurit
tersebut.

Penjurit yang kemarahan tersebut meluru ke arah Tun
Tuah dengan tujuan ingin menikam Tun Tuah bertubi-tubi.
Namun begitu, Tun Tuah adalah seorang yang pandai
bermain senjata pada barang mainannya. Maka pergelutan
dan pergaduhan antara penjurit dan Tun Tuah berlaku
dengan amat dasyat sehingga lah pada akhirnya penjurit
tersebut tumpas di tangan Tun Tuah. Tun Tuah segera
menyarung kerisnya lalu naik menyembah Seri Betara dan
Raja Melaka. Seri Betara telah mengagumi kehebatan Tun
Tuah membunuh penjurit itu. Lalu Seri Betara
menganugerahi persalinan kepada Tun Tuah untuk
menutupi rancangan bersama Patih Gajah Mada. Lalu Raja
Melaka memohon untuk kembali ke Istananya. Seri Betara
sempat memberitahu bahawa sekiranya apa yang
dikehendaki akan segera dihantari pada Raja Melaka. Raja
Melaka kembali ke Istananya.

Segala muslihat Patih Gajah Mada telah dibocorkan oleh
Raden Aria kepada Raja Melaka mengenai serangan penjurit
itu. Barulah Raja Melaka tahu bahawa Seri Betara dan Patih
Gajah Mada hanya ingin membunuh Hang Tuah namun tidak
dikalahkan. Raden Aria menyembah Raja Melaka untuk
bersuka-sukaan dengan segala pegawai dan pertuanan
kerana Raja Melaka sangatlah tersohor kekuasaannya. Maka
setelah itu, Raja Melaka pun menyuruh orang memulai
pekerjaan berjaga-jaga. Maka segala bunyi-bunyian pun
dipalu seperti gendang, serunai, nagara, merangu, madali,
kopak, ceracap, serdam, bangsi, muri, dandi, rebana dan
kecapi. Rebana pun berbunyilah menyebabkan semua
pegawai dan pertuanan bersuka-sukaan dan dihadiahkan
piala yang bertatahkan ratna mutu manikam.Tun Tuah juga
menari-nari beranggap-anggapannya termasuklah Raden
Aria setelah menyembah kepada Raja Melaka.

Selesai Raden Aria menari, Patih Gajah Mada datang

menghadap Raja Melaka. Raja Melaka menghidangkan
Patih Gajah Mada makan minum bersukasukaan dan
persalinan lengkap. Patih Gajah Mada bersembah bahawa
berjaga-jaga itu pun sudah hampir empat puluh hari. Dua
hari lagi akan berarak masuk. Raja Melaka memperjelas
bahawa memang pekerjaannya untuk menjunjung kepada
Seri Betara. Dalam masa yang sama, Patih Gajah Mada juga
mempersenda Tun Tuah bahawa sekiranya Tun Tuah
lambat menikam penjurit itu nescaya mati manira
ditikamnya. Sahut Tun Tuah, “jangankan seperti perlenteh
itu, tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu
sekalipun manira tikam”. Mendengar kata Tun Tuah
menyebabkan Patih Gajah Mada tersipu malu lalu bermohon
pulang ke rumahnya.

Maka Raja Melaka pun mandi dan

memakai pakaian yang indah-indah.

Setelah selesai memakainya, Raja

Melaka pun datang menghadap Seri

Betara diiringkan oleh pegawai,

pertuanan dan biduanda. Melihat Raja

Melaka naik ke peseban menyembah

Betara Majapahit, semua orang

Majapahit pun turun menyembah

baginda. Maka rajaraja dan ceteria dan

perdana menteri dan sida bentara

hulubalang sekalian pun naik duduk

beratur masing-masing pada

tempatnya.

Maka hidangan pun diangkatlah orang dan Seri Betara dan Raja Melaka pun
menyantap dua orang sehidangan. Selesai itu, diangkat orang pula hidangan
minuman. Seperti biasa, piala yang bertatahkan ratna mutu manikam
diperedarkan kepada segala raja-raja, dan ceteria dan perdana menteri dan
segala hulubalang sekalian pun makan minumlah. Setelah itu, bunyi gemparlah di
luar pintu peseban itu mengatakan Taming Sari, penjurit tua sedang mengamuk.
Dan sudah banyak orang ditikamnya dan barang di mana ditempuhnya tidak
bertahan. Dengan itu, Taming Sari pun melompat naik ke peseban itu. Barang
yang terlintang ditikamnya. Segala raja-raja habis berlarian dan hulubalang itu
pun gemparlah lalu ia berdiri. Taming Sari pun naik ke peseban lalu menikam
orang yang berdiri di tapakan sehingga ada yang mati dan terluka.

Seluruh raja-raja dan adipati menghunus
pedang dan tombak untuk melindungi Seri
Betara dan Raja Melaka. Patih Gajah Mada
pun melihat orang gempar itu manakala
Tun Tuah, Tun Jebat, Hang Lekir, Hang
Kasturi dan Hang Lekiu melompat
menyelak penduanya lalu duduk di bawah
Raja Melaka dan berkata di mana orang
mengamuk itu. Jelas Patih Gajah Mada,
orang mengamuk itu seperti api dan
datangnya seperti baling-baling. Setelah
itu, Taming Sari pun lompat naik ke
peseban dan menikam segala raja-raja
dan ceteria membuatkan raja-raja dan
ceteria yang lain terjun lari bertempiaran.

Seri Betara telah melihat segala
raja-raja banyak mati dan yang lain
lari melompat dari peseban. Ratu
Majapahit itu menarik tangan Raja
Melaka masuk ke dalam istana dan
pintu tujuh lapis itu pun sunyi tiada
seorang lagi tinggal, habis lari. Tun
Tuah pun gembira melihat
perbuatan Ratu Majapahit lalu
berkata, “Cih! Manatah Patih Gajah
Mada? Dikata berani namun pergi
membawa diri.

Maka Tun Tuah menghunus
kerisnya, lalu melompat di tengah
peseban. Taming Sari pun segera
berlari ke arah Tun Tuah dan
ditikamnya akan Tun Tuah. Tun
Tuah dan Taming Sari saling
bertikam-tikam berlawan dan dilihat
oleh orang banyak. Dalam berlawan,
Tun Tuah berfikir, apa yang diguna
keris oleh Taming Sari kerana tiada
lut diparangnya. Tetapi firasat Tun
Tuah mengatakan bahawa kerisnya
yang bersakti dan berusaha
memperdaya melalui kerisnya.

Tun Tuah menggunakan kebijaksanaannya dengan membawa Taming Sari
bermuafakat menyerang Betara Majapahit. Setelah berjaya menawan Majapahit,
Taming Sari akan menjadi Betara manakala Tun Tuah jadi Patih Gajah Mada.
Setelah itu, Tun Tuah mengatakan bahawa keris Taming Sari tidak kukuh dan
memberi keris penduanya untuk mengamuk ke dalam istana Betara Majapahit.
Taming Sari pun berfikir ada bagusnya tawaran Tun Tuah itu. Lalu Taming Sari
mengambil keris tersebut dan menghulurkan kerisnya dan berkata tiada
laksamana lain yang diberikan keris itu kecuali Tun Tuah. Taming Sari
menyarungkan kerisnya lalu diunjukkan pada Tun Tuah. Maka Tun Tuah pun
memekis dan menghunus keris itu dan menikam Taming Sari. Taming Sari pun
menghunus kerisnya kembali dan ditikamnya pada Tun Tuah, tapi apakan daya
Tun Tuah mengelak.

Maka orang lari itu melihat Tun Tuah

bertikam-tikam dengan Taming Sari.

Taming Sari kelelahan. Taming Sari

menghunus kerisnya bersungguh-

sungguh sehingga Tun Tuah tersangkut

pada birai peseban. Taming Sari

mengambil kesempatan untuk

menikamnya namun Tun Tuah mengelak,

maka keris Taming Sari lekat di papan

kambi dinding peseban. Belum sempat

Tun Tuah menikam, Taming Sari

menendang peseban itu sehingga roboh.

Tun Tuah dan Taming Sari sekali lagi bertikam-tikaman menyebabkan Taming
Sari lelah ternganga-nganga seperti anjing lelah. Inilah masanya Tun Tuah
melompat dan menikam dada Taming Sari sehingga mati. Maka Tun Tuah pun
naik ke peseban menyembah Seri Betara dan Raja Melaka. Maka Raja Melaka
mencium kepada Tun Tuah. Kemudian bangkai Taming Sari digantung di tengah
pesara itu. Keris Taming Sari telah dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada
Kiai Tuah. Dengan itu, Betara Majapahit telah menganugerahi persalinan kepada
Kiai Tuah dan diberikan gelaran sebagai “Laksamana”. Tun Tuah juga
dianugerah anak sungai Jemaja. Maka Raja Melaka pun memohon untuk pulang
ke istana. Laksamana pun terlalu dukacita mendapatkan keris Taming Sari itu,
tapi dalam hatinya berkata, “Keris aku sebilah ini, sepuluh buah anak sungai
Jemaja tiada kutukarkan.

TAMAT


Click to View FlipBook Version