Tajuk: Aku Sebatang Pokok Kelapa
Aku sebatang pokok kelapa.
Aku ditanam oleh nelayan di
tepi laut. Badan aku kurus
dan tinggi lampai. Daun dan
buah aku sungguh lebat.
Ketika kecil lagi, aku
dipagari agar tidak dimakan
oleh lembu dan kambing. Pada
musim kemarau baru aku
disiram. Aku dibaja sebulan
sekali supaya cepat membesar.
Apabila besar aku amat
berguna kepada manusia. Tuan
aku memetik buah aku kerana air
aku boleh diminum dan dijadikan
ubat batuk. Lidi aku pula dapat
dijadikan penyapu dan pencucuk
sate. Daun aku dapat dijadikan
sarung ketupat dan barang-
barang kraf tangan.
Penduduk kampung nelayan
tuan aku menggunakan
tempurung aku untuk membuat
tabung duit dan senduk. Isteri tuan
aku menggunakan sabut aku
untuk membuat berus dan
penyapu. Isi aku boleh dimakan
dan dibuat kek dan kuih-muih.
Pada suatu hari, tuan aku
menebang aku kerana aku sudah
tua. Aku pun tumbang. Aku
berasa susah hati. Walau
bagaimanapun, aku masih berasa
bangga kerana batang aku masih
boleh dijadikan titi untuk
penduduk kampung.
Begitulah akhirnya hayat
aku.
0leh: Cikgu Asyura