Assalamualaikum wa
RahmatulLahi wa Barakaatuh
dan salam sejahtera.
“Kehebatan mercu tanda
Menara Berkembar Petronas
(KLCC)
Kecanggihan Lapangan
Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) dan banyak lagi kunikan
yang ada di Malaysia hingga
nama Malaysia gah di
antarabangsa.”
Hadirin sekalian,
Izinkan akal cilik anak Malaysia ini
menyampaikan wacana pidato
bermutu “Sayangi Malaysiaku”.
Secara keseluruhannya,
“Sayangi Malaysiaku”
bermaksud mencintai sepenuh
jiwa terhadap tanahair sendiri
iaitu Malaysia.
Hadirin sekalian,
Idea tuntas lagi bernas saya
kupas, Sayangi Malaysiaku,
Masyarakat Bersatu.
Pendekatan integrasi menjadi
tunjang agenda penyatuan
agama, bangsa dan budaya.
Wawasan Kemakmuran Negara
2030 menyaksikan Malaysia
komited dalam membina
masyarakat harmoni. Cukuplah
kekacauan dan konflik di negara
asing sebagai pengajaran.
Tuntasnya, Melayu, Cina dan
India bersama etnik yang lainnya
bersatu tenaga dalam menjaga
keharmonian Malaysia yang
tercinta.
Para hadirin sekalian,
Melangkah ke idea kedua,
“Sayangi Malaysiaku, Covid-19
diperangi”.
Saya ingin mengajak seluruh
rakyat Malaysia agar mematuhi
prosedur operasi standard atau
peraturan yang telah ditetapkan.
Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin ada berkata,
“Kita jaga kita, duduk rumah
maka rantaian Covid-19 dapat
diputuskan”.
Hadirin,
Tuntasnya,Covid-19mengancam
diri, negara akan bebas dari
pandemik jika kita sama-sama
bertanggungjawab. Didik diri
dengan norma baharu,
kehidupan pasti selamat!
Para hadirin sekalian,
Idea ketiga saya kupas supaya
jelas, “Sayangi Malaysiaku, jati
diri dipelihara”.
Fenomena menularnya budaya
asing mengakibatkan
sebahagian generasi hilang jati
diri pemikiran dan budaya. K-Pop
umpamanya menjadi idaman
gadis, punk pula dipuja remaja
dan pelbagai lagi budaya
negatif seakan mendapat
tempat generasi anak muda.
Tuntasnya,
generasi anak Malaysia
sewajarnya bijak dalam
menerima budaya negara luar.
Saya anak Malaysia yang masih
kecil tetapi ‘kecil-kecil cili padi’,
anak kecil ini penuh dengan jati
diri!
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya,
Malaysia beridentitikan
kepelbagaian agama, bangsa
dan budaya melakar sebagai
negara moden serba dinamik.
Cabaran ke arah negara maju
dalam arus globalisasi ini
memerlukan kerjasama semua
pihak, semua rakyat Malaysia.
Sekian, salam ‘Sayangi
Malaysiaku’.