TAJUK PIDATO: BUDAYA POSITIF MELALUI MEDIA SOSIAL
Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakaatuh dan salam sejahtera.
Salam aspirasi seharum kasturi, salam sejahtera sejambak kenangan buat peneraju
acara. Barisan respektatif intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia, seterusnya
hadirin pencetus minda.
Tahukah anda, Malaysia berada di kedudukan 5 teratas di dunia dan tertinggi di Asia
Tenggara kerana pelayaran media sosial? Ya, 25 juta orang rakyatnya merupakan
pengguna aktif media sosial.
Gelanggang pidato saya buka, BUDAYA POSITIF MELALUI MEDIA SOSIAL
mengungkap definisi. Merujuk kepada pandangan Malik Bennabi, iaitu seorang sarjana
Islam terkemuka dalam bidang peradaban pada abad ke-20,“ menyebutkan budaya ialah
teori tingkah laku manusia, terhimpunan sifat akhlak dan nilai sosial yang mempengaruhi
setiap individu sejak lahir.
Secara konseptualnya hadirin, ‘Budaya Positif Melalui Media Sosial’ merujuk kepada
nilai-nilai baik yang diterapkan kepada manusia agar berakhlak mulia dalam
menggunakan aplikasi secara dalam talian.
Hadirin sekalian,
Entiti pidato saya yang pertama saya kupas supaya jelas di sanubari.
“Aplikasi Menarik, Pengguna Tertarik”
Pelbagai aplikasi media telah dicipta bagi memudahkan kehidupan harian pengguna.
Appel dan Samsung telah membangunkan aplikasi media seperti Apps Store dan Play
Store. Platform yang dibangunkan dan dibina khas bersama telefon pintar yang
menggunakan perisian Ios dan Android. Platform tersebut mengandungi 2.1 juta aplikasi
bertujuan memudahkan pengguna untuk memuat turun aplikasi sosial seperti Facebook,
Whatsapp, Youtube dan lain-lain lagi.
Jelaslah bahawa platform yang dibangunkan memberikan impak yang
memberangsangkan kepada industri dan syarikat yang terlibat kerana platform tersebut
menerima pelbagai aplikasi yang mempunyai aspek yang berbeza bergantung kepada
pengguna.
Hadirin,
Entiti pidato saya yang kedua merujuk kepada,
“Layan Media Sosial, Lumayan Pendapatan”
Statistik Pemasaran Media Sosial 2020 meletakkan Facebook mengungguli tempat
pertama dengan 23 juta pengguna aktif bulanan. Benar, terdapat puluhan ribu aplikasi
telah diciptakan oleh Facebook untuk memudahkan pengguna menggerakkan jentera
perniagaan mereka. Metodologi yang sangat mendapat sambutan ialah seperti FB
Pages, FB Groups, FB Ads dan sebagainya. Malah, promosi melalui Faceboook dilihat
sebagai alat pemasaran yang berkesan kerana ia boleh berkembang dan membina satu
rangkaian dan komuniti bisnes yang sangat besar.
Hadirin,
tuntasnya tepat sekali apabila pengguna mula berinteraksi melalui media sosial, kadar
interaksi akan meningkatkan peluang penjanaan pendapatan.
Hadirin,
Entiti pidato saya yang terakhir merujuk kepada,
“Revolusi maklumat dimanfaat, masyarakat hebat”.
Perpustakaan Negara Malaysia giat melaksanakan pelbagai cara menggalakkan
budaya membaca dan pada masa kini turut menggalakkan pembacaan melalui media
elektronik. Ia tidak lagi terhad kepada media cetak seperti buku, surat khabar dan
majalah. Contohnya, Platform Perpustakaan Digital Negara atau Portal u-Pustaka
boleh diakses secara global melalui Internet dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
masyarakat seperti OverDrive, iG Library dan e-Law.my. Hadirin, tuntasnya sekiranya
amalan membaca menjadi budaya rakyat Malaysia, ianya boleh meningkatkan industri
penerbitan di negara kita.
Kesimpulannya, media sosial andai dimanjakan menjadi benih subur budaya positif dan
mampu membawa kebaikan yang ketara kepada pengguna jika digunakan secara bijak.
Sekian.
WabilLahi Taufiq.Wal Hidayah Wassalamu Alaikum Wa RahmatulLahi
Wa Barakaatuh dan salam sejahtera.