SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA WARISAN,
PERSIARAN WARISAN PERMAI, KOTA WARISAN
43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
BILANGAN 4 TAHUN 2020
TARIKH : 02 Disember 2020 (Rabu)
10.00 – 11.30 Pagi
MASA : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Encik Muniruddin bin Abdullah
TEMPAT : 28 / 28 orang
PENGERUSI :
KEHADIRAN :
NAMA YANG HADIR :
1. Puan Nor Azura binti Tugiman Guru Penolong Kanan 1
2. Encik Muhammad bin Ismail Guru Penolong Kanan Petang
3. Encik Muniruddin bin Abdullah Ketua Panitia / Pengerusi
4. Puan Endon binti Dahaban Bendahari
5. Puan Zawati binti Mat Zain Penyelaras j-QAF
6. Puan Norhazani Binti Ahmad Setiausaha j-QAF
7. Puan Asiah binti Awang Guru Pendidikan Islam
8. Puan Noor Munirah Aini binti Mutalib Guru Pendidikan Islam
9. Puan Hani binti Hassan Guru Pendidikan Islam
10. Puan Noor Azian binti Ibrahim Guru Pendidikan Islam
11. Puan Nabilah Binti Abu Razim Guru Pendidikan Islam
12. Puan Norhalida Amilee binti Zainal Abidin Guru Pendidikan Islam
13. Puan Noorzi Arnizalizam binti Razak Guru Pendidikan Islam
14. Puan Norbismi binti Hashim Guru Pendidikan Islam
15. Puan Norhafizah Binti Mohammed Saruri Guru Pendidikan Islam
16. Puan Nur Maisarah binti Ariffin Guru Pendidikan Islam
17. Encik Saifullah bin Kamaruddin Guru Pendidikan Islam
18. Encik Amir Bin Mustapha Guru Pendidikan Islam
19. Encik Mohd Zulkiflee bin Ab Llah Guru Pendidikan Islam
20. Encik Mohd Affendi Bin Mat Zin Guru Bahasa Arab
21. Puan Nurul Amilin Binti Ahmad Zamil Guru Bahasa Arab
22. Puan Siti Huriah Binti Mohd Hom Guru Bahasa Arab
23. Puan Siti Jamilah Binti Husin Guru Bahasa Arab
24. Puan Sri Ayuna Binti Md Yusof Guru Bahasa Arab
25. Puan Siti Robeah Binti Md Desa Guru Bahasa Arab
26. Puan Nurmaisarah binti Mohd Nazeri Guru Bahasa Arab
27. Puan Najihan Wahidah Binti Hashim Guru Pendidikan Islam (PPKI)
28. Puan Norhafizah binti Abu Bakar Setiausaha
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
1
HADIR BERSAMA :
Tiada
NAMA YANG TIDAK HADIR (BERSEBAB) Cuti Bersalin
1. Puan Syafiqah binti Hassan Cuti Bersalin
2. Puan Nik Najmiah binti Nik Lah @ Nik Abdullah
URUS SETIA MESYUARAT : (Setiausaha Panitia Pendidikan Islam)
Puan Norhafizah binti Abu Bakar
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (Encik Muniruddin bin Abdullah)
1.1 Majlis dimulakan dengan membaca ummul kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi rasa bersyukur dan beliau mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan
ustazah kerana menghadirkan diri dalam mesyuarat panitia kali keempat secara
norma baharu (Google Meet).
Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Cadangan : Encik Saifullah bin Kamaruddin
2.2 Sokongan : Puan Zawati binti Mat Zain
Tindakan : Setiausaha
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Rujuk borang maklum balas.
3.2 Perkara 4.6.1, Peperiksaan dibatalkan kerana cuti PKPB (Covid-19). Soalan
peperiksaan sudah disediakan, justeru ianya akan digunapakai pada tahun hadapan.
Tindakan : Puan Noor Munirah Aini binti Mutalib
3.3 Perkara 4.7.1, Kem Bestari Solat;
3.3.1 Asalnya 21 hingga 25 September 2020 tetapi disambungkan sehingga 05
Oktober 2020.
3.3.2 Baki duit KBS ialah sebanyak RM 3754.20
3.3.3 Masih ada murid yang tidak mengambil hadiah KBS. Hadiah untuk murid
tahun 6, ustazah Hani mencadangkan guru perlu hantar hadiah ke rumah
murid. Namun ustazah Azian menyatakan bahawa murid tahun 6 akan datang
ke sekolah dengan mematuhi SOP untuk mengambil fail dan lain-lain
dokumen, oleh itu guru boleh memberi hadiah murid pada hari tersebut.
Tarikh belum ditetapkan lagi.
3.3.4 Tahun 1 hingga tahun 5 yang tidak mengambil hadiah KBS lagi akan diberi
pada tahun hadapan kerana pengerusi memaklumkan buat masa kini guru
tidak digalakkan berkunjung dari rumah ke rumah disebabkan PKPB.
Tindakan : Puan Hani binti Hassan
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
2
3.4 Perkara 4.8, Sambutan Maulidur Rasul;
3.4.1 Pada awalnya hendak ditangguhkan kerana cuti PKPB, setelah dibincangkan
bersama program ini dapat diteruskan secara dua peringkat iaitu peringkat
guru dan peringkat murid. Peringkat murid diadakan kuiz dan mewarna
secara dalaman (sebagai latihan untuk murid), manakala guru pula diadakan
program ceramah yang disampaikan oleh ustaz Mohammad Hasnol bin Abu
Bakar secara dalam talian (Google Meet) pada 03 November 2020.
3.4.2 Program untuk guru dapat dilaksanakan dengan jayanya, seramai 84 orang
guru menyertai Ceramah Maulidur Rasul dalam talian (Google Meet).
Pengerusi rasa bersyukur kerana hampir 80% guru SK Kota Warisan
menyertai Ceramah tersebut pada 03 November 2020 yang lepas.
Tindakan : Makluman
3.5 Perkara 4.9.1, Pertandingan Buku Skrap;
3.5.1 Tahap 1 ialah Jawi dan Tahap 2 ialah Tajwid.
3.5.2 Penyelaras program memaklumkan bahawa senarai nama pemenang sudah
diterima dan hadiah mencukupi untuk diberikan kepada 4 orang pemenang
bagi setiap kelas.
3.5.3 Penyelaras program mencadangkan agar penyampaian hadiah kepada murid
mengikut tahun selama tiga hari kerana mengelak daripada berkumpul
ramai-ramai. Contoh: Tahun 1 dan 2 pada 08 Disember 2020, Tahun 3 dan 4
pada 09 Disember 2020, Tahun 5 dan 6 pada 10 Disember 2020.
Tindakan : Puan Noor Azian binti Ibrahim
3.6 Perkara 4.10.1, e-Pelaporan sudah selesai.
3.7 Perkara 5.1, Kursus KSSR Tahun 5; Lebih kurang 18 orang telah selesai. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kursus ini. Sijil
boleh print out di portal SPLKPM. Panitia Pendidikan Islam hanya menghantar
laporan sahaja kepada PPD Sepang. Tidak perlu sertakan sijil.
Tindakan : Encik Muniruddin bin Abdullah
3.8 Perkara 5.3, Program Bacaan Yasin pada hari Jumaat; Dibatalkan kerana cuti PKPB
disambungkan lagi.
3.9 Cop Panitia; Ketua Panitia iaitu Encik Muniruddin bin Abdullah akan sediakan dan
beliau memaklumkan akan digunakan pada tahun hadapan.
Tindakan : Encik Muniruddin bin Abdullah
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
3
4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 Pengurusan Panitia (Sukatan Pelajaran, RPH, Refleksi)
4.1.1 RPH semasa PKPB perlu dihantar dan akan dikumpul pada akhir tahun.
4.1.2 Ketua Panitia berharap semua ustaz dan ustazah menyiapkan RPH.
Tindakan : Semua GPI
4.2 Kewangan Panitia Pendidikan Islam
4.2.1 Duit peruntukan di bawah pengurusan panitia adalah seperti berikut:
1. PCG-Teras Pendidikan Islam RM 1638.98
Karnival Bulan Panitia Pendidikan Islam RM 660.00
Kad Rekod Bacaan & Kad Rekod Tasmik RM 500.00
(250.00 + 250.00)
Baki sehingga 02 Disember 2020 RM 478.98
4.2.2 Kewangan Panitia berbaki RM478.98. Sebenarnya duit ini hendak digunakan
untuk program Maulidur Rasul bagi membeli hadiah pemenang kuiz. Namun
program ini hanya dilaksanakan secara dalaman dan tiada hadiah untuk
murid.
Tindakan : Encik Muniruddin bin Abdullah
4.3 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.3.1 Tarikh akhir key-in PBD pada 04 Disember 2020.
4.3.2 Ketua Panitia berharap semua ustaz dan ustazah dapat siapkan sebelum tarikh
tersebut.
Tindakan : Semua Guru GPI
4.4 Laporan Program
4.4.1 Pengerusi berharap setiap program yang dijalankan perlu ada laporan.
Nyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan dalam setiap laporan
yang disediakan.
Tindakan : Penyelaras/Setiausaha Program
4.5 Cadangan Program untuk Guru dan Murid bagi tahun 2021
4.5.1 Penetapan program oleh Ketua Panitia atau Setiausaha bagi peringkat
sekolah dan tarikh-tarikhnya berdasarkan takwim 2021. Serahkan kepada
Penolong Kanan 1 untuk dimasukkan ke dalam Takwim Peringkat Sekolah
selewat-lewatnya minggu terakhir seminggu sebelum tutup sekolah.
4.5.2 Boleh rujuk pada takwim 2021.
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Pada 25 November 2020, Surau Al-Hijrah SK Kota Warisan menerima sumbangan
(derma) daripada hamba Allah sebanyak RM2000.00. Beliau hendak menyumbang
penghawa dingin namun pengerusi memberitahu bahawa surau baru sahaja
memasang dua penghawa dingin, jadi buat masa sekarang cukup dulu penghawa
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
4
dingin kerana ada enam biji penghawa dingin. Pengerusi memberitahu beliau bahawa
surau sekolah perlukan Saf Solat dan beliau bersetuju. Duit derma itu akan dibuat Saf
Solat dalam Surau SKKW.
Tindakan : Makluman
5.2 Pengerusi memaklumkan juga, lantai surau itu perlu dibersihkan dahulu. Pada 2
tahun yang lepas, Syarikat Jernih telah menawarkan diri (volunteer) untuk datang
buat surau SKKW. Pengerusi mencadangkan untuk mencari kontraktor bagi
menyiapkan surau SKKW supaya kelihatan lebih cantik, membuat Saf Solat
menggunakan cat yang mahal supaya ianya tidak tanggal.
Tindakan : Encik Muniruddin bin Abdullah
5.3 Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-QAF;
5.3.1 Puan Asiah binti Awang memaklumkan bahawa penyelaras tahun akan
siapkan senarai nama murid tahun 2021. Justeru, pengumpulan Buku Rekod
Pencapaian Murid Program j-QAF boleh dilaksanakan pada minggu hadapan
jika senarai nama tersebut dapat disiapkan. Puan Asiah dan Puan Nur
Maisarah Ariffin akan tampal senarai nama di bilik j-QAF, dan semua guru
GPI (Ulum Syariah) boleh menghantar buku rekod tersebut.
Tindakan : Semua GPI
5.3.2 Puan Azura memaklumkan Buku Rekod Pencapaian Murid itu tidak dihantar
mengikut kumpulan iaitu pairing dan Guru GPI (Ulum). Puan Azura telah
memberikan senarai nama Guru GPI yang bertanggungjawab mengikut kelas
berdasarkan jadual. Guru GPI (Ulum syariah) perlu ambil dengan pairingnya
sekiranya buku itu dipisahkan dan semak nama murid-murid yang tiada buku
rekod tersebut dan gantikan semula jika buku hilang ketika guru
menguruskan PdPC bersama pelajar itu, dan bukan guru GPI atau murid pada
tahun hadapan yang menggantikannya. Buku rekod yang lengkap sahaja akan
dihantar ke Bilik j-QAF.
5.3.3 Puan Azura juga memberitahu, jika murid yang baru masuk ke SKKW
selepas PKP dan tiada buku tersebut, maka guru GPI tahun 2020 yang perlu
selesaikannya.
5.3.4 Buku Rekod murid tahun 6 boleh diletakkan di Bilik Kesihatan atau berikan
kepada guru kelas kerana fail peribadi murid tahun 6 semua berada di Bilik
Kesihatan. Justeru, Puan Zawati mencadangkan agar Buku Rekod tersebut
diberikan kepada guru kelas.
Tindakan : Makluman
5.3.5 Terdapat Buku Rekod Pencapaian Murid Program j-QAF tahun 1/2019
sebanyak satu kelas yang belum diusik/diambil. Penyelaras j-QAF berharap
mana-mana guru yang berkaitan ambil perhatian dan uruskan.
Tindakan : Guru Mata Pelajaran Kelas Tahun 1
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
5
5.4 Gotong-royong untuk mengambil al-Quran dari kelas untuk dibawa ke bilik j-QAF
ditetapkan pada tarikh 05 Disember 2020 jam 09.00 pagi. Namun Puan Nor Azura
binti Tugiman (PK 1) menyatakan bahawa tarikh tersebut belum tamat PKPB. Beliau
mencadangkan supaya tunggu pengumuman dahulu sama ada PKPB yang akan tamat
pada 06 Disember 2020 akan disambung atau sebaliknya. Jika ianya tidak
bersambung proses kerja akan lebih mudah.
Tindakan : Makluman
5.5 Maklum balas sepanjang PKPB berkaitan PdPR bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam:
5.5.1 Jelas Puan Hani; Pra Sekolah ada 5 hingga 8 orang sahaja daripada 24 orang
murid yang hantar tugasan. Disebabkan ibu bapa yang bekerja di siang hari
ada ibu bapa memberi maklum balas pada waktu malam. Oleh itu, ada
cadangan daripada Puan Nor Azura tentang isu ini iaitu pada masa hadapan
jika ada GPI yang mengajar Pra Sekolah ketika berlaku PKPB ini, sesekali
guru mata pelajaran boleh berada dalam Group WhatsApp Kelas dan naikkan
nama murid yang belum hantar tugasan. Dengan cara sebegini mungkin
boleh membantu guru, contoh bukan setiap minggu namun lihat pada dua
atau tiga minggu jika kelihatan merosot boleh naikkan nama murid. Dengan
cara ini, guru ada tindakan yang telah dibuat.
Tindakan : Makluman
5.5.2 Jelas Ustaz Saifullah; Bagi Tahap 1, beliau memaklumkan bahawa kelas 3
Dahlia ditahap sederhana, ada masa bagus, ada masa menurun. Beliau telah
melaksanakan PdPR secara dalam talian (Google Meet) dan memberitahu
paling ramai murid join seramai 24 orang daripada 36 orang. Kurang
daripada itu pun ada hanya 2 hingga 3 orang sahaja. PdPR ini dilaksanakan
pada hari bekerja iaitu Hari Jumaat.
Tindakan :Makluman
5.5.3 Tahap 2 : Ustazah Azian : Ini berdasarkan analisa kelas tahun 6 Berlian ada
juga yang hantar tugasan selepas jam 6.00 petang kerana ada ibu bapa yang
hantar tugasan anak selepas waktu isi laporan. Waktu ini adalah waktu
kemuncak untuk guru menghantar laporan. Tetap ada ibu bapa yang baru
hantar tugasan selepas guru isi laporan. Tetapi laporan telah diubah kepada
jam 10.00 malam. Kemudian guru perlu isi semula pada hari Sabtu atau
Ahad.
Tindakan : Makluman
5.5.4 Jelas Ustazah Azian; Bagi Tahap 2, ini berdasarkan analisa kelas tahun 6
Berlian ada juga yang hantar tugasan selepas jam 6.00 petang kerana ada ibu
bapa yang hantar tugasan anak selepas waktu isi laporan. Waktu ini adalah
waktu kemuncak untuk guru menghantar laporan. Tetapi ada ibu bapa yang
baru hantar tugasan selepas guru isi laporan. Tetapi laporan telah diubah
kepada jam 10.00 malam. Kemudian guru perlu isi semula pada hari Sabtu
atau Ahad. Tindakan : Makluman
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
6
5.6 Pengurusan Surau SK Kota Warisan;
5.6.1 Puan Nor Azura memaklumkan tentang maklumat yang diperolehi daripada
JPN menyatakan bahawa pengurusan surau di bawah unit HEM, kerana
Surau merupakan tempat penggunaan murid-murid. Pengurusan Surau sama
seperti Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
5.6.2 Penyata baki terakhir kewangan surau untuk tahun 2020 ialah RM 3832.95.
Tindakan : Makluman
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sepanjang beliau
mengendalikan Panitia Pendidikan Islam bagi tahun 2020.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan bacaan surah al-Asr beserta ucapan
salam.
Tindakan : Makluman
Urus Setia
Setiausaha
Panitia Pendidikan Islam
SK Kota Warisan
Tarikh : 14 Disember 2020
*RUJUK PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASAJAWATANKUASA KERAJAAN
7