The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Dyeanna, 2020-11-04 20:51:52

E-FOLIO SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO

MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM

SESI DISEMBER 2020
JABATAN PERDAGANGAN
SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

DAYANA BATRISYIA BINTI HUZAINI
(01DAT19F2008)

NUR DYEANNA JULIEANNA BINTI AHMED EZMIN
(01DAT19F2003)

NURUL AMANINA ATHILAH BINTI MOHAMAD
NAZRI (01DAT19F2015)

p a P a g e pappppp11 22

pa a

Perkara Muka
Surat
Perakuan Pelajar
Penghargaan 1
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif 2

3

4

3.0 Rumusan Artikel 5-9
4.0 Punca-punca Berlaku Salah Faham Terhadap Islam 10-11
5.0 Kesan-Kesan Terhadap Isu Salah Faham 12-13

6.0 Langkah-langkah Mengatasi Masalah Salah faham Terhadap Islam 14-15

7.0 Kesimpulan 16

8.0 Rujukan 17

9.0 Lampiran 18-21

p a P a g e pappppp11 22

pa a

PERAKUAN PELAJAR

“Kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
kami jelaskan sumbernya.”

TANDATANGAN :

Dayana

NAMA : DAYANA BATRISYIA BINTI HUZAINI
NO PENDAFTARAN : 01DAT19F2008

TANDATANGAN :

NurDyeanna

NAMA : NUR DYEANNA JULIEANNA BINTI AHMED EZMIN
NO PENDAFTARAN : 01DAT19F2003

TANDATANGAN : p a P a g e pappppp11 22

Amanina a

NAMA : NURUL AMANINA ATHILAH BINTI MOHAMAD 1
NAZRI
NO PENDAFTARAN : 01DAT19F2015

pa

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang

dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun terlalu banyak kekangan
yang kami hadapi pada waktu pandemik ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Wan Norina binti Wan Hamat,
pensyarah kursus MPU 23032 yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan untuk kami menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang telah
memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga kami berjaya menyiapkan
tugasan ini.

Tidak lupa kepada rakan seperjuangan yang sama-sama menyiapkan tugasan ini sehingga ke penghujungnya
walaupun tidak dapat meluangkan masa bersama-sama.

Akhirnya, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

2

1.0 PENGENALAN

Salah faham terhadap Islam melibatkan kecelaruan, kekeliruan dan kekusutan kefahaman terhadap Islam disebabkan
ideologi yang lahir daripada pemikiran manusia atau ajaran Islam yang tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar
menurut Al-quran dan sunnah.

Salah faham terhadap agama islam tersebar luas dalam kalangan umat islam dan bukan islam. Salah faham terhadap
Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan
masyarakat Islam sendiri. Pelbagai tuduhan, tohmahan dan anggapan salah dibuat terhadap Islam yang menggambarkan
kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam.

Semua ini berlaku kerana kejahilan terhadap hakikat agama Islam itu sendiri. Ini adalah disebabkan pengenalan
modenisme oleh penjajah Barat ke dunia Islam. Berlaku juga disebabkan propaganda media barat yang menggambarkan
islam keganasan, ketaksuban dan kemunduran.

Faktor orientalisme yang bejaya menyelinap dalam bidang akademik dan intelektual dan memesongkan gambaran
islam yang sebenar juga menjadi faktor timbul salah faham ini.

Di sini kami akan membincangkan beberapa contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran
Islam yang sebenar.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

3

2.0 OBJEKTIF

Objektif utama dalam menyiapkan tugasan e-folio ini adalah untuk:
i. Mengenal pasti isu-isu mengenai salah faham terhadap Islam.
ii. Mengetahui punca-punca berlakunya salah faham terhadap Islam.
iii. Menyenaraikan langkah mengatasi masalah salah faham terhadap Islam serta cara-cara menyelesaikannya.

3.0 RINGKASAN ARTIKEL

Isu salah faham ini banyak dibicarakan terutama dalam media social. Ruangan ini akan membincangkan 3 artikel
berkaitan topik ini. Antara artikel yang dijumpai adalah seperti berikut:

1. Memahamahi Isu Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti
2. Tangani salah faham jihad elak generasi muda tersesat
3. Persepsi Dan Kefahaman Masyarakat Bukan Islam Terhadap Islam Hadhari

p a P a g e pappppp11 22

pa a

4

3.1 MEMAHAMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI
Di Perancis pada tahun 1925 istilah ‘Islamofobia’ telah diguna pakai dalam karya, Etienne Dinet dan Slima

Ben Ibrahim yang berjudul “Access De Delire Islamophophe”, walaubagaimanapun tiada sambutan pada ketika itu, hal
itu juga tidak diperkatakan oleh orang ramai. Ianya tidak menjadi isu sama sekali pada ketika itu. Pada tahun 1991 di
Amerika telah digunakan dalam sebuah artikel dalam sebuah majalah “Insight”, namun masyarakat juga tidak memberi
apa apa reaksi. Namun, istilah islamofobia semakin hangat pada 11 September 2001, berikutan pulan kejadian
pegeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 dan pengeboman di London pada 7 Julai 2005. Peristiwa ini telah
mengorbankan banyak nyawa, Pengeboman ini dilakukan oleh pengganas yang disyaki Muslim telah membawa imej
buruk kepada Islam di mata dunia. Peristiwa ini telah membuka peluang kepada musuh Islam untuk terus memberikan
gambaran dan tanggapan buruk kepada Islam.

Fenomena Islamofobia semakin popular di mata dunia sehinggakan ada negara-negara Islam telah
menubuhkan sebuah pertubuhan “OIC Islamofobia Observatory” untuk memantau perkembangan terkini berkenaan isi
isi Islamofobia. Pertubuhan ini juga telah mengambil langkah langkah inisiatif untuk membetulkan persepsi negatif
terhadap Islam. Jika diperhatikan media massa merupakan sumber utama penyebaran Islamofobia pada zaman ini,
banyak lagi istilah lain yang diguna pakai antaranya ialah, ‘Muslim radicalization’. ‘anti-Muslim hate crime’, ‘anti-Islamic
phenomena’, dan ‘religiously based hate crimes’, juga sering diguna pakai. Namun Islamofobia masih menjadi istilah
yang lebih popular dan ianya diterima pakai secara meluas dalam pelbagai media.

Persepsi negatif berkenaan dengan Islam ini merangkumi pelbagai aspek, ini merangkumi pandangan serong
terhadap undang-undang, nilai-nilai, dan budaya yang dibawa oleh Islam itu sendiri. Rumusan dari “Islamofobia; A
Challenge for US” yang dibuat Runnymede ini mengesahkan bahawa Islam telah disalahfaham oleh masyarakat secara
seriusnya terutamanya masyarakat bukan islam dari barat. Persepsi ini harus diberbetulkan bagi mengembalikan nama
baik Islam. Sebagai umat Islam atau khalifah di muka bumi ni ini merupakan tanggungjawab kita untuk terus
mempertahankan Islam dan menyebarkan Islam. Sehubung dengan topik Islamofobia yang kian dipekatakan, aktikel
ini mengupas berkenaan dengan persepsi dan realiti, inisiatif membasmi islamophobia, stategi membasmi
islamophobia.
Bacaan lanjut boleh ke: https://zulkiflihasan.wordpress.com/2013/10/05/memahami-isu-islamofobia-antara-persepsi-
dan-realiti/

p a P a g e pappppp11 22

pa a

5

.

3.2 TANGANI SALAH FAHAM JIHAD ELAK GENERASI MUDA TERSESAT

Pada tahun 2015, dilaporkan kira-kira 60 rakyat Malaysia difahamkan terbabit dengan perjuangan militan negara
Iraq dan jajahannya yang disebut sebagai IS. Hal ini bukan sahaja menggemparkan rakyat Malaysia malahan seluruh
negara kerana terdapat 12000 orang rakyat asing dari 74 buah negara yang pergi berjuang bersama-sama dengan
pihak pemisah di Syria. Walaupun begitu, 45 orang daripada rakyat Malaysia yang difahamkan terbabit dengan
perjuangan militant ini telahpun ditangkap dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA).

Malaysia yang kita kenali merupakan negara yang mengambil berat terhadap rakyatnya dan cintakan keamanan.
Dapat kita lihat sendiri, walaupun terdapat pelbagai kaum di Malaysia, keamanan negara masih dapat dijaga. Oleh itu,
sangat menyedihkan jika terdapat segelintir rakyat yang melanggar keamanan yang dikagumi dunia sebagai negara
yang mengamalkan cara hidup Islam dalam sebuah masyarakat majmuk ini dengan alasan ingin berjihad.

Hakikatnya, minoriti yang kononnya pergi berjuang atas nama jihad ini hanya memberi nama buruk terhadap
negara dan juga Islam itu sendiri. Perkara ini mendedahkan negara dan Islam kepada palitan negatif, iaitu melahirkan
kelompok membantu pengganas. Selain itu, memburukkan agama Islam dan akhirnya akan mendatangkan gambaran
buruk orang bukan Islam terhadap orang Islam.

Faktor yang menyebabkan orang Islam mengikuti dan menyertai kumpulan pengganas ini salah satunya adalah
kerana mereka terlalu taksub dan kurang ajaran Islam dalam diri mereka. Mereka mudah ditipu hanya dengan
perkataan jihad yang dikatakan oleh kumpulan pengganas tersebut dan menganggap mereka perlu untuk
melakukannya atas nama Islam walaupun terang lagi bersuluh itu adalah salah di sisi Islam. Hal ini telah menyebabkan
orang bukan Islam memandang serong terhadap Orang Islam serta agama Islam itu sendiri. Hanya kerana nila setitik,
rosak susu sebelanga.

Sheikh Abdullah, mengatakan bahawa generasi muda tidak benar-benar faham Bahasa Arab dan menyebabkan
mereka mudah dimanipulasi oleh kumpulan IS itu sendiri yang sebenarnya datang daripada luar Syria dan perjuangan
yang dilihat juga kabur. Beliau juga mengatakan bahawa walaupun pengikut-pengikut ini mempunyai semangat yang
berkobar-kobar serta datang dengan tujuan yang baik tetapi niat yang terpesong kerana mereka terjebak dengan
peperangan yang tanpa merela sedari tiada kaitan dengan jihad. Keghairahan dan kecenderungan umat Islam yang
mengikuti kumpulan pengganas ini yang kononnya berjihad atas nama IS berpunca daripada kekeliruan mereka
terhadap konsep jihad dan mati syahid dalam konteks Islam yang sebenar-benarnya.

Sebagai penutup kata, memang tidak dapat diragukan lagi bahawa perjuangan jihad yang didakwa oleh pejuang
IS ini adalah sia-sia dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam, Islam tidak pernah menghalalkan darah sesama
umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam, wajarlah kita semak semula kepercayaan kita dan tidak mengambil mudah
tentang Islam dan ajarannya kerana ia akan memesongkan kita jika bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang
dapat kita lihat,ulama juga menolak sebulat-bulatnya tentang keganasan IS ini dan mengingatkan umat Islam supaya
tidak tergesa-gesa dan mempercayai kumpulan ini kerana kefahaman ekstremisme hanya menggunakan alasan jihad
untuk menghalalkan keganasan yang dilakukan padahal sebenarnya kurang ilmu agama dan menerima maklumat
yang salah.

Sila rujuk laman web untuk bacaan lanjut;

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/41483/tangani-salah-faham-jihad-elak-generasi-muda-
tersesat

p a P a g e pappppp11 22

pa a

68

3.3 PERSEPSI DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM HADHARI

Pendekatan Islam Hadhari dinyatakan oleh mantan Perdana Menteri Datuk Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika
Perhimpunan Agung UMNO yang ke-55 pada tahun 2004. Tujuan sebenar Islam Hadhari diperkenalkan adalah
sebagai satu pendekatan untuk membangunkan ummah dan negara berdasarkan kerangka ketamadunan Islam dan
untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam mengikut acuannya yang tersendiri.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdapat perlbagai kaum , maka kajian yang memberi focus kepada
persepsi dan kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap pendekatan Islam Hadhari perlu dilakukan. Di dalam kajian
tersebut akan dapat dikenal pasti bahawa masyarakat bukan Islam benar-benar dapat memahami pendekatan tersebut
atau sebaliknya ? Golongan bukan Islam dipilih untuk dijadikan sampel kajian kerana mereka merupakan sebahagian
besar yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan kemakmuran negara.

Kajian yang dilakukan menggabungkan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi memperoleh data.
Dari hasil kajian yang diperoleh , hanya separuh masyarakat bukan islam memberi respon yang positif manakala
separuh lagi tidak mengambil tahu atau tidak tahu akan apa itu agama Islam. Pendedahan mengenai Islam hadhari
lebih banyak diberi tumpuan kepada masyarakat Islam sahaja namun begitu, ini tidak bermakna tiada langsung
pendedahan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menjelaskan pendekatan Islam Hadhari kepada masyarakat
bukan Islam.

Antara cabaran dalam menyampaikan maklumat tentang islam hadhari ialah struktur masyarakat Malaysia yang
majmuk. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,bangsa, dan keturunan yang mana mudah untuk timbul perasaan
curiga dalam perlaksanaan tersebut. Selain itu, responden juga mengatakan bahawa pelaksanaannya juga belum
cukup konsisten dan sistematik yang perlu diperbaiki lagi. Sikap masyarakat juga menjadi faktor kepada kesuraman
pelaksanaan Islam Hadhari.

Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan bahawa masih lagi terdapat masyarakat bukan Islam yang
mempunya persepsi negatif terhadap pendekatan Islam Hadhari. Justeru, masih ramai yang tidak mengambil tahu
akan Islam Hadhari pada ketika itu. Jadi, tanggungjawab masyarakat harus ditingkatkan bagi mendukung
pembangunan negara pada masa akan datang. Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan
perlu diyakinkan bahawa melalui pendekatan Islam Hadhari Malaysia dapat dibentuk menjadi sebuah kerajaan
yang adil dan beramanah yang menjalankan pemerintahan tanpa melihat pada keturunan, warna kulit, miskin
kaya atau perbezaan agama (Abdul Latif & Nazri 2008).

Sila rujuk laman web untuk bacaan lanjut;
https://core.ac.uk/reader/11492240

p a P a g e pappppp11 22

pa a

9

4.0 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM.
Berdasarkan isu-isu yang dibincangkan diatas terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya salah
faham terhadap Islam iaitu:

1. Terpengaruh dengan fahaman (isme) Barat.
2. Memandang Islam hanya pada aspek maddiah (material)
3. Putar belit fakta oleh media massa
4. Persempadanan wilayah Islam yang meluas

4.1 TERPENGARUH DENGAN FAHAMAN (ISME) BARAT
Masa kini banyak ideologi yang dibawa dari barat seperti Sekularisme, Komunisme, Liberalisme, Pluralisme dan
sebagainya. Ini merupakan propaganda anti-Islam untuk memesongkan akidah umat Islam daripada al-Quran dan
al-Sunnah. Media pro-Barat mengambil peluang untuk memberikan imej buruk kepada Islam untuk menyebarkan
berita berita yang negatif berkenaan dengan Islam.

4.2 MEMANDANG ISLAM HANYA PADA ASPEK MADDIAH (MATERIAL)
Golongan ini hanya melihat Islam dari sudut pembangunan duniawi (pembangunan ekonomi, teknologi dan ilmu)
tetapi meminggirkan aspek prinsip yang berkaitan dengan soal keimanan. Kelompok ini melihat Islam hanya
sebagai faktor motivasi untuk membangunkan kecemerlangan duniawi tanpa mengaitkannya dengan soal dosa,
syurga dan neraka. Mereka sibuk dalam soal-soal fardhu kifayah tetapi cuai dalam persoalan asas (fardhu Ain).
Pada mereka seolah-olah ajaran Islam itu hanya sebagai ´ideologi´ yang diperjuangkan tanpa dikaitkan dengan
soal akhirat dan Hari Pembalasan.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

10

4.3 PUTAR BELIT FAKTA OLEH MEDIA MASSA
Putar belit fakta yang dilakukan oleh media massa menjadikan agama Islam seolah-olah agama yang ganas,
mundur dan sebagainya. Media massa yang dibincangkan oleh ‘Belum Islam’ membuatkan orang bukan Islam
memandang serong terhadap agama Islam walhal apa yang diwar-warkan oleh media massa itu sendiri adalah
satu kesilapan kerana mereka yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tentang agama Islam dan hanya bercakap
atas dasar ingin menjatuhkan sesebuah agama.
4.4 PERSEMPADANAN WILAYAH ISLAM YANG MELUAS
Persempadan wilayah Islam yang meluas secara medadak dalam tempoh yang singkat menyebabkan
penyampaian Islam tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Sebahagian mereka yang telah memeluk Islam
masih lagi mengekalkan adat resam yang bertentangan dengan Islam walaupun ianya sudah banyak kali
diingatkan bahawa adalah salah di sisi Islam. Perkara ini seterusnya akan membawa kepada perselisihan faham
antara umat Islam dan perpecahan umat Islam dan akhirnya munculnya fahaman syiah yang kita sendiri dapat
lihat pada hari ini.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

11

5.0 KESAN-KESAN BERLAKUNYA ISU SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

5.1 DISKRIMINASI DAN PERASAAN PRAJUDIS
Masyarakat Muslim di Amerika telah diskriminasi menurut kajian oleh ‘The Pew Forum On Religion and Public Life’
sebanyak enam daripada sepuluh iaitu (58%) diskriminasi terhadap Muslim telah berlaku. Kajian ini telah disahkan oleh
USA Today Gallup Poll melalui kajian dan mendapati bahawa rakyat Amerika sendiri mempunyai perasaan prejudis
kepasa Muslim kira-kira empat daripata sepuluh iaitu (39%). Ini amat membimbangkan jika negara itu mempunyai
minority Muslim mereka ini akan lebih berpotensi untuk di diskriminasi dan dilayan dengan tidak adil.
5.2 KESAN MENTAL DAN FIZIKAL
Salah faham terhadap islam ini telah memberi persepsi buruk kepada umat Islam serata dunia, ianya juga mampu
memberi kesan kepada mental dan fizikal. USA Toda Gallup Poll melaporkan bahawa 22% daripada responden yang
telah ditemu bual mengakui bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan Muslim dan 18% berasa gementar jika wanita
Muslim menaiki kapal terbang yang sama dengan mereka, dan 31% jika penumpang ialah lelaki Muslim. Jelas kita lihat
bahawa fahaman mereka terhadap islam sendiri telah salah dan hanya menganggap Islam merupakan penganas. Jika
orang bukan Islam bertindak sedemikian apa yang akan berlaku kepada Muslim tersebut? Walaupun dia tidak
melakukan apa-apa tetapi mereka ini dilayan secara tidak adil. Ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan negative
kepada mental dan fizikal seseorang muslim.
5.3 UMAT ISLAM BERPECAH BELAH
Salah faham terhadap islam boleh mengakibatkan umat Islam berpecah belah. Hal ini kerana kefahaman umat yang
berbeza-beza terhadap persepsi islam. Ini amat diambil beratkan kerana perkara sebegini patut dielakkan .
Sesungguhnya ini adalah umat kamu umat yang satu dan Aku adalah tuhan kamu maka beribadahlah (kepada-Ku).

Surah Al-Anbiya’ (92)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah dengan tali Allah (ajaran dan panduan daripada
Allah) dan janganlah kamu berpecah- belah.” (Surah Ali Imran, ayat 103)
Firman ini jelas menunjukkan amaran keras dari Allah SWT. Jadi, jangan hanya disebakan oleh salah faham yang
berlaku kita berpecah belah.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

12

5.4 UMAT ISLAM KETINGGALAN DALAM PERLBAGAI BIDANG
Apabila salah faham berlaku diantara kaum agama Islam sendiri, kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang

seperti ekonomi, sains dan sebagainya. Hal ini kerana, golongan orang yang bukan islam akan terus naik dan
membangun dan akan menjatuhkan umat Islam dengan sekelip mata kerana tiada lagi umat islam yang bersepadu.
Golongan orang bukan islam dengan mudah boleh mengambil alih negara kita.
“Jika kita gagal untuk menguasai bidang-bidang-bidang ilmu, baik yang konvensional dan apa lagi
ilmu-ilmu yang baru, maka kita akan terus menerus ditinggalkan oleh orang bukan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar Islam Hadhari bertajuk `Bioinformatik Sebagai
Alat Dakwah’ anjuran IKIM di sini hari ini.

- Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid ( Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia)

p a P a g e pappppp11 22

pa a

13

6.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
Masalah salah faham terhadap Islam sebenarnya boleh diatasi sekiranya umat Islam sentiasa berhati-hati dan prihatin
terhadap isu-isu Islam dan cabaran semasa. Antara langkah-langkah yang dicadangkan adalah seperti berikut:

1) Menghormati perbezaan
2) Memiliki kesedaran tentang visi dan misi hidup
3) Memantapkan lagi kefahaman islam
4) Melaksanakan sistem hidup Islam yang bersepadu dan berterusan

p a P a g e pappppp11 22

pa a

14

6.1 MENGHORMATI PERBEZAAN

Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa diantara kita sendiri pasti wujud istilah perbezaan.
Bukan pada kita sahaja, malah pada semua pihak mahupun yang bukan Islam. Setiap individu atau Jemaah, pasti
mempunyai kaedahnya yang tersendiri. Perbezaan haruslah diterima sebagai satu hakikat yang perlu kita manfaatkan
dengan cara yang betul. Semua manusia ada kefahaman dan andaian masing-masing, tapi sebagai umat Islam haruslah
kita menyuarakan dengan cara yang berhemah agar tidak mewujudkan salah faham diantara sahabat. Jadi, kita perlu
sering menghormati andaian atau tanggapan orang lain terhadap sesuatu perkara.

6.2 MEMILIKI KESEDARAN TENTANG VISI DAN MISI HIDUP

Kesedaran yang dimiliki pada setiap orang adalah berbeza-beza. Namun, adakah kita sedar tentang tujuan kita
sendiri dalam kehidupan ? Sebagai contoh, ramai yang tahu kita merupakan hamba Allah SWT , tetapi adakah ramai
yang sedar bahawa kita ini merupakan hamba Allah ? Sedar, tetapi di otak yang bermaksud tahu tapi tidak sedar. Ramai
yang hanya tahu tentang Islam tapi tidak sedar apa itu Islam. Kalau kita sedar kita ini hamba Allah, sedar akan tujuan
kita hidup dan sedar siapa diri kita yang sebenarnya, nescaya kita mempunyai kesedaran tentang visi dan misi hidup
kita. Apabila kita telah mempunyai visi dan misi hidup yang tepat dan jelas, maka pandangan alam tentang peranan
hamba dan khalifah, hasanah dunia dan akhirat, kehidupan dan kematian akan tepat. Jika kita sedar, akan wujudkah
salah faham terhadap Islam ?

6.3 MEMANTAPKAN LAGI KEFAHAMAN ISLAM

Memberi kefahaman yang jelas tentang Islam yang sebenar. Iaitu yang pertama memantapkan lagi ilmu wahyu untuk
membangunkan rohaniah kita sebagai manusia iaitu hamba Allah SWT. Seterusnya, meningkatkan lagi ilmu aqli bagi
membina kepakaran yang tinggi sebagai khalifah. Salah faham terhadap Islam harus di atasi dengan penjelasan yang
mudah dan padat.

Persoalan yang selalu orang akan bertanya adalah tentang amal ibadat seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya.
Jadi, untuk memantapkan lagi kefahaman islam haruslah melakukan amal ibadat untuk membangkitkan lagi rohaniah
kita dengan guru yang betul agar tidak timbul salah faham. Islam ini luas maka carilah ilmu ini dengan lebih mendalam
agar kita benar-benar mengetahui atau mengenal islam.

Potongan dari surah Al-kahfi ayat 17 :

…. dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang

dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

6.4 MELAKSANAKAN SISTEM HIDUP ISLAM YANG BERSEPADU DAN BERTERUSAN

Apabila kita telah sedar dan faham tentang islam, maka barulah kita melaksanakan sistem hidup Islam. Inilah
sebenarnya bentuk Islam yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika islam dapat
difahami secara ilmiah dan amaliah dengan sempurna maka kesannya akan terasa. Salah faham dapat dikurangkan
justeru apabila ada yang menjadi suri teladan. Hanya Rasulullah yang kita boleh jadikan sebagai contoh dalam
kehidupan , tetapi adakah kita mengikuti akan Sunnah-sunnahnya ? Jadi, contohila baginda. Kita tidak akan dapat
menjadi seperti baginda tetapi berusaha untuk mencontohi baginda itu sudah memadai.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

15

p a P a g e pappppp11 22

pa a

16

8.0 RUJUKAN
Web:
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-
terhadap-islam/
https://www.researchgate.net/publication/340548945_Liberalisme_
Dalam_Agama_Memahami_Pemikiran_Golongan_Anti_Hadis_Dan
_Puncanya
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/41483/tang
ani-salah-faham-jihad-elak-generasi-muda-tersesat
https://syafiqaizatmf.wordpress.com/2010/09/21/salah-faham-
tentang-islam/
http://www.surah.my/18

p a P a g e pappppp11 22

pa a

17

9.0 LAMPIRAN

MEMAMAHMI ISU ISLAMOFOBIA: ANTARA PERSEPSI DAN REALITI
(DR. ZULKUFLI HASAN)

SALAH FAHAM JIHAD
p a P a g e pappppp11 22

pa a

18

9.0 LAMPIRAN

PERSEPSI DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM HADHARI
p a P a g e pappppp11 22

pa a

1290

9.0 LAMPIRAN

PERSEPSI DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM HADHARI

p a P a g e pappppp11 22

pa a

21

JADUAL PELAKSANAAN E-FOLIO (CARTA GANTT)

BIL PROSES/MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU MINGGU
Perancangan tajuk dan perbincangan 9 10 11 12-14

1.
dengan pensyarah kursus.

Pembahagian tugas kumpulan,
2.

pengumpulan maklumat.

Memasukkan bahan-bahan yang
3.

dibincangkan, proses editing.
Penambahan bahan maklumat dan
4.
proses kemaskini maklumat tambahan
Kemaskini semua item, semakan ejaan
5.
dan hantar link kepada pensyarah.

p a P a g e pappppp11 22

pa a

JADUAL PENGURUSAN KUMPULAN

TAJUK E-FOLIO : SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM. BINCANGKAN

KELAS: DAT2A

NAMA DAYANA BATRISYIA BINTI HUZAINI NO.PEND 01DAT19F2008
NAMA NUR DYEANNA JULIEANNA BINTI AHMED EZMIN NO.PEND 01DAT19F2003
NAMA NURUL AMANINA ATHILAH BINTI MOHAMAD NAZRI NO.PEND 01DAT19F2015

BIL PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN PENSYARAH T.TANGAN &
TARIKH
Berbincang didalam kumpulan berkenaan dengan tajuk yang telah
1. dipilih iaitu “Salah Faham Terhadap Islam" 1/10/2020

Mencari bahan yang akan di masukkan ke dalam tugasan Efolio 17/10/2020-
23/11/2020
2. setiap ahli kumpulan saling bertukar tukar perdapat dan pandangan
berkenaan tajuk tugasan

Melalukakan proses suntingan, menambah informasi memperbaiki 24/10/2020-
3. ejaan sebelum tugasan dihantar kepada pensyarah. 03/11/2020

Membuat semakan akhir terhadap tugasan sebelum dihantar 4/11/2020
4. kepada penysyarah

5.

Ulasan Pensyarah: p a P a g e pappppp11 22
Tarikh Hantar:
Tarikh Semakan: a

pa


Click to View FlipBook Version