The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PERSIDANGAN AGONG KALI KE 29 SESI 2021-2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fekriana65, 2021-11-23 03:36:08

AGM KPPRSM 29

BUKU PERSIDANGAN AGONG KALI KE 29 SESI 2021-2023

Keywords: AGM29

KERTAS USUL / ISU
PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KPPRSM

KALI KE 28
1. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN PERAK

1.1. Mohon Pihak Pengurusan (Tabung) supaya dapat menaikkan kadar
pinjaman TKKR dan mewujudkan pinjaman untuk perniagaan.

1.2. Mohon Pihak Pengurusan supaya mewujudkan kembali bayaran insentif
kepada Penyelia Rangkaian di Pusat Tanggungjawab seperti yang
dinikmati sebelum ini.

2. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN SELANGOR

2.1. Mohon diadakan permeriksaan kesihatan bagi kakitangan yang berumur
40thn (setahun sekali);

2.2. Memendekkan tempoh kontrak bagi kakitangan yang telah memberi prestasi
yang baik (70%) dan terus diserapkan sebagai kakitangan tetap;

2.3. Baju koporat dikembalikan kepada warna yang asal untuk menampakkan
imej RISDA (hijau);

2.4. Baju koporat dibekal kepada kakitangan yang baru dan yang telah lama
berkhidmat, dalam 2 helai untuk setiap tahun;

2.5.Memberi kursus untuk kakitangan yang akan menduduki peperiksaan KPSL;
2.6. Kakitangan yang hampir untuk berpencen 2 tahun hingga 5 tahun diberi

keselesaan bertugas dan tiada masalah agar dapat menghabiskan
perkhidmatan yang ada dengan baik seperti tidak menukarkan tempat kerja
kecuali untuk merapatkan dengan keluarga demi kebajikan kakitangan; dan
2.7. Gred ketua stesen dan pegawai luar pada masa sekarang adalah sama,
memandangkan sebelum kenaikan gred adalah berbeza G22 dan G19. Minta
gred ketua stesen dinaikan untuk menunjukan perbezaan jawatan antara
pegawai luar.

3. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN PAHANG

3.1. Menaikkan yuran ahli daripada RM5.00 kepada RM 10.00 sebulan;

3.2. Meminda perlembagaan KPPR dengan menukarkan status EXCO pusat
daripada Setiausaha Cawangan kepada Pengerusi Cawangan;

3.3. Meminda Undang-Undang Kecil Kesatuan :-

i. Peraturan 8. Persidangan Perwakilan Dua Tahunan;dan

ii.Peraturan 30. Mesyuarat Agung Cawangan.

Mencadangkan di pinda Persidangan Perwakilan Dua Tahunan tersebut
kepada Tri -Tahunan (Tiga Tahun) dan Mesyuarat Agung Tri Tahunan
Cawangan dan setiap ayat di dalam Undang-undang Kecil (UUK) yang
menyebut Dua Tahunan di pinda kepada Tri Tahunan.

Alasan Pindaan

a. Memberi tempoh masa yang bersesuaian kepada AMT dan Jawatankuasa
cawangan untuk memegang jawatan dan melaksanakan tugas-tugas
Kesatuan;

b. Memberi ruang kepada Kesatuan untuk mengumpul dana yang mencukupi
bagi melaksanakan mesyuarat peringkat cawangan dan juga perwakilan
kebangsaan; dan

c. Mencontohi kesatuan gabungan iaitu CUEPACS yang membuat
persidangan Tri Tahunan.

3.4.Kenaikan pangkat TBK diberi kepada penjawat awam yang telah mencapai
tempoh berkhidmat 8 tahun.

3.5.Tempoh khidmat pekerja sambilan dan kontrak - Memohon pihak JPA
mengkaji atau membuat semakan semula tempoh khidmat pekerja-pekerja
tersebut dan dimasukkan dalam jumlah tempoh perkhidmatan.Terdapat
dikalangan penjawat awam yang berkhidmat sebagai pekerja sambilan dan
ditawarkan ke jawatan tetap tetapi tempoh khidmat tersebut tidak diambik kira
sebagai tempoh perkhidmatan ketika berpencen,

4. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN JOHOR

4.1.Tanggung Kerja (Arahan Pentadbiran Bil.10/2019)

Tanggung Kerja yang melibatkan kes-kes Cuti Sakit atau Cuti Bersalin
hendaklah diberikan kelulusan khas tanpa mengambil kira perjawatan PT /
Sediaada.

Rasional :

i. Jawatan yang diisi masih ada dan dipenuhi; dan

ii. Cuti yang bersifat sementara (Contoh Cuti bersalin - 3 bulan) dan penjawat
yang bercuti akan kembali semula bertugas.

4.2.Peranan AJK Cawangan

Mohon KPPR mengadakan Seminar/Bengkel kepada semua AJK Cawangan
bagi memberi kefahaman tentang Peranan AJK, Sejarah KPPR dan
perjuangan dan Kemajuan yang dicapai melalui KPPR yang sekarang
dikecapi oleh penjawat awam amnya dan RISDA khususnya.

Boleh memberi penerangan kepada ahli di daerah dan menarik lebih ramai
kakitangan menjadi ahli kesatuan.

Rasional:

Sebahagian besar AJK adalah baru melibatkan diri dengan kesatuan, masih
baru dalam perkhidmaatan kerajaan.Tiada sokongan dari AJK Lama kerana
bersara.

4.3.Pengwujudan Gred 26 di PT
i. Mohon mengwujudkan Gred 26 disemua PT Daerah tanpa mengambilkira
jawatan apungan;
ii.Jawatan Gred 26 hanya ada di Pejabat Negeri dan HQ
Rasional :
i. Pengembangan Kerjaya - Lebih banyak peluang kenaikan pangkat -
memberi motivasi kepada kakitangan.
ii. Ada dikalangan kakitangan mempunyai potensi/bakat dibidang penyeliaan,
boleh menghasilkan idea tetapi tersekat kerana gred jawatan yang disandang.

4.4.Skim Bantuan Pelajar IPT / Pelajaran

Pada masa ini, pembiayaan bantuan adalah secara one-off dengan kadar
bantuan mengikut tahap pengajian seperti berikut :
i. Diploma RM300.00
ii. Ijazah Pertama RM500.00

KPPR Cawangan Johor mencadangkan agar kadar bantuan dinaikkan
kepada :-

I. Diploma RM500.00
II. Ijazah Pertama RM750.00
a. Dapat mengurangkan sedikit bebanan kewangan
b. Kos kemasukkan ke IPT yang semakin meningkat.
Kelayakan pemohon:

Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM3,000.00 dan ke bawah
sebulan.

a. Mohon agar kelayakan pemohon para 3.3 dimansuhkan. Kebanyakan
kakitangan melebihi RM3,000 sebulan. Pemansuhan ini terhad kepada
kakitangan RISDA sahaja.
b. Beri peluang kepada anak-anak kakitangan yang berpeluang ke IPT
mendapat skim bantuan (one-off).

5. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN TERENGGANU

5.1. Memohon KPPR untuk membuat semakan elaun motosikal;

5.2. Mencadangkan mana-mana lantikan baru kakitangan RISDA secara
automatik menjadi ahli KPPR.

5.3. Mohon AJK KPPR membuat cadangan persediaan awal dalam
memastikan kebajikan ahli akan terbela dan terjaga yang mana jika ada
situasi kritikal yang dihadapi dalam organisasi RISDA sebagai contoh jika
diswastakan dan diharap dapat pembelaaan sewajarnya dari pihak
pengurusan.

5.4. Mohon KPPR membuat semakan ke atas gred W17 untuk dinaikkan
kepada gred W29 tanpa mengira samaada staf berkenaan mempunyai
diploma / setaraf sebagaimana yang berlaku kepada Gred G17 yang naik
kepada G27 terdahulu.

5.5. Mohon semakan dibuat keatas elaun berkursus / bengkel sebanyak
RM80.00 sahaja.

5.6. Memohon KPPR membuat semakan ke atas caruman SHPB yang naik
setiap tahun samada perlu dibuat pilihan bukan wajib ke atas ahli.

5.7. KPPR Cawangan mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) dapat
dinaikkan dari 150 hari kepada 180 hari.

6. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN KEDAH

6.1. KPPRSM Cawangan Kedah mengusulkan penggunaan GL hospital
kerajaan dipanjangkan kepada anak-anak yang masih menuntut di IPT
sehingga tamat belajar atau minimum sehingga berumur 23 tahun.

6.2. Warna baju korperat pada masa ini ditukar kepada warna lain.

7. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN WILAYAH

7.1. Cadangan Penubuhan Koperasi Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA

Objektif Penubuhan

I. Dapat menjalankan aktiviti perniagaan untuk menjana pendapatan
kepada kesatuan;

II. Dapat menjaga kebajikan ahli secara sistematik;

III. Membuka peluang pekerjaan dari aktiviti yang dijalankan; dan

IV. Mengeratkan hubungan siraturahim.

7.2. Baju Koporat

Membekalkan semula baju koporat kepada semua staf lantikan
baru sekiranya ingin menguatkuasa kan pemakaian baju tersebut
pada setiap hari Isnin.

8. USUL-USUL DARI KPPRSM CAWANGAN PULAU PINANG

8.1. Mohon tuntutan elaun sewa hotel semasa berkursus dikaji semula.

8.2. Mohon JPA mengkaji semula elaun khidmat awam yang kali terakhir
disemak pada tahun 2006.

8.3. Mewujudkan tuntutan pembelian kaca mata kepada staf sekali sepanjang
perkhidmatan


Click to View FlipBook Version