Tetamu tidak
diundang
Adib, tengok! Pakaian Ha, betul. Ahmad Adib merupakan seorang remaja yang berumur lima
hijaunya membuatnya tidak cakap, saya belas tahun. Kawannya, Ahmad berkawan
terlihat seperti pokok. dengannya sejak kecil dan bersekolah menengah
ingatkan dia ni bersama. Hubungan mereka bagai isi dengan kuku.
Hodohnya! pokok. Mereka berdua dipanggil berhati batu kerana
merupakan remaja yang paling nakal dalam kelas.
Mereka sering menipu serta mengejek rakan
sekelasnya dan mengetawakan rakannya apabila
telah berjaya diusik. Seperti biasa, Adib dan Ahmad
berjalan bersama-sama ke sekolah. Mereka
ternampak perempuan sekelasnya lalu mengejek
pemakaiannya dan ketawa apabila kelihatan
perempuan sekelasnya sedih hati.
Semasa di kelas, guru kelasnya Puan Cynthia masuk kelas dan mula menyemak
kedatangan pelajar dengan memanggil nama. Selesai dengan kehadiran pelajar,
Puan Cynthia memberitahu pelajarnya bahawa pihak sekolah menganjurkan bas
rombongan lawatan sambil belajar selama dua hari ke Kuala Lumpur dan kelas
mereka dipilih untuk mengikuti rombongan tersebut pada minggu depan. Adib
dan Ahmad berasa sangat gembira apabila mendengar pengumuman yang
diberitahu oleh guru kelasnya.
Pada hari bertolak, semua pelajar berkumpul di perhentian bas dan menaiki bas
apabila semua pelajar telah hadir. Adib dan Ahmad memilih tempat duduk di
bahagian yang paling belakang. Sepanjang perjalanan dalam bas, Adib dan
Ahmad tidak pernah duduk diam selagi belum tiba destinasi. Mereka berdua
sekejap tukar posisi duduk, sekejap ketawa terbahak-bahak, sekejap mengusik
rakan-rakannya. Bas dipenuhi dengan suara Adib dan Ahmad. Tidak lama
kemudian, destinasi telah sampai. Puan Cynthia membawa pelajar ke sebuah
taman untuk mempelajari proses penanaman bunga dan penjagaan alam sekitar.
"Mengapa masam muka ni? Adib tidak gembirakah
keluar bersama-sama?", tanya Ahmad.
"Bukanlah, Adib ingatkan pergi ke tempat menarik
seperti Petrosains, zoo atau tempat pembuatan
makanan sekurang-kurangnya dapat main atau makan
tetapi sekarang cuma melihat dan menanam pokok
bunga. Nampaknya indah khabar daripada rupa. Lebih-
lebih lagi, menanam pokok bunga di bawah sinaran
matahari. Panasnya terik matahari begitu membakar
kulitku", mengeluh Adib.
"Janganlah kecewa Adib. Kamu bukan seorang diri, kamu masih ada kawan. Kita boleh
mencipta keseronokan kita sendiri. Apa kata kita mencuri sesuatu barang dari rakan
sekelas kita?", tanya Ahmad.
"Mencuri? Wah, berani sekali kamu. Hanya bermain api sahaja kamu belum sebutkan.
Apa kata kita main sesuatu yang lebih menyeronokkan dan lebih merangsangkan? Kita
ambil kesempatan rombongan ini untuk mengusik perempuan sekelas kita yang
pengecut dengan menakutkan mereka pada waktu malam nanti." kata Adib kepada
Ahmad.
"Bagus juga cadangan awak", jawab Ahmad.
Ahmad bersetuju dengan cadangan Adib lalu mereka berdua berbisik tentang
rancangan menakutkan perempuan sekelas mereka. Selepas lawatan ke taman, langit
semakin gelap lalu pulang ke hotel untuk berehat.
Setelah sampai di hotel, Puan Cynthia mengatur bilik untuk
pelajar dan memberitahu pelajarnya menjaga adab dan beri
salam sebelum masuk bilik seperti ketuk pintu dan jangan
bising sehingga mengganggu bilik sebelah tidur. Mereka
berdua tidak mendengar nasihat guru kelasnya lalu berbual
tentang rancangan menakutkan perempuan sekelas mereka
bermula dengan panggilan telefon yang misteri dan bermain
bunyi loceng pintu pada waktu malam. Selepas mendapat
bilik, semua pelajar ke bilik masing-masing. Adib dan Ahmad
terus membuka pintu bilik dan masuk tanpa ketuk pintu.
Adib bermula dengan panggilan telefon dan bercadang menamatkan telefon
sebaik sahaja telefon diangkat. Sewaktu Adib ingin menamatkan telefon, dia
terdengar suara memanggil nama "Mak.. Mak.. Mak..", dengan nada yang sayu
tanpa berhenti. Adib beranggapan dia tersalah menelefon nombor yang lain
lalu menamatkan telefon tersebut tanpa memberitahu Ahmad tentang
panggilan suara yang didengarnya. Semasa Adib ingin menelefon sekali lagi,
telefonnya menunjukkan bateri yang rendah lalu membatalkan hasratnya
membuat panggilan telefon misteri dan mengecaskan telefonnya.
Memikirkan telefon mengambil masa untuk mengecas lalu Adib berbaring di
atas katil sempena menunggu telefonnya mempunyai bateri.
Kelihatan panggilan misteri tidak dapat dilakukan lalu Ahmad
mengajak Adib menekan bunyi loceng pintu pada waktu malam
untuk menakutkan perempuan sekelasnya. Semasa menuju ke bilik
pintu perempuan sekelas mereka. Adib cuba mengintip melalui
lubang pintu dan ternampak suasana gelap dengan warna
kemerahan. Adib berasa hairan lalu berkata, "Awalnya mereka tidur
lalu tengok jam, baru pukul sebelas malam. Kenapa tak kelihatan
lampu bilik sedangkan nampak warna kemerahan macam lampu
berkelip tetapi macam seolah seorang sedang melihat dari jauh."
Tiba-tiba, Ahmad menerima panggilan telefon lalu mengangkat Mak.. Mak..
panggilan tersebut dan terdengar suara memanggil nama “Mak” dengan Mak..
nada yang sedih. Ahmad berasa pelik lalu menukarkan audio kepada
pembesar suara supaya Adib juga dapat mendengar. Adib berasa
seram sejuk apabila mendengar suara memanggil “Mak” sama seperti
telefon yang diangkatnya sebelum ini. Adib memberitahu Ahmad
bahawa dia juga mendapat panggilan telefon sebegini sebentar tadi.
Tiba-tiba lampu terpadam, Adib dan Ahmad saling berpandangan
dan lari dalam ketakutan. Pada malam tersebut, Ahmad demam
panas sambil menggigil dan muka Adib seperti bulan kesiangan.
Mereka masih terdengar suara panggilan dan ternampak kelibat
bayang di bilik menyebabkan mereka tidak tidur sepanjang malam.
Keesokan harinya, telefon bimbit Ahmad berdering lagi. Ahmad masih dalam keadaan
demam panas lalu menyuruh Adib mengangkat panggilan telefon. Tetapi Adib masih
berasa takut panggilan tersebut adalah sama seperti semalam lalu teragak-agak
seketika. Rupa-rupanya, Puan Cynthia menelefon Ahmad kerana tidak nampak mereka
berdua berkumpul di bas. Ketika sampai di bilik, Puan Cynthia terlihat Adib dan Ahmad
masih menggigil dalam ketakutan lalu menanya apa yang telah berlaku. Mereka
menceritakan perkara yang dialami kepada Puan Cynthia. Setelah memahami perkara
tersebut, Puan Cynthia memberitahu mereka bahawa Adib dan Ahmad tidak patuh
adab sehingga telah mengganggu kedatangan tetamu yang tidak diundang di mana
mereka tidak bagi salam dengan mengetuk pintu sebelum masuk dan sebagainya.
Tambahan pula, hotel yang diduduki oleh mereka pernah
berlaku kes bunuh di mana seorang perempuan menjadi
mangsa. Mereka mendapati rupa-rupanya panggilan telefon
yang memanggil “Mak” ialah mangsa mati dan lubang pintu yang
dinampak gelap dengan warna kemerahan oleh Adib adalah
mata mangsa mati yang sedang melihat melalui lubang pintu.
Hkasereagmpanamglaagmaufanatas Puan Cynthia membawa Adib dan Ahmad sembahyang
dengan membakar colok dan meminta maaf atas kegangguan
semalam untuk mendapat kemaafan. Selepas kejadian ini,
Adib dan Ahmad tidak lagi berani menakutkan kawannya dan
mendengar nasihat orang sebelum melakukan sesuatu.
Tamat!
Pengajaran : Mendengar nasihat orang dan menurut adat
atau peraturan di tempat yang tinggal.
Tetamu tidak
diundang
Tetamu tidak diundang
menceritakan sebuah kisah dua
remaja iaitu Adib dan Ahmad
yang berumur 15 tahun tidak
menjaga adab lalu mengganggu
kedatangan hantu. Apa yang
terjadi? Adakah mereka
dimaafkan? Baca buku sehingga
habis. Terima kasih.
LOOI CHENG YI (270091)