BAB V
PUISI MELAYU MODEN
A. PENGENALAN
Puisi Melayu moden atau sajak telah mengambil alih tempat puisi lama sejak
Perang Dunia ke-2 (Anis, 1989:67). Peralihan dari bentuk lama kepada bentuk
baharu ini terjadi secara perlahan-lahan dan dapat dilihat dalam puisi yang ditulis
pada zaman pertukaran tersebut.perubahan dapat dilihat menerusi bentuk
yanglebih bebas, isi atau tema yang lebih meluas, dan usaha mencari ungkapan-
ungkapan yang lebih asli, baru dan segar. Bentuk sajak tidak lagi terikat seperti
bentuk pantun dan syair. Kelonggaran ini semakin hari semakin jelas sehingga
puisi lama akhirnya berubah sama sekali menjadi sajak.
B. DEFINISI SAJAK
• Muhammad Hj. Salleh - Sajak ialah satu bentuk puisi moden yang lebih
bebas dan rangkapnya tidak terikat kepada bentuk tradisional yang membawa
suasana serta pandangan lebih moden.
• Robert Frost - sajak sebagai perkataan yang bermula dengan keseronokan
dan berakhir dengan kebijaksanaan.
C. SEJARAH PERKEMBANGAN SAJAK
i) Zaman Peralihan
Penyair-penyair Melayu zaman ini teridir daripada guru-guru lepasan
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) tanjung Malim, dan guru-guru sekolah
Melayu sejak tahun 1929. Mereka pernah membaca majalah-majalah dari
Indonesia seperti Bintang Timur, Bintang Hindia dan Pujangga Baru. Secara
langsung atau tidak langsung, puisi Melayu baru zaman ini turut dipengaruhi oleh
perkembangan puisi baru di Indonesia. Muhammad Yasin Makmur (Punggok)
dianggap oleh banyak pengkaji sastera sebagai pelopor sajak-sajak Melayu
melalui sajak yang berjudul ‘Keluh Kesah’ yang terbit dalam Majalah Guru pada
bulan Mac 1934.
Waktu senja burung terbang
49
Waktu adinda bersedih hati
Hancur dan lebur di kalbu abang
Sedihkan adik panah dewata.
Waktu dinihari malamyang sunyi
Waktu kanak-kanak yang kehilangan ibu
Abang meratap berbagai bunyi
Merindukan adik bernyala di kalbu.
Waktu subuh menyingsing di angkasa
Waktu tubuh bersahut-sahutan
Aku bermimpi berbagai rasa
Adik disangka hanyut di lautan.
Waktu kabus menyambut siang
Waktu makhluk bangun bekerja
Abang terlalai waktu sembahyang
Asyikkan adinda intan durja.
Namun, Muhammad Hj Salleh menganggap puisi ciptaan Harun Amin
al-Rashid (Harun Aminurrashid atau Atma Jiwa) yang berjudul ‘Sariku’ yang
tersiar dalam Pujangga Baru, Disember, 1933 sebagai “puisi terawal yang
menampakkan tanda-tanda perubahan”, iaitu:
Semasa bunga sedang kuntum
Semasa kumbang di dalam telur,
Ingatanku kepadanya tercantum
Asmara rayuku dapat kuhibur.
Dari sehari kunanti juga
Menghitung tahun tahan dahaga,
Bungan an kembang Nampak kelihatan
O O! Ditakdirkan Tuhan
Sukma terikat kalbu terhentam!!
Sebagai kaca terhempas,
Sebagai berpatah arang,
Hatiku pilu sebagai diiris sembilu,
Sukaku pedih luka darah meleleh.
Antara penyair-penyair lain dalam zaman permulaan ini termasuklah Hasan Haji
Abdul Manan, Ngumba, Abu Samah, Yusuf Arshad, Muhammad Yusof Awang,
Kasmani Haji Arif, dan lain-lain. Manakala Ali Ahmad membahagikan sajak-
sajak Sebelum Perang Dunia Kedua kepada tema-tema cinta muda-mudi, moral
dan pendidikan, intropeksi diri, nasib bangsa, perang dan damai, perubahan
zaman, tentang wanita dan cinta akan tanah air, ketuhanan, dan alam.
Kesimpulannya, sajak Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua dalam banyak hal
bertolak daripada puisi-puisi tradisional, dan dalam perkembangannya mula
50
mengasingkan diri daripada puis-puisi tradisional untuk membentuk identitnya
sendiri.
ii) Zaman Jepun (1942-1945)
Akhbar Malai Syinbun Sya ( Pejabat Persuratkhabaran Melayu ) dan
majalah Semagat Asia dengan Ishak Haji Muhammad dan Abdullah Kamel
sebagai sidang pengarangnya, dan Sinsei Malai Kensetsu Sya (Pejabat
Pembangunan Baru Melayu) dan majalah Fajar Asia dengan pengarangnya Zainal
Abidin Ahmad menyediakan ruangan kesusasteraan. Penulis-penulis dari
Sumatera, Melayu, dan Singapura mula menyumbangkan tulisan mereka seperti
rencana, cerpen, dan puisi. Dasar Jepun adalah memastikan tulisan itu ke arah
pembinaan semangat dan cita-cita “Asia Timur Raya Makmur Bersama Pimpinan
Dai-Nippon”. Sajak-sajak dalam Semangat Asia dan Fajar Asia menerima
sumbangan daripada penyair Sumatera sementara sajak-sajak siaran Berita Malai
kebanyakannya menerima sumbangan daripada penyair Malaya.
Dasar penapisan dan penyaringan sajak oleh pihak Jepun meninggalkan
empat kesan, iaitu kreativiti, keperibadian atau identiti, tradisi, dan semangat
kebangsaan atau patriotism. Penyair-penyair yang muncul pada zaman ini ialah
Sharif Sukur, Ahmady, Asmara, M.Kidin, Syarif Naning, Asba, Gadis Muar,
Muhammad Hassan Abdul Wahab, Putera Melaka, Abdul Abbas, Ros Melaka,
Hamzah Tajuddin, Amsal, dan Ninu al-Muari. Dari Singapura pula antaranya
termasuklah Masuri S.N. dan Mahmud Ahmad. Dalam tempoh tiga tahun (1942-
1945), telah tercipta sajak-sajak yang selaras dengan cita-cita pemerintah Dai-
Nippon, dan sajak-sajak yang peribadi dan berunsur Islam tidak banyak. Di
samping itu, suasana melankolik telah bertukar kepada suasana idealistis,
didaktik, dan propaganda, manakala pertembungan antara penyair Indonesia
dengan Malaya telah memberikan kesan simbolik terhadap pertumbuhan puisi
Melayu moden seterusnya.
iii) Tahun-tahun 1950-an
Para penulis Melayu mula memikirkan untuk bergerak dalam satu
pertubuhan penulis agar dapat disepakatkan tuntutan yang berkait dengan politik,
bahasa, dan satera Melayu. Pada 6 Ogos 1950, lahirlah Angkatan Sasterawan 50
(ASAS 50) dengan kesedaran politik dan sosial yang berjuang ke arah
kemerdekaan, keadilan sosial, kemakmuran dan kedamaian hidup manusia. Hadir
sama dalam majlis itu ialah Keris Mas, Masuri S.N, Hamzah, Mas, Rosmera, dan
lain-lain. Melalui persatuan ini, mereka berharap dapat menyatukan pendirian dan
cita-cita para penulis muda dan bekerja memupuk bahasa dan kesusasteraan
Melayu yang membawa semangat kebangsaan. Kemudian, masyarakat penulis
terbahagi kepada dua kolompok aliran, iaitu;
51
a. Yang bergabung dalam ASAS 50 dengan slogan “Seni untuk Masyarakat”;
dan
b. Yang dipelopori oleh Hamzah yang berpegang kepada slogan “Seni untuk
Seni” lalu menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu Baru pada
17 April 1954, dengan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada M.S.
Haliza, Abdul Salam Ayob, Aeby Muara, Amin Jaya dan Abdul Ghani Hamid.
Penyair-penyair ASAS 50 terdiri daripada Usman Awang (Tongkat Warrant),
Mansuri S.N., Awam-il-Sarkam, Noor S.I., Abdul Ghani Rokambul, A.Samad Said,
Mas, Asraf, Keris Mas, Salmi Manja, M.Ghazali, dan A.S Amin. Sajak-sajak
nasionalisme pada zaman ini termasuklah “Angkatan Baru” oleh Masuri S.N.,
“Bahasa Bunda” oleh Usman Awang, dan “Pelita yang Tak Padam-Padam” oleh
Keris Mas. Kemudian, muncul penyair-penyair kabur (sukar difahami) yang
dipelopori oleh Noor S.I., A.S.Amin, dan M.Ghazali. Melalui wahana sajak, Masuri
S.N. dan Tongkat Warrant (Usman Awang), dapat menyalurkan semangat
perjuangan untuk meniupkan semangat cinta akan tanah air, berjiwa nasionalistik,
menjunjung nilai-nilai kemanusian, dan menghargai maruah diri sebagai bangsa
yang merdeka.
iv) Tahun-tahun 1960-an
Selepas merdeka (31 Ogos 1957), para sasterawan penting ASAS
50 berpindah ke Kuala Lumpur. Syraikat-syarikat akhbar Utusan Melayu, New
Straits Times, dan Dewan Bahasa dan Pustaka turut berpindah ke Kuala Lumpur.
Penulis-penulis ASAS 50 dengan sokongan golongan intelektual dari Universiti
Malaya seperti Syed Husin Ali, Kassim Ahmad, Ismail Hussien, Muhammad Taib
Osman, dan lain-lain menubuhkan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA)
pada bulan Februari 1960. PENA yang diketuai oleh Usman awing telah berjaya
menganjurkan Seminar Bahasa dan Sastera, menerbitkan majalah Penulis,
mengadakan beberapa siri ceramah tentang aspek-aspek penulisan kreatif sajak,
cerpen, drama, dan novel melalui Radio Malaya. Sebagai hasilnya, lahirlah
penyair daripada pelbagai latar belakang pendidikan-menengah atau maktab dan
institusi pengajian tinggi –lantas melahirkan puisi dengan pemikiran dan teknik
pengucapan yang lebih berkesan. Penyair yang giat dan konsisten kepenyairannya
ialah Kassim Ahmad, Anis Sabirin, Firdaus Abdullah, Kemala, A.Wahab Ali,
Dharmawijaya, Shamsudin Jaafar, Hadzrami A.R., Nahmar Jamil, Jihaty Abadi,
dan Rustam A.Sani. Tema sajak yang dikemukakan ialah lanjutan daripada
persoalan yang digarap oleh penyair ASAS 50 dan kemudian cenderung kepada
kerinduan kepada kerinduan dan kecintaan kepada tanah air dan penderitaan,
kemiskinan, dan kemelaratan.
v) Tahun-tahun 1970-an
Dalam bulan Oktober 1970, tertubuhlah Persatuan Penulis-penulis
Nasional Malaysia (GAPENA) yang diketuai oleh Prof. Ismail Hussien, lalu
52
menyatukan 22 badan penulis peringkat negeri dan menyelaraskan kegiatannya.
GAPENA melalui Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kerajaan Malaysia telah
mewujudkan Hadiah Karya Sastera untuk menilai karya kreatif sejak tahun
1971. Hadiah Karya Sastera ini telah berjaya menampilkan banyak penulis puisi
seperti Muhammad Haji Salleh, Baha Zain, Latiff Mohidin, Kemala, Zurinah
Hassan, Jaafar H.S., Rejab F.I, Ahmad Sarju, Zam Ismail, Shamsudin Jaafar, Wan
A. Rafar, Dharmawijaya, Firdaus Abdullah, Nahmar Jamil, dan sebagainya. Era
ini juga memperlihatkan penerusan berkarya penyair-penyair tahun sebelumnya
seperti Usman Awang, Masuri S.N., Suhaimi Hj Muhammad, Anis Sabirin dan
lain-lain. Bakat-bakat baru yang cukup teruji lahir seperti Moechtar Awang, T.
Alias Taib, Siti Zainon Ismail, Zaihasra, dan sebagainya. Walaupun puisi
berunsur Islam telah bermula pada tahun 1960-an, namun pertumbuhannya
semakin pesat setelah Prof. Syed Naquib al-Atas menulis tentang hubungan Islam
dan kebudayaan Melayu, penyair sufi Hamzah Fansuri, akhlak menurut Islam,
dan apa yang membezakan Islam dengan sekularisme. Nahmar Jamil, Kemala, A.
Wahab Ali, dan Shafie abu Bakar adalah penyair yang konsisten menulis puisi
berunsur Islam.
D. CIRI-CIRI SAJAK
• Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap.
• Tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi.
• Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak tetap.
• Bilangan perkataan dalam setiap baris juga tidak tetap.
• Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan
bahasa.
E. JENIS- JENIS SAJAK
1. Oda / ode (dari bahasa Latin - Odium dan bahasa Greek - Odeion)
• Sajak yang berupa nyanyian, pujian, sanjungan atau pemujaan terhadap
manusia, alam, peristiwa, tempat dan lain-lain dengan semangat yang
meluap-luap.
Sajak Kampung Halaman - Masuri S. N.
Alangkah indah kampung halaman
Tanah tempat tumpah darahku
Masih jelas terbayang aman
Teratak buruk tempat tinggalku
Masih tergambar di depan mata
Walau jauh telah tiada
Ramah mesra teman sebaya
53
Menghibur hati dalam derita
………
Isi sajak ini jelas memperlihatkan betapa penyajak memuja keindahan
alam di kampung halamannya.
2. Gita / puja (bahasa Greek – hymnos)
• Sajak keagamaan yang memuja kebesaran Tuhan dan hal-hal yang
berkaitan dengan agama.
Subuh di Masjid Sa’dah Jakarta - Kemala
Aku tidak bermimpi, Tuhan
Waktu menatap puluhan anak kecil
Bersamaku menemui-Mu
Angin jernih subuh menyambut
Tasbih permata
Cuma genang air mata
Menatap rindu yang terpercik
………
Sajak di atas mengisahkan pemujaan dan pengabdian diri penyajak kepada
pencipta-Nya. Turut digambarkan beliau benar-benar merasakan dirinya
berhadapan dengan Tuhan bersama puluhan anak kecil ketika bersolat
subuh di sebuah masjid di Jakarta. Penyajak merasai bahawa cintanya
terhadap tuhan selama ini telah mendapat balasan-Nya.
3. Elergi (bahasa Latin – elegos)
•
Dikenali juga sebagai sajak sedih atau pilu yang meluahkan ratapan, sedih
pilu dan dukacita atas kematian seseorang yang dihormati, peperangan
atau tragedi dalam percintaan.
Sajak Tok Janggut - Hassan Ahmad
Kau sudah lama mati
Diseksa digantung dicaci semua hati
Tapi rakyat berdiri
Menuntut pembelaan mencari panduan
Pada berjuang;
Tak sia-sia pengorbananmu:
Sudah terbayang samar-samar indah
rakyat ini tak jemu-jemu menentang
seperti jiwamu
menyambar datang
………
54
Sajak bebas ini mengisahkan seorang pahlawan Melayu yang terkenal Tok
Janggut gugur dibunuh penjajah. Penyajak berasa sedih dan meratapi
kematiannya serta memujapengorbanan pahlawan ini sambil berjanji akan
meneruskan perjuangannya.
4. Epigram (bahasa Greek – epigramma)
• Sajak yang mengandungi unsur pengajaran, nasihat serta kebenaran yang
boleh dijadikan pengajaran, pegangan hidup atau iktibar.
Sajak Menyerah Kalah - Usman Awang
Kalau sekali kita berani
Tahan besi tahan api
Rempuh, sampai luluh
Gempur, sampai lebur
Bumi kita, budi kita
Segala sedang meminta
Siapa member siapa mereka
Siapa putera kepunyaan bangsa
Kalau sekali memutar diri
Menyerah kalah hanya lagi
Sajak ini menyatakan betapa kita harus berani dan mara menentang apa
jua bencana untuk mempertahankan tanah air, sebaiknya jangan berundur
untuk menyerah kalah.
5. Satira (bahasa Latin – satura)
• Sajak yang mengungkapkan sindiran atau kecaman tajam terhadap sesuatu
seperti pemimpin yang berpura-pura, kecurangan, pembangunan
kebendaan dan seumpamanya.
Sajak Sorga - Chairil Anwar
Seperti ibu nenekku juga
Tambah tujuh keturunan yang lalu
Aku minta pula supaya sampai di sorga
Yang kata Masyumi Muhammadiyah
Bersungai susu
Dan berabur bidadari beribu
Tapi ada suara menimbang dalam diriku
… … ….
Sajak ini mengungkapkan sindiran tentang cerita syurga yang didengar
penyajak daripada ibu, nenek dan kumpulan ulama kononnya bersungai
susu dan bidadari beribu tetapi beliau sendiri ragu-ragu dan tewas oleh
pujukan bidadari dunia.
55
6. Percintaan atau roman (bahasa Perancis – romantique)
• Sajak yang membawa persoalan kasih sayang, rindu dendam serta manis
mesra yang melanda jiwa pasangan bercinta.
Sajak Adikku Sayang - Pungguk.
Termenung aku dipantai berida
Memandang ombak menderu-deru
Jantungku sedih mengenangkan adinda
Cintaku terkobar darahku terharu,
Waktu senja pula kumenung,
Mambang kuning limpah di bilik
Puas kuperhati puas kutenung
Bayang-bayang tabtibau kusangka adik
Sajak ini mengisahkan kerinduan penyajak terhadap kekasihnya yang jauh
terpisah sehingga sering terbayang di depan mata.
7. Balada atau pengisahan (bahasa Inggeris – ballad)
• Sajak yang membawakan sesuatu kisah, disampaikan secara mudah
biasanya bersifat dramatik, sedih atau tragik. Sajak ini agak panjang
binaannya.
Balada Langit Tua Manusia Sengketa - Usman Awang
………
Tiba-tiba pagi yang hitam itu dating
Gergasi teknologi menyerangnya
Dengan kejam membenamkan gigi-gigi
Sehingga terdengarlah jeritan ngeri
Suara beringin rebah ke bumi.
Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
Dengarlah suara Beringin mengucap pesan:
Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal mentari selamat tinggal bulan
………
Sajak ini memperlihatkan kekesalan penyajak terhadap pembangunan
yang dilakukan tanpa memikirkan alam sekitar.
56
F. STRUKTUR KAJIAN SAJAK
1. STRUKTUR DALAMAN
i) Tema dan persoalan
• Melihat gambaran suasana dan pemikiran masyarakat sewaktu karya
dilahirkan.
• Melihat ideologi dan falsafah yang hendak disampaikan.
• Menyelam dan melihat perasaan dan hati nurani manusia
menciptanya.
• Jenis- jenis tema:
a) Tema alam
Penyajak menciptakan unsur keindahan alam sebagai tema yang
diungkapkan secara indah dan menarik membuat pembaca sedar
dan menginsafi alam ciptaan Tuhan.
Gunung Pagi
“ku bangun sebelum matahari
kabut masih bermalam di pelantar rumah
gunung-gunung dekat dihapuskan oleh kapasnya
anjingku masih tidur di bawah para
letih memanjat tangga lereng kelmarin
mengikut ototku yang kubawa ke celah jagung
dan pancang liat kacang.
kini semuanya dipendamkan subuh
riang-riang didiamkan kelam
enggang kesejukan di sarang
senduduk basah oleh kabus
warnanya ditemankan awan
angin menunggu di akarnya ….”
(Muhammad Haji Salleh, Lukisan Zaman, 1991: 10)
b) Tema perjuangan/nasionalisme
Tema ini mirip kepada tema cintakan tanah air. Tema begini
dicipta sebagai pengluahan rasa benci penjajah dan sayangkan
Negara sendiri.
57
Malaya Pasti Merdeka
“Keseluruhan dari keadaan dan kenyataan
keseluruhan dari kesanggupan dan kebenaran
keseluruhan dari kemungkinan dan kepastian
perpaduan-pendirian-pengorbanan dan perjuangan
telah benar-benar membangunkkan kepercayaan
telah benar-benar menimbulkan harapan
“Bahawa kemerdekaan yang sekian lama kita perjuangkan
telah dekat-mendekati kita
telah tegas dan nyata
terbayang di hadapan mata
Malaya! Pasti merdeka.”
Kita pasti merdeka!
Kita adalah manusia berbangsa dan bernegara!
Kita bukan boneka! ….”
(Affrini Adham, (1955), Lukisan Zaman, 1991: 60)
Sajak ini bertema semangat inginkan kemerdekaan. Perjuangan
menuntut kemerdekaan begitu meluap-luap dan saat kemerdekaan
yang begitu hampir menyebabkan penyajak begitu optimis
terhadapnya.
c) Tema keagamaan/ ketuhanan
Tema ini lazimnya dicipta oleh penyair yang mempunyai
pengetahuan dalam bidang agama.
Qiyaamullail
malam bernafas ke hujung pagi
getarab memori menunda rasa
qiyaamullail
wadah agung dari Rasulullah
mengenal diri menemui Ilahi
berdiri malam ini
menemani wajah-wajah duka
penuh kesalan
hati tercuit menyanyi puisi-puisi Ilahi
dalam jena yang terjaga
tasbih tauhid yang bermelodi
tahajjud taubat berlinangan airmata
rebahkan syaitan di hujung kaki?
58
(Wargajaya, Gema Membelah Gema 9, 1988: 69)
Sajak bertemakan pengabdian diri penyajak sebagai hamba
kepada Khaliq dizahirkan melalui amalan qiamullail.
d) Persoalan Masyarakat
Tema ini mencakupi bidang luas tentang pelbagai permasalahan
dan kemanusiaan. Lazimnya penyajak cenderung menggarap
unsure negatif, kejelekan dan penderitaan seperti kemiskinan,
hidup malang dan melarat atau teraniaya, seolah-olah memohon
simpati. Tema ini digunakan dalam sajak ASAS 50 yang
memperjuangkan seni untuk masyarakat dan kini tema ini masih
lagi diungkapkan.
Satu Tengah hari di tepi jalan raya
Satu tengah hari
Kutemui dia menyusuri
tepi jalan raya
debu berterbangan
menambah tebaikan lagi
daki tubuhnya
dia pun semakin kebal
dari panahan matahari
meski tak seurat
benang
menutupi malunya
barangkali
dia tak punya apa-apa
kecuali dirinya.
(Maafor Saad, Milik Rahsia Alam, 1984: 27)
e) Tema cinta
Tema cinta merupakan tema yang popular dan klasik yang wujud
pada bila-bila masa. Cinta yang lumrah lazimnya ialah cinta antara
kekasih seperti Romeo dan Juliet. Namun cinta sebenarnya lebih
dari itu umpamanya cinta kepada tanah air, ibu bapa, adik-beradik,
teman dan bangsa. Cinta yang agung adalah cinta makhluk kepada
pencipta-Nya.
59
Pada Tanah Yang Indah
“Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih
aku sama menagih kemerdekaan kekasih,
dalam dada yang mesra tenang telaga cinta
aku janji setia membela tanah pusaka.
Kira ribut mendurja mengancam tanah yang indah
setapak tiada kurela untuk melutut kecewa
biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya
untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela…”
(A. Samad Said, Lukisan Zaman, 1991: 63)
Sajak ini bertemakan rasa kasih sayang atau cintakan tanah air.
Rasa ini dikuatkan lagi dengan hasrat penyajak untuk terus
memperjuangkan kebebasan (kemerdekaan) serta memelihara
‘kekasihnya’, untuk itu beliau sanggup berkorban apa sahaja.
b) Maksud
• Pengertian atau huraian pada sesebuah sajak mengikut kefahaman atau
tafsiran pembaca.
• Maksud yang ditanggapi pembaca mungkin berbeza dengan apa yang
dimaksudkan oleh penyair dalam sajaknya berdasarkan tafsiran dan
kefahaman terhadap kata-kata atau ungkapan sajak.
c) Amanat
• Mesej atau pesanan, iaitu sesuatu yang ingin disampaikan oleh penyair
dalam sajaknya yang boleh dijadikan pengajaran, iktibar atau teladan.
d) Sikap dan perasaan
• Gambaran keperibadian penyair dan sajak ciptaannya terhadap sesuatu
isu.
• Pelbagai sikap dan perasaan boleh lahir misalnya berterus-terang,
bertanggungjawab, simpati, benci, protes dan lain-lain.
• Penyair lazimnya mencipta sajak menurut ilham atau "gesaan dalaman"
bagi menyatakan sesuatu kepada audien.
• Contoh: Sajak Untuk Penakut- Muhammad Hj. Salleh. Penyair dalam
sajak ini membawakan perasaan benci dan tidak gemar kepada sikap
tidak jujur, suka memfitnah, untuk menakut-nakutkan orang yang
dilakukan oleh seseorang yang inginkan pangkat dan kedudukan.
60
2. STRUKTUR LUARAN
a) Diksi
• Pemilihan kata yang digunakan dalam penulisan.
i) Kosa kata
Tiap kata mernpunyai makna dan erti
Makna: Apa yang dianggap oleh pembaca
Erti: Maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang.
Makna yang hendak disampaikan menjadi pokok
pemilihan perkataan.
Makin banyak kosa kata seseorang, makin mudah dia memilih
menyatakan gagasannya dan mudah pula dia mengerti gagasan
yang disampaikan kepadanya.
ii) Kata seerti (sinonim)
Merujuk kepada satu "reference" atau satu konsep. Contoh:
Rumah, istana, mahligai, pondok, teratak dikatakan sinonim
kerana tiap- tiap kata itu merujuk kepada satu "reference" yang
sama iaitu tempat kediaman.
Tetapi setiap perkataan itu sebenamya mempunyai erti khusus
yang tidak menunjuk kepada "reference" yang sama. Jelaslah
bahawa kata sinonim tidak semestinya mempunyai erti yang
benar-benar sama.
Contoh: Raja-raja Melayu zaman dahulu bersemayam dalam
Pondok yang mempunyai berpuluh- puluh bilik peraduan.
(jelas dapat dilihat kejanggalan atau kesalahan yang amat
menonjol jika tersalah pakai atau pilih perkataan.)
Pemilihan kata juga harus dilihat kepada hubungan sosial,
suasana, keadaan dengan menyesuaikan mengikut konteks
atau rujuan penggunaannya.
Punca terjadinya sinonim:
a. Penerapan kata asing - buku = kitab = book
b. Mengikut daerah - cantik = molek = elok
iii) Ketepatan dan kesesuaian
Kata yang tepat maknanya selalu digunakan untuk deskripsi dan
penerangan tentang hal-hal dan perkara-perkara yang fakta
seperti ukuran, jangka masa, warna, waktu dan lain-lain.
Contoh: i) Warna bajunya garang (tidak tepat)
Warna bajunya merah (tepat)
61
ii) Beribu- ribu orang menonton pertandingan bola
itu (tidak tepat)
Pertandingan bola itu ditonton oleh 25 000 orang
(tepat)
Kata yang sesuai maknanya dalam konteks sebuah wacana ada
hubungan dengan beberapa hal termasuk suasana, status manusia
dan hubungan sosial.
Dalam pemilihan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai
haruslah bertepatan dan tidak merosakkan suasana.
b) Unsur Bunyi
i) Aliterasi
Pengulangan konsonan dalam baris-baris puisi secara
horizontal
Contoh: mampu menelan masamnya anggur kehidupan
(Sajak : Anggur Kehidupan - Animas Ar)
ii) Asonansi
Pengulangan vokal dalam baris-baris sajak secara horizontal
Contoh: maha kaya hikmat-Nya di mana-mana
(Sajak Falsafah Insan dan Seni - Shafie Abu Bakar)
iii) Skema rima
Rima adalah persamaan bunyi dalam baris-baris puisi secara
vertikal.
Terdapat 6 jenis pola rima:
i. Rima rata
Pola rima yang sama di hujung setiap baris pada rangkap
Pola - aaaa atau bbbb (kebanyakannya dalam syair)
ii. Rima berdakap atau berpeluk
Pola rima baris pertama sama dengan rima baris keempat
Rima baris kedua sama dengan rima baris ketiga
Pola - abba
iii. Rima bersilang
Mengandungi pola rima seperti pantun, iaitu rima baris
pertama sama dengan rima baris ketiga
Rima baris kedua sama dengan rima baris keempat
Pola - abab
iv. Rima berpasang
Pola rima yang sama pada dua-dua baris sajak.
62
Pola - aabb
v. Rima berpecah
Pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada
dua baris yang sama.
Pola - aabc, abca
vi. Rima bebas
Rima yang tidak mempunyai pola yang tertentu.
Pola- abcde
iv) Irama atau rentak
Unsur ini wujud dalam sesebuah puisi setelah adanya
penglibatan secara kerap aliterasi, asonansi dan skema rima.
Sekiranya unsur-unsur bunyi tersebut digunakan terlalu kerap
akan menimbulkan irama dan rentak yang menarik.
c) Gaya bahasa
• Rujuk aspek sastera gaya bahasa
d) Teknik/ bentuk
i) 2 Untai serangkap = Distikhon
ii) 3 Untai serangkap = Terzine/ terzina
iii) 4 Untai serangkap = Quatrain
iv) 5 Untai serangkap = Quint
v) 6 Untai serangkap = Sextet
vi) 7 Untai serangkap = septime
vii) 8 Untai serangkap = Oktaf
viii) 14 baris = sonate ( 8+ 6 ), (4 + 4 + 3 + 3)
• Jika baris- baris itu pendek-pendek ia akan menunjukkan
ketegasan.
• Teguh impaknya serta memiliki suasana yang cemas, berani,
objektif dan sebagainya.
• Jika baris itu panjang-panjang ia menunjukkan ketenangan,
lembut, romantis sifatnya membawakan nada sayu, dan sedih.
e) Nada
• Unsur tinggi rendah bunyi serta tekanan suara seseorang
semasa melafaz atau mendeklamasikan sajak.
• Nada berhubung rapat dengan tema dan persoalan, rima serta
bentuk atau jenis sesebuah sajak di samping permainan bunyi
63
yang dicipta untuk diucapkan oleh pendeklamator.
• Jenis-jenis nada:
i) Nada sinis
Menggambarkan perasaan yang penuh rasa tidak puas hati dan
marah sama ada terhadap individu, peristiwa ataupun pihak-
pihak yang tertentu.
ii) Nada Romantis
Menggambarkan suasana hati yang tenang dan
menyenangkan.Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh
tekanan suara yang rendah dan perlahan. Nada tersebut sesuai
untuk mengemukakan isi atau persoalan yang berhubung dengan
peristiwa indah dan menggembirakan. Ini antara lainnya,
mengenai kasih sayang, harapan dan impian bahagia. Pemilihan
kata-katanya membawakan kesan kelembutan serta kemerduan.
iii) Nada Melankolik
Menggambarkan suasana hati yang murung, merayu-rayu atau
berhiba-hiba. Tekanan suara lebih rendah dan perlahan. Nada
begini adalah tentang penderitaan, kehampaan dan kerinduan.
Penggunaan gaya bahasa atau pemilihan kata-katanya lebih banyak
menekankan perasaan.
iv) Nada Protes
Menggambarkan suasana hati yang penuh pemberontakkan atau
penentangan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Nada
seperti ini sesuai pula untuk mengemukakan isi atau persoalan
ketidakadilan dan kekejaman yang menimbulkan kemarahan
serta kebencian.
v) Nada Kegamaan
Menggambarkan suasana hati yang penuh pujian dan sanjungan
terhadap pencipta.
vi) Nada Serius
Menampakkan sikap bersungguh-sungguh penyair dalam
sesuatu, yang disampaikan dalam sesebuah puisi.
64
vii) Nada patriotik / kepahlawanan
Menggambarkan suasana hati yang penuh bersemangat. Tekanan
suara biasanya lebih tinggi, pantas atau cepat. Nada ini sesuai
untuk mengemukakan isi atau persoalan mengenai perjuangan
dan cita-cita yang tinggi penuh keberanian. Pemilihan kata-
katanya lebih lantang tegas atau penuh keberanian.
65
66
BAB IV
SASTERA BANDINGAN: KONSEP DAN APLIKASI
A. Latar belakang
• Pelopor KB dikatakan dari Perancis pada pertengahan abad ke 18 namun telah ditolak oleh
pengkritik Inggeris.
• Disiplin KB tidak terbatas dalam lingkungan induk Eropah tetapi meliputi ke seluruh benua Asia.
• Namun pendefinisian terhadap konsep KB adalah berbeza-beza.
B. Kesusasteraan Bandingan di Malaysia
• Merupakan satu disiplin baru di Malaysia. Tiada program khusus- sebagai sebahagian daripada
kursus.
• Ada usaha DBP- Bengkel dan seminar serta persatuan SB.
• Masalah sama berlaku di negara-negara lain tentang kemalapan disiplin SB
SASTERA BANDINGAN
Kajian Sistematik
SB Sastera antara Negara ILMU BANTU
Multidisiplin Seni
Psikologi
Lain-Lain Sejarah
Disiplin Sosiologi
Agama
Sains
C. Prasyarat Pengkaji KB
Beberapa Pertimbangan:
• Biasa dengan corak kebudayaan kebangsaan bangsa yang menghasilkan karya.
• Mengetahui hubungan politik, pemikiran antara pelbagai bangsa yang dikaji.
• Mendalami sejarah sastera yang terlibat.
• Menguasai pelbagai bahasa sehingga mampu membaca pelbagai teks.
• Mampu membuat batas pemisah antara sastera dengan bahasa, bukan bahasa atau tanah air dari segi
geografi.
• Luas pembacaan tentang sejarah pelbagai sastera dalam pelbagai zaman atau sekurang-kurangnya
pada zaman yang menyangkut kajiannya.
• Memiliki keupayaan mengumpul serta membaca bahan rujukan umum sebanyak mungkin untuk
mengetahui cara gaya ilmiah dalam membuat penyelesaian.
• Memiliki kepakaran dalam kajian kesusasteraan, kritikan dan perbandingan.
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 66
D. Teori dan Prinsip KB
Kepentingan Teori.
• Sifat kajian Ilmiah.
• Teori sebagai prosedur yang di dalamnya tersedia prinsip-prinsip, amalan aplikasi dan kerelevanan
dengan disiplin yang dikaji.
• Teori tidak bersifat rigid tetapi saling berkaitan antara satu dengan yang lain.
• Teori merupakan pegangan bagi sesetengah sarjana. Teori memerlukan pembuktian hasil daripada
pelaksanaan atau aplikasi yang digunakan.
Aplikasi Teori
• Teori / Pendekatan Stilistik – menganalisis aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa dan
kesesuaian dengan konteks karya. – J.M Murry
• Teori Sosiologi – Kajian terhadap aspek kemasyarakatan. Hidup dan kehidupan. Alan Swingwords.
• Teori Psikologi – kajian kejiwaan.
• Teori Resepsi – penerimaan
• Teori Moralis- moral
• Pengaruh Ilmu Bantu Dalam Kesusasteraan Bandingan
E. Pengaruh Ilmu Bantu Dalam Kesusasteraan Bandingan
i. Konsep Ilmu Bantu
• Cabang ilmu dalam pelbagai disiplin lain dengan bahan kajian yang digunakan untuk meneliti atau
menganalisis karya.
• Ilmu bantu bersifat multidisiplin.
• Ilmu bantu merentas ruang, batas dan lingkungan sesuatu disiplin ilmu
ii. Bidang-Bidang Ilmu Bantu
• Tidak hanya terbatas dalam satu-satu bidang khusus sahaja.
• Sains dan non-sains, teoritikal dan konseptual, analisis dan aplikasi.
• Disiplin ilmu yang diperaku dan mempunyai cabang-cabang khusus.
• Meliputi horizon yang luas.
iii. Guna Ilmu Bantu dalam KB
• Ilmu bantu sebagai unsur pelengkap dalam KB.
• Penggunaan pelbagai ilmu / disiplin untuk dicerap atau disip memudahkan pengkajian dan
pemahaman.
• Keupayaan penulis/pengkaji /pengarang menguasai ilmu bantu semakin mengecilkan jurang pemisah
maksud yang disampaikan atau kajian yang dilakukan.
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 67
iv. Ilmu Bantu Sebagai Pelengkap
• Penerokaan kepada bidang-bidang ilmu lain dalam kajian bandingan.
• Kepelbagaian ilmu dapat diterapkan dan memberikan nilai tambah serta sifat keilmiahan dalam
kajian.
• Konsep multidisiplin diperluas dalam konteks masa, zaman dan situasi.
• Memudahkan Pengkajian dan Pemahaman
• Melibatkan pelbagai bidang ilmu yang tidak hanya terbatas dalam lingkungan ilmu sastera semata-
mata.
• Memberi ruang kepada khalayak atau pengkaji di luar bidang untuk berkongsi maklumat dan tuju
hala untuk lebih memahami makna atau maksud kajian.
v. Kedudukan Ilmu Bantu dalam KB
“Sesuatu disiplin ilmu akan menjadi lebih berupaya menguasai dunia dan lingkungannya sekiranya
pelbagai disiplin lain berupaya meneroka dan diaplikasikan” (Teeuw, 1984).
F. Aplikasi Kajian dalam Kajian Kesusasteraan Bandingan
Persamaan & Perbezaan
SB PERSAMAAN KESELARIAN
PERBEZAAN
Pendekatan Keselarian
• A.Wahab Ali (1998:12), pendekatan keselarian merujuk kepada usaha mencari hal-hal atau unsur
yang sama dalam sesebuah karya walaupun berbeza dan berlainan dari segi budaya, latar belakang
dan geografi.
Prinsip Pendekatan Keselarian
• Wujudnya ciri-ciri persamaan dan bahagian-bahagian yang dapat dikesan persamaan terutama untuk
melihat kesan daripada fenomena persamaan tersebut.
• Pengkajian menggunakan pendekatan keselarian dilihat dari segi intrinsik dan ekstrinsik.
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 68
Penelitian Keselarian
• Tikus Rahmat (Hassan Ibrahim;1963) mempunyai persamaan dengan Animal Farm (George
Orwell;1946) terutama dari segi bentuk, mode pengolahan, tema (politik & sosial) dan watak
perwatakan.
• Bagaimana hal ini boleh terjadi?
Konteks Intrinsik
• Aspek dalaman – tema, watak, latar) yang membina karya secara perbandingan.
• Melalui perbandingan secara emperikal dapat dikesan persamaan dan perbezaan.
• Wujudnya unsur-unsur pengaruh, peniruan, penciplakan atau adaptasi karya
Aspek Ekstrinsik
• Aspek luaran karya.
• Kajian tertumpu kepada unsur yang melahirkan karya-pengarang dan persekitaran, diri pengarang
dgn tasawurnya, sikapnya, keperibadiannya, falsafah hidupnya dan pemikirannya.
• Fenomena yang berlaku disejajarkan dengan persekitaran (budaya hidup, sosioekonomi, taraf hidup
dan pengaruh persekitaran berpengaruh terhadap karya-karya yang dihasilkan.
• Pendekatan keselarian sebagai satu usaha secara perbandingan pengkajian kesusasteraan dengan
melihat kepada tiga dimensi sebagai faktor wujudnya keselarian iaitu;
• pengarang
• persekitaran
• karya.
• Ini sesuai dengan ikatan bahawa sastera kreatif adalah rangkuman tiga faktor utama yang sering
bertimbal-balik iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman dan imaginasi.
Kerangka Pendekatan Keselarian
• Melalui pendekatan keselarian dapat mengetahui insur pengaruh dan waktu pengaruh tersebut
wujud berdasarkan karya yang dihasilkan.
• Dalam erti kata lain wujud pengaruh mempengaruhi melalui proses kreativiti dalam menghasilkan
sesebuah karya kreatif.
Contoh Penerapan Pendekatan Keselarian
• Karya dianalisis Ranjau Sepanjang Jalan (RSJ) – Shahnon Ahmad
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 69
• Madu Dalam Saringan (MDS) – Kamala Markandaya.
• RSJ dikatakan memiliki persamaan dengan MDS.
• Shahnon mengakui bahawa beliau tidak pernah terpengaruh dengan karya Kamala atau belum
pernah membaca novel tersebut.
• Berdasarkan penelitian RSJ dan MDS memiliki ‘jiwa kreativiti’ iaitu semangat, kepercayaan,
keyakinan, pendekatan, mode penceritaan yang terdapat dalam diri pengarang yang terjelma melalui
karya.
• Shahnon mengungkapkan gaya kepengarangan yang bercorak Islam yang memilki semangat,
kepercayaan dan keyakinan Islam sebagai matlamat berkarya. Ini berbeza dengan MDS.
• Dari segi persamaan kedua-dua pengarang ini mempunyai wibawa dan ‘kekuatan’ sebagai pengarang
sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
• Namun, masing-masing memiliki kekuatan dan daya persembahan yang tersendiri dalam
menerbitkan pancaran ideanya melalui karya-karya yang dihasilkan.
• Dari segi tema, persoalan, perwatakan serta latar- wujud persamaan.
• Kedua-dua novel merupakan manifestasi kemelaratan hidup yang penuh dengan penderitaan,
keperitan, himpitan dan desakan hidup yang penuh memilukan.
• Misalnya -Keluarga Rukmini (aku) dalam MDS & keluarga Lahuma dalam RSJ terpaksa
mengharungi hidup dan penderitaan serta segala macam cabaran.
• Kesamaan tema yang terdapat dalam kedua-dua novel ini.
• Namun, realiti penderitaan berbeza.
• Dalam MDS- penderitaan Rukmin sekeluarga akibat drp kemiskinan yang ditambah dengan faktor-
faktor alam dan pembangunan.
• Selepas berkahwin Rukmini dibawa oleh suaminya Nathan memulakan penghidupan baru di
sekeping tanah pertanian di daerah pedalaman.
• Di atas sekeping tanah mereka melalui pelbagai kesengsaraan- sawah kering kontang, mkn rumput,
sikap orang tengah-naik harga barang.Peras ugut –Kunti.
• Anak mereka Raja mati dipukul oleh pengawal kilang kulit di pekan kerana dituduh mencuri
mungkin disebabkan terlalu lapar.
• Jelasnya penderitaan dalam MDS adalah kesan daripada fenomena alam dan kesan daripada
kemanusiaan yang kehilangan kemajuan yang tidak seimbang.
• Dalam RSJ – penderitaan dan tekanan hidup yang melanda keluarga Lahuma bukan akibat daripada
kemiskinan tetapi bencana alam. Penderitaan bermula apabila Jeha terkena geruh ular tedung senduk
sewaktu mereka mula turun ke bendang. Kemudian Lahuma terkena omak nibung yang lama
kelamaan membusung.
• Jeha dan anak-anak mewarisi segala masalah bencana alam- banjir, lintah, gajah, ketam , tiak.
• Kesan akibat daripada peristiwa itu, Jeha menjadi gila.
• Dalam RSJ memperlihatkan manusia berlawan dengan bencana alam secara membuta tuli serta
berserah kepada Allah tanpa menggunakan pertimbangan akal yang waras.
• Andai Lahuma berusaha berubat kemungkinan keadaan dalam RSJ tidak separah itu.
• Dalam MDS- watak banyak berikhtiar mencari jalan keluar daripada himpitan hidup.
• Rukmini berkebun sayur untuk menambah pendapatan bagi membolehkan anak-anak bersekolah.
• Persamaan dan perbezaan dalam RSJ dan MDS berasaskan faktor instrinsik dan ekstrinsik adalah
selaras dengan ciri pendekatan keselarian.
• Dalam penciptaan sesuatu itu tidak bermula kosong tetapi adalah cerminan dan pantulan
(Wellek:2000:12)
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 70
[NOTA – AZIZAH2005HBMALAY/AI/sz] 71