TOKOH - TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA
KANDUNGAN PENDAHULUAN TOKOH - TOKOH KESIMPULAN RUJUKAN 04 05-15 17 18 IKTIBAR 16
PENDAHULUAN Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan, lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.
TOKOH - TOKOH DOL SAID Dol Said menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning. Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran cukai. Pada tahun 1831, Dol Said Berjaya mengalahkan British dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai Ujong,Johor dan Muar. DOL SAID Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk. British terpaksa membelanjakan £100 ribu untuk mengalahkan Dol Said. British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga. Pada tahun 1832, Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam buangan di Melaka
TOKOH - TOKOH RENTAP Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka. James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban. Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan. Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya. Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok. Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan selepas itu
TOKOH - TOKOH SHARIF MASAHOR menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbir. Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah. Beliau berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke.Sharif Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching. Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke, anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah. Pada tahun 1861, Sharif Masahor ditewaskan dan dibuang negeri ke Singapura. Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang. SHARIF MASAHOR
TOKOH - TOKOH DATO’ MAHARAJA LELA Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana British memperkenalkan sistem cukai baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Sultan Abdullah,Dato’ Maharaja Lela dan pembesar- pembesar lain telah mengambil keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch. DATO’ Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W. Birch. Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.
TOKOH - TOKOH YAMTUAN ANTAH Yamtuan Antah menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara British dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong. Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Kelana yang mengishtiharkan Terachi sebagai wilayahnya. Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan. Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah. Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus. Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian. Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.
TOKOH - TOKOH DATO’ BAHAMAN Dato’ Bahaman menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar. Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke Kelantan dan mendapat perlindungan di Chiengmai, Thailand.
TOKOH - TOKOH TOK JANGGUT Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan. Pada tahun 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh. Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Saring. Tok Janggut terkorban dalam pertempuran itu.
TOKOH - TOKOH MAT SALLEH Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh. Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong. Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban.
TOKOH - TOKOH ANTANOM Antanom menentang (SBUB) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh, menentang pembayaran cukai yang dikenakan, menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan. Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB. Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang Pensiangan dan membina kubu di Sungai Selangit. Antanom terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.
TOKOH - TOKOH Haji Abdul Rahman Menentang British kerana penguatkuasaan undang-undang Limbong binatang buas, peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk menjalankan aktiviti pertanian. Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran. Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai. Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-undang menyebabkan para petani telah menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang. Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman Limbong telah ditangkap. Beliau dijat1u4hi hukuman buang negeri ke Mekah. HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
TOKOH - TOKOH RAJA MAHADI Raja Mahadi menentang campur tangan British dalam pentadbiran Klang dan perusahaan bijih timah. Beliau juga tidak berpuas hati dengan perlantikan Tengku Kudin sebagai Yam Tuan Selangor oleh British. Tengku Kudin & Raja Abdullah telah bekerjasam untuk menentang Raja Mahadi. Raja Mahadi telah mengambil tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy di Kuala Lumpur kerana telah bekerjasama dengan Tengku Kudin. Beliau telah dapat dikalahan dan dihantar ke Johor. Beliau telah meninggal dunia disana
IKTIBAR YANG BOLEH DIAMBIL DARI KESEMUA TOKOH Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur , hormat menghormati , dan saling menyanyangi antara satu sama lain. Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut. Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah. Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil. Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam diri kita. Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini. Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.
KESIMPULAN Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan “role model “ atau idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan. Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang. Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara yang maju pada menjelang tahun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin. Dalam nada yang sama , kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku. Oleh itu , diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mencapai kemerdekaan.
RUJUKAN https://www.arcgis.co/aps/MapSeris/indx.html? appid=1cd9f0ea5e3c4d0198108ff10efdfc8b BUKU TEKS SEJARAH TAHUN 5 https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/pe rjuangan-tokoh-tempatan/