MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 0
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 1 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT I. Sekapur Sireh 2 II. Seulas Pinang 3 III. Atur Cara Majlis 4 IV. Jawatankuasa Induk Mesyuarat PIBG 2022/2023 5 V. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG 2022/2023 6 -10 VI. Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 11 VII. Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 12 VIII. Minit Mesyuarat Agung kali ke-47 13 – 17 IX. Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 18 X. Laporan Penyata Kewangan 2022/2023 19 -20 XI. Cadangan Sumbangan PIBG 2023/2024 21 XII. Pecahan Senarai Sumbangan PIBG 2023/2024 22 XIII. Usul / Cadangan ibu bapa dan guru 23 - 40 XIV. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 41 XV. Sekalung budi 42
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana keizinanNya, maka dapatlah saya menyusun bait-bait kata bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 ini. Selawat serta salam ditujukan kepada junjungan besar kekasih kecintaan kita Nabi Muhammad SAW. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada warga SK Sijangkang dan semua ibu bapa yang meluangkan masa untuk bersama-sama menunaikan tanggungjawab menyertai Mesyuarat Agung Tahunan kali ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberikan sumbangan sama ada dari segi tenaga dan kewangan dalam membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan pihak sekolah, saya begitu yakin bahawa kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat, dan membentuk sahsiah yang terpuji. Manakala PIBG pula merupakan jambatan penghubung dan pendukung kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak amat diperlukan bagi merealisasikan visi dan misi sekolah yang menuju ke arah sekolah berprestasi tinggi dan sentiasa mempunyai pencapaian melebihi jangkaan. Alhamdulillah, masa terus berlalu tanpa kita sedari. Banyak kecemerlangan telah kita raih sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan demi kejayaan ini menggambarkan usaha guru-guru yang tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menunjukkan kerjasama kukuh yang terjalin antara para guru dengan ibu bapa selama ini diberkati oleh Allah SWT. Justeru, saya amat berharap agar barisan guru, ibu bapa / penjaga juga muridmurid di sekolah ini sentiasa memberi komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Akhir kalam, saya berharap agar lebih ramai para ibu bapa/ penjaga tampil dalam memberi sumbangan dari segi tenaga, dana kewangan, kemahiran dan idea masing-masing demi kemajuan anak-anak dan sekolah ini. Semoga kerjasama antara kita, dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu serta cemerlang di dunia dan di akhirat.+ Sekian, terima kasih. Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar Guru Besar SK SIjangkang SEKAPUR SIREH
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 3 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan kurnia rahmatNya maka saya diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata bersempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 yang diadakan secara bersemuka. Walaupun begitu, marilah kita sama-sama berwaspada dengan memastikan diri dan keluarga kita terhindar daripada sebarang penyakit. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan pentadbir dan warga sekolah kerana selama saya menjadi YDP PIBG sekolah ini, saya mendapat kerjasama yang erat daripada semua. Kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan kini sedang mengalami perubahan dengan suasana pembelajaran yang berbeza selaras ke arah negara maju. Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Oleh itu, gabungan komitmen serta kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan cabaran pendidikan. Saya yakin dengan pentadbiran yang berwibawa akan dapat memacu kejayaan murid-murid di sekolah ini dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kemenjadian murid pada masa hadapan. Saya berharap masyarakat setempat dan pihak sekolah dapat memberi sokongan yang padu kepada PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya doakan semoga mesyuarat ini dapat diadakan dalam suasana yang harmoni, lancar dan penuh semangat kekeluargaan serta muafakat dalam kalangan semua ahli PIBG. Akhir kata, besarlah harapan saya agar semangat kekitaan dan sikap bersatu padu yang sedia terjalin akan terus dikekalkan untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SK Sijangkang. Saya juga mendoakan semoga para guru dan muridmurid di sekolah ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Sekian, terima kasih. En. Abdul Aziz bin A. Wahab Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sijangkang SEULAS PINANG
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 4 ATUR CARA MAJLIS 8.00 pagi Kehadiran Ibu, Bapa, Guru, wakil PPD Kuala Langat dan Perasmi 8:30 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor Bacaan Doa 8:45 pagi Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Sijangkang En. Abdul Aziz bin A. Wahab 8:50 pagi Ucapan Penasihat PIBG SK Sijangkang Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar SK Sijangkang) 8:55 pagi Ucapan Perasmi Tuan Haji Mohamad Asrin bin Ishak Pengarah Urusan ANR Elektrik Ent. 9:05 pagi Tayangan Montaj Aktiviti dan Sumbangan PIBG SK Sijangkang tahun 2022 9:10 pagi Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 dan Perasmi. 9:20 pagi Perasmi dan wakil PPD Kuala Langat menuju ke kantin dengan diiringi oleh para pentadbir dan wakil PIBG SK Sijangkang - Cabutan Barakah 1 9:30 pagi AGENDA MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE- 48 - Ucapan Pengerusi Mesyuarat En. Abdul Aziz bin A. Wahab (YDP PIB-G SK Sijangkang) Ucapan Penasihat Tuan Haji Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar SK Sijangkang) - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIB-G SK Sijangkang kali ke-47 o Perkara berbangkit - Pembentangan aktiviti tahunan PIB-G bagi tahun 2022 dan 2023 - Pembentangan Laporan Penyata Kewangan. - Pembubaran AJK PIB-G SK Sijangkang sesi 2022/2023 - Lantikan Pengerusi Sementara : (GPK HEM) o Lantikan AJK PIB-G sesi 2023/2024 o Lantikan 4 orang Pemegang Amanah Harta - Cadangan Kadar Sumbangan PIB-G SK Sijangkang Tahun 2023/2024 - Perbahasan Usul dan Cadangan - Hal-Hal Lain - Ucapan Penangguhan - Cabutan Barakah 2 - Bersurai
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 5 JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar) PENGERUSI : En. Abdul Aziz bin A. Wahab (Yang DiPertua PIBG) NAIB PENGERUSI : Pn. Hirza Hazrina Binti Hamdan (Naib Yang DiPertua PIBG) SETIAUSAHA : En. Nureszuan bin Ramli BENDAHARI : En. Enidzullah bin Ngasri PENYELARAS PIBG : En. Muaddib bin Masnan (GPK Hal Ehwal Murid) FLOOR MANAGER : Pn. Siti Khuzaimah binti Soroni
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 6 JAWATANKUASA PELAKSANA Bil. Jawatankuasa / Nama Bidang tugas 1. JEMPUTAN 1. En. Nureszuan bin Ramli - Menyedia dan mengedar surat hebahan kepada ibu bapa. - Menyedia dan mengedar surat hebahan kepada jemputan : - Perasmi - PPD - Menyedia, mengedar dan mengumpul usul/cadangan. - Mencatat dapatan usul/cadangan dan serah kepada AJK Buku Program. 2. BANNER 1. En. Mohamad Radzi bin Saidin - Menempah kain rentang. - Menggantung kain rentang seminggu sebelum majlis berlangsung. - Menurunkan kain rentang selepas program. 3. PENYAMBUT TETAMU VIP DAN IBU BAPA 1. Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar 2. En. Abdul Aziz bin A. Wahab 3. Pn. Hirza Hazrina bt. Hamdan 4. Pn. Haliza bt Sabian 5. Ustaz Muaddib bin Masnan 6. Ustazah Hairiah binti Jelani 7. SEMUA AJK PIBG IBU BAPA - Mengalu-alukan kedatangan perasmi dan VIP - Mengiringi perasmi dan VIP ke tempat yang disediakan. 4. PERSIAPAN & DEKORASI PENTAS (Sebelum majlis) 1. Pn. Nazilah bt Mohd. Sayuti (K) 2. Pn. Rohana bt Abidin 3. Pn. Noor Zayana bt Mohamed Hanafiah 4. Pn. Nor Zalina bt. Zulkaply 5. Pn. Rofida bt. Abu Bakar 6. Pn. Norlihafiza bt. Zulkefli 7. Pn. Sanggitha A/P Subarmaniam 8. Pn. Siti Fatimah bt Man 9. Pn. Norkhazima bt. Zalkarnain KEMAS DEKORASI PENTAS (Selepas majlis) 10. Pn. Nurhafizah bt. Idris (K) 11. Cik Yusnida binti Abu Bakar 12. Pn. Zainun bt Hasan 13. Pn. Siti Fatimah bt Man 14. Cik Ruhaizan bt Mohd Hayat 15. Pn. Nur Izyan bt. Jamil - Menghias pentas dengan hiasan yang bersesuaian. - Membuka hiasan pentas selepas selesai majlis dan menyimpan di tempat sesuai.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 7 5. PERSIAPAN KERUSI TETAMU DAN VIP (Sebelum majlis) 1. Pn. Syahidah bt Ahmad (K) 2. Pn. Normalisa bt Rosli 3. Pn. Fadilah bt. Mohamed 4. Pn. Tengku Nur Hafizah bt Raja Salleh 5. Pn. Nor Azira bt Abd Wahab 6. Pn. Suhaiza bt Ismail 7. Pn. Yusmiza bt Zainun 8. Cik Yusnida bt Abu Bakar KEMAS KERUSI TETAMU DAN VIP (Selepas majlis) 9. Pn. Raudhatun bt Palal (K) 10. Pn. Dewi Rina binti Amri 11. Pn. Hjh. Siti Mariam bt Rasip 12. Pn. Norilah bt. Majid 13. Pn. Izyan Mardhiah bt. Halmi 14. Pn. Masitah bt Siia 15. Pn. Azliza bt Nordin -Memastikan kerusi mencukupi untuk VIP dan ibubapa/penjaga. - Kerusi VIP - Kerusi kuning - Kerusi biru - Kerusi kelas -Menyusun semula kerusi seperti sediakala. - Kerusi VIP - Kerusi kuning - Kerusi biru - Kerusi kelas 6. 7. PERSIAPAN MESYUARAT (Sebelum majlis) 1. En. Mohd. Najib b Abd. Manaf (K) 2. En. Sivaraja A/L Subramaniam 3. En. Zulkifli b Ismail 4. En. Wan Muhamad Syazwan b Wan Hanapi 5. En. Muhammad Nur Akmal b Mahzan 6. En. Azman bin Abdul Azis 7. En. Mohd Redwan b Maat KEMAS MESYUARAT (Selepas majlis) 8. En. Muhaimin b Mohd. Dani (K) 9. En. Muhammad Timothy Jeol b P. Paul Raja 10. En. Mohd. Arif Arifin b Alias 11. En. Azizi b Ibrahim 12. En. Juffri b Takwim 13. En. Rosmainee Bin Mohd. Akhiar 14. En. Mohd. Zaidi Bin Jusoh 15. En. Norisham Bin Hamzah 16. En. Muhammad Fahmy Bin Abdul Razak - Menyediakan meja dan kerusi untuk : 1. Pendaftaran : 4 meja murid 2. Berucap : 1 rostrum 3. Mesyuarat : 4 meja banquet 4. Pencatat minit : 2 meja banquet 5. Kerusi AJK : 15 buah 6. Kerusi pencatat : 3 buah -Menyerdiakan skrin layar : 2 buah ( untuk tayangan montaj) - Menyusun semula di tempat asal selepas selesai program. 1. Pendaftaran : 4 meja murid 2. Berucap : 1 rostrum 3. Mesyuarat : 4 meja banquet 4. Pencatat minit : 2 meja banquet 5. Kerusi AJK : 15 buah 6. Kerusi pencatat : 3 buah 8. PENYEDIA GOOGLE FORM USUL/CADANGAN DAN KEHADIRAN IBU BAPA 1. Cik Nuraqilah bt. Ahmad - Menyediakan Google Form borang usul/cadangan dan kehadiran ibu bapa.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 8 9. PENYEDIAAN BUKU PROGRAM (ANY FLIP) (Penyediaan Bahan dan Pengeditan) 1. Pn. Norhalilah bt. Abdul Rashid 2. Cik Nurul ‘Izzah bt Ahmad Ramadzan - Mendapatkan maklumat isi Buku Program daripada SU PIBG. - Rujuk GPK Kokurikulum untuk kerjakerja pengeditan. - Menyiapkan buku Program 3 hari sebelum majlis berlangsung. - Cetak 15 buah buku untuk kegunaan VIP dan mesyuarat. 10. PA SISTEM 1. En. Mohamad Radzi bin Saidin (K) 2. En. Sivaraja A/L Subramaniam - Menyedia dan memastikan PA sistem berfungsi dengan baik. - Memastikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Tayangan Montaj dapat berjalan dengan baik. - Memastikan mikrofon mencukupi dan dalam keadaan baik sepanjang majlis berlangsung. - mic MC dan Perasmi - mic mesyuarat PIBG - mic ibu bapa -Mengawal selia peralatan sepanjang majlis berjalan. 11. PENDAFTARAN IBU BAPA, GURU DAN TETAMU JEMPUTAN SERTA PENGURUSAN NAMA CABUTAN BARAKAH 1. Cik Niti Aida Haryati bt Mohsinon (K) 2. Pn. Azuwani bt Mohamed Ramlai 3. Pn. Norizan bt Ngarib 4. Pn. Ruqayyah bt Seh Othman - Menyediakan buku/borang kehadiran Ibubapa / penjaga. - Menyediakan buku lawatan untuk ditandatangani oleh perasmi dan VIP. - Memastikan ibu bapa mengisi helaian Cabutan Barakah. - Menyerahkan buku pendaftaran ibu bapa kepada SU PIBG selepas tamat majlis. 12. PENYELIA LIVE YOU-TUBE 1. En. Muhammad Aimran bin Ibrahim - Menguruskan Live You-Tube pada hari kejadian. - Bersiap sedia dengan link Live YouTube dan sebarang link pada hari kejadian. 13. PENGACARA MAJLIS 1. Cik Nurul Afiqah bt Norddin - Mendapatkan maklumat perjalanan majlis, mesyuarat serta perasmi. - Menyediakan teks pengacaraan. - Mengacarakan majlis dari awal hingga berakhir. 14. BACAAN DOA 1. Ustaz Mohd. Shamsul b Mohamad Misran -Menyediakan teks bacaan doa. -Memimpin bacaan doa sewaktu majlis bermula. 15. JURU GAMBAR 1. Pn. Siti Fatimah bt Mohd Ihsan 2. En. Shamsul Baharin b Bokhari - Mengambil gambar perjalanan majlis. - Memuat naik gambar ke dalam media sosial.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 9 16. PENCATAT MINIT MESYUARAT 1. Pn. Raihana bt Mohd Misbah (K) 2. Cik Tarshaleni A/P Mahendren 3. Pn. Nur Afiqah Farhah bt Ahamad Sabri - Mencatat minit mesyuarat. - Menaip minit mesyuarat yang lengkap dan serahkan kepada SU PIBG. 17. PENGIRAAN UNDI 1. En. Ngadenan b Amat Sudari 2. Ustaz Enidzullah b Ngasri 3. En. Ashrul Idhzat b. Abidin - Mengira undian ketika pelantikan AJK PIBG yang baharu dijalankan. 18. PENGERUSI SEMENTARA 1. En. Muaddib bin Masnan (Penyelaras PIBG SK Sijangkang) - Mempengerusikan mesyuarat ketika majlis pelantikan dan pengiraan undi berlangsung. 19. CENDERAHATI PERASMI DAN SIJIL AJK PIBG 1. Pn. Siti Khuzaimah binti Soroni 2. En. Enidzullah b Ngasri - Menyediakan cenderahati untuk perasmi. - Menyediakan sijil penghargaan untuk AJK PIBG. - Menyerahkan cenderamata dan sijil kepada Perasmi dan AJK PIBG. 20. PENYEDIA TAYANGAN MONTAJ DAN VIDEOMAN 1. En. Azrul Azizi b Abdul Aziz - Mengumpul gambar-gambar program berkaitan ibu bapa. - Serah hasil montaj kepada AJK PA sistem. 21. JAMUAN IBU BAPA & GURU (Pembungkusan makanan) 1. Pn. Nawabiyaton bt Zainon (K) 2. Pn. Suziana bt Anuar 3. Pn. Mariayana bt Saran 4. Pn. Zaihasra bt Mod Hasan 5. Pn. Nik Naimah bt Nik Mahmood 6. Pn. Zuraini bt Kassim 7. Pn. Noor Azlinda bt Abu 8. Pn. Hurul ‘Ain bt Abd Ghani 9. Pn. Naimah bt Nasir - Membuat tempahan makanan mengikut bilangan ibubapa yang hadir. - Membungkus makanan mengikut bilangan tetamu. (sila rujuk En. Enidzullah b. Ngasri). 22. JAMUAN IBU BAPA & GURU (Pengagihan makanan) 1. Pn. Norli bt Ismail (K) 2. Pn. Sh Zanariah bt Syed Ab Rahman 3. Pn. Nur Izyan bt Jamil 4. Pn. Rosmawati bt Kamaruddin 5. Pn. Ziana bt Osman@Othman 6. Pn. Halimah bt Padzil 7. Pn. Norlizawati bt Awan - Mengagihkan makanan kepada ibubapa/tetamu sebelum mesyuarat bermula. 23. JAMUAN PERASMI DAN PENTADBIR 1. Pn. Norhayati bt Husin (K) 2. Cik Ruhaizan bt Hayat - Membuat tempahan makanan (sila rujuk En. Enidzullah b. Ngasri). - Mengemas peralatan selepas jamuan. 24. CABUTAN BARAKAH 1. Pn. Khamidah bt Talib 2. Pn. Rohana bt Md. Daud 3. Pn. Wardah bt Museni 4. Pn. Noorasmah bt Rohani 5. Pn. Natrah bt Ab Rahim 6. Pn. Zakiah bt Kadir - Menerima hadiah atau hamper daripada penyumbang. - Meletakkan nombor cabutan. - Menyediakan kertas cabutan nama ibu bapa yang hadir. - Menguruskan penyampaian hadiah pada hari kejadian.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 10 25. KEBERSIHAN (Sebelum & Selepas) 1. Pn. Saniah bt Salleh (K) 2. Pn. Hjh. Nor Asikin Chong bt Abdullah 3. Pn. Nur Amani bt Adris 4. Pn. Masnizawati bt Anuar 5. Pekerja Swasta - Memastikan dewan bersih sebelum dan selepas digunakan. - Menyediakan tong dan plastic sampah di sekeliling dewan. 26. PENGARANG UCAPAN GB DAN YDP 1. Pn. Sharifah Noor bt. Razali -Menyediakan teks ucapan GB dan YDP dalam buku program. 27. DOKUMENTASI 1. Nureszuan bin Ramli - Membuat laporan dan dokumentasi program/majlis. - Mendapatkan bahan-bahan dokumentasi daripada SU PIBG, AJK Buku Program dan Juru Gambar.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 11 JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2022/2023 BIL NAMA JAWATAN 1 HJ. MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR PENASIHAT 2 EN. ABDUL AZIZ BIN A. WAHAB YANG DIPERTUA (YDP) 3 PN. HIRZA HAZRINA BINTI HAMDAN NAIB YANG DIPERTUA (NYDP) 4 EN. NURESZUAN BIN RAMLI SETIAUSAHA 5 EN. ENIDZULLAH BIN NGASRI BENDAHARI 6 PN. SITI KHUZAIMAH BINTI SORONI AJK GURU 7 MOHAMAD RADZI BIN SAIDIN AJK GURU 8 PN. NORLIHAFIZA BINTI ZULKEFLI AJK GURU 9 EN. NGADENAN BIN AMAT SUDARI AJK GURU 10 EN. MOHD. NAJIB BIN ABD. MANAF AJK GURU 11 EN. ROSMAINEE BIN MOHD. AKHIAR AJK IBU BAPA 12 EN. MOHD. ZAIDI BIN JUSOH AJK IBU BAPA 13 EN. NORISHAM BIN HAMZAH AJK IBU BAPA 14 EN. MUHAMMAD FAHMY BIN ABDUL RAZAK AJK IBU BAPA 15 PN. RISMAHASLILY BINTI IDRIS AJK IBU BAPA 16 CIK SALBIAH BINTI IBRAHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA 17 PN. SALMI BINTI ABDULLAH PEMERIKSA KIRA-KIRA
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 12 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (YDP PIBG) o EN. ABDUL AZIZ BIN A. WAHAB UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR) o TN. HJ. MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 o PERKARA BERBANGKIT PEMBENTANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI TAHUN 2022/2023 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2022/2023 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA o LANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 o LANTIKAN 4 ORANG PEMEGANG AMANAH HARTA CADANGAN KADAR SUMBANGAN PIBG TAHUN 2023/2024 PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN HAL-HAL LAIN UCAPAN PENANGGUHAN
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 13 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIB-G SK SIJANGKANG KALI KE 47 Tarikh : 28 Mei 2022 Hari : Sabtu Masa : 9:00 pagi Tempat : Dewan Al-Khawarizmi SK Sijangkang #sila rujuk Senarai Nama Kehadiran seperti di lampiran 1 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIB-G kali ke-47 ini. 1.2 Pengerusi berharap semua ibu bapa dapat memberikan kerjasama sepanjang Mesyuarat Agung dijalankan dan menunggu hingga majlis selesai. Makluman 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS 2.1 En. Nureszuan bin Ramli, Setiausaha PIB-G sesi 2021/2022 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIB-G kali ke 46 (Rujuk buku program m/s 16-20) dan juga Aktiviti Tahunan PIBG ( Rujuk buku program m/s 21). 2.1.1 Cadangan pengesahan : En. Norhisham bin Hamzah 2.1.2 Sokongan : Pn. Nurul Akmal binti Ali Nordin Makluman 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada Makluman 4.0 PERKARA BAHARU 4.1 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN 4.1.1 En.Enidzullah bin Ngasri sebagai bendahari PIB-G membentangkan laporan penyata kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2021. (Rujuk buku program m/s 22-24) 4.1.1.1 Cadangan pengesahan : En. Nor Zainal bin Abdullah 4.1.1.2 Sokongan : En. Ngadenan bin Amat Sudari Makluman
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 14 4.2 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 4.2.1 Pengerusi, En. Mohd. Rizal bin Mohd. Safaad mewakili Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 memohon kemaafan sepanjang menjalankan tugas sebagai AJK PIBG SK Sijangkang. Makluman 4.2.2 Pengerusi dengan rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG SK Sijangkang sesi 2021/2022. Makluman 4.3 LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 4.3.1 Semua ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk melantik Ustaz Muaddib bin Masnan (GPK Hal Ehwal Murid) sebagai pengerusi sementara bagi mengendalikan lantikan AJK PIBG bagi sesi yang baharu. Makluman 4.4 LANTIKAN AJK PIBG SESI 2022/2023 4.4.1 Pengerusi sementara memaklumkan bahawa calon AJK PIBG yang dilantik mestilah di kalangan ibu bapa yang anaknya masih bersekolah di SK Sijangkang. Makluman 4.4.2 Pengerusi sementara membuka cadangan kepada semua ahli mesyuarat agar dapat mencadangkan beberapa nama ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini untuk diundi bagi memegang jawatan dalam PIBG. Makluman 4.4.3 Pengerusi sementara memaklumkan bahawa semua ahli mesyuarat boleh mengundi calon-calon yang telah dicadangkan bagi mengisi jawatan Yang DiPertua, Naib Yang DiPertua, Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa dan Pemeriksa Kira-Kira. Makluman 4.4.4 Nama yang mendapat undian terbanyak akan dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG dan begitulah seterusnya jawatan dipegang mengikut bilangan undian oleh ahli mesyuarat. Makluman 4.4.5 Pengerusi sementara memaklumkan bahawa En. Abdul Aziz bin Abdul Wahab telah layak menyandang jawatan Yang DiPertua PIBG PIB-G bagi sesi 2022/2023 kerana telah menerima undian terbanyak dan telah dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat. 4.4.5.1 En. Abdul Aziz bin Abd Wahab (37%) 4.4.5.2 Pn. Hirza Hazrina binti Hamdan (36%) 4.4.5.3 En. Norhisham bin Hamzah (26%) Makluman
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 15 4.4.6 Penasihat memaklumkan bahawa semua AJK PIBG daripada kalangan guru bagi sesi 2021/2022 dikekalkan untuk sesi 2022/2023. Jawatan tersebut adalah seperti brikut : Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa Guru dan Pemeriksa Kira-Kira. Makluman 4.4.7 Barisan AJK PIB-G bagi sesi 2022/2023 adalah seperti berikut: 4.4.7.1 Penasihat : En. Mohamad Rosli bin Azhar 4.4.7.2 Yang DiPertua : En. Abdul Aziz bin Abd Wahab 4.4.7.3 Naib Yang DiPertua : Pn. Hirza Hazrina binti Hamdan 4.4.7.4 Setiausaha : En. Nureszuan bin Ramli 4.4.7.5 Bendahari : En. Enidzullahh bin Ngasri 4.4.7.6 AJK Guru : En. Mohamad Radzi bin Saidin 4.4.7.7 AJK Guru : En. Ngadenan bin Amat Sudari 4.4.7.8 AJK Guru : En. Mohd. Najib bin Abd. Manaf 4.4.7.9 AJK Guru : Pn. Siti Khuzaimah binti Soroni 4.4.7.10 AJK Guru : Pn. Norlihafiza binti Zulkefli 4.4.7.11 AJK Ibu bapa : En. Norhisham bin Hamzah 4.4.7.12 AJK Ibu bapa : En. Rosmainee bin Mohd. Akhyar 4.4.7.13 AJK Ibu bapa : Pn. Rismahaslily binti Idris 4.4.7.14 AJK Ibu bapa : En. Mohd. Zaidi bin Jusoh 4.4.7.15 Pemeriksa Kira-Kira Guru : Cik Salbiah binti Ibrahim 4.4.7.16 Pemeriksa Kira-Kira Ibu Bapa : Pn. Salmi binti Abdullah Makluman 4.4.8 Semua ahli mesyuarat yang hadir telah bersetuju sebulat suara untuk melantik nama-nama di atas sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sijangkang yang baharu bagi sesi tahun 2022-2023. Makluman 4.4.9 En. Abdul Aziz bin Abd Wahab mewakili seluruh barisan AJK PIBG SK Sijangkang yang haru mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah sebulat suara memilih dan memberi kepercayaan kepada semua AJK baharu untuk memegang jawatan dalam PIBG SK Sijangkang bagi sesi 2022- 2023. Beliau berharap agar Ibu bapa dapat terus memberi sepenuh kerjasama serta menyokong aktiviti-aktiviti PIBG dan berganding bahu demi kecemerlangan murid-murid SK Sijangkang. Makluman 4.5 LANTIKAN PEMEGANG AMANAH HARTA 4.5.1 Penasihat mencadangkan nama-nama Pemegang Amanah Harta PIB-G SK Sijangkang bagi tahun 2021/2022 adalah seperti berikut: 4.5.1.1 Yang Dipertua : En. Abdul Aziz bin Abd Wahab 4.5.1.2 Naib Yang Dipertua : Pn. Hirza Hazrina binti Hamdan 4.5.1.3 Setiausaha : En. Nureszuan bin Ramli 4.5.1.4 Bendahari : En. Enidzullah bin Ngasri 4.5.1.4.1 Cadangan disokong : Puan Zafniyati binti Zakaria. Makluman
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 16 4.6 KUTIPAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021 4.6.1 Penasihat memaklumkan bahawa kutipan sumbangan PIBG mestilah dilakukan setelah mendapat persetujuan semua ahli dalam mesyuarat Agung PIBG. Sekiranya semua ahli mesyuarat bersetuju dengan bayaran tersebut, ia akan diminitkan dan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi memohon kebenaran untuk membuat kutipan. Makluman 4.6.2 Penasihat membentangkan senarai sumbangan PIBG SK Sijangkang bagi tahun 2022. ( Rujuk Buku Program m/s 23). Makluman 4.6.3 Semua ahli mesyurat menerima sebulat suara cadangan senarai sumbangan PIBG SK Sijangkang 2022 seperti yang dicadangkan oleh Penasihat di dalam Buku Program.(Rujuk Buku Pogram m/s 23). 4.6.3.1 Cadangan sah oleh : Encik Abdul Hadi bin Nordin 4.6.3.2 Cadangan disokong oleh : Puan Norasyikin binti jaafar Makluman 4.6.4 Penasihat memaklumkan bahawa murid darjah satu tahun 2021 yang pada tahun ini telah naik ke darjah dua wajib membeli baju sukan kerana pada tahun lepas mereka tidak membelinya disebabkan sekolah tutup akibat musibah Covid-19. Makluman 4.6.5 Penasihat memaklumkan tarikh Hari Kutipan Sumbangan PIBG tahun 2022 akan dimaklumkan selepas pihak sekolah menerima kebenaran daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk melakukan kutipan. Tindakan : Setiausaha 4.7 PEMBENTANGAN USUL 4.7.1 Pn. Hjh. Hairiah binti Jelani ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sijangkang) menyatakan harapan beliau agar ada komuniti atau pihak yang pakar dalam permainan mahupun kesenian dapat tampil membantu unit Kokurikulum dalam menjalankan aktiviti untuk murid-murid di SK Sijangkang sekaligus dapat menaikkan nama sekolah dan pembentukan kemenjadian murid dapat dihasilkan. Makluman 4.7.2 En. Norhisham bin Hamzah mewakili pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) memaklumkan bahawa pihak YADIM mempunyai satu program khas dipanggil (Rakan Remaja YADIM) yang dapat memberi bantuan kepada murid-murid seperti meningkatkan motivasi dalam menaikkakan prestasi pembelajaran murid. Oleh itu, beliau akan usahakan untuk murid SK Sijangkang didahulukan dalam program tersebut. Makluman
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 17 4.7.3 Tn. Hj. Ngadenan bin Amat Sudari mencadangkan agar ibubapa dapat menjadi lebih prihatin dalam membuat sumbangan PIBG supaya pembangunan kurikulum sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama dapat memberi keselesaan pada murid untuk belajar. Makluman 4.7.4 Penasihat berharap agar ibubapa dapat berjumpa dan berbincang dengan beliau sekiranya terdapat sebarang permasalahan. Beliau juga mengharapkan agar group sarana kelas yang telah dibuat oleh guru digunakan secara professional oleh ibu bapa dan bukan untuk meluahkan perasaan. Makluman 4.7.5 Pengerusi memaklumkan bahawa AJK PIB-G yang baru dilantik ini akan menjalankan amanah yang diberi dengan baik seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah. Makluman 4.7.6 Bagi usul/cadangan dan jawapan usul/cadangan yang lain sila rujuk di dalam buku Program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 tahun 2021 (Rujuk buku program m/s 25-30). Makluman 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Penasihat berharap supaya Ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat pada hari ini dapat menyampaikan hasil mesyuarat ini kepada semua ibu bapa yang tidak hadir agar mereka juga dapat memberikan kerjasama dan sokongan yang padu kepada pihak sekolah demi kecemerlangan anak murid di SK Sijangkang. 5.2 Penasihat turut berharap agar Ibu bapa dapat berjumpa dan berbincang dengan beliau sekiranya ada isu-isu berbangkit. Makluman 6.0 PENANGGUHAN 6.1 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa-Guru SK Sijangkang kali ke47 ditangguhkan pada pukul 12:10 tengah hari. Disediakan oleh, .................................... (Nureszuan bin Ramli) Setiausaha PIBG, SK Sijangkang. Disemak oleh, .......................................... (Abdul Aziz bin A. Wahab) Yang DiPertua PIBG, SK Sijangkang. Disahkan oleh, ................................................ (Hj. Mohamad Rosli bin Azhar) Guru Besar, SK Sijangkang
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 18 SENARAI AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2022/2023 BIL PERKARA 1 Sumbangan kepada 3 orang murid yang kematian bapa 2 Sumbangan anak yatim dan asnaf sempena Syawal 1443H 3 Sumbangan Sambutan Hari Raya dan Hari Guru SK Sijangkang 4 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Sijangkang tahun 2022 5 Hari Kutipan Sumbangan PIBG tahun 2022 6 Sumbangan kepada 5 murid yang warded hospital 7 Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Sijangkang 8 Program PPKI SK Sijangkang 9 Perkhemahan Unit Beruniform SK Sijangkang 10 Majlis persaraan Cikgu Harudin Jamil bin Ahmad 11 Pembersihan tembok batu runtuh 12 Pemasangan kipas gergasi pertama 13 Pemasangan kipas gergasi pertama 14 Penggantian pintu bilik guru 15 Pembelian meja dan bangku panjang kantin tambahan 16 Pembelian pendingin hawa dan meja komputer di Makmal Komputer 17 Penyediaan papan tanda pelan sekolah dan laluan kecemasan 18 Pemulihan prasarana sekolah seperti lampu, kipas dan tandas 19 Membeli cat dan peralatan untuk 4 buah gelanggang takraw 20 Pemasangan UNIFI di bangunan tahap 1
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 19 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2022/2023
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 20
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 21 CADANGAN SENARAI SUMBANGAN PIBG SK SIJANGKANG 2023/2024 BIL PERKARA THN1 (RM) THN2 (RM) THN3 (RM) THN4 (RM) THN5 (RM) THN6 (RM) PPKI THP 1 PPKI THP 2 1. SUMBANGAN PIBG (KELUARGA) 20 20 20 20 20 20 20 20 2. KAWALAN LALULINTAS (KELUARGA) 10 10 10 10 10 10 10 10 3. PEMBANGUNAN INSANIAH (KELUARGA) 5 5 5 5 5 5 5 5 4. PEMBANGUNAN & BAIKPULIH INFRA (KELUARGA) 5 5 5 5 5 5 5 5 5. KERTAS LATIHAN DAN PENTAKSIRAN 20 20 20 20 20 20 - - 6. BILIK KOMPUTER DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 10 10 10 10 10 10 - - 7. HARI KECEMERLANGAN 10 10 10 10 10 10 10 10 8. KECEMERLANGAN AKADEMIK 10 10 10 10 10 10 10 10 9. PENGURUSAN SUKAN 8 8 8 8 8 8 8 8 10. KECERIAAN SEKOLAH 5 5 5 5 5 5 5 5 11. YURAN BADAN BERUNIFORM - - - 10 10 10 - 10 12. KECEMERLANGAN TAHUN 6 - - - - - 60 - - 13. T-SHIRT SUKAN 35 - - - - - - - 14. AKTIVITI DAN ALAT TULIS - - - - - - 70 70 (KELUARGA) (SETIAP MURID) RM40 RM98 RM40 RM63 RM40 RM63 RM40 RM73 RM40 RM73 RM40 RM133 RM40 RM103 RM40 RM113 JUMLAH RM138 RM103 RM103 RM113 RM113 RM173 RM143 RM153 # Sila rujuk kolum JUMLAH untuk pembayaran anak pertama atau hanya ada seorang anak yang bersekolah di SK Sijangkang. # Bayaran pada kolum KELUARGA hanya perlu dibayar sekali sahaja sekiranya bilangan anak yang bersekolah di SK Sijangkang melebihi seorang. # Sila rujuk kolum SETIAP MURID untuk pembayaran anak kedua, anak ketiga dan seterusnya. • Sila PAMER resit pembayaran kepada guru kelas untuk bayaran anak kedua dan seterusnya bagi mengelakkan berlakunya pembayaran KELUARGA dua kali. • Sila pastikan anda membayar amaun yang BETUL bagi mengelakkan sebarang masalah.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 22 PENJELASAN PECAHAN SENARAI SUMBANGAN PIBG SK SIJANGKANG TAHUN 2023/2024 BIL PERKARA KETERANGAN 1. SUMBANGAN PIBG - Segala keperluan berkaitan PIBG - Sumbangan/bantuan kepada murid dan ibu bapa yang dilanda musibah seperti kebakaran, penyakit, pembedahan, kemalangan dan lain-lain. 2. KAWALAN LALULINTAS - Bayaran bulanan RELA betugas selama 10 bulan. - RM500 sebulan untuk 2 orang petugas. 3. PEMBANGUNAN INSANIAH Ceramah Motivasi/agama untuk murid yang lemah dalam pembelajaran/adab, hadiah, token peserta dan lain-lain. 4. PEMBANGUNAN & BAIKPULIH INFRA Baikpulih kerosakan kecil pada infrastruktur sekolah seperti kepala paip, flush dan lain-lain. 5. KERTAS LATIHAN DAN PENTAKSIRAN Kegunaan penilaian dan pentakisran murid. 6. BILIK KOMPUTER DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH Pembelian keperluan bagi kelas komputer dan Pusat Sumber. 7. HARI KECEMERLANGAN Hadiah serta penghargaan untuk murid dalam semua bidang. 8. KECEMERLANGAN AKADEMIK Hadiah serta penghargaan untuk murid dalam bidang Kurikulum. 9. PENGURUSAN SUKAN Perbelanjaan dan pengurusan hari sukan sekolah. 10. KECERIAAN SEKOLAH Persiapan kelas PAK21 dan TS25 11. YURAN BADAN BERUNIFORM Bayaran pendaftaran tahunan ahli Badan Berunform (RM10/murid) - Tunas Kadet Remaja Sekolah - Tunas Puteri - Bulan Sabit Merah - Pengakap - Puteri Islam - 12. KECEMERLANGAN TAHUN 6 Kursus motivasi dan pengukuhan subjek. 13. T-SHIRT SUKAN T-shirt hari sukan sekolah. 14. AKTIVITI PPKI Keperluan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI: - Program Sekolah dan Daerah - Program Hari Lahir
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 23 USUL DAN CADANGAN IBU BAPA DAN GURU 1. HASIMAH BINTI MOHAMAD SAHID / SHAHAROLRIZAN BIN IBRAHIM - MUHAMMAD AMNAN BIN SHAHAROLRIZAN Usul/cadangan 1. Memohon supaya aktiviti kokurikulum kembali kepada waktu asal (4 petang-6 petang) kerana - Murid lebih selesa bersiap di rumah seperti solat, mandi, makan dan sebagainya. - Tidak perlu bawa beg sekolah pagi ke SRA pula(risau akan ada kehilangan buku teks SKS)jika berterusan bawa 2 beg ke sekolah. - Masa lebih teratur untuk ibu bapa yang bekerja, pergi dan balik murid diuruskan oleh penjaga. Jawapan Kokurikulum Sesi Mac 2023/24 dilaksanakan setelah berbincang dan mengambil kata sepakat bersama PIBG dan pihak SRA. Justifikasi menukar waktu kokurikulum 2.00 – 4.00 petang : 1. Markah kehadiran kokurikulum tidak mencapai sasaran. Murid yang tidak hadir menyatakan ibu bapa tidak menghantar kerana isu kenderaan tiada setelah mereka pulang dari sekolah. DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN (Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. • Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. • Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am. • “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 24 • “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.” DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB • Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – (Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)). • Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. – (Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98). • Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – (Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986). • Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku UndangUndang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}. 2. NUR NAJAT BINTI KAERUN / MOHD FAIZAL BIN ABDUL RASHID - ISAAC ANIQI BIN MOHD FAIZAL Usul/cadangan Menukar sesi kokurikulum seperti tahun lepas. Bagi membolehkan murid tidak keletihan menghadiri kelas petang di sekolah agama. Masalah beg berat juga perlu diambil kira. 1 mata pelajaran, lebih 6 buku. Buku tulis. Buku aktiviti. Buku teks. Jawapan Jadual Pelaksanaan Kokurikulum PERGERAKAN MURID SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM 17/5/2023. Guru mata pelajaran waktu akhir melepaskan murid untuk rehat mengikut masa yang ditetapkan: 1.05 petang Tahun 6 1.10 petang Tahun 5 1.15 petang Tahun 4. (Murid bertugas akan membantu menguruskan tempat solat di markitent.)
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 25 Murid tidak membawa beg. Beg tinggalkan di dalam kelas. Murid beratur ke kantin utk makan tengah hari. Murid yg telah selesai makan terus bersiap untuk solat. 1.45 petang solat berjemaah. Murid ambil beg di dalam kelas dan masuk ke dalam kelas yang telah ditetapkan. SKS akan melaksanakan jadual waktu anjal untuk mengelakkan isu beg berat. Masalah beg berat berlaku apabila murid tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual sekolah agama hanya 1 mata pelajaran pada hari Rabu seperti yang telah dibincangkan bersama pihak SRA. 3. SITI HASMAH BINTI MOKHDZAR - AHMAD DHANI DAIM BIN RIZAL Usul/cadangan Aktiviti koko yang telah berubah waktu. Saya mencadangkan untuk beri kelonggaran pada pelajar untuk balik ke rumah masing-masing pada habis waktu sekolah 1.15 petang dan hadir semula ke sekolah sebelum 2.15 petang. Anakanak perlu sentiasa bersih dan mandi untuk ke sesi aktiviti koko dan terus ke sekolah agama. Minta pihak sekolah mengambil berat soal kebersihan dan kesegaran badan pelajar. Bila mereka pergi sekolah dalam keadaan bersih dan mandi, beliau akan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk belajar. Saya berharap pihak sekolah dapat selesai masalah ini dengan cekap dan berfikir bijak untuk anak-anak tahap 2 koko. Jawapan Jadual Pelaksanaan Kokurikulum PERGERAKAN MURID SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM 17/5/2023. Guru mata pelajaran waktu akhir melepaskan murid untuk rehat mengikut masa yang ditetapkan: 1.05 petang Tahun 6 1.10 petang Tahun 5 1.15 petang Tahun 4. (Murid bertugas akan membantu menguruskan tempat solat di markitent.) Murid tidak membawa beg. Beg tinggalkan di dalam kelas. Murid beratur ke kantin utk makan tengah hari. Murid yg telah selesai makan terus bersiap untuk solat. 1.45 petang solat berjemaah. Murid ambil beg di dalam kelas dan masuk ke dalam kelas yang telah ditetapkan. - Jam 4.00 bersurai. Ibu bapa mengambil anak dan mengurus mandi-manda kerana sesi persekolahan SRA bermula pada jam 4.30 petang. - Murid dibenarkan menukar kepada pakaian yang bersesuaian.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 26 - Murid dididik supaya memastikan dalam keadaan bersih dengan memastikan wuduk mereka sah. Solat berjemaah yang dilaksanakan adalah proses mentarbiah tentang kebersihan dan kepatuhan tuntutan solat berjemaah dalam kehidupan seharian. Kokurikulum ialah merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini selain untuk menyampaikan pengetahuan. 4. SYAMSUL ASREN BIN CHE AHMAD / NORAZIAH BINTI SALIM - NAZRIN MUSYRIF BIN SYAMSUL ASREN Usul/cadangan Mohon jadual KOKO dikembalikan seperti tahun sebelum supaya anak-anak dapat balik ke rumah untuk mandi sebelum ke sekolah agama dan KOKO. Jawapan Jadual Pelaksanaan Kokurikulum PERGERAKAN MURID SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM 17/5/2023. Guru mata pelajaran waktu akhir melepaskan murid untuk rehat mengikut masa yang ditetapkan: 1.05 petang Tahun 6 1.10 petang Tahun 5 1.15 petang Tahun 4. (Murid bertugas akan membantu menguruskan tempat solat di markitent.) Murid tidak membawa beg. Beg tinggalkan di dalam kelas. Murid beratur ke kantin utk makan tengah hari. Murid yg telah selesai makan terus bersiap untuk solat. 1.45 petang solat berjemaah. Murid ambil beg di dalam kelas dan masuk ke dalam kelas yang telah ditetapkan. - Jam 4.00 bersurai. Ibu bapa mengambil anak dan mengurus mandi-manda kerana sesi persekolahan SRA bermula pada jam 4.30 petang. - Murid dibenarkan menukar kepada pakaian yang bersesuaian. - Murid dididik supaya memastikan dalam keadaan bersih dengan memastikan wuduk mereka sah. Solat berjemaah yang dilaksanakan adalah proses mentarbiah tentang kebersihan dan kepatuhan tuntutan solat berjemaah dalam kehidupan seharian. Kokurikulum ialah merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini selain untuk menyampaikan pengetahuan.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 27 5. NOR AHMARLIZA BINTI AHMAD / WAN MUHAMMAD FAZRUL BIN WAN MUHAMMAD FAZRUL - WAN MUHAMMAD FAZRUL BIN WAN MUHAMMAD FAZRUL Usul/cadangan 1. Kembalikan waktu Kokurikulum seperti tahun-tahun sebelum kerana tidak sesuai dengan cuaca panas ekstrim. 2. Mohon wujudkan Hari Komunikasi Ibu Bapa untuk tahun ini. Jawapan 1. Kokurikulum ditangguhkan semasa cuaca panas seperti yang diarahkan oleh KPM. Sekiranya dilaksanakan pihak sekolah tetap mengambil kira aspek keselamatan murid-murid. Ibu bapa bertanggungjawab menghantar dan mengambil anak selepas waktu kokurikulum. 2. Sesi Temu Murini antara ibu bapa/penjaga akan diadakan oleh pihak sekolah selewat-lewatnya dalam bulan September 2023. 6. MOHD RAZALI BIN ZAINUDDIN - PUTRI IRIS MARISSA Usul/cadangan 1. Minta kerjasama ibubapa yg mengambil anak-anak sekolah ketika menunggu di luar supaya tidak menunggu atau mengambil anak masing-masing di "Petak kuning" dan garisan " Cross zebra". Keadaan sesak lebih teruk lagi pada hari Jumaat sewaktu pelajar tahap 1 dan tahap 2 keluar serentak. Berilah laluan pada anak masing-masing keluar dengan lancar dan cepat. 2. Cadangan laluan titi/ jambatan yang berhadapan Klinik Kesihatan Sijangkang luar (Klinik Ibu) dimanfaatkan semula untuk pelajar-pelajar dari SRA Sijangkang ke SK Sijangkang utk aktiviti Ko-ku. Jawapan 1. Terima kasih atas keperihatinan tuan yang memberi usul.Pihak sekolah hanya mampu membuat hebahan sahaja dan telah beberapa kali memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa serta penjaga. Setiap tahun perkara ini dibangkitkan di dalam MAT PIBG namun masalah tetap berulang. 2. Akan dibawa ke mesyuarat induk PIBG dan ia tertakluk kepada dana PIBG yang diperoleh daripada ibu bapa. 7. ASHARYAH MAHMUD - MUHAMMAD DANIEL Usul/cadangan 1. Pemantauan harga makanan di kantin, sebagai contoh bihun goreng RM2 yg dikatakan banyak isi ayam, tapi hanya terdapat seketul kaki ayam di dalam bungkusan. (tak perlu menghidangkan kaki ayam dalam bihun goreng)
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 28 2. Kawalan lalulintas semasa anak-anak berjalan kaki ke SRA pada setiap petang Rabu (koko) . Melintas tanpa melihat kenderaan lalu lalang dan membahayakan. 3. Pelaksanaan koko yang berubah waktu, mungkin berjaya utk guru-guru, tapi sedikit bermasalah utk anak-anak. Mungkin boleh ambil kira pendapat ibu bapa juga. Jawapan 1. Harga yang ditetapkan adalah mengikut perjanjian yang telah disahkan oleh PPD Kuala Langat. Namun begitu pihak sekolah memohon maaf berkenaan kaki ayam yang termasuk di dalam bungkusan bihun. 2. Bayaran RM500 sebulan kepada dua orang RELA bertugas sebanyak dua kali tugasan iaitu pada waktu pagi ketika murid hadir ke sekolah dan tengah hari ketika murid pulang daripada sekolah. Sekiranya kita ingin menambah tugasan atau menambah bilangan RELA bertugas maka kita perlulah menambah amaun bayaran kepada mereka. Malangnya kita tiada dana tambahan untuk bayaran tersebut. 3. 8. SAPIAH BINTI MAHYUDIN - MUHAMMAD ILFAN DARWEESH Usul/cadangan Cadangan mempertimbangkan simpan buku teks di dalam kelas setiap anak murid dan semoga Alllah permudahkan segala urusan kita semua. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai di dalam kelas ii. ruang di dalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 9. SITI SHAHIRAH BINTI JAILANI / AMIN NOR RASHID BIN HASHIM - ANIQ MIKAIL BIN AMIN NOR RASHID Usul/cadangan Usul saya nak pihak sekolah ringankan beg sekolah anak. Sediakan rak atau lokar untuk pelajar simpan buku teks di sekolah. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai di dalam kelas ii. ruang di dalam kelas tidak mencukupi
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 29 Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 10. MOHD AMIN B MOHD ALI / SITI HARLINA BT ABDULLAH - AHMAD NAJIH B MOHD AMIN Usul/cadangan Sediakan lokar setiap kelas supaya anak-anak tidak terbeban dengan berat bukubuku yang terlampau berat. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 11. SHARIKAMILAH BINTI BASIR - AWWAL AWRA BIN FIRDAUS Usul/cadangan Cadangan untuk membenarkan murid meninggalkan buku di lokar/bawah meja masing-masing memandangkan subjek seperti BM, BI, dan MT perlu dibawa setiap hari. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi iii. masalah buku hilang akan berlaku Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 12. NORALIZAH BINTI MASINU - NUR ELLYANA ROSE Usul/cadangan 1. Anak bawa buku banyak, beg berat. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 30 13 IRNIE SHARIMA BINTI BASIR - NUR 'AISHA HUSNIE BINTI HUSAINI Usul/cadangan Beg sekolah berat utk anak-anak bertubuh kecil, untuk setiap anak, umumnya. Namun ada nampak usaha kebanyakan guru bertindak membenarkan anakanak menyimpan sebahagian buku aktiviti/buku kerja di kelas. Dan hanya bawa buku berkenaan bila ada kerja rumah. Terima kasih cikgu-cikgu atas keperihatinan. Semoga Allah mudahkan urusan guru mendidik dan anak-anak menimba ilmu di sekolah. Saya harap masalah beg sekolah terlampau berat sentiasa menjadi perhatian semua. Jawapan Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 14 CHE MUHAMAD HAPIZA BIN CHE NOOR / NORAINI BINTI ISMAIL - CHE MUHAMAD PUTRA AQIL AMZAR BIN CHE MUHAMAD HAPIZA Usul/cadangan Assalamualaikum cikgu, saya sarankan untuk murid tahun 1, buku teks kumpul dalam bilik darjah sebab anak-anak selalu tinggal buku bawah meja dan ada kawan-kawan yang terambil dan buku bawa banyak bila balik tinggal berapa biji. Kemusykilan buat ibu bapa, risau hilang. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 15 NOR DEWI MASITAH BINTI MOHAMAD NAJMUDDIN ARMEL DEENA BINTI ZULHELMI Usul/cadangan Beg terlampau berat, cadangan rak individu berkunci atau meja berlaci (berkunci) di kelas. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 31 16 AHMAD KHAIRUL ANWAR / SHAHIDA GHAZALI - NUR KHAIRUNNISA DAMIA Usul/cadangan Mohon pihak sekolah sediakan lokar buku (berbayar /tidak) bagi tujuan untuk mengurangkan bebanan berat beg sekolah anak anak. Jawapan Pihak sekolah tidak dapat menyediakan kemudahan lokar di dalam kelas kerana : i. bilangan murid yang ramai didalam kelas ii. ruang didalam kelas tidak mencukupi Langkah Penyelesaian: Pihak sekolah akan menyusun semula dan melaksanakan Jadual Waktu Anjal. 17 SAHIDAN ELIAS / RAHAYU ABDUL RAZAK - MUHD RAFIQ ISKANDAR BIN SAHIDAN Usul/cadangan Saya ingin bertanya mengenai buku kamus bergambar... yang di beli di kedai buku sekolah yang ada dalam list buku darjah 1 tapi ikut pengetahuan saya bukan kegunaan sekolah hanya kegunaan murid sendiri. Maaf jika saya tersilap. Soalan saya adakah pihak sekolah tidak melihat dahulu list buku yang wajib dibeli atau pilihan? Kerana buku kamus bergambar ini memang dibeli setiap darjah 1. Mengikut pihak kedai buku sekolah, list yang diberi itu adalah yang perlu saya beli untuk anak darjah 1. Jawapan 18 ROSDI BIN MOHAMAD SAHID / FARRADILLA BINTI MOHAMAD - DHIA HANANIA BINTI ROSDI Usul/cadangan Benarkan ibu/bapa/penjaga berteduh dalam kawasan sekolah berbumbung sementara menunggu anak-anak tamat waktu persekolahan. Harap dapat dipertimbangkan. Terima kasih. Jawapan Tidak dapat dipenuhi kerana bakal menyebabkan kesesakkan yang lebih teruk di hadapan pintu utama sekolah.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 32 19 MOHD FAZRIN B MOHD ROHALI - MUHAMMAD ARIYYAN ISKANDAR Usul/cadangan Mohon kepada PIBG dan pihak sekolah, untuk menegaskan kepada ibu bapa supaya tidak berkumpul di hadapan pagar ketika mengambil anak pulang. Jangan parking motor di kawasan hadapan pagar. Menyusahkan dan memberi kemudaratan kepada murid untuk keluar dan menjadi penyebab kesesakkan jalan. Jika perlu untuk membayar rela, mungkin boleh dipertimbangkan. Kerana kebanyakkan ibu bapa sangat pentingkan diri sendiri. Oleh itu pihak PIBG dan sekolah perlu tegas dalam hal ini. Jawapan Pihak sekolah hanya mampu membuat hebahan sahaja dan telah beberapa kali memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa serta penjaga. Setiap tahun perkara ini dibangkitkan di dalam MAT PIBG namun masalah tetap berulang. 20 NOOR FAZILAH BINTI HUSIN - MUHAMMAD DANIAL IRFAN HAZIQ BIN MOHD HAFY Usul/cadangan Kesesakkan lalu lintas waktu balik sekolah. Jawapan 21 SHARIFAH NOR BINTI SULAIMAN / KASSIM BIN ISMAIL - AMMARWAFI BIN KASSIM Usul/cadangan Laluan sehala untuk ambil dan hantar anak sekolah. Jawapan Di luar bidang kuasa sekolah. Pernah dilakukan namun gagal kerana tiada kerjasama daripada ibu bapa. 22 KHAIRIL NIZAM B HAMID / NORAINI BT MAT DAUD - PUTRI NUR QALIESHYA BT KHAIRIL NIZAM Usul/cadangan Koperasi sekolah diharap lebih peka dan tidak menjual produk / barangan yang mengarut dan tidak berfaedah. Anak-anak menghabiskan duit membeli barangan yang tidak bermanfaat daripada membeli makanan / minuman. Jawapan Pihak sekolah sentiasa memantau sekiranya ada jualan yang tidak dibenarkan.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 33 23 SYED AHMAD HELMI BIN SYED AHMAD HELMI / ATIQA NURAMIRA BINTI HARUN - SHARIFAH AMEENA Usul/cadangan Harap koperasi diminta tutup sementara murid darjah 1 sedang rehat. Jawapan Murid-murid hanya dibenarkan membeli pada waktu rehat. 24 CHE KU YUSRAN BIN CHE KU HASAN - CHE KU AKIF AIMAN BIN CHE KU YUSRAN Usul/cadangan Kedai koperasi beroperasi pada hari Sabtu bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja mendapatkan buku sebelum pembelajaran bermula. Jawapan Akan dipertimbangkan dan akan dipanjangkan ke pihak kedai sekolah. 25 FARIZA JAMALUDIN - IRFAN MIRZA BIN ISKANDAR SHAHRIZAL Usul/cadangan Pelbagaikan menu makanan di kantin sekolah. Jawapan Pihak kantin pernah menjual makanan mengikut menu-menu yang disenaraikan oleh KKM namun tidak mendapat sambutan di kalangan murid lalu mengakibatkan kerugian pihak kantin. 26 SITI HAJAR BINTI RAMLI / MUHAMMAD AFFAN BIN NORASHAM - NUR AIRIS HUSNA BINTI MUHAMMAD AFFAN Usul/cadangan Pelbagaikan makanan di kantin sekolah. Jawapan Pihak kantin pernah menjual makanan mengikut menu-menu yang disenaraikan oleh KKM namun tidak mendapat sambutan di kalangan murid lalu mengakibatkan kerugian pihak kantin.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 34 27 DAUD BIN ISHAK / ZAKIAH BINTI AB RAHIM - NURULAIN NAJIHAH Usul/cadangan Tukar menu makanan di kantin sekolah. Jawapan Pihak kantin pernah menjual makanan mengikut menu-menu yang disenaraikan oleh KKM namun tidak mendapat sambutan di kalangan murid lalu mengakibatkan kerugian pihak kantin. 28 MOHAMMAD SHAHRIL ARDIANSHAH / NORAZLINA IDROS - ZAIM ARSHAD Usul/cadangan Minta adakan kelas tambahan untuk subjek kritikal. Jawapan Pada masa ini, kelas tambahan tidak dijalankan oleh pihak sekolah. 29 MOHD FAIDZOL BIN MOHD MUHAIMIN - UMAIRAH ZAHRA BINTI MOHD FAIDZOL Usul/cadangan Kelas Tambahan untuk anak- anak darjah 6 pada hari Sabtu. Jawapan Pada masa ini, kelas tambahan tidak dijalankan oleh pihak sekolah. 30 LAIZATUL AKMAR RAMLI / AHMAD YUSUF ZULKIFLI - ZARA AULIYA BINTI AHMAD YUSUF Usul/cadangan Boleh guru terangkan tentang PBD? Bagaimana nak tahu status kefahaman anak anak melalui PBD ? Jawapan PBD adalah penilaian berasaskan bilik darjah.Tujuan adalah untuk melihat perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek kognitif, emosi, jasmani dan sahsiah serta kemenjadian murid. Penilaian PBD akan diadakan sepanjang tahun sesi persekolahan. Slip keputusan PBD setiap murid akan diberikan sebanyak dua kali sepanjang tempoh sesi persekolahan. Para ibu bapa/penjaga boleh melihat perkembangan murid berdasarkan slip keputusan yang diberikan kepada murid.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 35 31 RAFIDAH BINTI MD ISHAK - NUR AINAA ZAFIRAH BINTI AZRUL AJMAIN Usul/cadangan 1. Pintu tandas yang rosak perlu dibaiki 2. Menyediakan saluran paip di tandas untuk memudahkan pelajar. Jawapan 1. Pihak sekolah sering menerima keluhan daripada pekerja pembersihan berkaitan kerosakan pintu dan prasarana di tandas yang sangat kerap berlaku. 2. Pihak sekolah juga telah banyak kali membaiki pintu dan prasarana di tandas namun dirosakkan semula oleh murid. 32 NOR AHMARLIZA BINTI AHMAD / WAN MUHAMMAD FAZRUL BIN WAN MAHMUD ZUHDI - WAN MUHAMMAD ADAM RAYYAN BIN WAN FAZRUL Usul/cadangan Baik pulih tandas murid dan adakan mesin penyejuk air (water cooler) untuk bekalan air anak-anak di musim panas. Jawapan 1. Akan diambil perhatian. Namun tertakluk kepada bajet yang diperoleh. 2. Boleh dibawa berbincang dalam mesyuarat AJK PIBG namun perlu perbincangan terperinci kerana melibatkan masalah air yang kerap berlaku di sekolah. 33 AKMAL KHOIRI BIN RAMLI / NURUL AIN BINTI HAIRONI - MUHAMMAD DAYMIEN NAUFAL Usul/cadangan Tolong baiki tandas. Anak-anak banyak mengadu tandas teruk tiada pintu, kotor dan kadang tiada air. Jawapan Akan diambil perhatian. Namun tertakluk kepada bajet yang diperoleh. 34 SHALIZAH BINTI ABDULLAH / WAN SHAMSUL BAHARI BIN WAN OTHMAN - AQILAH SAFIYA BINTI INDRA SYAHIR Usul/cadangan Cadangan saya membaikpulih atau renovation tandas baru untuk semua murid. Jawapan Akan diambil perhatian. Namun tertakluk kepada bajet yang diperoleh.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 36 35 DINA IZZATI BINTI HASHIM / ABDUL HALIM BIN ZAHRI - AMMAR HAZIQ BIN ABDUL HALIM Usul/cadangan Saya mencadangkan supaya SKS mengadakan satu sesi perjumpaan bersama ibubapa dan guru kelas untuk penggal pertama bagi mengetahui perkembangan anak dalam pelajaran agar ibubapa dapat memantau prestasi anak dan membuat penambahbaikan sekiranya terdapat kelemahan. Jawapan Sesi Temu Murini antara ibu bapa/penjaga akan diadakan oleh pihak sekolah selewat-lewatnya dalam bulan September 2023. 36 FIRDAUS BIN AHMAD SADALI - SYIFA ANNUR BT FIRDAUS Usul/cadangan Kawalan lalulintas di hadapan sekolah. Jawapan 37 AMIRUL ADHA BIN SIHABUDIN / DAYATUL FARAHIN BT. SABRI - AMIRAH FELISHA BT. AMIRUL ADHA Usul/cadangan Naik taraf prasarana kerusi dan meja pelajar. Jawapan Sekolah tiada peruntukan yang besar untuk menaiktaraf prasarana kerusi meja murid. Namun begitu, pihak sekolah telah menghantar permohonan ke PPD Kuala Langat/ JPN Selangor tetapi masih lagi tiada jawapan. 38 MOHAMAD BIN ABDULLAH - MUHAMMAD SYAWAL BIN MOHAMAD Usul/cadangan Membaik pulih insfrastruktur sekolah. Jawapan Sekolah tiada peruntukan yang besar untuk membaikpulih infrastruktur sekolah.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 37 39 WAN ASMIRA BT WAN MOHAMAD - ALISHA ZARA BT AMIR AIZUDDIN Usul/cadangan Bayaran yuran sekolah diusulkan awal waktu persekolahan, memudahkan ibubapa bersedia mengumpul wang secukupnya. Jawapan Bayaran hanya boleh dibuat selepas mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan dan dipersetujui di dalam mesyuarat. 40 MAGHFIROH BINTI SOBARI - WARDATUL JANNAH BT SALAHUDDIN Usul/cadangan Sekarang musim sangat panas, bolehkah sistem belajar mengajar guna Pdpr lagi seperti masa Covid dulu. Sekian dan terima kasih. Jawapan Tiada arahan daripada pihak KPM. 41 MOHAMAD NAZATUL NAZRI BIN MATDULL AMIN - QALEEF FIRMAN BIN MOHAMAD NAZATUL NAZRI Usul/cadangan Memandangkan cuaca yang tidak menentu, harap pihak sekolah membaiki atau menukar kipas-kipas yang ada sekarang. Kita sedia maklum kipas-kipas di dalam kelas kebanyakan banyak yang sudah lama dan tidak berfungsi dengan baik.Jika tiada peruntukkan untuk itu, mungkin kita boleh membuat tabung setiap kelas dengan mengutip setiap seorang hanya RM1 setiap bulan sehingga cukup untuk membeli kipas-kipas untuk setiap kelas. Mungkin agak lama untuk cukup, tapi sekurang-kurangnya kita tidak membebankan ibu bapa yang tidak mampu. Selain itu dapat memberi keselesaan buat anak-anak untuk masa hadapan. Terima kasih Jawapan Sudah diambil tindakan namun masih ada beberapa kelas yang tidak dapat dibaiki atas kekangan dana. Pihak sekolah membuka ruang untuk ibu bapa main peranan dalam menyediakan prasarana kelas demi keselesaan murid.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 38 42 SITI AMIRAH BINTI ABDUL MANAF - MUHAMMAD DARISH RAYYAN BIN MOHD SHAIFUL Usul/cadangan Memberi keizinan pelajar untuk membawa kipas mudah alih peribadi ke sekolah sebagai alternatif mengurangkan rasa panas dan ketidakselesaan pelajar ketika sesi pembelajaran semasa musim panas yang melanda negara kini. Jawapan Pihak sekolah memberi keizinan untuk murid membawa kipas kecil bagi mengurangkan suasana panas di dalam kelas namun sebarang kerosakan kipas yang dibawa adalah di bawah tanggungan sendiri. 43 SYUKRIEMAN ANNIES AHMAD / ADILLA MOHD ASRAL - AUNI SYAURAH SYUKRIEMAN ANNIES Usul/cadangan Memperkenalkan sistem merit dan demerit kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih baik dan memberi pengajaran kepada pelajar yang membuat kesalahan. Jawapan Telah ada dan telah dilaksanakan. (Sistem Sahsiah Diri Murid dan Amalan Baik) 44 AZWAN BIN ARIFFIN / SITI SURIYANI BINTI SUDIN - MUHAMMAD AIDAN SHIRAZ Usul/cadangan 1. Ada berapa buku tulis anak yang baru warna coklat, biru muda, pink dan kuning belum digunakan terpaksa di bawa ke sekolah setiap hari kerana saya tidak tahu adakah buku itu hendak digunakan atau tidak. Harap pihak sekolah dapat spesifik buku tulis yang ingin digunakan untuk Pdpc. Ini untuk meringankan beg murid. 2. Begitu juga penggunaan buku teks. Sebagai contoh buku teks pendidikan Islam. Ada 4 buah buku teks dan aktiviti. Kalau rujuk pada jadual hanya tertera ulum, al-quran dan jawi. Pada buku teks dan aktiviti, tiada pun menunjukkan jenis buku yang ingin digunakan pada waktu tersebut. Kesudahannya, anak terpaksa membawa semua buku tersebut. Diharapkan pihak sekolah dapat spesifik buku-buku yang ingin digunakan bersesuaian dengan jadual waktu. Jawapan
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 39 45 NORLIZA BINTI ZAHAR / NORZAIDI BIN MOKHTAR - MUHAMMAD NUR ZARIF AIMAN Usul/cadangan Mohon kerjasama guru bertanya kepada murid-muridnya siapa yg menaiki transport supaya boleh keluar mengikut waktu pulang supaya transport tidak menunggu lama. Jawapan 46 NURESZUAN BIN RAMLI / W. MAZYRAH ZULMIYATE BINTI MUHAMMAD - MUHAMMAD ANHAR BIN NURESZUAN Usul/cadangan Cadangan dari RELA : 1. Bayaran kepada RELA ditetapkan sebanyak RM20 x seorang x sehari. 2. Bayaran boleh dikira mengikut hari persekolahan sahaja bagi dua waktu bertugas dalam sehari iaitu pagi dan tengah hari. 3. Naikkan sumbangan PIBG pada kolum lalulintas menjadi RM10 sekeluarga. Jawapan 47 PUAN ROFIDA BINTI ABU BAKAR Penyelaras PPKI Usul/cadangan Menaikkan sumbangan untuk program dan aktiviti yang dijalankan oleh PPKI berjumlah RM70 kerana penambahan kos aktiviti yang dijalankan sama ada di peringkat daerah mahupun sekolah. Jawapan 48 NIYAH BINTI AHMAD MAHDY - NUR AFEEFA BINTI DZULKIFLI Usul/cadangan Tolong kurangkan bayaran PIBG. Jawapan Tidak dapat dikurangkan kerana harga barang-barang dijual semuanya meningkat.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 40 49 ZAKIAH HANIM BINTI KHAIRUDIN / AZLAN BIN ADRIS @ IDRIS - MUHAMMAD DANIAL AJWAD BIN AZLAN Usul/cadangan Baju Tshirt PJPK yg baharu tidak serap peluh. Harap tukar kepada material bahan yang lama. Jawapan 50 AZIZAH BT ABDUL JALIL - NAZHAN ASYRAAF B. SAMSUL AKMAL Usul/cadangan Tahniah SKS atas pembaharuan aktiviti-aktivit terkini seperti rakaman takbir hari raya dan rakaman parody lagu raya. Kreatif dan menghiburkan. Penglibatan guruguru baru dan lama akan menaikkan lagi nama SKS di masa akan datang. Semga warga SKS terus maju jaya, bersinar dan gemilang. Jawapan Terima kasih atas penghargaan puan.
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 41 PELANTIKAN BARU JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SK SIJANGKANG SESI 2023/2024 PENASIHAT : HAJI MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR YANG DIPERTUA (YDP) : …………………………………………… NAIB YANG DIPERTUA (NYDP) : …………………………………………… SETIAUSAHA : …………………………………………… BENDAHARI : …………………………………………… AJK GURU : …………………………………………… AJK GURU : …………………………………………… AJK GURU : …………………………………………… AJK GURU : …………………………………………… AJK GURU : …………………………………………… AJK IBU BAPA : …………………………………………… AJK IBU BAPA : …………………………………………… AJK IBU BAPA : …………………………………………… AJK IBU BAPA : …………………………………………… AJK IBU BAPA : …………………………………………… PEMERIKSA KIRA-KIRA : …………………………………………… PEMERIKSA KIRA-KIRA : ……………………………………………
MESYUARAT AGUNG PIB-G KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 42 Sekalung Budi Seluruh warga PIBG SK Sijangkang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48