The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by saiyirayahya, 2022-05-17 21:02:53

ATAN DAN ALI (4)

ATAN DAN ALI (4)

Buku Cerita Kanak-kanak

ATAN DAN
ALI

SAIYIRA MOHD YAHYA

Atan dan Ali merupakan dua orang kanak-
kanak yang tinggal di sebuah kampung yang
sama. Mereka berdua berusia lapan tahun.
Mereka juga bersekolah di sekolah yang
sama, iaitu Sekolah Kebangsaan Murni.

Atan merupakan seorang anak dari golongan
berada yang baru berpindah ke kampung itu.
Ibu dan bapa Atan merupakan seorang guru.
Bapa Atan merupakan guru di sekolah


tersebut. Bapa Atan baru sahaja dipindahkan

ke sekolah itu. Ali pula merupakan anak
yatim yang kehilangan ayahnya sejak lahir.
Ayahnya meninggal sewaktu dia masih dalam
kandungan ibunya. Ali merupakan seorang
anak yang baik manakala Atan pula bersikap
nakal dan degil.

Pada suatu hari, Ali sedang bermain lumba
kereta mainan dengan kawan-kawannya di
atas tanah lapang yang berada di tepi sebuah
parit kecil. Atan melihat Ali dan kawan-
kawannya yang sedang bermain lalu
mentertawakan mereka dengan sekuat-
kuatnya. Ali dan kawan-kawannya hanya
diam tanpa membalas perbuatan Atan yang
nakal itu.

Beberapa hari berselang, Atan sengaja
mengganggu Ali yang sedang bermain layang-
layang di tepi parit kecil itu. Atan membaling
batu ke arah layang-layang Ali yang sedang
terbang rendah. Akibatnya, layang-layang Ali
terkoyak kerana terkena batu yang dilempar
oleh Atan tadi. Ali berasa sangat sedih dan
menangis lalu pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, Atan membawa layang-
layang dan kereta mainan baharunya ke
kawasan Ali selalu bermain iaitu kawasan
lapang di tepi parit kecil itu. Atan mahu
menunjuk-nunjuk kepada Ali dan kawan-
kawannya akan barang permainan
baharunya. Namun, Ali dan kawan-kawannya
tiada di lokasi itu. Atan pun bermain
sendirian sementara menunggu kehadiran
Ali.

Tiba-tiba, sebuah kereta meluru laju ke arah
Atan yang sedang asyik bermain kereta
kawalan jauhnya di situ. Atan langsung tidak
perasan dengan kehadiran kereta yang
bergerak laju itu.

Mujurlah, pemandu kereta itu sempat

mengelak kenderaannya daripada

merempuh Atan. Kereta itu terbabas kerana

mengelak seekor kucing yang melintas

secara tiba-tiba.

Rupa-rupanya, pemandu yang memandu
kereta tersebut ialah Cikgu Ibrahim iaitu
guru di sekolah Ali dan Atan. Cikgu Ibrahim
mahu menghantar Atan ke klinik namun
tidak kesampaian kerana keretanya rosak
teruk akibat terjunam ke dalam parit di
kawasan tersebut. Cikgu Ibrahim juga
mengalami luka di bahagian kepala akibat
hentakan pada stereng.

Kebetulan, Ali dan ibunya melalui kawasan
itu dan melihat Atan yang terbujur kaku di
atas tanah. Mereka kemudiannya memeriksa
keadaan Atan dan Cikgu Ibrahim tanpa ragu.

Cikgu Ibrahim meminta bantuan Ali dan
ibunya untuk membawa Atan ke rumah
orang tuanya yang hanya terletak 100 meter
dari kawasan lapang itu. Ibu Ali mendukung
Atan yang kecil molek itu ke rumah Atan
namun tiada sapaan kerana orang tua Atan
berada di luar atas urusan kerja.

Ibu Ali dan Ali kemudiannya membuat
keputusan untuk membawa Atan ke rumah
mereka yang tidak jauh dari situ sementara
menunggu Atan sedar.

Setelah beberapa jam, Atan tersedar dari
pengsan dan melihat Ali berada di
sampingya. Ibu Ali juga berada di situ. Ibu Ali
memberikan segelas air kepada Atan untuk
diminum. Atan pengsan kerana terkejut
dengan situasi yang berlaku terhadap
dirinya. Atan hanya luka ringan kerana
terjatuh di atas tanah.

Atan bertanyakan tentang hal sebenar yang
berlaku. Ali pun menceritakan apa yang
berlaku kepada Atan. Ali memberitahu
bahawa dia dan ibunya melihat Atan yang
tidak sedarkan diri di atas tanah lalu. Atan
malu dan meminta maaf kepada Ali kerana
telah banyak mencari masalah dengannya.

Ali hanya tersenyum lalu memaafkan Atan.
Ibu Ali yang penyayang pula menasihati Atan
agar tidak berbuat sedemikian lagi. Atan
terharu kerana Ali dan ibunya tetap
menolong Atan yang telah berbuat nakal
kepada Ali.

Atan berasa sangat gembira kerana Ali dan
ibunya sudi memaafkan perbuatan nakalnya
terhadap Ali selama ini. Dia kemudiannya
menanyakan tentang orang tuanya kepada
Ali. Atan bimbang akan dimarahi oleh ibu
bapanya.

Tidak lama kemudian, orang tua Atan tiba di
rumah Ali setelah dimaklumkan oleh Cikgu
Ibrahim yang juga merupakan rakan sekerja
di sekolah.

Atan meminta maaf kepada ibu dan bapanya
kerana keluar dari rumah tanpa izin.
Padahal, orang tuanya telah berpesan agar
kekal di rumah dan tidak keluar bermain
sendirian sementara mereka keluar atas
urusan kerja

Atan menceritakan hal yang berlaku kepada
orang tuanya lalu Atan meminta maaf sekali
lagi kerana sikapnya yang nakal dan degil
menyebabkan perkara ini berlaku.

Sejak itu, mereka selalu bermain bersama
dan menjadi sahabat baik. Mereka sering
bermain, pergi ke sekolah, dan menyiapkan
kerja rumah bersama-sama. Kawan-kawan
Ali juga sudah memaafkan perbuatan Atan
dan mereka juga menjadi kawan baik.

Atan sangat terharu dengan nilai
persahabatan yang ditunjukkan oleh mereka.
Atan berjanji tidak akan mengulangi
perbuatannya lagi. Atan sedar bahawa nilai
persahabatan lebih besar berbanding
kemewahan yang dia miliki.

ATAN DAN ALI

Atan dan Ali merupakan dua orang kanak-kanak
yang tinggal di sebuah kampung yang sama. Mereka

berdua berusia lapan tahun. Kisah antara mereka
bermula disebabkan oleh Atan yang suka mengejek

Ali kerana Ali tidak seberada dirinya. Suatu hari,
insiden yang tidak diduga berlaku kepada Atan yang

sedang bermain sendirian di atas kawasan lapang.
Apakah yang sebenarnya berlaku dan bagaimanakah

nasib Atan yang nakal ini? Adakah ini akan


membuatkan Atan sedar akan perbuatan nakalnya
kepada Ali?


Click to View FlipBook Version