TOKOH SUKAN IDOLA SAYA
SHALIN ZULKIFLI
Lagenda Pemain
Bowling Negara
NUFAEYL ARFAN BIN
NAFIZUL SHAHRIL
6 ASPIRASI
SK LANGKAWI
BIL PERKARA 2
1. PENGHARGAAN
2. BIODATA MURID
3. PENDAHULUAN
4. TOKOH SUKAN BOWLING NEGARA
SHALIN ZULKIFLI
5. LATAR BELAKANG
6. SIKAP DAN KAREKTOR
7. PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN
8. PENGHARGAAN YANG DITERIMA
9. ANUGERAH PINGAT
10. PENUTUP
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI
Alhamdulillah saya Nufaeyl Arfan dari kelas 6 Aspirasi
bersyukur ke hadrat Allah swt dan ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu saya menyiapkan dan menjayakan buku skrap
Tokoh Sukan Idola Saya ini.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya iaitu Encik Nafizul Shahril bin Salim dan
Puan Mona Azura binti Ismail yang telah memberi saya
sokongan, dorongan dan membantu saya untuk membuat
buku skrap ini.
Kedua, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan
ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu
Cikgu Nor Hanani binti Saaid yang telah memberi saya tunjuk
ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan
hasil kerja buku skrap ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih
diucapkan kepada adik-beradik dan keluarga saya kerana
telah memberi bantuan sepanjang buku skrap ini dihasilkan.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 3
Nama : Nufaeyl Arfan bin Nafizul Shahril
Umur : 12 Tahun
Tarikh Lahir : 23 Mei 2009
Tempat Lahir : Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra
Kelas : 6 Aspirasi
Sekolah : SK Langkawi
Hobi : Bermain Permainan Komputer
Cita-cita : Guru
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 4
Tujuan buku skrap ini
dihasilkan adalah untuk
mengenali tokoh sukan negara
dalam sukan bowling iaitu
Shalin Zulkifli..
Dengan penghasilan buku
skrap ini juga dapat membuat
penilaian, mengetahui
kepentingan sesuatu sukan
dalam memupuk semangat
kesukanan dan cintakan
negara.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 5
Pastinya ramai yang mengenali Shalin Zulkifli ini. Beliau digelar
ratu boling negara kerana kejayaannya mengharumkan
negara dalam bidang sukan boling. Beliau merupakan pemain
boling 10 pin professional Malaysia dan merupakan bekas
pemain nombor 1 Asia.
Sepanjang kariernya dalam sukan boling, Shalin telah
mengumpul sebanyak 20 pingat emas sepanjang penglibatan
dirinya semasa Sukan SEA. Jom kita baca biodata Shalin Zulkifli
yang sering menjadi inspirasi anak muda dalam sukan boling.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 6
Shalin Zulkifli dilahirkan pada 28 Mac 1978 di North
Islington, England. Bapanya ketika itu sedang
melanjutkan pengajian dalam bidang
Kejuruteraan Elektrik di sana. Walau pun
dilahirkan di England, Shalin telah dibesarkan di
Kuala Lumpur.
Shalin mula bersekolah di Sekolah Rendah
Kebangsaan Dato’ Abu Bakar, Kuala Lumpur dan
kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah (P)
Bandaraya, Kuala Lumpur.
Sebagai seorang bapa, beliau sangat gembira
dengan penglibatan Shalin dalam bidang sukan
sejak di bangku sekolah. Beliau sering mengikuti
ibu bapanya ke pusat boling. Justeru, pada
umurnya 9 tahun, Shalin telah mula menjinakkan
diri dalam sukan boling dan menyertai pasukan
boling kebangsaan di akhir tahun 1980-an.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 7
Shalin turut aktif dalam sukan bola jaring, bola
baling serta pingpong semasa di sekolah
sehinggakan beliau menjadi ayam tambatan di
sekolahnya.
Walau bagaimana pun, sikap Shalin harus dipuji
kerana beliau tidak sombong biarpun menjadi
kebanggaan pihak sekolah. Beliau telah
melanjutkan pelajaran dalan bidang Sains Sukan
khusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan di
Universiti Malaya.
Shalin telah mendirikan rumah tangga bersama
pasangan Azidi Ameran yang juga merupakan
bekas pemain boling negara. Suaminya juga
pernah menjadi pemain nombor satu Asia dan
turut memenangi pingat emas sebanyak empat
kali di Sukan Asia. Hasil perkahwinannya, mereka
telah dikurniakan seorang cahaya mata
perempuan, Aleya berusia 9 tahun.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 8
Shalin memiliki sikap dan karakter yang
sememangnya akan membawa ke arah kejayaan.
Beliau adalah seorang yang sangat disiplin,
memberi komitmen sepenuhnya, sentiasa bekerja
keras, kekuatan mental yang begitu kuat, rendah
diri, lantang bersuara serta berfikiran terbuka.
Maka, tidak hairanlah Shalin dengan mudah
menggegar dunia di peringkat antarabangsa
dengan memenangi banyak pingat emas di
temasya sukan yang disertainya.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 9
1994
Kent Malaysian All-Stars – Juara Terbuka Wanita
1996
2nd World Tenpin Team Cup di Calgary, Kanada –
Pingat Gangsa & Undian MVP
Piala Dunia AMF di Ireland Utara – memenangi tempat
kedua
1998
Piala Dunia AMF di Kobe, Jepun – Rekod untuk layak ke
3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat
ketiga keseluruhan
1999
Kejohanan Belia Asia di Singapura
▪ Pingat Emas (Beregu)
▪ Pingat Emas (Pasukan)
Sukan SEA di Brunei
▪ Pingat Emas bagi acara beregu, kumpulan bertiga,
pasukan, semua acara, masters dan Pingat Gangsa
perseorangan
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 10
2001
World Tenpin Masters di Essex, England – Juara Wanita
Pertama
Sukan SEA di Malaysia
▪ Pingat Emas perseorangan, semua acara, kumpulan
berdua, pasukan dan mencatat 8 Rekod Sukan SEA
baru
Terbuka Kota Kinabalu – Juara perseorangan
2002
Terbuka Antarabangsa Thailand – Juara Masters
Terbuka Wanita
Terbuka Antarabangsa Filipina – Juara Wanita
2003
World Tenpin Team Cup – Juara Pasukan Wanita
Kejohanan Boling Tenpin Sedunia – Pingat Emas
(Pasukan Berlima Wanita)
Terbuka Santa Claus – Tempat kedua
Asian Bowling Tour Grand Slam – Juara Wanita
Asian Bowling Tour (pusingan Filipina) – Juara Wanita
World Tenpin – Pingat Emas (Berpasukan)
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 11
2004
Terbuka Bahrain – Juara Terbuka Wanita
Terbuka Sinai – Juara Wanita
ABF Tour (pusingan Thailand) – Juara Wanita
Terbuka Antarabangsa Malaysia – Juara Wanita
2005
Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus
▪ Pingat Emas masters, beregu campuran, berpasukan
dan Pingat Gangsa Perseorangan
Kejohanan Kebangsaan Malaysia – Juara Terbuka
Wanita
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 12
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 13
Anugerah Olahragawati Malaysia
(1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
Juara Kebangsaan Malaysia (1996,
2001, 2002 & 2003)
Anugerah Olimpik Malaysia (1994 &
1999)
Kedudukan Nombor 1 Asia (2000,
2001, 2002 & 2004)
Pemain Boling Antarabangsa Tahun
(2002)
Masukan Dewan Kemasyhuran
Boling Antarabangsa (2004)
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 14
1995 – Ahli Mangku Negara
(A.M.N)
2001 – Kesatria Mangku Negara
(K.M.N)
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 15
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 16
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 17
Sukan boling dan Shalin Zulkifli memang tidak dapat dipisahkan.
Wajah ayu gadis ini di era tahun 1990-an sering terpampang di
dada-dada akhbar kerana keunggulannya di bidang sukan boling.
Siapa menyangka, gadis kecil ini mampu mengharumkan nama
negara sehingga beliau dewasa. Malah, kejayaan demi kejayaan
terus tercipta tanpa mengenal erti lelah dan penat sehingga beliau
meraih pelbagai gelaran di peringkat kebangsaan, Sukan SEA,
Sukan Asia, Sukan Komanwel mahu pun dunia.
Setelah lama menceburi bidang ini, Shalin akhirnya berhajat untuk
mengundurkan diri dari bidang sukan boling. Pada tahun 2018,
setelah tamatnya Sukan Asia 2018, Shalin telah menyuarakan
hasratnya untuk bersama. Namun, permintaannya telah dihalang
oleh Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia, Datuk Dr. P.S Nathan.
Beliau meminta Shalin meneruskan perjuangannya setahun lagi
sehingga Sukan SEA Filipina berakhir.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 18
Shalin yang sejak dari kecil sudah sebati dengan sukan boling tidak
mungkin akan meninggalkan terus sukan ini setelah bersara. Beliau
telah mengatur beberapa perancangan awal bagi meneruskan
perjuangannya sama ada di peringkat pengurusan atau bidang
kejurulatihan dalam sukan ini.
Beliau hanya akan meninggalkan skuad kebangsaan, tetapi akan
tetap aktif bermain dalam sirkit kebangsaan. Kini, Shalin sibuk
menguruskan sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara
Damansara miliknya.
NUFAEYL ARFAN - 6 ASPIRASI 19
SEKIAN,
TERIMA KASIH