MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Pembentangan 2
Tajuk: Selat Melaka Sebagai Gelanggang Kepelbagaian
Disediakan oleh:
• Muhd Syabil Syazani (21DDT20F2015)
• Nur Al ‘Izzah’ Awatif (21DDT20F2001)
• Azzra Faqrunnisa (21DDT20F2004)
• Ooi Ju Yee (21DDT20F2010)
PENDAHULUAN
❖ Selat Melaka merupakan salah satu lokasi yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Hal
ini kerana tempatnya yang strategik dari segi pengangkutan dan perhubungan laut.
❖ Lokasi Melaka di Selat Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara timur
dan barat.
❖ Selat Melaka menjadi laluan perkapalan utama Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Lokasi
tersebut memainkan penting bagi pembangunan ekonomi negara pertumbuhan pesat
Asia.
❖ Contohnya, negara Cina,India,Jepun dan Korea Selatan serta negara ASEAN
khususnya Malaysia,Indonesia dan Singapura.
❖ Selat Melaka merupakan perairan yang sempit yang memisahkan Semenanjung
Malaysia dengan Pulau Sumatera di Indonesia.
PETA SELAT MELAKA
Pelabuhan
Melaka
Fungsi Selat
Melaka
Perdagangan dan Kedudukan
dakwah Melaka dalam
pemerhatian Barat
PELABUHAN ❖ Kedudukan strategik Melaka yang telah menguasai laluan perdagangan
MELAKA tersibuk di dunia iaitu Selat Melaka telah menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan yang terkenal pada ketika dahulu.
❖ Selat Melaka terletak diantara dua tamadun manusia iaitu China di Timur dan
India di Barat.
❖ Dari India, dunia dihubungkan dengan Arab dan Eropah melalui Mekah dan
Aden. Disebabkan itu, Nusantara turut dikunjungi oleh para pedagang dari
Arab sejak abad keenam Masehi.
❖ Selain itu,pedagang Islam dari Arab, Parsi dan India turut berdagang di
Melaka
❖ Melaka telah menjadi tumpuan kepada para pedagang kerana kekayaan bumi
Semenanjung Tanah Melayu seperti emas dan rempah ratus yang sudah
terkenal sejak zaman Ptolemy (150M) lagi
KESAN
❖ Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Kepulauan Melayu dan menjadi ’’lingua franca” di
pelabuhan Melaka pada ketika itu.
❖ Orang Islam yang mentadbir pula mendapat perhatian bangsa Melayu sendiri, selain para
pedagang.
❖ Negara-negara besar seperti China, Majapahit, Siam, India dan Arab pula menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Melaka demi melindungi kegiatan perdagangan rakyat mereka di sini.
PERDAGANGAN Perkembangan dakwah Islamiyah meningkat melalui aktiviti
DAN DAKWAH perdagangan yang telah meluas di Melaka.
Sebagai mana peranan Perlak dan Samudera-Pasai sebelumnya,
Melaka juga menjadi tumpuan para pedagang yang juga pendakwah dari
setiap penjuru dunia.
Para pedagang dari Arab, Afrika Utara, Parsi, India dan China juga telah
menggunakan perdagangan sebagai platform berdakwah.
Mereka menggerakkan serentak kegiatan dakwah, termasuk membawa
pendakwah-pendakwah ke Melaka dan negeri-negeri lain dengan melalui
aktiviti perdagangan.
Kegiatan ekonomi telah digunakan untuk membiayai dakwah, para
pendakwah, ulamak, pelajar agama dan institusi agama seperti masjid
dan pusat-pusat pengajian Islam supaya dapat memberi tumpuan
kepada kegiatan mereka dan dibiayai oleh para pedagang.
KESAN
❖ Terdapat perkampungan-perkampungan Islam di Melaka, sehingga ada orang Islam dari Arab dan India
diberikan kedudukan dalam kerajaan seperti Makhdum Syed Abdul Aziz dari Hijaz dan Tun Ali dari India
❖ Sultan Melaka telah memeluk Islam dan orang tempatan mulai memeluk Islam dan belajar agama.
❖ Para pedagang di Melaka turut menyebarkan Islam kepada pedagang luar yang berada di Melaka dan
menghantar para pendakwah ke pulau-pulau Nusantara melalui aktiviti perdagangan.
❖ Dari Melaka pedagang dan pendakwah bergerak ke Jawa, Maluku, Sulawesi, Mindanao, Borneo dan
lain-lain
❖ Ketika pemikiran mercantilisme sedang berkembang di Eropah,
mereka mula mencari sumber-sumber asli dan berfikir mengenai
pasaran.
KEDUDUKAN ❖ Bangkit bersama fahaman ini ialah nasionalisme dan imperialisme
yang kemudiannya dicantumkan dalam agenda 3G (gospel, glory
MELAKA DALAM and gold) yang ditaja oleh gereja.
PEMERHATIAN ❖ Ungkapan dari W.G Shallebear tentang kedudukan Melaka ketika itu,
BARAT “Maka segala pedagang atas angin dan bawah angin sekaliannya
datang ke Melaka, terlalu ramai bandar Melaka ketika itu.
❖ Seorang penulis Portugis yang mengungkapkan tentang Melaka
berkata, “Melaka ialah sebuah pelabuhan yang terkaya sekali
dengan ramainya pedagang-pedagang yang berjual beli secara
borong dan memperolehi perkhidmatan perkapalan yang datang dari
seluruh dunia.
❖ Tome Pires menggambarkan tentang kekuatan ekonomi Melaka terhadap
dunia dengan menganggap Melaka adalah emperium dunia, di mana apa
sahaja barang dagangan yang ada di dunia ini dapat dibeli di Melaka.
❖ Portugis telah menduduki Tanjung Harapan, Hormuz dan Goa, mereka
melihat bahawa untuk menguasai dunia, mereka mesti menguasai Melaka
sama ada perdagangannya atau politiknya.
❖ Seorang pengembara dan penulis Portugis, Duarte Barbosa mengulas
tentang Melaka berkata, “He who is lord of Malacca has his hand on the
throat of Venice“ (Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai
perdagangan dunia).
❖ Kesannya Portugis telah menyerang Melaka bagi membolehkan mereka
menguasai dunia.
LAMBANG PERTEMUAN PEDAGANG
SELURUH DUNIA
❖ Kesultanan Melayu Melaka digelar sebagai THE VENICE OF EAST yang mejadi tempat bagi
pedagang-pedagang dalam urusan perniagaan.
❖ Ia startegik kerana mempunyai kedudukan yang kukuh dari segi ekonomi perdagangan yang
membolehkan Melaka sebagai negeri yang maju dan berkembang dengan pesat di Kepulauan Melayu.
❖ Sebuah kerajaan yang kuat pada abad ke 15 pada Asia Tenggara.
❖ Keharmonian Melaka bertambah apabila pemerintah Melaka ketika itu Parameswara memeluk Islam.
❖ Zaman kegemilangan Melaka dilihat dari pelbagai aspek seperti pemerintahan , perdagangan ,
kebudayaan dan kepedudukan
FAKTOR KERAJAAN MELAYU MELAKA SEBAGAI
LAMBANG PERTEMUAN PEDAGANG SELURUH DUNIA
❖ Kesultanan Melayu Melaka cukup terkenal pada Bahasa Melayu menjadi
suatu ketika dahulu dan muncul sebagai pusat Bahasa Pengantara Ekonomi
perdagangan antarabangsa pada pertengahan
abad ke-15. Hal ini dapat dibuktikan dalam teks Hubungan eknonomi
‘Sulalatus Salatin’ dalam pernyataan “Maka segala antarabangsa terjalin
dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya
datang ke Melaka: terlalu ramai bandar Melaka
pada zaman itu.”
❖ Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya Hubungan baik dengan china
tempat yang strategik, iaitu terletak di pertengahan elak diancam siam
laluan perdagangan antara Timur dan Barat
BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA
PENGANTARA EKONOMI
❖ Bahasa utama yang digunakan dalam tujuan pengantara ekonomi dalam perdagagangan
❖ Mudah difahami dan tiada masalah untuk menggunakannya ketika urusan perdagangan
❖ Pengunaan Bahasa melayu digalakkan oleh kerajaan Melaka memudahkan urusan
perniagaan
HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA TERJALIN
Entreport terpenting bagi Melaka di India ialah Kembayat
Mengambil masa 18 bulan dari laut merah untuk sampai ke Melaka oleh para pedagang
Pelbagai negara yang datang ke Melaka untuk menjalankan urusan perdagangan
Para pedagang dari pelabuhan Diu, Randir, Surat dan Daman menjadi perantaraan
untuk memperdagangkan barang-barang dari pelabuhan Arab seperti Iskandariah,
Mekah, Ormuz, Aden dan Jeddah
(Burma) juga merupakan antara pedagang yang rapat dengan Melaka.
HUBUNGAN BAIK DENGAN CINA ELAK DIANCAM
OLEH KERAJAAN SIAM
❖ Melaka hampir diancam krisis hubungan persahabatan negara oleh kerajaan Siam
kerana ingin menjadikan Melaka sebagai negeri ufti tetapi gagal
❖ Disebabkan ekonomi antara kedua2 kerajaan tersebut, hubungan kembali pulih seperti
sedia kala
❖ Siam menjadi pembekal utama bahan seperti beras, gula, berbagai-bagai jenis rempah
dan kayu-kayan ke Melaka.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
❖ Melaka menjadi sebuah kerajaan yang kuat dalam penaklukan dan perdagangan pada
zaman kegemilangannya.
❖ Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya
sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam, keluasan tanah jajahan,
dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
Pemerintahan Perdagangan
Kebudayaan Kependudukan
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
PEMERINTAHAN ❖ Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka.
Perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua
etnik.
❖ Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap,
terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan.
❖ Kewujudan sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum
Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka banyak membantu kerajaan
mengekalkan keamanannya. Hukum Kanun Melaka merupakan undang-
undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.
❖ Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun,
termasuklah sistem cukai dan jual belinya.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
❖ Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di antara
pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Laluan ini
merupakan laluan utama bagi pedagang dari timur ke barat dan sebaliknya
PERDAGANGAN ❖ Pelbagai kaedah perdagangan diperkenalkan seperti sistem cukai dan surat
kebenaran berniaga yang menjana ekonomi Melaka. Penggunaan mata
wang yang diperkenalkan menjadikan perdagangan menjadi mudah,
berkembang dan maju.
❖ Dengan perancangan yang teliti oleh Kesultanan Melayu Melaka, Melaka
akhirnya membangun dan menjadi pelabuhan entrepot yang terkenal pada
masa itu.
❖ Apabila Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan, Melaka yang
sebelumnya sebuah negara yang ekonomi berasaskan agraria bertambah
kepada ekonomi yang bersifat maritim.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
(KEBUDAYAAN)
Keterbukaan empayar kerajaan melaka.
Kemajuan perdagangan dan empayar melaka menjadikan melaka
sebagai kota multibudaya.
Interaksi dengan pelbagai budaya seperti arab pra-
islam,Hinduism,buddhisme,arab islam dan eropah dengan alam
melayu sejak abad ke-5 masihi.
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
(KEPENDUDUKAN)
❖ Empayar kesultanan melayu melaka merupakan zaman plurality kerana
proses penghijrahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak.
❖ Pedagang dari arab,cina,india dan negara lain datang berdagang secara
sukarela.mereka berkomodasi dengan penduduk tempatan dan sistemnya
dengan baik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Selat Melaka merupakan gelanggang kepelbagaian etika dan
peradaban dalam masyarakat pada suatu ketika dahulu. Kewujudan selat Melaka
sebagai Pelabuhan entrepot telah mencetuskan kepelbagaian bangsa,etika dan
peradaban yang dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Kesan daripada kepelbagaian etika dan peradaban dalam masyarakat yang
mempengaruhi beberapa faktor seperti perayaan. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina dan Deepavali.