GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 ● 8 – 15 Febuari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. ● Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ● Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China ● Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia ● Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian ● 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa: ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 ● April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ● Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik) Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa (Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2007 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
GARIS MASA PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom
ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERGERAKAN PANDU PUTERI BULAN JENIS AKTIVITI TARIKH JANUARI Pendaftaran Mesyuarat Agung Pembahagian kumpulan berenam 8/1/2025 15/1/2025 22/1/2025 FEBRUARI Prapersetiaan Persetiaan Pandu Puteri Tunas Undang-undang Pandu Puteri Tunas Cogan kata Pandu Puteri Tunas 5/2/2025 12/2/2025 19/2/2025 26/2/2025 MAC Membuat lingkugan hormat Latihan kawad Lembaran kerja (cantum keratan) 5/3/2025 12/3/2025 19/3/2025 26/3/2025 APRIL Nyanyian lagu - Lagu Pandu Puteri Tunas - Lagu Dunia - Lagu loceng - Lagu ahli baharu - Lagu kumpulan berenam 2/4/2025 9/4/2025 16/4/2025 23/4/2025 30/4/2025 MEI Keselamatan jalan raya Membuat kad ucapan untuk kawan Kebersihan tempat perjumpaan & diri sendiri Kesihatan 7/5/2025 14/5/2025 21/5/2025 28/5/2025
PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PERGERAKAN PANDU PUTERI BULAN JENIS AKTIVITI TARIKH JUN Simpulan Lembaran kerja mengenai simpulan 4/6/2025 11/6/2025 18/6/2025 25/6/2025 JULAI Mengenali dan mengetahui bendera Lembaran kerja (cantuman bendera) Melukis bendera negeri masing-masing 2/7/2025 9/7/2025 16/7/2025 23/7/2025 30/7/2025 OGOS Permainan KIM Mencuci dan membersih kasut Melipat pakaian 6/8/2025 13/8/2025 20/8/2025 27/8/2025 SEPTEMBER Permainan membawa perutusan Mengikat bungkusan 3/9/2025 10/9/2025 17/9/2025 24/9/2025 OKTOBER NOVEMBER Jahitan asas Membuat bola daripada perca kain 1/10/2025 8/10/2025 15/10/2025 22/10/2025 29/10/2025 5/112025 12/11/2025 19/11/2025 26/11/2025
LAPORAN MINGGUAN AKTIVITI PASUKAN
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 08 JANUARI HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m. TEMPAT : DEWAN SEMINAR AKTIVITI: PENGENALAN KURSUS, MESYUARAT AGUNG DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN BERENAM KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang - PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL - PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 08 Januari 2024, semua siswa dan siswi berkumpul di Blok NN untuk mendengar taklimat. Kemudian, bergerak ke tempat perjumpaan mengikut unit masing-masing. Perjumpaan pertama bagi Persatuan Pandu Puteri diadakan di Dewan Seminar. Pensyarah penasihat telah menerangkan mengenai struktuR kursus ini. Kami juga belajar mengenai cara pemakaian yang betul bagi setiap ahli Pandu Puteri mengikut kategori. Seterusnya, sesi mesyuarat telah dilaksanakan bagi mencari ahli Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Peringkat IPGMKKB. Akhir sekali, setiap ahli Pandu Puteri dibahagikan kepada kumpulan berenam. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan, saya telah mengetahui struktur kursus pada semester kali. Saya juga mempelajari bahawa setiap kategori Pandu Puteri mempunyai tata tertib pemakaian yang berbeza seperti perbezaan warna scarf dan jenis baju mengikut kesesuaian keadaan atau upacara. Kami juga telah dibahagikan kepada kumpulan berenam. Saya telah dipilih sebagai ahli kumpulan Siantan yang mengandungi 11 orang ahli. Kumpulan yang dibina ini adalah kekal dan akan digunakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 15 JANUARI HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m. TEMPAT : PADANG IPGM KAMPUS KOTA BHARU AKTIVITI: SIMPULAN KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 15 Januari 2024, kami telah mempelajari enam jenis simpulan asas yang. Kami telah diberikan seutas tali bagi setiap orang. Antara simpulan yang dipelajari iaitu buku sila, simpul manuk, bunga geti, tindih kasih, simpul balak dan simpul belit. Kami telah menjalankan aktiviti secara berkumpulan mengikut stesen yang ditetapkan mengikut giliran. Selepas setiap kumpulan mempelajari simpulan, kami perlu menunjukkan cara menghasilkan simpulan yang diajar dihadapan pensyarah iaitu Puan Nadimah dan Puan Ziana. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, saya telah mempelajari cara atau proses menghasilkan 6 jenis simpulan. Saya juga dapat mempelajari bahawa setiap simpulan mempunyai fungsi yang tertentu. Misalnya, simpul manuk kebiasaannya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu, hujung pancang khemah, botol dan sebagainya. Selain itu, simpul manuk juga merupakan ikatan yang mudah disimpulkan dan mudah dibuka semula. Melalui aktiviti ini, saya pasti dapat mengaplikasikannya dapat kehidupan seharian saya.
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 22 JANUARI HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m. TEMPAT : DEWAN ASRAMA AKTIVITI: IKATAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 22 Januari 2024, kami telah melaksanakan beberapa aktiviti. Dalam aktiviti ini, kami diberi seutas tali setiap seorang. Kemudian, kami dikehendaki untuk mempelajari beberapa jenis ikatan bersama-sama. Antara ikatan yang diajar iaitu seraya, serong, lilit kacang, silang tungku dan silang gunting. Bukan itu sahaja, kami sudah menyediakan kain anduh untuk mempelajari beberapa jenis balutan anduh. Antara balutan anduh yang dipelajari adalah di kepala, di lengan tangan, tapak tangan, lutut dan tapak kaki. Setiap balutan anduh yang dibuat juga kebanyakannya menggunakan simpulan buku sila yang dipelajari pada minggu lepas. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, saya telah mempelajari cara atau proses menghasilkan beberapa jenis ikatan. Saya juga dapat mempelajari bahawa ikatan-ikatan tersebut dapat digunakan semasa menghasilkan gajet perkhemahan nanti. Saya berharap agar ilmu yang saya pelajari ini dapat saya gunakan semasa amali perkhemahan kelak.
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 29 JANUARI HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m. TEMPAT : PADANG IPGM KAMPUS KOTA BHARU AKTIVITI: ISTIADAT LADAM KUDA/ ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 29 Januari 2023, kami telah belajar cara melaksanakan istiadat ladam kuda. Pada mulanya, kami perlu beratur mengikut kumpulan berenam masing-masing. Kemudian, kami perlu keluar dari barisan lalu membentuk ladam kuda. Terdapat upacara seperti menaikkan bendera, nyanyian lagi dan sebagainya semasa istiadat ladam kuda diadakan. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, saya telah mempelajari cara atau proses melaksanakan istiadat Ladam Kuda. Terdapat etika tertentu untuk menjalankan istiadat ini seperti isyarat hormat kepada orang terhormat yang perlu dipatuhi. Semoga dengan ilmu yang saya pelajari ini, saya dapat mengaplikasikannya semasa menjadi guru kelak.
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 5 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m. TEMPAT : PADANG IPGM KAMPUS KOTA BHARU AKTIVITI: AMALI SIMPULAN, IKATAN DAN ANDUH KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 5 Februari 2024, amali simpulan, ikatan dan anduh telah diadakan secara berkumpulan di hadapan pensyarah. Kami perlu menghasilkan tiga simpulan daripada empat simpulan yang diajar. Simpulan yang kami hasilkan iaitu buku sila, manok dan tindih kasih. Seterusnya, kami juga menghasilkan dua ikatan daripada tiga ikatan yang diajar. Kami telah memilih ikatan seraya dan serong. Hal ini demikian kerana, dua ikatan tersebut adalah lebih mudah berbanding yang lain. Akhir sekali, kami juga perlu menghasilkan dua jenis ikatan anduh. Ikatan anduh yang saya hasilkan iaitu anduh lutut dan anduh tapak tangan. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, saya telah belajar untuk sentiasa bersedia. Contohnya, kami semua mengulang kaji cara menghasilkan simpulan, ikatan dan anduh sebelum amali. Dengan cara itu, amali dapat dijalankan dengan baik dan lebih yakin.
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN TAHUN 2024 TARIKH : 19 FEBRUARI 2024 HARI : ISNIN MASA : 2:30 p.m.-4:30 p.m TEMPAT : PADANG IPGM KAMPUS KOTA BHARU AKTIVITI: KAWAD KAKI DAN MASAKAN RIMBA KEHADIRAN MURID: 65/65 orang KEHADIRAN GURU: 2/2 orang PUAN HJH NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM LAPORAN: Pada 19 Februari 2024, dua aktiviti telah diadakan. Kumpulan kami telah mempelajari cara berkawad kaki. Cara berkawad kaki telah diajar oleh Puan Ziana. Kami juga telah berjumpa dengan Puan Nadimah bagi mendengar taklimat mengenai amali masakan rimba yang akan dilaksanakan pada 23 Februari 2024. REFLEKSI: Melalui aktiviti yang dijalankan pada minggu ini, saya telah belajar cara berkawad kaki yang betul mengikut cara Pandu Puteri. Saya juga dapat mempelajari arahan apa yang perlu ketua pasukan berikan kepada ahli-ahlinya semasa berkawad kaki
GAMBAR BUKTI : DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH : ………………………… ……………………………….. (NUR AIN AQILAH ( ) BT SHAHRIZAL)
SEKIAN TERIMA KASIH