The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

disediakan oleh Muhammad Farais Bin Ismail

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdfarais375, 2021-04-25 04:37:26

Buku Skrap Digital Sultan Sir Abu Bakar

disediakan oleh Muhammad Farais Bin Ismail

Keywords: sultan abu bakar

BUKU SKRAP DIGITAL
SULTAN SIR ABU BAKAR

Disediakan Oleh : MUHAMMAD FARAIS BIN ISMAIL

NAMA PESERTA :
MUHAMMAD FARAIS BIN ISMAIL

KELAS :
4 SAINS

ALAMAT E-MAIL :
[email protected]

ALAMAT SEKOLAH :
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AIR TAWAR ,
FELDA AIR TAWAR 2 , KOTA TINGGI , JOHOR , MALAYSIA

KANDUNGAN

BIL. MUKA SURAT TAJUK
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN
3 BIODATA TOKOH
4 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
5-6 KERJAYA TOKOH
SUMBANGAN TOKOH
7- 8 GALERI GAMBAR
9 - 10 NILAI KEPIMPINAN

11 KESIMPULAN
12 SUMBER RUJUKAN
13

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera, dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan buku skrap saya yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk “Sultan Sir Abu Bakar”. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjangsaya
menyiapkan buku skrap saya ini. Pertama sekali kepada Puan Zamdilaila binti Saim , guru penyelaras SLB SMK Air TAwar kerana beliau telah banyak

memberikan bimbingan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan untuk ibu bapa saya, kerana mereka
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima
kasih juga kepada ahli keluarga saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang buku skrap ini disiapkan. Terima kasih juga yang

tidak terhingga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi nasihat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang samasama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi inforrmasi terkini mengenai projek buku skrap amat saya hargai.

Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak
yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan. Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong
Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim merupakan Sultan Johor yang
pentadbirannya pada 1862 - 1895.Baginda memakai gelaran Maharaja Johor pada
1868. Baginda ialah Sultan Johor era moden pertama.Baginda dilahirkan pada 3
FEBRUARI 1833 dan mangkat pada 4 JUN 1895.Baginda pada masa mudanya
dikenal dengan nama Tun Abu Bakar atau nama timang-timangnya Encik Wan
Abu Bakar.

BIODATA SULTAN SIR ABU BAKAR

Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato' Temenggong Seri Anakanda baginda Tunku Azizah
Maharaja Tun Daeng Ibrahim merupakan anakanda kepada Raja Temenggung Tun Daeng
Ibrahim bin Temenggung Tun Abdul Rahman. Baginda dilahirkan pada 3 Februari 1833 di

Istana Lama Teluk Belanga, Singapura. Baginda adalah anak sulung Temenggong Daeng
Ibrahim, dia keturunan Patrilineal Temenggong Abdul Rahman yang pada gilirannya adalah
keturunan matrilineal Sultan Abdul Jalil Shah IV, Sultan Bendahara Johor yang pertama. Abu
Bakar menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk Belanga. Baginda telah

mengahwini dengan Wan Chik binti Muhammad Tahir , Zubaidah binti Abdullah ,
Fatimah binti Abdullah dan Khadijah Khanum. Baginda telah dikurniakan 5 anakanda
iaitu Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor) , Tunku Mariam , Tunku Putri ,
Tunku Azizah dan Tunku Fatimah. Baginda telah mangkat pada 4 Jun 1895 (umur 62) di

Bailey's Hotel, South Kensington, London, United Kingdom dan dimakamkan pada 7
September 1895 di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

PENDIDIKAN SULTAN SIR ABU BAKAR

Ø Pada usia muda baginda ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai
Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional).

Ø Selepas itu , baginda telah dihantar ke Sekolah Melayu Teluk Blanga ,
sebuah sekolah mubaligh yang dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach
Keasberry.

Ø Sultan Abu Bakar telah diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih
selain bahasa Melayu jatinya.

KERJAYA SULTAN SIR ABU BAKAR

Pentadbiran negeri dijalankan mengikut arahan baginda dan Majlis Mesyuarat Negeri. Baginda tidak lagi mahu menerima Anakanda baginda
nasihat Gabenor Inggeris di Singapura. Sepanjang pemerintahan baginda, Johor tidak pernah menerima wakil British Tunku Puteri
sebagai penasihat.
Dalam memperkukuhkan kedudukan baginda sebagai Sultan Johor, baginda telah memasyhurkan perlembagaan negeri
yang dinamakan ‘Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, pada 14 April 1895.
Memandangkan kegigihan baginda memaju dan memodenkan Johor, sudah sewajamya baginda digelar ‘Bapa Johor

Moden’ dan menjadi Sultan yang paling masyhur hingga ke luar negeri. Ini adalah kerana sikap dan kegemaran baginda
menjelajah dan mendampingi orang ternama termasuk Queen Victoria dan King George V.

Dengan itu tidak hairanlah kemasyhuran baginda kekal hingga ke hari ini walaupun baginda telah mangkat pada 4 Jun
1895.

SUMBANGAN SULTAN SIR ABU BAKAR

Temenggung Abu Bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Baginda telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah
Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Baginda telah membangunkan sebuah gedung di atas sebah bukit yang

dinamakan Bukit Timbalan atau Bukit Bendera sekarang. Iskandar Puteri dari sehari ke sehari semakin bertambah ramai penduduknya dan para saudagar juga bertambah
ramai membuat perniagaan. Pada 1 Januari 1866, baginda telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya
pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem

Kangcu".
Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya
yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Pada zaman baginda , beberapa buah bangunan
kerajaan , rumah pasung , mahkamah dan lain-lain pejabat telah didirikan. Beberapa orang pegawai telah juga dilantik untuk menjalankan pemerintahan negeri. Beberapa

buah bangunan yang indah-indah seperti masjid , istana serta jalan-jalan raya dan lorong-lorong telah dibina bertujuan menghiasi bandar Tanjung Puteri itu.
Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah
membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan
negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great

Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan
dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England,
untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya
menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu
Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada
Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, baginda sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan
dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England,
untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya
menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu
Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu; ratu tersebut telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada
Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868.

Isteri kedua Sultan Johor : Zubaida
(Cecilia Catherina Lange)

Ilustrasi aktiviti di Istana Besar pada
1882

Anakanda baginda
(Tunku Azizah)

Potrait Maharaja Abu Bakar

Berpandangan
jauh

Belajar perkara NILAI Mempunyai
baharu di KEPIMPINAN hubungan yang
YANG BOLEH
setiap pelusuk DICONTOHI baik dengan
dunia semua orang
OLEH
GENERASI
SEKARANG

Mempunyai
wawasan
yang tinggi

KESIMPULAN

Oleh itu, jelaslah bahawa kita perlu sentiasa mempunyai taat setia kepada tokoh-tokoh negara terutamanya tokoh yang berada di negiri Johor
ini.Hal ini kerana setiap kejayaan yang diperoleh diiringi oleh titik keringat yang bersusah payah untuk mencipta kejayaan tersebut. Sama
juga seperti Sultan Sir Abi Bakar , baginda telah bersusah payah untuk menjaga kedaulatan negeri Johor serta menjamin kesejahteraan dan

keselamatan rakyat baginda. Kita sebagai rakyat perlulah mempunyai taat setia kepada sultan dan kita sepatutnya perlu mencontohi sifat-sifat
kepimpinan yang ada dalam diri baginda.

SUMBER RUJUKAN

Ø https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
Ø https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/03/44028/kesultanan-johor-pencetus-amalan-birokrasi-moden

Ø https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
Ø https://pekhabar.com/h-i-d-s-maharaja-abu-bakar-ditabal-sebagai-sultan-johor/

Ø https://www.wikiwand.com/en/Abu_Bakar_of_Johor#/Family
Ø SHAHAROM HUSAIN. (1995). SEJARAH JOHOR Kaitannya dengan Negeriri Johor. KUALA LUMPUR : PENERBIT

FAJAR BAKTI SDN. BHD.

SEKIAN TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version