PENGENALAN Setiap tahun, Gotong royong akan mengisi kalendar sekolah sebagai acara tetap yang perlu dilaksanakan. Agenda ini merupakan salah satu daripada aktiviti yang amat penting di mana ianya bertujuan untuk menyemarakkan semangat dan kerjasama antara guru dan masyarakat setempat. Merujuk surat siaran JPNP.SPMd 800-6/1/2 JLD. 4 (3) bertarikh 14 Julai 2023. Setiap sekolah di negeri Pahang disarankan untuk mengadakan Gotong-royong Madani dari Julai hingga September 2023. Program gotong royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan Non Govermental Organization (NGO) Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua warga sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat, kondusif dan ceria untuk kegunaan semua warga sekolah Komitmen dan semangat kerjasama yang tinggi amat diperlukan daripada semua pihak bagi menjayakan aktiviti ini dan seterusnya membentuk satu budaya kerja berpasukan yang positif untuk mencapai kecemerlangan dan kepuasan dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.
MATLAMAT Matlamat Gotong royong adalah untuk menjalinkan semangat kerjasama antara guru , NGO dan masyarakat setempat . Perjuangan guru-guru patut dihargai atas usaha mereka untuk memberi kejayaan pada masa akan datang kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. OBJEKTIF • Mengeratkan kerjasama antara guru, masyarakat setempat dan NGO • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru, murid dan semua warga sekolah. • Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, murid dan masyarakat setempat.
AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM Penasihat Pn Ruzihanna Binti Abd Rani (Guru Besar) Pengerusi 1 En Kamal Ariff bin Yusof (GPK KO) Timb Pengerusi 1 Pn Hjh. Salina Binti Mohd Ali (GPK 1) Timb Pengerusi 2 Pn Norhayati Binti Mohd Som (GPK HEM) Setiausaha Manis Ismawati binti Mohd Isman Bendahari Cik Fathin Satirah Binti Sa’adon
JAWATANKUASA PROGRAM GOTONG-ROYONG JK Pengacara Majlis Puan Manis Ismawati Binti Mohd Isman JK Bacaan Doa Encik Syed Aiman bin Syed Ahmad JK Buku Program Puan Suriana Binti Malim JK Fotografi Encik Mohd Farhan Firdaus B Borhan JK Dokumentasi Puan Nursyamilah binti Pauzan JK Disiplin Murid Encik Mohamad Azli bin Mohamed Yusof JK Jamuan Nor Azma binti Ismail JK Senamrobik Puan Fazrin Hanis binti Jafri
ATUR CARA PROGRAM 7.40 pagi - Semua guru dan murid Tahap 2 bersedia di tapak perhimpunan - Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis - Bacaan doa - Taklimat Tugasan & Pembahagian Kawasan Gotong – royong. - Senamrobik - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Guru Besar PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.