The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Assalamualaikum semua, ini hasil kerja kumpulan kami dibawah pemerhatian puan azlina endut. e-folio kali ini berkaitan dengan adat dan budaya pelbagai etnik di malaysia iaitu kaum melayu, cina, india, sabah dan sarawak. terima kasih kerana membaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitijamilahmudo, 2022-09-13 01:10:34

E-FOLIO PEP (KUMP 1) KUIS

Assalamualaikum semua, ini hasil kerja kumpulan kami dibawah pemerhatian puan azlina endut. e-folio kali ini berkaitan dengan adat dan budaya pelbagai etnik di malaysia iaitu kaum melayu, cina, india, sabah dan sarawak. terima kasih kerana membaca.

Keywords: adat dan budaya pelbagai etnik di malaysia,e-folio

PENGAHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU 2183)

TAJUK E-FOLIO:
ADAT DAN BUDAYA PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN NOR AZLINA ENDUT

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NAMA AHLI NO. MATRIK
1. SITI JAMILAH BINTI MAHMUDA 2236007
2. FATIHAH ZULAIKHA BINTI SALIM 2236010
3. NUR IZZAH ATIRAH BINTI MAT RAZALI 2236006
4. NURUL SYUHADAH BINTI SHAIFUL BAHARI 2236013
5. NUR SYAHIDAH SUMAIYYAH BINTI ZAINAL ABIDIN 2236027

DIPLOMA MULTIMEDIA (MS36)
SESI 1 2022/2023

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN
1
2. PENDAHULUAN 2-3
- Definisi
- Latar Belakang 4-5
6-10
3. ADAT DAN BUDAYA KAUM MELAYU 11-13
14-15
4. ADAT DAN BUDAYA KAUM CINA 16-17
18
5. ADAT DAN BUDAYA KAUM INDIA 19
20
6. ADAT DAN BUDAYA KAUM SABAH

7. ADAT DAN BUDAYA KAUM SARAWAK

8. KESIMPULAN

9. CADANGAN

10. RUJUKAN

1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya
menyiapkan tugasan berkumpulan Adat dan Budaya Pelbagai Etnik di Malaysia ini dalam jangka
masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah
mata pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban kami iaitu Puan Norazlina Endut. Beliau telah
banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar
segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.
Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan
kerjasama yang erat semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya
ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan
setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.

1

2.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan kaum yang terdiri daripada 3
kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India manakala Malaysia Timur sendiri terdiri daripada
beratus-ratus etnik peribumi. Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza. Perbezaan agama, budaya
dan adat resam setiap kaum dan etnik dirai dan dihormati bagi mengekalkan keharmonian dan
keamanan negara. Adat budaya yang merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat telah
berkembang melalui tradisi pewarisan daripada satu generasi ke generasi dan diamalkan sejak
turun temurun ini telah mempengaruhi sebahagian besar gaya hidup masyarakat Malaysia dan
menjadi identiti setiap kaum.

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun
tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat
resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia kerana banyak
salah faham dan prasangka timbul daripada gagasan untuk mewujudkan kebudayaan kebangsaan
Malaysia yang berteraskan kebudayaan peribumi. Ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan
yang amat rapat dengan masyarakat kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya tidak ada
masyarakat.

2

DEFINISI

Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan
itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap
pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing.

Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau
seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu
generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula,
‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan.

Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan
dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek
bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya ia adalah konsep yang saling bergantung dan
sama.

LATAR BELAKANG

Malaysia adalah masyarakat berbilang etnik, pelbagai budaya, dan pelbagai bahasa, dan
banyak kumpulan etnik di Malaysia mengekalkan identiti kebudayaan yang berbeza. Masyarakat
Malaysia telah digambarkan sebagai "Asia dalam miniatur". Budaya asli kawasan itu berasal dari
puak pribumi, bersama dengan orang Melayu yang berpindah ke sana pada zaman purba.
Pengaruh yang besar wujud dari budaya Cina dan India, sejak ketika perdagangan dengan
negara-negara tersebut bermula di daerah tersebut. Budaya lain yang sangat mempengaruhi
Malaysia termasuklah Persia, Arab, dan Inggeris. Struktur kerajaan, bersama-sama dengan
keseimbangan kuasa kaum yang disebabkan oleh idea kontrak sosial, telah menyebabkan sedikit
insentif untuk asimilasi budaya etnik minoriti di Tanah Melayu dan Malaysia. Kerajaan secara
sejarahnya membuat sedikit perbezaan antara "budaya Melayu" dan "budaya Malaysia”

3

3.0 ADAT DAN BUDAYA KAUM MELAYU

Setiap kaum yang terdapat di Malaysia mempunyai warisan kesenian masing-masing
yang wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia.
Kebanyakkan kaum Melayu beragama islam dan mengamalkan kebudayaan melayu. Orang
melayu juga terkenal dengan sifat lemah- lembut dan peramah sesama masyarakat. Kaum ini
juga terkenal dengan kekayaan budaya seni mereka. Salah satu warisan kesenian yang diwarisi
sejak zaman dahulu sehingga sekarang adalah pakaian tradisional. Baju tradisional Kaum
Melayu ialah baju kurung dan baju melayu. Baju kurung adalah sejenis pakaian baju longgar
yang lembut dan kadang-kala bajunya menutupi hingga ke lutut. Baju ini dipadankan dengan
kain panjang berlipat tepi baju kurung juga Boleh dipadankan dengan kain tradisional seperti
kain songket atau batik. Secara lazimnya, pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau
tudung kepala. Bagi lelaki pula pakaian tradisionalnya bernama baju melayu. Baju melayu
merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalu dipadankan
dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Bagi orang Melayu itu sendiri, pakaian selain berfungsi sebagai penutup aurat serta
pelindung tubuh dari keadaan cuaca seperti panas dan hujan, ia juga memberi isyarat lambang-
lambang serta menjadi pilihan kaum Melayu untuk dipakai pada hari-hari istimewa seperti hari
raya. Lambang-lambang itu mewujudkan nilai-nilai luhur yang disanjung tinggi oleh masyarakat
Melayu itu sendiri.

4

Permainan tradisional bagi kaum Melayu antaranya ialah congkak. Permainan congkak
ini dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlunang lima, tujuh atau sembilan
berkembar serta dua buah lubang besar yang dipanggil ‘rumah’. Ia dimainkan menggunakan
kulit siput, guli, batu kecil atau biji asam jawa. Congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan berhadapan dengan satu sama lain, dengan
papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Permainan congkak ini menjadi tradisi bagi kaum
Melayu tetapi nama ya semak in lenyap dikalangan masyarakat zen-z ini. Seterusnya ialah
permainan wau. Wau adalah permainan tradisi yang telah dimainkan beratus tahun yang lalu.
Wau sangat terkenal di negeri pantai timur iaitu negeri Kelantan dan Terengganu. Di Malaysia,
wau dimainkan ketika masa lapang. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu
asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut. Terdapat
pelbagai jenis dan reka bentuk wau. Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan sabit pada bahagian
hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya. Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan
yang terbit di angkasa apabila diterbangkan. Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz
yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang biasa adalah sepanjang 2.5meter dengan tinggi 3.5
meter. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak
yang lebih besar menjadi pilihan. Antara jenis-jenis wau ialah wau bulan, wau kucing, wau jala
budi, wau merak dan lain-lain.

Selain itu, tarian yang paling popular bagi Kaum Melayu pula ialah tarian zapin.
Tarian ini diperkenalkan oleh mubaligh dari timur tengah. Zapin ini pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah
tamadun islam. Setelah itu, terdapat juga solat iaitu sejenis seni mempertahankan diri yang
dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi serta langkah,
persembahan silat sememangnya menari dan mengasyikkan.

Bagi alat muzik tradisional Kaum Melayu ialah kompang. Kompang kebiasaannya
digunakan di pelbagai majlis seperti Hari Perkahwinan, Perarakan Hari Kemerdekaan serta
pelbagai majlis rasmi. Bentuk kompang seperti tamborin tanpa kepingan besi disekelilinginya,
selalunya dimainkan secara beramai-ramai dan dimainkan oleh para lelaki.

5

4.0 KAUM CINA

Kaum Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia. Mereka terkenal dengan sifat
kuat bekerja dan mahir dalam mengendalikan perniagaan. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang
berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Katonis yang
tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur Bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan
selatan tanah air Johor.

Pakaian tradisional bagi kaum ini ialah Cheongsam iaitu pakaian bagi perempuan. Baju
ini mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sedikit ketat dibahagian
pinggang dan belahan di kiri dan kanan pakaian. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain
sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut dan kebiasaanya berwarna merah. Seterusnya ialah
Samfu iaitu bagi lelaki. Samfu membawa maksud baju dan seluar yang diperbuat daripada kain
nipis yang tiada corak atau sekadar berbunga halus.

Permainan tradsisional bagi kaum Cina antaranya ialah yo-yo cina. Permainan ini antara
permainan yang paling popular dikalangan masyarakat Malaysia. Yo-yo mempunyai dua cakera
yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Permainan ini sentiasa berpusing
pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua

6

kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Selepas itu, terdapat juga permainan xiangqi yang
dimainkaan oleh dua orang pemain. Permainan ini mempunyai persamaan yang hampir sama
dengan permainan catur. Ia berasal dari Cina dan digelar sebagai Catur Cina.

Bagi tarian tradisional pula ialah Tarian Singa. Tarian ini dipersembahkan ketika perayaan
hari Tahun Baru Cina. Ia adalah sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan
gendang lagu cina dan simbal serta memrlukan keberanian dan kepenatan gerak tarian yang tepat
di antara penari-penarinya. Tarian ini antara yang paling popular dipersembahkan. Selain itu,
Tarian Naga. Naga adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luar biasa,
kebaikan, kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Ia dipersembahkan
ketika sambutan Tahun Baru Cina dan dipercayai membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang
baru. Tarian ini juga memerluakan seramai 60 orang.

Alat muzik bagi masyarakat kaum Cina antaranya ialah Erh-hu iaitu sejenis alatan bertali
jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alatan ini digunakan sebagai alat solo
untuk hiburan dan juga digunakan dalam orchestra untuk mengiringi opera cina. Seterusnya ialah
Pipa. Pipa ialah alat bertali yang mempunyai 4 tali logam. Badannya diperbuat daripada kayu,
dadanya yang bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Ia juga
digunakan dalam orchestra untuk mengiringi opera cina serta sebagai alat solo atau mengiringi
nyanyian. Selain itu, terdapat juga alatan muzik bernama Guzheng. Alat muzik ini mempunyai
sebuah kotak responans yang berbentuk segi empat tepat yang leper. Di atas kotak resonans itu
dipasang beberapa utas tali yang diregang dengan disokong oleh kayu penongkat (tiang kayu
kecil). Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini kedengaran padat dan jelas.

PIPA GUZHENG
ERH-HU

7

Walaubagaimanapun, budaya makanan masyarakat Cina keistimewaan yang tersendiri.
Bahan utama dalam menu masyarakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu,
dan kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah yang digunakan
oleh kaumMelayu seperti kayu manis, daun ketumbar, dan sebagainya.

Kuih bulan merupakan makanan tradisi kaum Cina. Sejarah kuih ini bermula selepas
orang-orang Cina menumpaskan penjajahan Moghul pada akhir Dinasti Yang Pada perayaan
kuih bulan, makanan tradisinya adalah kuih bulan itu sendiri. Mereka
berarak sempena perayaan ini dengan membawa sekali tanglung.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan ini diberi kepada
Dewa Dapur bagi memastikan Dewa Dapur tidak dapat
menyampaikan berita buruk kepada Maharaja Syurga kerana tidak
dapat membuka mulut akibat memakan kuih bulan. Oleh itu, kuih
bulan ini penting bagi kaum Cina.

Dalam hidangan budaya Cina biasanya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama
iaitu satu sumber utama biasanya nasi dan disertai dengan hidangan sayur-sayuran, ikan, dan
daging. Antara makanan Cina yang terkenal ialah
Yusheng di mana ia merupakan satu adat resam Tahun
Baru Cina di Malaysia dan Singapura yang mana saudara-
mara berkumpul di keliling meja lalu melambung cebisan
ramuan ke udara dengan penyepit apabila disuruh, sambil
melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun
yang makmur.

8

ADAT MASYARAKAT CINA

KELAHIRAN

ADAT RESAM
ORANG CINA

KEMATIAN PERKAHWINAN

KELAHIRAN

Semasa mengandung, wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa
diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Masyarakat
Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan
mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Dalam masyarakat Cina, Ibu mertua
bertanggungjawab menajaga wanita mengandung dan bukannya suami. Seterusnya, selepas lahir
(berpantang) wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat
puluh hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Seterusnya,
pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Selain itu,
dari segi pemakanan masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras
yang diperam dalam masakan mereka. Kemudian, kenduri. Masyarakat Cina juga turut
mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kemudian, kuih khas yang
berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang
diwarnai merah. Selain itu, mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan
membawa hadiah berupaya pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Tidak lupa juga, nama
orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua

9

mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula
merupakan nama bagi penggilan diri sendiri.

PERKAHWINAN

Terdapat tiga upacara yang dijalankan oleh masyarakat Cina di Malaysia semasa sesuatu
perkahwinan diadakan iaitu perkahwinan sivil di mana bakal pengantin itu perlu berdaftar dahulu
sebagai suami isteri yang sah dari segi undang-undang. Kemudian, upacara minum teh. Ianya
merupakan satu budaya tradisional Cina di mana pengantin baru memberi teh kepada ahli-ahli
keluarganya yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain. Selain
itu, jamuan makan. Pada jamuan ini, semua saudara mara dan kawan-kawan akan dijemput. Pada
kebiasaannya, upacara perkahwinan sivil dan upacara minum teh adalah untuk dihadiri oleh
saudara mara yang rapat sahaja.

KEMATIAN

Pelawat-pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna-warni sewaktu pergi
ke rumah orang mati. Sebaliknya, pelawat mestilah memakai baju berwarna muram seperti hitam
atau kelabu dan sebagainya. Kemudian, apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia
hendaklah membawa sepasang lilin putih “duit kertas” dan lain-lain alat sembahyang untuk
diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada. Sekarang lazimnya pelawat memberikan
derma atau menghantar kelungan bunga kepada si mati. Kadang kala sekumpulan sahabat atau
sesuatu persatuan menyediakan panji-panji yang ditulis dengan kata-kata pujian kepada si mati.
Akhir sekali, ketika meninggalkan rumah si mati pelawat biasanya diberikan seutas benang
merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna
yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba mengacau. Gula-gula yang
diberi itu boleh dimakan.

10

5.0 KAUM INDIA

Kaum India merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Kebanyakkan
mereka berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, iaitu yang datang
ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka dating ke sini unyuk mencari
kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakkan
mereka bergama Hindu. Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil,
makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.

Bagi pakaian tradisional masyarakat India ialah Sari. Pakaian ini diperbuat daripada
sebidang kain yang berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan kain dalam yang
berwarna seakan-akan kain sari tersebut. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian
hujungnya bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi untuk menyokong kain sari
tersebut daripada terlucut. Pakaian sari ini dipergakan oleh perempuan sahaja. Seterusnya,
terdapat pakaian salwar kameez atau lebih dikenali sebagai baju Punjabi. Pakaian ini terdiri
daripada blaus Panjang yang dipadankan dengan seluar Panjang yang longgar serta tudung
kepala yang ssuai dengan warnanya. Selain itu, Kurta juga menjadi pakaian tradisional bagi
lelaki untuk didandankan di majlis rasmi mahupun hari perayaan. Kurta ialah kemeja panjang
sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

11

Seterusnya ialah permainan tradisional. Salah satunya ialah Kho-kho. Permainan ini
berasal dari Maharashtra, pada mulanya ia dimainkan menggunakan kereta kuda. Kho-kho
merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan ‘lari dan kejar’ dimana seorang
pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan ini memerlukan
kecegasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel dan pantas untuk mengelak peserta-
peserta lain. Di samping itu, terdapat juga permainan yang bernama Kabadi. Ia adalah permainan
bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura, Pradesh, Punjab dan Maharasutran
di India. Dalam satu permainan, terdapat 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh
pemain. Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang.

Tarian tradisional bagi masyarakat kaum India ialah tarian Kathak. Tarian ini berasal dari
negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Khatak dikenali sebagai Braj Rass. Tarian ini diadakan
selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana). Muzik bagi tarian ini digubah
berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita. Seterusnya ialah tarian klasik India.
Ia merupakan gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri
seseorang manusia. Terdapat ‘devadasis’ yang dianggap suruhan Tuhann yang menarikan sejenis
tarian memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari. Pengasas Odisi tradisional dan Maribi
Manipuri juga berasal berasal dari kuil.

Seterusnya bagi alatan tradisional kaum India ialah Dholak.
Alat ini diamin dengan menggunakan tangan dan mudah dipukul oleh
pemainnya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil
pukulan tangan ke atas oermukaan yang diperbuat daripada kulit

haiwan. Dholak digunakan dalam penghasilan
rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya. Selain itu ialah alat muzik
bernama Sitar. Sitar ialah alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan
dawai ataupun tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama
dengan dawai biasa dan ruang resonasi menggunakan gourd (sejenis buah-
buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya_ sehingga
menghasilkan bunyi yang unik.

12

Walaubagaimanapun, kaum India turut mempunyai
makanan tradisionalnya tersendiri. Salah satunya ialah Tosai.
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali
sebagai dosa, dosay, dosey, dosai, dhosha, thosai ataupun
chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan
tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Tosai boleh
didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional
ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam. Tosai amat kaya
dengan karbohidrat dan protein.

Selain itu, muruku juga merupakan makanan tradisional kaum India. Murukku mempunyai
nama-nama lain seperti chakli dan chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.
bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras. Muruku
boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai
makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk
disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa
seperti cili, asafoetida, ajawain dan cumin. Semua orang
daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.
Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

Justeru, Idli juga termasuk dalam makanan tradisional
kaum India. Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai
banyak jenis. Contohnya ialah sanna, rave, atau sambar idli. Ia
dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan
ringan. Makanan ini sering dihidanng dengan sambal dari
buah-buahan, sambar dan lain-lain. Bahan utamanya ialah
vigna mungo dan nasi.

13

6.0 KAUM SABAH

Kelompok etnik pertama yang akan dibincangkan di Sabah ialah etnik Bajau. Salah satu
keistimewaan masyarakat Bajau ialah mereka merupakan kelompok minoriti yang menjadi
penunggang kuda yang mahir. Hal ini adalah hasil daripada sejarah awal masyarakat minoriti
Bajau. Walau bagaimanapun, dari segi yang lain, budaya masyarakat Bajau mempunyai banyak
persamaan dengan kelompok masyarakat Melayu di semenanjung Malaysia. Adat di dalam
masyarakat Bajau yang terdapat banyak persamaan dengan masyarakat Melayu semenanjung
adalah seperti adat wanita bersalin seperti berpantang, menggunakan kepakaran bidan dan juga
melenggang perut. Agama utama yang diamalkan oleh masyarakat Bajau juga sama dengan
masyarakat Melayu semenanjung. Majoriti masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam. Antara
tarian budaya masyarakat Bajau ialah tarian Runsai dan tarian Limbai.

Kelompok kedua yang akan dibincangkan ialah kelompok masyarakat Murut. Kebudayaan
popular oleh kaum Murut tentunya melalui tarianya, iaitu tarian Magunatip atau digelar sebagai
tarian kaki sepit. Tarian ini selalunya dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan, penari
yang menari perlu mengelak kaki mereka daripada tersepit kayu yang digerakkan. Antara tarian
lain yang menjadi budaya masyarakat Murut ialah tarian Lansaran. Kelompok masyarakat Murut
juga masih mengekalkan budaya tradisi perkahwinan. Dari segi agama pula, sebahagian

14

masyarakat Murut kebanyakan asalnya menganut kepercayaan animisme dan sebahagian
masyarakat telah menukar kepada agama Kristian.

Kelompak seterusnya yang dibincangkan ialah kelompok Dusun Laut atau Dayak Dusun.
Perayaan yang popular diamalkan oleh masyarakat Dusun ialah Pesta Keamatan. Tarian budaya
mereka untuk perayaan keamatan dipanggil sebagai tarian Sumundai Monggigol. Kelompok ini
juga masih mengekalkan budaya-budaya tradisional seperti ‘puja semangat’, perkahwinan dan
keraian.

Kelompok seterusnya merupakan masyarakat yang berbeza tetapi mempunyai beberapa
persamaan terutamanya agama yang diamalkan, iaitu mengamalkan agama Islam. Kelompok
masyarakat yang dimaksudkan ialah kelompok masyarakat Illanun, masyarakat Bisaya,
masyarakat Suluk dan masyarakat Tidung. Kesemua kelompok masyarakat ini majoriti
masyarakatnya beragama Islam. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan budaya terutamanya
dari segi tarian, iaitu masyarakat Bisaya dan masyarakat Tidung mengamalkan budaya tarian
Zapin, manakala tarian budaya masyarakat Suluk pula ialah tarian Bolak-bolak.

15

7.0 KAUM SARAWAK

Seterusnya memfokuskan kepada kebudayaan masyarakat minoriti di Sarawak.
Kelompok minoriti pertama yang akan dibincangkan ialah masyarakat Bidayuh di Sarawak.
Masyarakat Bidayuh di Sarawak ialah salah satu masyarakat minoriti utama di Sarawak. Mereka
mempunyai perbezaan dari segi sebutan, pertuturan dan gerak gaya yang berbeza dengan
masyarakat majoriti Sarawak. Etnik Bidayuh juga mempunyai budaya, iaitu warna hitam sebagai
warna rasmi pakaian mereka. Budaya lain yang mereka amalkan ialah penggunaan muzik di
dalam upacara keagamaan untuk menaikkan semangat dan menghalau roh jahat.

Etnik kedua yang akan dibincangkan ialah etnik Kenyah dan Kayan. Etnik Kenyah
mempunyai ciri-ciri peperangan yang hampir sama dengan kelompok etnik majoriti di Sarawak,
iaitu masyarakat Iban. Ciri-ciri peperangan tradisional yang sama ini, iaitu mereka akan
memotong kepala ketua pihak lawan dan siapa yang membawa pulang kepala pihak lawan
tersebut dianggap sebagai wira. Walau bagaimanapun, budaya sebegini sudah tidak diamalkan
lagi. Mereka juga asalnya berpegang kepada kepercayaan animisme tetapi kebanyakan mereka
telah berubah menganut agama Kristian. Bagi masyarakat Kayan pula, mereka mempunyai
persamaan budaya dengan etnik Kenyah. Mereka turut mempunyai persamaan dengan etnik Iban

16

dalam upacara perkahwinan masyarakat Kayan. Walau bagaimanapun, masyarakat Kayan
berbeza bahasa dengan masyarakat Kenyah.

Seterusnya, ialah kelompok masyarakat Kelabit dan masyarakat Lun Bawang. Cara hidup
dan bahasa yang digunakan oleh masyarakat etnik Kelabit dan etnik Lun Bawang mempunyai
banyak persamaan. Kedua-dua kelompok minoriti ini kebanyakannya menganut agama Kristian
pada masa kini. Masyarakat etnik Kelabit adalah antara populasi yang terkecil yang tinggal di
rumah panjang. Antara budaya lain yang terdapat dalam masyarakat Lun bawang adalah seperti
Pesta Inau Aco Lun Bawang sempena perayaan Gawai Dayak.

Dan yang terakhir pula ialah kepada kelompok masyarakat etnik Bisaya dan Melayu di
Sarawak. Kedua-dua masyarakat etnik Bisaya dan Melayu majoritinya beragama Islam. Tetapi
ada juga etnik Melayu yang beragama Kristian dan percaya kepada makhluk ghaib (animisme).
Masyarakat Bisaya juga dikenali sebagai Melayu dan Islam dan tidak banyak perbezaan dengan
masyarakat Bisaya di Sabah. Bagi etnik Melayu di Sarawak pula, antara perayaan yang masih
diraikan ialah perayaan Kaul.

17

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai
kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersndiri.
Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmoni dan Bersama-
sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik,
ekonomi dan sosial.

Menghargai kepelbagaian budaya dan salinng menghormati perbezaan agama ialah dua
perkara yang sangat penting dalam mencapai keharmonian hidup dalam bermasyarakat. Hal ini
demikian kerana, menghormati budaya dan perbezaan agama merupakan kunci utama kearah
melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Kepelbagaian rakyat Malaysia dari segi budaya dan agama telah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang sangat unik. Rakyat diberikan kebebasan mutlak dalam
mengamalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing tanpa sebarang kekangan, batasan
mahupun halangan walaupun agama Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negara Malaysia.
Hak dan kebebasan ini turut termaktub dalam perlembagaan dan menjadi asas untuk memelihara
perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.

Selain itu, perayaan setiap agama juga disambut secara besar-besaran. Malah ada negeri
yang memberikan cuti umum untuk menyambut perayaan-perayaan tersebut. Hal ini jelas
membuktikan masyarakat Malaysia telah hidup dalam keadaan yang harmoni dengan berpegang
kuat kepada sidfat toleransi yang tinggi dan setiap kaum juga menunjukkan sikap saling
menghormatii antara satu sama lain. Sifat terpuji sebeginilah yang telah menjadi tunjang kepada
kemajuan kita sebagai sebuah bangsa yang berjaya.

Oleh itu, bukanlah mudah untuk mempertahankan warisan turun temurun ini. Malahan
terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kita harungi dalam mempertahankan perpaduan
dan keharmonian kaum tersebut. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita termasuklah
generasi hari ini untuk mempertahankan keunikan tersebut dengan terus menyuburkan rasa
saling menghirmati dan memahami budaya dan kepercayaan semua kaum di Malaysia.

18

9.0 CADANGAN

Cadangan kami bagi mengekalkan kepelbagaian etnik di Malaysia adalah melalui
semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi
dengan masyarakat. Seterusnya, kita haruslah sanggup bertolak ansur dan bertoleransi sesama
masyarakat. Kita haruslah sabar dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan,
perselisihan faham demi kesejahteraan hidup kerana kita semua tidak mahu peristiwa 13 Mei
berlaku lagi. Selain itu, menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dengan semangat
yang membara sedikit sebanyak menyumbang kepada keharmonian negara. Kita haruslah
berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Selain
itu, rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup
mereka.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka kita harus mempunyai pendirian
sendiri yang teguh dan tidak boleh diganggu. Setiap masalah dengan negara luar hendaklah
diatasi dengan cermat, bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak.

Malaysia sehingga kini alhamdulillah, masih aman lagi jika dibandingkan dengan negara-
negara jiran yang lain. Hanya dengan kestabilan polotik negara, barulah kejayaan dalam bidang
lain dapat kita bina dan jalinkan. negara yang aman dan damai lebih mudah menarik minat
negara asing mengkaji ketamadunan budaya bangsanya. Kesusasteraan merupakan salah satu
bidang yang boleh diketengahkan sebagai alat bgi menjalinkan hubungan kebudayaan dan
keilmuan dengan negara luar.

Akhirulkalam, masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk
dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat kearah status
negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

19

10.0 RUJUKAN

KAUM MELAYU
• http://zahirzainudin.blogspot.com/2017/01/pakaian-tradisional-melayu-
memupuk.html?m=1
• http://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/permainan-wau.html?m=1
• https://sites.google.com/a/ipgkbm.org/rumahmelayu/permainan-tradisional-melayu

KAUM CINA
• https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html
• http://imaanthebeast.blogspot.com/2016/10/ciri-ciri-budaya-masyarakat-cina-
di.html
• https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/122

KAUM INDIA
• https://sites.google.com/site/psktahun42012/tema-5/sejarah-malaysia/keunikan-
penduduknya-yang-berbilang-kaum-dan-budaya/c-kaum-india
• https://prezi.com/p/fnxdohvpimfe/suku-kaum-india-di-tanah-melayu/

KAUM SABAH DAN SARAWAK
• http://klikweb.dbp.my/?p=18683
• https://www.scribd.com/document/318843583/Senarai-Kaum-Di-Sabah-Dan-
Sarawak
• http://pakaiantradisonal.blogspot.com/2015/12/pakaian-tradisional-masyarakat-
sabah.html
• https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/sarawak.html

20


Click to View FlipBook Version