The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ........., 2021-12-28 11:07:18

REFLEKSI KUMPULAN 8

REFLEKSI KUMPULAN 8

KOD DAN NAMA KURSUS:
MPU31072 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KURSUS :
ISM PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN ISLAM) – BBAIF 1B

NAMA KUMPULAN :
KUMPULAN 8

AHLI KUMPULAN : NO MATRIK
BIL NAMA AHLI 066780
066419
1 AHMAD BAIHAQI BIN MOHAMMAD ALI (K) 067040
2 MUHAMMAD FAIQ BIN AMINUDDIN 066296
3 MUHAMMAD ISKANDAR BIN FAJAR KAREEM 065484
4 NUR NABIHAH BINTI MOHAMAD NOH 065485
5 ZA'IMATUL AFIQAH BINTI ZULKIFLE 066285
6 ZA'IMATUL 'ARIFAH BINTI ZULKIFLE 066892
7 NUR MASHITAH BINTI ZAINOL 067348
8 NUR ATHIRAH BINTI ROSLI 065815
9 NURUL DIANA BINTI JASMIN
10 NURUL IZZAH BINTI IHSAN

TAJUK KERJA LAPANGAN :

ADAB PARA PELAJAR KETIKA MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PDP) SECARA DALAM TALIAN

NAMA : AHMAD BAIHAQI BIN MOHAMMAD ALI NO MATRIK : 066780

PENGENALAN

Adab belajar adalah perkara yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh
pelajar sebelum mendalami ilmu-ilmu yang lain. Hal ini disebabkan oleh adab
seorang pelajar kepada gurunya menjadi sebab kunci kejayaan dalam pelajaran.
Para guru juga lebih menyukai pelajarnya beradab ketika pembelajaran dijalankan
dan guru-guru akan lebih memberikan perhatian yang lebih kepadanya. Para pelajar
juga hendaklah sifat sabar dalam menuntut ilmu apabila menghadapi
cabaran-cabaran terutamanya mempunyai komitmen dalam mengerjakan tugasan
yang banyak lebih-lebih lagi ketika pembelajaran berlangsung dalam online.

OBJEKTIF

I. Untuk meningkatkan kesedaran tentang adab pelajar IPT dan sekolah
menengah sewaktu PDP dalam talian.

II. Untuk mengetahui cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru
sewaktu PDP dalam talian diadakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan yang telah berjaya dilaksanakan telah diperolehi
melalui dua cara iaitu cara soal selidik dan cara temu bual bagi mengumpulkan
data-data yang diperlukan. Soal selidik yang telah digunakan dalam atas talian ialah
melalui `Google form’ yang mempunyai 11 soalan telah diisi oleh 224 responden
dalam lingkungan sekolah menengah dan pelajar IPT bermula 12 November 2021
sehingga 1 Disember 2021. Kaedah edarannya ialah melalui aplikasi `Whatsapp’.
Kebanyakan responden memilih kaedah pembelajaran secara bersemuka dan
segelintir memilih secara atas talian. Hal ini kerana mereka mengatakan pelajar
belajar sambil lewa kerana tiadanya guru untuk mengawasi mereka apabila kamera
ditutup, sukar untuk bertanya, suasana yang kurang kondusif dan sebagainya. Sesi
temu bual pula dijalankan sebanyak dua kali bersama seorang pensyarah pada 22
November 2021 dan seorang guru sekolah menengah pada 26 November.
Kedua-kedua informen bersetuju bahawa adab ketika menuntut ilmu secara atas
talian adalah penting dan perlu dipraktikkan oleh para pelajar. Kebanyakkan pelajar
menjaga adab ketika pembelajaran secara atas talian dijalankan namun mereka juga
haruslah memastikan kehadiran tidak terlewat dan memberikan tumpuan
sepenuhnya ketika pembelajaran berlangsung. Pelajar juga haruslah mengawal
tekanan perasaan walaupun mempunyai tugasan yang banyak. Hal ini membuktikan
bahawa kajian yang telah dilakukan adalah relevan.

Di samping itu, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang dapat
dikenalpasti semasa program e-sulam dijalankan. Antara kelebihannya ialah
mempunyai perbincangan yang penuh seronok, cadangan yang bernas, maklum
balas daripada rakan sepasukan dengan kadar yang pantas dan mengembangkan
lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Seterusnya, dapat mempelajari cara

penggunaan ‘Google site’, ‘Google Form’, ‘Google scholar’ dan banyak lagi. Namun,
terdapat juga kekurangan antaranya ialah masalah gangguan internet dan masalah
untuk menentukan tarikh untuk sesi temu bual disebabkan oleh kekangan kesibukan
masing-masing.

KESIMPULAN

Tuntasnya, adab ketika belajar perlulah dititikberatkan semenjak akar umbi
lagi. Semua pihak yang terlibat dalam pendidikan khususnya pelajar perlulah
mengaplikasikan adab ketika belajar secara bersemuka ataupun maya demi
mendapatkan kejayaan dan memperolehi ilmu yang bermanfaat. Jadilah pelajar
yang bukan sahaja pintar bahkan mempunyai adab yang tinggi.

RUJUKAN

Brunei, P. (2017). Kepentingan adab dalam menuntut ilmu adalah penting.

Penuh, S. B., & Harun, N. B. Sikap, Norma Subjektif Dan Persepsi Mengamalkan
Adab Belajar Dalam Pelaksanaan Latihan Hijrah Pelajar.

Noer, M. A., & Sarumpaet, A. (2017). Konsep Adab Peserta Didik dalam
Pembelajaran menurut Az-Zarnuji dan Implikasinya terhadap Pendidikan
karakter di Indonesia. Al-Hikmah: Jurnal Agama Dan Ilmu Pengetahuan,
14(2), 181-208.

NAMA : MUHAMMAD FAIQ BIN AMINUDDIN NO MATRIK : 066419

PENGENALAN

Adab dalam menuntut merupakan suatu tanggungjawab yang harus
dititikberatkan serta dipraktikkan dalam diri setiap pelajar. Perkara ini harus diambil
cakna kerana tiada gunanya sesuatu ilmu tanpa disertakan kecantikan adab Ketika
belajar. Tanpa mengenal suasana sama ada dalam talian mahupan bersemuka,
adab juga perlu dijaga demi menjaga keberkatan ilmu serta memelihara hubungan
baik antara pelajar dan guru. Oleh itu, guru-guru dan para pelajar harus bersabar
dalam mendepani cabaran sesi pembelajaran di alam maya kini.

OBJEKTIF

I. Untuk meningkatkan kesedaran tentang adab pelajar IPT dan sekolah
menengah sewaktu PDP dalam talian

II. Untuk mengetahui cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru
sewaktu PDP dalam talian diadakan

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan yang telah berjaya dilaksanakan telah diperolehi
melalui dua cara iaitu cara soal selidik dan cara temu bual bagi mengumpulkan
data-data yang diperlukan. Soal selidik yang telah digunakan secara atas talian
melalui laman`Google form’ yang mempunyai 11 soalan telah diisi oleh 224
responden dalam lingkungan sekolah menengah dan pelajar IPT bermula 12
November 2021 sehingga 1 Disember 2021. Kaedah edarannya ialah melalui
aplikasi `Whatsapp’. Tujuan tajuk ini dijalankan adalah sebagai usaha menanam
adab belajar dalam diri para penuntut ilmu. Majoriti respondan mengakui telah
berjaya mengamalakn adab ketika menjalani sesi pembelajaran atas talian.
Walaupun terdapat pelbagai rintangan yang dihadapi oleh pelajar mahupun guru,
tetapi mereka masih menerapkan asas-asas adab semasa menjalani proses
pembelajaran di rumah seperti menepati masa kelas, melaksanakan tugasan,
memberi respon dua hala walau hanya ucapan terima kasih sahaja sekalipun cukup
menenangkan hati seorang guru. Seterusnya, terdapat dua sesi temu bual yang
dapat dijalankan bersama seorang pensyarah pada 22 November 2021 dan
seorang guru sekolah menengah pada 26 November. Antara hasil perbincangan
kami Bersama informen, kami dapat mengenal pasti sedikit sebanyak cabaran yang
dihadapi oleh guru dan pelajar seperti dari sudut saling memahami antara guru dan
pelajar yang mempunyai komitmen masing-masing. Para tenaga pelajar harus
menelusuri latar belakang pelajar mereka agar lebih memahami keadaan murid,
manakala murid perlu berusaha mentaati guru walau apa jua rintangan demi
menghargai jasa serta mereka serta menjaga keberkatan ilmu tersebut. Jadi, terbukti
bahawa tajuk ini adalah relevan untuk dilaksanakan kerana mendapat sambutan
yang positif dari masyarakat dan memurnikan lagi persepsi masyarakat terhadap
kajian-kajian seperti ini.

Di samping itu, banyak kelebihan yang dapat saya peroleh daripada projek
ini, antaranya perbincangan dapat dijalankan tanpa mengira waktu dan tempat.
Bertitik tolak daripada itu, saya juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan
sesama rakan kumpulan dengan memahami situasi mereka di tempat kediaman
masing-masing, berkongsi pendapat serta memperoleh maklumat-maklumat baharu
dari setiap bakat yang berbeza, seperti proses pembikinan “google site”, merangka
projek serta sifat tanggungjawab yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan.

KESIMPULAN

Akhir kata, adab perlulah diamalkan tanpa mengira suasana persekitaran
mahupun keadaan. Profesor Dr. Hamka pernah berkata, “Kecantikan yang abadi
terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan
pakaiannya”. Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa ilmu dan adab adalah dua
elemen yang harus digenggam seiringan sepanjang hayat demi menjadi seorang
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa projek
e-Sulam ini berjaya mencapai objektif yang kami sasarkan dan harus diinovasikan
lagi untuk generasi akan dating.

RUJUKAN

International Journal of the Malay World and Civilisation Zurakintan Abdul Razak &
Che Ibrahim Salleh (Iman) 3(2), 2015: 121 – 129, Pemikiran Melayu tentang
Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional

Yahaya, Mahathir and Hayat Adnan, Wardatul (2021) Cabaran pelajar melalui
kaedah pembelajaran atas talian: kajian institusi pengajian tinggi awam
Malaysia / Mahathir Yahaya and Wardatul Hayat Adnan. Journal of Media and
Information Warfare (JMIW), 14. pp. 11-20. ISSN 1985-563X

https://ejournal.arraayah.ac.id/index.php/rais/issue/view/13, Pembinaan Akhlak
Menurut Syekh Az-Zarnuji Dalam Kitab Ta’limul Muta’allim

NAMA : MUHAMMAD ISKANDAR BIN FAJAR KAREEM NO MATRIK: 067040

PENGENALAN

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa,
terutamanya sektor pendidikan. Ketidakstabilan ini telah menyebabkan perubahan
dalam pendidikan berlaku secara berkala mengikut keadaan semasa. Turut terkesan
adalah sektor pendidikan dimana guru dan murid perlu mengadaptasi rutin baharu
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Keadaan ini
memerlukan proses penyesuaian diri yang baik sama ada dalam kalangan pendidik
mahupun murid. Tujuan soal selidik ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap
motivasi, tahap komitmen dan adab pelajar semasa pembelajaran dan pengajaran
atas talian. Kajian tinjauan berbentuk diskriptif ini dilaksanakan agar dapat
membantu memberikan input kepada guru, pihak pengurusan, para pelajar dan ibu
bapa dalam meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran atas
talian.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
dan sekolah menengah sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam
talian.

II. Mengetahui cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru sewaktu
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian ini diadakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan yang telah dilaksanakan dalam dua kaedah sewaktu
proses pengumpulan data iaitu menerusi soal selidik dan menemu bual bagi
mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Kaedah soal selidik yang telah
dilaksanakan di atas talian melalui platform ‘Google form’ telah meraih sebanyak 224
responden yang merupakan pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT bermula
daripada 12 November 2021 sehingga 1 Disember 2021. Kaedah pengedaran
adalah melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram yang merangkumi sebanyak 11
soalan. Setelah meneliti hasil soal selidik, majoriti responden memilih pembelajaran
secara bersemuka berbanding pembelajaran di atas talian. Hal ini kerana
pembelajaran secara bersemuka adalah lebih mudah dan kondusif berbanding atas
talian. Di samping itu, kebanyakan responden bersuara tentang kekurangan dan
kekangan yang dihadapi sewaktu (PdP) di atas talian seperti gangguan internet,
persekitaran tidak selesa yang menyebabkan tumpuan sewaktu pembelajaran
terjejas. Selain itu, sesi temu bual yang melibatkan seorang pensyarah pada 22
November 2021 dan seorang guru sekolah menengah pada 26 November 2021
telah memberikan pandangan bahawa cabaran yang dihadapi sewaktu proses (PdP)
adalah berbeza mengikut peringkat pendidikan para pelajar. Sikap para pelajar
sendiri memainkan peranan penting di atas tindakan yang mereka lakukan manakala
para pengajar perlu mengadaptasikan kaedah pembelajaran yang lebih berkesan.

Berikutnya, terdapat kebaikan dan kekurangan semasa melaksanakan projek
e-sulam. Dari sudut positif ialah pengumpulan maklumat yang tepat dan mudah. Hal
ini kerana penggunaan ‘Google form’ dapat mengumpul maklumat dari pelbagai
lokasi dengan cepat dan kemas secara tidak langsung dapat menjimatkan masa.
Dari segi kelemahannya adalah pandangan responden tidak dapat diteliti secara
menyeluruh. Perkara ini berlaku kerana pengunaan teknologi tidak dapat memahami
situasi sebenar yang dihadapi oleh responden tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, para pelajar perlu mempraktikkan adab belajar yang baik
walaupun ianya dilakukan secara dalam talian. ilmu dan adab sama sekali tidak
boleh dipisahkan bahkan ianya saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak ada
gunanya jika seseorang pelajar memiliki ilmu yang hebat namun tidak mempunyai
adab atau etika yang baik. Adab yang baik adalah cerminan keilmuan. (Al-Zarnuji,
2004) sangat menekankan etika dan adab menuntut ilmu, seperti menjaga diri, tidak
tamak pada dunia, tawadhu’ dan wara. Mempraktikkan adab dan etika yang baik
bukan sahaja memberi imbuhan dalam pelajaran malah dalam semua aspek
kehidupan.

RUJUKAN

Al-Zarnuji, B. al-I. (2004). Ta’lim Muta’allim ‘ala Thariqi Ta’allum. Sudan:
al-Dar al-Sudaniyah li al-Kutub.

R Ibrahim, AM Subari - Journal of Quran Sunnah Education 2021 - jqss.usim.edu.my

Maududi, Abul A’la. 1966. Ethical Viewpoint of Islam. Translated by Khurshid Ahmad,
Lahore: Islamic Publications.

NAMA : NUR NABIHAH BINTI MOHAMAD NOH NO. MATRIKS : 066296

PENGENALAN

Virus COVID-19 bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan
ekonomi malahan sektor pendidikan (Mahathir Yahaya,2021).Wabak ini juga telah
memberi kesan mod pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada atas
talian (online). Pembelajaran online biasa disebut e-learning, berasal dari kata
electronic dan learning yang bermaksud pembelajaran menggunakan peralatan
elektronik. Stockley (2010) dalam Chaeruman (2013,400) mendefinisikan e-learning
sebagai penyampaian program pembelajaran atau Pendidikan menggunakan sarana
elektronik. (Susi Prasetyaningtyas, 2020).

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab-adab pelajar IPT dan pelajar sekolah
menengah sewaktu pengajaran dan pembelajaran atas talian dijalankan.

II. Mengetahui cabaran-cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru
sewaktu pembelajaran atas talian ini dilaksanakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan e-sulam dijalankan mengikut tema rukun negara yang
kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan berkaitan adab para pelajar sepanjang kelas
atas talian dilaksanakan. Kajian ini berjalan secara sangat teratur dan konsisten
mengikut perancangan. Dua temubual bersama seorang pensyarah dari Institusi
Pengajian Tinggi dan seorang guru sekolah menengah diadakan secara atas talian
melalui aplikasi google meet untuk mendapatkan pengalaman serta pandangan
mengenai adab para pelajar ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
secara dalam talian. Tambahan pula, terdapat beberapa soal selidik yang diedarkan
kepada responden terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga mahasiswa/i
bagi membantu kajian ini mencapai matlamat. Soal selidik menggunakan aplikasi
google form mempunyai 11 soalan. Antara soalannya ialah sebagai seorang
murid/pelajar, apakah tanggungjawab anda bagi memastikan diri sentiasa beradab
sewaktu menjalani proses PdP secara dalam talian. Peratusan responden
berpendapat sebagai seorang murid/pelajar perlu menepati masa masuk ke kelas
mendapat undian yang sangat tinggi sebanyak 201 undian. Diikuti menumpukan
perhatian semasa sesi pembelajaran 194 undian, menyiapkan tugasan yang
diberikan guru/pensyarah dalam tempoh masa yang ditetapkan 185 undian dan
terakhir memberi ucapan penghargaan (terima kasih) kepada guru/pensyarah yang
mengajar. Mengikut peratusan undian yang diberikan dapat disimpulkan
murid/pelajar sangat cakna dalam ketepatan masa untuk masuk ke kelas walau
bagaimanapun responden kurang menitikberatkan soal penghargaan kepada tenaga
pengajar. Perkara ini perlulah diubah bagi membentuk generasi yang lebih prihatin,
harmoni dan bertanggungjawab.

Seterusnya sesi temubual bersama tenaga pengajar berkaitan pandangan
mereka tentang pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Seorang
pensyarah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Dr. Izzat bin Ismail menyatakan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian ini bermula sejak pandemic
Covid 19. Pada pandangan beliau PdP atas talian ini lebih mencabar kerana pelajar

mengukur tahap diri mereka sendiri. Walaubagaimanapun PdP atas talian ini
menjadi batu loncatan sebagai persediaan diri pelajar untuk membentuk masa
hadapan negara yang lebih maju walaupun ia lebih mencabar daripada PdP
sebelum ini. Sebaliknya, seorang guru Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara,
Ustaz Muhammad Zulkarnain bin Mat Salim berpendapat pelaksanaan PdP secara
atas talian sangat menarik dan banyak membantu para pelajar kerana pelajar dapat
belajar dalam keadaan yang selesa, menjimatkan kos, tenaga pengajar dapat
menghabiskan tajuk silibus mengikut kesesuaian masa dan pelajar mudah
mengulangkaji kerana video guru/pensyarah mengajar boleh direkod. Kajian ini
bertujuan bagi membantu kedua-dua belah pihak tenaga pengajar mahupun
murid/pelajar mengenal pasti cabaran dan langkah bagi mengatasi masalah
tersebut. Ternyata kajian ini sangat membantu masyarakat kerana banyak info-info
diperolehi dan relevan dengan musim covid 19 yang masih belum pulih. Terdapat
kelebihan dan kelemahan sepanjang melaksanakan penyelidikan antaranya
perbincangan atas talian yang santai dapat mengeratkan hubungan antara ahli tetapi
masalah jaringan internet yang tidak dapat dielakkan mengganggu.

KESIMPULAN

Dato’ Dr Ismail Hj Ibrahim (2010) mengungkapkan tugas guru mendidik,
membentuk sikap positif dan memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Tambahan
pula, pelajar perlu membuat penilaian tahap kesediaan belajar secara atas talian (
Kassim Z,2010). Tuntasnya, semua pihak perlu dan diharapkan mengambil cakna
isu adab para pelajar bagi membentuk generasi yang ideal dari aspek akademik
mahupun rohani. Pihak kerajaan juga perlu mengatasi isu-isu gangguan internet dan
permasalahan fasiliti para pelajar. Kajian ini memberi kesedaran yang tinggi bahawa
betapa pentingnya adab seorang pelajar di dalam kelas atas talian.

RUJUKAN

Prasetyaningtyas, S. (2020). Pelaksanaan Belajar dari Rumah (BDR) Secara Online
Selama Darurat Covid-19 di SMP N 1 Semin. Jurnal Karya Ilmiah Guru, 5(1),
86-94.

Yahaya, M., & Hayat Adnan, W. (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah
pembelajaran atas talian: kajian institusi pengajian tinggi awam Malaysia.
Journal of Media and Information Warfare (JMIW), 14, 11-20.

Mamat, M. N. (2006). Cabaran keberkesanan e-Learning: etika Tawhidik sebagai
solusi. Jurnal CITU, 2(1), 123-139.

Kassim, Z., & Ahmad, A. R. (2010). E-pembelajaran: Evolusi internet dalam
pembelajaran sepanjang hayat. In proceedings of Regional Conference on
Knowledge Integration in ICT (Vol. 210).

Jamidi, F. J. B., & Surat, S. (2021). Efikasi Kendiri dan Keterlibatan Pelajar Belajar
dalam Talian Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan COVID-19. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 80-92.

NAMA : ZA’IMATUL AFIQAH BINTI ZULKIFLE NO MATRIK : 065484

PENGENALAN

Penutupan seluruh sekolah dan pusat pengajian tinggi bagi memutuskan
rantaian Covid-19 telah memberi kesan mendalam kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang dahulunya dilaksanakan secara bersemuka terpaksa
diubah kepada kaedah secara dalam talian. Namun begitu, terdapat segelintir murid
sekolah menengah dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah memandang
enteng akan adab menjalani PdP dalam talian. Adab menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan). Di
dalam agama Islam, adab yang terpuji merupakan aspek yang sangat ditekankan,
malah ia saling berkait rapat dengan menuntut ilmu kerana menurut pandangan
Syeikh Abu Zakaria Yahya, ilmu tanpa adab adalah ibarat api tanpa kayu bakar
sementelahan adab tanpa ilmu pula adalah ibarat roh tanpa jasad. Para ulama’ juga
telah menitikberatkan “Al-Adab qabla Al-Tolab” yakni adab sebelum menuntut, yang
jelas menunjukkan akan kepentingan menjaga adab sebelum menuntut ilmu.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran para murid dan pelajar berkenaan adab yang perlu
dijaga sewaktu PdP dalam talian

II. Mengetahui segala cabaran yang dihadapi oleh guru dan pensyarah semasa
proses PdP seperti ini diadakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Tajuk ‘Adab para pelajar ketika melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
dalam talian (Online Learning)’ dipilih kerana adab merupakan suatu perkara yang
penting di dalam kehidupan berikutan adab akan membentuk sekaligus
mencerminkan peribadi seseorang individu tersebut. Sementara itu, tajuk ini selari
dengan tema Penghayatan Rukun Negara yang dipilih, bahkan sangat relevan untuk
dijalankan berikutan dengan situasi PdP dalam talian yang dilaksanakan di seluruh
negara sekarang telah memperlihatkan salah laku yang kerap dipraktikkan oleh para
pelajar sewaktu menghadiri kelas dalam talian seperti tidak membuka kamera,
lambat hadir ke kelas dan tidak memberi respon sewaktu dipanggil.

Pengumpulan data bagi kajian kerja lapangan ini telah menggunakan dua
kaedah iaitu kaedah temu bual dan kaedah soal selidik. Proses temu bual dilakukan
secara atas talian pada dua hari yang berbeza iaitu hari Isnin dan Jumaat di platform
Google Meet bersama seorang guru dari Sekolah Menengah Agama Bandar
Tenggara dan seorang pensyarah dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Sebanyak enam soalan telah diutarakan, justeru kesemua jawapan yang diberikan
oleh ahli panel sangat memuaskan. Temu bual tentang kajian mendapati bahawa
kedua-dua ahli panel bersetuju bahawa PdP dalam talian adalah lebih mencabar
berbanding PdP secara bersemuka. Berdasarkan pandangan ahli-ahli panel,
cabaran utama yang sering dihadapi sepanjang PdP dalam talian berlangsung
adalah objektif pelajaran yang ingin dicapai tidak dapat direalisasikan seperti yang
dirancangkan berikutan dengan wujudnya masalah gangguan Internet. Seterusnya,
cabaran yang dihadapi dalam mendepani situasi sebegini adalah sukar untuk
memastikan sama ada murid dan pelajar tersebut memberikan perhatian atau tidak

sepanjang menjalani kelas dalam talian oleh kerana proses PdP tidak berlangsung
di depan mata. Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh warga guru dan pensyarah
ialah terpaksa melakukan pelan sandaran bagi memastikan para murid dan pelajar
tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Manakala, bagi kaedah soal selidik pula telah membabitkan golongan murid
sekolah menengah dan pelajar IPT yang berumur dalam lingkungan 13 tahun dan ke
atas. Secara keseluruhannya, terdapat tiga belas soalan yang merangkumi soalan
pemilihan jawapan, soalan skala dan soalan struktur yang ditanya dalam borang
soal selidik di platform Google Form. Pengedaran soal selidik ini telah dilakukan
secara rawak dalam kalangan murid sekolah menengah dan pelajar IPT di seluruh
negara tanpa mengira jantina lelaki mahupun perempuan. Jawapan yang terkumpul
hasil daripada soal selidik selama tempoh 2 minggu pembukaan telah menerima
sebanyak 224 responden. Sebahagian besar (87.5%) murid sekolah menengah dan
pelajar IPT lebih menggemari untuk menjalani PdP secara bersemuka dengan
alasan kerana menghadapi cabaran suasana yang tidak kondusif di rumah dan
mempunyai masalah kekurangan motivasi serta disiplin diri. Walau bagaimanapun,
terdapat juga segelintir pelajar (12.5%) yang memilih PdP secara dalam talian
sebagai kaedah PdP yang disukai kerana dapat menjimatkan kos dan lebih selamat
untuk situasi sekarang yang berbahaya. Dalam pada itu, seramai 190 orang murid
dan pelajar sangat bersetuju bahawa adab adalah penting dalam menuntut ilmu
tidak kira sewaktu pembelajaran secara bersemuka ataupun pembelajaran jarak
jauh menerusi dalam talian.

KESIMPULAN

Konklusinya, ibu bapa mestilah menekankan kepentingan adab secara serius
kepada anak-anak sejak kecil persis peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya kerana pembelajaran adab ini sebenarnya bermula daripada rumah.
Justeru, setiap murid sekolah mahupun smahasiswa di peringkat universiti mestilah
sentiasa memelihara dan mempraktikkan adab yang baik terhadap guru atau
pensyarah walaupun berada dalam keadaan pembelajaran norma baharu.
Diharapkan dengan kajian ini, panduan serta pendedahan dapat membantu para
murid serta pelajar dalam memastikan kelangsungan adab diteruskan dalam proses
menuntut ilmu bagi meraih keberkatan ilmu yang berpanjangan.

RUJUKAN

Razali, M. N. I. , Sairozi, M. Z. A. , M. Khalim, M. R. , Moktar, M. A. ,Othman A. F. ,
W.Chik, W. M. Y. (2019). Maqasid Shariah dalam Adab-Adab Menuntut Ilmu
Berdasarkan Kitab Ta'lim Wal Muta'alim

Rozali M. H. . (2020). Tuntut ilmu itu wajib bagi umat Islam tapi perlu disertai niat

kerana Allah supaya tidak memakan diri

https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/10/26/tuntut-ilmu-itu-wajib-bagi-

umat-islam-tapi-perlu-disertai-niat-kerana-allah-supaya-tidak-memakan-diri

A. Rahman, M. H. , Marzuki, M. , M. Nor, N. M ., Kaspin, K. G. , Jamal, M. B. ,
Othman, I. W. (2021). Adab Guru Dan Pelajar Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Secara Dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19

NAMA : ZA’IMATUL ‘ARIFAH BINTI ZULKIFLE NO MATRIK : 065485

PENGENALAN

Kebelakangan ini, tular kes berkaitan tentang kekurangan adab pelajar ketika
menjalani pembelajaran secara dalam talian. Ini terjadi kerana pelajar tidak
memahami erti sebenar adab sehingga mengambil mudah tentang adab hanya
disebabkan pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Ini demikian, telah menjadi
tujuan kajian ini untuk meningkatkan kesedaran para pelajar tentang adab. Umum
memahami bahawa adab diertikan sebagai perilaku baik seseorang individu.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka adab didefinisikan sebagai tingkah laku serta
tutur kata yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan
yang tinggi. Petikan daripada akhbar Metro, Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan
dalam kitabnya Fath al-Bari bahawa adab bermaksud menerapkan (dalam diri)
segala perkara yang dipuji oleh manusia, sama ada berupa perkataan ataupun
perbuatan. Manakala majoriti ulama pula menafsirkan adab sebagai penerapan
akhlak yang mulia (dalam diri).

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab dalam kalangan para pelajar Institut
Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah menengah sewaktu menjalani
pembelajaran secara dalam talian.

II. Mengetahui cabaran-cabaran yang dilalui pensyarah dan guru sewaktu
pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan e-SULAM yang bertajuk “Adab para pelajar ketika
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian” dipilih
kerana adab sering dipandang mudah oleh pelajar terutama ketika pembelajaran
dalam talian. Tajuk berkaitan adab ini amat selari dengan pemilihan tema
penghayatan Rukun Negara Kelima iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ dan sangat
relevan untuk dikaji kerana adab merupakan tonggak kesopanan yang harus dijaga
oleh setiap individu terutama para pelajar.

Bagi kajian kerja lapangan ini, kaedah pengumpulan data dilakukan dengan
cara melakukan temu bual dan soal selidik. Kaedah temu bual dijalankan secara
dalam talian bersama seorang pensyarah dan seorang guru dengan menggunakan
platform Google Meet. Sebanyak 6 soalan telah diajukan. Selain itu, soal selidik juga
dilakukan secara dalam talian kepada para pelajar yang melibatkan dua kategori
iaitu pelajar sekolah menengah serta pelajar IPT. Platform Google Form digunakan
bagi melakukan soal selidik dimana terdiri daripada 13 soalan. Seramai 224 orang
responden telah mengambil bahagian dalam soal selidik dengan majoriti responden
yang menjawab ialah pelajar IPT dalam lingkungan umur 18 hingga 22 tahun.
Sebilangan besar yang menjawab adalah pelajar perempuan kategori IPT yang
mewakili 64.3% manakala pelajar sekolah menengah pula ialah sebanyak 35.7%.
Dapat dilihat, respon atau pandangan responden terhadap kajian yang dijalankan
melalui persoalan yang ditanya melalui kedua-dua kaedah adalah sangat baik.

Berdasarkan temu bual yang dilakukan, dapat disimpul bahawa kedua-dua
pihak yang ditemu bual memberi pandangan berbeza berkaitan punca sebenar

kekurangan adab dalam kalangan pelajar seperti kes yang tular adalah berpunca
daripada kelemahan ibu bapa, guru serta pelajar itu sendiri. Namun, perlu
ditekankan dengan jelas bahawa semuanya mestilah bermula dari rumah. Memetik
kenyataan dari akhbar Harian Metro (2021), peranan ibu bapa sangat penting dalam
mendidik anak-anak di rumah tentang nilai murni serta adab yang mesti dididik sejak
kecil selari dengan peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Dalam pada itu juga, daripada soal selidik yang dilakukan, dapat dihuraikan
bahawa 12.5% daripada keseluruhan responden iaitu seramai 28 orang pelajar
sahaja yang menyukai cara PdP secara dalam talian berbanding secara bersemuka.
Hal ini demikian kerana menurut responden cara pembelajaran tersebut lebih
selamat memandangkan penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara.
68.8% daripada majoriti responden iaitu seramai 154 orang menjawab cabaran yang
sering dilalui oleh pelajar adalah suasana pembelajaran yang kurang kondusif
menjadi punca kurangnya adab sewaktu menghadiri kelas PdPR.

Seterusnya, berdasarkan soal selidik juga dapat dilihat 83.5% responden iaitu
seramai 187 orang sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa mengamalkan
adab yang baik kepada guru atau pensyarah amat berkait rapat dengan keberkatan
ilmu yang dipelajari. Menurut pernyataan Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang dipetik dari
akhbar Berita Harian (2017), beliau mengatakan bahawa orang yang menjaga
adabnya dalam menuntut ilmu akan diberkati oleh Allah serta barakah akan
ditambah dalam hidupnya. Keberkatan ilmu ini sudah pasti mendapat kebaikan yang
bertambah-tambah.

KESIMPULAN

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa ilmu dan adab ialah perkara yang
saling berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya mestilah selari
kerana dengan itu keberkatan akan mudah diperoleh. Oleh itu, diharapkan melalui
kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar agar mempraktikkan
budaya beradab kepada pendidik mereka khususnya guru dan pensyarah tanpa
mengambil kira apa-apa jua cara proses pembelajaran walaupun hanya dilakukan
secara dalam talian. Sepertimana yang diungkapkan oleh Imam Malik bin Anas
rahimahullah di dalam Kitab Hilyatul Auliya’, adab perlulah dipelajari terlebih dahulu
sebelum mempelajari sesuatu ilmu. Ungkapan ini hendaklah dijadikan peringatan
dalam diri setiap pelajar yang sedang menuntut ilmu. Dengan demikian, cerminan
peribadi mulia seseorang individu akan dipandang tinggi.

RUJUKAN

Nazim, N. F. S., & Sulaiman, A. M. (2021). Adab Murid Terhadap Guru Menurut Ibn

Jama’ah: Aplikasinya Dalam Konteks Pembelajaran Dalam Talian. e-Bangi,

18(1).

Nasir, M. S. (2020). Fokus agar ilmu berkat. Dimuat turun pada 17 Disember 2021,

daripada

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/11/646906/fokus-agar-ilmu-berkat

Ismail, N. H. (2017). Jaga adab tuntut ilmu raih keberkatan. Dimuat turun pada 16

Disember 2021, daripada

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/07/303871/jaga-adab-tuntu

t-ilmu-raih-keberkatan

NAMA : NUR ATHIRAH BINTI ROSLI NO MATRIK: 066892

PENGENALAN

Dunia pada masa kini telah digemparkan dengan penularan wabak covid
19,tidak terkecuali di negara Malaysia. Justeru itu,ia telah mengakibatkan
pergerakan aktiviti harian semakin terbatas.Begitu juga dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang tidak dapat dilakukan secara bersemuka dan hanya boleh
dilakukan secara maya. Perkara ini telah memberi impak negatif kepada negara dari
segi penjagaan adab di kalangan masyarakat.Hal ini dapat dibuktikan menerusi
platform-platform media sosial yang mempamerkan sikap tanpa integriti segelintir
masyarakat.Oleh itu,adab dalam kehidupan harian adalah sangat penting dalam
segala tindakan.Sebagaimana adab ketika belajar atas talian.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab para pelajar IPT dan sekolah
menengah sewaktu PdP atas talian.

II. Mengetahui cabaran yang dilalui oleh para guru dan pensyarah ketika PdP
atas talian dijalankan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian ini telah disempurnakan dengan dua kaedah iaitu secara tembual dan
meminta responden dengan memberi soalan secara atas talian menerusi platform
google form. Kaedah temubual telah dilakukan dengan menemu bual dua warga
pendidik yang terdiri daripada seorang pensyarah dan seorang guru.Sebanyak 6
soalan bagi setiap penembual yang telah dijawab dan dijelaskan.Bagi kaedah kedua
pula sebanyak 13 soalan telah disediakan.Seramai 224 responden yang telah
diterima iaitu terdiri daripada 144 orang pelajar institut pengajian tinggi dan 80 orang
pelajar sekolah menengah.

Rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan telah dipilih
sebagai tema utama kajian ini.Manakala tajuk khusus pula ialah adab para pelajar
ketika kelas dalam talian dilaksanakan.Pemilihan tajuk ini ialah bagi
memperingatkan dan menambah pengetahuan para pelajar mengenai adab belajar
secara atas talian.Tajuk ini sangat sesuai pada masa kini kerana belajar secara atas
talian telah menjadi satu kebiasaan pada masyarakat kini.

Respon yang diterima di pautan google form telah menunjukkan bahawa
masih ramai para pelajar yang mengamalkan adab ketika belajar atas talian.
Mengikut pandangan seorang pensyarah yang telah di temubual berkenaan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian,kaedah ini lebih mencabar kerana
pelajar yang akan mengukur tahap diri mereka sendiri dan merupakan satu kaedah
pembaharuan di negara Malaysia.

Pandangan seorang guru yang di temubual berkenaan sesi pengajaran dan
pembelajaran atas talian pula ialah banyak kelebihan dan kelemahannya.Antara

kelebihan yang ada pelajar dapat belajar di suasana yang selesa berbanding di
asrama, pelajar dapat menghabiskan silibus mengikut kesesuaian masa serta para
pelajar mudah untuk mengulang kaji pelajaran dengan menonton semula rakaman
para pengajar.Manakala,kelemahannya ialah jaringan internet yang perlahan,para
pengajar susah untuk menerangkan dengan lebih efektif serta dapat menjejaskan
kesihatan fizikal dan mental.

KESIMPULAN

Konklusinya,setiap lapisan masyarakat perlu menitikberatkan adab dalam
kehidupan harian.Justeru itu,para pelajar dapat mempraktikkan adab belajar dengan
mudah kerana telah menjadi satu kebiasaan.Amalan beradab harus menjadi
perkara yang utama dalam kehidupan harian.Rumusan daripada responden yang
dikumpulkan terdapat ramai pelajar yang mengamalkan adab dan segelintir yang
yang masih memandang enteng.

RUJUKAN

Mohamad Idham Md Razak.Dimuat turun pada April 9,(2020) COVID 19:

Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah menuju Malaysia

maju.Dimuat turun daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian

-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496

Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.Dimuat turun pada Mei 4,(2020) Norma
baharu dalam kehidupan masyarakat.Dimuat turun daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1870416

Dr Hasnizam Hashim.Dimuat turun pada ogos 17,(2020) Adab tuntut ilmu walau

belajar secara dalam talian.Dimuat turun daripada

https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1838160

NAMA : NUR MASHITAH BINTI ZAINOL NO MATRIK : 066285

PENGENALAN

Selaras dengan perkembangan teknologi dan juga penularan wabak Covid-19
ini maka PdP secara bersemuka bertukar kepada secara dalam talian bagi
mengelakkan virus ini kian tersebar. Misalnya, University of Cambridge turut
melaksanakan sesi pembelajaran secara dalam talian bagi sesi akademik 2020/2021
bagi membendung penularan pandemik ke atas para pelajar dan perubahan ini
sedikit sebanyak memberi impak kepada proses pembelajaran sedia ada (Abdul
Rashid et. al., 2020). Namun, apabila berlangsungnya PdP secara dalam talian ini,
terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam kalangan pelajar dan juga guru
terutamanya masalah adab para pelajar semasa menjalani pembelajaran secara
maya.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab-adab pelajar IPT dan pelajar sekolah
menengah sewaktu pembelajaran atas talian pada era ini.

II. Mengetahui cabaran-cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru
sewaktu pembelajaran atas talian ini diadakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan yang bertajuk “Adab para pelajar ketika melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian” telah dilaksanakan dengan
menggunakan dua kaedah bagi mengumpulkan data iaitu menerusi kaedah soal
selidik dan temu bual. Proses soal selidik ini dijalankan secara atas talian melalui
pautan Google Form bersama 13 soalan dan telah memperoleh seramai 224
responden daripada golongan pelajar sekolah menengah dan pelajar IPT. Manakala
proses temu bual dilaksanakan terhadap dua orang informen melalui platform
Google Meet dengan 6 soalan yang telah berjaya dijawab. Kedua informen tersebut
berpendapat bahawa pelaksanaan PdP secara dalam talian mempunyai kelebihan
dan kekurangan tersendiri. Perdebatan kebaikan dan keburukan berhubung PdP
bersemuka mahupun secara dalam talian terus berlangsung meskipun kini ianya
bukan lagi satu pilihan kepada warga pelajar mahupun pendidik (Abdul Rashid et.
al., 2021).

Berdasarkan soalan kaji selidik pada bahagian satu di Google Form didapati
bahawa responder lebih menyukai PdP secara bersemuka berbanding secara dalam
talian. Hal ini yang demikian kerana, responden berpendapat bahawa PdP secara
bersemuka adalah lebih mudah untuk bertanya secara langsung jika tidak faham
akan sesuatu pelajaran. Di samping itu, antara cabaran yang paling banyak dihadapi
oleh responden ialah berkenaan suasana pembelajaran yang kurang kondusif
dengan 154 undian iaitu 68.8%. Selanjutnya, berdasarkan soalan empat pada
bahagian dua di Google Form menyatakan bahawa para pelajar mengakui tidak
memberikan respon semasa guru bertanya merupakan adab yang sering diabaikan
dengan undian sebanyak 201 iaitu 89.7%. Hal ini demikian kerana, para pelajar tidak
mempunyai sikap bertanggungjawab dan pasif untuk menjawab pertanyaan guru.
Antara sikap pasif pelajar ialah tidak memberi respon kepada pengajaran guru dan

hanya menunggu serta mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru (Taat,
M. S., & Ariffin, A. 2020).

Akhir sekali ialah berkenaan soalan temu bual kepada pensyarah IPT dan
guru sekolah menengah. Berdasarkan soalan kedua, pensyarah dan guru tersebut
bersetuju bahawa para pelajar perlulah melakukan persediaan sebelum PdP dalam
talian bermula.Pada pendapat pensyarah IPT tersebut ialah para pelajar juga perlu
mempunyai sifat bertanggungjawab untuk menghadiri kelas yang diadakan.
Manakala pandangan bagi guru sekolah menengah pula ialah PdP secara dalam
talian adalah sama sahaja dengan PdP secara bersemuka cuma berbeza dari segi
lapangannya. Menurut Nazim, N. F. S., & Sulaiman, A. M. (2021) meskipun berada
dalam situasi yang berlainan, adab terhadap guru tetap perlu dijaga sebagai jaminan
murid meraih keberkatan dari ilmu yang disampaikan oleh guru.

KESIMPULAN

Tuntasnya, adab pelajar semasa menuntut ilmu amatlah penting untuk
dipraktikkan tidak kira sama ada PdP secara bersemuka mahupun PdP secara
dalam talian yang terdapat di dalam kajian ini. Hal ini yang demikian kerana, guru
atau pensyarah merupakan ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar dan pantasnya
dihormati dan ditaati. Menurut Nor, N. I. M. (2021) Peranan guru sebagai murabbi
melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud
rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Oleh itu guru
perlu bertindak sebagai ibu bapa kedua pelajar. Justeru itu, adab berguru perlulah
diamalkan agar mendapat keredhaan Allah SWT.

RUJUKAN

Aziz, A. R. A., Shafie, A. A. H., Lee, U. H. M. S., & Ashaari, R. N. S. R. (2020).
Strategi pembangunan aspek kesejahteraan kendiri bagi mendepani tekanan
akademik semasa wabak Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(12), 16-30.

Aziz, A. R. A., Rahimi, M. K. A., Shafie, A. A. H., Lee, U. H. S., & Yusof, S. N. M.
(2021). Pembelajaran Dalam Talian: Strategi Daya Tindak Terhadap Tekanan
Akademik Semasa Norma Baharu: Online Learning: A Coping Strategy
towards Academic Stress amid New Norms. Sains Insani, 6(2).

Taat, M. S., & Ariffin, A. (2020). Penguasaan Bahasa Arab: Hubungannya Dengan
Sikap Murid dan Pengajaran Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(3), 13-23.

Nazim, N. F. S., & Sulaiman, A. M. (2021). ADAB MURID TERHADAP GURU
MENURUT IBN JAMA’AH: APLIKASINYA DALAM KONTEKS
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN. e-Bangi, 18(1).

Nor, N. I. M. (2021). Pendidikan Islam bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Guru
sebagai Murabbi: Islamic Education for Children with Special Needs: Teacher
as Murabbi. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1),
64-76.

NAMA: NURUL DIANA BINTI JASMIN NO. MATRIK: 067348

PENGENALAN

Pembelajaran atas talian adalah kaedah yang digunakan untuk pembelajaran
masa kini akibat Pandemik Covid-19. Pembelajaran ini telah dijalani hampir dua
tahun sehingga kini. Kaedah ini dipakai supaya pelajar tidak ketinggalan dalam
pelajaran walaupun di rumah.Namun disebabkan pembelajaran atas talian ini
berlanjutan sehingga masa yang tidak diketahui, banyak keburukan daripada
kebaikan kepada pelajar. Antaranya pelajar menghidapi tekanan hidup, tidak cekap
dalam pembelajaran, gangguan orang sekeliling dan sebagainya. Ini mendorong
sikap pelajar yang tidak menghormati pensyarah atau guru ketika pembelajaran atas
talian. Banyak kes sebegini berlaku dan tular di media sosial.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab pelajar IPT dan sekolah menengah
sewaktu pembelajaran atas talian.

II. Mengetahui cabaran yang dilalui oleh para pensyarah dan guru sewaktu
pembelajaran atas talian ini dilaksanakan.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian yang bertajuk ‘Adab Pelajar ketika Pembelajaran atas
Talian’ yang telah dijalankan terdapat 224 responden yang mewakili 144 orang
pelajar IPT dan 80 orang pelajar sekolah menengah. Pengumpulan responden
dijalankan melalui aplikasi ‘google form’.

Merujuk kepada soalan dua pada bahagian tiga di ‘google form’, kajian
mendapati 87.5% sangat setuju tentang menghormati dan menjaga perasaan warga
pendidik adalah sama seperti menghormati ibu bapa sendiri.Hal ini kerana guru
adalah seorang yang berhati mulia yang sentiasa membimbing untuk ke arah yang
betul. Merujuk kepada Yulianto, A., & Prasetiya, B., (2021), apabila hadirnya seorang
guru, kita dapat beberapa ilmu pengetahuan yang baik sama ada formal atau tidak
formal.

Kajian lapangan ini juga menemubual pensyarah dari Universiti Sultan Zainal
Abidin. Berdasarkan soalan 5 untuk temubual, pensyarah berpendapat, kekurangan
adab semasa pembelajaran atas talian mungkin disebabkan oleh kelemahan
pendidik itu sendiri. Hal ini kerana warga pendidik selalunya tidak sempat untuk
menyediakan bahan-bahan untuk pengajaran menyebabkan pendidik lepas tangan
terhadap pelajar. Merujuk kepada kenyataan Abdullah, N. A., & Amran, M. S. (2021),
kekurangan motivasi daripada warga pendidik melemahkan kegiatan belajar kerana
apabila mereka merasakan tiada motivasi menyebabkan mereka tiada tujuan dalam
mencapai sesuatu dan akan lahirnya sikap tidak menghormati pendidik. Oleh itu,
warga pendidik haruslah sentiasa bersikap positif dan bersemangat dalam
pengajaran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kebanyakan pelajar lebih memilih untuk belajar secara
bersemuka berbanding belajar secara atas talian. Kajian ini membantu pelajar
meluahkan masalah mereka terhadap pembelajaran atas talian dan seterusnya
membantu pelajar untuk menjadi lebih tekun dan cemerlang setelah mencapai
respon daripada pensyarah dan guru. Harapan untuk masa akan datang supaya
semua pihak mengambil berat tentang isu ini supaya tidak berlanjutan dan dapat
melahirkan rakyat Malaysia yang sentiasa di hadapan.

RUJUKAN

Yulianto, A., & Prasetiya, B. (2021). ANALISIS INTERAKSI ADAB SEORANG
MURID TERHADAP GURU DALAM PERSPEKTIF IMAM AL-GHAZALI.
Imtiyaz: Jurnal Ilmu Keislaman, 5(1), 30-40.

Abdullah, N. A., & Amran, M. S. (2021). PERSPEKTIF GURU TERHADAP
PENGLIBATAN MURID DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SECARA ATAS TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA
[TEACHER PERSPECTIVE OF STUDENT INVOLMENT IN ONLINE
TEACHING AND LEARNING DURING THE COVID-19 PANDEMIC IN
MALAYSIA]. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies
and Education, 1(4), 32-39.

Mokhtar, Z. A., & Lakman, N. A. (2021). Peralihan dari pembelajaran bersemuka ke
pembelajaran secara atas talian untuk subjek mechanics of civil engineering
structures semasa pandemik Covid-19. ANP Journal of Social Science and
Humanities, 2(2), 11-18.

NAMA : NURUL IZZAH BINTI IHSAN NO MATRIK : 065815

PENGENALAN

Pada era pandemik Covid-19 ini, sektor pendidikan di Malaysia telah
mengalami gangguan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
secara bersemuka. Dalam pada itu, pada 27 Mac 2020, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif melaksana PdP secara dalam talian agar
sektor pendidikan terus berjalan lancar. Namun, PdP dalam talian bukanlah suatu
perkara yang boleh dipandang enteng. Hal ini kerana, sejak pelaksanaan PdP dalam
talian, pelbagai isu mengenai adab para pelajar telah dibangkitkan dan menjadi satu
isu yang hangat.

OBJEKTIF

I. Meningkatkan kesedaran tentang adab pelajar institut pengajian tinggi dan
sekolah menengah sewaktu PdP dalam talian.

II. Mengetahui cabaran yang dilalui oleh para guru dan pensyarah sewaktu PdP
dalam talian.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Kajian kerja lapangan mengenai ‘Adab Pelajar Ketika Pembelajaran Atas
Talian’ berjaya dijalankan melalui dua teknik pengumpulan data iaitu soal selidik
melalui pautan 'Google Form' dan temu bual. Pautan 'Google Form' yang
mengandungi 13 soalan yang berkaitan telah dipanjangkan melalui aplikasi
'Whatsapp' dan Telegram serta telah mendapat sambutan yang memberangsangkan
iaitu sebanyak 224 responden. Soal selidik ini telah direspon oleh 64.3% pelajar IPT
dan 35.7% pelajar sekolah menengah. Hasil daripada soal selidik ini, rata-rata
responden lebih selesa untuk menjalankan PdP secara langsung berbanding dalam
talian. Hal ini kerana, PdP secara langsung memudahkan para pelajar untuk
bertanya soalan kepada guru sekiranya wujud permasalahan tentang ilmu di
samping mudah untuk berkomunikasi tanpa gangguan rangkaian internet. Walau
bagaimanapun, penjagaan adab ketika belajar merupakan faktor utama tidak kira
belajar secara langsung mahu pun tidak.

Sementara itu, hasil daripada temubual seorang pensyarah dari Universiti
Sultan Zainal Abidin, beliau telah menyatakan beberapa cabaran yang dilalui
semasa pelaksanaan PdP dalam talian. Antaranya ialah para pelajar tidak
mempunyai prasarana yang baik sehingga ada yang terpaksa berkongsi
kemudahan. Selain itu, masalah rangkaian internet juga merupakan cabaran yang
besar yang menyebabkan PdP gagal berjalan dengan lancar.

KESIMPULAN

Tuntasnya, adab ketika belajar merupakan peranan yang dominan tanpa
disedari kebanyakan pelajar apatah lagi apabila belajar secara dalam talian. Persis
kata Aristotle, “Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum”. Jadi,
sudah terang lagi bersuluh bahawa adab ialah suatu perkara penting yang perlu
ditanam dalam jiwa para pelajar sebelum mendalami ilmu atau perkara lain.

RUJUKAN

NA Abdullah, MS Amran - International Journal of Advanced. Dimuat turun pada 17
September 2021. Perspektif Guru Terhadap Penglibatan Murid Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian Semasa Pandemik
Covid-19 Di Malaysia. Dimuat turun daripada
https://myedujournal.com/index.php/arise/article/view/68/69

A Abdullah, B Mesir, AM Mohamad.Dimuat turun pada 2006 - Faktor-faktor yang
menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar di Universiti Teknologi
Malaysia. Dimuat turun dari http://eprints.utm.my/id/eprint/458/ .

DTJ Chzin, Shahlan Surat - Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities(MSJSSH) 6 (12).Dimuat turun pada 2021. Faktor-Faktor
Mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar. Dimuat turun daripada
https://scholar.google.com/scholar?as_ylo=2021&q=faktor++kejayaan+pelajar
&hl=en&as_sdt=0,5#d=gs_qabs&u=%23p%3DoGJws4OsvnoJ

Dr Mohd Khafidz Soroni.Dimuat turun pada 6 Disember 2020. Adab menuntut ilmu

menurut disiplin hadis.Dimuat turun daripada

https://www.hmetro.com.my/addin/2020/12/650268/adab-menuntut-ilmu-menu

rut-disiplin-hadis


Click to View FlipBook Version