UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS
MODUL, KIT & PROGRAM
PEMBELAJARAN UNTUK SEKOLAH
Email:
[email protected] / [email protected] / [email protected]
Telefon: +60 16-378 5497 / +60 17-708 3809 / +60 19-256 6941
KANDUNGAN 1
Pengenalan .....................................................................................................................1
Latar Belakang UPSI .....................................................................................................2
Visi............................................................................................................................3
Misi...........................................................................................................................3
Projek .............................................................................................................................4
Fasiliti dan Ruang Pembelajaran ...................................................................................16
Kepakaran.....................................................................................................................19
PENGENALAN 2
Latar Belakang UPSI
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan
Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi
Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.
UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) yang bitara dalam kepimpinan pendidikan
berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam
konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
VISI MISI
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang Menjana dan menatar ilmu menerusi
dalam kepemimpinan pendidikan pengajaran, penyelidikan, penerbitan,
berlandaskan kegemilangan sejarah serta perundingan dan khidmat masyarakat,
menerajui perubahan global. dalam konteks pembangunan insan untuk
mencapai wawasan negara.
PENGENALAN 3
“UPSI No. 1
Pendidikan”
Berasaskan Pedagogi
Terkini
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran berasaskan
permainan
Pembelajaran kooperatif
Fasiliti Pembelajaran
Smart Classroom
Ruang pembelajaran
Dewan Kuliah Pusat
Dewan Kuliah e-Learning
Makmal komputer
4
MODUL 5
PEMBELAJARAN
Modul Aktiviti Pembelajaran Bilik Darjah
Modul pembelajaran merupakan modul
keusahawanan untuk kanak-kanak
berusia 6 tahun ke bawah yang
menerangkan berkaitan dengan ciri-ciri
usahawan. Modul ini mengandungi
penerangan konsep asas tentang
pendekatan pengajaran untuk kanak-
kanak seperti pembelajaran berasaskan
permainan, pembelajaran bertema dan
pembelajaran berasaskan projek. Modul
ini turut dilengkapi dengan lima buah
rancangan pengajaran bertemakan
keusahawanan.
Modul Aktiviti Pembelajaran Lapangan
Selain daripada tema keusahawanan,
terdapat juga modul pembelajaran yang
berfokuskan kepada tema haiwan yang
selari dengan subjek sains bagi kanak
prasekolah dan murid sekolah rendah
serta pelajar sekolah menengah yang
mengambil subjek sains dan biologi
secara spesifiknya. Di samping
menekankan kepada konsep sains,
aktiviti-aktiviti yang dimuatkan dalam
modul ini turut mengintegrasikan
penerapan kemahiran proses sains
kepada pelajar.
MODUL 6
PEMBELAJARAN
Modul Aktiviti Pembelajaran Makmal
Bagi pelajar yang suka menjalankan
aktiviti kerja tangan, modul ini
memuatkan 17 eksperimen mudah yang
berkisar tentang air. Eksperimen-
eksperimen ini bukan sahaja boleh
diaplikasikan bersama kanak-kanak
prasekolah, malah sesuai juga dijalankan
oleh murid sekolah rendah dan pelajar
sekolah menengah. Selain itu, modul ini
juga bersifat interaktif di mana ia
dilengkapkan dengan video yang
menerangkan cara-cara menjalankan
eksperimen tersebut. Melalui
eksperimen-eksperimen ini, pelajar
diperkenalkan kepada pelbagai konsep
sains. Penerangan tentang konsep-
konsep ini turut dimuatkan dalam modul
ini bagi membantu pelajar dan pendidik.
KIT 7
PEMBELAJARAN
Buku Cerita Kanak-kanak
Kerana sehelai gaun adalah sebuah buku
cerita kanak-kanak yang mengisahkan
tentang seorang kanak-kanak bernama
Lili yang menyelesaikan masalahnya
dengan mengaplikasikan konsep upah
dan belanja. Buku cerita ini turut
dilengkapi dengan definisi perkataan-
perkataan yang berkaitan dengan
konsep keusahawanan untuk
pembelajaran kanak-kanak. Buku ini
menggunakan ilustrasi komik yang
menarik minat kanak-kanak tadika dan
sekolah rendah.
Buku Aktiviti
Buku aktiviti ini merupakan set
pelengkap kepada buku cerita berjudul
Kerana Sehelai Gaun. Buku ini
menyediakan aktiviti-aktiviti menarik
bagi menerapkan konsep menabung,
nilai duit, keperluan dan kehendak, serta
jual beli. Buku aktiviti ini turut memberi
penekanan kepada pembangunan
literasi dan matematik awal kanak-
kanak.
KIT 8
PEMBELAJARAN
Permainan
Permainan Usahawan Cilik ini adalah
sebuah permainan yang boleh dimainkan
bersama lima individu yang dilengkapi
dengan set kad soalan berkaitan
keusahawanan, set duit palsu dan dadu.
Permainan ini amat fleksibel untuk
digunakan oleh pelbagai peringkat
pelajar dengan hanya perlu menukar set
kad soalan sahaja. Dengan menggunakan
permainan ini, pendidik boleh
menggabungjalin pelbagai topik
termasuk perniagaan, pendidikan
jasmani, matematik dan literasi.
Komik Pendidikan
Komik pendidikan ini merupakan siri
komik pendek yang digunakan untuk
menerangkan konsep-konsep
perniagaan seperti pemasaran dan
konsumerisme kepada pelajar melalui
ilustrasi yang menarik. Komik ini boleh
dipelbagaikan meliputi topik-topik yang
lazimnya tidak diminati oleh pelajar
dengan menggunakan watak-watak
berbeza.
KIT 9
PEMBELAJARAN
Antologi Cerpen
Antologi cerpen ini menerangkan
konsep-konsep dalam bidang
pengurusan sumber manusia yang
diselitkan melalui enam buah cerpen
hasil adaptasi daripada pengalaman
sebenar responden temubual dalam
kajian yang dijalankan oleh Universiti
Pendidikan Sultan Idris di seluruh tanah
air. Pembelajaran lebih mudah dihayati
dan diingati oleh pelajar melalui plot
cerita dan watak-watak dalam cerpen ini.
Kad Imbas
Permainan kad imbas terdiri daripada
dua set kad yang bertemakan alam
haiwan. Permainan ini boleh dimainkan
secara bersendirian mahupun beramai-
ramai bersama pendidik di dalam ruang
pembelajaran. Melalui permainan ini,
pelajar bukan sahaja dapat mempelajari
konsep sains dengan cara yang
menyeronokkan, malah mereka juga
diterapkan dengan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalam
menyelesaikan persoalan yang diberikan
dan dilatih untuk mempunyai daya saing
yang tinggi.
KIT 10
PEMBELAJARAN
Poster Aktiviti
Poster aktiviti dibangunkan dengan
menggunakan material khusus bagi
membolehkan kanak-kanak menulis di
permukaan poster tersebut secara
berulang kali dengan menggunakan pen
penanda dakwat sementara. Dengan
bersifat efektif dari aspek kos ini, poster
aktiviti ini sangat sesuai digunakan
dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan di mana ia dapat
dimanfaatkan oleh ramai kanak-kanak.
Kit Aktiviti Pembelajaran Lapangan
Kekurangan peralatan untuk
pembelajaran adalah salah satu cabaran
dalam mencapai pendidikan berkesan.
Oleh itu, kit aktiviti pembelajaran
lapangan ini dihasilkan bagi menjayakan
pembelajaran di persekitaran semula
jadi. Aktiviti yang boleh dijalankan
dengan menggunakan kit ini boleh
dirujuk dalam Modul Aktiviti
Pembelajaran Lapangan. Pengendalian
item yang terkandung dalam kit ini
adalah sangat mudah dan sesuai untuk
kegunaan pembelajaran di peringkat
prasekolah, sekolah rendah, dan sekolah
menengah.
KIT 11
PEMBELAJARAN
Kit Aktiviti Pembelajaran Makmal
Set kit ini mengandungi sembilan item
yang membolehkan 14 eksperimen yang
terdapat dalam Modul Aktiviti
Pembelajaran Makmal dijalankan. Item -
item yang disediakan adalah sesu dan
selamat untuk kegunaan individu
daripada pelbagai peringkat umur.
PROGRAM 12
PEMBELAJARAN
Inovasi
UPSI mempunyai pengalaman dalam
melatih pelajar bagi pertandingan atau
pameran inovasi. Hasil inovasi pelajar
dipersembahkan dalam pameran inovasi
bagi produk yang telah dibangunkan
sepanjang semester. Hasil inovasi pelajar
dipertandingkan dan dinilai oleh panel
juri pakar (ahli akademik) dan pengguna
(pelajar).
Kolokium Penyelidikan
UPSI mempunyai kepakaran untuk
melatih pelajar tentang kaedah
penyelidikan kuantitatif dan kualitatif,
serta penulisan artikel jurnal oleh
penerima geran penyelidikan peringkat
nasional dan editor jurnal antarabangsa.
Pertandingan Poster Penyelidikan
UPSI telah melatih pelajar untuk
menyertai pertandingan poster
penyelidikan yang dihadiri oleh
pensyarah universiti luar yang juga
merupakan editor jurnal sebagai juri bagi
sesi penilaian.
PROGRAM 13
PEMBELAJARAN
Pertandingan Pitching
UPSI mempunyai pengalaman dalam
melatih pelajar ke pertandingan pitching
peringkat negeri Perak yang telah
dianjurkan oleh Perbadanan
Pembangunan Pertanian Negeri Perak di
mana, UPSI berjaya mara ke peringkat
akhir bagi pertandingan yang akan
diadakan pada 29 Disember 2020.
Khidmat Masyarakat
UPSI mempunyai pengalaman dalam
menjalankan beberapa siri program
khidmat masyarakat iaitu Program Hati
ke Hati Bersama Rumah Anak Yatim
Sabak Bernam dan Sekendi,
Entrepreneur, Love & Community, dan
Jalinan Kasih Bersama Baitul Hijrah,
Rawang. Bantuan berupa sumbangan
wang, tenaga dan program pendidikan
telah dijalankan.
PROGRAM 14
PEMBELAJARAN
STEM Inbound
Program ini melibatkan aktiviti STEM
bersama pelajar sekolah yang dijalankan
di UPSI. Program ini adalah sesuai
terutamanya untuk sekolah yang
mempunyai peralatan dan fasiliti
makmal yang terhad. Pelajar sekolah
menjalankan aktiviti STEM dalam
kumpulan kecil dengan bimbingan
fasilitator UPSI. Dengan itu, setiap
pelajar berpeluang menjalankan sendiri
aktiviti STEM dan seterusnya membantu
mencapai pembelajaran berkesan.
STEM Outbound
Melalui program STEM Outbound, pihak
UPSI yang terdiri daripada pensyarah dan
pelajar UPSI pergi ke sekolah-sekolah
rendah dan menengah di sekitar Perak
untuk jalankan aktiviti STEM. Aktiviti
boleh dirancang bersama antara pihak
sekolah dan UPSI. Bidang fokus dalam
program ini adalah sains, biologi, kimia,
fizik, dan matematik.
PROGRAM 15
PEMBELAJARAN
Training of Teachers (ToT)
UPSI memiliki tenaga pakai dalam
pelbagai bidang. Tenaga pakar ini
berupaya melatih pendidik dengan
kemahiran menjalankan aktiviti sains
seperti pengendalian makmal,
taksidermi haiwan, pembuatan
herbarium. Untuk aktiviti yang
dijalankan, pihak UPSI mempunyai
kelengkapan dari segi peralatan dan
fasiliti. Pihak UPSI menerima penyertaan
pendidik secara berkelompok.
Seminar Pendidik
UPSI menjalankan banyak seminar
perkongsian tentang ilmu-ilmu terkini
berkaitan kaedah pembelajaran dan
pemudahcaraan serta idea-idea aktiviti
pembelajaran yang mengintegrasikan
konsep ilmu dan praktikal untuk
diaplikasikan oleh pendidik di sekolah.
Seminar seumpama ini boleh melibatkan
sekumpulan peserta daripada satu
sekolah yang sama atau melibatkan
gabungan daripada beberapa sekolah
berbeza.
16
FASILITI 17
PEMBELAJARAN
Smart Classroom
Smart Classroom terletak di Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi, UPSI. Bilik
ingin boleh menampung seramai 25
orang pelajar dan dilengkapi dengan 4
buah televisyen, projector, komputer
dan 4 buah papan putih.
Muzium Zoologi
Muzium zoologi terbuka kepada orang
awam dengan bayaran minimum dan
bersedia menerima kunjungan dalam
kumpulan besar. Program lawatan boleh
dijalankan atas permintaan. Pengunjung
dapat melihat koleksi haiwan
invertebrata dan vertebrata yang terdiri
daripada spesimen awetan basah, kulit
dan tulang.
FASILITI 18
PEMBELAJARAN
Bilik Seminar
Bilik Seminar ini terletak di aras 3, Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi, Kampus. Ia
dapat menampung acara yang
melibatkan sekitar 75 orang bagi satu
masa.
Rooftop Garden
Rooftop garden merupakan ruang
pembelajaran terbuka di aras 2, Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi. Ia juga
digunakan untuk mengadakan majlis
atau pertandingan-pertandingan.
19
KEPAKARAN 20
Dr. Nur Yuhainis Ab Wahab
Merupakan pensyarah kanan di Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau
mempunyai kepakaran dalam bidang
keusahawanan. Beliau bergraduat dalam
bidang sains komputer dari Universiti
Putra Malaysia (Sarjana Muda),
pentadbiran perniagaan dari Universiti
Utara Malaysia (Sarjana), dan
keusahawanan dari Universiti Utara
Malaysia (Doktor Falsafah). Beliau juga
mempunyai pengalaman luas dengan
terlibat secara langsung dengan industri.
21
KEPAKARAN
Dr. Norlaile Salleh Hudin
Merupakan pensyarah kanan di Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau
mempunyai kepakaran dalam bidang
pengurusan perniagaan dan pengurusan
risiko, dan bergraduat dari Universiti
Utara Malaysia (Sarjana Muda),
Universiti Teknologi MARA (Sarjana) dan
Universiti Teknologi Malaysia (Doktor
Falsafah). Beliau mempunyai
pengalaman sebagai ketua program
akademik, editor jurnal antarabangsa,
dan penerima geran penyelidikan
nasional.
Dr. Noraine Salleh Hudin
Merupakan pensyarah kanan di Fakulti
Sains dan Matematik di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Berkelulusan dalam bidang biodiversiti
dan ekologi dari Universiti Malaysia
Terengganu (Sarjana Muda), Lund
University, Sweden (Sarjana), dan Ghent
University, Belgium (Doktor Falsafah),
beliau mempunyai pengalaman dalam
penyelidikan pendidikan sains dan
pendidikan awal kanak-kanak. Beliau
menjalankan pelbagai inisiatif dengan
matlamat untuk mendokong hasrat
negara bagi melahirkan generasi celik
sains di Malaysia.